pertukaran rekod perubatan elektronik · • hasil ujian makmal (contohnya, hasil ujian darah). •...

1
Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik (EMRX) adalah satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan untuk berkongsi rekod perubatan elektronik (EMR) di kesemua institusi penjagaan kesihatan. Ianya dimulakan pada tahun 2004 dengan dua kelompok penjagaan kesihatan awam – SingHealth dan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) – untuk memperbolehkan perkongsian rekod di semua hospital dan poliklinik awam di Singapura. Melangkah ke hadapan, MOH akan memperluaskan EMRX ke institusi penjagaan kesihatan swasta dan amal secara berperingkat untuk membolehkan penjagaan yang lebih berterusan. EMRX membolehkan kakitangan perubatan yang terlibat dalam rawatan anda melihat EMR anda dengan cepat. Ini memastikan bahawa penjagaan yang disediakan selamat, bermutu tinggi dan sesuai dengan keperluan anda. Risalah ini akan memberitahu anda mengenai EMRX, dan di mana untuk mendapatkan lebih banyak maklumat jika terdapat perkara-perkara yang menjadi keprihatinan anda. Apa itu rekod perubatan elektronik (EMR)? Setiap kali kita bertemu doctor, beliau akan menyimpan satu rekod yang terperinci mengenai kunjungan tersebut, seperti diagnosis, hasil ujian dan ubat-ubat yang dipreskripsikan. Catatan-catatan ini merupakan rekod perubatan anda. Dahulu, rekod perubatan dicatatkan di atas kertas dan disimpan dalam fail-fail yang berasingan oleh pihak hospital atau klinik yang anda kunjungi. Jika anda mengunjungi hospital atau klinik lain, pihak hospital atau klinik tersebut akan menyimpan rekod mereka sendiri. Rekod tentang kunjungan anda yang lalu di institusi penjagaan kesihatan yang lain tidak disediakan melainkan atas permintaan khusus oleh doktor anda. Rekod perubatan elektronik (EMR) adalah cara yang lebih baik untuk menyimpan maklumat perubatan anda melalui teknologi maklumat (IT). Tidak seperti rekod kertas, EMR boleh: Dikongsi dengan semua institusi penjagaan kesihatan. Dijadikan lebih selamat melalui akses IT yang sesuai dan pelindungan keselamatan. Mengapa rekod perubatan anda penting? Setiap seorang daripada kita unik. Kita memberi tindak balas yang berbeza kepada ubat-ubatan dan rawatan. Rekod perubatan memberi maklumat kepada kakitangan perubatan yang merawat anda tentang sejarah perubatan anda, alahan terhadap ubat-ubatan dan maklumat-maklumat penting yang lainnya. Ini membolehkan mereka membuat penilaian yang terbaik mengenai keadaan kesihatan anda sekarang dan menyediakan penjagaan yang paling sesuai buat diri anda. Apakah maklumat perubatan yang dikongsi? Maklumat perubatan yang berikut ini dikongsi di EMRX: Ringkasan Keluar Dari Hospital yang meringkaskan rekod masuk ke hospital baru-baru ini termasuk rawatan yang diterima dan perjalanan penyakit. Hasil ujian makmal (contohnya, hasil ujian darah). X-ray dan hasil ujian radiologi yang lainnya. Laporan pembedahan perubatan Alahan terhadap ubat-ubatan Ubat-ubatan yang dipreskripsi Laporan jantung Laporan dari Bahagian Kecemasan Lebih banyak jenis maklumat perubatan yang diperlukan bagi penjagaan berterusan akan ditambah dalam EMRX secara berperingkat-peringkat. Siapa boleh melihat rekod-rekod saya? Hanya para doktor dan kakitangan penjagaan kesihatan yang terlibat dalam rawatan anda mempunyai akses kepada EMR anda. Bagaimana anda menyimpan rekod saya dengan selamat? Semua kakitangan perubatan terikat oleh undang-undang dan etika profesional untuk merahsiakan maklumat perubatan anda. Memandangkan EMR adalah rekod komputer, akses tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta Salah Guna Komputer, Bab 50A. Di bawah Akta ini, institusi penjagaan kesihatan disifatkan sebagai pangkalan “komputer yang dilindungi”. Hukuman yang dipertingkatkan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 9 bagi Akta tersebut, membawa hukuman denda tidak melebihi $100,000 dan/atau penjara tidak melebihi 20 tahun bagi kesalahan mengakses data anda tanpa kebenaran. Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai EMRX, sila kunjungi lelaman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.sg Institusi penjagaan kesihatan menyediakan latihan kepada generasi masa hadapan yang terdiri daripada para doktor, jururawat dan golongan profesional yang lainnya dalam bidang penjagaan kesihatan. Dengan itu,mungkin perlu untuk melihat rekod-rekod perubatan bagi tujuan latihan. Tetapi mereka yang melihat rekod-rekod sedemikian, berkewajipan dari segi undang-undang untuk tidak mendedahkannya kepada sesiapa. Kerahsiaan dan privasi pesakit turut dihormati dalam latihan perubatan. Pastinya ada sedikit risiko bahawa terdapat akses tanpa kebenaran (bagi rekod komputer, contohnya, oleh kakitangan perubatan yang tidak diberi kebenaran, penggodam yang menceroboh masuk ke dalam sistem rekod perubatan elektronik), tetapi kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan lakukan yang termampu untuk melindungi rekod para pesakit. Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik sila kunjungi lelaman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.sg Bagaimana EMR boleh menyelamatkan nyawa Encik Mohamad yang berusia 80 tahun telah dikejarkan ke Bahagian Kecemasan kerana beliau terjatuh dan kepalanya tercedera. Malangnya, menantu lelaki beliau yang membawanya ke hospital tidak dapat memberitahu para doktor sama ada Encik Mohamad menggunakan sebarang jenis ubat atau menghidap sebarang jenis penyakit. Melalui system EMR, dengan cepat para dokor mendapat tahu bahawa Encik Mohamad menggunakan ubat untuk mencairkan darahnya yang mana boleh menyebabkan pendarahan dalam otak. Berbekalkan maklumat terkini mengenai keadaan kesihatannya, mereka dengan cepat menentukan rawatan kecemasan yang sesuai. Ini telah membantu menyelamatkan nyawa Encik Mohamad kerana para doktor dapat mengambil kira keadaan kesihatannya apabila merawat beliau. Kita adalah orang biasa. Kita tidak tahu ubat-ubatan yang kita gunakan atau keadaan kesihatan kita. Sekurang-kurangnya dengan sistem ini, para doktor akan mengetahuinya dengan segera. Menantu lelaki Encik Mohamad ‘Ianya telah memberi keyakinan yang amat tinggi bagi para doctor yang mengendalikan kes-kes kecemasan apabila merawat para pesakit yang mempunyai sejarah perubatan yang panjang dan rumit, yang dirawat di hospital-hospital lain, Dr Lee Shu Woan, yang menggunakan system ini sekurang-kurangnya lima kali seminggu. Apa itu EMRX? Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik (EMRX) adalah satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan untuk berkongsi rekod perubatan elektronik (EMR) di kesemua institusi penjagaan kesihatan. Apakah faedah EMRX? EMRX membolehkan EMR dikongsi di kesemua institusi penjagaan kesihatan, bermula dengan hospital dan poliklinik awam dan secara berperingkat-peringkat diperkenalkan di institusi penjagaan kesihatan dalam sektor swasta dan amal. Dengan akses yang cepat dan tepat kepada maklumat perubatan anda yang penting, kakitangan perubatan yang terlibat dalam rawatan anda boleh memberikan rawatan mengikut keperluan anda yang tersendiri, di mana jua anda berada. Ini: memperbaiki mutu penjagaan yang disediakan bagi memastikan anda sembuh dengan lebih cepat. meningkatkan keselamatan. Sebagai contoh, akses serta-merta kepada maklumat tentang alahan anda terhadap ubat-ubatan dan ubat-ubat yang anda gunakan sekarang membolehkan para doktor mempreskripsi ubat dengan tepat dan mengurangkan kesan sampingan yang tidak perlu. Mengurangkan kos yang perlu anda biaya kerana sekarang para doktor boleh melihat secara dalam talian, sebarang hasil ujian darah, x-ray yang dibuat baru-baru ini. Dengan ini, mengurangkan keperluan untuk mengulangi ujian.

