laporan aktiviti janm pulau pinang bulan julai 2021 1

13
LAPORAN AKTIVITI JANM PULAU PINANG BULAN JULAI 2021 1. KURSUS GENERIK MPSAS: PERAKAUNAN BELANJA ZON UTARA Institut Perakaunan Negara (IPN) melalui program Generik Kewangan dan Perakaunan Zon Utara telah menganjurkan Kursus Generik: MPSAS Perakaunan Belanja Zon Utara pada 12-14 Julai 2021. Kursus diadakan secara atas talian anjuran JANM Pulau Pinang,Tingkat 42, KOMTAR. Kursus telah disampaikan oleh Puan Norhaida Binti Yahaya dan Puan Ropizah Binti Yasin daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang. Seramai 28 orang peserta terdiri daripada pelbagai jabatan yang menghadiri kursus ini. Kursus diadakan bagi memberi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang perakaunan belanja Kerajaan Persekutuan berdasarkan asas perakaunan akruan dan MPSAS & meningkatkan kemahiran dan mutu kerja dalam pengurusan belanja Kerajaan Persekutuan Sebahagian peserta yang terlibat

Upload: others

Post on 20-Mar-2022

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITI JANM PULAU PINANG

BULAN JULAI 2021

1. KURSUS GENERIK MPSAS: PERAKAUNAN BELANJA ZON UTARA

Institut Perakaunan Negara (IPN) melalui program Generik Kewangan dan

Perakaunan Zon Utara telah menganjurkan Kursus Generik: MPSAS Perakaunan

Belanja Zon Utara pada 12-14 Julai 2021. Kursus diadakan secara atas talian anjuran

JANM Pulau Pinang,Tingkat 42, KOMTAR. Kursus telah disampaikan oleh Puan

Norhaida Binti Yahaya dan Puan Ropizah Binti Yasin daripada Jabatan Akauntan

Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Seramai 28 orang peserta terdiri daripada pelbagai jabatan yang menghadiri

kursus ini. Kursus diadakan bagi memberi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang

perakaunan belanja Kerajaan Persekutuan berdasarkan asas perakaunan akruan dan

MPSAS & meningkatkan kemahiran dan mutu kerja dalam pengurusan belanja

Kerajaan Persekutuan

Sebahagian peserta yang terlibat

Sebahagian peserta yang terlibat

Sebahagian peserta yang terlibat

Sebahagian peserta yang terlibat

2. TAKLIMAT AKTA SYARIKAT DAN AKTA PUSAKA KECIL

Unit Wang Tak Dituntut telah menganjurkan kursus dalaman Jabatan Akauntan

Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang bertajuk Taklimat Akta Syarikat Dan Akta

Harta Pusaka. Taklimat ini diadakan pada 15 Julai 2021 di atas talian

menggunakan aplikasi Lifesize.

Taklimat ini disertai oleh seramai 37 orang peserta. Taklimat ini terbahagi kepada

2 kategori dan 2 orang penceramah dari jabatan berlainan dijemput untuk

menyampaikan taklimat.

a) Akta Syarikat

Encik Mohd Zaini Bin Mohd Zain dari Jabatan Insolvensi Negeri Pulau Pinang

yang merupakan pakar dan berpengalaman dalam bidang Akta Syarikat telah

menyampaikan taklimat pada sesi yang pertama.

Berikut adalah gambar bagi sesi pertama:

Penceramah memberi ceramah secara atas talian

Antara Slide yang dibentangkan oleh pencermah

b) Akta Pusaka Kecil

Encik Tuan Haji Muhammad Muhaizan Bin Haji Abdullah dari Pejabat Pengarah

Jabatan Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang yang merupakan pakar dan

berpengalaman dalam bidang Akta Pusaka Kecil telah menyampaikan taklimat

pada sesi yang kedua.

Berikut adalah gambar bagi sesi kedua:

Antara slide yang dibentangkan oleh penceramah

Antara Slide yang dibentangkan oleh penceramah

3. CERAMAH INOVASI SEMPENA HARI INOVASI JABATAN AKAUNTAN

NEGARA MALAYSIA TAHUN 2021

Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menganjurkan Ceramah Inovasi Sempena Hari Inovasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2021 pada 28 Julai 2021 dari jam 8.00 pagi hingga jam 1 petang bertajuk “Norma Digital Baharu, Bersediakah Kita Untuk Dunia Yang Berubah” secara atas talian melalui aplikasi Lifesize.

Seramai 10 orang pegawai dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menyertai ceramah ini. Ceramah ini telah diberikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Pengurusan MAMPU, En Elangovan a/l Narayanan. Objektif ceramah ini adalah untuk pengenalan dan cara menyesuaikann diri kepada norma digital baharu dalam kehidupan harian.

Para peserta yangmenyertai ceramah secara atas talian

Antara Slide yang dibentangkan

Antara Slide yang dibentangkan

Antara Slide yang dibentangkan

Antara Slide yang dibentangkan

4. MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA

MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

Seksyen Pengurusan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang telah

mengadakan Majlis Perhimpunan Kakitangan JANMPP pada 29 Julai 2021 dari 9.30

pagi hingga 11 pagi secara atas talian melalui aplikasi Lifesize.

Seramai 89 orang pegawai telah menghadiri Majlis Perhimpunan di mana kesemua

pegawai telah menghadiri majlis tersebut atas talian dari pejabat bagi pegawai BDP

dan dari kediaman bagi pegawai BDR manakala hanya urusetia majlis menjalankan

tugas di Bilik Mesyuarat bersama Tuan Pengarah bagi menjayakan Majlis Perjumpaan

ini dengan mengikuti SOP yang ditetapkan oleh MKN.

Antara agenda yang penting dalam majlis ini adalah sesi perkenalan bersama Tuan

Pengarah JANMPP, Encik Saripudin Bin Kanda yang merupakan Ketua Jabatan baru

di JANMPP dan beberapa pagawai baru yang ditempatkan di JANMPP. Selain itu,

juga terdapat beberapa agenda seperti pemberian hadiah kepada pemenang cabutan

bertuah, KEJAP JANM Pulau Pinang, sambutan harijadi pegawai JANM Pulau Pinang

dan sebagainya.

Permulaan Majlis Perhimpuan melalui atas talian

Berikut adalah beberapa gambar pegawai yang hadir melalui atas talian dari pejabat:

Pegawai yang hadir secara atas talian dari tempat masing-masing

Pegawai yang hadir secara atas talian dari tempat masing-masing

Pegawai yang hadir secara atas talian dari tempat masing-masing

Berikut adalah gambar urusetia majlis bersama Tuan Pengarah di Bilik Mesyuarat

JANMPP:

Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Jabatan Di Bilik Mesyuarat JANMPP

Majlis Potong Kek oleh Tuan Pengarah bagi pihak Pegawai JANMPP di Bilik

Mesyuarat JANMPP

Berikut adalah beberapa gambar pegawai BDR yang menghadiri majlis :

Sebahagian peserta atas talian

Sebahagian peserta atas talian

Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Mesyuarat Agong JANMPP oleh Tuan

Pengarah JANMPP:

Penerima hadiah cabutan bertuah

Penerima hadiah cabutan bertuah