laporan aktiviti kelab sains dan matematik 20122
DESCRIPTION
gfyTRANSCRIPT
LAPORAN AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 2013
Ahli Jawatankuasa Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Melukis tahap 2
Penaung: Cikgu Peter TingomPenasihat: Cikgu Nawin BangirPengerusi: Cikgu Durin GiauTimbalan Pengerusi: Cikgu Jasforina IbrahimSetiausaha: Cikgu Diana HangihPengadil : Cikgu Durin (Tahap 1)
Cikgu Rita Kathydra (Tahap 2)
TARIKH : MASA : 3:30 PETANG – 4:30 PETANGTEMPAT : KELAS TAHUN 4HARI : RABUTEMA : ANTI DADAH DAN ANTI ROKOK
PENDAHULUAN:
Aktiviti ini diadakan supaya murid-murid dapat menggunakan kreativiti dan kemahiran mereka menghasilkan poster yang menarik sama diwarna atau dilukis bagi menterjemahkan semangat menyanyangi diri sendiri.
RASIONAL:
Berfikiran kritis dan kreatif untuk menghasilkan karya seni disamping menyemai semangat patriotisme di kalangan murid.
OBJEKTIF:
a. Menguji kemampuan diri dari segi semangat berdikari, kemahiran dan rasa tanggungjawab
terhadap diri dan negara.
b. Menyemai semangat cintakan negara melalui tema pertandingan melukis.
c. Menyemai sikap yang positif
SASARAN:Ahli Kelab Pencegahan Jenayah tahap 1 dan tahap
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Dijalankan dalam
kelas masing-masing dengan diawasi oleh guru kelab pencegah jenayah.
2. Masa bagi Tahap 1 ditetapkan selama satu jam manakala bagi Tahap 2 ialah satu jam tiga puluh
minit.
3. Murid mewarna lukisan yang disediakan oleh pihak guru penasihat bagi tahap 1 dan melukis
mengikut tema yang diberi bagi tahap 2.
4. Hadiah akan diberi kepada Pemenang Pertama hingga Ketiga dari setiap tahap.
5. Hakim terdiri daripada guru yang dilantik.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1:Keputusan adalah seperti berikut :
Tempat Pertama : Silvia Nyipan ( Tahun 3)Tempat Kedua : Alvis Layau (Tahun 3)Tempat Ketiga : Dorina Rentap (Tahun 2)
KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS TAHAP 2: Keputusan adalah seperti berikut :
Tempat Pertama : Demica Irene (Tahun 4)Tempat Kedua : Nancy Jubang (Tahun 4)Tempat Ketiga : Valentine Nyintak (Tahun 5)
Keseluruhannya aktiviti ini mendapat sambutan dan berjaya dijalankan dengan lancar. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.
GALERI PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA
TAHAP 1
Pemenang bagi tahap 1 (Alvis Layau, Silvia Nyipan, Dorina Rentap)
TAHAP 2
Pemenang bagi tahap 2 (Demica Irene, Nancy Jubang, Valentine Nyintak))
Laporan disediakan oleh, 14 NOVEMBER 2013
(DURIN GIAU) Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah
SK Ulu Bawan, Kanowit.