laporan ajk keselamatan

5
LAWATAN JEJAK KEMBARA KE SUNGAI LEMBING Refleksi Jawatankuasa : Keselamatan Pada 27 dan 28 september yang lalu, Persatuan Hidup Sejahtera telah mengadakan lawatan ke sg lembing. Seramai 44 orang guru pelatih telah menyertai lawatan tersebut. Kami dilantik sebagai ajk keselamatan dan telah menyediakan peti kecemasan untuk tujuan memberi rawatan awal sekiranya berlaku sebarang kecederaan kecil. Pada 27 hari bulan jam 7.00 pagi, kami telah bertolak ke Sg Lembing sebelum itu ajk pengangkutan mengira bilangan peserta sebelum bas memulakan perjalanan. Sewaktu perjalanan kami telah berhenti rehat untuk bersarapan di Jerantut dan singgah rehat di hentian rehat dan rawat Temerloh. Kami tiba di Sg Lembing pada waktu tengahari. Kami bersyukur kerana kami dapat tiba di destinasi dengan selamat. Pada sebelah petang, kami telah pergi membuat lawatan ke muzium Sungai lembing dan ke kawasan lombong yang terletak lebih kurang 500 meter dari muzium yang kami lawati. Semasa mengadakan lawatan, tiada sebarang kemalangan berlaku. Setelah pulang ke hotel tempat, kami berehat di hotel. Beberapa rakan yang lain menaiki basikal mengelilingi kawasan pecan Sg Lembing, rakan-rakan telah memastikan segala ciri-ciri keselamatan antaranya brek basikal, keadaan fizikal sebelum mula menaiki basikal. Kami menunggang secara satu barisan untuk memastikan kami tidak menganggu kenderaan lain dan untuk menjamin keselamatan. Kami berasa bersyukur kerana segala keselamatan terkawal. Pada pagi 28 hari bulan, kami memulakan kembara menuju ke air terjun pelangi dengan menaiki pacuan empat roda yang telah ditempah oleh ajk yang berkenaan. Ciri-ciri pacuan empat roda yang

