laporan akhir kursus hhhc9101 sosial dan · pdf filetujuan laporan akhir ini adalah untuk...

32
LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN NAMA:NUR ANIS FASHA BINTI ROSLAN NO MATRIK:A144150 PENYELARAS:PROF MADYA DR FAZAL MOHAMED BIN MOHAMED SULTAN

Upload: hoangtuyen

Post on 30-Jan-2018

241 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101

SOSIAL DAN

KEBERTANGGUNGJAWABAN

NAMA:NUR ANIS FASHA BINTI ROSLAN

NO MATRIK:A144150

PENYELARAS:PROF MADYA DR FAZAL MOHAMED BIN

MOHAMED SULTAN

Page 2: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 1

KANDUNGAN

1.0 Abstrak 2

2.0 Pengenalan Projek 3

3.0 Perancangan Projek

3.1 Sebelum Projek

3.2 Semasa Projek

3.3 Selepas Projek

4

4.0 Hasil Pembelajaran

4.1 Kesan Kepada Pelajar

4.2 Kesan Kepada Masyarakat

4.3 Nilai Inovasi

6

5.0 Lampiran 8

Page 3: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 2

1.0 ABSTRAK

Tujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun

nilai yang diperolehi daripada projek yang telah diikuti dan

dijalankan.Projek yang telah saya sertai ialah Kem Pembinaan Insaniah

Waja Diri Fatani UKM 2013.Bertepatan dengan kursus ini,sosial dan

kebertanggungjawaban HHHC9101,projek yang telah disertai

mempunyai nilai-nilai sosial dan kebertanggungjawaban yang dapat

dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan masa kini.Projek yang

disertai ini dapat memberi banyak pengajaran bukan sahaja kepada

mahasiswa dan mahasiswi UKM tetapi juga kepada masyarakat

setempat.Seperti yang diketahui umum,ilmu persilatan merupakan

sejenis seni mempertahankan diri yang telah diwarisi dari zaman

berzaman.Seharusnya,ilmu persilatan ini diperkembangkan dan

diajarkan kepada generasi baru supaya ilmu ini tidak luput ditelan zaman

dan supaya generasi baru dapat menguasai cara-cara mempertahankan

diri supaya dapat melindungi diri sendiri dan keluarga di samping dapat

membantu mereka yang di dalam kesusahan.Dalam proses projek ini

dijalankan,mahasiswa dan mahasiswi UKM dapat mempertingkatkan

cara berkomunikasi dengan pihak atasan serta masyarakat.Setiap ahli

masing-masing memegang jawatan dalam projek ini,dimana setiap ahli

perlu bertanggungjawab antara satu sama lain untuk memastikan

kelestarian projek ini.

Page 4: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 3

2.0 PENGENALAN PROJEK

Projek yang dijalankan ialah Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri

Fatani UKM 2013 yang diadakan di Rimbaria Suara Hutan,Sungai

Congkak,Hulu Langat Selangor.Projek ini diadakan di sini kerana

tempat ini berlatarbelakangkan kawasan hutan yang merupakan alam

semulajadi di mana amat sesuai bagi melakukan latihan silat.Projek ini

merupakan anjuran Kelab Senni Gayung Fatani (ARTISUKMA) UKM

dengan kerjasama artisukma dan pusat kebudayaan UKM.Sesuai dengan

nama projek ini iaitu kem pembinaan insaniah,projek ini diadakan untuk

membina dan memantapkan lagi nilai jati diri dan juga nilai kerohanian

dalam diri pelajar.Seterusnya,tujuan projek ini adalah supaya hubungan

antara pelajar,senior,jurulatih,guru dan juga masyarakat dapat

dieratkan.Seni silat merupakan warisan nenek moyang kita yang

diturunkan dari zaman-berzaman.Walaubagaimanapun,seperti yang

dapat dilihat pada hari ini,anak-anak muda tidak lagi gemar untuk

mempelajari seni persilatan ini tetapi lebih gemar bermain permainan

atas talian.Mereka semakin melupakan aktiviti silat yang merupakan

salah satu cara terbaik untuk mempertahankan diri, keluarga serta

membantu masyarakat.Oleh itu,melalui projek ini diharapkan seni

persilatan dapat berkembang dan kembali aktif seperti pada tahun 90

an.Kertas kerja bagi projek ini boleh dilihat di bahagian lampiran

(Lampiran A).Projek ini juga telah mendapat kelulusan daripada Jabatan

Perkhidmatan Pelajar(JPPEL) yang boleh dilihat dalam lampiran B.

