laporan analisis soalan

13
LAPORAN ANALISIS SOALAN/ITEM UJIAN BERDASARKAN JSU YANG DIBINA Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, kami telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 di bawah. Di samping itu, melalui jadual pencapaian ini ia akan memudahkan kami untuk mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini. Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani ujian ini yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Daripada sejumlah 20 orang pelajar dari kelas tahun 5 Bijak ini, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu Mohd Khairullah Saufi yang berjaya menjawab 14 soalan dengan tepat dan diikuti dengan Mohd.Rafiee yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 13 soalan. Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat 11,10 dan 8 markah serta seramai 4 orang pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi pelajar yang mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat markah ini. 2 orang pelajar pula hanya mampu menjawab 6 soalan dengan betul. Manakala, hanya 2 orang pelajar sahaja dicatatkan mendapat markah yang terendah iaitu memperoleh 5 markah sahaja. Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70% daripada pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Manakala 30% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya. Oleh yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan kami yang seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah kami sediakan ini. 1.7 INDEKS KESUKARAN ITEM Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi

Upload: noridzmamohamad

Post on 25-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

mte3112

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN ANALISIS SOALAN

LAPORAN ANALISIS SOALAN/ITEM UJIAN BERDASARKAN JSU YANG DIBINA

Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, kami telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 di bawah. Di samping itu, melalui jadual pencapaian ini ia akan memudahkan kami untuk mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini.

Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani ujian ini yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Daripada sejumlah 20 orang pelajar dari kelas tahun 5 Bijak ini, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu Mohd Khairullah Saufi yang berjaya menjawab 14 soalan dengan tepat dan diikuti dengan Mohd.Rafiee yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 13 soalan. Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat 11,10 dan 8 markah serta seramai 4 orang pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi pelajar yang mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat markah ini. 2 orang pelajar pula hanya mampu menjawab 6 soalan dengan betul. Manakala, hanya 2 orang pelajar sahaja dicatatkan mendapat markah yang terendah iaitu memperoleh 5 markah sahaja.

Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70% daripada pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Manakala 30% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya. Oleh yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan kami yang seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah kami sediakan ini.

1.7 INDEKS KESUKARAN ITEM

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :

p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul

Jumlah calon yang menjawab

Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.

Page 2: LAPORAN ANALISIS SOALAN

Nilai (p) Pengkelasan Item

0.00 – 0.20 Terlalu Sukar

0.21 – 0.40 Sukar

0.41 – 0.60 Sederhana Sukar

0.61 – 0.80 Mudah

0.81 – 1.00 Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan – soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian kurikulum, memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan.

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang telah kami perolehi. Indeks kesukaran bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.3 berikut :

No.Soalan Nilai (p) / Aras Kesukaran Pengkelasan Item1 0.90 Terlalu Mudah2 0.60 Sederhana Sukar3 0.55 Sederhana Sukar4 0.95 Terlalu Mudah5 0.40 Sukar6 0.40 Sukar7 0.45 Sederhana Sukar8 0.60 Sederhana Sukar9 0.55 Sederhana Sukar

10 0.35 Sukar11 0.25 Sukar12 0.40 Sukar13 0.60 Sederhana Sukar14 0.10 Terlalu Sukar15 0.20 Terlalu Sukar16 0.40 Sukar17 0.25 Sukar

Page 3: LAPORAN ANALISIS SOALAN

18 0.75 Mudah19 0.30 Sukar20 0.40 Sukar

Jadual 1.3 : Indeks Kesukaran Item

Melalui jadual di atas, kita dapat melihat soalan 1 dan soalan 4 mempunyai aras kesukaran 0.90 – 0.95 di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk diselesaikan. Jika menurut ujian rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang lemah.

Bagi soalan 18 pula, seramai 15 orang daripada 20 orang pelajar telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Ia mempunyai aras kesukaran 0.75 yang menunjukkan soalan ini juga mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan bagi ujian rujukan norma.

Sebanyak 6 soalan mempunyai aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu soalan 2,3,7,8,9 dan soalan 13 di mana soalan – soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana sukarnya. Soalan –soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat membezakan keupayaan menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak.Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.

Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21- 0.40 adalah yang paling banyak terdapat pada ujian ini di mana terdapat sebanyak 9 soalan yang sukar di dalamnya. Antara soalan tersebut ialah soalan yang bernombor 5,6,10,11,12,16,17,19 dan 20. Di dapati agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika mengikut ujian rujukan norma, soalan – soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan di dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan – soalan seperti ini, haruslah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar.

