kokurikulum berkredit

13

Upload: others

Post on 04-Nov-2021

170 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kokurikulum Berkredit
Page 2: Kokurikulum Berkredit

Kokurikulum Berkredit Pelaksanaan Kursus dan

Adaptasi Pendidikan Berasaskan Hasil

Page 3: Kokurikulum Berkredit

Kokurikulum Berkredit Pelaksanaan Kursus dan

Adaptasi Pendidikan Berasaskan Hasil

Delsye Teo Ching Lee Gaddafi Ismaili

Rasidah Abd WahabRoslan Ali

Universiti Malaysia SarawakKota Samarahan

Page 4: Kokurikulum Berkredit

© UNIMAS Publisher, 2020

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Penerbit UNIMAS.

Diterbitkan oleh

UNIMAS Publisher,Universiti Malaysia Sarawak,94300 Kota Samarahan,Sarawak, Malaysia.

Dicetak di Malaysia oleh Lee Ming Press Sdn. Bhd. (895250-H) No. 48, Jalan Ellis, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Teo, Delsye Ching Lee KOKURIKULUM BERKREDIT : PELAKSANAAN KURSUS DAN ADAPTASI PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL / Delsye Teo Ching Lee, Gaddafi Ismaili, Rasidah Abd Wahab, Roslan Ali. ISBN 978-967-2298-31-1 1. College credits--Malaysia. 2. Education, Higher--Activity programs--Malaysia. 3. Activity programs in education--Malaysia. 4. Student activities--Malaysia. 5. Government publications--Malaysia. I. Gaddafi Ismaili. II. Rasidah Abd. Wahab. III. Roslan Ali. IV. Judul. 378.161809595

Page 5: Kokurikulum Berkredit

Kandungan

PenghargaanSenarai Kata SingkatanPrakata

Bab 1: Pengenalan kepada Kursus Kokurikulum Berkredit di UNIMAS Bab 2: Teras-Teras Utama Kokurikulum Berkredit Daya Usaha dan Inovasi Kebudayaan Khidmat Komuniti Kepimpinan Kesukarelawanan Keusahawanan Pengucapan Awam Sukan Bab 3: Komponen OBE dalam Kursus Kokurikulum Berkredit Pengenalan kepada Outcome Based Education (OBE) Hasil Pembelajaran Program (HPP)/ Program Learning Outcome (PLO) Kaedah Pengisian Perancangan Kursus (Course Outline) Kaedah Pengajaran dan Penyampaian Bab 4: Kaedah Penilaian dan Pemetaan Komponen Penilaian Rubrik Penilaian Pemetaan Kursus Kaedah Pengiraan Gred Hasil Pembelajaran Program (HPP)/ Programme Learning Outcome (PLO)

ixx

xi

1

5

11

23

Page 6: Kokurikulum Berkredit

Bab 5: Kerangka dan Proses Perancangan Kursus Merancang Kerangka dan Proses Pembelajaran Proses Penawaran Kursus Peranan Fasilitator Kursus PPD1032

Bab 6: Aktiviti-Aktiviti Kokurikulum Aktiviti-Aktiviti Projek Khas Hari Kokurikulum

Rujukan

LampiranLampiran 1: Contoh pengisian Course Outline Lampiran 2: Contoh Pengisian Jadual Perancangan Lampiran 3: Matrik Rubrik Lampiran 4: Contoh Rubrik Kemahiran Bidang

33

39

41

42 464953

Page 7: Kokurikulum Berkredit

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan kepada:

YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Malaysia Sarawak

Dekan, Pusat Pembangunan Pelajar,

Timbalan Dekan (Kemahiran Insaniah & Kokurikulum)

Penyelaras dan Fasilitator Kursus Kokurikulum Berkredit

dan

Staf-staf Pusat Pembangunan Pelajar

Page 8: Kokurikulum Berkredit

x . .

Senarai Kata Singkatan

PKB / CQI – Penambahbaikan Kualiti Berterusan / Continu ous Quality ImprovementHPK / CLO – Hasil Pembelajaran Kursus / Course Learning OutcomesHPP / PLO – Hasil Pem belajaran Program / Program Learning OutcomesJP – Jam PembelajaranJPP / SLT – Jam Pembelajaran Pelajar / Student Learning Time KB – Kemahiran BidangKI – Kemahiran InsaniahKKM – Kerangka Kelayakan MalaysiaKoQ – KokurikulumOPP / PEO – Objektif Pendidikan Program / Programme Educational ObjectivesPBH / OBE – Pendidikan Berasaskan Hasil / Outcome Based EducationPK – Projek KhasPNGK – Purata Nilai Gred KumulatifPPBP / SCL – Pembelajaran dan Pengajaran Berpusatkan Pelajar / Student Centered LearningPPPM – Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPPPM(PT) – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)PSPTN – Pelan Stategik Pengajian Tinggi NegaraToT – Training of TrainersUP – Unit Pembelajaran

Page 9: Kokurikulum Berkredit

xi. .

