rm37 juta, lima projek utama atasi banjir di klang

15
PERCUMA 15 - 22 November 2013, 11 - 18 Muharram 1435 Selangor Kini KENALI ADUN ANDA IR. MOHD HASLIN N.54 Tanjung Sepat muka 6&7 MERAIKAN... Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersarapan dan bergambar bersama Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Agama Ar-Razi, M Sueb Ismail dan 38 murid tahun enam sekolah tersebut dalam Program Akademi Imam Muda Da’ie, di SUK RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Kerajaan Ne- geri mengumumkan langkah segera melaksanakan kerja- kerja tebatan dan menaik taraf sistem saliran dengan peruntuk- an RM37 juta bagi mengatasi isu banjir yang membelenggu warga Klang. Menteri Besar, Tan Sri Ab- dul Khalid Ibrahim, berka- ta langkah ini melibatkan li- ma projek utama yang dijangka siap pertengahan 2014 dan April 2015. Sebanyak RM12.4 juta dari- pada peruntukan itu disedia- kan Kerajaan Negeri yang di- salurkan melalui Jabatan Peng- airan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, manakala selebihnya RM25.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga me- nyediakan RM2.7 juta lagi un- tuk 23 projek kerja naik taraf sungai, kolam takungan dan parit kampung, pengukuhan tebing sungai dan pelebaran muara sungai yang dijangka siap penghujung tahun ini. “Walaupun ini merupa- kan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Nege- ri turut mengambil tanggung- jawab menyediakan perun- tukan pada jumlah yang kita mampu,” kata Abdul Khalid. Lima projek utama itu, ada- lah kerja menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi banjir kilat di Pelabuhan Klang. Em- pat projek yang dibiayai Ke- rajaan Negeri adalah projek tebatan banjir di Pandamar- an, menaik taraf sistem saliran Kampung Teluk Menegun, me- naik taraf sistem saliran Sungai Aur Fasa 4 dan membina len- congan Sungai Rasah ke Tasik Ladam Sungai Klang. Lihat muka 3 Kerajaan Negeri juga menyediakan RM2.7 juta lagi untuk 23 projek kerja naik taraf sungai, kolam takungan dan parit kampung, pengukuhan tebing sungai dan pelebaran muara sungai yang dijangka siap penghujung tahun ini. Gambar Oleh Shuaib Ayob Pukat keroncong 38mm pelihara sumber perikanan negara muka 15

Upload: doannhan

Post on 20-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

PERCUMA 15 - 22 November 2013, 11 - 18 Muharram 1435

Selangor KiniKENALI ADUN ANDA

IR. MOHD HASLIN N.54 Tanjung Sepat

muka 6&7

Meraikan... Menteri Besar, Tan Sri abdul khalid ibrahim dan Penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri anwar ibrahim meluangkan masa bersarapan dan bergambar bersama Pengerusi PiBG Sekolah rendah agama ar-razi, M Sueb ismail dan 38 murid tahun enam sekolah tersebut dalam Program akademi imam Muda Da’ie, di SUk

RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di KlangOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri mengumumkan langkah segera melaksanakan kerja-kerja tebatan dan menaik taraf sistem saliran dengan peruntuk- an RM37 juta bagi mengatasi isu banjir yang membelenggu warga Klang.

Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim, berka-ta langkah ini melibatkan li-ma projek utama yang dijangka siap pertengahan 2014 dan April 2015.

Sebanyak RM12.4 juta dari-pada peruntukan itu disedia- kan Kerajaan Negeri yang di-salurkan melalui Jabatan Peng-airan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, manakala selebihnya RM25.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri juga me-nyediakan RM2.7 juta lagi un-

tuk 23 projek kerja naik taraf sungai, kolam takungan dan parit kampung, pengukuhan tebing sungai dan pelebaran muara sungai yang dijangka siap penghujung tahun ini.

“Walaupun ini merupa-

kan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Nege-ri turut mengambil tanggung-jawab menyediakan perun-tukan pada jumlah yang kita mampu,” kata Abdul Khalid.

Lima projek utama itu, ada-

lah kerja menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi banjir kilat di Pelabuhan Klang. Em-pat projek yang dibiayai Ke-rajaan Negeri adalah projek tebatan banjir di Pandamar-an, menaik taraf sistem saliran

Kampung Teluk Menegun, me-naik taraf sistem saliran Sungai Aur Fasa 4 dan membina len-congan Sungai Rasah ke Tasik Ladam Sungai Klang.

Lihat muka 3

Kerajaan Negeri juga menyediakan RM2.7 juta lagi untuk 23 projek kerja naik taraf sungai, kolam takungan dan parit kampung, pengukuhan tebing sungai dan pelebaran muara sungai yang dijangka siap penghujung tahun ini.

