laporan 7 ajaran sesat di selangor dan …

36
1 LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN PENYELEWENGANNYA AJARAN AHMADIAH/QADIANI Merupakan ajaran diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889 mengambil sempena nama tempat lahirnya, Qadian (kampung di daerah Gusdarpur, India) Mula tersebar dan bertapak di Malaysia pada tahun 1930an di manaMaulana Husin Iyaz membawa ajaran ini ke Malaysia, dan seterusnya Maulana Mohd Sadiq bin Barakatullah pula menyebarnya di Selangor. Lokasi Batu 20, Jeram, Kuala Selangor merupakan antara pusat aktiviti terbesar ajaran ini. Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam.Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka semakin lumpuh sehingga kini hanya wujud satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif mengadakan aktiviti seperti Solat Jumaat, perhimpunan antarabangsa dan penerbitan risalah. Penyelewengan Mendakwa dirinya(Ghulam) sebagai Nabi, Imam Mahdi, Nabi Isa. Mirza Ghulam Ahmad mendakwa: Sebagai Nabi yang menerima wahyu Imam Mahdi Isa al-Masih

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

45 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

1

LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN

PENYELEWENGANNYA

AJARAN AHMADIAH/QADIANI

Merupakan ajaran diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun

1889 mengambil sempena nama tempat lahirnya, Qadian (kampung di daerah

Gusdarpur, India)

Mula tersebar dan bertapak di Malaysia pada tahun 1930an di manaMaulana Husin

Iyaz membawa ajaran ini ke Malaysia, dan seterusnya Maulana Mohd Sadiq bin

Barakatullah pula menyebarnya di Selangor.

Lokasi Batu 20, Jeram, Kuala Selangor merupakan antara pusat aktiviti terbesar

ajaran ini.

Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para

alim ulama di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan

pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari

Islam.Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka semakin lumpuh sehingga kini

hanya wujud satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, Batu

Caves Selangor yang masih bergerak aktif mengadakan aktiviti seperti Solat Jumaat,

perhimpunan antarabangsa dan penerbitan risalah.

Penyelewengan

Mendakwa dirinya(Ghulam) sebagai Nabi, Imam Mahdi, Nabi Isa.

Mirza Ghulam Ahmad mendakwa:

• Sebagai Nabi yang menerima wahyu

• Imam Mahdi

• Isa al-Masih

Page 2: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

2

• Mempunyai mukjizat

• Para Nabi yang menyaksikan dirinya

• Malaikat sebagai pancaindera Tuhan

Mengaku menerima wahyu di India dan mengumpul kesemua wahyu tersebut dalam

kitab suci yang diberi nama Tadzkirah.

Mengakui kitab Tadzkirah sama sucinya dengan kitab suci al-Qur’an kerana kononnya

kedua-duanya adalah wahyu daripada Allah.

Mempunyai tempat suci tersendiri iaitu Qadian dan Rabwah serta Mirza Ghulam Ahmad

sendiri tidak pernah mengerjakan haji di Makkah.

Menyakini wahyu tetap akan turun sampai Hari Kiamat serta Nabi dan Rasul tetap

diutus sehingga Hari Kiamat.

Mengubah ayat-ayat Al-Qur’an.

Mendakwa mempunyai syurga sendiri yang letaknya di Qadian dan Rabwah dan

pemilikan tanah syurga tersebut dijual kepada pengikut dengan harga yang tinggi.

Mengharamkan pernikahan antara wanita Ahmadiyah dengan lelaki bukan Ahmadiyah

tetapi sebaliknya bagi pernikahan lelaki Ahmadiyah.

Melarang menjadi makmum di belakang mereka yang bukan berfahaman Ahmadiyah.

Mempunyai tarikh, bulan dan tahun sendiri iaitu Suluh, Tabliqh, Aman, Syahadah,

Hijrah, Ikhsan, Wafa', Zuhur, Tabuk, Ikha', Nubuwah, Fatah dan nama tahunnya adalah

Hijri Syamsi (HS).

TAREKAT NAKSYABANDIYAH KADIRUN YAHYA

Merupakan ajaran yang diasaskan oleh Prof. Dr. Hj. Sidi Syeikh Kadirun Yahaya di

mananama asalnya ialah Mohd. Amin dengan memakai gelaran rasmi Patuan Baleo

Rahmatsah Harahap. Beliau telah diberi gelaran "Yang Mulia Ayahanda Guru" Atau

"Ayah Guru".

Page 3: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

3

Mula diasaskan sejak 1952 di Medan dan mula disebarluaskan ke Malaysia sekitar

tahun 1970-an. Antara tempat yang dikenal pasti sebagai pusat kegiatan yang utama

ialah Madrasah Darul Amin, Batu 17 ½, Rawang, Hulu Selangor dan Surau Darul Jamil,

Kampung Sungai Lang Tengah, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

Penyelewengan

Mendakwa diwahyukanAllah kepada Nabi Muhamad SAW sebelum Baginda menjadi

rasul. Melalui tarekat ini Allah menurunkan Nur Muhamad ini kepada salasilah

keluarga Prof. Kadirun Yahya sehingga kepada beliau sendiri.

Mengkehendaki para pengikut ajaran ini untuk menggambarkandan membayangkan

wajah guru mereka semasa beribadat supaya segera dikabulkan oleh Allah.

Melakukan tawassul dan rabitah dengan guru mursyid.

Menyeleweng dalam mentafsir ayat-ayat al-Qur’an.

Menyatakan kalimah Allah mampu menggagalkan kiamat.

Menekankan syafaat guru.

Menyatakan roh mereka yang tidak memperolehi nur akan terawang-awang tanpa

arah.

Memberi amaran tiada jaminan syurga tanpa frekuensi tidak terhingga.

AJARAN ILMU HAKIKAT HASSAN BIN JONIT

Merupakan ajaran yang telah diasaskan oleh Hassan bin Jonit yang membawa ilmu

tarekat rekaan sendiri.

Mempengaruhi pengikut yang rata-rata tidak mempunyai asas pendidikanagama

yang kukuh.

Page 4: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

4

Membangunkan pusat atau markaz di Batu 450, No. 20, Kampung Melayu, Jalan

Kilang Papan, Kampung Batu Arang, 48050 Rawang Selangor yang dijadikan sebagai

tempat solat dan markaspengajian.

Mempunyai anggaran pengikut seramai 100-150 orang diseluruh Selangor.

Penyelewengan

Mendakwa bertemu dengan Allah melalui ilmu hakikat dan bertemu dengan Nabi

Muhammad ketika mengangkat nafas atau dengan istilah tanaffus.

Mengaku memiliki kemahiran dan kemampuan mentafsir mimpi.

Mendakwa orang yang berdahi hitam adalah tanda memelihara jin.

Menyatakan mandi wajib cukup dengan mencelup jari ke dalam air dan niat.

Menyatakan keperluan untuk menunaikan solat dengan mata tertutup kerana jika

dilaksanakan dengan mata terbuka didakwa sekiranya menjadi imam nampak

seperti khinzir.

Menolak adanya hari akhirat.

Melarang berdoa untuk orang lain.

Mendakwa dirinya sebagai wakil guru dari Luh Mahfuz yang dilantikkhas ke bumi

dan juga sebagai wakil guru seluruh dunia.

Menyalah tafsir al-Qur’an.

Mencabar pihak berkuasa agama dan mendakwa beliau akanmenurunkan malaikat

untuk menghancurkan mana-mana pegawai agama yang mengambil tindakan

terhadap beliau.

Mengarang buku-buku yang bertentangan dengan hukum syarak.

Page 5: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

5

AJARAN JURUZON

Merupakan ajaran yang telah diasaskan oleh Juruzon bin Abd. Latif atau lebih dikenali

dengan panggilan Haji Ahmad Al-Walidi atau Pak Su yang berasal daripada Jelebu,

Negeri Sembilan.

Menubuhkan markas pertama untuk mengembangkan ajarannya di Jalan Pantai

Dalam, Kuala Lumpur yang berselindung di sebalik nama Madrasah Tarekat Al-Irdiah.

Mula terbongkarnya ajaran ini di Selangor apabila berlakunya peristiwa tanah runtuh

yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah

mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei 2011 lalu, di mana setelah disiasat,

pihak berkuasa mendapati bahawa pengasas ajaran tersebut merupakan orang yang

sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan. Beliau telah membina

Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia

dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2002 sebagai tapak

baharu.

