pengenalan asas bengkel

16
Kerja Kayu, Logam dan Paip | 1 UNIT 1 PERATURAN DAN AMALAN KESELAMATAN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan peranan amalan lima S dalam aktiviti pengurusan bengkel. 2. Menyenaraikan faktor yang boleh membawa kepada kemalangan dan kecederaan di bengkel. 3. Melaksanakan kaedah rawatan kecemasan yeng bersesuain dengan jenis kecederaan. 4. Memilih pemadam api yang bersesuaian dengan jenis kebakaran. 1.1 PENGENALAN roses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bengkel-bengkel sekolah sangat menitikberatkan aspek keselamatan. Keselamatan di bengkel-bengkel sekolah meliputi keselamatan pengguna iaitu pelajar dan guru serta keselamatan peralatan, bahan dan infrastuktur yang digunakan. Untuk menjamin keselamatan dan menghindari kecelakaan, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar dan juga guru-guru semasa menggunakan bengkel kayu, paip dan juga logam. Kegagalan untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut menyebabkan kemungkinan berlakunya kemalangan, kecederaan, kerosakan, kerugian harta benda dan juga boleh membawa kepada kematian. Sebagai usaha untuk memastikan organisasi bengkel berjalan lancar serta dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan, kebanyakan bengkel-bengkel di sekolah, institusi kemahiran dan pusat pengajian tinggi menerapkan elemen 5S sebagai amalan. Amalan 5S tersebut meliputi: 1. SISIH: Mengasingkan atau membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan daripada ruangan atau kawasan kerja. 2. SUSUN: Menyusun barangan-barangan yang diperlukan dengan teratur supaya mudah untuk diambil dan digunakan. 3. SAPU: Membersihkan kawasan tempat kerja, mesin, dan alatan supaya kemas, tiada habuk dan dapat digunakan pada masa yang lain. P

Upload: syukrim-md-shukor

Post on 19-Jul-2016

99 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Bengkel

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 1

UNIT 1

PERATURAN DAN AMALAN KESELAMATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan peranan amalan lima S dalam aktiviti pengurusan bengkel. 2. Menyenaraikan faktor yang boleh membawa kepada kemalangan dan kecederaan

di bengkel. 3. Melaksanakan kaedah rawatan kecemasan yeng bersesuain dengan jenis

kecederaan. 4. Memilih pemadam api yang bersesuaian dengan jenis kebakaran.

1.1 PENGENALAN

roses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bengkel-bengkel sekolah sangat menitikberatkan aspek keselamatan. Keselamatan di bengkel-bengkel sekolah meliputi keselamatan pengguna iaitu pelajar dan guru serta keselamatan peralatan, bahan dan infrastuktur

yang digunakan. Untuk menjamin keselamatan dan menghindari kecelakaan, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar dan juga guru-guru semasa menggunakan bengkel kayu, paip dan juga logam. Kegagalan untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut menyebabkan kemungkinan berlakunya kemalangan, kecederaan, kerosakan, kerugian harta benda dan juga boleh membawa kepada kematian.

Sebagai usaha untuk memastikan organisasi bengkel berjalan lancar serta dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan, kebanyakan bengkel-bengkel di sekolah, institusi kemahiran dan pusat pengajian tinggi menerapkan elemen 5S sebagai amalan. Amalan 5S tersebut meliputi:

1. SISIH: Mengasingkan atau membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan daripada ruangan atau kawasan kerja.

2. SUSUN: Menyusun barangan-barangan yang diperlukan dengan teratur supaya mudah untuk diambil dan digunakan.

3. SAPU: Membersihkan kawasan tempat kerja, mesin, dan alatan supaya kemas, tiada habuk dan dapat digunakan pada masa yang lain.

P

Page 2: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 2

4. SERAGAM: Memelihara tahap keselamatan, penjagaan kebersihan, dan susun atur kawasan kerja pada setiap masa.

5. SENTIASA: AMAL

Melatih pelajar dan guru mematuhi serta mengamalkan peraturan keselamatan dan penjagaan kebersihan pada setiap masa.

