laporan inventori personaliti sidek

6
Tugasan 2 Laporan Inventori Personaliti Sidek Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenalpasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut iaitu agresif, analitikal, autonomi, bersandar, ekstrovet, intelektual, introvet, kepelbagaian, ketahanan, kritik-diri, mengawal, menolong, sokongan, struktur dan pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Pada 22 Januari 2014, telah diadakan satu ujian personaliti ke atas seorang responden. Responden telah menawar diri secara sukarela untuk menduduki ujian personaliti itu. Responden adalah berbangsa India. Jantina responden adalah perempuan. Responden baru berumur 20 tahun. Responden juga adalah pelajar dari Institut Pendididkan Guru Kampus Ipoh dan daru unit N. Inventori yang telah digunakan ke atas responden ini sebagai ujian ialah Inventori Personaliti Sidek. Jadi, ujian ini akan membantu kita untuk melihat apakah keputusan yang mempengaruhi trait-trait atau ciri-ciri personaliti yang telah ditetapkan di dalam IPS. Pertama sekali laporan akan menunjukkan keputusan pada trait agresif. Trait agresif ialah trait personaliti yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. Menurut keputusan ujian ini, responden hanya memiliki skor 40 peratus sahaja untuk trait agresif. Skor sebanyak 40 peratus termasuk dalam kategori skor sederhana. Perkara ini menunjukkan bahawa responden adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, individu selalunya menuntut haknya tetapi pada masa yang sama, hati dan perasaan orang lain dijaga. Maksudnya, responden mampu mempertahankan hak dan pendirian sendiri semasa bercampur di dalam sesuatu kelompok. Pada masa yang sama, responden bijak dalam menjaga hati individu yang lain supaya tidak berlaku sebarang ketidakfahaman antara satu sama lain. Sebagai contoh, responden mahukan sesuatu perkara di dalam satu mensyuarat dan pada masa yang sama responden pandai untuk bertolak ansur sambil menjaga hati individu lain yang mungkin kurang setuju dengan pendapat responden. Seterusnya, keputusan untuk trait analitikal yang diperolehi responden ialah sebanyak 50 peratus sahaja. Analitikal ialah trait personaliti yang menunjukkan individu sangat sensitif kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu

Upload: aqajim91

Post on 18-Dec-2015

725 views

Category:

