laporan bina insan guru perkhemahan dan kembara sosial semester iv institut pendidikan guru kampus...
DESCRIPTION
Laporan keseluruhan mengenai program Bina Insan Guru (BIG) semester IV di Sekolah Kebangsaan Saint Bernard, Kampung Sadir, PadawanTRANSCRIPT
Pada 26 Jun 2013, saya bersama rakan sekelas PISMP TESL 4 Ambilan
Januari 2012 dan dua kelas dari PISMP TESL 3 Ambilan Januari 2012 dan PISMP
Pra Sekolah Ambilan Januari 2012 telah menyertai Program Anak Angkat BIG (Bina
Insan Guru) Siri pertama yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Saint Bernard,
Kampung Sadir, Padawan. Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam dan
kami diberi peluang untuk tinggal bersama ahli keluarga angkat kami dan
melaksanakan aktiviti membantu menceriakan kawasan sekolah sepanjang program
tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah memberi pengalaman berharga
kepada guru pelatih untuk bersama keluarga angkat dan menanam sikap kerjasama
dalam menjalankan tugas yang diberi.
Seminggu sebelum program dijalankan, Encik Michael Tarang Jelaming,
selaku pensyarah pembimbing telah mengagihkan tugas kepada kami. Saya telah
dipilih sebagai bendahari keseluruhan untuk program ini. Rakan sekelas saya dan
kelas lain juga diberi tugas yang diamanahkan kepada mereka. Tugas sebagai
bendahari adalah perkara baru bagi saya kerana saya tidak pernah mendapat tugas
yang mempunyai tanggungjawab yang besar. Tugas ini bakal memberi saya satu
cabaran yang baru dan ini selaras dengan objektif BIG yang menekankan
pengalaman baru kepada guru pelatih. Selepas Encik Michael memberi arahan
ringkas mengenai tugas kami dalam program ini, rakan sekelas saya membentuk
satu lagi jawatankuasa kecil untuk menyenangkan urusan program dan
mengagihkan tugasan kepada semua orang. Sebagai ahli dalam kelas, saya berasa
bangga kerana semua rakan sekelas saya sanggup memikul tanggungjawab yang
diberi dan melaksanakan tugasan dengan sempurna.
Sebagai bendahari, saya menjalankan tugas saya dengan meminta wakil
bendahari dari setiap kelas untuk mengumpul duit dari setiap ahli kelas mereka.
Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk menyenangkan tugas saya dan
seterusnya melancarkan proses pengumpulan duit. Duit yang dikumpul akan
digunakan untuk membeli cendererahati dan diserahkan kepada pihak sekolah dari
SK St. Bernard, Sadir dan menghasilkan Banner atau kain bentangan. Semua wakil
bendahari kelas masing-masing telah menjalankan tugas mereka dengan sempurna
dan mengikut masa yang telah saya berikan. Mereka telah membantu saya dan
saya berterima kasih atas pertolongan mereka dalam melancarkan proses program
ini.
Selepas saya mengumpul duit, saya menunggu pihak dari bahagian
cenderahati dan Banner untuk meminta dana dari saya. Walaupun saya telah
memaklumkan kepada mereka bahawa duit sudah dikumpul, mereka belum
berjumpa saya untuk mendapatkan dana tersebut. Beberapa hari sebelum kami
bertolak ke Kampung Sadir untuk program Anak Angkat dan Kembara Sosial,
mereka berjumpa dengan saya dan meminta dana. Walaupun kami diberi masa
yang singkat untuk melaksanakan program tersebut, sesetengah ahli yang diberi
tugasan dapat menyiapkan tugasan terebut tanpa sebarang komen atau rungutan.
Dari situasi ini saya berasa kesal kerana masih ada guru pelatih yang bersikap lepas
tangan dalam menguruskan perkara yang penting. Walaupun skop atau kepentingan
tugasan tersebut kecil, semua tugasan tersebut saling berkait antara satu sama lain.
Apabila semua orang bersikap begitu, maka tidak wujudnya sistem yang efektif dan
efisien. Saya berharap mereka dapat sedar akan sikap mereka dan cuba untuk
berubah untuk kelancaran kerja.
