kertas kerja - authentication · pdf filetujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk...

Download KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileTujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan ... dengan penubuhan kelab ini dapat dijadikan sebagai platform kepada

If you can't read please download the document

Upload: doandung

Post on 06-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • KERTAS KERJA

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    TARIKH

    17 DISEMBER 2014

    TEMPAT

    MULTIMEDIA UNIVERSITI (MMU)

    ANJURAN

    EXCO HUBUNGAN LUAR

    KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA (IMeC)

    DENGAN KERJASAMA

    PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

    (PERTAMA)

    TEMA

    MAHASISWA BERINTELEKTUAL PEMANGKIN GAYA INOVASI KREATIF

  • 1

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    17 DISEMBER 2015

    KERTAS KERJA

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS

    MAKLUMAT

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    1.0 TUJUAN

    Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan

    kelulusan serta bantuan kewangan daripada pihak Fakulti Teknologi dan Sains

    Maklumat (FTSM), Kelab untuk Exco Hubungan Luar di bawah Kelab Multimedia

    Interaktif (IMeC) mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat-syarikat luar.

    Program ini akan disertai oleh ahli kelab Interaktif Multimedia seramai 30 orang dan

    diiringi oleh 3 orang pensyarah sebagai pensyarah pengiring.

    2.0 PENGENALAN

    Kelab Interaktif Multimedia (IMeC) ditubuhkan di bawah pemantauan Persatuan

    Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA). Kelab ini bertujuan

    adalah untuk memberi pendedahan dengan lebih mendalam terhadap bidang

    multimedia kepada semua mahasiswa/i FTSM khususnya kepada pelajar multimedia.

    Kelab Interaktif Multimedia (IMeC) pada sesi kali ini merancang untuk mengadakan

    lawatan sambil belajar ke syarikat-syarikat luar atau universiti yang sememangnya

    lebih memfokuskan ke arah bidang multimedia . Memandangkan program Lawatan

    Sambil Belajar ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh Kelab

    Interaktif Multimedia (IMec), jadi secara tidak langsung program ini dapat membuka

    minda mahasisiwa/i terhadap teknologi yang serba moden dan canggih. Oleh itu,

    dengan penubuhan kelab ini dapat dijadikan sebagai platform kepada mahasiswa/i

    untuk mempelajari ilmu multimedia secara mendalam dan pada masa yang sama

    dapat melahirkan graduan yang bijak pandai dalam bidang multimedia.

  • 2

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    17 DISEMBER 2015

    Selain itu, program lawatan ini juga adalah bagi menyahut seruan Naib Canselor

    Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dato Dr. Noor Azlan Ghazali, dalam

    membantu merealisasikan 6 Keberhasilan Utama yang telah ditetapkan oleh beliau.

    Program ini juga telah menepati 4 daripada 6 Keberhasilan Utama yang ditetapkan

    oleh Prof. Dato Dr. Noor Azlan Ghazali. Antaranya adalah:

    1. Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Berkompeten, Berdaya Saing Dan

    Inovatif.

    Program ini dijangka mampu untuk melahirkan mahasiswa/i yang mepunyai

    daya intelektual yang berinovatif dalam memajukan teknologi industri serta

    graduan yang beraspirasi kebangsaan dengan membawa nama Fakulti

    Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia selaku

    mendokong nama kebangsaan sendiri ke Universiti lain. Tambahan pula,

    program ini mampu membawa pulang segala ilmu dan juga idea-idea bernas

    tentang proses pembuatan video, audio dengan menggunakan teknologi

    terkini. Selain itu, program ini juga mampu untuk menerapkan nilai etika yang

    positif di kalangan mahasiswa/i dalam mendalami ilmu teknologi dan

    Multimedia selaras dengan penambahan ilmu pengetahuan mahasiswa/i dalam

    bidang teknologi dan sains maklumat. Program ini juga mampu untuk

    meningkatkan nilai kompetensi dan memupuk sikap berdaya saing di kalangan

    mahasiswa/i untuk bergiat aktif dalam setiap program, dengan membawa

    mereka melihat keunikkan teknologi multimedia yang ada di Multimedia

    Universiti disamping memupuk minat pelajar secara tidak langsung.

    2. Penyelidikan dan Inovasi Berimpak Tinggi

    Keberhasilan dari segi penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi adalah

    berdasarkan daripada salah satu objektif yang dirancang iaitu dengan

    meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang multimedia.

    Program ini dapat menghasilkan dan mencetuskan sesuatu idea yang baru yang

    mana mengfokuskan kepada multimedia terutamanya dari segi penghasilan

    video, audio dan lain-lain elemen multimedia yang menggunakan teknologi

  • 3

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    17 DISEMBER 2015

    terkini yang boleh meningkatkan lagi kepakaran dan hasil penyelidikan Fakulti

    Teknologi & Sains Maklumat UKM yang boleh menyumbang secara

    signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem hasil

    dari kolaborasi antara MMU dan Fakulti Teknologi Sains & Maklumat UKM

    yang akhirnya dapat memupuk kepada penemuan intelek, inovasi, penyebaran

    dan pengaplikasian ilmu serta dapat mengukuhkan prestasi cemerlang

    universiti sebagai universiti penyelidikan perdana di Malaysia dan

    antarabangsa.

