laporan bbm

2
CARTA PEREKAT FASA-FASA BULAN CARA PENGGUNAAN 1. Murid melekatkan fasa-fasa bulan dalam langkah menjana idea untuk melihat gabungan pengetahuan sedia ada murid dengan hasil pembacaan mereka. 2. Murid juga boleh melekatkan semula fasa-fasa bulan mengikut urutan yang betul dalam langkah menstruktur idea yang bertujuan untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam langkah menjana idea. 3. Seterusnya murid juga boleh melekatkan fasa bulan beserta dengan nama-nama fasa bulan dalam langkah aplikasi idea sebagai aktiviti untuk memperlihatkan tahap kefahaman mereka. 4. Meminta murid menyusun fasa-fasa bulan mengikut urutan fasa yang betul dan melekatkan nama-nama setiap fasa bulan tersebut sebagai aktiviti pengukuhan dan penutup. SPESIFIKASI BAHAN 1. Alat bantu mengajar fasa-fasa bulan ini di perbuat dari kertas keras berwarna hitam sebagai latar dan papan utama. 2. Bentuk bulan yang sebenar mengikut fasa dicetak dan dilekatkan di atas kertas keras lain. 3. Kesemua bentuk bulan mengikut fasa ini telah dilekatkan dengan perekat atau velcro di bahagian belakangnya yang bertujuan supaya bentuk bulan ini boleh dilekatkan dan ditanggalkan dari papan utama dengan mudah. 4. Selain itu, nama bagi setiap fasa bulan ini juga dicetak sekali dan ditampal di atas kertas keras dan dilekatkan dengan perekat atau velcro di belakangnya untuk tujuan yang sama seperti bentuk bulan, mudah dilekat dan ditanggalkan. 5. Papan latar atau papan utama di tabur dengan serbuk glitter berwarna perak dan manik-manik berbentuk bintang sebagai hiasan. LAPORAN PENGGUNAAN Bahan bantu mengajar ini dibuat dan menepati objektif yang terkandung dalam sukatan pelajaran Kurikulum Bersapadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi mata pelajaran Sains Tahun 5. Fasa-fasa bulan ini terkandung dalam pembelajaran yang ketiga dalam Tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta. Dalam PdP yang telah dijalankan, saya telah menggunakan pendekatan model 5 fasa Needham yang bermula dari Set Induksi/Pengenalan, Menjana Idea, Menstruktur Idea, Aplikasi Idea dan Refleksi/Penutup. Bahan bantu mengajar ini dapat digunakan sepenuhnya dalam langkah menjana idea, menstruktur idea, aplikasi idea dan dalam penutup sebagai aktiviti pengukuhan. Di akhir sesi PdP, saya dapati murid dapat mengingat memahami fasa-fasa bulan dan namanya sekali dengan mudah setelah menjalankan pelbagai aktiviti seperti yang dinyatakan dalam manual penggunaan dan saya dapati, objektif yang saya tetapkan agar murid dapat menyusun fasa bulan mengikut urutan dengan betul dan menamakan fasa-fasa bulan telah di capai oleh murid.

Upload: stacey-harrell

Post on 25-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bbm

TRANSCRIPT

CARTA PEREKAT FASA-FASA BULANCARA PENGGUNAAN

1. Murid melekatkan fasa-fasa bulan dalam langkah menjana idea untuk melihat gabungan pengetahuan sedia ada murid dengan hasil pembacaan mereka.2. Murid juga boleh melekatkan semula fasa-fasa bulan mengikut urutan yang betul dalam langkah menstruktur idea yang bertujuan untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam langkah menjana idea.3. Seterusnya murid juga boleh melekatkan fasa bulan beserta dengan nama-nama fasa bulan dalam langkah aplikasi idea sebagai aktiviti untuk memperlihatkan tahap kefahaman mereka.4. Meminta murid menyusun fasa-fasa bulan mengikut urutan fasa yang betul dan melekatkan nama-nama setiap fasa bulan tersebut sebagai aktiviti pengukuhan dan penutup.

SPESIFIKASI BAHAN

1. Alat bantu mengajar fasa-fasa bulan ini di perbuat dari kertas keras berwarna hitam sebagai latar dan papan utama.2. Bentuk bulan yang sebenar mengikut fasa dicetak dan dilekatkan di atas kertas keras lain.

3. Kesemua bentuk bulan mengikut fasa ini telah dilekatkan dengan perekat atau velcro di bahagian belakangnya yang bertujuan supaya bentuk bulan ini boleh dilekatkan dan ditanggalkan dari papan utama dengan mudah.

4. Selain itu, nama bagi setiap fasa bulan ini juga dicetak sekali dan ditampal di atas kertas keras dan dilekatkan dengan perekat atau velcro di belakangnya untuk tujuan yang sama seperti bentuk bulan, mudah dilekat dan ditanggalkan.

5. Papan latar atau papan utama di tabur dengan serbuk glitter berwarna perak dan manik-manik berbentuk bintang sebagai hiasan.LAPORAN PENGGUNAANBahan bantu mengajar ini dibuat dan menepati objektif yang terkandung dalam sukatan pelajaran Kurikulum Bersapadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi mata pelajaran Sains Tahun 5.

Fasa-fasa bulan ini terkandung dalam pembelajaran yang ketiga dalam Tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta.

Dalam PdP yang telah dijalankan, saya telah menggunakan pendekatan model 5 fasa Needham yang bermula dari Set Induksi/Pengenalan, Menjana Idea, Menstruktur Idea, Aplikasi Idea dan Refleksi/Penutup.

Bahan bantu mengajar ini dapat digunakan sepenuhnya dalam langkah menjana idea, menstruktur idea, aplikasi idea dan dalam penutup sebagai aktiviti pengukuhan.

Di akhir sesi PdP, saya dapati murid dapat mengingat memahami fasa-fasa bulan dan namanya sekali dengan mudah setelah menjalankan pelbagai aktiviti seperti yang dinyatakan dalam manual penggunaan dan saya dapati, objektif yang saya tetapkan agar murid dapat menyusun fasa bulan mengikut urutan dengan betul dan menamakan fasa-fasa bulan telah di capai oleh murid.