laporan analisis pengajaran peribahasa

13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 3 2012 HBML1103SMP PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU TAJUK: LAPORAN ANALISIS PENGAJARAN PERIBAHASA MATRICULATION NO : 721101085905001 IDENTITY CARD NO. : 721101085905 TELEPHONE NO. : 0196599986 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : PETALING JAYA 1

Upload: aliterawis-b-mohamad

Post on 20-Jan-2016

361 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengajaran Peribahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 3 2012

HBML1103SMP

PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

TAJUK: LAPORAN ANALISIS PENGAJARAN PERIBAHASA

MATRICULATION NO : 721101085905001

IDENTITY CARD NO. : 721101085905

TELEPHONE NO. : 0196599986

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : PETALING JAYA

1

Page 2: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

1.0 Pengenalan

Kewujudan matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berobjektif antaranya “5.

Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul; 6.

Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;7. Menghargai dan menghayati

nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi; 9. Menggunakan Bahasa Melayu yang

betul dalam lisan dan penulisan; 10. Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam

konteks yang betul dan sesuai; dan 11. Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk

berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan”.1

Kemahiran menulis adalah satu daripada empat kemahiran utama dalam

matapelajaran Bahasa Melayu (Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis). Penulisan yang

baik adalah sebuah hasil kerja yang merangkumi semua aspek dalam Bahasa Melayu

termasuklah peribahasa. Keindahan bahasa dan kematangan murid dapat diukur pada jenis

peribahasa yang digunakan.

Manakala guru pula, menerusi pelbagai teknik pengajaran, penggunaan peribahasa

dapat membantu murid menulis karangan dengan lebih baik.

Pada awal laporan, maksud dan pembahagian peribahasa diterangkan selengkapnya.

Konsep kehadiran peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu pula dijelaskan menurut

kehendak pihak yang bertanggungjawab menyediakan kurikulum Bahasa Melayu di sekolah

(rendah).

Pada bahagian seterusnya, laporan menyatakan peri pentingnya unsur peribahasa ini

diselitkan dalam pangajaran Bahasa Melayu di sekolah. Sungguhpun dalam Huraian Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu (sekolah rendah) peribahasa dimasukkan dalam kumpulan ‘Sistem

Bahasa’ namun ianya tetap penting bagi melahirkan warganegara yang menepati kehendak

Falsafah Pendidikan Negara.

Manakala di bahagian yang lain, strategi dan teknik pengajaran peribahasa dihuraikan

dengan memberi contoh yang sesuai. Beberapa strategi dan teknik seperti kontekstual,

kontruktivisma, kemahiran berfikir dan sebagainya digunakan untuk mewujudkan

kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) harian.

1 Lihat, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR): Perkembangan Terkini, 1995. Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia.

2

Page 3: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

Dimuatkan juga di awal perbincangan tentang satu strategi penulisan yang berbeza mengikut

tahun (darjah) murid.

Akhirnya, laporan ini merumus semua bahagian yang dibincangkan. Dalam rumusan,

beberapa aspek cuba diketengahkan seperti keterhadan kajian, pengalaman mengajar

peribahasa, kelemahan dan kekuatan laporan itu sendiri. Rumusan juga meliputi cadangan

dan komen yang sesuai dan dikira baik untuk penambaikan kajian supaya suatu laporan yang

lebih baik lagi dapat dihasilkan.

2.0 Definisi dan konsep peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu

2.1 Definisi Peribahasa

Menurut Kamus Dewan, peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan

yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah.2 Menurut Za'ba pula,

peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi

kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.3 Manakala definisi peribahasa yang

tertulis dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), peribahasa ialah suatu ikatan

bahasa yang indah dipakai untuk menjadi bandingan, teladan dan pengajaran.