Gambar Oleh Shuaib Ayob

Pukat keroncong 38mm peliharasumber perikanannegara

muka 15

Page 2: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

Selangorkini 15 - 22 November 2013 2Utama

OLEH AFEEQA AFEERA & NAEEM RAFFI

SHAH ALAM - Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) lan-tikan Kerajaan Pusat bukan sa-haja mengganggu hubungan antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT), bah-kan dibimbangi menyalurkan wang pembayar cukai terus ke kocek pihak tertentu.

Pada pembentangan Belan-jawan Nasional 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan

Rampas kuasa PBT?SHAH ALAM - Tindakan Ke-rajaan Pusat mewujudkan Ja-watankuasa Perwakilan Pen-duduk (JPP) dicurigai ahli majlis di beberapa wilayah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Ahli Majlis Bandaraya Pe-taling Jaya (MBPJ), Raja Fairuz Raja Mazlan, berkata kewujud-an JPP hanya akan mengeli-rukan rakyat kerana ia mem-punyai peranan yang sama dengan ahli majlis.

"Konflik dan kecelaruan di kalangan rakyat akan timbul apabila wujud dua pihak yang memegang peranan yang sama dalam kawasan yang sama.

"Tindakan Kerajaan Pusat ini seolah-olah sengaja mahu mengganggu-gugat dan me-mecah belahkan hubungan yang terjalin antara masyara-kat dan ahli majlis," katanya.

Fairuz menyifatkan kewu-judan entiti di bawah kelolaan Kerajaan Pusat itu bersifat politik yang mempunyai agen-da tersembunyi.

"Kewujudan JPP (Pusat) se-olah-olah ingin menonjolkan peranan Kerajaan Pusat seba-gai juara dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Ia sekaligus menyemai persepsi negatif, kononnya kerajaan Selangor, PBT dan ahli majlis gagal bawa dan me-nyelesaikan isu rakyat sehing-ga terpaksa merujuk kepada JPP (Pusat)," katanya.

Manakala seorang Ahli Maj- lis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menyatakan rasa kurang senang dengan tindak-an Kerajaan Pusat itu.

Kamarulzaman Sanusi, ber-kata kewujudan JPP (Pusat) akan mengulangi episod per-tindihan kuasa seperti yang berlaku dalam jawatankuasa di peringkat kampung.

"Sebelum ini, Kerajaan Pusat menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JK-KKP) dengan alasan enggan menyalurkan bantuan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dikelola Pakatan Rakyat kerana bimbang disalah guna.

"Kini, Kerajaan Pusat seka-li lagi mengulanginya dengan mewujudkan JPP (Pusat), sedang-kan Kerajaan Negeri mempunyai ahli majlisnya sendiri," jelasnya.

JPP (Pusat) pecah-belah masyarakat

Justeru, Kamazulzaman mempersoalkan sejauh mana ketelusan dan kebertanggung-jawaban ahli-ahli yang bakal menganggotai JPP (Pusat) de-ngan dana yang akan diturun-kan kepada mereka kelak.

"Perkara ini melibatkan wang pembayar cukai, jadi rakyat perlu tahu dalam semua hal seperti mekanisme JPP dan belanjawannya.

nUr naBiha naSUha Muhammad Zamri dengan ditemani keluarga, menangis kegembiraan sebaik diumum sebagai Pelajar Perempuan Cemerlang PSra 2013 Peringkat Selangor. Beliau yang belajar di Sekolah rendah agama integrasi Teng-ku ampuan Fatimah, Batu Belah, klang, memperolehi markah 99.2 peratus. Se-mentara itu bagi kategori lelaki, Muhammad aidil ikram amran dari Sekolah ren-dah agama Batu 13, Puchong, memperolehi markah 98.8 peratus

Konflik dan kecelaru-an di kalangan rakyat akan timbul apabila wujud dua pihak yang memegang peranan yang sama dalam kawasan yang sama

RAJA FAIRUZAhli Majlis MBPJ

Kerajaan Pusat mahu menya-lurkan kira-kira RM63 juta ke-pada JPP (Pusat).

“Selangor sudah mempunyai JPP yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan jumlahnya bergan-tung kepada zon di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT)," jelas Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim.

Menurut Chang Khim, penubuhan JPP (Pusat) ini dibuat tanpa merujuk kepada Kerajaan Negeri terlebih da-hulu. Usaha terancang ini men-sasarkan kawasan bandar, dan dipercayai antara lain untuk bersaing dengan ahli-ahli maj-lis PBT.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kera-jaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan 148 JPP (Pusat) mulai Januari tahun depan. Se-orang pengerusi akan dilantik bagi mengetuai Jawatankuasa JPP di 24 zon di setiap PBT.