Documents


43 download

DESCRIPTION

Personaliti Sidek

TRANSCRIPT

Tugasan 2Laporan Inventori Personaliti SidekInventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenalpasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut iaitu agresif, analitikal, autonomi, bersandar, ekstrovet, intelektual, introvet, kepelbagaian, ketahanan, kritik-diri, mengawal, menolong, sokongan, struktur dan pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.Pada 22 Januari 2014, telah diadakan satu ujian personaliti ke atas seorang responden. Responden telah menawar diri secara sukarela untuk menduduki ujian personaliti itu. Responden adalah berbangsa India. Jantina responden adalah perempuan. Responden baru berumur 20 tahun. Responden juga adalah pelajar dari Institut Pendididkan Guru Kampus Ipoh dan daru unit N. Inventori yang telah digunakan ke atas responden ini sebagai ujian ialah Inventori Personaliti Sidek. Jadi, ujian ini akan membantu kita untuk melihat apakah keputusan yang mempengaruhi trait-trait atau ciri-ciri personaliti yang telah ditetapkan di dalam IPS.Pertama sekali laporan akan menunjukkan keputusan pada trait agresif. Trait agresif ialah trait personaliti yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. Menurut keputusan ujian ini, responden hanya memiliki skor 40 peratus sahaja untuk trait agresif. Skor sebanyak 40 peratus termasuk dalam kategori skor sederhana. Perkara ini menunjukkan bahawa responden adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, individu selalunya menuntut haknya tetapi pada masa yang sama, hati dan perasaan orang lain dijaga. Maksudnya, responden mampu mempertahankan hak dan pendirian sendiri semasa bercampur di dalam sesuatu kelompok. Pada masa yang sama, responden bijak dalam menjaga hati individu yang lain supaya tidak berlaku sebarang ketidakfahaman antara satu sama lain. Sebagai contoh, responden mahukan sesuatu perkara di dalam satu mensyuarat dan pada masa yang sama responden pandai untuk bertolak ansur sambil menjaga hati individu lain yang mungkin kurang setuju dengan pendapat responden.Seterusnya, keputusan untuk trait analitikal yang diperolehi responden ialah sebanyak 50 peratus sahaja. Analitikal ialah trait personaliti yang menunjukkan individu sangat sensitif kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Skor sebanyak 50 peratus termasuk dalam kategori sederhana. Perkara ini menunjukkan bahawa responden kurang minat untuk menganalisis sesuatu perkara. Responden mungkin akan mudah untuk menerima beberapa orang untuk menjadi rakannya tanpa menyelidik dan menganalisis setiap individu tersebut. Responden mungkin juga kurang minat perkara-perkara seperti topik-topik yang memerlukan penganalisisan untuk mengetahu sesuatu isi secara mendalam. Contohnya, responden hanya membaca tajuk pada akhbar saja tanpa membaca isinya.Trait yang seterusnya ialah trait autonomi. Autonomi ialah trait personaliti yang menunjukkan individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakkanya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 40 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang sederhana. Perkara ini menunjukkan bahawa responden bebas dalam membuat tindakan dan pada masa yang sama mampu untuk menerima arahan individu lain. Maksudnya, responden suka untuk bebas memilih apa-apa sahaja yang dia boleh tentukan untuk aktiviti-aktiviti hariannya. Pada masa yang sama, responden mampu untuk menerima arahan individu lain untuk membuat perubahan yang ada di dalam aktiviti-aktivti harian responden itu sendiri. Sebagai contoh, walaupun responden suka bertindak bebas dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya, pada masa yang sama responden tetap akur dengan peraturan yang ada di IPG Kampus Ipoh seperti kelas-kelas yang diadakan.Seterusnya ialah trait bersandar. Trait bersandar ialah trait personaliti yang menunjukkan individu itu suka bergantung kepada orang lain dan memerlukan bantuan orang lain dalam membuat keputusan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu keputusan, individu selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama individu yang mempunyai autoriti. Individu ini selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus ianya tuju. Maksudnya, dalam sesuatu situasi, responden selalu meminta pendapat dan nasihat individu lain untuk membuat sesuatu keputusan. Responden agak kurang yakin dalam membuat keputusan dan takut untuk memilih apa-apa jawapan di dalam kehidupannya. Sebagai contoh, responden meminta nasihat daripada kaunseling IPG Kampus Ipoh untuk memastikan bahawa bolehkah dia ingin menduduki jawatan Yang Dipertua Pelajar di IPG Kampus Ipoh.Trait yang seterusnya ialah trait ekstrovert. Trait ekstrovert ialah trait personaliti yang menunjukkan individu suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori sederhana. Perkara ini menunjukkan bahawa responden mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya tahap sosial individu adalah sederhana. Maksudnya, responden boleh berkomunikasi dengan individu yang lain tetapi kekerapan untuk berkomunikasi adalah sangat kurang. Responden mungkin hanya boleh berkomunikasi dengan individu yang dia rapat dan dipercayai tetapi jika responden berada di suatu kominiti yang besar, responden akan kurang bersosial. Sebagai contoh, responden kerap berkomunikasi dengan rakan sekelas tetapi akan menjadi kurang berkomunikasi apabila ditempatkan di dalam kumpulan yang bercampur dengan kelas lain semasa kuliah.Seterusnya ialah trait intelektual. Trait intelektual bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran daripada segi intelektual. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 30 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang rendah. Perkara ini menunjukkan bahawa responden tidak berasa selesa dengan perkara-perkara yang bersifat teoritikal. Individu lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran. Maksudnya, responden akan mudah merasa bosan dengan pengajaran berbentuk teori. Responden amat gemar jika pengajaran itu adalah berbentuk praktikal, kerja-kerja yang melibatkan pergerakan dan pertukangan. Maksudnya, responden lebih gemar membuat kerja di luar kelas berbanding mendengar kuliah yang menerangkan secara teori sahaja.