Cabang-cabang peribahasa, yang biasa diketengahkan adalah simpulan bahasa,

perumpamaan, bidalan dan pepatah (kata-kata hikmat). Namun begitu ada juga pihak yang

mengklasifikasikan peribahasa kepada dua bahagian, pertama, peribahasa selapis iaitu

simpulan bahasa, bidalan dan pepatah dan kedua, peribahasa berlapis iaitu perumpamaan.4

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan

mempunyai makna tertentu5. Contoh simpulan bahasa ialah hidung tinggi, kaki bangku, lipas

kudung dan sebagainya. Perumpamaan pula adalah sesuatu yang dianggap sama dengan;

ibarat dan peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain dan umumnya

berisi pengajaran6. Contoh perumpamaan ialah bagai pinang dibelah dua, seperti kudung

mendapat cincin, ibarat batu jatuh ke kaca dan sebagainya. Manakala bidalan pula adalah

peribahasa yang selapis, apa-apa yang dikatakan itulah ertinya. Contoh bidalan, sudah

terantuk baru tergadah, untung sabut timbul untung batu tenggelam, sesat di hujung jalan

2 Contoh yang diberi, pegangan mereka yang teguh kepada ~ (peribahasa) “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka.3 Dipetik daripada laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa4 Lihat, http://tutor.com.my/5 Dipetik daripada laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=simpulan+bahasa6 Dipetik daripada laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=simpulan+bahasa

3

Page 4: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

pulang ke pangkal jalan dan sebagainya. Akhirnya, pepatah bermaksud peribahasa yang

berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya

contohnya, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, ikut hati mati ikut rasa binasa, tepuk

dada tanya selera dan sebagainya.

2.2 Konsep Peribahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Sebelum diketengahkan konsep peribahasa ini, lebih baik dilihat dahulu matlamat

diwujudkan unsur peribahasa ini dalam pelaksanaan KBSR. Di mana, “Tujuan mempelajari

peribahasa adalah untuk membolehkan dan membiasakan murid-murid menggunakan

ungkapan-ungkapan indah yang sesuai bagi mencetuskan buah fikiran dan perasaan dalam

lisan dan penulisan”.7 Di dalam keluaran itu juga dinyatakan objektif pelajaran Bahasa

Melayu sekolah rendah, ditulis, “Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di

sekolah rendah: 10. memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul

dan sesuai”.

Dijelaskan lagi dalam keluaran itu, “Untuk sekolah rendah pengajaran dan

pembelajaran peribahasa hanya meliputi simpulan bahasa dan perumpamaan sahaja.

Namun begitu aspek peribahasa yang sesuai bagi murid Tahun Dua ialah simpulan bahasa.”

Bermaksud, murid-murid belajar Bahasa Melayu di sekolah rendah perlu memahami

peribahasa yang diajar seterusnya dapat menggunakannya dengan tepat di dalam kemahiran

lisan dan penulisan. Di mana, murid perlu menggunakan peribahasa yang berkesan dalam

aktiviti pembelajaran di dalam kelas, pertandingan syarahan dan sebagainya. Murid juga

perlu menggunakan peribahasa sebaik-baiknya dalam penulisan karangan mereka selain

dapat menulis karangan peribahasa menepati kehendak tajuk yang diberi.

3.0 Penjelasan ciri-ciri kepentingan pengajaran peribahasa bahasa Melayu.

3.1 Penggunaan yang betul dan berkesan di dalam penulisan murid

7 Lihat, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR): Perkembangan Terkini, 1995. Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia.

4

Page 5: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

Pengajaran peribahasa bahasa Melayu penting untuk melatih murid-murid

menggunakan peribahasa yang sesuai dan berkesan di dalam kerja-kerja penulisan mereka.

Murid lebih cenderung untuk menambah bilangan peribahasa dari semasa ke semasa. Murid

pula akan lebih memahami dengan tepat maksud sesuatu peribahasa setelah membuat

perbandingan antara peribahasa-peribahasa yang diketahui. Seterusnya murid boleh memilih

peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi yang hendak ditulis. Sebaliknya,

jika peribahasa ini tidak diajar dengan sistematik dan berobjektif dan murid pula tetap ingin

memasukkan peribahasa ini di dalam penulisan mereka, maka akan wujudlah kepincangan

dalam penggunaan sesuatu peribahasa. Sebagai contoh, seorang murid menulis, “Ahmad

berasa kecil hati apabila diumumkan sebagai pemenang di dalam peraduan melukis tersebut”.