Pada 26 Jun 2013, kami mula bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang ke Kampung Sadir, Padawan. Pemandangan sepanjang jalan ke
kampung tersebut amat cantik dan mengagumkan. Selepas kami sampai di
kampung tersebut, kami disambut baik oleh pihak sekolah dan murid-murid di
sekolah tersebut. Selepas mendengar penjelasan dari Guru Besar dan Encik
Michael, kami berjumpa dengan keluarga angkat kami. Saya bersama Philemon
Kana berjumpa dengan bapa angkat kami, Encik Evan Nayon Anak Gap. Beliau
masih bujang walaupun sudah berumur 52 tahun. Beliau tinggal bersama ibunya dan
anak buahnya. Beliau tidak lagi bekerja tetapi sekarang sedang mengusahakan
ladang koko di dusun sendiri. Sepanjang zaman muda dari umur 14 tahun, bapa
angkat saya meninggalkan kampung dan pergi merantau untuk mencari kerja.
Setelah 30 tahun bekerja di bandar dan Semenanjung Malaysia sebagai buruh dan
pekerja hotel, bapa angkat saya membuat keputusan untuk tinggal di kampung dan
menjaga keluarga beliau. Melalui cerita beliau, saya bangga terhadap semangat
yang beliau telah lama pikul bersama dan pengalaman beliau sepanjang hidup
beliau. Saya berharap saya dapat menjadi seperti beliau kerana beliau mempunyai
nilai kesanggupan untuk hidup dan bersedia yang kian pupus dalam diri remaja
terutamanya saya. Kecekalan beliau dalam mengharungi pelbagai cabaran
walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi telah membuat saya ingin
mencontohi sikap beliau.
Semasa kami di Kampung Sadir, kami juga ditugaskan untuk menceriakan
kawasan sekolah SK St. Bernard. Kami dibahagikan mengikut tugasan dan saya
memilih untuk bertugas di kawasan rumah hijau. Pada mulanya kami beranggapan
bahawa kerja tersebut senang dan cepat dilaksanakan, tetapi kerja tersebut adalah
yang tersusah kerana kami terpaksa membina rumah hijau tersebut. Saya
sememangya tidak dapat melaksanakan tugasan tersebut kerana saya tidak
mempunyai kepakaran dalam menukang terutamanya dalam segi pembinaan.
Dengan bantuan staf sokongan dan rakan-rakan saya, kami dapat melaksanakan
tugas kami. Pada mulanya memang lambat kerana kami perlu memecah lantai
simen untuk memacak batang kayu belian. Kayu belian tersebut akan digunakan
sebagai rangka untuk rumah hijau tersebut.
Kerja kami diteruskan pada hari kedua. Selepas kami memasang rangka
rumah hijau, kerja kami diteruskan dengan memasang atap rumah hijau dan
meletakkan pelindung cahaya untuk menjaga bunga dan tumbuh-tumbuhan. Tugas
ini memberi peluang kepada saya untuk mencuba perkara baru yang tidak pernah
saya lakukan. Semasa saya dan rakan-rakan sedang sibuk melaksanakan tugas,
ada segelintir guru pelatih lari dan pergi membuat kerja lain kerana tidak tahan
dengan kerja tersebut. Situasi ini memberi tekanan kepada kami kerana kami harus
menyiapkan tugas dalam masa dua hari. Pada mulanya kami risau dan resah kerana
kami keletihan bekerja di bawah panas terik dan kerja kami belum siap sepenuhnya.
Mujurlah Encik Michael membantu kami dengan memanggil semua guru pelatih
lelaki untuk turun menyiapkan rumah hijau. Selepas bertungkus lumus
melaksanakan tugasan, akhirnya kami berjaya.
Pada hari terakhir program, Guru Besar mengadakan majlis perpisahan untuk
menutup tirai program tersebut. Saya dan rakan-rakan berasa puas hati kerana kami
telah menyumbang sesuatu untuk SK St. Bernard, Kampung Sadir. Pengalaman
tersebut sememangya memberi seribu makna kepada kami kerana kami berpeluang
untuk menjelajah tempat baru dan menimba pengetahuan baru bersama keluarga
angkat kami. Saya berharap program ini dapat memberi pengajaran kepada kami
semua dan guru pelatih yang bakal menyertai program BIG ini kerana program ini
banyak memberi pandangan baru terhadap hidup di sekeliling kami .