Upload: phungtram

Post on 06-Jul-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik · • Hasil ujian makmal (contohnya, hasil ujian darah). • X-ray dan hasil ujian radiologi yang lainnya. • Laporan pembedahan perubatan

Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik

Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik (EMRX) adalah satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan untuk berkongsi rekod perubatan elektronik (EMR) di kesemua institusi penjagaan kesihatan. Ianya dimulakan pada tahun 2004 dengan dua kelompok penjagaan kesihatan awam – SingHealth dan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) – untuk memperbolehkan perkongsian rekod di semua hospital dan poliklinik awam di Singapura. Melangkah ke hadapan, MOH akan memperluaskan EMRX ke institusi penjagaan kesihatan swasta dan amal secara berperingkat untuk membolehkan penjagaan yang lebih berterusan.

EMRX membolehkan kakitangan perubatan yang terlibat dalam rawatan anda melihat EMR anda dengan cepat. Ini memastikan bahawa penjagaan yang disediakan selamat, bermutu tinggi dan sesuai dengan keperluan anda.

Risalah ini akan memberitahu anda mengenai EMRX, dan di mana untuk mendapatkan lebih banyak maklumat jika terdapat perkara-perkara yang menjadi keprihatinan anda.

Apa itu rekod perubatan elektronik (EMR)? Setiap kali kita bertemu doctor, beliau akan menyimpan satu rekod yang terperinci mengenai kunjungan tersebut, seperti diagnosis, hasil ujian dan ubat-ubat yang dipreskripsikan. Catatan-catatan ini merupakan rekod perubatan anda. Dahulu, rekod perubatan dicatatkan di atas kertas dan disimpan dalam fail-fail yang berasingan oleh pihak hospital atau klinik yang anda kunjungi. Jika anda mengunjungi hospital atau klinik lain, pihak hospital atau klinik tersebut akan menyimpan rekod mereka sendiri. Rekod tentang kunjungan anda yang lalu di institusi penjagaan kesihatan yang lain tidak disediakan melainkan atas permintaan khusus oleh doktor anda. Rekod perubatan elektronik (EMR) adalah cara yang lebih baik untuk menyimpan maklumat perubatan anda melalui teknologi maklumat (IT). Tidak seperti rekod kertas, EMR boleh:• Dikongsi dengan semua institusi penjagaan kesihatan.• Dijadikan lebih selamat melalui akses IT yang sesuai dan pelindungan keselamatan. Mengapa rekod perubatan anda penting?Setiap seorang daripada kita unik. Kita memberi tindak balas yang berbeza kepada ubat-ubatan dan rawatan. Rekod perubatan memberi maklumat kepada kakitangan perubatan yang merawat anda tentang sejarah perubatan anda, alahan terhadap ubat-ubatan dan maklumat-maklumat penting yang lainnya. Ini membolehkan mereka membuat penilaian yang terbaik mengenai keadaan kesihatan anda sekarang dan menyediakan penjagaan yang paling sesuai buat diri anda.

Apakah maklumat perubatan yang dikongsi?Maklumat perubatan yang berikut ini dikongsi di EMRX:• Ringkasan Keluar Dari Hospital yang meringkaskan rekod masuk ke hospital baru-baru ini termasuk rawatan yang diterima dan perjalanan penyakit.• Hasil ujian makmal (contohnya, hasil ujian darah).• X-ray dan hasil ujian radiologi yang lainnya.• Laporan pembedahan perubatan• Alahan terhadap ubat-ubatan• Ubat-ubatan yang dipreskripsi• Laporan jantung• Laporan dari Bahagian Kecemasan Lebih banyak jenis maklumat perubatan yang diperlukan bagi penjagaan berterusan akan ditambah dalam EMRX secara berperingkat-peringkat. Siapa boleh melihat rekod-rekod saya?Hanya para doktor dan kakitangan penjagaan kesihatan yang terlibat dalam rawatan anda mempunyai akses kepada EMR anda. Bagaimana anda menyimpan rekod saya dengan selamat?Semua kakitangan perubatan terikat oleh undang-undang dan etika profesional untuk merahsiakan maklumat perubatan anda. Memandangkan EMR adalah rekod komputer, akses tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta Salah Guna Komputer, Bab 50A. Di bawah Akta ini, institusi penjagaan kesihatan disifatkan sebagai pangkalan “komputer yang dilindungi”. Hukuman yang dipertingkatkan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 9 bagi Akta tersebut, membawa hukuman denda tidak melebihi $100,000 dan/atau penjara tidak melebihi 20 tahun bagi kesalahan mengakses data anda tanpa kebenaran.

