laporan hp 4

7
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9401) KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA & PROFESIONALISME SALIMAH BINTI SAFIE A146400 PROGRAM : BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION ) ANJURAN: KELAB INFORMATIK TARIKH PROGRAM: 25 & 27 MEI 2015

Upload: salimomo

Post on 04-Aug-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan hp 4

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM

(HHHC9401)

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA & PROFESIONALISME

SALIMAH BINTI SAFIE

A146400

PROGRAM :

BENGKEL GAFE

( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION )

ANJURAN:

KELAB INFORMATIK

TARIKH PROGRAM:

25 & 27 MEI 2015

TEMPAT :

MAKMAL INDUSTRI

Page 2: Laporan hp 4

PENDAHULUAN

Program ini dirancang di peringkat kelab khusus sebagai platform bagi memberi

persediaan bagi aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada masa akan datang iaitu

Bengkel pengajaran untuk guru. Apa yang telah dipelajari daripada bengkel GAFE ini akan

digunakan pada bengkel pengajaran untuk guru. Di dalam bengkel tersebut ahli sendiri akan

menjadi tenaga pengajar.

Bengkel GAFE adalah merupakan satu langkah daripada Kelab Informatik dengan

kerjasama seorang pelajar yang menjadi Google Student Ambassador sendiri bagi

memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab tentang aplikasi google. Program ini

telah mula dirancang 6 minggu sebelum tarikh program ini dilaksanakan. Kami telah

mengadakan beberapa kali perjumpaan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Hal ini dapat dilihat daripada minit mensyuarat yang pertama iaitu pada 9 April 2015.

Seterusnya draf kerja telah mula dibuat bagi tujuan kelancaran program. Kami telah

mengadakan beberapa kali perjumpaan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Selain itu ahli juga akan diberi taklimat ringkas mengenai Google Student

Ambassador (GSA). Taklimat ini akan memberi pendedahan yang berguna untuk pelajar

Mereka juga akan dapat mengetahui tentang pengalaman menjadi GSA oleh SC Kim. Melalui

program ini, mereka akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan

product google yang sedia ada. Idea untuk menjalankan program ini timbul bertujuan sebagai

satu platform untuk mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli

kelab tentang aplikasi Google.

Program ini akan dikendalikan selama dua hari bermula dengan perkongsian

pengalaman SC Kim menjadi Google Student Ambassador Malaysia. Taklimat ini akan

memberi pendedahan yang berguna untuk ahli mengetahui dengan apa yang menarik atau

kelebihan Google Ambassador amnya. Seterusnya, ia diteruskan pula dengan taklimat ringkas

mengenai produk Google dan aplikasi Google. Selepas ahli mengetahui serba sedikit tentang

aplikasi Google, pengajaran fasa pertama tentang aplikasi Google akan dikelolai oleh SC kim

sendiri. Fasa kedua pula diteruskan pada hari berikutnya yang telah dicadangkan.

Page 3: Laporan hp 4

REFLEKSI DIRI

Sepanjang kerja penyediaan program Bengkel GAFE ini, saya berpeluang

mengembangkan kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Tugas saya dalam

program ini adalah sebagai setiausaha. Tugas utama saya ialah penyediaan kertas kerja dan

mencatat minit mesyuarat.

Pada awal bulan april kami telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan ketua

dan ajk yang lain. Kami telah menunjukkan kesungguhan, ketekalan dalam setiap aktiviti dan

sesi yang dijalankan. Semasa perbincangan dijalankan, semua ahli kumpulan kami memberi

pendapat dan idea secara beretika dan profesional dalam setiap mesyuarat perbincangan

untuk menghasilkan tugasan yang sempurna. Sebagai contoh, semua ahli kumpulan

termasuklah saya telah menyumbangkan idea masing-masing mengenai tema program.

Dengan kerjasama semua ahli kumpulan, setiap perjumpaan kami telah berjalan dengan

lancar.

