laporan ajk fotografi

2
LAPORAN AJK FOTOGRAFI KURSUS BINA INSAN GURU PISMP SEMESTER 3 IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS Pada 5 Mac 2015 yang lalu, seramai 100 orang guru pelatih dari unit PISMP Pendidikan Muzik, Unit Pemulihan, Unit Sains, Pengajian Cina, dan Pengajian Melayu ambilan Januari 2014 telah melaksanakan Kursus Bina Insan Guru (BIG) di Sekolah Kebangsaan Kuala Telang. Kursus tersebut telah diiringi oleh dua orang pensyarah pembimbing, iaitu Encik Shukri bin Yaacob dan Encik Sarudin bin Md Amin. Satu mesyuarat agung telah diadakan pada 15 Januari 2015 untuk melantik rakan-rakan yang berkemampuan untuk menjadi ahli jawatankuasa kali ini. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Chew Wan Han, Tan See Chiong, dan Caryn Chua Yi Ting telah dilantik sebagai AJK Fotografi. Pada pendapat kami, jawatan ini memainkan peranan yang penting kerana kami perlu mangambil gambar sepanjang kursus ini berlangsung untuk kegunaan laporan dokumentasi kemudian. Kursus ini telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Kami telah menjalankan kursus ini bersama para peserta sambil mengambil gambar pada setiap sesi aktiviti. Gambar-gambar yang ditangkap termasuklah gambar sebelum kursus BIG bermula dan gambar semasa kursus BIG dijalankan. Beratus-ratus gambar telah ditangkap dengan menggunakan telefon bimbit kami. Kebanyakan kenangan terindah sempat ditangkap untuk dijadikan memori yang tidak akan dilupakan. Telefon bimbit yang dibawa tidak mengalami sebarang kehilangan atau kerosakan. Semua gambar telah dimuat atas laman sesawang Facebook untuk disimpan oleh para peserta masing-masing. Sekian, terima kasih. AJK Fotografi

Upload: nandy-krishnan

Post on 03-Oct-2015

120 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

(BIG)

TRANSCRIPT

LAPORAN AJK FOTOGRAFI KURSUS BINA INSAN GURUPISMP SEMESTER 3IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPISPada 5 Mac 2015 yang lalu, seramai 100 orang guru pelatih dari unit PISMP Pendidikan Muzik, Unit Pemulihan, Unit Sains, Pengajian Cina, dan Pengajian Melayu ambilan Januari 2014 telah melaksanakan Kursus Bina Insan Guru (BIG) di Sekolah Kebangsaan Kuala Telang. Kursus tersebut telah diiringi oleh dua orang pensyarah pembimbing, iaitu Encik Shukri bin Yaacob dan Encik Sarudin bin Md Amin.Satu mesyuarat agung telah diadakan pada 15 Januari 2015 untuk melantik rakan-rakan yang berkemampuan untuk menjadi ahli jawatankuasa kali ini. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Chew Wan Han, Tan See Chiong, dan Caryn Chua Yi Ting telah dilantik sebagai AJK Fotografi. Pada pendapat kami, jawatan ini memainkan peranan yang penting kerana kami perlu mangambil gambar sepanjang kursus ini berlangsung untuk kegunaan laporan dokumentasi kemudian.Kursus ini telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Kami telah menjalankan kursus ini bersama para peserta sambil mengambil gambar pada setiap sesi aktiviti. Gambar-gambar yang ditangkap termasuklah gambar sebelum kursus BIG bermula dan gambar semasa kursus BIG dijalankan. Beratus-ratus gambar telah ditangkap dengan menggunakan telefon bimbit kami. Kebanyakan kenangan terindah sempat ditangkap untuk dijadikan memori yang tidak akan dilupakan.Telefon bimbit yang dibawa tidak mengalami sebarang kehilangan atau kerosakan. Semua gambar telah dimuat atas laman sesawang Facebook untuk disimpan oleh para peserta masing-masing.Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

---------------------------(CHEW WAN HAN)

---------------------------(Tan See Chiong)

---------------------------(Caryn Chua Yi Ting)AJK Fotografi, Kursus Bina Insan Guru PISMP SEMESTER 3.

LAMPIRAN

Gambar kumpulan PISMP ambilan Januari 2014 bersama guru-guru SK Kuala Telang. AJK Fotografi