laporan b.i.g semester 4

9
 LATAR BELAKANG KELUARGA Pasangan Mohamad Zemi Bin Mohamad Edi dan Siti Jarah Binti Sa¶ari dikurniakan dengan enam orang anak. Empat darinya adalah perempuan dan dua lagi adalah lelaki. Kedua-dua anak lelaki pasangan ini kini sedang berkhidmat dalam pasukan tentera udara dan pasukan tentera komando. Dua daripada empat anak perempuan pasangan ini sudah pun bekerja dan salah seorang daripadanya telahpun berkahwin dan kini menetap bersama-sama keluarga ini. Dua lagi masih lagi bersekolah di tingkatan lima dan di tingkatan dua. Pasangan ini juga mempunyai seorang cucu hasil daripada perkahwinan anak perempuan mereka. En. Mohamad Zemi dan Pn. Siti Jarah memang berasal dari Ulu Legong sejak dari kecil lagi. Pada awalnya mereka berpindah keluar dari Ulu Legong, namun beberapa tahun kemudian mereka kembali semula ke kampong halaman mereka untuk menguruskan ladang getah. Dahulu En. Zemi mendapatkan rezekinya dengan mencari kayu tepu untuk mendapatkan bahan minyak wangi. Namun dengan peningkatan usianya, kini dia tidak lagi mampu masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu tersebut. Kini dia banyak bergantung hidup dengan pendapatan hasil penorehan pokok getah. Tapi berdasarkan apa yang diceritakan kepada saya, boleh dikatakan En. Zemi mempunyai perkaitan darah dengan hampir semua penduduk kampung.

Upload: mohd-shafuan-zulkafli

Post on 06-Jul-2015

474 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan B.I.G Semester 4

5/8/2018 Laporan B.I.G Semester 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-semester-4 1/9

 

LATAR BELAKANG KELUARGA

Pasangan Mohamad Zemi Bin Mohamad Edi dan Siti Jarah Binti Sa¶ari dikurniakan

dengan enam orang anak. Empat darinya adalah perempuan dan dua lagi adalah lelaki.

Kedua-dua anak lelaki pasangan ini kini sedang berkhidmat dalam pasukan tentera

udara dan pasukan tentera komando.

Dua daripada empat anak perempuan pasangan ini sudah pun bekerja dan salah

seorang daripadanya telahpun berkahwin dan kini menetap bersama-sama keluarga ini.

Dua lagi masih lagi bersekolah di tingkatan lima dan di tingkatan dua. Pasangan ini juga

mempunyai seorang cucu hasil daripada perkahwinan anak perempuan mereka.

En. Mohamad Zemi dan Pn. Siti Jarah memang berasal dari Ulu Legong sejak

dari kecil lagi. Pada awalnya mereka berpindah keluar dari Ulu Legong, namun

beberapa tahun kemudian mereka kembali semula ke kampong halaman mereka untuk

menguruskan ladang getah.

Dahulu En. Zemi mendapatkan rezekinya dengan mencari kayu tepu untuk

mendapatkan bahan minyak wangi. Namun dengan peningkatan usianya, kini dia tidak

lagi mampu masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu tersebut. Kini dia banyak

bergantung hidup dengan pendapatan hasil penorehan pokok getah. Tapi berdasarkan

apa yang diceritakan kepada saya, boleh dikatakan En. Zemi mempunyai perkaitan

darah dengan hampir semua penduduk kampung.

Page 2: Laporan B.I.G Semester 4

5/8/2018 Laporan B.I.G Semester 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-semester-4 2/9

 

SUMBANGAN

Secara jelasnya saya merasakan tidak banyak sumbangan yang boleh kami berikan

pada keluarga ini. Mereka boleh dikira sebagai keluarga yang agak berkemampuan.

Kami pada awalnya ingin membantu di kebun getah dengan membersihkan kawasan

kebun atau sebagainya, namun keadaan kesihatan En. Zemi kurang membenarkan dia

untuk ke kebun. Jadi kami hanya membersihkan kawasan rumah serta bantu memasak

hidangan di dapur.

PENGALAMAN

Pengalaman dari 5 hingga 7 Julai cukup membuka mata saya akan kehidupan di

kampung yang sebenar. Pada hari pertama, kami disambut dengan meriah. Suasana

ketika itu seolah-olah pengantin lelaki baru sahaja tiba untuk disambut keluarga

perempuan. Suasana yang cukup meriah di samping keterujaan kami keluarga mana

yang akan menerima kami sebagai µahli keluarga sementara¶ mereka.

