laporan bowling 2010

7
Pengenalan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sek. Keb. Air Merah telah mengadakan aktiviti bowling di Kulim Landmark Central. Aktiviti ini telah dilaksanakan oleh para guru Pendidikan Khas bersama murid-murid PKBP. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang buat pertama kalinya untuk murid-murid Pendidikan Khas sebagai pendedahan kepada suasana di luar bilik darjah. Program kokurikulum yang berasaskan permainan dalam kehidupan pelajar Pendidikan Khas perlu diberi perhatian oleh pendidik Pendidikan Khas. Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar berkeperluan khas. Rasional Memberi peluang kepada murid PKBP untuk bersosial dan bergembira melakukan aktiviti bowling. Meletakkan murid PKBP sama taraf dengan murid aliran perdana untuk merasai pengalaman bermain bowling. Memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas untuk menunjukkan bakat dalam permainan bowling. Sebagai medium pelengkap dalam memastikan pelajar berkeperluan khas dapat berdikari untuk menjalani kehidupan sebenar. Objektif Sebagai salah satu terapi untuk murid berkeperluan khas bagi meningkatkan pergerakan psikomotor. Untuk menyemai nilai gaya hidup sihat melalui aktiviti permainan kepada murid-murid khas. Untuk memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di antara murid-murid pendidikan khas

Upload: kiuum6554

Post on 07-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

TERAPI BOWLING PPKI

TRANSCRIPT

Pengenalan

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sek. Keb. Air Merah telah mengadakan aktiviti bowling di Kulim Landmark Central. Aktiviti ini telah dilaksanakan oleh para guru Pendidikan Khas bersama murid-murid PKBP. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang buat pertama kalinya untuk murid-murid Pendidikan Khas sebagai pendedahan kepada suasana di luar bilik darjah. Program kokurikulum yang berasaskan permainan dalam kehidupan pelajar Pendidikan Khas perlu diberi perhatian oleh pendidik Pendidikan Khas. Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar berkeperluan khas.Rasional

Memberi peluang kepada murid PKBP untuk bersosial dan bergembira melakukan aktiviti bowling. Meletakkan murid PKBP sama taraf dengan murid aliran perdana untuk merasai pengalaman bermain bowling. Memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas untuk menunjukkan bakat dalam permainan bowling. Sebagai medium pelengkap dalam memastikan pelajar berkeperluan khas dapat berdikari untuk menjalani kehidupan sebenar.Objektif

Sebagai salah satu terapi untuk murid berkeperluan khas bagi meningkatkan pergerakan psikomotor.

Untuk menyemai nilai gaya hidup sihat melalui aktiviti permainan kepada murid-murid khas.

Untuk memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di antara murid-murid pendidikan khas

Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara murid-murid dengan para guru Pendidikan Khas Melahirkan sifat yakin terhadap kemampuan diri dan lebih cekal dalam menempuh kehidupan dalam masyarakatSasaran

Guru Pendidikan Khas

-5 orangMurid-murid PKBP

-23 orangPembantu Pengurusan Murid (PPM)

-4 orangPara Waris

-2 orangLAPORAN AKTIVITI TERAPI BOWLING KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN 2010Tarikh : 30 September 2010Masa

: 10.00 pagi 12.30 tengahari

Tempat: Ole-ole Super Bowling, Kulim Landmark Central.Pada 30 September 2010 yang lalu, Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sek. Keb. Air Merah telah mengadakan aktiviti terapi bowling bertempat di Ole-Ole Super Bowling, Kulim Landmark Central. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mencungkil bakat serta potensi murid dari segi fizikal dan kognitif. Sememangnya murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai kemahiran dan bakat yang belum dicungkil lagi. Seiring dengan itu, aktiviti bowling dianjurkan buat pertama kalinya untuk menguji tahap fizikal dan mental murid pendidikan khas.Aktiviti bermula pada jam 9.30 pagi, semua murid-murid Pendidikan Khas dan guru-guru berkumpul di kantin untuk pengagihan murid menaiki kenderaan mengikut guru-guru yang akan mengawasi murid-murid.Sebelum bertolak iringan doa dibacakan oleh En. Mohd Jaafar Hj Ibrahim bersama semua guru-guru dan semua murid-murid Pendidikan Khas. Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn.Hjh Siti Norma Bt Salleh menyampaikan ucapan ringkas kepada semua murid mengenai langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa aktiviti bowling dijalankan..