Sebelum program berlangsung saya diminta untuk menyediakan satu surat berkaitan

dengan tempahan makmal. Untuk menempah makmal kami perlu mengikuti beberapa

prosedur iaitu pemilihan tarikh dengan pegawai teknikal dan seterusnya menghantar surat

permohonan kepada pegawai IT di pejabat dekan sebelum disahkan oleh dekan fakulti. Surat

tempahan makmal ini mempunyai format yang tersendiri. Selepas menyiapkankan surat

tersebut saya telah menemani exco protocol untuk dihantar kepada pegawai IT yang bertugas

di pejabat dekan iaitu Encik Wan Zukhri. Kami perlu mematuhi prosedur yang telah

ditetapkan.

Sebagai setiausaha kelab juga, sedikit sebanyak sikap profesionalisme dan beretika

dapat ditingkatkan dalam diri saya. Hal ini berlaku sepanjang saya berurusan dengan

penasihat-penasihat kelab ahli jawatan kuasa tertinggi yang lain. Apabila saya menerima

teguran dan kritikan, saya menerima kelemahan tersebut dengan baik dan cuba untuk

memperbaikinya. Contohnya, dalam proses penyiapan blog kelab. Sebagai admin blog kelab,

apabila saya menerima ‘feedback’ daripada penasihat kelab dan ahli kelab yang lain, saya

akan menerimanya dengan baik dan memperbaiki kelemahan tersebut.

Page 4: Laporan hp 4

Sebagai seorang yang menyimpan kesemua data tentang ahli kelab, saya perlu

amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas ini. Kesemua data tersebut hanya

boleh dikongsi dengan penasihat-penasihat kelab sahaja. Selain itu, melalui program ini

semangat kerjasama dalam organisasi juga dapat ditingkatkan dalam diri saya. Kami telah

bekerjasama untuk menangani segala masalah semasa program ini dijalankan.

Melalui penglibatan saya sepanjang program ini, saya menyedari kepentingan

mematuhi prosedur, kod dan etika untuk menonjolkan sikap profesionalisme seseorang. Saya

telah belajar cara untuk menangani segala masalah dengan beretika dan bersopan. Ini amat

memanfaatkan diri saya sewaktu saya menceburi diri ke alam pekerjaan nanti.

Page 5: Laporan hp 4

KESIMPULAN

Faktor persekitaran seperti pendedahan yang kerap dalam pergaulan positif sebenarnya

mematangkan seseorang dan mendatangkan tahap kemahiran nilai, sikap, etika &

profesionalisme. Punca seseorang individu kurang mahir dari segi etika dan profesionalisme

adalah kerana kurang pengalaman atau tidak ada pendedahan wajar untuk mereka atasi

kekurangan itu.

Oleh itu, program telah sedikit sebanyak mematangkan saya dan mendatangkan tahap

kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Saya juga dapat memahami apa yang

penting bagi kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme iaitu mesti mempunyai

implikasi signifikan dalam kehidupan manusia selain daripada sekadar membantu dalam

mewujudkan susana yang baik bagi kelancaran majlis .

Saya juga dapat meningkatkan rasa keyakinan diri, kemampuan untuk menerima

perbezaan pendapat dan perbezaan individu, mampu menghormati pandangan orang lain,

bermurah hati dalam memberi nasihat dan galakan, bijak membaca suasana untuk memberi

teguran dan kritikan, mengiktiraf kelebihan orang lain dan menerima kelemahan mereka

sebagai sesuatu yang unik dan tidak perlu diperlekehkan.  Selain itu, nilai bertanggungjawab

dan amanah juga diterapkan dalam diri.

Sebagai salah seorang ahli yang menjayakan program ini, saya berasa berbangga dapat

bekerjasama dengan semua ahli. Oleh itu saya telah menyiapkan satu ‘mind map’ khas

menunjukkan kami berjaya menyiapkan program ini dengan jayanya.