Rajah 1.0: Amalan 5S

1.2 KECEDERAAN DAN RAWATAN KECEMASAN Aktiviti-aktiviti pelajar dan guru di bengkel-bengkel sekolah banyak melibatkan penggunaan objek, peralatan, dan mesin-mesin yang tajam dan merbahaya. Oleh yang demikian risiko berlakunya kecederaan sentiasa ada terutama sekiranya berlaku kecuaian atau kegagalan dalam mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Diantara risiko-risiko kecederaan yang banyak berlaku di bengkel-bengkel serta langkah rawatan kecemasan adalah seperti berikut:

Page 3: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 3

1. Luka kecil akibat terkena objek tajam Luka-luka kecil kebiasaannya melibatkan pendarahan yang tidak kritikal tetapi masih memerlukan rawatan kecemasan untuk mengelakkan risiko berlakunya jangkitan kuman. Kebiasaanya kecederaan ini berlaku disebabkan:

i. Kecuaian semasa menggunakan alatan tajam seperti pisau dan gergaji. ii. Terkena selumbar kayu atau besi. iii. Tidak memakai peralatan perlindungan seperti sarung tangan semasa mengerjakan bahan-

bahan kayu, besi dan paip.

Rajah 1.2 Imej Luka-luka kecil

Kaedah rawatan kecemasan bagi luka-luka kecil adalah seperti berikut:

i. Bersihkan luka dengan menggunakan aliran air bersih (air paip) ii. keringkan kawasan luka dengan kain bersih iii. sapukan antiseptik pada luka dengan menggunakan kapas atau kain bersih iv. balut luka dengan menggunakan kain bersih atau plaster luka v. dapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital sekiranya pendarahan masih terus berlaku.

( i. ) ( ii. ) ( iii. ) ( iv. ) Rajah 1.3: Langkah-langkah merawati luka kecil

Sumber: http://firstaid.about.com 2. Melecur

Kecederaan lecur biasanya berlaku akibat sentuhan pada permukaan objek panas atau akibat terbakar. Terdapat tiga tahap lecur yang boleh dikategorikan mengikut tahap kecederaan pada bahagian kulit iaitu:

i. Lecur tahap pertama Hanya melibatkan permukaan paling luar kulit. Biasanya disebabkan terkena air panas, tersentuh besi yang baru dikimpal dan lain-lain. Permukaan melecur biasanya kelihatan bewarna merah dan kering

Page 4: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 4

ii. Lecur tahap kedua Melibatkan kecederaan pada permukaan kulit dan bahagian epidermis (dibawah permukaan kulit). Biasanya disebabkan oleh terbakar, terkena letupan dan sebagainya. Permukaan yang melecur akan kelihatan merah dan mengelembong.

iii. Lecur tahap ketiga Melibatkan kecederaan pada permukaan kulit, bahagian epidermis (dibawah permukaan kulit) dan bahagian tisu otot. Permukaan yang melecur akan kelihatan bewarna perang, putih, kuning, merah, atau hitam. Biasanya disebabkan oleh terkena renjatan elektrik, bahan kimia, wap panas dan lain-lain. Kecederaan lecur peringkat ketiga perlu segera diberikan rawatan rapi oleh pegawai perubatan.

Rajah 1.4: Tahap lecur dan bahagian kulit yang terlibat.

Page 5: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 5

Kaedah rawatan kecemasan bagi kecederaan lecur tahap pertama adalah seperti berikut: i. Alirkan dengan aliran air sejuk pada permukaan yang melecur dalam 10-15 minit (untuk

menyejukkan permukaan yang cedera & mengurangkan kesakitan) ii. tanggalkan barangan kemas dan jam yang berada berhampiran dengan permukaan yang

cedera iii. balut permukaan yang cedera menggunakan kain bersih iv. segera dapatkan rawatan lanjut sekiranya mangsa mengalami kecederaan lecur tahap ke-2

dan 3.

Rajah 1.5: Langkah-langkah merawati lecur

Sumber: http://www.iowaclinic.com

Elakkan daripada melakukan perkara-perkara berikut: i. Menyejukkan permukaan lecur menggunakan ais. ii. Menyapukan krim atau minyak pada permukaan lecur. iii. Membalut permukaan lecur dengan terlalu kuat. iv. Menggunakan kapas atau kain yang berbulu untuk membalut lecur.