Menteri KPKT Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan JPP (Pusat) mahu menyelesaikan

isu perbandaran, sampah serta lanskap - perkara yang terletak dalam bidang kuasa PBT - de-ngan membawa isu-isu itu terus kepada Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar, berkata 12 anggota DUN dan tiga anggota Parlimen BN, termasuk beliau dilantik sebagai pengerusi penyelaras pelaksanaan program dan Pro-jek Persekutuan dan 44 jaba-tan termasuk agensi kerajaan Persekutuan di Selangor.

“Kalau mereka ikhlas untuk bangunkan JPP, lebih baik pe-runtukan itu diberi kepada JPP sedia ada dan tidak perlu wujud-kan dua kumpulan,” kata Chang Khim.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Pakatan Rakyat (PR) mengukuhkan keduduk-an di Selangor dengan major-iti yang amat selesa, terutama di kawasan-kawasan bandar, meskipun kempen BN di Sela-ngor dikepalai Najib Tun Abdul Razak.

Kalau mereka ikhlas untuk bangunkan JPP, lebih baik peruntukan itu diberi kepada JPP sedia ada dan tidak perlu wujudkan dua kumpulan

TENG CHANG KHIMExco Kerajaan Tempatan

Perkara ini melibat-kan wang pembayar cukai, jadi rakyat perlu tahu dalam semua hal seperti mekanisme JPP dan belanjawannya

KAMARULZAMANAhli Majlis MBSA

Page 3: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

OLEH SIRAJ MOHD ZAINI

SHAH ALAM - Pembangunan semula Sungai Klang termasuk kerja-kerja pembersihan dan menaik taraf sungai akan di-mulakan pada Mac 2014.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ber-kata, banyak syarikat tempa-tan, dan dari China serta Korea Selatan tampil menawarkan

Selangorkini 15 - 22 November 2013 3Utama

Selangor bangunkan Sungai Klang 2014

Kerja-kerja menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi banjir kilat di Pelabuhan Klang, Se-langor Darul Ehsan, Fasa 1 (Pakej 1)

Projek tebatan banjir di Jalan Papan, Pandamaran Pela-buhan Klang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan

Projek menaik taraf sistem saliran Kg. Teluk Menegun, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan

Kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Sungai Aur Fasa 4, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan

Kerja-kerja membina lencongan Sg. Rasah ke Tasik Ladam Sg. Klang dan kerja-kerja lain yang berkaitan daerah Klang, Selangor Darul Ehsan

Tajuk Projek Kos Projek Tarikh Mula Kontraktor Peruntukan

25,565,299.45

970,290.00

3,121,175.00

1,616,800.00

6,710,890.00

24 Jun 2013

31 Oktober 2013

31 Oktober 2013

31 Oktober 2013

8 November 2013

24 Jun 2013

31 Oktober 2013

31 Oktober 2013

31 Oktober 2013

8 November 2013

Persekutuan

Negeri

Negeri

Negeri

Negeri

Senarai kontrak yang lulus di Daerah Klang

Kerajaan Negeri berharap dengan perlaksanaan pro-jek langkah-langkah ini da-pat mengatasi masalah ban-jir kilat yang sering melanda daerah Klang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kerajaan Negeri sangat prihatin terhadap masalah banjir dan kepayahan hidup penduduk di kawasan yang sering dinaiki air di Taman Sentosa, Rantau Panjang, Sungai Udang, Telok Pulai,

Pandamaran, Taman Chi Liung , Bayu Perdana, seba- hagian pekan Pelabuhan Klang, Bandar Putri dan Pa-dang Jawa serta kawasan persekitaran,” kata Abdul Khalid lagi.

Dari muka 1

Lima projek utama, 23 projek kecil atasi banjir

kemahiran, namun Kerajaan Negeri hanya akan menerima pelan pembangunan yang ter-baik.

“Terlalu ramai ingin meno-long kita betulkan Sungai Klang, termasuk dari luar ne-gara, tetapi bukan betul mereka ingin bangunkan Sungai Klang, tetapi mengimpikan tanah di sebelah kawasan terbabit, jadi saya tangguh dahulu.

“Untuk biayai pemba-ngunan ini, tanah di sebelah sungai itu perlu diserahkan kepada mereka, nanti orang kampung marah pula pada saya,” katanya.

Abdul Khalid berkata de-mikian sewaktu sidang media selepas menghadiri Perhim- punan Penghulu, Ketua Kam-pung Tradisi dan Ahli Jawa-tankuasa Kemajuan dan Kesela-matan Kampung (JKKK) Negeri

Terlalu ramai ingin menolong kita betulkan Sungai Klang, termasuk dari luar negara,tetapi bukan betul mereka ingin bangunkan Sungai Klang, tetapi mengimpikan tanah di sebelah kawasan terbabit

ABdul KhAlidMenteri Besar

Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Turut dimuatkan dalam pe- lan ini adalah menjadikan Su-ngai Klang laluan air alternatif ke Kuala Lumpur dari Pela-buhan Klang hingga ke Masjid

Jamek di ibu negara.Abdul Khalid berkata, Kera-

jaan Negeri menunggu kerja pembersihan dan penaiktaraf-an sungai dalam wilayah Kuala Lumpur diselesaikan sebelum memulakan usaha pembersih-an Sungai Klang.