Page 5: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 4

3.0 PERANCANGAN PROJEK

3.1 Sebelum Projek

Pelbagai persiapan dilakukan sebelum projek bermula.Mesyuarat

untuk melantik ketua projek,setiausaha,bendahari dan ahli jawatankuasa

diadakan bagi memastikan kelancaran pengurusan projek.Laporan minit

mesyuarat boleh dilihat di bahagian lampiran (Lampiran C).Saya telah

diberi jawatan sebagai ahli jawatankuasa pemasaran di mana,tugas saya

ialah mencari sumbangan ataupun dana untuk membantu projek kami

dari segi kewangan.Dalam persiapan untuk mencari sumbangan,saya

telah mencari nombor telefon beberapa syarikat seperti Econsave dan

Wisma Unikeb serta menghubungi mereka untuk temu janji.Selain

itu,saya juga diberi jawatan sebagai ahli jawatankuasa kebajikan kerana

ahli jawatankuasa kebajikan sedia ada terpaksa menarik diri daripada

projek atas sebab-sebab tertentu.Oleh itu,saya telah mengambil alih

tempat beliau dan bertugas sebagai ahli jawatankuasa kebajikan.Saya

menyediakan ubat-ubatan untuk dibawa ke tempat projek diadakan

sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat ahli yang cedera.

3.2 Semasa Projek

Semasa projek ini berlangsung,sebagai ahli jawatankuasa

kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kerana

kawasan persekitaran tempat projek ini agak berbahaya kerana

dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas sebagai

pengacara majlis juga telah diberi kepada saya untuk majlis penutup

Page 6: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 5

projek ini.Melalui tugas ini,saya dapat belajar cara untuk mengendalikan

sesuatu majlis dan menyediakan teks ucapan.

3.3 Selepas Projek

Setelah projek tamat,pengarah,setiausaha,bendahari dan ahli

jawatankuasa projek telah mengadakan mesyuarat untuk menyiapkan

laporan projek untuk dihantar kepada penasihat kelab Seni Gayung

Fatani iaitu En Roslan Bin Abd Salam dan juga kepada Jabatan

Perkhidmatan Pelajar(JPPEL).

Page 7: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 6

4.0 HASIL PEMBELAJARAN

4.1 Kesan Kepada Pelajar

Melalui projek ini pelajar dapat memupuk rasa bertanggungjawab

pada diri,agama,bangsa dan masyarakat.Seterusnya,pelajar dapat belajar

cara untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak kerana projek ini bukan

sahaja melibatkan mahasiswa dan mahasiswi UKM tetapi juga alumni-

alumni UKM mahupun bukan UKM yang pernah belajar seni Silat

Gayung Fatani.Selain itu,projek ini dapat memberi pengetahuan yang

lebih mendalam tentang seni silat dan mempertahankan diri kepada

pelajar serta keperluan jasmani dan rohani ketika mempelajari seni

silat.Pelajar juga dapat mempelajari cara menguruskan sesuatu projek

melalui projek ini.Akhir sekali,pelajar dapat memupuk semangat

cintakan aktiviti kokurikulum dalam diri masing-masing.

4.2 Kesan Kepada Masyarakat

Projek ini turut memberi kesan kepada masyarakat.Antara kesan projek

ini kepada masyarakat ialah memberi kesedaran kepada masyarakat

tentang kepentingan seni mempertahankan diri.Dalam era globalisasi

ini,seni pertahanan diri adalah sangat penting bagi mempertahankan diri

daripada gejala sosial seperti rompakan yang sering terjadi pada masa

kini.Selain itu,masyarakat dapat mewarisi ilmu persilatan melayu yang

menjadi jati diri bangsa melayu sejak dari zaman nenek moyang

lagi.Seterusnya,masyarakat dapat mengeratkan hubungan Antara satu

sama lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.

