laporan ajk peralatan

2

Click here to load reader

Upload: fazarul-ernieza

Post on 14-Sep-2015

65 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU ETIKA MEJA MAKAN

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU ETIKA MEJA MAKAN

PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2013

AJK PERALATAN

NAMA TEMPAT: DEWAN SRIKANDI

TARIKH: 13 FEBRUARI 2014

SEBELUM BIG

Pada semester kali ini, kami unit PISMP Pendidikan Khas dan Bahasa Inggeris (tesel) ambilan Januari 2013 telah bersepakat untuk melaksanakan seminar etika meja makan yang bertempat di Dewan Srikandi (DSK). Ketua bagi ajk peralatan telah membuat pembahagian tugas kepada anak-anak buahnya supaya tidak berlaku sebarang masalah dan tidak ada yang terkecuali daripada melaksanakan tugas masing-masing. Kami selaku ajk peralatan telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peralatan pada hari seminar tersebut seperti air mineral, troli untuk mengangkut pinggan mangkuk dan sebagainya bagi memastikan seminar berjalan dengan lancar. Sepanjang melaksanakan tugas, tidak berlaku sebarang kesulitan kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli ajk dan peranan pihak pengurusan stor pusat telah banyak memberi kemudahan dan meringankan kerja-kerja kami. Semua ahli ajk kami memberikan kerjasama yang baik bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing .

SEMASA BIG

Semasa seminar berlangsung, peralatan seperti pembesar suara, kerusi dan komputer riba dalam keadaan yang baik. Seminar dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. AJK peralatan bekerjasama dengan AJK persediaan tempat untuk memastikan peralatan-peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, AJK peralatan turut mengedarkan air dan makanan kepada peserta seminar. Seterusnya, kerusi dan meja disusun dengan sistematik supaya semua yang hadir selesa dan mudah untuk bergerak.

SELEPAS BIG

Selepas tamat seminar, kami mengembalikan semula peralatan yang dipinjam daripada Stor Pusat iaitu troli. Air mineral yang kami ambil telah kami agihkan kepada setiap peserta seminar. Selain itu, kami dan ahli jawatankuasa yang lain juga bersama-sama mengemas dewan iaitu dengan menyusun meja dan kerusi serta memastikan dewan dalam keadaan bersih.

Disediakan oleh :

Noranida bt Ropotoh

Noor Shahira bt Mohd Rozi

Nor Amalina bt Abdul Karim

Nuraliaa bt Amir

Rashidah bt Abd Wahid

Siti Norhana bt Kadir