Page 3: Laporan B.I.G Semester 4

5/8/2018 Laporan B.I.G Semester 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-semester-4 3/9

 

Setelah segala acara penyerahan kepada keluarga angkat. Kami dibawa pulang

ke rumah dan diperkenalkan kepada ahli-ahli keluarga yang lain. Mereka sebelum ini

pernah menerima anak angkat dan ini adalah kali kedua mereka menerima anak

angkat. Setelah kami siap membersihkan diri, kami mula berjalan-jalan mencari rumah

lain yang turut mengambil anak angkat. Kami turut juga berbual-bual dengan penduduk

kampung yang lain dan menanyakan aktiviti yang mereka akan jalankan.

Pada waktu malam kami terpaksa bergelap bertemankan pelita kerana pada

petang hari itu elektrik terputus akibat ada kabel elektrik berdekatan yang telah

terbakar. Bekalan tenaga elektrik akhirnya pulih lebih kurang jam sembilan malam.

Pada malam yang sama, saya dan lutfi mengikut beberapa orang penduduk kampung

berburu di dalam hutan.

Pengalaman µdinaiki¶ lebih kurang 10 ekor pacat dalam satu malam memang tak

dapat dilupakan.Namun segala darah yang hilang dek pacat berbaloi kerana pada

malam tersebut seekor pelanduk menjadi mangsa tunggal kami. Pemburuan dari pukul

11.00 malam hingga 2.30 pagi dikira sungguh berbaloi. Perjalanan masuk ke dalam

hutan menggunakan kaki dan berjalan kaki sungguh memenatkan, namun melihatkan

hasilnya segala keletihan hilang begitu sahaja.

Page 4: Laporan B.I.G Semester 4

5/8/2018 Laporan B.I.G Semester 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-semester-4 4/9

 

Pada 6 Julai iaitu hari kedua kami pergi menangkap ikan di kawasan kebun

getah. Ada diantara takungan air di sana mempunyai ikan. Antaranya ialah ikan siakap.

Kami keringkan kolam takungan itu kemudian tangkap semua ikan-ikan menggunakan

tangan. Sungguh mengujakan kerana bukan mudah untuk menangkap ikan ini

menggunakan tangan sahaja. Ikan-ikan yang berjaya diperoleh kemudian dibawa

pulang dan disiang terus.

Di rumah, kami kemudian bersedia untuk makan tengahari. Saya dan lutfi

ditugaskan memanggang ikan. Manakala yang lain menolong memasak di dapur.

Setelah segalanya selesai, kami makan bersama-sama di belakang rumah.

Page 5: Laporan B.I.G Semester 4

5/8/2018 Laporan B.I.G Semester 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-semester-4 5/9

 

 

Pada petang hari tersebut kami pergi ke perkampungan orang asli untuk

meninjau kehidupan mereka di sana. Namun keadaan adalah sebaliknya, dirasakan

hanya kami yang dapat diperhatikan kerana mereka semua masuk ke dalam rumah

untuk mengelakkan diri daripada kami. Cuma ada beberapa orang yang keluar beserta

kanak-kanak yang tertarik dengan makanan ringan keluar dari rumah.

Tapi apa boleh saya katakan, gaya kehidupan mereka sangat berbeza dengan

saya. Melalui perbualan saya dengan salah seorang penduduk orang asli di situ,

persepsi orang ramai terhadap mereka tidak begitu baik. Mereka dipandang rendah dan

tidak diberikan sebarang perhatian.

Page 6: Laporan B.I.G Semester 4

5/8/2018 Laporan B.I.G Semester 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-semester-4 6/9

 

Setelah pulang daripada perkampungan tersebut, saya dan Lutfi keluar petang

itu pegi ke kolam udang milik Pak Isa. Di sana kami menangkap udang galah

menggunakan tangan. Kami hanya mampu meraba-raba dalam air yang berselut dan

menangkap mana-mana udang yang berlalu di tangan.

Pada waktu malam kami semua menuju ke Kolam Air Panas Ulu Legong kira-

kira jam 11.00 malam. Boleh dikatakan hampir semua daripada kami yang datang.

Kedinginan malam memang cukup serasi dengan air kolam yang panas. Kami semua

bermandi manda hingga pukul 3.00 pagi.