Page 8: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 7

4.3 Nilai Inovasi

Terdapat beberapa nilai inovasi yang dapat dipelajari sepanjang

projek ini berlangsung.Antara nilai inovasi yang dapat dipelajari ialah

cara megubah ikatan kain batik atau pelikat.Di dalam seni persilatan

kain batik dan pelikat sering digunakan dalam pertandingan mahupun

persembahan.Seperti yang diketahui umum,terdapat pelbagai cara untuk

mengikat kain batik atau pelikat dan cara mereka diikat adalah berbeza

di setiap negeri.Oleh itu,dalam projek ini,mahasiswa dan mahasiswi

UKM dikehendaki mengubah sendiri cara ikatan kain batik atau pelikat

yang dapat menunjukkan nilai inovasi mereka.Selain itu,terdapat

pertandingan berpantun dalam projek ini yang melibatkan semua ahli

untuk berpantun.Melalui pertandingan ini,mahasiswa dan mahasiswi

UKM dapat mengembangkan cara pemikiran mereka dan juga

menunjukkan nilai kreativiti mereka dalam mereka pantun mahupun

mengubah pantun yang sedia ada.

Page 9: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 8

5.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN A:KERTAS KERJA PROJEK

KERTAS KERJA

KEM PEMBINAAN INSANIAH

WAJA DIRI FATANI UKM 2013

TARIKH

20 DISEMBER - 22 DISEMBER 2013

TEMPAT

RIMBARIA SUARA HUTAN, SUNGAI CONGKAK, HULU

LANGAT, SELANGOR

Page 10: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 9

ANJURAN

KELAB SENI GAYUNG FATANI (ARTISUKMA) UKM

DENGAN KERJASAMA

URUSETIA ARTISUKMA DAN PUSAT KEBUDAYAAN UKM

TEMA

FATANI MEDAN TRANSFORMASI JATI DIRI

KERTAS KERJA

KEM PEMBINAAN INSANIAH WAJA DIRI FATANI UKM 2013

KELAB SENI GAYUNG FATANI (ARTISUKMA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan

kelulusan serta bantuan kewangan daripada Jabatan Perkhidmatan

Pelajar UKM untuk mengadakan Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri

Fatani UKM 2013 yang dianjurkan oleh Kelab Seni Gayung Fatani

(Artisukma) Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG

2.1 Pengenalan ringkas kelab

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM adalah diuruskan oleh

pelajar-pelajar UKM yang datang dari pelbagai fakulti. Buat masa kini

jumlah ahli adalah melebihi 60 orang pada setiap sesi pengajian

termasuk pelajar-pelajar ko-kurikulum. Bilik Gerakan kelab ini

Page 11: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 10

bertempat di Bangunan Pusanika UKM. Tujuan kelab ini ditubuhkan

adalah untuk melestarikan ilmu seni warisan bangsa secara tradisional

dan bersifat akademik. Kelab ini juga membantu menjalankan aktiviti

ko-kurikulum seni silat dan projek–projek kebudayaan di peringkat

universiti, fakulti dan kolej.

2.2 Sejarah/Rekod

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM telah ditubuhkan pada

tahun 1984 dan bergerak aktif di bawah naungan Urusetia Artisukma

dan Pusat Kebudayaan UKM. Pelbagai aktiviti telah banyak dijalankan

sejak ditubuhkan. Antara aktivitinya adalah bengkel seni silat,

persembahan dan demonstrasi silat sempena hari keluarga kolej, fakulti

dan pesta konvokesyen, kursus pengurusan seni budaya, kem

kecemerlangan diri, demonstrasi seni mempertahankan diri wanita,

pertandingan seni silat peringkat UKM dan negeri serta lain-lain aktiviti

di dalam dan luar kampus yang juga melibatkan aktiviti

pengantarabangsaan seperti Kunjungan Budaya Ke Vietnam, Australia,

China, Hong Kong dan sebagainya.