Prakata

Pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit merupakan satu usaha untuk membangun dan melahirkan pelajar yang berketerampilan, patriotik, bertanggungjawab dan berdaya saing. Di samping itu kursus ini diwujudkan bagi mendokong Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Fasa II; ke arah mempertingkatkan pembangunan modal insan untuk memacu transformasi pembangunan negara. Bagi mencapai PPPM (PT) Lonjakan 1 yang bertujuan untuk membentuk graduan holistik, seimbang dan berciri keusahawanan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), maka kursus ini telah disusun mengikut kelapan-lapan elemen Kemahiran Insaniah (Softskills) yang turut diterap dalam kemahiran bidang bagi setiap teras utama.

Kandungan Kursus Kokurikulum Berkredit telah diselaraskan bagi menepati kehendak pelaksanaan sistem Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) atau Outcome Based Education (OBE) di UNIMAS. Sistem OBE adalah suatu pendekatan serta teknik yang sesuai untuk merancang, menyusun, melaksanakan dan menilai pendidikan yang memberi tumpuan kepada pencapaian hasil tertentu dari segi pembelajaran pelajar secara individu dengan pelbagai kaedah berpusatkan pelajar (SCL). Oleh itu Agensi kelayakan Malaysia (MQA) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab di samping berperanan utama dalam melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. Peranan utama MQA ialah menyelia serta menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara dan kini telah bersedia untuk menerokai sempadan-sempadan baharu dalam jaminan kualiti pengajian tinggi. Manakala Institusi Pengajian Tinggi bertanggungjawab dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak. Dalam usaha bagi melahirkan pelajar yang holistik dan berkebolehpasaran, maka sistem OBE diperkenalkan serta diadaptasikan sebagai satu kaedah penilaian dalam Kursus Kokurikulum Berkredit serta membolehkan kemahiran insaniah pelajar ditaksirkan dan dilaporkan secara lebih objektif. Bagi memudahkan penjelasan adaptasi OBE dalam Kursus Kokurikulum Berkredit, maka model Kursus Kokurikulum Berkredit Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) digunakan sebagai contoh.

Sehubungan dengan itu, sebagai satu usaha untuk memastikan setiap pensyarah dan mana-mana anggota UNIMAS daripada pelbagai latar

Page 10: Kokurikulum Berkredit

xii . .

belakang terlibat dalam pengajaran kursus ini jelas tentang adaptasi Outcome Based Education (OBE) maka buku Kokurikulum Berkredit: Pelaksanaan Kursus Dan Adaptasi Pendidikan Berasaskan Hasil telah dirangka dan dibukukan sebagai panduan kepada semua. Buku ini menjelaskan proses penawaran kursus sehingga peringkat pelaksanaan aktiviti kokurikulum serta kerangka kursus berlandaskan OBE.

Page 11: Kokurikulum Berkredit

. .

BAB 1

Page 12: Kokurikulum Berkredit

1Pengenalan kepada Kursus Kokurikulum Berkredit di UNIMAS. .

Pengenalan kepada Kursus Kokurikulum Berkredit di UNIMAS

Aktiviti kokurikulum pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dilaksanakan di bawah penyelarasan Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pemajuan Pelajar (PPP).

Sejarah pelaksanaan Kursus Kokurikulum di UNIMAS bermula dengan penawaran Kursus Senggang pada tahun 1993. Kursus Senggang ini diberi nilai satu (1) jam kredit dan menjadi pelengkap kepada proses pendidikan UNIMAS yang melibatkan semua aktiviti luar bidang akademik. Pelajar dikehendaki melengkapkan 120 jam untuk melaksanakan aktiviti senggang sepanjang pengajian. Kursus ini kemudiannya dimansuhkan pada tahun 2006 hingga 2007 dan ditawarkan semula pada tahun 2008 dengan nilai tiga (3) jam kredit. Tiga jam kredit tersebut terdiri daripada dua komponen iaitu satu jam kredit untuk Kursus Keterampilan Diri dan dua jam kredit untuk aktiviti Kelab dan Persatuan.

Pada tahun 2011, Kursus Senggang telah dimansuhkan dan ditukar kepada Kursus Kokurikulum Berkredit (PPD1022). Kursus ini mula dilaksanakan pada Semester 1, Sesi 2011/2012 bagi pelajar ambilan 2010/2011 dan seterusnya. Para pelajar diwajibkan mengambil kursus ini mengikut kesesuaian masa pelajar dan merupakan syarat bergraduat. Keseluruhan jam penglibatan pelajar dalam kursus ini adalah sebanyak 80 jam (2 jam kredit). Pelajar hanya akan mengambil kursus ini selama satu semester sahaja dengan PRASYARAT LULUS terlebih dahulu Kursus Keterampilan Diri (PPD1011).

Kursus PPD1022 menawarkan lapan (8) Teras utama iaitu (1) Teras Kepimpinan, (2) Teras Keusahawanan, (3) Teras Kesukarelawanan, (4) Teras Khidmat Komuniti, (5) Teras Kebudayaan, (6) Teras Pengucapan Awam, (7) Teras Daya Usaha & Inovasi dan (8) Teras Sukan. Setiap Teras pula menawarkan pelbagai subteras yang menarik dan unik mengikut

Page 13: Kokurikulum Berkredit