Trait yang seterusnya ialah trait introvert. Trait introvert bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-situasi yang akan memaksa mereka berkomunikasi di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu tugas. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang sederhana. Perkara ini menunjukkan bahawa responden suka bersosial dan kurang bersosial. Tahap sosial responden adalah sederhana. Maksudnya, responden masih lagi suka untuk bersosial tetapi tidak sekerap dengan individu yang mempunyai tahap introvert yang rendah. Responden berkemungkinan hanya bersosial denga rakan sekelas sahaja tetapi apabila berhadapan dengan indidvidu atau kelompok yang lain, responden kurang bersosial. Sebagai contoh, kelas responden telah membuat satu perbincangan kumpulan untuk sesuatu subjek, apabila tiba giliran responden untuk memberi pendapat, responden hanya bercakap dengan kadar yang sedikit sahaja.Seterusnya ialah trait kepelbagaian. Trait kepelbagaian ialah trait personaliti yang menunjukkan individu dapat menghayati berbagai-bagai situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru ke arah perubahan yang berterusan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 80 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikannya peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Individu suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Individu adalah seorang yang adventures. Maksudnya, responden mampu dan suka melakukan sesuatu yang baru untuk dirinya. Responden adalah seorang yang berani untuk menempuh cabara-cabaran yang boleh memberi manfaat kepada dirinya dan suatu pengalaman yang baru untuk dia mempelajarinya. Sebagai contoh, responden suka menyertai aktiviti-aktiviti yang lasak seperti perkhemahan BIG yang akan dilakukan di Gopeng kerana dia berani dan suka untuk menambah pengalaman yang baru untuk dirinya.Trait yang seterusnya ialah trait ketahanan. Trait ketahanan bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa menunjukkan ciri-ciri ketahanan responden adalah pada tahap sederhana sahaja. Maksudnya, responden mampu untuk bertahan dari segi mental dalam menghadapi situasi-situasi yang menimpanya dan ada juga sesetengah waktu responden tidak mampu untuk menghadapinya.Seterusnya ialah trait kritik diri. Trait kritik diri bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu yang tidak stabil dari segi emosi dan psikologi. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 90 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu yang selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Maksudnya, responden telah mengalami satu masalah besar. Responden selalu tidak percaya pada diri sendiri dalam sesuatu keadaan. Responden selalu berasa bimbang dan merasa rendah diri terhadap apa yang dia telah lakukan walaupun perkara itu adalah perkara yang baik.Trait yang seterusnya ialah trait mengawal. Trait mengawal bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 50 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang sederhana. Skor ini menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinannya adalah pada tahap sederhana. Maksudnya, sebagai seorang manusia responden boleh menerima yang dirinya boleh memimpin orang dan boleh dipimpin oleh orang lain. Responden tidaklah terlalu mengawal sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri.Seterusnya ialah trait menolong. Trait menolong ialah trait personaliti yang dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Skor ini menunjukkan bahawa responden adalah individu yang mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan serta membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain. Maksudnya, responden mempunyai ciri-ciri seorang insan yang baik hati dan tahap belas kasihan yang tinggi. Responden suka meringankan tulang untuk membantu individu yang memerlukan bantuannya.

Seterusnya ialah trait sokongan. Trait sokongan ialah trait personaliti yang menunjukkan individu memerlukan perhatian, simpati dan ingin dikasihi. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 50 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang sederhana. Skor ini menunjukkan ciri-ciri sokongan individu berada pada tahap sederhana. Maksudnya, kadangkala responden mahukan satu sokongan yang kuat untuk membantunya mencapai sesuatu objektif dan kadangkala responden boleh melakukannya sendiri tanpa meminta bantuan dan sokongan daripada pihak yang lain.Trait yang seterusnya ialah struktur. Maksud trait struktur ialah trait personaliti yang menunjukkan individu suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan terperinci. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Skor ini menunjukkan individu adalah seorang yang suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Individu lebih gemarkan kepada aktiviti atau kerja-kerja yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang. Maksudnya, responden adalah seorang yang mementingkan segala kekemasan. Hidupnya mungkin agak teratur. Responden juga mungkin hidup dengan mematuhi jadual hariannya. Kerja-kerja yang berstruktur adalah minat responden.Trait yang seterusnya ialah pencapaian. Maksud trait pencapaian ialah trait personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka persaingan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Skor tinggi menunjukkan individu adalah seorang yang bermotivasi tinggi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. Maksunya, responden ini adalah seorang yang pandai membina semangat untuk dirinya bagi mencapai sesuatu matlamat. Responden gemar akan sesuatu yang memerlukan daya saing untuk mencapai sesuatu objektif yang tersendiri.Perkara yang terakhir untuk ujian ini dikaji ialah penipuan. Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Responden hanya memiliki sebanyak 20 peratus sahaja. Perkara ini menunjukkan bahawa responden adalah individu yang jujur dalam menjawab kesemua soalan ujian ini. Responden mungkin adalah individu yang kita boleh percayai berdasarkan kesahihan keputusan yang responden telah perolehi.Secara keseluruhannya, ujian personaliti jenis IPS ini telah membantu kita untuk mengetahui serba sedikit kekurangan dan kelebihan yang ada pada individu yang diuji. Pada pendapat saya, responden boleh menjalankan kehidupan seperti biasa kerana responden masih boleh berkomunikasi walaupun masih ada sedikit kesan introvert dalam dirinya. Walaubagaimanapun, responden masih mempunyai masalah besar dari segi keyakinan diri. Responden terlalu kerap merasa rendah diri dalam sesuatu situasi. Perkara ini harus dibendung supaya responden dapat menempuhi kehidupan yang sukar ini dengan baik. Ujian personaliti ini perlu diambil kira oleh kaunselor jika ingin membantu responden dalam mengurangkan masalah yang dihadapinya.