2.3 Bagaimana lahirnya idea untuk menjalankan program ini

Idea untuk menjalankan program ini tercetus untuk mengeratkan lagi

hubungan antara ahli-ahli kelab yang terdiri daripada pelajar pelbagai

jurusan dan tahun pengajian. Program ini dapat mengurangkan lagi

jurang di antara pelajar tidak kira bangsa atau negara. Secara tidak

langsung, program ini melatih pelajar untuk menguruskan sesuatu

aktiviti, berinteraksi dengan

pelbagai pihak dan membina keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri

seterusnya bekerjasama untuk menjayakannya. Melalui program ini,

pelbagai ciri-ciri seperti kepimpinan, berkomunikasi, pengurusan dan

sebagainya dapat diketengahkan oleh pelajar dalam menimba ilmu untuk

Page 12: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 11

menguruskan sesuatu aktiviti seperti Kem Pembinaan Insaniah Waja

Diri Fatani UKM 2013. Selain itu, Seni Silat Melayu merupakan satu

warisan Melayu penting yang memerlukan generasi-generasi remaja

sekarang mewarisinya agar warisan ini tidak hilang dibawa arus zaman

kemodenan. Ilmu silat ini juga dapat membentuk keperibadian sebenar

generasi muda zaman sekarang dari segi akhlak, disiplin dan

kepimpinan. Lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa yang merupakan suara

atau jurubicara kepada masyarakat. Mereka perlu mengembangkan ilmu

Seni Silat Melayu kepada masyarakat yang hampir melupakan warisan

nenek moyang mereka sejak akhir-akhir ini. Menyedari hakikat inilah,

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma), Universiti Kebangsaan

Malaysia Sesi 2012/2013 telah mengatur satu program iaitu Kem

Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 bagi tujuan

memberikan pendedahan kepada pelajar untuk menjadi seorang

pemimpin yang bertanggungjawab dan faedahnya mereka mempelajari

ilmu tersebut disamping memantapkan ilmu mempertahankan diri.

Sebagai seorang pesilat, sifat kepimpinan dan berani perlu ada pada diri

seseorang itu. Di samping itu, program ini dijalankan untuk mendidik

diri mengenai pentingnya ilmu mempertahankan diri bagi menempuh

kehidupan di dunia sekarang yang penuh cabaran dalam kehidupan.

Selain itu, ia juga bagi melahirkan mahasiswa yang dinamis, progresif

serta cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum dalam pembinaan

sahsiah dan keintelektualan mahasiswa.

3.0 MISI

Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013 yang dianjurkan

oleh Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) Universiti Kebangsaan

Malaysia di mana penganjurannya adalah untuk memberi ruang kepada

setiap ahli menghayati dan menghargai keindahan seni silat yang telah

diwariskan oleh generasi terdahulu selain memupuk kasih sayang dan

Page 13: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 12

silaturrahim di antara ahli Kelab Seni Gayung Fatani di Universiti

Kebangsaan Malaysia supaya ukhwah terus terjalin antara satu sama

lain.

4.0 MATLAMAT

4.1 Memupuk dan melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab pada

diri, agama, bangsa dan akademik.

4.2 Memberi kesedaran kepada mahasiswa akan pentingnya ilmu

persilatan Melayu dan juga Seni Silat Gayung Fatani yang menjadi jati

diri bangsa melayu.

4.3 Membina sahsiah yang cemerlang, gemilang, terbilang dalam diri

mahasiswa bagi membina kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan mahasiswa yang berjiwa patriotik dan mempunyai daya

ketahanan diri serta kekuatan peribadi.

5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa yang terlibat dalam Seni

Gayung Fatani untuk lebih mengenali falsafah dan ketinggian ilmu Seni

Silat Melayu yang digarapkan secara ilmiah dan tradisional sifatnya.

5.3 Menghasilkan mahasiswa yang kreatif, inovatif dan berbudaya

disamping cintakan warisan seni kebanggaan negara.

5.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan melatih sifat

kepimpinan pada diri peserta.

5.5 Mengukuhkan ikatan silaturrahim dan saling membantu di kalangan

peserta.