3. Kecederaan akibat terkena objek tumpul

Kecederaan seperti ini biasanya mengakibatkan lebam, luka, retak atau patah tulang serta risiko berlakunya pendarahan dalaman. Berikut adalah punca-punca berlaku kecederaan seperti yang dinyatakan:

i. Terjatuh. ii. Ditimpa objek berat (tukul, besi batu dan lain-lain). iii. Terlanggar atau tersepak permukaan keras. iv. Penggunaan alatan yang rosak.

Rajah 1.6: Contoh kecederaan akibat terkena objek tumpul

Page 6: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 6

Kaedah rawatan kecemasan bagi merawat kecederaan yang mengakibatkan lebam adalh seperti berikut:

i. Sediakan bungkusan yang mengandungi ketulan ais dan dibalut dengan tuala bersih ii. letakkan bungkusan ais tersebut pada bahagian lebam iii. tinggikan bahagian yang cedera melebihi aras kepala

Kedua-dua tindakan ini akan meminimakan pengaliran darah ke kawasan yang cedera seterusnya mengurangkan lebam dan bengkak.

Kaedah rawatan kecemasan bagi merawat retak atau patah tulang

i. Jangan gerakkan bahagian yang dijangka retak atau patah ii. rawat dan hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka iii. jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang yang terkeluar iv. buat tuapan dengan menggunakan objek keras seperti kayu, kertas tebal dan sebagainya

pada bahagian bawah sendi atau tulang yang patah v. ikat tuapan (jangan ikat terlalu kuat) vi. dapatkan rawatan lanjut.

i. rawat dan hentikan pendarahan ii. buat tuapan Rajah 1.7: Langkah-langkah rawatan kecemasan bagi kecederaan retak atau patah tulang

4. Kecederaan luka yang kronik.

luka yang kronik kebiasaannya menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak dan memerlukan bahagian tersebut dijahit oleh pegawai perubatan. Kecederaan ini mungkin berlaku akibat kecuaian semasa menggunakan mesin pemotong dan sebagainya.

Rajah 1.8: Contoh kecederaan luka yang kronik.

Page 7: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 7

Kaedah rawatan kecemasan bagi merawat luka kronik i. Tekan pada luka dengan menggunakan kain bersih ii. sekiranya kain dipenuhi darah jangan gantikan dengan kain lain, sebaliknya tambahkan kain

bersih yang lain iii. jika tangan atau kaki yang tercedera, tinggikan bahagian luka melebihi paras kepala iv. sekiranya ada bahagian yang terpotong atau putus, bungkus bahagian tersebut dengan kain

atau plastik bersih, letakkan bersama ketulan ais dan bawa bersama mangsa ke hospital berhampiran.

v. dapatkan rawatan lanjut

Rajah 1.9: Langkah-langkah rawatan kecemasan bagi kecederaan luka yang kronik

Sumber: http://firstaid.about.com 1.3 PENCEGAHAN KEBAKARAN Bengkel-bengkel teknikal di sekolah terutamanya bengkel kerja kayu banyak mengandungi bahan-bahan yang mudah terbakar seperti kayu, papan lapis, bahan kimia pelarut dan sebagainya. Oleh yang demikian, pengetahuan berkaitan pencegahan kebakaran perlulah dikuasai oleh guru-guru yang terlibat dalam pengurusan bengkel-bengkel tersebut. Ini bagi membolehkan mereka berkemampuan untuk menghindari kebakaran daripada berlaku atau bertindak pantas dan tepat sekiranya menghadapi situasi tersebut. Diantara punca-punca berlakunya kebakaran adalah seperti berikut:

Rajah 1.10: Punca-punca berlakunya kebakaran di bengkel

Page 8: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 8

Sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran, pihak pengurusan perlulah sentiasa memastikan bengkel-bengkel di sekolah dilengkapi dengan peralatan pemadam kebakaran yang lengkap, berfungsi dan sentiasa diperiksa secara berkala oleh kontraktor dan pihak bomba. Jenis-jenis alat pemadam api yang biasa ditemui adalah seperti berikut:

Jenis Kebakaran Alat Pemadam Api Cara Penggunaan

Kelas A

Kebakaran melibatkan kayu, kertas, kain, tilam dan lain-lain

Jenis Air

i. Cabutkan pin keselamatan ii. halakan muncung penyembur

ke pangkal api iii. hampiri tempat kebakaran iv. tekan tuil.

