laporan ajk pengangkutan

2
Laporan AJK Pengangkutan 9 Julai 2013 (Selasa) Pada awal pagi iaitu kira – kira pada pukul 7.00 pagi kami telah berkumpul di depan koperasi untuk menunggu ketibaan bas IPSAH. Pemandu bas, iaitu abang Hafizzudin telah memaklumkan bahawa beliau keluar sebentar untuk menjemput pelajar kolej berapit untuk datang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPG KSAH). Tepat pukul 7.30 pagi bas IPSAH sampai di maktab. Saya dan rakan yang lain memunggah barang masuk ke dalam bas, seperti cat pelaka, berus, pembaris, pita ukur dan salotep. Kami mula bergerak ke sekolah tersebut pada pukul 8.15 pagi dan tiba di sana pada pukul 9.30 pagi. Sepanjang tempoh perjalan kami melihat pelbagai keadaan dan suasana kampong yang teteram dan keindahan flora di sepanjang jalan di Sik. Setibanya kami di sekolah, kami memunggah barang keluar dari bas dan masuk ke sekolah tersebut. Ketibaan kami di sambut baik oleh guru dan warga sekolah. Bas IPSAH pula balik semula ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan akan menjemput pada pukul 6.00 petang untuk balik semula ke IPG KSAH. Sebagaimana yang pihak AJK pengangkutan telah rancang, tepat pada pukul 6.00 petang, bas untuk mengangkut peralatan dan membawa kami pulang ke maktab telah tiba dan berhenti di tepi jalan kawasan Sekolah Kebangsaan Haji Husein dalam keadaan yang selamat. Bas berkenaan berada dalam keadaan selamat dan sedia untuk membawa kami pulang. Kami mengangkut semua peralatan ke dalam bas untuk dibawa balik. Kami

Upload: muhammad-zaidiee-iqram

Post on 05-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Laporan AJK Pengangkutan

TRANSCRIPT

Laporan AJK Pengangkutan9 Julai 2013 (Selasa)Pada awal pagi iaitu kira kira pada pukul 7.00 pagi kami telah berkumpul di depan koperasi untuk menunggu ketibaan bas IPSAH. Pemandu bas, iaitu abang Hafizzudin telah memaklumkan bahawa beliau keluar sebentar untuk menjemput pelajar kolej berapit untuk datang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPG KSAH). Tepat pukul 7.30 pagi bas IPSAH sampai di maktab. Saya dan rakan yang lain memunggah barang masuk ke dalam bas, seperti cat pelaka, berus, pembaris, pita ukur dan salotep. Kami mula bergerak ke sekolah tersebut pada pukul 8.15 pagi dan tiba di sana pada pukul 9.30 pagi. Sepanjang tempoh perjalan kami melihat pelbagai keadaan dan suasana kampong yang teteram dan keindahan flora di sepanjang jalan di Sik. Setibanya kami di sekolah, kami memunggah barang keluar dari bas dan masuk ke sekolah tersebut. Ketibaan kami di sambut baik oleh guru dan warga sekolah. Bas IPSAH pula balik semula ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan akan menjemput pada pukul 6.00 petang untuk balik semula ke IPG KSAH.Sebagaimana yang pihak AJK pengangkutan telah rancang, tepat pada pukul 6.00 petang, bas untuk mengangkut peralatan dan membawa kami pulang ke maktab telah tiba dan berhenti di tepi jalan kawasan Sekolah Kebangsaan Haji Husein dalam keadaan yang selamat. Bas berkenaan berada dalam keadaan selamat dan sedia untuk membawa kami pulang. Kami mengangkut semua peralatan ke dalam bas untuk dibawa balik. Kami memastikan semua kuantiti dan kualiti peralatan yang dibawa berada dalam keadaan yang baik untuk dibawa balik Sebelum bertolak pulang, semua komponen bas telah diperiksa agar memastikan bas berada dalam keadaan selamat sepanjang perjalanan pulang ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Selain itu juga, sebelum bertolak pulang kami memeriksa semua ahli kumpulan agar bilangan ahli kumpulan berada dalam keadaan yang mencukupi.Jika terdapat sebarang kesulitan dari segi pengangkutan, kami akan menghubungi Encik Hafizzudin yang bertanggungjawab sebagai drebar bas. Beliau merupakan drebar bas yang bertanggungjawab dalam menghantar dan membawa kami balik ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Tepat pada pukul 7.00 malam, kami semua tiba di IPG Kampus Sultan Abdul Halim dalam keadaan selamat. Kami mengeluarkan semua peralatan untuk dihantar ke tempat yang sepatutnya dan memeriksa bilangan ahli kumpulan. Bas juga tiba di IPG dalam keadaan yang selamat dan tidak mengalami sebarang kerosakan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Hafizzudin di atas kerjasama dan komitmen yang jitu terhadap kami.