6.0 TEMA

FATANI MEDAN TRANSFORMASI JATI DIRI

Page 14: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 13

7.0 ANJURAN

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma)

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh: 20 Disember – 22 Disember 2013 (Jumaat-Ahad)

Masa: 10.00 Pagi (Jumaat) - 2.30 Petang (Ahad)

9.0 TEMPAT PROGRAM

Rimbaria Suara Hutan, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor

10.0 PUBLISITI

Strategi publisiti: Menyediakan banting dan pamplet

Kawasan liputan: Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM

11.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian Pembukaan dan Penutup:

Encik Roslan Abd Salam

Penasihat

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Page 15: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 14

Rujuk Lampiran A.

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B.

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Ceramah : Silat Dari Perspektif Islam

Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada para

peserta untuk mendedahkan teknik dan langkah yang betul dalam

persilatan. Melalui slot ini juga, para peserta juga diberi pemahaman

mengenai silat dari perspektif Islam. Oleh itu diharap para peserta akan

dapat memahami silat dari perspektif Islam bukan dari sudut fizikal

sahaja malah rohani.

15.2 Merentas Rimba Ria

Aktiviti ini mendedahkan para peserta mengenai alam semulajadi

ciptaan Allah. Dalam masa yang sama, mendidik jiwa para peserta agar

menjiwai suara alam dan memberi peluang kepada para peserta

mendapatkan ketenangan sebelum menghadapi peperiksaan.

15.3 Bengkel 1 : Latihan Dalam Kumpulan

Di dalam bengkel ini, para peserta akan menjalankan aktiviti mengikut

kumpulan masing-masing. Para peserta didedahkan dengan beberapa

aktiviti seperti permainan dalam kumpulan, menyelesaikan sesuatu

tugasan yang di berikan dalam kumpulan dan sebagainya. Matlamat

aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama dan ukhwah

antara satu sama lain.

15.4 Persembahan Kebudayaan

Page 16: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 15

Para peserta akan diberi tugasan secara kumpulan untuk membuat

persembahan kebudayaan mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-

masing. Tema persembahan ialah bersifat alam semulajadi sebagai terapi

minda.

Matlamat persembahan ini adalah untuk mendedahkan para peserta agar

berfikiran kreatif.

15.5 Ujian Kenaikan Bengkung

Ujian kenaikan bengkung adalah ujian yang akan dikenakan terhadap

ahli Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM bagi tiap-tiap

semester. Ujian ini akan membolehkan ahli-ahli kelab melayakkan diri

untuk mempelajari ilmu persilatan yang lebih tinggi tahapnya. Ahli-ahli

kelab perlu melepasi markah lulus dan seterusnya dianugerahkan

kenaikan bengkung. Ia meliputi bunga sembah, jurus silat, buah pukul,

tapak empat dan juga tempur.

15.6 Interaksi Alam Rimba

Aktiviti ini merupakan aktiviti penutup kepada Kem Pembinaan

Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013. Di dalam aktiviti ini para peserta

ini didedahkan dengan cara untuk muhasabah diri setelah selesai

menjalankan aktiviti.

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C.

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta

surat menyurat, sila hubungi:

Bilik Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM

Page 17: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 16

Paras 3, Bangunan Pusanika

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan.

Atau hubungi:

Yuzairi bin Mohd Yusof

Ketua Pengarah

Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM.

No. Telefon: 019-6292204

E-mel: [email protected]

18.0 PENUTUP

Menjadi harapan kami agar kertas kerja ini dapat diluluskan dengan

kadar segera oleh pihak JPPEL dan dengan harapan juga pihak JPPEL

dapat menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan bantuan kewangan

bagi melancarkan Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM

2013 ini. Semoga bengkel ini dapat dijalankan dengan jayanya di

samping peserta-peserta Seni Gayung Fatani (Artisukma) UKM dapat

mengaplikasikan segala ilmu persilatan yang telah dipelajari sepanjang

penglibatan diri dalam kelab ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu melicinkan

urusan sepanjang menguruskan program atau bengkel ini khususnya

kepada pihak JPPEL sendiri.