Bagi murid, besar hati bermaksud rasa bangga diri atau sombong. Murid ini ingin

menyatakan si ‘Ahmad’ itu berasa rendah diri, tidak sombong dan sebagainya. Murid ini

menggunakan kaedah ‘berlawanan’ atau ‘antonim’ dalam pemilihan peribahasanya.

Sedangkan, kecil hati bermaksud terkilan, merajuk, berasa tersinggung dan sebagainya.

3.2 Menjadi ‘pengawal sosial’ bagi diri murid

Kepentingannya di sini adalah sebagai ‘pengawal sosial’.8 Dengan menguasai

peribahasa, seseorang murid sentiasa mengingati makna-makna peribahasa yang telah

dipelajarinya. Ianya akan mendorong murid membuat kebaikan dan ‘mencegah’ murid

daripada melakukan kejahatan. Jikalau di dalam pembelajaran mereka, mereka berasa tidak

ingin untuk mengulangi kesilapan sama seperti tidak menggunakan tanda baca yang betul

dalam penulisan mereka. Kesilapan mereka itu mungkin telah ditegur oleh guru. Peribahasa

‘telinga kuali’ pasti diingat oleh mereka kerana orang yang tidak mendengar nasihat atau

teguran orang lain diibarat mempunyai telinga kuali. Melalui peribahasa ‘di mana ada usaha

di situ ada jalan’ pula mendorong murid untuk tekun belajar bahasa Melayu sehingga

menguasai sepenuhnya matapelajaran ini.

Dengan kata lain, peribahasa yang dipelajarinya telah menjadi ‘penasihat’ yang baik

bagi diri seseorang murid. Persekolahan bukanlah hanya mementingkan pencapaian

akademik semata-mata. Murid yang tamat alam persekolahan mereka perlu mempunyai

ketinggian nilai pada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) seperti yang

terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

8 Dipetik daripada http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Peribahasa

5

Page 6: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

3.3 Berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat bagi murid

Peribahasa tidak asing lagi di kalangan masyarakat pada zaman sekarang. Hampir

setiap kaum mempunyai kata-kata hikmat yang diwarisi turun-temurun. Malahan, peribahasa

Melayu juga digunakan oleh kaum-kaum lain kesan daripada pembelajaran mereka dalam

matapelajaran bahasa Melayu di samping pembacaan-pembacaan lain. Murid-murid juga

adalah sebahagian daripada masyarakat, mereka mendengar orang ramai bertutur yang sudah

tentu murid-murid ini akan mendengar penggunaan peribahasa di ‘dunia luar’ ini. Maka

sekolah adalah tempat yang baik bagi murid-murid ini meneliti kembali ketepatan

penggunaan peribahasa yang digunakan oleh masyarakat umum. Murid-murid ini suatu masa

nanti akan berperanan lebih aktif dalam kehidupan bermasyarakat yang mana merekalah

yang akan memperbetulkan keadaan seumpama ini. Jika tidak, peribahasa yang diwarisi

daripada nenek moyang ini bukan sahaja digunakan tidak tepat malah ianya tidak mustahil

untuk pupus dari ingatan orang ramai. Lebih menyedihkan lagi, tanpa disedari, wujud pula

peribahasa baharu.9

4.0 Huraian strategi dan teknik mengajar bahasa Melayu menggunakan peribahasa.

“Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah

menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Ini

selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah

mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang

dapat meransang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir”.

Dipetik daripada buku bertajuk “Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Secara

Menyeluruh, Jilid Satu 1995, Jabatan Pendidikan Perak.