Manakala yang terakhir soalan 14 dan soalan 15 adalah soalan yang paling banyak gagal dijawab oleh pelajar di mana hanya 2 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 14 dan hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 15 dengan tepat. Oleh yang demikian, kedua – dua soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.

1.8 INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU – RL ) dengan T(L+U). RU adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di

Page 4: LAPORAN ANALISIS SOALAN

kalangan pelajar yang berpencapaian tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut :

Indeks Diskriminasi (d) = (RU   – RL) (1/2 T (L+U) )

Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :

Nilai ( d ) Pengkelasan Item0.00 – 0.10 Tidak Baik0.11 – 0.20 Kurang Baik0.21 – 0.30 Sederhana Baik0.31 – 0.40 Baik0.41 – 1.00 Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan – soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan – soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.

Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan pengajian dalam bidang – bidang tertentu.

N0.SOALAN Nilai (d) / ArasDiskriminasi Pengkelasan Item1 0.33 Baik2 0.33 Baik3 0.00 Tidak Baik4 0.16 Kurang Baik5 0.66 Sangat Baik6 0.33 Baik7 0.66 Sangat Baik8 0.50 Sangat Baik9 0.83 Sangat Baik

10 -0.33 Tidak Baik

Page 5: LAPORAN ANALISIS SOALAN

11 -0.16 Tidak Baik12 0.33 Baik13 0.50 Sangat Baik14 -0.16 Tidak Baik15 0.00 Tidak Baik16 0.66 Sangat Baik17 0.16 Kurang Baik18 0.50 Sangat Baik19 0.50 Sangat Baik20 0.66 Sangat Baik

Jadual 1.4 : Indeks Diskriminasi Item

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah kami perolehi. Indeks diskriminasi bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.4 di atas. Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa seperti yang di atas ialah :

Contoh soalan 1 : Markah Tinggi (RU) = 6 orang

Markah Rendah (RL) = 4 orang

½T(L+U) = 6 orang

(RU-RL) = 6 – 4 = 0.33

½T(L+U) 6

ANALISIS ITEM

Soalan/Item 1

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 6 orang murid

Page 6: LAPORAN ANALISIS SOALAN

dari kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan

rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam

pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana

soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 2

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.33. Seramai 4 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan

rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam

pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana

soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

- Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 3

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar

berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul

adalah sama.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk

Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara

murid yang pandai dengan murid yang lemah.

- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan/Item 4

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Seramai 6 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan

rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam

pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)

Page 7: LAPORAN ANALISIS SOALAN

kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah

- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 5

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 4 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, tidak ada seorang murid pun dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 6

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 4 orang murid

dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan

rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam

pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana

soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 7

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 8

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50. Seramai 5 orang murid dari

Page 8: LAPORAN ANALISIS SOALAN

kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 9

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.83. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan murid yang lemah di dalam kelas.

- Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 10

- Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah -0.33 di mana seramai 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul berbanding hanya seorang sahaja dari kumpulan berpencapaian tinggi.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.

- Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan/Item 11

- Bagi soalan 11, indeks diskriminasi soalan ini juga adalah negatif iaitu -0.16 di mana seramai dua orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.Hanya seorang pelajar sahaja dari kumpulan pencapaian tinggi dapat selesaikan soalan ini dengan tepat.Soalan ini adalah tidak baik untuk penilaian rujukan norma.

- Soalan ini juga perlu diperbaiki dan diganti dengan soalan yang lain.

Soalan/Item 12

-Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 3 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

Page 9: LAPORAN ANALISIS SOALAN

- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 13

- Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat selesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 14

- Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah -0.16 di mana hanya seorang murid sahaja dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul.Manakala, tidak seorang murid pun dari kumpulan berpencapaian tinggi yang dapat menyelesaikan soalan ini.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitulebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.

- Soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 15

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar

berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul

adalah sama iaitu seorang bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan juga seorang murid bagi kumpulan berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah.

- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai

Soalan/Item 16

- Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

Page 10: LAPORAN ANALISIS SOALAN

- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 17

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Hanya seramai 2 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 18

- Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.50 di mana seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 19

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

- Soalan ini perlu dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 20

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya seorang murid sahaja dari kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.