“Saya tunggu Kuala Lumpur betulkan sungai di bahagian atas. Kalau kita mulakan pem-bersihan, kekotoran dari ba-hagian itu akan sampai sini, tetapi perancangan semua su-dah ada dan tahun depan sudah boleh dimulakan,” katanya.

Belanjawan Selangor 2014 menyeluruh dan mantapSHAH ALAM - Belanjawan Selangor 2014 yang akan dibentangkan pada 19 No-vember ini merupakan be-lanjawan paling menyeluruh dan mantap pernah diben-tangkan.

Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim, berkata demikian berdasarkan penga-laman beliau selama lima ta-hun menerajui pentadbiran kerajaan dan tokoh korporat.

"Belanjawan 2014 kali ini lebih menyeluruh, sebab kita sudah lalui lima tahun pe- ngalaman dan bila kita ben-tangkan sudah ada pengala-man tentang usaha perlaksa- naan untuk jadikan belan-jawan kali ini lebih mantap," kata Abdul Khalid.

Jelas Abdul Khalid, Kera-jaan Negeri akan terus mem-beri keutamaan terhadap ekonomi dan pembangunan, dan kesejahteraan rakyat Se-langor, sekaligus mengekal-kan Selangor sebagai penyum-bang utama ekonomi negara.

Ketika menjawab soalan wartawan, Abdul Khalid me-nganggap spekulasi liar yang

mendakwa Kerajaan Negeri akan mengurangkan perun-tukan pembangunan dalam Belanjawan 2014 Negeri Sela-ngor sebagai satu berita baik.

Abdul Khalid berkata, spekulasi itu menandakan sehingga kini tiada sebarang kebocoran maklumat dari do-kumen belanjawan sebelum ia dibentangkan pada 19 No-vember ini.

"Bagus juga dakwaan tersebut, maknanya belan-jawan negeri masih lagi rah-sia, orang tak tahu. Ini bagus, satu berita baik sebab kalau orang dah tahu maknanya be-lanjawan sudah bocor

"Sudah jadi tradisi belan-jawan, ia diembargo sehingga pada hari dibentangkan, ka-lau berlaku kebocoran ber-makna kita tidak pandai men-jaga maklumat tersebut," kata Abdul Khalid lagi.

Belanjawan Negeri Sela-ngor akan dibentangkan Ab-dul Khalid pada 19 November ini merupakan belanjawan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kali keenam yang dibentang-kan beliau.

Sungai Klang dirancang menjadi penghubung alternatif antara Selangor - Kuala Lumpur

Page 4: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

Selangorkini 15 - 22 November 2013 4Fokus MES

Oleh NAEEM RAFFI

SHAH ALAM - Pengurusan Skimsel merancang menaikan had kelayakan pe-serta daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM2,000 sebulan.

Pengerusi Skimsel, Dr Rani Osman, berkata hasrat itu diambil kira daripada faktor ekonomi yang saban hari semakin menekan kehidupan rakyat terbanyak.

"Menerusi kajian yang dilakukan, pendapatan seisi rumah RM2,000 se-bulan juga mendesak. Jadi kumpulan ini juga wajar dibantu," jelasnya.

Dr Rani percaya kedudukan kewang-an negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.

Justeru, beliau akan melontarkan cadangan itu semasa sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) 18 November depan untuk diperhalusi.

"Saya yakin usaha ini boleh dilaksana berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion," jelasnya.

Had kelayakan SKIMSEL dinaikkan RM2,000 sebulanSKIMSEL atau Skim Mikrokredit

Selangor merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang beroperasi sejak Ogos 2010 bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Selangor khusus untuk go-longan miskin luar bandar.

Sebelum ini, dana sejumlah RM50 juta telah diperuntukan bagi membantu golongan miskin mem-perolehi modal bagi memulakan perniagaan.

Peserta yang digelar Sadiq akan diberi pembiayaan, latihan dan ke-mahiran sebagai pakej lengkap da-lam memastikan mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi.

APA ITU SKIMSEL?

MANFAAT SKIMSEL ?

SKIMSEL dengan misinya menja-di institusi mikrokredit terunggul di negeri ini mensasarkan impak pendapatan sekurang-kurangnya sekali ganda kepada golongan sa-saran selepas empat kali meneri-ma pembiayaan.