Tepat jam 9.45 pagi enam buah kenderaan guru bersama murid-murid telah bertolak ke Kulim Landmark Central. Rombongan diketuai oleh Cikgu Faisal Bin Isa tiba di Kulim Landmark Central lebih kurang jam 10.00 pagi. Setiba di sana, kami dapati Pusat Bowling masih belum dibuka kerana kerja-kerja pengurusan dan kebersihan sedang dijalankan. Semua guru dan murid pendidikan khas menunggu di luar buat sementara waktu. Pada pukul 10.30 pagi aktiviti dimulakan dengan semua peserta memakai kasut khas yang disewa dengan bayaran RM 3.00 bagi setiap murid dan guru. Guru Besar, Pn.Che Indon Bt Osman turut meluangkan masa untuk melihat aktiviti bowling yang dijalankan di Pusat Bowling Kulim Landmark Central. Kunjungan beliau menambahkan lagi semangat para guru dan juga murid-murid pendidikan khas. Peserta yang terlibat terdiri daripada guru-guru, murid-murid, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan juga waris.Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan iaitu seramai lapan kumpulan dengan diketuai oleh guru-guru dan juga PPM sebagai fasilitator permainan bagi meningkatkan semangat para peserta untuk bermain dengan bersungguh-sungguh. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang murid.Pertandingan berlangsung selama satu jam lebih sebanyak 1 permainan. Permainan bowling berakhir jam 11.40 pagi. Setelah penat bermain, para guru dan murid menjamu selera di Pizza Hut. Setiap murid dihidangkan dengan Pizza berserta minuman berkarbonat. Setelah selesai, para guru dan murid bertolak pulang ke Sekolah Kebangsaan Air Merah pada jam 12.15 tengahari dan tiba pada jam 12.25 tengahari.Pihak penganjur bersyukur kerana Program Permainan Bowling Pendidikan Khas berjalan dengan lancar. Sokongan dan gandingan tenaga serta semangat kerjasama daripada semua pihak serta komitmen sepenuhnya terhadap segala perancangan yang telah dibuat dapat mencapai objektifnya. Diharap program-program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi melahirkan pelajar-pelajar berkeperluan khas yang mampu merancang dan mengurus diri, berdikari, berupaya, berhaluan, dan menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif.

Disediakan oleh :

:

.........................................

(EN.MOHD JAAFAR HJ IBRAHIM)

Disemak oleh :

...........................................

(PN.HJH SITI NORMA SALLEH)

Disahkan oleh:...........................................GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI BOWLING PKBP SK AIR MERAH 2010.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penasihat: Pn.Che Indon Bt Osman ( Guru Besar SK Air Merah )Pengerusi: Pn.Hjh Siti Norma Bt Salleh ( PK Pen.Khas )Setiausaha: Pn.Basyirah Bt Mohamad HelmiBendahari: Pn.Fazlinah Bt FazaiAHLI JAWATANKUASA

Jemputan

: Pn.Hjh Siti Norma Bt SallehJamuan

: Pn.Basyirah Bt Mohamad HelmiPersiapan Tempat

: En.Faisal Bin IsaSiaraya

: En.Kalaiselvam A/L MuruganHadiah

: Pn.Fazlinah Bt FazaiDokumentasi

: En.Mohd Jaafar Bin Hj Ibrahim/En.KalaiPengacara Majlis

: En.Faisal Bin IsaPendaftaran

: Guru dan PPMBacaan Doa

: En.Mohd Jaafar Bin Hj Ibrahim