Kelas B

Kebakaran melibatkan cecair, petrol, minyak, cat dan sebagainya

Jenih Buih

i. Gongcangkan tabung ii. tarik dan pusingkan tuil ke

kanan iii. terbalik kan tabung iv. halakan muncung ke pangkal

api v. hampiri tempat kebakaran.

Kelas C

Kebakaran melibatkan peralatan, kabel, mesin dan jentera elektrik

Jenis Karbon Dioksida

CO²

i. Cabutkan pin keselamatan ii. halakan muncung penyembur

ke pangkal api iii. tekan tuil iv. hampiri tempat kebakaran.

Kelas D

Kebakaran bahan logam seperti Magnesium, Sodium dan Potasium (juga boleh memadam api kelas A, B dan C

Jenis Serbuk Kering

i. Cabutkan pin keselamatan ii. halakan muncung penyembur

ke pangkal api iii. hampiri tempat kebakaran iv. tekan tuil.

Page 9: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 9

Prosedur memadam kebakaran menggunakan pemadam api kelas D

Rajah 1.11: Cara menggunakan alat pemadan api serbuk kering

Sumber: http://www.exelgard.com PETI BANTUAN KECEMASAN Pada saat-saat kritikal terutamanya semasa berlaku kemalangan atau kecederaan, bantuan kecemasan perlulah didahulukan sebelum mangsa dirujuk kepada pihak berkuasa atau pegawai perubatan. Untuk membolehkan bantuan kecemasan diberikan kepada mangsa, adalah menjadi kewajipan bagi bengkel-bengkel disekolah menyediakan peti bantuan kecemasan yang lengkap serta sentiasa diperiksa dan dikemaskini. Selain daripada itu guru-guru perlulah mempunyai asas pengetahuan yang lengkap berkaitan bahan-bahan yang terdapat dalam peti kecemasan serta prosedur penggunaannya.

Rajah 1.12: Peti kecemasan dan kandungan-kandungan asas

Page 10: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 10

Secara umumnya peralatan atau bahan-bahan asas yang perlu ada dalam sesebuah peti kecemasan adalah seperti berikut:

i. Cecair atau losyen anti septik Cecair antiseptik ini digunakan bertujuan untuk menghapuskan dan mengelakkan kuman daripada menjangkiti anggota badan yang terluka. Antiseptik biasanya disapukan kepada luka dengan menggunakan kapas yang telah dinyah kuman atau putik kapas.

Rajah 1.13: Cecair antiseptik

ii. Kain pembalut (telah dinyahkuman), kain kasa dan gunting

Kain pembalut digunakan untuk menghentikan pendarahan dan juga untuk membalut luka. Kain kasa juga digunakan untuk menghentikan pendarahan yang banyak.

Rajah 1.14: Kain pembalut nyahkuman, kain kasa dan gunting

Page 11: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 11

iii. Kain anduh dan kayu tuapan Kedua-dua bahan ini digunakan bersama sekiranya mangsa patah, retak tulang dan sebagainya. Kayu tuapan digunakan untuk menyokong bahagian yang patah manakalan kain anduh digunakan untuk mengikat bahagian yang patah atau tercedera untuk mengurangkan pergerakan pada bahagian tersebut

Rajah 1.15: Kain anduh dan kayu tuapan.

iv. Pita pelekat

Digunakan untuk melekatkan atau mengikat kain pembalut pada anggota atau permukaan badan mangsa

Rajah 1.16: Pita pelekat

v. Plaster luka

Digunakan untuk menutupi luka-luka kecil dan mengelakkan luka daripada terdedah ke persekitaran dan bakteria.

Rajah 1.16: Plaster luka

Page 12: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 12

vi. Instant Cold Compress (pek ais segera) Digunakan untuk menggantikan ketulan-ketulan ais bagi merawat kecederaan seperti lebam, terkena objek tumpul dan lain-lain. Untuk menggunakannnya tekan permukaan pek sehingga pek air di dalam pek utama pecah dan permukaan pek utama mulai sejuk.

