laporan att

6
LAPORAN PROGRAM SUNTIKAN ATT OLEH KLINIK KESIHATAN KEPALA BATAS DI SMK BAKTI 2014

Upload: subanesha

Post on 16-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kesihatan

TRANSCRIPT

LAPORANPROGRAM SUNTIKAN ATTOLEH KLINIK KESIHATAN KEPALA BATAS DISMK BAKTI2014

LAPORAN AKTIVITI KESIHATAN 2014SUNTIKAN ATT

Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus, mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Ia merupakan keadaan perubatan berciri-ciri oleh pengucupan berpanjangan fiber otot kerangka. Simptom utama disebabkan oleh tetanospasmin, neurotoksin yang dihasilkan oleh Bakterium anearobik obligate Gram-positif Clostridium tetani. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan. Jangkitan boleh dielakkan melalui pelalian yang betul dan prophylaxis selepas dedahan. Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.

Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.Suntikan ATT atau nama penuhnya dikenali sebagai Anti Tetanus Toxoid merupakan satu suntikan wajib untuk semua pelajar tingkatan tiga. Suntikan ini diberikan bertujuan untuk menggelakkan mendapat penyakit Kancing Gigi yang disebabkan oleh virus. Seramai 4 orang kakitangan termasuk seorang pemandu dari Klinik Kesihatan Kepala Batas telah datang ke SMK Bakti telah datang ke sekolah untuk memberikan suntikan imunisasi ini.Berikut adalah maklumat yang berkaitan :Tarikh: 22 dan 23 April 2014 Hari: Selasa dan RabuMasa: 9.00 pagiTempat: Bilik Bacaan Asrama Lelaki SMK BaktiAhli Jawatankuasa Yang Terlibat ialah:Penolong Kanan Hem: En. Ishak Bin Abu BakarPenyelaras Kesihatan: Pn. Subachanna A/P AhchinnaPem. Penyelaras Kesihatan: Pn. Noraida Binti HasimGuru Disiplin: En. Anuar Bin AhmadSebelum pelajar-pelajar menerima suntikan, mereka telah diberi taklimat ringkas tentang perlunya suntikan tersebut. Ramai pelajar yang berkobar-kobar dan tidak ketinggalan ada juga yang ketakutan. Selain itu, ukuran tinggi dan berat pelajar tingkatan tiga juga diambil bagi memastikan ukuran BMI pelajar stabil. Program suntikan ini berjalan lancar dengan kerjasama Unit Klinik Kesihatan Kepala Batas. Disiplin pelajar semasa aktiviti suntikan adalah terkawal dan pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya.Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah benar.

Saya yang menjalankan tugas,Disahkan oleh,

......................................................................................................(SUBACHANNA A/P AHCHINNA)Penyelaras Kesihatan,SMK BaktiAKTIVITI SUNTIKAN ATT

Pelajar-Pelajar diperiksa dahulu sebelum di suntik

Doktor melakukan pemeriksaan jantung terhadap pelajar-pelajar tingkatan 3 sebelum mereka di suntik

Pelajar-pelajar beratur untuk menjalani suntikan ATT