laporan ceramah dan pameran denggi 2009

Upload: kamal

Post on 10-Jul-2015

649 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

LAPORAN CERAMAH DAN PAMERAN DENGGI 2009 SEKOLAH KEBANGSAAN ALL SAINTS 34600 KAMUNTING, TAIPING TUJUAN Ceramah dan pameran anti-denggi ini merupakan salah satu aktiviti tahuanan Unit Pencegahan Denggi sekolah. Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai bahaya denggi dan kaedah mencegah yang boleh diambil untuk mengatasi penyakit ini dari terus menular. OBJEKTIF 1. Meningkatkan pendidikan pencegahan denggi. 2. Mengetahui kaedah pencegahan yang berkesan. 3. Memastikan persekitaran ruang rumah dan sekolah adalah bersih dan bebas dari denggi. SASARAN Pelajar tahun 4 dan 5. AKTIVITI Tarikh : 27/4/2009 Masa : 8.00 pagi 1.00 tengahari Tempat : Ceramah di Dewasn Besar SK All Saints, Kamunting Pameran Pentas Perhimpunan Slot 1 CERAMAH Ceramah mengenai bahaya denggi, kaedah pencegahan dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya dijangkiti demam denggi disampaikan oleh Tuan Haji Zainal dari Unit Kesihatan Daerah LMS. Ceramah mengenai demam cikungunya juga disebabkan oleh vector nyamuk aedes, simtom-simtom penyakit dan langkah pengawalan. Kuiz Tn. Hj Zainal mengemukakan beberapa soalan dan dapat dijawab dengan betul oleh pelajar.

Slot 2 PAMERAN AEDES Pameran diadakan di kantin sekolah untuk semua pelajar. Pameran mengenai aedes, demam denggi, chikungunya dan bahaya rokok kepada manusia. Pengedaran risalah-risalah untuk kelas mengenai bahaya denggi.

ULASAN/PENUTUP Aktiviti berjalan lancar dan banyak maklumat diperolehi dalam usaha mencegah penularan demam denggi. Pelajar-pelajar juga dapat mengenalpasti tempat-tempat utama pembiakan aedes yang disyaki dan boleh mengambil langkah penghapusan dengan segera jika ditemui ada pembiakan larva nyamuk.

Laporan disediakan oleh;

.. KAMAL BIN ABDUL SALAM Setiausaha Unit Pencegahan Denggi HEM Sk. All Saints, Kamunting Taiping