    3. Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik

    Menerusi program ini, kita mampu melihat keterlibatan mahasiswa/i secara

    lebih mendalam terhadap apa yang diketengahkan oleh pihak universiti. Pada

    masa kini, CGPA tidak lagi menjadi momentum terpenting dalam pemilihan

    sektor pekerjaan. Keterlibatan mahasiswa/i dalam aktiviti-aktiviti di luar

    kuliah juga memainkan peranan yang sangat penting. Dengan adanya

    keterlibatan mahasiswa/i di luar kuliah, mampu memperluaskan lagi

    pandangan mahasiswa/i serta menjadi pendorong kepada mahasiswa/i untuk

    lebih berusaha dalam memantapkan diri. Selain itu, program ini dapat

    mendekatkan mahasiswa/i dengan dunia luar dan mampu untuk menarik minat

    mahasiswa/i berkaitan dengan IT dan juga multimedia. Tambahan pula, hal ini

    dapat meluaskan lagi perkongsian pintar dan berimpak antara fakulti dengan

    pihak berkepentingan luar yang saling memanfaatkan dan mengukuhkan

    tawaran nilai FTSM dari segi pendidikan, penyelidikan dan khidmat fakulti di

    peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Perkongsian pintar yang merupakan

    gabungan strategik dan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat.

    Dari segi kemahiran mahasiswa/i FTSM pula, perkongsian pintar berlaku

    apabila mahasiswa/i yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT berkongsi

    pengalaman dengan pelajar dari fakulti lain khususnya dalam bidang

    pembangunan sistem.

  • 4

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    17 DISEMBER 2015

    4. Prasarana ilmu yang kondusif

    Menerusi program ini, kita dapat lihat prasarana di fakulti merupakan faktor

    yang sangat penting bagi setiap mahasiswa/i kerana ia dapat menarik perhatian

    mahasiswa/i untuk lebih bersemangat dan sentiasa hadir ke fakulti bagi sesi

    pengajaran dan pembelajaran. Dengan wujudnya infrastruktur fizikal dan

    teknologi terkini yang berkesan ia dapat memenuhi keperluan pendidikan

    penyelidikan, khidmat dan pengurusan sesuatu fakulti. Seperti yang kita

    ketahui bahawa MMU merupakan sebuah universiti yang terkenal dengan

    teknologi IT terkini iaitu menyediakan pelbagai kemudahan IT yang canggih.

    Oleh itu, dengan lawatan tersebut, kita boleh menjadikan MMU sebagai

    contoh bagi penambahbaikan dari segi prasarana dan kelengkapan IT yang

    secukupnya sama ada di makmal, dewan kuliah, pejabat dan sebagainya.

    3.0 MATLAMAT

    Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang cakna akan

    perkembangan dunia dalam bidang multimedia sekaligus mampu menyumbang idea

    mahupun kemahiran hasil daripada lawatan ini. Hal ini kerana, mereka akan diberikan

    pendedahan secara terperinci dan lebih menyeluruh mengenai aspek-aspek yang

    terdapat dalam teknologi terkini seperti proses penghasilan video, audio, animasi dan

    sebagainya. Malahan ianya juga, dapat memberi ruang kepada mahasiswa/i untuk

    terlibat dalam bidang peryiaran, percetakan, pembinaan laman web serta animasi 2D

    dan 3D dalam bidang multimedia.

  • 5

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    17 DISEMBER 2015

    4.0 MISI

    Lawatan ini disasarkan kepada semua ahli Kelab Multimedia Interaktif yang terlibat

    dari tahun satu dan dua agar dapat menjalinkan sebuah ukhuwah yang baik dan dapat

    mengurangkan jurang diantara pelajar tahun satu dan tahun dua.

    5.0 OBJEKTIF

    5.1 Mendedahkan secara terperinci kepada mahasiswa/i tentang proses pembuatan

    video, audio yang menggunakan teknologi terkini.

    5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk memilih tempat latihan industri.

    5.3 Meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang multimedia.

    5.4 Menggalakkan pelajar aktif dalam setiap program yang dijalankan dan

    mencungkil bakat-bakat baru yang mempunyai kredibiliti kepimpinan.

    6.0 TEMA

    MAHASISWA BERINTELEKTUAL PEMANGKIN GAYA INOVASI KREATIF

  • 6

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    17 DISEMBER 2015

    7.0 ANJURAN

    Kelab Multimedia Interaktif (IMeC),

    Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Dengan Kerjasama

    Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (PERTAMA)

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    8.0 TARIKH DAN MASA

    Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :