laporan justifikasi ujian

14
LAPORAN JUSTIFIKASI PEMILIHAN ITEM OLEH : MOHAMAD SHAHRIL BIN MAT ISA WAN M HAIKAL SHAZWAN BIN ABDUL GHAFFAR SK.BUKIT LANJAN,DAMANSARA OPSYEN PEMULIHAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 01. PENDAHULUAN Pemilihan item bagi pembinaan soalan matematik perlu di beri perhatian yang sewajarnya iaitu dengan menggunakan kaedah taksonomi bloom. Pemilihan item yang sesuai akan memberi kesan dalam keputusan atau hasil ujian ituPemilihan item yang betul dan tepat akan dapat membantu para pelajar memahamai kehendak soalan seterusnya memanfaatkan penguasaan ilmu yang disampaikan oleh guru di dalam kelas pada kertas soalan yang diberi. Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1. Jadual 4.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956) TAHAP ISTILAH Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. Nyatakan, terangkan, namakan,

Upload: nasir32933039

Post on 20-Nov-2015

738 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

JSU

TRANSCRIPT

LAPORANJUSTIFIKASI PEMILIHAN ITEM

OLEH: MOHAMAD SHAHRIL BIN MAT ISA WAN M HAIKAL SHAZWAN BIN ABDUL GHAFFARSK.BUKIT LANJAN,DAMANSARAOPSYEN PEMULIHAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

01. PENDAHULUAN

Pemilihan item bagi pembinaan soalan matematik perlu di beri perhatian yang sewajarnya iaitu dengan menggunakan kaedah taksonomi bloom. Pemilihan item yang sesuai akan memberi kesan dalam keputusan atau hasil ujian ituPemilihan item yang betul dan tepat akan dapat membantu para pelajar memahamai kehendak soalan seterusnya memanfaatkan penguasaan ilmu yang disampaikan oleh guru di dalam kelas pada kertas soalan yang diberi. Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1.Jadual 4.1Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAPISTILAH

PengetahuanIngat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,tulis semula.

Penggunaan Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

PenilaianMembuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritikPilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. Ciri-ciri JSU yang baik :a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya, b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun, c)sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan.

02. TUJUAN

Tujuan pembinaan JSU ini adalah untuk memastikan bahawa pembinaan soalan hendaklah mengambil perhatian beberapa aspek yang tertentu contohnya kesedaran tentang kesukaran bandingan antara tajuk- tajuk yang ada. Kesedaran itu penting kerana sampel soalan perlu didasarkan pada kesukaran bandingan yang ada supaya kertas soalan tidak menjadi terlalu mudah atau terlalu susah. Selain itu, soalan yang dibina dapat disesuaikan dengan kemampuan mental pelajar tanpa menjejaskan standard soalan. Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang menimbulkan keraguan atau perkara di luar liputan sukatan pelajaran.

03. Memilih dan menyelaraskan soalan

Soalan yang telah dibina hendaklah merangkumi syarat dan ciri mengikut kehendak JSU berdasarkan kriteria yang berikut. a) Pokok soalan lengkap dan jelas. b) Tugasan soalan jelas dan terfokus. c) Soalan dapat digolongkan ke dalam mana-mana satu bidang isi kandungan-kemahiran yang terdapat dalam JSU. d) Teori, konsep, prinsip yang terlibat adalah arlit kepada pelajar. e) Laras bahasa sesuai dan tatabahasa betul.

04. Pelaksanaan UjianSoalan-soalan yang terpilih disusun mengikut kehendak JSU sehingga menjadi satu set soalan untuk diprauji kepada seorang sampel calon. Praujian ini bertujuan untuk mengetahui aras kesukaran dan indeks diskriminasi setiap soalan. Hanya soalan yang mempunyai aras kesukaran yang dibenarkan dan kuasa diskriminasi yang baik sahaja yang dipilih untuk digunakan dalam peperiksaan sebenar . 05. Menyediakan Kertas SoalanSetelah diprauji, soalan-soalan yang bermutu dipilih mengikut bilangan yang ditetapkan oleh JSU untuk dijadikan kertas soalan sebenar. Soalan yang dipilih ialah soalan yang mempunyai aras kesukaran yang sederhana dan mempunyai kuasa diskriminasi yang baik.06. Faktor Penentu Mutu Ujian JSU iniKeberkesanan sesuatu kertas ujian banyak bergantung pada mutu kertas ujian itu sendiri. Justeru, pembinaan kertas soalan bagi sesuatu ujian perlu dilaksanakan dengan teliti untuk menjamin mutunya dari segi kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability). Ujian dikatakan bermutu jika ujian itu sah dan boleh dipercayai. Sebagai alat pengukuran, sesuatu kertas soalan hendaklah gab, yakni berkemampuan mengukur apa yang hendak diukur, di samping boleh dipercayai, yakni dapat menghasilkan keputusan yang tekal (konsisten). Faktor-faktor utama yang perlu telah diambil kiraoleh kami dalam proses pembinaan dan penyediaan kertas soalan yang bermutu adalah seperti yang berikut. 6.1KerelevananUjian yang dibina ini mengandungi soalan-soalan yang dipilih dengan teliti agar soalan itu dapat menguji apa yang hendak diuji. Hal ini kerana ujian ini dibina bergantung pada faktor sejauh mana ujian itu dapat menguji objektif sukatan pelajaran berkenaan. Kertas soalan yang relevan seharusnya dapat menguji objektif sukatan pelajaran. 6.2Keseimbangan Selain itu, ujian ini mempunyai bilangan soalan yang ditentukan mengikut tajuk/subtajuk berdasarkan pemilihan tajuk yang bersesuaian melalui rujukan sukatan pelajaran. Lazimnya keseimbangan sesuatu ujian (terutamanya bagi ujian aneka pilihan) boleh dicapai dengan menggubal soalan mengikut kehendak Jadual Spesifikasi Ujian yang mengandungi maklumat tentang bentuk ujian, panjangnya ujian, jenis soalan, kandungan tajuk/subtajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, bilangan soalan, dan peruntukan markah.Oleh yang demikian,pembinaan ujian ini telah dirangka berdasarkan kehendak skop soalan berpandukan JSU yang telah di siapkan terlebih dahulu.