Selain menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan

pemulihan, kaedah pengajaran juga hendaklah mengambil kira kebolehan murid.

Penggabungjalinan biasanya dikaitkan dengan isi kandungan matapelajaran lain, seperti

pengiraan mudah jumlah hasil tanaman yang terdapat dalam petikan soalan pemahaman

Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ilmu dan nilai murni juga boleh dilakukan dalam

9 Seperti disentuh di halaman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa

6

Page 7: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

pengajaran Bahasa Melayu. Pengayaan pula merujuk kepada aktiviti tambahan untuk murid

yang berkeupayaan tinggi dalam menguasai aktiviti pembelajaran seperti bacaan tambahan

dan murid dapat menyiapkan dengan pengawasan minima daripada guru. Pemulihan ialah

merujuk kepada aktiviti untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas.

Aktiviti adalah bersifat ansur maju atau dari mudah kepada yang lebih sukar. Manakala

penilaian adalah satu proses untuk menilai tahap penguasaan seseorang murid terhadap isi

pembelajaran mereka. Penilaian terdiri daripada sumatif dan formatif. Bermakna, penilaian

ke atas murid adalah berterusan dan masalah pembelajaran murid dapat diatasi dengan

segera. Namun begitu kebolehan atau keupayaan murid untuk melibatkan diri di dalam

aktiviti bilik darjah perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa iaitu dengan cara meningkatkan

daya berfikir murid. Dengan kata lain peribahasa yang hendak diajar perlu disusun secara

sistematik supaya dapat dikuasai dengan baik oleh murid-murid. Guru perlu tahu bahawa

murid Tahun 2 sesuai didedahkan dengan peribahasa yang berbentuk simpulan bahasa seperti

alas perut, anak buah, anak emas, makan angin, mandi kerbau, mandi peluh, mulut murai,

murah hati, otak cair, ringan tulang, sagu hati, sakit hati, tahi lalat, tanah air, tangan terbuka

dan ulat buku.10

4.1 Strategi dan teknik mengikut tahun (darjah) yang berbeza

Pengajaran bahasa Melayu yang menggunakan peribahasa dapat dilihat melalui

contoh ayat-ayat di bawah, yang merupakan pola atau bentuk ayat yang perlu dikuasai oleh

murid pada tahun-tahun (darjah-darjah) yang dilalui. Diandaikan di sini, seorang guru ingin

mengajar muridnya menulis sebuah karangan yang bertemakan peribahasa. Contohnya, tajuk

yang diberi ialah Anak Emas (simpulan bahasa).

Bagi murid Tahun 2, ayat yang perlu dibina oleh mereka seperti “Rosnah ialah anak

tunggal kepada Encik Abu dan Puan Ani”. Bermakna, murid perlu membina ayat majmuk

dengan menggunakan peribahasa (simpulan bahasa) anak tunggal. Bagi murid Tahun 3 pula,

mereka perlu menambah sesuatu kepada ayat tersebut, seperti membuat peluasan kosa kata.

Maka ayat yang perlu dibina ialah “Rosnah ialah anak tunggal kepada pasangan Encik Abu

dan Puan Ani”. Peluasan kosa kata di sini adalah pasangan. Setelah murid menduduki Tahun

4, mereka perlu lebih mahir dengan membuat peluasan kosa kata yang lain, seperti “Encik

Abu dan Puan Ani mempunyai seorang cahaya mata. Namanya Rosnah. Rosnah ialah anak

tunggal kepada pasangan Encik Abu dan Puan Ani”. Di sini, berlaku peluasan idea ayat 10 Lihat, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR): Perkembangan Terkini, 1995. Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia.

7

Page 8: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

keterangan. Murid juga sepatutnya boleh menggunakan simpulan bahasa yang lain sebagai

penambahan pengetahuan tentang peribahasa. Di sini juga terdapat penekanan aspek

penjodoh bilangan iaitu ‘seorang’.

Sewaktu berada di dalam Tahun 5 pula, peluasan idea murid perlu ditingkatkan lagi.