Penilaian Kendiri
Sepanjang program ini dijalankan, saya telah mendapat pelbagai pengalaman
dan pengajaran. Perkara-perkara yang telah saya peroleh dari program Anak Angkat
dan Kembara Sosial akan saya simpan dalam hidup saya.
Antara pengalaman dan pengajaran yang telah saya peroleh, saya mendapati
bahawa saya dapat mengaplikasikan kekuatan saya yang saya dapat dari
pengalaman dahulu dan kemahiran yang saya miliki. Sebelum bermulanya program
tersebut, saya telah dipilih untuk menyertai badan jawatankuasa dan memegang
jawatan sebagai bendahari. Dengan pengalaman saya sebagai pengerusi program
BIG yang lepas, saya dapat melaksanakan tugas saa dengan sempurna dan teratur.
Semasa saya berada di SK St. Bernard Kampung Sadir, saya menggunakan bahasa
ibunda saya, Bahasa Bidayuh, untuk berkomunikasi bersama penduduk kampung.
Kelemahan yang saya hadapi semasa program tersebut bukan disebabkan
sikap negatif saya, tetapi kekurangan saya dalam perlaksanaan tugas yang
menjadikan kelemahan saya satu faktor besar dalam menentukan kesan tersebut.
Semasa saya menjalankan tugas untuk membuat rumah hijau di SK St. Bernard,
saya tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk membina rumah hijau
terutamanya dalam pertukangan kayu. Keadaan ini menyebabkan saya dalam
keadaan susah tetapi dengan pertolongan staf sokongan dan rakan-rakan saya,
saya berupaya untuk menimba pengalaman baru.
Sepanjang program ini, sememangnya tidak dinafikan bahawa kami diberi
pendedahan dalam kehidupan jauh dari kesenangan dan keselesaan. Program ini
telah menyediakan pelbagai peluang dari segi mental dan fizikal kepada guru-guru
pelatih. Peluang begini bukan selalunya ada dan saya berasa gembira bahawa
program ini membantu saya dalam mengenali orang ramai selain daripada kawan-
kawan dan saudara mara dan masyarakat sekeliling saya. Program ini juga
membuka mata saya mengenai kehidupan penduduk yang jauh dari bandar tetapi
penuh dengan kegembiraan dan kesenangan yang tidak seperti saya bayangkan.
Pendedahan yang bermakna memberi impak yang besar kepada saya kerana
pengalaman ini memberi saya satu perspektif yang berbeza mengenai kehidupan
penduduk kampung dan menyingkirkan pandangan negatif terhadap mereka.
Walaupun program ini memberi pengalaman yang bermakna, pengalaman
tersebut bukan semuanya manis. Semasa saya dan rakan saya melaksanakan
projek rumah hijau, kebanyakkan ahli kumpulan yang ditugaskan bersikap
pentingkan diri. Perangai ini memberi tekanan kepada kami kerana kami harus
menyiapkan tugas dalam masa dua hari. Sebagai salah seorang ahli kumpulan,
keadaan ini membawa masalah yang besar dalam projek tersebut. Pada mulanya
kami risau dan resah kerana kami keletihan bekerja di bawah panas terik dan kerja
kami belum siap sepenuhnya. Kelemahan Ini menyebabkan saya berasa resah
kerana ini menunjukkan hubungan kami antara guru pelatih adalah sangat lemah.
Keadaan ini bleh menyebabkan perkara seperti kerja tidak siap dan menjejaskan
nama IPG Kampus Batu Lintang. Mujurlah Encik Michael membantu kami dengan
memanggil semua guru pelatih lelaki untuk turun menyiapkan rumah hijau. Selepas
bertungkus lumus melaksanakan tugasan, akhirnya kami berjaya.menyiapkan rumah
hijau tersebut. Keadaan itu menyedarkan saya bahawa bukan semua perkara
adalah ideal dan seperti kita harapkan. Kita harus bersedia dalam pelbagai keadaan
supaya kita dapat jangka dan mengatur strategi baru supaya kita dapat
menyelesaikan masalah yang timbul dan melaksanakan tugasan atau perkara yang
telah diamanahkan oleh seseorang. Saya berharap program ini dapat meningkatkan
kemahiran dan kefahaman diri saya untuk berjaya dalam kehidupan.