Untuk Mengetahui Lebih LanjutUntuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai EMRX, sila kunjungi lelaman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.sg

Institusi penjagaan kesihatan menyediakan latihan kepada generasi masa hadapan yang terdiri daripada para doktor, jururawat dan golongan profesional yang lainnya dalam bidang penjagaan kesihatan. Dengan itu,mungkin perlu untuk melihat rekod-rekod perubatan bagi tujuan latihan. Tetapi mereka yang melihat rekod-rekod sedemikian, berkewajipan dari segi undang-undang untuk tidak mendedahkannya kepada sesiapa. Kerahsiaan dan privasi pesakit turut dihormati dalam latihan perubatan.

Pastinya ada sedikit risiko bahawa terdapat akses tanpa kebenaran (bagi rekod komputer, contohnya, oleh kakitangan perubatan yang tidak diberi kebenaran, penggodam yang menceroboh masuk ke dalam sistem rekod perubatan elektronik), tetapi kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan lakukan yang termampu untuk melindungi rekod para pesakit.

P e r t u k a r a n R e k o d P e r u b a t a n E l e k t r o n i k

si la kunjungi lelaman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.sg

Bagaimana EMR boleh menyelamatkan nyawaEncik Mohamad yang berusia 80 tahun telah dikejarkan ke Bahagian Kecemasan kerana beliau terjatuh dan kepalanya tercedera. Malangnya, menantu lelaki beliau yang membawanya ke hospital tidak dapat memberitahu para doktor sama ada Encik Mohamad menggunakan sebarang jenis ubat atau menghidap sebarang jenis penyakit. Melalui system EMR, dengan cepat para dokor mendapat tahu bahawa Encik Mohamad menggunakan ubat untuk mencairkan darahnya yang mana boleh menyebabkan pendarahan dalam otak. Berbekalkan maklumat terkini mengenai keadaan kesihatannya, mereka dengan cepat menentukan rawatan kecemasan yang sesuai. Ini telah membantu menyelamatkan nyawa Encik Mohamad kerana para doktor dapat mengambil kira keadaan kesihatannya apabila merawat beliau.

Kita adalah orang biasa. Kita tidak tahu ubat-ubatan yang kita gunakan atau keadaan kesihatan kita. Sekurang-kurangnya dengan sistem ini, para doktor akan mengetahuinya dengan segera.

Menantu lelaki Encik Mohamad

‘Ianya telah memberi keyakinan yang amat tinggi bagi para doctor yang mengendalikan kes-kes kecemasan apabila merawat para pesakit yang mempunyai sejarah perubatan yang panjang dan rumit, yang dirawat di hospital-hospital lain,Dr Lee Shu Woan, yang menggunakan system

ini sekurang-kurangnya lima kali seminggu.

Apa itu EMRX?Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik (EMRX) adalah satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan untuk berkongsi rekod perubatan elektronik (EMR) di kesemua institusi penjagaan kesihatan. Apakah faedah EMRX?EMRX membolehkan EMR dikongsi di kesemua institusi penjagaan kesihatan, bermula dengan hospital dan poliklinik awam dan secara berperingkat-peringkat diperkenalkan di institusi penjagaan kesihatan dalam sektor swasta dan amal. Dengan akses yang cepat dan tepat kepada maklumat perubatan anda yang penting, kakitangan perubatan yang terlibat dalam rawatan anda boleh memberikan rawatan mengikut keperluan anda yang tersendiri, di mana jua anda berada. Ini:• memperbaiki mutu penjagaan yang disediakan bagi memastikan anda sembuh dengan lebih cepat.• meningkatkan keselamatan. Sebagai contoh, akses serta-merta kepada maklumat tentang alahan anda terhadap ubat-ubatan dan ubat-ubat yang anda gunakan sekarang membolehkan para doktor mempreskripsi ubat dengan tepat dan mengurangkan kesan sampingan yang tidak perlu. • Mengurangkan kos yang perlu anda biaya kerana sekarang para doktor boleh melihat secara dalam talian, sebarang hasil ujian darah, x-ray yang dibuat baru-baru ini. Dengan ini, mengurangkan keperluan untuk mengulangi ujian.