Penyelewengan

Menyakini wujudnyakehadiran "guru ghaib" yang turun melalui badan Juruzon untuk

memberi pengajaran dan arahan kepada ahli kumpulan agar patuh dan setia melalui

majlis yang dinamakan “Majlis Rabitah”.

Mendakwa mempunyai bacaan al-Qur’an tersendiri yang turun daripada Arasy

dengan menggunakan bahasa Arasy.

Mempunyai perlakuan dan amalan yang membawa pada salah laku seks yang

melampau.

Melakukan pengelasan "mahram" yang bertentangan dengan syarak yang bertujuan

menjadikan hubungan di antara ahli-ahli kumpulan seperti adik-beradik bagi

menghalalkan salam dan bersentuhan tanpa lapik atau bercium pipi di antara lelaki

dan perempuan.

Page 6: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

6

Memanipulasi dan mengambil kesempatan untuk mengumpul kekayaan dengan

mendakwa mendapat perintah daripada "guru ghaib" bahawa setiap ahli kumpulan

hendaklah membuat pinjaman dan menjadi penjamin kepadaJurazonsemata-mata

untuk memenuhi kehendak beliau termasuklah membuat bayaran kereta mewah,

rumah banglo dan sebagainya.

Menyalahgunakan konsep zakat di mana Juruzon mengenakan kutipan zakat kepada

ahli-ahli kumpulan di antara 10-25% daripada pendapatan bulanan yang wajib

diberikan setiap awal bulan dan akan berganda jika lewat dibayar. Wang ini

merupakan salah satu cara mengembangkan ajaran ini dengan lebih pesat.

Mendakwa mampu berinteraksi dengan roh-roh si mati lebih-lebih lagi ibubapa

kepada ahli-ahli kumpulan yang telah meninggal dunia dan turut mendakwa roh-roh

tersebut telah mewasiatkan supaya anak mereka tetap bersama di dalam jamaah

Juruzon kerana jamaah ini adalah jamaah yang benar.

Meminta pengikut memutuskan hubungan kekeluargaan dalam melahirkan golongan

pengikut yang taksub serta menggalakkan ibu bapa agar menyerahkan anak-anak

mereka untuk mengikuti kumpulan ini semenjak berumur12 tahun lagi dan ada juga

yang menyerahkannya semenjak berada dalam kandungan ibunya lagi.

Membuat ugutan terhadap ibubapa yang keluar daripada kumpulan dengan

menghasut anak-anak agar membenci ibubapa masing-masing serta menghalang

anak-anak daripada berjumpa dengan ibubapa sendiri serta menganggap sesiapa

yang telah keluar daripada kumpulan sebagai pembelot dan pengkhianat agamaserta

mengugut dengan ancaman yang menakutkan.

AJARAN TAREKAT SAMANIAH IBRAHIM BONJOL

Merupakan tarekat yang diasaskan oleh Haji Ibrahim bin Abdullah yang berasal dari

Padang, Sumatera di mana beliau telah datang ke Tanah Melayu pada tahun 1935

untuk menyebarkan ajaran ini.

Page 7: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

7

Menurut Haji Ibrahim, Tarekat Samaniah berasal daripada perkataan samin yang

bererti halus, iaitu mempunyai jalan yang halus untuk menuju ke jalan Allah.

Mendakwa salasilahtarekat ini daripada Allah, diturunkan kepada Jibrail, kemudian

disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW kepada Ali hingga sampai kepada ulama-

ulama dan seterusnya kepada guru beliau iaitu Almarhum Tuan Syeikh Muda Abd.

Karim Balubus Sulukiah dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat dan Syeikh Abd. Rahman

Kemangoniah dari Padang Panjang, Sumatera Barat.

Mempunyai 17 peringkat dan perlu menjalaninya selama 10 hari dan tidak ada suluk.

Selepas selesai mengamalkan tarekat ini mereka boleh mendalami tarekat lain

seperti Naksyabandiyah.

Penyelewengan

Menjadikan kitab Thabitul Qulub sebagai kitab asas dan rujukan kepada tarekat

berkenaan, yang didapati banyak yang bertentangan dengan pegangan umat Islam.

Mengumpulkan wirid-wirid dalam tarekat ini di dalam buku Baitul lbadah yang

mengandungi zikir-zikir yang disusun berdasarkan kepada ayat-ayat aI-Qur’an,

selawat, istighfar dan doa.

Mengumpul 26 adat kesopanan murid kepada guru. Antaranya termasuklah seorang

murid tidak boleh mengahwini isteri guru yang telah diceraikan atau ditinggalkan

mati.

Mendakwa sekiranya seseorang mati ketika berulang-alik ke tempat belajar untuk

mempelajari tarekat berkenaan, maka Tuhan sendiri yang akan mencabutkan

nyawanya.

Membolehkan solatdilaksanakan dengan niat sahaja (solat batin) dan boleh juga

ditinggalkan semasa dalam kesibukan kemudian diqada’.

Meletakkan hukum nikah boleh dilakukan tanpa wali dan saksi (nikah batin).

Page 8: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

8

Membenarkan pergaulan bebas antara bukan mahram di antara ahli sekiranya

dilakukan dengan niat ikhlas.

Mendakwa Ibrahim Bonjol mempunyai mukjizat untuk mengeluarkan air dari

tangannya.

Menganggap orang-orang yang belum masuk tarekat ini belum

mencapaikesempurnaankeIslaman mereka. Mereka hanya boleh diIslamkan oleh

guru atau wakil tarekat ini dan sekiranya sudah masuk tarekat ini tidak perlu lagi

pengajian ilmu-ilmu syari’at.

Menekankan kerahsiaan terhadap ajaran-ajaran dalam tarekat daripada bukan

pengikutnya, di mana ianya juga dikenali sebagai sirr (rahsia).

Menekankan konsep kepatuhan, di mana murid mesti patuh sepenuhnya kepada guru

zahir dan batin umpamanya jikaguru menyatakan jodoh seseorang pengikut itu

dengan seorang yang lain, maka ia perlu dipatuhi.

AJARAN TAREKAT AL-HASANIAH

Merupakan ajaran tarekat yang diasaskan oleh Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi yang

berasal dari Pakistan yang kemudian menurunkan pula kepada Haji Abdul Rahim @

Rajin bin Mandul Hati.

Penyelewengan

Mempercayai Ghulam Hasan Al-Bikangi telah diberikan sebuah kitab al-Qur’an oleh

Rasulullah sendiri pada tahun 1960 dalam keadaan sedar.

Memiliki potret yang menggambarkan wajah Nabi Ibrahim AS ketika peristiwa Allah

memerintahkan Baginda menyembelih Nabi Ismail AS yang memperlihatkan wajah

malaikat Jibrail sedang menurunkan wahyu kepada Baginda.

Melakukan perbuatan bida’ah dhalalah, di mana ajaran mereka mensyari’atkan boleh

melakukan laungan azan seramai empat orang di atas kubur.

Page 9: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

9

Mempercayai kubur-kubur yang mempunyai keramat, contohnya sebuah kubur yang

dikatakan kubur Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi yang mempunyai keramat yang

bertaraf wali.

Menyatakan guru mempunyai cahaya yang kuat daripada Rasulullah SAW. Cahaya itu

akan diberikan kepada murid-murid kanan. Dengan cahaya itu segala hijab akan

terbuka dan boleh menembusi alam ghaib seperti alam barzakh, alam roh dan alam

jin.

Mendakwa ahli-ahli tarekat pernah dibawa oleh guru mereka untuk melawat syurga,

neraka dan alam mahsyar.

Mendakwa boleh membuat tempahan untuk memasuki syurga teratas dan mampu

menempah istana di dalam syurga dan akan dijodohkan semula bersama isteri

masing-masing ketika di syurga oleh guru mereka.

Mendakwa mampu menyelamatkan mana-mana keluarga dari kalangan ahli

tarekatnya agar tidak akan diseksa dengan seksaan kubur jika ianya dimaklumkan

kepada gurunya dan Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati.

Mempamerkan ketaksuban di mana terdapat kisah ketika Haji Abdul Rahim @ Rajin

bin Mandul Hati sedang mengambil wuduk terdapat beberapa orang pengikutnya

sanggup membasuh muka dan meminum sisa air wuduknya ketika merekaberada di

dalam Gua Masai, Sabah.

Mensyaratkan agar murid-muridnya menyebut nama guru berulang-ulang dan

hendaklah membayangkan wajah guru ketika berdoa.

Mendakwa barangsiapa yang mengasingkan diri (bersuluk) dan tidak berkata-kata

selama 40 hari melainkan hanya mengingati Allah SWT akan dianugerahkan Nur

Cahaya dalam hatinya.

AJARAN TIJAH @ KHATIJAH BT. ALI

Merupakan amalan yang diasaskan olehTijah @ Khatijah bt. Ali yang membawa

ajaran Wahdatul Wujud dan Martabat Tujuh.

Page 10: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

10

Membawa tarekat Naksyabandiyah Mahyuddin Ibnu Arabi yang diambil ijazah

daripada Hj. Ibrahim Pattani.

Penyelewengan

Menganggap ungkapan tokoh tasawuf sebagai al-Hadis.

Membawa konsep Nur Muhammad SAW.

Melakukan amalan berzikir sehingga tidak sedarkan diri.

Menganggap sesiapa yang menangis dalam solat sebagai syirik kerana yang wujud

ialah Ahmad.

Mendakwa roh serupa dengan manusia, berwarna putih tetapi tidak mempunyai

rongga yang bernama Ahmad.

Mengunakan kitab yang mengelirukan untuk pengajian.

Menambah Sayidatina Fatimah dalam Dua Kalimah Syahadah.

Mendakwa rahsia manusia adalah di antara huruf ‘Alif’ dan ‘Ya’.

Menghuraikan pecahan kalimah Lailahaillallah.

Memberi tafsiran mengelirukan mengenai Israk dan Mikraj.

Menyatukan watak Allah SWT, Malaikat, Adam dan iblis sebagai Allah SWT mengikut

keadaan.

AJARAN HAJI BANUAR BIN ROSLAN

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Haji Banuar bin Roslan di mana pada peringkat

awal menawarkan rawatan tradisional kepada sesiapa yang memerlukan termasuk

penagih dadah. Niat asalnya bertukar kepada penyebaran ajaran sesat apabila

terdapat pengikut yang taassub terhadapnya. Bahkan ada yang sanggup

menyerahkan harta benda demi kesenangan tuan guru mereka.

Page 11: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

11

Penyelewengan

Mencampuradukkan antara amalan kebatinan dengan agama untuk menarik

perhatian seperti penggunaan ilmu sihir.

Mendakwa tidak perlu Solat Jumaat jika ada urusan yang lebih penting dan semua

sembahyang fardhu boleh dijamakkan.

Mengaku telah menerima Ilmu Laduni terus daripada Allah SWT di Kaabah semasa

mengerjakan haji.

Mengeksploitasi agama untuk kepentingan peribadi seperti menggunakan kuasa sihir

dan meminta pengikut patuh serta mengeluarkan harta benda seperti wang ringgit

kepada guru sebagai satu pengorbanan.

Mendakwa hanya mengamal ilmu perubatan tradisional semata-mata sedangkan

hakikatnya tidak khususnya terhadap pesakit wanita termasuklah isteri orang dengan

menggunakan kuasa ghaib.

Mengadakan majlis zikir yang didakwa diambil daripada tarekat.

Mendakwa boleh menembak dan menangkap jin.

AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM

Merupakan ajaran yang berasal dari Bogor, Indonesia yang telah dibawa oleh Ahmad

Musadeq yang pernah membawa aliran sesat Al-Qiyadah yang telah diasaskan oleh

beliau pada tahun 2007.

Mula dikesan berkembang di Malaysia pada tahun 2013.

Mempunyai persamaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) atau Pemuda

Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan sebagai menyeleweng pada 31

Mac 2011.

Page 12: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

12

Penyelewengan

Membuat dakwaan Kerajaan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW telah

lama jatuh iaitu semenjak tahun 1324H di mana setelah kejatuhan Islam, pengikut

Millah Abraham mendakwa bahawa golongan musyrik termasuk para ulama telah

membawa ajaran Islam yang palsu dan hendaklah bertaubat dengan memilih

kembali deen Millah Abraham@Ibrahim.

Mendakwa wujud rasul selepas Nabi Muhammad SAW.

Menggabung dan mencampuradukkan ajaran dalam al-Qur’an, Injil (Bible) dan

Taurat (Perjanjian Lama) di mana selain terjemahan al-Qur’an, kumpulan ini juga

menggunakan kitab Taurat dan Injil (Injil @ Bible Perjanjian Lama dan Baru) dalam

pengajian mereka atas sandaran bahawa al-Qur’an telah membenarkan kitab

sebelum al-Qur’an dan juga menerangkan bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai

panduan.

Melakukan penyelewengan dan membuat tafsiran al-Qur’an mengikut kefahaman

sendiri seperti konsep siratul mustaqim di mana dalam ajaran Millah Abraham

ianya merujuk kepada jalan yang benar iaitu dengan mengambil pengajaran

daripada kitab-kitab Allah dan melalui sejarah di zaman Nabi Musa, Nabi Isa dan

Nabi Muhammad. Justeru, hanya satu jalan sahaja yang perlu wujud dalam

mengabdikan diri kepada Tuhan, iaitu melalui ajaran Millah Abraham. Pengikut

Ajaran Millah Abraham dikehendaki mempelajari kitab-kitab terdahulu juga sebagai

sumber pelajaran kerana siratul mustaqim ada ciri-cirinya tersendiri dan perlu

dipelajari melalui kitab-kitab Allah.

Menyelewengkan konsep hari Kiamat.

Mengingkari kefardhuan mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.

AJARAN AL-ARQAM/JAMAAH AURAD MUHAMMADIAH

Merupakan gerakan agama yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad. Ia juga

dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah.

Page 13: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

13

Mula mengembangkan pengaruhnya pada tahun 1968 dengan bilangan pengikut

seramai 10 hingga 12 orang. Jumlah ini kemudian meningkat kepada 40 orang pada

tahun 1976. Menurut Ann Wang Seng, jumlah ini telah meningkat secara mendadak

pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987, jumlahnya mencatat

sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Manakala menurut Bahagian Hal Ehwal Islam

Jabatan Perdana Menteripula adalah dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang

fanatik dan 15,000 simpatisan pada tahun 1994.

Mula mendapat perhatian dan diterima ramai setelah bertapak di Sungai Penchala

pada tahun 1973-1975.

Mengagungkan fahaman Aurad Muhammadiah melalui buku karangan beliau Aurad

Muhamadiah Pegangan Darul Arqam yang telah diharamkan.

Penyelewengan

Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad

Muhammadiah tidak mati tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam

Mahdi.

Mempercayai Syeikh Muhammad As-Suhaimi telah berjumpa dengan Rasulullah SAW

di dalam Kaabah dengan keadaan sedar dan menerima Aurad Muhammadiah

daripada Baginda RasulullahSAW.

Mengadakan tambahan pada lafaz syahadah dengan fakta palsu yang menyebut

Syeikh Muhammad As-Suhaimi sebagai Imam Mahdi serta menyamatarafkan dirinya

dengan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Membuat tafsiran yang salah terhadap maksud ayat 3, Surah An-Nisaa’ dengan

mendakwa bahawa asal pernikahan hendaklah bermula dengan dua isteri dan

seterusnya tiga dan empat. Ini bertentangan dengan tafsir muktabar dan sekaligus

menolak ijmakulama’’ tentang hukum nikah.

Mendakwa Rasulullah SAW, para Sahabat dan para aulia boleh ditemui secara sedar

(majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang untuk mengesahkan sesuatu

Page 14: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

14

yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang

taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.

Mendakwa Ashaari Muhammad diberi kuasa Allah (kun fayakun) yang mana

dakwaan ini boleh membawa kepada syirik kerana ia menyekutukan Allah.

Mempercayai Syeikh Muhammad As-Suhaimi kononnya boleh datang menolong

apabila diseru namanya.

Menganggap Ashaari Muhammad dipercayai, seorang yang soleh, wali yang

mempunyai karamah, juga adalah seorang mujaddid akhir zaman. Ashaari sendiri

mendakwa dirinya daripada keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan

keturunan Nabi Muhammad SAW yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

AJARAN AL-MANSUR/AZHAR BIN WAHAB

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Azhar bin Wahab yang muncul

selepas al-Arqam dibubarkan, di mana kebanyaan ahli-ahlinya terdiri daripada

bekas pengikut Al-Arqam yang mengamalkan ajaran Aurad Muhamadiah pegangan

Al-Arqam.

Menubuhkan kumpulan Al-Mansur bermaksud pembantu dan penolong untuk

menyesuaikan dengan konsep penubuhannya - menjadi pemangkin melahirkan

bangsa Melayu peneraju ekonomi dunia dengan berpegang kepada prinsip, 'bersatu

maju bersama'.

Penyelewengan

Mengamalkan Aurad Muhammadiyah yang menjadi pegangan Kumpulan Al-Arqam

satu ketika dahulu di samping menokok tambah beberapa penambahan lain yang

boleh membawa pada kerosakan aqidah.

Page 15: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

15

Menggunakan tawassul ketikaberdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan

berkata, "Ya Allah dengan berkat dan keramat Guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah

penyakit si polan.."

Mengadakan kuliah secara tertutup untuk ahli dan kakitangan.

Mendakwa didampingi oleh Pak Syeikh atau wali Allah. Azhar turut mendakwa

mendakwa rohnya pernah berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi

Khidir sedangkan tubuhnya ketika itu berada di Damansara.

Menetapkan syarat memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah guru.

Mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib.

Mendakwa mengetahui pergerakan mereka yang mengintip aktvitinya dan

mendakwa dirinya mempunyai pengawal darikalanganjin serta memiliki Masjid Jin

di Gunung Jerai di samping mengaku sering mengadakan mesyuarat dengan golongan

jin di gunung-gunung seperti Gunung Santubung di Sarawak.

Melakukan kelakuan menangis di hadapan pengikut kerana mendakwa beliau pernah

nampak dan tahu kesalahan agama yang dibuat oleh pengikutnya.

Mempercayai khurafat termasuk meminta dan mengarah tabib dan tabibah

menggunakan kerisketika membuat rawatan atau mengubat dan mempercayai keris

tersebut mempunyai penunggu. Beliau juga mengarahkan penggunaan setanggi yang

diperasapkan di setiap pusat rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi

di samping memberi salam kepada RasulullahSAW, Nabi Khidir dan kepada beliau

sendiri.

Mengenakan dam sama ada dalam bentuk wang atau harta benda kepada mana-mana

ahli yang didapati bersalah dan berjaya dikesan.

Menjamakkan solat walaupun bukan dalam musafir.

Mengarah supaya segala yang dibawa olehnya tidak dipertikaikansama ada segi

keputusan atau tindakannya.

Page 16: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

16

Menggunakan dan mengeksplotasi pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Al-Mansur yang

masih di bawah umur untuk memugut derma atas nama anak yatim.

Mendakwa boleh memberi barakah dan syafaat kepada anak muridnya.

Menegah ahli agar tidak bersosial dengan masyarakat biasa.

AJARAN AURAD ISMAILIAH (AJARAN MAHMUD BIN HJ ABD. RAHMAN)

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana pada

peringkat awal disebarkan di Kedah.

Mula berkembang di Selangor di Surau Nurul lrnan Batu 12 ¾, Jalan Sungai Long,

Hulu Langat selepas fatwa pengharamannya di Kedah.

Tarekat ini juga dikenali dengan Tarekat Ahmadiah Qadiriah

Penyelewengan

Mendakwa sebagai Imam Mahadi al-Muntazar.

Mengkehendaki pengikut membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.

Mengamalkan amalan bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira

dan batu besar di dalamnya dianggap sebagai Hajarul Aswad.

Mencegah pengikut daripada memakan makanan yang berdarah dan hanya

membenarkan mereka minum seteguk air sahaja apabila dahaga ketika berpuasa dan

bersuluk. Manakala sewaktu upacara berzikir pula, guru akanmemukul lantai dengan

menggunakan rotan dalam mernyempurnakan rentak ratib. Kemuncak ratib adalah

apabila pengikut-pengikut melompat-lompat tidak sedar diri.

Mendakwa menerima wahyu dari langit.

Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya berbanding

dengan golongan lain yang tidak mengikuti ajaran mereka.

Page 17: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

17

Membuat pengakuan dan dakwaan aneh termasuklahbeliau tidak siuman semasa

hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam

gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah dapat mengenal yang hak dan yang batil

tanpa belajar serta Allah memperlihatkan bahawa dunia ini yang penuh dengan dosa.

AJARAN SYED MOHAMAD AL-MASYHOR

Merupakan ajaran yang dipimpin oleh Syed Muhamad Al-Masyhor, rakyat Singapura

yang bekerja sebagai buruh pelabuhan di manapada masa mudanya suka berjudi dan

bermain kuda, tetapi akhirnya bertukar corak kehidupannya dengan keagamaan

dengan membawa ajaran kumpulan Ikhwan atau lebih dikenali dengan ajaran Syed

Mohamadal-Masyhor. Ajaran beliau juga diberi nama Tarekul Islam Muhammad SAW

Habibullah Al-Hashimi. Kini ajaran ini dipimpin oleh anak saudaranya Syed Ali Al-

Masyhor.

Penyelewengan

Mendakwa diri sebagai Rasul di mana mengemukakan pandangan bahawa hanya

Rasullulah SAW sahaja yang mengIslamkan manusia. Setelah Baginda SAW wafat,

maka seorang demi seorang akan menggantikan Baginda iaitu daripada keturunan

Syed. Justeru, Syed Mohd Al-Masyhor mengaku bahawa dirinya adalah Rasul dan

mendakwa boleh memberi syafaat kepada pengikutnya yang mempunyai dan

melakukan kesalahan seperti minum arak, berjudi, tidak menunaikan solat dan

kesalahan-kesalahan lain.

Mengutarakan pandangan Rasulullah bercantum dengan Allah. Rasul pengganti

adalah Rasulullah. Pada zahirnya sahaja manusia tetapi dari segi hakikatnya adalah

bercantum dengan Allah SWT. Segala kata-kata dan gerak-gerinya adalah Allah

sendiri.

Mendakwa al-Qur’an yang sebenar ialah Nur Hikmah.

Page 18: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

18

Mengamalkan nikah batin di mana mereka berpandangan upacara pernikahan yang

dilakukan oleh jurunikah bertauliah adalah tidak sah. Ajaran ini telah menetapkan

lima rukun nikah batin:

o Perempuan yang dinikahi itu bernama Maknikam.

o Maharnya adalah air mani.

o Walinya ialah Allah.

o Yang menikahkan itu ialah Muhammad.

o Saksinya malaikat Kiraman Katibin.

Menegah para pengikutnya berimamkan dan menjadi makmum kepada orang di

luarkumpulan mereka dan menegah pengikut berkahwin dengan orang luar dan

bukan ahli.

Memberi jaminan syurga kepada pengikut.

Menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Qur’an.

Memaksa anak-anak menjadi ahli.

Menerbitkan buku bertajuk,Mengikut Jejak Rasulullah SAW.

Menjamin pengikut masuk syurga.

AJARAN TAREKAT ZIKRULLAH HASSAN ANAK RIMAU DAN AYAH PIN

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Hasan bin Yaakob yang turut memakai gelaran

Tok Yah Hasan, Pak Teh Hasan dan Pak Chu Hasan tetapi yang paling popular ialah

Hasan Anak Rimau.

Merupakan guru silat di peringkat awal dengan asas ajarannya berzikir dan beruzlah

mengingati Allah.Zikir yang beliau bawa dinamakan "zikir kuat".

Meneruskan kesinambungan penyelewengan ajaran beliau oleh Ariffin bin Muhamad

yang dikenali sebagai Ayah Pin.

Page 19: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

19

Penyelewengan

Membawa ajaran bahawa kedudukan guru berada di mana-mana sahaja makhluk

berada dan guru adalah pemegang anak kunci syurga.

Mendakwa manusia adalah Tuhan dan Tuhan adalah manusia.

Mendakwa dirinya Tuhan.

Menyatakan tidak perlu mempercayai kepada Nabi Muhammad SAW.

Mempunyai kuasa melantik di kalangan muridnya sebagai Wali Allah dan

menentukan darjat.

Mengajar supaya murid mengingati guru terlebih dahulu sebelum mengingati Allah

ketika bersolat.

Mendakwa diri diresapi roh Nabi Muhammad SAW dan pada suatu masa nanti akan

bertukar menjadi Imam Mahdi.

Mengamalkan ratib dan zikir selepas Maghrib, Isyak dan Subuh.Ayah Pin mengajar

zikir kepada ahli-ahlinya dan seruan seperti berikut:"Wahai Ayah Pin memberi kepada

aku, disitulah aku, bergurulah aku di hadapan Ayah Pinku, sebenar-benarnya gurulah

aku dunia sampai akhirat, wahai Ayah Pinku, wahai Tuhanku apalah dosaku,

mohonnya kepadamu Ya Allah.".

Menyatakan hari Jumaat sebenarnya ialah hari Sabtu iaitu berhimpun segala hari dari

hari Ahad hingga hari Sabtu. Alasannya berdasarkan Surah al-Hadid dimana

dikatakan Allah mencipta dan menyempurnakan alam ini dalam masa enam hari,

sedang hari Jumaat penghulu segala hari sudah tentu duduknya hari ketujuh. Susunan

harinya menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Sabtu dan Jumaat dihari ketujuh.

Menyatakan Solat Jumaat hendaklah dilakukan pada hari yang ketujuh iaitu Sabtu.

Mentafsir perkataan Aamanu di ayat 9, Surah Jumaat sebagai wajib sembahyang bagi

laki-laki dan perempuan kerana mereka adalah orang beriman.

Mentafsir Solat Jumaat sebagai hari berhimpun beramai-ramai melakukan amalan

zikir/ratib yang dimulai dengan Solat Maghrib, bersalawat, berdoa dan disusuli

dengan ratib Maghrib. Kemudian Solat Isyak, bersalawat, berdoa dan mengamalkan

zikir Isyak. Selepas itu, diadakan perbincangan mengenai hal ehwal amalan mereka.

Page 20: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

20

AJARAN ILMU TAJALI AHMAD LAKSAMANA (HAKIKAT INSAN)

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Haji Ahmad Laksamana bin Haji Omar.

Menggunakan bahan tulisannya di dalam buku Hakikat Insan di mana sebahagian

besar isi kandungan buku berkenaan mempunyai persamaan dengan Hidayatul

Anwar oleh Syed Jamalullail, pengasas ajaran Taslim yang menolak konsep ‘Ubudiah.

Mendakwa bahawa "zahir manusia itu Muhammad dan batin manusia itu Allah".

Penyelewengan

Mendakwa diri batin kita adalah Tuhan dan tanpa Muhammad Wajib (tentu) Tuhan

tiada.

Menyatakan matlamat akhir pengajian makrifah adalah untuk kembali semula

menjadi Tuhan pada martabat diri kita pada alam ghaib iaitu Ahad.

Menyatakan hakikat sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kita sendiri bahawa

tiada yang nyata pada kita adalah Allah (diri batin) dan Muhammad itu adalah diri

zahir kita membawa dan menanggung rahsia Allah SWT.

Membawa ajaran ilmu tajalli ini yang berdasarkan tasawuf Martabat Tujuh yang

sama dengan ajaran Taslim.

Mengguna hadis mauduk.

Mengakui diri zahir manusia dari Nur Muhammad. Zahir manusia ialah Muhammad.

Mentafsir kalimah syahadah menurut bilangan kalimah dan kalimah itu menurut

bilangan huruf. Tiap satu huruf itu dengan kalimah-kalimah istilah Martabat Tujuh,

kebatinan.

Memaparkan takwilan atau simbol yang jelas menggambarkan kebiadapan puak

batiniah yang mengejek-mengejek amalan ibadat Islam.

Menggunakan istilah “nafas”, “nufus”, “anfus” dan “tanaffus” adalah daripada Wirid

Hidayat Jati. Manakala “mani”, “mazi” dan manikam pula adalah daripada istilah “Sirat

Wirid”. Kedua-duanya ini adalah daripada aliran kebatilan Jawa.

Menyatakan kemuncak zikir ialah ah, ah, ah ( اه، اه، اه ) huruf pertama dan akhir

daripada lafaz Allah ( الله ) ditafsirkan Alif - kemaluan lelaki, dan ha itu berlubang,

Page 21: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

21

sebagai alat sulit kemaluan perempuan. Demikian juga sembahyang lima waktu

terkandung dalam kalimah al-Hamduyang mengandungi lima huruf.

Mendakwa tiada yang menyembah dan yang kena sembah.

AJARAN SYEIKH MAKMUN BIN YAHYA

Merupakan tarekat ajaran sesat yang diasaskan oleh Sheikh Haji Makmun bin Yahya

sekembalinya dari Makkah ke kampungnya di Tanjung Pura, Langat, Sumatera.

Mula dibawa masuk dan berkembang di kalangan anggota tentera dan polis di mana

seorang Guru Agama Kanan, Tentera Laut Diraja Malaysia di Woodlands, Haji Ahmad

bin Haji Ali telah menjadi penganjur dan wakil kepada Sheikh Makmun untuk

menyebarkan tarekat ini.

Memperlihatkan strategi memancing tarikan dan menanam keyakinan masyarakat di

peringkat awal dengan amalan awal tarekat yang tidak bertentangan dengan Islam

seperti solat berjamaah dan amalan menghadiahkan al-Fatihah kepada Rasulullah

SAW. Namun,selepas itu mula menampakkan unsur-unsur penyelewengan apabila

menggantikan semua wirid selepas solat dengan zikir “Allah-Allah” sahaja dan

ditambah pula dengan pelbagai dakwaan kemampuan dirinya yang meyeleweng dari

iktikad asal dalam Islam.

Membuka pengajian agama yang dimasukkan ilmu-ilmu yang ganjil seperti ilmu

kebal. Ini berjaya mempengaruhi orang ramai dan ingin mempelajarinya.

Penyelewengan

Menyebarkan ajaran menerusi amalan dan kepercayaan tertentu, iaitu:

o Amalan:

▪ Mengamal zikir “Allah-Allah” dengan disertai ritual yang bertentangan

dengan syari'at Islam.

▪ Menerima ijazah daripada Sheikh Makmum secara “nasib”.

Page 22: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

22

▪ Menukar wirid kepada zikir.

o Kepercayaan:

▪ Mendapat alamat zikir diterima dengan terlihat cahaya di tengkuk.

▪ Mengakui wujudnya malaikat Karakaz dan Karanaz.

▪ Mendakwa mampu melihat orang yang mati disiksa di dalam kubur.

▪ Menyebut nama/bertawassul kepada Syeikh Makmum untuk

mendapat berkat sewaktu berubat.

▪ Menentukan kubur wali-wali.

Mengaku sebagai Imam Mahdi bagi umat Islam, mendakwa sebagai Jesus bagi kaum

Kristian dan bapa bagi kaum lain.

Mendakwa mempunyai beberapa kebolehan tertentu seperti boleh melekatkan

tangan, menampakkan cahaya di tengkuknya, menampakkan piring terbang dan

mampu mengubati orang sakit dengan doa.

Menekankan bahawa apabila sudah mencapai kemuncak tidak perlu solat lima waktu

kecuali berzikir sahaja.

Mendakwa segala doa dan istighfar kepada Allah mestilah melalui malaikat bernama

Karanaz. Dengan demikian barulah cepat diterima oleh Allah. Karanaz adalah

malaikat Al-Muqarranin dan orang yang bersahabat dengan malaikat ini ialah orang

yang telah mencapai martabat jisim kelima dalam tarekatnya. Orang ini jisimnya

adalah Allah dan rohnya adalah roh Allah.

Mendakwa orang yang mencapai martabat kelima (zikir sejuta kali sehari) boleh

membela roh simati dari diseksa di dalam kubur dan turut mendakwa beliau nampak

bagaimana azab dikenakan ke atas simati. Orang yang ingin mencapai pembelaan

terhadap keluarganya yang telah mati boleh membayar kepada Syeikh Makmun

sekurang-kurangnya 26,000 rupiah bagi tiga malam.

Page 23: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

23

Mengajar bertawassul kepada Syeikh Makmun ketika mengubat orang sakit. Dukun

yang dilantik oleh Syeikh Makmun dalam pengubatannya mestilah berkata

begini:"Dengan berkat Syeikh Makmun Mahdi, si sakit ini akan sembuh."

Menyuruh pengikut menyebut kata-kata berikut ketika berdoa, "Dengan

Makmun………….. " sebagai ganti kepada " atau menyebut: "Ya Allah, Ya Tuhanku,

berkat Maulana Syeikh Makmun…,"(sebutkan hajat-hajat yang dimaksudkan).

Menyatakan terdapat dua malaikat yang diciptakan sendiri iaitu Karakaz dan Karanaz

iaitu malaikat Al-Muqarrabin yang menjadi penghulu segala malaikat dan paling dekat

kepada Allah. Karanaz ialah malaikat Al-Muqarrabin yang sama darjat tetapi tugasnya

ialah segala doa kepada Allah mesti melaluinya untuk cepat diterima oleh Allah.

Menentukan kubur wali-wali.

Mengaku sebagai Imam Mahdi. Syeikh Makmun sebagai Jesus dan Bapa segala

Manusia.

Memberi dan menerima ijazah tarekat di mana orang yang ingin memasuki tarekat

ini dikehendaki menerima ijazah daripada Syeikh Makmun atau khalifah yang

dilantik. Orang yang memohon menjadi khalifah tidak semestinya layak dan

adakalanya ditentukan melalui nasib.

Menukar wirid ditukar kepada zikir di mana selepas solatdikatakan tidak ada apa-

apa wirid melainkan hanyalah zikir “Allah-Allah”.

Menyatakan tidak ada Solat Jumaat

AJARAN MARTABAT TUJUH PIMPINAN HAMZAH BIN EMBI

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Hamzah bin Embi yang mengakui telah

mendapat beberapa keistimewaan daripada Allah dan boleh melihat alam ghaib

(kasyaf).

Membawa ajaran rekaan sendiri melalui gabungan ilmu batin.

Page 24: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

24

Penyelewengan

Mengakui memilikkeistimewaan luar biasa atau karamah dan boleh melihat alam

ghaib atau kasyaf.Antaranya termasuklahbergaduh dengan hantu semasa menziarahi

orang mati tetapi menurutnya orang ramai tidak melihat hantu tersebut dan hanya

beliau sahaja yang mampu melihatnya. Selain itu, beliau mendakwa mampu

menyeberang Sungai Perak seperti menyeberang longkang sahaja.

Mengamalkan ilmu kebatinan dalam mengubat penyakit dan menyatakan ilmu

kebatinan tidak salah dalam Islam.

Mendakwa pernah diuji dengan seorang perempuan tidur dalam bilik di rumah

seorang kaya di Morib tetapi beliau dapat menahan keinginan dan menolaknya.

Membaca dua kalimah syahadah semasa bai’at tidak boleh putus (wakaf), sekiranya

putus bererti memisahkan zat Muhammad dengan zat Allah kerana zat Allah dan

Muhammad satu.

Mendakwa kajian yang dibuat terhadap Wahdatul Wujud mendapati ada satu yang

betul dan satu lagi yang salah.

Pengikutnya mendakwa siapa yang mencapai martabat yang tertentu dianggap wali

dan guru mereka telah mencapai taraf wali dan mursyid.

Mendakwa dapat melihat pahala, syurga, dosa dan neraka.

Mendakwa ajaran atau anutan mereka sahaja yang betul manakala ilmu-ilmu yang

lainpula dianggap kulit, siapa yang mengatakan mereka sesat dianggap dialah sesat.

Mendakwa dirinya menunaikan Solat Jumaat di Makkah dan beliau beranggapan

dirinya lebih tinggi martabatnya daripada imam-imam yang ada.

Membuat rajah-rajah kajian ilmu tauhid yang tidak ada dalam pentafsiran para

ulamatauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mendakwa dirinya lebih tinggi martabat daripada imam-imam yang ada sehinggakan

beliau tidak perlu menunaikan Solat Jumaat selain tempat bersuluk tidak boleh

dikosongkan (ada penunggu).

Page 25: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

25

Mengadakan pada masa tertentu persidangan dengan wali-wali dalam bentuk

penjelmaanpelbagai suara.

Mengamalkan zikir sehingga tidak sedarkan diri.

Mentafsirkan kalimah Syahadah dengan pelbagai tafsiran yang tidak terdapat dalam

ilmu tauhid Ahli Sunnah WalJamaah.

Mengubat penyakit menggunakan ilmu sihir/kebatinan.

Mengamalkan mandi air limau/pembersihan jiwa untuk beramal.

Menyalahtafsir ayat al-Qur’an.

AJARAN HAJI KAHAR BIN AHMAD

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Haji Kahar bin Ahmad yang dikenali sebagai

“Rasul Melayu” dan mendakwa ajaran diterima daripada Allah dan mengakudirinya

sebagai Rasul.

Mengarang buku bertajuk, Al-Furqaan-Pembedayang telahpun diharamkan di

Selangor kerana menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Penyelewengan

Mengaku dirinya sebagai Rasul atau "Utusan Allah" dan mendakwa Rasul sentiasa ada

di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.

Mengaku menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit Kemensah dan

diturunkan dalam keadaan sepertimana dialami oleh Rasulullah SAW.

Mempunyai pegangan solat lima waktu tidak wajib dan solat memadai dengan

membuat kebaikan dan menjauhkan diri dari perkataan mungkar.

Menolak kepercayaan pada al-Qur’an yang ada sekarang ini sebagai al-Our’an yang

sebenarnya. Juga berpegang bahawa al-Qur’an yang ada sekarang adalah hanya sebagai

Page 26: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

26

catatan sahaja. Berpegang pada pendapat bahawa al-Qur’an yang sebenarnya berada di

atas langit iaitu di Luh Mahfuz.

Menolak al-Hadis dan menganggap al-Hadis yang ada sekarang hanyalah rekaan

manusia yang dibuat selepas wafat Rasulullah SAW.

Menyatakan ibadah haji boleh dikerjakan di mana-mana sahaja di bumi Allah.

Mempunyai pandangan bahawa pergi ke Makkah dan ke Arab Saudi hanya untuk

melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah SAW.

Mendakwa mampu dan memiliki mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau berada di

Bukit Kemensah. Dalam peristiwa yang pertama di mana pada hari itu hujan, tetapi dia

tidak terkena hujan. Dalam peristiwa yang kedua, pada hari panas tetapi dia tidak

merasai panas.

Memberi pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

AJARAN HIZBUT TAHRIR

Merupakan gerakan pembebasan/ organisasi politik antarabangsa.

Mempunyai matlamat untuk membangkitkan kembali Daulah Islam dan

membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan hukum-hukum bukan

Islam serta mengeluarkan mereka dari belenggu dan cengkaman dominasi dan

pengaruh negara asing.

Penyelewengan

Mempunyai pegangan bahawa semua pemerintah, pentadbir politik dan para ulama

Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur.

Mendakwa negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan

sistem kufur dan haram menyertai sistem kerajaan kini.

Menafikan istilah “al-Qada’ wa al-Qadar”.

Mempunyai peganganfahaman Qadariyyah.

Menyatakan aqidah Siyasiyyah lebih penting daripada aqidah ruhiyyah.

Page 27: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

27

Menolak sumber aqidah melalui hadis Ahad kerana boleh membawa kesesatan.

Mendakwa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul.

AJARAN BUDI SUCI SEJATI

Merupakan ajaran yang diasaskan oleh Haji Hashim Bin Mohd Sheriff, yang berasal

dari Acheh yang dikembangkan di Singapura dan Malaysia pada tahun 1958. Setelah

beliau meninggal dunia, ajaran ini telah dikembangkan oleh tiga orang anaknya.

Melakukan proses tapisan dalam permohonan keahlian sebelum diterima menjadi

ahli.

Penyelewengan

Menewaskan musuh hanya dengan pukulan jarak jauh tanpa sentuhan fizikal sama

ada dengan tiupan, kenyit mata, jentik dan sebagainya mengikut kehendak pengamal.

Mempertikaikan fatwa dengan meminta bukti pukulan jarak jauh yang melibatkan

bantuan atau berdampingan dengan jin atau dengan qarin.

Mempertikaikan kepada mereka yang berhujah bahawa Rasulullah SAW tidak

menggunakan pukulan jarak jauh ketika berperang tetapi menggunakan senjata dan

mengalami kecederaan.

Menggunakan teknik pernafasan yang berbeza dengan kumpulan

perguruan/persilatan lain.

Menjalankan modul pengajian dan aktiviti di atas bukit, di dalam hutan dengan pintu

pagar sentiasa dikunci sehingga menimbulkan keraguan masyarakat sekitar.

Page 28: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

28

AJARAN HAJI ZULKIFLI ISMAIL

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Haji Zulkifli Ismail yang dikenali sebagai Ustaz

Zul.

Penyelewengan

Menyatakan bahawa al-Qur’an yang ada sekarang adalah hiasan sahaja adapun al-

Qur’an yang sebenar adalah di dalam diri kita.

Mengadakan upacara pertapaan sekurang-kurangnya tiga hari. Pertapaan ini

dipanggil uzlah. Para Pengikut yang sedang dalam pertapaan boleh pulang ke rumah

tetapi tidak boleh masuk ke dalam rumah. Antara tempat pertapaan ini ialah di

Puncak Kasih (Kuala Selangor), Gunung Jerai (Kedah), Linggi (Negeri Sembilan) dan

Jenagor, Kuala Berang (Terengganu).

Mengamalkan pernikahan batin dengan menjadikan kitab Asma-ul-Husna (nama-

nama Allah) sebagai mas kahwin.

AJARAN SYIAH

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Ruhollah Khomeini.

▪ Ketua Syiah Malaysia (Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz)

Mempunyai pegangan bahawa hanya Sayyidina Ali sahaja yang berhak menjadi

khalifah dengan ketetapan nas dan wasiat daripada Rasulullah SAW.

Meyakini bahawa hak imamah (menjadi pemimpin umat Islam) tidak selain daripada

keturunan Ali.

Penyelewengan

Mempercayai bahawa Imam adalah maksum.

Mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Askari sebagai Imam Mahdi

bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.

Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun al-Qur’an dengan

sempurna dan menolak al-Qur’an yang disusun oleh para Sahabat serta

Page 29: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

29

mempercayai bahawa al-Qur’an yang sebenar mengandungi tujuh belas ribu ayat

kerana berlakunya penyelewengan melalui pengurangan atau penambahan ayat-

ayat al-Qur’an.

Mengamalkan prinsip at-taqiyyah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah,

kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan serta perbuatan yang ingin

dilakukan.

Menyamatarafkan Sayyidina Ali dengan Allah SWT.

Menghalal atau mengamalkan nikah mut‘ah.

Mempercayai Khalifah dan Imamah adalah sebahagian daripada Rukun Islam dan

diwasiatkan secara nas.

Mempercayai ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku

kepada manusia.

Mengkafirkan para Sahabat Rasulullah SAW.

Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy

serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah.

Menambah syahadah.

Menolak hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat Rasulullah SAW sekalipun

hadis mutawatir dan hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh Imam-Imam

Syiah.

Menolak ijmak ulama.

Menolak qias.

Menolak ‘aul dan mendahulukan qurabah daripada‘asobah dalam pembahagian

harta pusaka.

Mendakwa menziarahi kubur Sayyidina Husain akan mendapat ganjaran syurga.

Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.

Mengharuskan solat jamak dalam semua keadaan.

Mewajibkan membasuh dan menyapu kedua-dua kaki ketika berwuduk.

Mengharamkan Solat Dhuha.

Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.

Menetapkan Islam bukan syarat wajib haji.

Page 30: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

30

AJARAN NORDIN BIN PUTIH

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Mohamed Nordin Bin Puteh yang berkembang

di sekitar Lembah Kelang dan Hulu Kelang, Selangor.

Mendakwa menerima ijazah dari langit tahun 1988 sewaktu mengasingkan diri di

sebuah gua setelah enam tahun berkhalwat .

Penyelewengan

Mendakwa dapat keluarkan cahaya seperti bintang dari tubuhnya dan dinamakan

"cahaya atas cahaya".

Mengaku sebagai Imam Mahdi dan pemimpin manusia yang dilantik oleh Allah abad

yang ke-15.

Mengarahkan setiap pengikut tidak kira lelaki atau perempuan akan berpelukan

erat dengan Nordin setiap kali dibuat perjumpaan (tetapi isteri-isteri Nordin tidak

dibenarkan berpeluk dengan pengikut-pengikutnya).

Mencabar ulama-ulama.

Memberi air jampi kepada para pengikut.

Mengajar ilmu syari’at, tarekat, hakikat dan makrifat.

Mengamalkan nikah batin.

Mengadakan perjumpaan dengan pengikut pada waktu tengah malam. Mereka juga

akan pergi ke sebuah gua di atas bukit Kampung Janda Baik berhampiran tokong

Hindu dengan berbekalkan sebatang lilin.

AJARAN ILMU MENGENAL DIRI DAN MAKRIFAT SHAARI BIN YUSOF

Merupakan ajaran ilmu makrifat yang dibawa oleh Mohd Yusof Cik Wook yang

disebarkan oleh anaknya Haji Shaari bin Haji Mohd Yusof yang mendakwa Ilmu

Makrifat Tok Kenali yang diwarisi daripada bapanya melalui cara mengalir sendiri

ke dalam tubuhnya.

Mendakwa sebagai generasi ketiga Ilmu Makrifat Tok Kenali.

Page 31: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

31

Penyelewengan

Menyebarkan ilmu makrifat (mengenal Allah/diri) yang sesat dan menyeleweng

dari ajaran Islam dan bertentangan dengan fakta sejarah serta aqidah Ahli Sunnah

Wal Jamaah.

Membuat dakwaan dan pembohongan bahawa ilmu yang diperoleh adalah

peninggalan ilmu Syeikh Daud al-Fatani yang diwarisi oleh dua ulama terkenal, iaitu

Tok Kenali dan Tok Selehong kerana kedua-dua ulama tersebut tidak sempat

berguru dengan Syeikh Daud al-Fatani yang meninggal dunia pada tahun 1846, iaitu

lebih 22 tahun sebelum kelahiran kedua-dua ulama berkenaan.

Membawa fahaman Mujassimah, Jabariyyah dan Muktazilah.

Membawa fahaman liberalisme dan pluralisme agama.

Membawa fahaman Wahdatul Wujud.

Mentafsir nas-nas agama seperti al-Qur’an dan al-Hadis mengikut logik akal tanpa

merujuk kitab-kitab muktabar.

AJARAN ZAMREE BIN ABD WAHAB

Merupakan ajaran yang dibawa mengguna logik akal oleh Zamree Bin Ab. Wahab,

yang berasal dari Segamat, Johor.

Mengendalikan kelas pengajian di pejabatnya dan di rumah di Taman Seri Sentosa,

Klang.

Penyelewengan

Mendakwa boleh menunaikan haji hanya dengan mengerjakannya di Sungai

Congkak, Hulu Langat sahaja.

Mendakwa dirinya sebagai Rasulullah SAW.

Menukar nama pengikutnya dengan nama Sahabat-Sahabat bagi lelaki dan dengan

nama isteri-isteri Nabi bagi pengikut wanita.

Mengamalkan nikah batin.

Mengaku mengadakan hubungan seks dengan enam orang termasuk pelajar

dan pegawainya yang dinikahi secara batin dengan disaksikan oleh isterinya

Page 32: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

32

yang sah di sebuah rumah beliau di Taman Sentosa, Bukit Kemuning, Shah

Alam dan di sebuah rumah pangsa di Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

Mendakwa seseorang pengikutnya akan binasa selepas tujuh langkah keluar dari

tempat pengajian sama ada di rumahnya atau di pejabatnya, sekiranya tidak

mengaku atau tidak mempercayai bahawa beliau adalah Rasulullah yang

sebenarnya.

Mendakwa hari kiamat akan berlaku pada bila-bila masa bermula dari sekarang.

Mendakwa orang yang sudah mati boleh hidup semula melalui roh dan jasadnya.

Mendakwa beliau telah dibelah dan dicuci dadanya sebelum ini dan mengaku

selepas kejadian itu beliau dapat memahami al-Qur’an.

Mendakwa bahawa al-Qur’an itu adalah satu source code.

Mengaku di hadapan pengikutnya bahawa beliau pernah berjumpa Dajjal dan

beliau menjadi pemimpin apabila satu pengisytiharan yang akan berlaku di

Kota Makkah dalam masa dua sehingga tiga tahun akan datang.

Mendakwa bahawa Nabi Ibrahim bukan contoh yang baik kerana Nabi Ibrahim

pernah berdusta.

Mendakwa bahawa beliau tidak mempercayai mana-mana ulama di Malaysia

kerana kefahaman ulama-ulama ini tidak betul.

AJARAN SULAIMAN (BAHTERA NABI NOH)

Merupakan kumpulan yang telah diasaskan oleh Sulaiman Bin Mohd Said pada tahun

1989 dengan nama Syarikat Shah W.T.C Enterprise Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot

3734, Jalan Jambu, Meru Barat, 42200 Kapar, Klang, Selangor.

Matlamat awal penubuhan adalah untuk menubuhkan sebuah syarikat bagi

membangunkan ekonomi Islam sedunia yang didakwa akan mengembangkan

perniagaannya di dalam dan di luar negeri meliputi Timur Tengah, Indonesia, India

dan Thailand.

Menggunakan khadam (jin) yang diberi nama Mr. Programmer yang membantunya

dalam setiap tindakan. Setelah beliau meninggal dunia, Mr. Programmer ini telah

diambil alih oleh isterinya Hawa Bt. Hasan untuk berkhidmat dengannya.

Page 33: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

33

Menimba ilmu dengan guru ajaran sesat dari Pasir Mas, Kelantan yang dikenali

sebagai Syed Ahmad/Syeikh Ahmad.

Penyelewengan

Menggunakan terjemahan al-Qur’an karangan A. Hassan sebagai rujukan dan

mendakwa karangan A. Hassan (Bandung) itu sahaja yang menepati kehendak Islam

dan diakui oleh Nabi Ibrahim AS.

Mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa AS.

Mendakwa mendapat ajaran terus daripada Allah SWT.

Membuat tohmahan bahawa semua ulama di Malaysia tidak betul dan hanya

kumpulannya sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang betul dan benar.

Menyatakan akan diadakan pertemuan empat kaum umat ahli Muhammad SAW

iaitu:

▪ Nabi Ibrahim AS (orang Arab)

▪ Nabi Nuh AS (orang Melayu)

▪ Ali Imran AS (orang Inggeris dan Jerman)

▪ Nabi Musa AS (orang Israel)

Mendakwa solat umat Islam di Malaysia adalah salah, hanya cara yang diamalkan

oleh kumpulan ini sahaja yang betul.

Mengarahkan ahli kumpulan Solat Jamak ketika membuat kerja-kerja bangunan di

Rantau Panjang dan Teluk Kapas. Solat Zuhur dan Solat Asar boleh dijamakkan

kerana segala kerja itu adalah urusan Allah SWT. Dalam bulan puasa, kumpulan ini

membolehkan Solat Jamak kerana membuat dodol atas alasan mengacau dodol

adalah urusan Allah SWT.

Setelah Sulaiman meninggal dunia, jawatan ketua kumpulan ini secara automatik

diambil alih oleh isterinya Hawa Bt. Hasan sehingga sekarang. Mereka mendakwa

segala urusan projek yang dijalankan adalah projek Allah SWT. Mereka juga

mendakwa mendapat petunjuk dari langit dan mimpi-mimpi melalui ahli-ahli

bahawa kumpulan ini sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.

Mengarahkan ahli keluarga pengikut supaya berpindah ke dalam bangunan

berbentuk kapal di markas mereka di Meru, Klang.

Page 34: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

34

Merahsiakan pergerakan kumpulan ini dan sesiapa yang ingkar perintah ketua

dianggap munafiq.

Mengamalkan beberapa zikir

i. Lafaz sebelum menunaikan solat (ketika berdiri tegak):

"Demi Engkau Tuhan kami, Ya Allah, izinkan aku melaksanakan persembahan

perintah sembahyang fardhu kerana menyembahMu, serta tunduk sujud,

berserah menyerah diri kepadamu, dengan maksud berlafazan kami, dan

mencontohi sunnah Rasulullah SAW.”

ii. Selepas sembahyang diucapkan pula terima kasih, kemudian beristighfar

memohon keampunan atas kesilapan diri.

iii. Doa dan zikir adalah persembahan. Sebelum persembahan mesti ada

pembukaan, iaitu dengan membaca al-Qur’an, Surah Ali-‘Imran, ayat 18.

AJARAN HAJI GHAZALI BIN OTHMAN

Merupakan ajaran yang dibawa oleh Haji Ghazali Bin Othman yang mempelajari ilmu

tarekat daripada Hj. Shamsuddin bin Alang Akib di Hulu Klang.

Menyalah tafsir ilmu tasauf yang sebenar dengan menggunakan akal.

Penyelewengan

Membawa ajaran Martabat Tujuh dan Wahdatul Wujud.

Mengamalkan taubat hakikat yang perlu dilakukan hanya sekali sahaja seumur hidup.

Memegang pendapat yang menyatakan Hajarul Aswad di Baitullah merupakan

kemaluan perempuan dan matahari sebagai kemaluan lelaki pada hakikatnya.

Menyatakan bahawa Nabi Adam diturunkan ke bumi bukan kerana hukuman atas

kesalahan melanggari perintah Allah SWT tetapi kerana Nabi Adam dinaikkan

pangkat kepada sufi.

Mengamalkan nikah batin dan mempunyai isteri hakikat. Sekiranya mendapat anak

melalui pernikahan batin, maka anak itu dinamakan anak hakikat.

Menyatakan dosa dan pahala tidak ada bagi orang yang berada di peringkat hakikat.

Page 35: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

35

Mengajar ilmu secara rahsia dan menyatakan mana-mana orang yang membuka

rahsia ajarannya kepada orang lain akan diturunkan bala.

Menyukai untuk mengajar wanita berbanding lelaki dan sesi pembelajarannya

mestilah dalam bentuk satu dengan satu dan dibuat di dalam bilik.

Mengucup dahi wanita walaupun berada di depan suami wanita tersebut.

Menyuruh anak murid perempuan menguruskan dirinya dan melakukan perkara-

perkara yang curang hingga ramai perempuan yang terpengaruh dengan beliau dan

tidak lagi melaksanakan tanggungjawab terhadap suami masing-masing. Beliau

pernah menyuruh seorang isteri kepada pengikutnya untuk mengugurkan kandungan

yang telah berusia dua bulan bagi mendapatkan benih anak hakikat.

AJARAN ANTI HADIS

Merupakan fahaman yang dibawa oleh Kassim Ahmad yang terpengaruh dengan

fahaman Dr. Rasyid Khalifah yang memperkenalkan konsep Kod 19.

Mempertikaikan as-Sunnah atau al-Hadis Nabi Muhammad SAW sebagai sesuatu

yang berautoriti.

Menulis dan menerbitkan beberapa buku iaitu Hadis Satu Penilaian Semula,

Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu dan lain-lain.

Penyelewengan

Menyebarkan kandungan buku yang mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-

fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syari’ah dan akhlak Islam serta

mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam.

Menolak hadis sahih (iaitu hadis yang telah disahkan bersumber daripada

Rasulullah SAW) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam serta menghina

kedudukan Rasulullah SAW.

Menghina al-Qur’an dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan

pengertian sebenar ayat-ayat al-Qur’an.

Page 36: LAPORAN 7 AJARAN SESAT DI SELANGOR DAN …

36

Mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan

aqidah dan syari’ah Islamiah serta mengelirukan dan boleh menyesatkan

masyarakat Islam.

AJARAN CRYPTO (MOKHTAR HASSAN)

Penyelewengan

Menafikan al-Qur’an.

Membatalkan ibadat solat (cukup sekadar berniat).

Mengatakan Nabi Muhammad menerima wahyu daripada Nabi Isa.

Menyatakan al-Qur’an akan turun lagi tiga juzu’ dalam bahasa Inggeris dan bahasa

Latin.

Mengatakan masjid adalah tokong orang Melayu.