Page 7: Laporan B.I.G Semester 4

5/8/2018 Laporan B.I.G Semester 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-semester-4 7/9

 

7 Julai adalah hari terakhir kami di Ulu Legong. Bangun pagi bersarapankan nasi

lemak, kuih muih dan segelas teh susu. Tak cukup dengan itu, durian pula dikopak

µabah¶ untuk kami semua makan. Selepas sarapan, beg dikemas dengan penuh longlai

dengan harapan B.I.G dianjakkan sehari lagi, namun semuanya dah tertulis di dalam

takdir dan di atas kertas kerja. Hari ini adalah hari perpisahan antara kami. Samada

perpisahan sementara atau selamanya, semuanya adalah bergantung pada kami

sendiri.

Harapan dilafaz, air mata terus bergenang. Semoga pada masa mendatang,

hubungan terus berkekalan dan moga bertemu lagi di tempat yang sama. Bina Insan

Guru sepanjang 3 hari 2 malam cukup mengujakan dan terukir di minda Insya¶Allah

untuk selamanya.

Page 8: Laporan B.I.G Semester 4

5/8/2018 Laporan B.I.G Semester 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-semester-4 8/9

 

REFLEKSI 

Sepanjang program Bina Insan Guru ini, pelbagai perkara saya dapat pelajari dan

hayati. Hidup di sebuah kampung tanpa begitu banyak kemudahan dengan kampung

halaman saya di Terengganu cukup berbeza walaupun kedua-dua tempat diletakkan

dengan perkataan µkampung¶ di hadapannya. Saya boleh lihat perbezaan yang ketara

antara penduduk di kampung ini dengan kampung halaman saya.

Gaya hidup serta tahap keselesaan yang berbeza memang cukup memberi

kesan. Di sini saya dapat memahami dua kata pepatah yang orang tua biasa gunakan,

µlain padang, lain belalang ¶ dan µmasuk kandang kambing mengembek , masuk kandang

kerbau menguak¶. Gaya kehidupan kampung yang µsimple¶ yakni mudah cukup

menenangkan hati. Tidak seperti hidup di bandar, segalanya dilakukan secara

sederhana dan tiada terlalu banyak teknologi untuk membuat kita leka.

Kerjasama yang baik antara penduduk kampung sangat mengagumkan. Istilah

µ  jangan kacau tepi kain orang ¶ memang tidak begitu diperaktikkan. Hubungan baik

antara jiran jelas terjaga seperti sebuah keluarga yang besar. Tanya siapa sahaja di

sana, mereka boleh nyatakan jiran-jirannya dari awal ke hujung kampung. Hebatnya

ukhuwah antara mereka, jikalau di kawasan kejiranan bandar mahupun luar bandar, itu

adalah sesuatu yang ajaib. Namun bagi mereka ia adalah sesuatu yang biasa.

Program ini saya dapat lihat cuba mendidik kami sebagai bakal guru untuk

memahami bagaimana untuk memasuki masyarakat. Majoriti siswa dan siswi adalah

dari bandar dan luar bandar. Itu membuatkan ramai yang tidak faham akan kehidupan

bermasyarakat dan bagaimana untuk hidup dalam masyarakat yang berlainan gaya

hidup. Dengan program seperti ini, bakal-bakal guru ini boleh faham bagaimana untuk

menyertai penduduk setempat jikalau µdicampak¶ ke kawasan pendalaman sekalipun.

Norma masyarakat masa kini terdorong dengan teknologi, di Ulu Legong pelajar 

dipisahkan dari teknologi dan dicelupkan ke dalam masyarakat dan alam. Kami

diserapkan perasaan yang mungkin kami tidak pernah rasai, hubungan kekeluargaan

dan penilaian alam. Segalanya dirasakan secara terus, tanpa sebarang penghadang.

Page 9: Laporan B.I.G Semester 4

5/8/2018 Laporan B.I.G Semester 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-semester-4 9/9

 

Harapannya saya akan terus mengingati apa yang telah lalui, saya ingin jadikan

ia sebagai panduan di masa hadapan dan semoga pengalaman saya ini dapat dikongsi

dengan generasi akan datang. Di zaman yang semakin menuju kepada kemajuan,

adakah µU lu Legong ¶ akan terus menjadi µU lu Legong ¶ ataupun pada suatu hari nanti

segalanya akan berubah dan apa yang kami alami hanyalah satu cerita yang generasi

masa depan tidak akan lalui.

Sekian:-

Disediakan Oleh

Mohd Shafuan Bin Zulkafli

PISMP 4 PK(BM)/PJ/BI

IPG Kampus Darulaman

Jitra, Kedah Darul Aman

16 Julai 2011