Misalnya pemurnian perlu ditekankan kepada kombinasi ayat tunggal, ayat majmuk dan kata

hubung. Sepatutnya ayat dibina seperti berikut, “Encik Abu dan Puan Ani mempunyai

seorang cahaya mata. Namanya Rosni. Rosni ialah anak tunggal dan anak kesayangan

kepada pasangan guru ini”.

Apabila mereka menduduki Tahun 6, mereka perlu menyerlahkan kematangan dalam

menyampaikan sesuatu idea yang mana akan menjadikan penulisan mereka lebih berkesan.

Mereka perlu membuat peluasaan idea lagi dan menambah satu unsur lain iaitu perasaan.

Maka contoh ayat yang sesuai ialah “Encik Abu dan Puan Ani mempunyai seorang cahaya

mata. Namanya Rosnah. Rosnah ialah anak tunggal dan anak kesayangan kepada pasangan

guru ini. Mereka sekeluarga hidup bahagia”.

Teknik atau kaedah ini lebih mirip kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran

kontruktivisma. Murid membina dan mengembangkan idea mereka berdasarkan pengetahuan

sedia ada – yang diperolehi dari tahun-tahun pembelajaran sebelumnya. Kaedah

pembelajaran masteri juga wujud di sini di mana murid memahirkan diri dengan membina

ayat majmuk yang mudah setelah menguasainya murid mengembangkan lagi idea dan

membuat peluasan kosa kata di dalam penulisan mereka.

4.2 Strategi dan teknik Kontekstual

Sesi pembelajaran dimulai dengan murid berbincang tentang peribahasa yang pernah

didengar dan dipelajari. Selepas itu murid diminta untuk menyatakan beberapa peribahasa

yang ada kaitan dengan unsur alam seperti kaki ayam, mulut murai dan tangkai jering.

(Kemahiran Berfikir: Membuat kaitan dan perhubungan). Dengan merujuk kepada teks yang

diberi oleh guru, murid memberikan maksud peribahasa yang terdapat di dalam teks.

Kemudian murid meneliti dialog yang diberi dan mencari peribahasa yang sesuai dengan

dialog tersebut. Murid menukar dialog tersebut kepada format karangan cerita dalam satu

perenggan. Guru terus membimbing murid menyiapkan tugasan, merumus isi pelajaran dan

8

Page 9: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

murid perlu menyatakan nilai murni yang terdapat dalam beberapa peribahasa yang telah

dibincangkan.

4.3 Strategi dan teknik Kemahiran Berfikir

Pada mulanya, murid bersoal jawab tentang suatu aktiviti yang dijalankan (dalam teks).

Secara individu, murid meneliti dialong yang diberi dan menyenaraikan peribahasa yang

terdapat dalam dialog. Kemudian, murid menyatakan maksud peribahasa yang terdapat dalam

dialog. (Kemahiran Berfikir: Membuat analogi). Seterusnya, murid menyenaraikan isi utama

yang terdapat dalam dialog. (Kemahiran Berfikir: Mengenal pasti idea utama dan idea

sokongan). Selepas itu murid menulis idea sendiri tentang idea utama tersebut dalam satu

perenggan. Akhirnya, murid merumus isi pelajaran dan nilai murni. (Kemahiran Berfikir:

Merumus).

4.4 Strategi dan teknik Konstruktivisma

Murid diminta untuk bercerita tentang pengalaman yang menarik. Kemudian murid diminta

membina sebuah cerita berdasarkan pengalaman tersebut. (Konstruktivisma). Murid

membentangkan cerita yang dibina. Murid diberi beberapa simpulan bahasa dan perlu

dimasukkan ke dalam cerita yang dibina itu. Murid menyatakan simpulan bahasa lain yang

sesuai. (Kemahiran Berfikir: Membuat kaitan dan perhubungan). Kemudian murid

menyiapkan cerita tersebut dalam tiga perenggan. Akhirnya murid menyatakan nilai murni

yang terdapat dalam cerita mereka.

