laporan gotong-royong kumpulan 3

4
Pada 22 Februari 2013, kumpulan kami diberi tugas untuk membersihkan bilik TP 203 dan Bilik Pemerhatian. Sebelum memulakan tugas, ahli kumpulan kami telah menyediakan 2 batang penyapu, sebatang mop, 3 keping kain dan sebuah baldi. Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang. Kami telah memilih seorang ahli untuk menjadi ketua kumpulan kami iaitu Chiu Jiong Chee. Selepas itu, ketua kumpulan membahagikan kerja kepada kami. Tey Pei Li bertanggungjawab untuk mengelap meja, manakala Lau Huong Kiat bertugas untuk mengangkat kerusi ke atas meja untuk memudahkan kerja menyapu lantai. Tan Li Li dan Tan Mey Chi bertanggungjawab untuk menyapu lantai. Manakala Chiu Jiong Chee bertugas untuk mengemop lantai. Pada mulanya, kami membersihkan bilik TP 203. Kami mengelap meja dulu, selepas itu, kerusi-kerusi diangkat ke atas meja. Kemudiannya, kami mula menyapu lantai. Seterusnya, kami pun mula mengemop lantai. Oleh sebab

Upload: chanel-phang

Post on 21-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Pada 22 Februari 2013, kumpulan kami diberi tugas untuk membersihkan

bilik TP 203 dan Bilik Pemerhatian. Sebelum memulakan tugas, ahli kumpulan

kami telah menyediakan 2 batang penyapu, sebatang mop, 3 keping kain dan

sebuah baldi.

Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang. Kami telah memilih seorang ahli

untuk menjadi ketua kumpulan kami iaitu Chiu Jiong Chee. Selepas itu, ketua

kumpulan membahagikan kerja kepada kami. Tey Pei Li bertanggungjawab

untuk mengelap meja, manakala Lau Huong Kiat bertugas untuk mengangkat

kerusi ke atas meja untuk memudahkan kerja menyapu lantai. Tan Li Li dan Tan

Mey Chi bertanggungjawab untuk menyapu lantai. Manakala Chiu Jiong Chee

bertugas untuk mengemop lantai.

Pada mulanya, kami membersihkan bilik TP 203. Kami mengelap meja

dulu, selepas itu, kerusi-kerusi diangkat ke atas meja. Kemudiannya, kami mula

menyapu lantai. Seterusnya, kami pun mula mengemop lantai. Oleh sebab

kumpulan kami hanya mempunyai sebatang mop, maka ahli kumpulan lain

bertugas untuk mengelap pintu serta kaca dan menukar air yang kotor.

Kemudian, kami pun menyusun semula meja dan kerusi dengan kemas. Selepas

itu, kami mula membersihkan Bilik Pemerhatian sebagaimana kami membersih

bilik TP 203.

Gambar 1 : Tey Pei Li sedang

mengelap meja.

Gambar 2 : Lau Huong Kiat

sedang mengangkat

kerusi ke atas meja.

Gambar 3 : Tan Mey Chi sedang

menyapu lantai.

Gambar 4 : Tan Li Li sedang

menyapu lantai.

“Bersatu teguh, bercerai roboh”, kami telah berjaya membersihkan

kedua-dua bilik ini dalam beberapa jam atas komitmen yang diberi oleh ahli

kumpulan.

Gambar 5 : Chiu Jiong Chee sedang

mengemop lantai.