Untuk mencapai objektif terse-but, Skimsel menawarkan produk Skim Pembiayaan Ekonomi, Skim Pembiayaan Pelbagai, Skim Pem-biayaan Pendidikan, Skim Pem-biayaan Kakitangan Kerajaan dan Simpanan Wajib.

Menariknya, skim ini tidak me-merlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.

Kerajaan Negeri bantu rakyat berdikari

Malah menurut beliau, Skimsel tu-rut mendorong golongan miskin untuk mendapatkan pembiayaan modal bagi memulakan sesuatu perniagaan.

"Penubuhan Skimsel secara tidak langsung menjadi alternatif yang jauh

lebih baik buat mereka yang ingin pem-biayaan untuk berniaga.

Skim ini tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahka-mah," jelasnya.

Cawangan SKIMSEL

Mereka yang berminat boleh ber-urusan terus dengan Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor, Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Sela-ngor Darul Ehsan. Atau berhubung terus dengan SKIMSEL ditalian :

Ibu PEjAbAT : 03-5519 1692 / 03-5521 2312. Fax : 03-5510 5829

https://www.facebook.com/skimmikrokredit.

Sabak Bernam : 03-3324 3351Kuala Selangor : 03-3281 1184Hulu Selangor : 03-6064 1059Petaling : 03-7734 0931Klang : 019-368 8133Gombak : 03-6137 0131Kuala Langat : 03-3180 3912Sepang : 03-8706 3108

Pengusaha pau

"Bermula dengan bernaiaga secara kecil-kecilan membuat pau, saya dan suami besar-kan perniagaan melalui pembiayaan RM3,000 daripada Skimsel pada 2011. Sejak itu saya mula menerima lebih

banyak tempahan. Selepas selesai buat bayaran balik, sekali lagi saya mohon pembiayaan daripada Skimsel, iaitu se-banyak RM5,000 pula.

"Melalui modal tersebut saya pelba-gaikan jenis pau, dengan membuat pau frozen dan menambah jenis inti, serta membeli peralatan seperti ketuhar, peti fermentasi dan peti sejuk beku untuk pau frozen.

"Selepas tiga tahun menyertai Skim-sel, saya berjaya penuhi impian untuk membeli peralatan membuat pau hasil pembiayaan sebanyak RM20,000.

Kini pendapatan bulanan saya me-ningkatkan daripada RM1,400 kepada RM3,000, sebulan

- Hazalina Ismail

Pengusaha mi kuning

"Berbekalkan modal RM900, saya dan suami memulakan perniagaan dengan pendapatan bu-lanan sekitar RM1,500. Selepas tiga tahun saya mula menyertai Skimsel dan berjaya menerima pembiayaan RM3,000.

"Setelah selesai membuat bayaran balik, saya mohon suntikan modal RM5,000, untuk membeli peralatan ke-dai seperti mesin membuat mi dan ba-rangan elaktrik. Malah turut menerima modal tambahan daripada Skim Pelba-gai sebanyak RM2,000 dan Skim Ber-musim sebanyak RM2,000.

“Sekali lagi saya buat pinjaman seba- nyak RM15,000 apabila mendapati per-niagaan saya bertambah baik dan pada September 2013, saya mohon sekali lagi, kali ini sebanyak RM20,000 dan berja-ya.

“Dengan wang tersebut saya ubah suai kilang, selain membeli mesin pempro-sesan yang berkapasiti lebih besar.

"Kini, saya dan suami berjaya mem-punyai tiga orang pekerja dengan purata pendapatan RM6000 sebulan hasil pem-biayaan keseluruhan Skimsel sejumlah RM48,000.

- Khatijah Azaharihailmi ayub, menceritakan pengalaman mengusahakan perniagaan pau bersama isterinya kepada Dr rani

rombongan Skimsel bersama Dr rani melawat naslyn hardware

Page 5: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

Selangorkini 15 - 22 November 2013 5Fokus MES

SHAH ALAM - Skimsel berjaya membantu Kerajaan Negeri me-realisasikan visi dan misi pro-gram Merakyatkan Ekonomi Se-langor (MES) dengan menganjak kualiti ekonomi dan sosial rakyat pinggir bandar, sekaligus mem-bebaskan mereka daripada ki-taran kemiskinan.

Pengurus Kanan Operasi Skimsel, Normaiza Yahya (gambar) berkata, pihaknya sentiasa menjejaki individu yang layak dan berpotensi da-lam mencapai sasaran yang te-lah ditetapkan.

"Selain memberi pembiayaan, Skimsel juga akan memastikan peserta (Sadiq) terpilih diberi latihan dan kemahiran sebagai pakej lengkap.

"Sejurus sahaja pemohon layak menjadi Sadiq, kami akan mewajibkan pegawai bertugas melakukan lawatan dua kali se-tahun (Jun dan Disember) da-lam memastikan mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi," jelasnya.

