laporan ajk tapak an dan aktiviti

Upload: anonymous-pt5aegb

Post on 10-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Laporan Ajk Tapak an Dan Aktiviti

    1/3

    LAPORAN AJK TAPAK PERKHEMAHAN DAN AKTIVITI

    PROGRAM PENDIDIKAN LUAR 2010 KPLI LPBS PK/KEMAS

    Pensyarah Penasihat : En. Khairul Anuar b Ismail

    Pengerusi : Mohd Fazli bin Md Aman PK3

    AJK :

    1) Zainab binti Mohamad Salleh PK3

    2) Marina binti Sabari PK1

    3) Amriatun Nadia PK3

    4) Norhidayah binti Jamal PK2

    5) Norhafiza binti Kamarulzaman PK2

    6) Syareena binti Mohd Taib PK3

    7) Siti Aisyah bt Abd Latif PK3

    8) Siti Khadijah bt Ibrahim PK3

    9) Mohd Norizal bin Paat PK3

    10) Mohammad Shakef Bin Hirman PK3

  • 8/8/2019 Laporan Ajk Tapak an Dan Aktiviti

    2/3

    AJK Tapak Perkhemahan/Aktiviti telah menjalankan tugas-tugas yang diperlukan sejak

    dari awal Majlis Perlantikan Ajk PL 2010. Pelbagai cadangan tempat perkhemahan

    dikemukakan, akhirnya Perkhemahan Pendidikan Luar diadakan di Tanjung Tuan Melaka.

    Pada awalnya kami banyak berbincang dengan penasihat asal kami iaitu En Abu BakarBin Miskon, namun pada saat-saat akhir penasihat kami ditukar kepada En Khairul Anuar b

    Ismail diatas sebab-sebab tertentu.

    Senarai lengkap peserta telah diserahkan kepada kami sebulan sebelum PL bermula.

    Seramai 77 orang peserta dimaklumkan, 11 orang lelaki dan 66 orang perempuan. Mereka

    merupakan peserta PL pertama terdiri daripada pelbagai bangsa.

    Untuk setiap aktiviti yang ingin dijalankan kami banyak mendapat tunjuk ajar daripada

    pensyarah berpengalaman Tn Hj Zulhisham b Mohd Ali. Kami terpaksa menyesuaikan aktiviti

    yang akan dijalankan dengan lokasi tapak perkhemahan. Oleh itu aktiviti snorkling yang amat

    digemari oleh para peserta tidak dapat dijalankan dan digantikan dengan aktiviti yang lebihsesuai mengikut keadaan setempat seperti lawatan ke Rumah Api Tanjung Tuan dan Bird

    Watching.

    Peserta dibahagikan mengikut kumpulan kecil bagi memudahkan perjalanan aktiviti dan

    menjamin keselamatan. Pada awalnya nama tema negeri digunakan namun ditolak kerana

    kurang sesuai dan digantikan oleh nama-nama hidupan laut.

    Peserta juga dibahagikan mengikut kumpulan khemah supaya memudahkan

    pengurusan logistik dan kawalan keselamatan malam. Senarai nama ini seterusnya di serahkan

    kepada Ajk Keselamatan dan Ajk Makanan untuk pembahagian tugas kawalan dan masakan.

    Senarai peralatan untuk perkhemahan dan aktiviti juga telah diserahkan kepada Ajk

    Peralatan 2 minggu sebelum program

    Pelbagai rintangan yang dihadapi semasa menguruskan tapak perkhemahan dan

    aktiviti. Fenomena pasang surut di lokasi perkhemahan mendapat perhatian segera. Hasilnya 9

    orang peserta lelaki perlu tiba awal sehari dan bermalam di sana untuk mengangkut peralatan

    dan bahan masakan perkhemahan. Terima kasih kepada mereka yang terlibat kerana

    berhempas pulas mengangkat barang-barang yang banyak untuk kelancaran aktiviti PL.

  • 8/8/2019 Laporan Ajk Tapak an Dan Aktiviti

    3/3