6.3Keobjektifan

Semua soalan yang terkandung dalam ujian ini adalah cukup jelas dan jawapan yang disediakan bagi setiap soalan hendaklah tepat. Bagi soalan aneka pilihan, semua pakar (penaksir soalan) dalam bidang yang diuji hendaklah bersetuju tentang jawapan yang betul (atau jawapan terbaik) antara pilihan jawapan (opsyen) yang diberikan oleh penggubal. Demikian juga, jawapan bagi soalan esei hendaklah diperakukan oleh semua pakar dalam bidang berkenaan. Namun dalam ujian yang telah kami rangka ini hanya mengandungi soalan dalam bentuk aneka pilihan sahaja iaitu mengandungi 20 soalan.6.4Aras kesukaran Selain itu juga,soalan yang telah dibina ini mempunyai kesukaran yang sederhana, iaitu tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar. Aras kesukaran sesuatu soalan dapat dilihat daripada kadaran bilangan calon yang dapat menjawab soalan. Julat aras kesukaran yang telah dicapai ialah 30%- 80%. Ini menunjukkan setiap soalan ini mempunyai jawapan yang betul adalah sekurang-kurangnya 30% daripada calon yang menjawabnya dan selebih-lebihnya 80%. Soalan yang dapat dijawab betul oleh kurang daripada 30% calon dianggap terlalu sukar, manakala yang dapat dijawab betul oleh lebih daripada 80% calon dianggap terlalu mudah. Item 1.Indeks Kesukaran ( IK ) =Jumlah calon yang memberi jawapan betul ( JB )

Jumlah calon yang menjawab ( J )

Indeks Kesukaran ( IK ) =15

20

Indeks Kesukaran ( IK ) = 0.75

Item 2.Indeks Kesukaran ( IK )Jumlah calon yang memberi jawapan betul ( JB )

Jumlah calon yang menjawab ( J )

Indeks Kesukaran ( IK )11

20

Indeks Kesukaran ( IK ) = 0.55

Bagi item objektif soalan ujian rujukan norma, item yang terlalu mudah ( IK > 0.85 ) atau item yang terlalu sukar (IK< 0.15) tidak dapat memberikan maklumat psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna. Ini adalah disebabkan item yang terlalu mudah dapat dijawab oleh hampir semua calon manakala item yang terlalu sukar tidak dapat dijawab oleh hampir semua calon. Justeru soalanitem-item ini tidak dapat membezakan keupayaan pelajar.

4.5Diskriminasi

Aspek yang penting dalam ujian ini adalah dapat membezakan dengan jelas antara calon yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya). Dalam pelaksanaan ujian menunjukkan berlakunya diskriminasi yang baik antara murid .Kenyataan kami ini dijelaskan lagi dengan kenyataan yang mengatakan bahawa sesuatu soalan dikatakan mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila kebanyakan calon yang baik memilih opsyen yang betul manakala kebanyakan calon yang lemah memilih opsyen yang salah. Salah satu cara mengukur kuasa diskriminasi adalah dengan menggunakan rumus

ND = U - L

2

D =indeks diskriminasi, U = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi prestasinya yang menjawab soalan dengan betul, L =billangan calon daripada kumpulan yang rendah prestasinya yang menjawab soalan dengan betul, N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah.

Bagi soalan aneka pilihan, soalan yang baik hendaklah mempunyai nilai D yang positif bagi jawapan dan nilai D yang negatif bagi semua yang bukan jawapan (distraktor).

07. ISU KEPRIHATINAN YANG DIKAJI

i. Mengenal pasti aras kesukaran soalan yang dijawab oleh golongan murid yang pandai dengan golongan murid yang lemah.

ii. Perangkaan ujian berdasarkan JSU yang telah dibina terlebih dahulu.

08. OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Am

Penilaian yang dilaksanakan pada murid dapat dijalankan dengan telus dan tepat.

Masalah atau kelemahan murid dalam tajuk-tajuk tertentu dapat dikenalpasti dengan sewajarnya..

Memudahkan proses pembinaan ujian untuk pelaksanaan ujian akan datang.

ii. Objektif Khusus

Memastikan skop utama tujuan ujian yang hendak dilaksanakan bertepatan dengan kehendak ujian ke atas murid.

09. KUMPULAN SASARAN

Seramai 10 orang pelajar tahun 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan,Damansara. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada penduduk yang berstatus orang asli atau penduduk pribumi.

10. KAEDAH MENGUTIP DATA

(i) Oleh kerana populasi ujian adalah sedikit dan skop ujian adalah kecil, maka kaedah ujian di dalam kelas digunakan. Kertas ujian diperbanyakkan untuk diedarkan kepada semua murid.

(ii) Data yang dikumpul akan dianalisis. Antara statistik yang digunakan ialah min,median dan mod.

10.1 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan kepada keputusan Ujian yang telah diperolehi didapati bahawa pencapaian murid tidak banyak berubah daripada ujian 1 dan ujian 2(berpandukan JSU).Peratusan markah murid berada dalam kelompok yang hampir sama dengan murid-murid lain yang turut menduduki ujian yang sama.Walaubagaimanapun,terdapat juga beberapa soalan yang tidak sesuai untuk diletakkan sebagai soalan.Hal ini kerana soalan ini terlalu susah untuk dijawab bagi tahap murid ini.

11. PENILAIAN DAN REFLEKSI

Berdasarkan penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibina menunjukkan bahawa ujian yang hendak dilaksanakan adalah lebih mudah ditadbir dengan baik seterusnya kelemahan murid dalam skop tajuk yang tertentu dapat dikenalpasti dengan lebih mudah.

Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan dalam peratusan ujian yang telah dijalankan di antara dua ujian iaitu ujian 2 dengan ujian 3. Daripada analisis yang dilaksanakan,walaupun peratusan murid tidak mencapai gred B atau gred A namun peningkatan yang sedikit telah menunjukkan bahawa ujian ini sesuai untuk diberi kepada murid-murid.

12. . Analisis Item Bilangan Calon : 10Pencapaian Tinggi : 3 ( 30% daripada Jumlah calon )Pencapaian Rendah : 3 ( 30% dartipada jumlah calon )

Ranking Calon Nombor Item

12345678910

11100000011

20000000101

30111001101

40000100101

50011110101

61000001101

70011010101

Ru1211001213

80000000111

91000000000

100010010100

RL101 0010211

JB3243232928

IK0.300.200.400.300.200.300.200.900.200.80

ID0.29-0.140.8600.430.860.860.290.570.43

Ranking Calon Nombor Item

11121314151617181920

11011111110

21111111010

31101111110

40011000110

51101001110

61101001110

71100010110

Ru6467577353

80110011010

91100011010

100010111110

RL4507211110

JB1511720121113475

J20202020202020202020

IK0.750.550.351.000.600.550.650.200.350.25

Ru - RL2-160366243

T7777777777

ID0.29-0.140.8600.430.860.860.290.570.43

Petunjuk :1: Jawapan betul0: Jawapan salah.JB: Jumlah calon yang memberi jawapan betul.J: Jumlah calon yang menjawab.Ru: Jumlah calon berpencapaian tinggi yang menjawab betulRL: Jumlah calon berpencapaian rendah yang menjawab betul.T: Jumlah calon berpencapaian tinggi dan rendah yang menjawab soalan.7. Kesimpulan.

Dalam membuat ujian dan penilaian, pelbagai prosedur dan langkah-langkah tertentu perlu dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan ujian atau penilaian yang dijalankan dapat mencapai objektif dengan seberapa tepat yang boleh. Dalam menilai item, Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi boleh digunakan. Kita dapat mengetahui adakah item yang kita gunakan itu sesuai, baik, tepat, mudah, payah atau terlalu sukar. Ia juga dapat menentukan sama ada sesuatu item itu boleh digunakan atau tidak boleh digunakan.

Jadual Penentu Ujian (JPU) yang dibina adalah berdasarkan anggapan guru atau penulis item bahawa sesuatu item itu mudah, pertengahan atau sukar. Kita menjangka bahawa sesuatu item itu tepat, mempunyai keesahan, kebolehpercayaan, ketekalan markah dalam pelbagai situasi, serta boleh menilai pencapaian pelajar. Namun itu semua adalah anggapan semata-mata. Setelah menjalankan kajian rintis terhadap keseluruhan item, barulah kita tahu tentang aras kesukaran dan kesesuaian sesuatu item dalam erti kata yang sebenarnya.