Rajah 1.17: Instant Cold Compress

vii. Amonia Inhalants

Digunakan untuk dihidu oleh mangsa bagi mengurangkan pening dan menyedarkan mangsa yang pengsan. Untuk menggunakannya buka pek balutan dan pecahkan kapsul amonia inhalants dan dekatkan berhampiran hidung mangsa sehingga boleh dihidu olehnya. Alihkan bahan kapsul tersebut apabila mangsa telah mula sedar.

Rajah 1.18: Ammonia Inhalants

Page 13: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 13

RUMUSAN

1. Keselamatan di bengkel-bengkel sekolah meliputi keselamatan pengguna iaitu pelajar dan guru serta keselamatan peralatan, bahan dan infrastuktur yang digunakan.

2. Sebagai usaha untuk memastikan organisasi bengkel berjalan lancar serta dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan, kebanyakan bengkel-bengkel di sekolah, institusi kemahiran dan pusat pengajian tinggi menerapkan elemen 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.

3. Aktiviti-aktiviti pelajar dan guru di bengkel-bengkel sekolah banyak melibatkan penggunaan objek, peralatan, dan mesin-mesin yang tajam dan merbahaya. Oleh yang demikian risiko berlakunya kecederaan sentiasa ada terutama sekiranya berlaku kecuaian atau kegagalan dalam mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

4. Antara risiko-risiko kecederaan yang selalu berlaku di bengkel-bengkel adalah seperti luka kecil akibat terkena objek tajam, melecur, kecederaan akibat terkena objek tumpul dan luka yang kronik.

5. Pengetahuan berkaitan pencegahan kebakaran perlulah dikuasai oleh guru-guru yang terlibat dalam pengurusan bengkel bagi membolehkan mereka berkemampuan untuk menghindari kebakaran daripada berlaku atau bertindak pantas dan tepat sekiranya menghadapi situasi tersebut.

6. Antara punca-punca berlakunya kebakaran di bengkel-bengkel adalah kegagalan menyimpan dan menguruskan bahan kimia mudah terbakar dengan baik, melakukan kerja kimpalan berhampiran dengan objek mudah terbakar, dan kerosakan pada kabel atau alatan elektrik.

7. Terdapat empat jenis pemadam api yang digunakan untuk memadamkan kebakaran iaitu jenis air, buih, gas karbon dioksida dan jenis serbuk kering.

8. Peti bantuan kecemasan yang lengkap serta sentiasa diperiksa dan dikemaskini adalah bahan wajib yang perlu ada di bengkel-bengkel sekolah, supaya rawatan kecemasan dapat dilakukan apabila berhadapan dengan situasi kemalangan atau kecederaan.

9. Bahan-bahan penting yang perlu ada dalam peti kecemasan adalah seperti cecair antiseptik, kain pembalut, kain kasa, gunting, anduh, pita pelekat, plaster luka dan Instant Cold Compress.

Page 14: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 14

PETA KONSEP

Page 15: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 15

LATIHAN KENDIRI 1 Langkah pertolongan cemas berikut harus diambil semasa merawat mangsa yang mengalami luka

dan pendarahan kronik kecuali ___________ A. tekan pada luka dengan menggunakan kain bersih. B. balut luka dengan kain bersih sekiranya pendarahan telah berhenti. C. tukarkan kain yang digunakan untuk menutup luka sekiranya telah basah dipenuhi darah. D. jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau balut bahagian anggota disekeliling

sekeliling objek tersebut tanpa menanggalkannya.

2 Kebakaran yang melibatkan api kelas C, sesuai dipadamkan menggunakan bahan atau alat pemadam api seperti.

i. air ii. buih iii. pasir iv. serbuk kering v. gas karbon dioksida

A. i, iv dan v sahaja. B. i, ii dan iv sahaja. C. i, iii dan v sahaja. D. iii, iv dan v sahaja.

3. Nyatakan mengikut turutan, lima (5) kaedah rawatan kecemasan bagi merawat retak atau patah tulang.

a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ c. ____________________________________________________________ d. ____________________________________________________________ e. ____________________________________________________________

4. Nyatakan tiga (3) tujuan rawatan kecemasan diberikan kepada mangsa kemalangan atau kecederaan.

a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ c. ____________________________________________________________

Page 16: Pengenalan Asas Bengkel

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 16

5. Terangkan bagaimana amalan 5S dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan dan kecederaan di bengkel-bengkel sekolah.

_________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________