Upload: victoria-yong-ler

Post on 26-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan AJK

TRANSCRIPT

LAWATAN JEJAK KEMBARA KE SUNGAI LEMBINGRefleksiJawatankuasa : Keselamatan

Pada 27 dan 28 september yang lalu, Persatuan Hidup Sejahtera telah mengadakan lawatan ke sg lembing. Seramai 44 orang guru pelatih telah menyertai lawatan tersebut. Kami dilantik sebagai ajk keselamatan dan telah menyediakan peti kecemasan untuk tujuan memberi rawatan awal sekiranya berlaku sebarang kecederaan kecil. Pada 27 hari bulan jam 7.00 pagi, kami telah bertolak ke Sg Lembing sebelum itu ajk pengangkutan mengira bilangan peserta sebelum bas memulakan perjalanan. Sewaktu perjalanan kami telah berhenti rehat untuk bersarapan di Jerantut dan singgah rehat di hentian rehat dan rawat Temerloh. Kami tiba di Sg Lembing pada waktu tengahari. Kami bersyukur kerana kami dapat tiba di destinasi dengan selamat. Pada sebelah petang, kami telah pergi membuat lawatan ke muzium Sungai lembing dan ke kawasan lombong yang terletak lebih kurang 500 meter dari muzium yang kami lawati. Semasa mengadakan lawatan, tiada sebarang kemalangan berlaku. Setelah pulang ke hotel tempat, kami berehat di hotel. Beberapa rakan yang lain menaiki basikal mengelilingi kawasan pecan Sg Lembing, rakan-rakan telah memastikan segala ciri-ciri keselamatan antaranya brek basikal, keadaan fizikal sebelum mula menaiki basikal. Kami menunggang secara satu barisan untuk memastikan kami tidak menganggu kenderaan lain dan untuk menjamin keselamatan. Kami berasa bersyukur kerana segala keselamatan terkawal. Pada pagi 28 hari bulan, kami memulakan kembara menuju ke air terjun pelangi dengan menaiki pacuan empat roda yang telah ditempah oleh ajk yang berkenaan. Ciri-ciri pacuan empat roda yang disediakan amat bagus dan menitikberatkan kesalamatan di mana di bahagian kargo terdapat tiga baris kerusi yang dapat memuatkan 12 orang. Kami tiba di satu kawasan lapang dan menanti beberapa kumpulan lain sebelum memulakan perjalanan ke air terjun pelangi. Sewaktu menuju ke tempat yang kami harapkan kami terpaksa meredah sungai, di samping melalui denai dan melalui lereng bukit sebelum tiba di puncak tempat di mana kami dapat melihat pelangi yang terhasil akibat air terjun. Di sepanjang perjalanan terdapat pengiring yang menunjukkan arah dan mengawal keselamatan kami di sepanjang perjalanan. Kami tiba dengan selamat di air terjun pelangi dan mula beriadah. Saya amat bersyukur kerana di sepanjang perjalanan dapat melihat rakan-rakan membantu dalam memastikan keselamatan semua orang. Di kawasan air terjun juga semua rakan-rakan menjalankan aktiviti riadah dengan baik dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini. Setelah selesai kami memastikan semua ahli cukup sebelum memulakan perjalanan pulang menuruni bukit. Semua ahli menuruni bukit secara berhati-hati dan saling bantu-membantu dan kami berkumpul di tepi sungai untuk memastikan semua ahli cukup sebelum menyeberangi sungai menuju ke pacuan empat roda yang diletakkan di seberang sungai. Setelah itu, kami menaiki kenderaan dan menuju pulang ke hotel. Di sepanjang perjalanan pulang telah berhenti untuk mengambil gambar dan telah singgah ke kawasan air panas sehingga akhir sekali kami mengambil gambar di pintu masuk pecan Sg Lembing. Saya bersyukur kerana tiada ahli yang mengalami kecederaan semasa melalukan pengembaraan ke air terjun. Setelah tiba kami membuat persiapan untuk pulang, dan sebelum pulang kami makan tengahari di kedai yang berdekatan dan setelah selesai kami memunggah barang masuk ke dalam bas dan menuju pulang ke Kampus. Secara keseluruhan, keselamatan adalah terkawal dimana setiap ahli amat berdisiplin dan mampu untuk menjaga keselamatan mereka dan kami amat berpuas hati dengan sikap rakan-rakan yang saling membantu dan bertanggungjawab terhadap rakan-rakan yang lain.Kebaikan Pada 27 dan 28 september yang lalu Persatuan Hidup Sejahtera telah mengadakan lawatan ke Sg Lembing. Seramai 44 orang guru pelatih telah menyertai lawatan tersebut. Di sepanjang lawatan tersebut kami telah melawat ke muzium dan lombong yang terdapat di kawasan tersebut. Kami juga telah pergi ke Air Terjun Pelangi. Lawatan pada kali ini amat menyeronokkan dan memberi makna serta kenangan yang amat bagus buat kami. Melalui lawatan ini juga kami dapat mengetahui sejarah tentang kegiatan perlombongan bijih timah yang terdapat di Sg Lembing. Kami juga dapat melihat dan dapat serba sedikit ilmu tentang perlombongan apabila melawat ke muzium yang menunjukkan pelbagai alatan perlombongan serta info tentang sejarah dan latar belakang kegiatan perlombongan yang terdapat di sini. Setelah itu, kami menuju ke kawasan perlombongan bijih timah yang suatu ketika dahulu menjadi lokasi yang mengeluarkan bijih timah tetapi kini menjadi kawasan tumpuan pelawat. Di mana kami dapat masuk ke dalam terowong dengan menaiki kereta api yang digunakan semasa perlombongan dahulu dan berjalan masuk ke dalam terowong. Di sepanjang laluan terowong terdapat banyak papan info yang memaparkan tentang sejarah dan pelbagai info lain tentang perlombongan. Suasana lombong yang agak gelap dan sejuk membuatkan saya teruja. Kami menuju ke terowong sejuta di mana tempat ini menyimpan satu kisah tentang perlombongan. Setelah itu kami menuju ke suatu tempat di dalam terowong dan dapat menaiki lif simulator yang membuatkan seolah-olah kami sedang menaiki lif yang sebenar menuju ke tingkat-tingkat kawasan melombong yang terletak jauh ke bawah tanah. Kami juga telah pergi ke air terjun pelangi dimana kami dapat melihat pelangi yang terhasil daripada air tejun yang turun dari puncak bukit.Kekuatan lawatan ini ialah ia dapat memberi banyak info tentang perlombongan bijih timah pada suatu ketika dahulu dan memberikan kami pengalaman yang amat bagus dimana kami terpaksa menaiki pacuan empat roda dan meredah hutan untuk tiba di air terjun tersebut dan ia telah memberikan kami cabaran yang amat bagus untuk kami. Kelemahan Kelemahan untuk program ini bagi saya tiada kelemahan yang dapat saya catatkan kerana program lawatan ini berjalan dengan baik dan lancar tanpa terjadi sebarang masalah yang tidak diingini dan semua ahli persatuan amat bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menjayakan lawatan ini. Secara kesimpulannya lawatan ini berjalan dengan lancar dan memberi kami sejuta kenangan dan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan semoga lawatan seperti ini dapat dilaksanakan lagi di tempat lain yang lebih menarik lagi.

Cadangan Penambahbaikan Kami berpendapat bahawa kami perlulah membuat sedikit penambahbaikan untuk membaiki kelemahan yang kami hadapi. Contohnya, kami perlulah lebih prihatin terhadap persediaan untuk mengelakkan kecederaan berlaku semasa aktiviti dijalankan. Kami juga harus belajar bagaimana untuk menghadapi sebarang bahaya yang berlaku dengan tenang.Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :- KHOR YI HENG HO YONG LERZAIERZA BIN ZAINAL