laporan aktiviti prasekolah

3
LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN Aktiviti : Sambutan Hari Konvokesyen Prasekolah Sri Murni Tarikh : 14 Oktober 2011 Masa : 8.00-11.00 pagi PENGENALAN Sambutan Hari Konvokesyen Prasekolah merupakan salah aktiviti tahunan yang wajib dilaksanankan bagi setiap prasekolah. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada kanak-kanak setelah menamatkan alam prasekolah, dapat memupuk sikap yakin dan berani pada diri kanak-kanak serta dapat mewujudkan perkongsian pengetahuan, pengalaman terhadap perkembangan dan kemahiran kanak-kanak antara ibu bapa dan guru. Sambutan Hari Konvokensyen ini juga telah diadakan sempena Sambutan Hari Ilmu Pendidikan. OBJEKTIF 1 Menyampaikan sijil tamat prasekolah kepada kanak-kanak prasekolah Sri Murni IPG Kampus Tawau Mencungkil bakat, potensi dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak prasekolah. Mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak. PENGLIBATAN/KEHADIRAN Program ini telah dikendalikan oleh Ketua Unit Prasekolah iaitu Cik Latifah bt Monas dan guru prasekolah iaitu Pn. Flora.

Upload: david-ling

Post on 20-Oct-2015

319 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH

JABATAN ILMU PENDIDIKANAktiviti : Sambutan Hari Konvokesyen Prasekolah Sri MurniTarikh : 14 Oktober 2011Masa : 8.00-11.00 pagi

PENGENALANSambutan Hari Konvokesyen Prasekolah merupakan salah aktiviti tahunan yang wajib dilaksanankan bagi setiap prasekolah. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada kanak-kanak setelah menamatkan alam prasekolah, dapat memupuk sikap yakin dan berani pada diri kanak-kanak serta dapat mewujudkan perkongsian pengetahuan, pengalaman terhadap perkembangan dan kemahiran kanak-kanak antara ibu bapa dan guru. Sambutan Hari Konvokensyen ini juga telah diadakan sempena Sambutan Hari Ilmu Pendidikan.OBJEKTIF1 Menyampaikan sijil tamat prasekolah kepada kanak-kanak prasekolah Sri Murni IPG Kampus TawauMencungkil bakat, potensi dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak prasekolah.Mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak.

PENGLIBATAN/KEHADIRANProgram ini telah dikendalikan oleh Ketua Unit Prasekolah iaitu Cik Latifah bt Monas dan guru prasekolah iaitu Pn. Flora. Selain itu, seramai 20 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah Ambilan Januari 2011 telah turut sama menjayakan program ini. Program ini telah dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Tawau,ketua-ketua jabatan, para pensyarah dan ibu bapa. KANDUNGAN Juruacara majlis ini ialah saudara Muhd Sabri bin Omar dan saudari Fatin Syukriah daripada 2 PISMP Prasekolah. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 8.00 pagi. Semua hadirin dan para jemputan telah mengambil tempat dan nyanyian lagu Negaraku dimainkan. Setelah tamat menyanyikan lagu, bacaan doa telah disampaikan oleh saudara Sulaiman Bin Masri. Kira-kira pada pukul 8.15 pagi, para tetamu jemputan dan ibu bapa telah dipersembahkan dengan persembahan pertama iaitu Action Song Monkey dance . Setelah tamat persembahan pertama, mereka telah dipertontonkan dengan tayangan gambar aktiviti kanak-kanak prasekolah sepanjang tahun 2013. Antara gambar aktiviti-aktiviti yang ditayangkan ialah ialah Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Lahir, Pertandingan Mewarna, simulasi pertolongan dan pemadanan api oleh pihak bomba dan aktiviti-aktiviti kelas. Kemudian majlis diteruskan dengan persembahan muzikal Kanak-kanak yang bertajuk Bear Hunt . Teater ini mengisahkan pengembaraan sekumpulan kanak-kanak bersama-sama dengan gurunya memburu beruang dalam hutan dan mereka telah berusaha untuk mengharungi pelbagai halangan dalam hutan.Persembahan ini telah melibatkan kesemua kanak-kanak prasekolah. Watak utama muzikal ini telah dilakonkan oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun. Antaranya pemegang watak utama ialah Nur Fatihah. Setelah tamatnya teater tersebut, satu ucapan penghargaan telah disampaikan oleh seorang kanak-kanak prasekolah iaitu Nur Fatihah. Kemudian diikuti dengan ucapan Tuan Pengarah iaitu Puan Hajah Masni Binti MadatKira-kira pada pukul 9.15 pagi, bermulalah acara penganugerahan sijil kepada semua kanak-kanak prasekolah serta penganugerahan khas. Anugerah Khas telah diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam sesuatu bidang ataupun subjek, kemudian diikuti dengan penyampaian anugerah kepada murid dalam kehadiran terbaik.Kemudian penyampaian cenderahati kepada Puan Pengarah. Majlis telah diakhiri dengan persembahan nyanyian nasyid oleh kanak-kanak prasekolah yang bertajuk Is the small World. Majlis bersurai pada jam 10.15 pagi.PENUTUPSambutan Hari Konvokesyen prasekolah merupakan sambutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap prasekolah supaya kanak-kanak dapat diberikan pengiktirafan terhadap segala hasil kerja dan pencapaian yang telah mereka kecapi sebelum mereka menjejak kaki ke sekolah rendah.