Disediakan oleh

Page 18: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 17

..............................

YUZAIRI BIN MOHD YUSOF

Ketua Pengarah

Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma)

Universiti Kebangsaan Malaysia

019-6292204

Disemak oleh

.............................

NUR ‘ADILAH BT MD ADNAN

Setiausaha

Kem Pembinaan Insaniah Waja Diri Fatani UKM 2013

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma)

Universiti Kebangsaan Malaysia

012-3660949

Disahkan oleh

.............................

ROSLAN ABD SALAM

Penasihat

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 19: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 18

017-6380338

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

KEM PEMBINAAN INSANIAH WAJA DIRI FATANI UKM 2013

Penaung

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan

Shahabudin

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Dr. Ir. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Penasihat

Encik Roslan Abd Salam

Penasihat

Kelab Seni Gayung Fatani (Artisukma), UKM

Ketua Pengarah

Yuzairi bin Mohd Yusof FST/3 A136645

Page 20: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 19

019-6292204

Timbalan Ketua Pengarah

Ahmad Safwan bin Shahruddin FKAB/1 A144234

013-4486870

Pengarah Projek

Mohd Insani bin Abdullah FSSK/3 A137169

017-9776882

Timbalan Pengarah Projek

Liyana binti Abd Talib FPEND/1 A143901

013-6233361

Setiausaha

Nur ‘Adilah binti Md Adnan FTSM/1 A146396

012-3660949

Timbalan Setiausaha

Khairunnisa binti Mohd Ismail FPI/3 A139019

0111-5690093

Bendahari

Nur Elliya Azman FSSK/1 A145224

017-2769487

Timbalan Bendahari

Wan Nor Aziemah binti Wan Azman FSSK/3 A138059

Page 21: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 20

017-5652286

EXCO-EXCO PROGRAM

Exco Pemasaran

Nur Anis Fasha binti Roslan FKAB/1 A144150

012-6034626

Nurul Athirah binti Mohamad Kamil FKAB/1 A144096

010-5732774

Exco Pengangkutan

Rafikah binti Nordin FSSK/1 A145285

013-4486870

Exco Sukan dan Rekreasi

Zaimuddin Bin Mohd Anizan FPI/3 A138131

013-3104132

Dalila Syaherra binti Romli FKAB/1 A143917

012-4806303

Exco Jamuan

Aimi Najiha binti Rosli FTSM/1 A146218

011-23200410

Exco Publisiti

Nadiah binti Mohd Zakie FSSK/1 A145241

017-2967752

Page 22: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 21

Exco Cenderamata

Nor Suzawani binti Sudin FPEND/1 A143886

014-5924023

Exco Teknikal

Najmuddin bin Mohd Faudzir FST/1 A145818

017-3232497

Exco Kebajikan

Nurul Hidayu binti Saberi FKAB/1 A143907

012-6438636

Page 23: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 22

LAMPIRAN B:SURAT KELULUSAN JPPEL

No, Kelulusan : DN00775/2013

Tarikh:3 Disember2013

YUZAIRI BIN MOHD YUSOF

KETUA PROJEK

KEM PEMBINAAN INSANIAH WA]A DIRI FATANI UKM 2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Saudara/saudari,

KELULUSAN MENGORGANISASI/PERHIMPUNAN (KAEDAH UKM, TTP

1999 BAHAGIAN II,

KAEDAH 9(1), (2) & (3) DAN 13(1) & 13(2)) KEPADA PROTEK

KEM PEMBINMN INSANIAH WAJA DIRI FATANI UKM 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah meluluskan

projek yang tersebut di atas

2. Maklumat kelulusan ini adalah seperti berikut:

No Kelulusan:DN 00775/2013

Kewangan:RM 300.00

Peruntukan: Kegiatan Mahasiswa UPSP (BG-M-12HXOO1-Of-O602OO5-

B421OO)

Tarikh: 20/12/ 2013 – 22/12/2013

Tempat: RIMBARIA SUARA HUTAN, SUNGAI CONGKAK HULU LANGAT,

SELANGOR

Anjuran:KELAB SENI GAYUNG FATANI UKM

Peserta: :Mahasiswa/i UKM

Page 24: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 23

Lain-lain:

1.Tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di muka sebelah.