9

Page 10: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

5.0 Rumusan

Sebagai mengakhiri laporan ini, perlu dilihat juga beberapa kekuatan dan kelemahan laporan

itu sendiri. Konsep peribahasa yang dinyatakan tidak mengambil kira pandangan tokoh-tokoh

akademik kerana keterbatasan dalam usaha untuk berbuat demikian. Namun begitu, konsep

yang ditulis oleh panel penggubal KBSR itu sudah memadai untuk dibincangkan di sini

kerana pihak merekalah yang menyediakan kurikulum Bahasa Melayu di sekolah (rendah)

ini. Tidak dinafikan, jika ada pandangan tokoh-tokoh akademik lain, laporan ini akan menjadi

lebih baik.

Apabila membicarakan ciri-ciri kepentingan peribahasa dalam pengajaran Bahasa

Melayu, huraian yang dibuat merupakan gambaran pengalaman mengajar yang sudah lebih

15 tahun di dalam bidang ini. Selain itu, pemerhatian juga dibuat ke atas beberapa penulisan

yang terdapat di beberapa laman sesawang.

Kesepaduan latihan yang telah diterima dan pengalaman mengajar digunakan sekali

lagi apabila menghuraikan strategi dan teknik pengajaran Bahasa Melayu yang menggunakan

peribahasa. Dimuatkan di sini beberapa contoh strategi dan teknik yang biasa digunakan di

dalam bilik darjah, yang telah menampakkan keberkesanan dan dapat menarik murid untuk

melibatkan diri di dalam aktiviti yang dijalankan. Kelemahannya di sini, antaranya,

penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang agak terhad. Bahan yang digunakan lebih bertumpu

kepada ‘kehendak’ buku teks Bahasa Melayu itu sendiri. Rasionalnya, buku teks ini sentiasa

‘berdamping’ dengan murid-murid dan mereka akan memenafaatkan sepenuhnya buku ini

untuk tujuan pembelajaran. Sepatutnya murid didedahkan dengan penggunaan media

pengajaran yang lebih baik seperti penggunaan LCD projektor, komputer dan sebagainya.

Diyakini sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

Kadang-kadang, jika persediaan rapi tidak dibuat, masa akan terbuang begitu banyak untuk

menyediakan alatan seumpama itu di dalam bilik darjah.

Diharapkan, kajian-kajian akan datang dapat mengatasi segala kelemahan yang

terdapat di dalam kajian ini. Kedudukan peribahasa dalam kerangka pengajaran

matapelajaran Bahasa Melayu perlu dibuat kajian mendalam mengenainya terutama perlu

diketahui sama ada murid-murid benar-benar menguasai peribahasa atau tidak dengan sistem

10

Page 11: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

yang sedia ada. Kajian-kajian ke atas beberapa aspek pedagogi juga perlu dibuat untuk

menambahkan lagi keberkesanan proses pengajaran guru di dalam bilik darjah seterusnya

dapat melahirkan hasil kerja penulisan murid yang lebih baik. Dengan itu juga matlamat

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk “melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa

dan menghargai serta menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa

perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah

Pendidikan Negara”11 akan tercapai.

11 Lihat, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR): Perkembangan Terkini, 1995. Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia.

11

Page 12: Laporan Analisis Pengajaran Peribahasa

Rujukan:

Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan, 2006. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

Modul Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 2 – Tahun 6, 2007.

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, Kuala Lumpur.

Khairuddin Ayip, 2005. Penulisan Bahasa Melayu UPSR. Cerdik Publications Sdn. Bhd.,

Shah Alam, Selangor.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Secara Menyeluruh, Jilid Satu, 1995.

Jabatan Pendidikan Perak, Ipoh, Perak.

Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP, http://prpm.dbp.gov.my

http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/peribahasa/peribahasa.htm

Wikipedia Bahasa Melayu, http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa

12