2.Sila jaga nama baik Universiti Kebangsaan Malaysia.

3.Mendapatkan penggunaan ruang/tempat, kemudahan-kemudahan, peralatan,

perkhidmatan di UKM adalah tertakluk kepada pihak-pihak yang berkenaan.

4.Jika majlis perasmian atau aktiviti melibatkan kehadiran Y.B. Menteri Kabinet,

Menteri Besar atau Timbalan Menteri hanyalah ditandatangani oleh Naib Canselor

UKM sahaja.

5. Sebarang perubahan berkaitan dengan pengisian program seperti pertukaran

perasmi, penceramah, masa, tempat dan tarikh program perlulah mendapat

kelulusan daripada lPPel terlebih dahulu.

6. Jadikan program ini sebagai medium/kaedah yang baik bagi mencapai matlamat

integrasi kaum di kalangan mahasiswa UKM.

7. Sila pilih pemudahcara yang komited, dedikasi, cemerlang, terlatih dan

memahami aspirasi UKM serta agenda Nasional.

Sekian, terima kasih.

“MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN"

Yang benar,

MUSA ZAINAL ABIDIN OTHMAN

b.p Timbalan Naib Canselor (HEPA)

SK -TNC HEPA

- Penasihat,KEM PEMBINAAN INSANIAH WAJA DIRI FATANI 2013

Page 25: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 24

-Ketua, Bahagian Keselamatan,UKM

Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti

Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-

89213146153413194 Faksimili: +603-89256798 I8921

4534EIJ;tel:rusu.ipppl@rojlq LamanWeb: httn://wwry.ukm.mv/innel

Page 26: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 25

LAMPIRAN C:MINIT MESYUARAT

BIL NAMA NO.MATRIK M1(19/9) M2(22/11) M3(26/12)

1

NUR 'ADILAH

BINTI MD

ADNAN

A146396 √ √ √

2

NADIAH BINTI

MOHD ZAKIE

A145241 √ √ √

3

NUR ELLIYA

BINTI AZMAN

A145224 √ √ √

4

NUR ANIS

FASHA BINTI

ROSLAN

A144150 √ √ √

5

LIYANA BINTI

ABDUL TALIB

A143981 √ √ √

6

NURUL HIDAYU

BINTI SABERI

A143907 √ √ √

7

AIMI NAJIHA

BINTI ROSLI

A146218 √ √ √

8

NOR SUZAWANI

BINTI SUDIN

A143886 √ √ √

9

NAJMUDDIN BIN

MOHD FAUDZIR

A145818 √ √ √

10

AHMAD

SAFWAN BIN

SHAHRUDDIN

A144234 √ √ √

11

MOHD. INSANI

BIN ABDULLAH

A137169 √ √ √

12

WAN NOR

AZIEMAH BINTI

WAN AZMAN

A138059 √ √ √

13

YUZAIRI BIN

MOHD YUSOF

A136645 √ √ √

14

ZAIMUDDIN BIN

MOHD ANIZAN

A138131 √ √ √

15

KHAIRUNNISA

BINTI MOHD

ISMAIL

A139019 √ √ √

Page 27: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 26

16

NURUL

ATHIRAH BINTI

MOHD KAMIL

A144096 √ √ √

17

DALILA

SYAHEERA

BINTI ROMLI

A143917 √ √ √

Page 28: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 27

LAMPIRAN D:GAMBAR SEMASA PROJEK

Setelah Selesai Ujian Kenaikan Bengkung

Page 29: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 28

Majlis Penutup

Page 30: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 29

Ujian Kenaikan Bengkung

Page 31: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 30

Penyampaian Hadiah

Page 32: LAPORAN AKHIR KURSUS HHHC9101 SOSIAL DAN · PDF fileTujuan laporan akhir ini adalah untuk melaporkan hasil ataupun ... kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

Page 31

Gambar Bersama Alumni Silat Gayung Fatani