Sepanjang beroperasi sehing-ga Jun 2013, Skimsel berjaya menyalurkan dana kepada 8,396 peserta program (Sadiq) dengan jumlah pembiayaan sebanyak

Berjaya anjak kualiti ekonomi rakyat pinggir bandar

KESUNggUHAN, idea dan modal adalah tiga elemen utama yang harus bergerak seiring untuk me-mulakan sesuatu pernigaan.

Namun, ramai yang berputus asa sebelum memulakan perni-agaan hanya kerana tidak mampu memenuhi salah satu daripada elemen itu.

Menyedari hakikat itu, Skim-sel tampil dengan produk ter-baru berkonsepkan Kiosk yang mengetengah menu popular Ma-laysia, satay yang dijenamakan se-bagai 'Satay Grill'.

Pengurus Akaun dan Perkhdi-matan Skimsel, Shahnizam Arif-fin berkata hanya bermodalkan RM3,000 melalui pembayaran ansuran mingguan, mereka yang berminat akan berikan kiosk serba lengkap dengan sesi latihan untuk memulakan perniagaan.

"Menerusi konsep ini, idea te-lah disediakan, modal boleh diba-yar secara ansuran dan apa yang perlu diusahakan sepenuhnya oleh peserta adalah kesungguhan

Sabak Bernam : 1,273Hulu Selangor : 1,106Kuala Selangor : 1,345Hulu Langat : 1,394Kuala Langat : 1,227

Berpendapatan rendah / miskin

Syarat Kelayakan :l Warganegara Malaysial Taraf Pemastautin melebihi 2 tahunl Pendapatan sebulan di bawah RM1,500 ataul Pendapatan perkapita di bawah RM350l Memiliki aset tidak melebihi RM50,000

Syarat Pembiayaan :l Tanpa cagaran dan penjaminl Bersetuju membentuk kumpulan (5 orang ahli)l Jalani latihan wajib (3 hari)l Bersetuju menubuhkan Nadil Menghadiri Mesyuarat Nadi setiap minggul Menabung dalam Tabung Sadiq RM5 seminggul Bayaran balik secara mingguanl Mencarum dalam Takaful Kreditl Caj pembiayaan 8% setahun

Jenis Pembiayaan Jumlah (RM) Tempoh Bayar Balik

EHSAN 1,000-3,000 3 , 6 & 12 blnAMAN 3,001-5,000 6, 12 & 24 blnMAKMuR 5,001-20,000 6, 12 & 24 bln

Kakitangan kerajaan

Syarat Kelayakan :l Terbuka untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Sahajal Pendapatan RM1,500 ataul Pendapatan perkapita di bawah RM350

Syarat Pembiayaan :l Tanpa cagaran dan penjaminl Berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulanl Bayar balik bulanan (potongan gaji)l Bayar pelindungan takaful.

Jenis Pembiayaan Jumlah Tempoh Bulanan Bayar Balik

PKK 1 Maksimum 1 - 2 thn RM5,000PKK 2 Maksimum 1 - 3 thn RM10,000

Tawar kiosk 'Satay Grill'

RM 61,657,650. Daripada jumlah itu, seramai

362 Sadiq dikelaskan sebagai 'Ce-merlang' dengan lebihan penda-patan seisi rumah RM5,000.

Rekod Skimsel juga men-catatkan 3,888 Sadiq berada dalam kategori 'Berjaya' dalam bidang yang diceburi dengan lebihan pendapatan seisi rumah, RM1,000 hingga RM4,999.

Manakala 1,416 Sadiq pula berada di posisi 'Bertahan' de- ngan lebihan pendapatan seisi rumah di bawah RM1,000, di mana rata-rata mereka ini baru memulakan perniagaan.

Bagaimanapun, 660 Sadiq direkodkan sebagai 'Gagal' ma-nakala 1,582 Sadiq menarik diri.

"Gagal dalam istilah ini bu-kan membawa maksud mereka gulung tikar, tetapi pendapatan masih ditakuk lama dan tiada lebihan untuk dibawa ke depan," jelasnya.

Sebelum ini, Skimsel men-jangkakan kemasukan peserta baru seramai 13 ribu orang sepa-njang tahun 2013 bagi mencapai sasaran 20 ribu peserta menje-lang 2015 dengan pembiayaan sebanyak RM150 juta.

"Tidak dinafikan sasaran itu masih belum dicapai, namun angka yang direkodkan sudah menghampiri jumlah sasaran.

"Kami akan terus berusaha mencapai sasaran dan memas-tikan setiap sen yang disalur-kan itu diterima oleh orang yang betul dan dimanfaatkan ke jalan yang betul," jelasnya.

Sehingga kini, Skimsel berja-ya mencapai peratusan bayaran balik pembiayaan yang begitu memberangsangkan dengan hampir 98 peratus Sadiq mem-buat pembayaran balik pembi-ayaan.

Skimsel kini diperluas di sem-bilan daerah dengan sembilan cawangan dibuka melibatkan 40 mukim seluruh Selangor.

berniaga."Saya yakin, skim berkonsepkan

Al-Bai' Bithaman Ajil ini mampu membantu golongan berpendapa-tan rendah dan miskin yang ber-minat untuk berniaga keluar dari kemelut ekonomi," jelasnya.

Pra-Daftar Pem-biayaan 'Satay Grill' boleh dibu- at di Ibu Peja-bat Skimsel dan semua ca- wangan Skim-sel serata da-erah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Cawangan Bangsa Melayu Cina India Lain-lain

Gombak 271 1 1 0H. Langat 1370 2 4 3H. Selangor 1031 52 23 4Klang 367 2 3 1K. Langat 1099 16 91 4K. Selangor 1126 5 70 0Petaling 422 1 7 3Sabak Bernam 1268 0 3 0Sepang 937 0 7 3

Sepang : 945Gombak : 277Petaling : 442Klang : 387Kumulatif : 8,396

Statistik penyertaan Sadiq dan bangsa

(Ogos 2010-September 2013)

Pembiayaan peralatan ‘Satay Grill’ dengan bayaran secara mingguan tanpa faedah

Page 6: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

Pemimpin6 Selangorkini 15 - 22 November 2013

Haslin - Pantai Batu Laut kunci kemajuan Tanjung Sepat

Pembahagian masa amat penting dalam hidupKESIBUKAN selaku Adun di DUN Tanjung Sepat tidak menghalang Mohd Haslin Hassan untuk bersama keluar-ga jika berpeluang membuat demikian kerana jadual padat diharunginya su-dah menjadi kebiasaan.

Beliau berkata, apa yang penting ialah pembahagian masa yang betul su-paya segala apa dihadapi dan tanggung-jawab dipikul dapat dilaksanakan de- ngan jaya.

Katanya, sekiranya pembahagian masa itu tidak dikendalikan dengan betul maka segala apa dirancang pasti tidak akan beroleh keputusan diimpi-kan.

"Allah bagi kita masa 24 jam sehari maka kita perlu bijak menentukannya mengikut keperluan dan keadaan diri kita.

"Alhamdulillah... isteri menyokong saya bila terbabit dalam politik kerana

dia memahami keadaan saya. Sebelum ini pun saya memang sudah biasa de- ngan rutin hidup serupa dan tidak menghadapi masalah bila terpilih seba-gai wakil rakyat.

"Saya banyak menyertai aktiviti ke-masyarakatan, sering berjumpa kawan-kawan dan dalam PAS juga saya aktif dalam jemaah serta kegiatan dijalankan parti," kata bapa enam anak itu.

Haslin berkata, dia amat mementing-kan pendidikan anak-anak dan akan me-mastikan mempunyai masa untuk ber-sama mereka.

Katanya, bila bersama anak dan isteri, mereka akan menghabiskan masa bersa-ma secara maksima dan berfaedah.

"Saya dan keluarga akan sentiasa bersama dalam masa terluang dan apa yang saya pastikan ahli keluarga akan membuat aktiviti berfaedah termasuk dalam soal amal ibadah," katanya.

PROFILB.Eng. (Civil), BEM, MSSA, DPIMTarikh Lahir : 16 Januari 1968Isteri : Hjh. Sharifah Hayati Syed IdrisB.Eng.(Civil), Dip. Educ, MA (Educ)Anak : 6 orangPendidikan Anak-anak:Anak Sulung : BSc, Doktor Perubatan, Universiti Al Azhar, MesirAnak Kedua : BSc, Arkitek, UiTM

PendidiKanIjazah Sarjana Muda (Kej. Awam), UTMAhli Lembaga Jurutera MalaysiaJurutera Professional, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)Ahli Malaysian Structural Steel Association (MSSA)Ahli Dewan Perniagaan Islam Malaysia

Pengalaman Kerja1990 – 2004 : Ranhill Bersekutu Sdn BhdKarier Sekarang: Jurutera Perunding ProfessionalPengarah Urusan : Saf Sepakat Sdn BhdAhli Lembaga Pengarah : PACE Sdn BhdPegawai Penyelaras DUN, Tanjong SepatAhli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang2012 –Sekarang: Timbalan Nazir & Imam 3, Masjid Al Mustaqim, Kg. Dato’ Abu 2000 -2004 : Ketua Penerangan DewanPemuda Pas Sepang2007 – 2009 : Ketua Pemuda Pas SepangOkt 2013 – Sekarang : Ketua Penerangan Pas Kawasan Spang2008 – Mei 2013 : Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang2000 – Sekarang : Pengerusi & Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan Muafakat Sepang

ir. mOHd HaSlin HaSSann.54 Tanjung Sepat

OLEH HAFIZAN TAIB

KEUNIKAN pemandangan kala sen-ja serta keadaan laut yang menjadi-kan Pantai Batu Laut sesuai untuk pertandingan kapal layar kebangsaan dan antarabangsa, wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemajuan DUN Tan-jung Sepat.

Adunnya, Mohd Haslin Hassan ber-kata, pihaknya merancang pembangu-nan kawasan itu dengan kerjasama Ma-jlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan agensi berkaitan supaya ia menjadi ka-wasan tumpuan masyarakat tempatan dan luar.

"Saya buat beberapa perancangan bagi DUN Tanjung Sepat yang dilihat seolah-olah terpinggir. Memang di sini kita tidak nampak industri untuk dima-jukan dan saya kena menggunakan se-gala sumber yang ada bagi pembangun-annya.

"Dengan pembangunan semula Pan-tai Batu Laut maka penduduk tempatan boleh menggunakan kemudahan yang ada untuk menjalankan segala kegia-tan, termasuk dari segi ekonomi dengan pasaran hasil produk diusahakan," ka-tanya.

Beliau berkata, aktiviti perahu layar dikendalikan Persatuan Perahu Layar Selangor bertaraf antarabangsa mem-babitkan penyertaan beberapa negara seperti Singapura, Thailand, Indone-sia dan Filipna merupakan peluang terbaik bagi kawasan itu dibangunkan kembali.

"Saya akan adakan perbincangan lan-

jut dengan MDKL mengenai perkara ini dan difahamkan MDKL juga mengambil inisiatif untuk mendapatkan peruntuk-an daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan," katanya.

Namun pembangunan yang diran-cang harus selaras dengan iltizam untuk memelihara alam sekitar.

Mengulas lanjut, Haslin berkata, dalam tempoh dua tahun ini pihaknya turut merancang untuk menghijaukan DUN Tanjung Sepat menerusi program 'Go Green'.

Katanya, perancangan itu dibuat kerana ia tidak membabitkan kos yang

tinggi serta boleh disertai semua lapisan masyarakat.

"Perbincangan dengan jabatan dan agensi berkaitan akan diadakan bagi mengenal pasti konsep penanaman ini. Bagaimanapun ia adalah penanaman

pokok-pokok hiasan, yang mana tidak perlu memerlukan penjagaan rapi.

"Ia akan dibuat di kawasan tumpuan ramai, termasuk kawasan kediaman penduduk seperti kampung dan yang lain," katanya.

keindahan Pantai Batu Laut menjadi tarikan pelancong

Page 7: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

PemimpinSelangorkini 15 - 22 November 2013 7

PENASIHAT: Faekah Husin

Arfa’eza Abdul Aziz

KETUA PENGARANG: Fazallah Pit

PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim

WARTAWAN: Afeeqa Afeera: [email protected], Hafizan Taib: [email protected], Lizawati Madfa, Norhayati Umor: [email protected] Siraj Mohd Zaini,

Naeem Raffi:[email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Selangor KiniSIDANG PENGARANG

Rakyat sokong MESPUSAT Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tanjung Sepat menjalankan promosi berterusan bagi menjaya-kan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) se- perti program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Jom Shopping.

Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata MES mencatatkan penyertaan bertambah dari masa ke semasa.

"Antara skim yang mendapat sambutan ialah SMUE, yang mana hampir sebahagian besar warga emas me-nyertainya. Program Jom Shopping yang kita jalankan berjaya dengan mereka memberikan respon yang baik.

"Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) satu lagi skim yang diberi sambutan dan kita akan terus me-ningkatkan penyertaan rakyat supaya mereka mendapat kebaikan program ini termasuk Pusat Tuisyen Rakyat (PTR), Hadiah Anak Masuk Universiti, Si Tunas dan yang lain," katanya.

Haslin berkata, sambutan untuk program dan pe-nerangan MES turut menunjukkan sambutan yang amat mengalakan.

Rancang pasarkan durian belanda, kopi kampungDUA komoditi, iaitu durian belanda dan kopi kampung dikenal pasti untuk mengubah ekonomi DUN Tanjung Sepat.

Adunnya, Mohd Haslin Hassan berkata be-liau merancang untuk memperkenalkan pena-naman durian belanda dan kopi kampung secara persendirian dan komuniti, dengan pembabitan langsung penduduk kampung terutamanya anak muda tempatan.

Menurut beliau, rancangan ini merupakan lang-kah kreatif untuk mengatasi masalah kesukaran mendapatkan kawasan bagi tujuan perladangan.

"Kita akan mengusahakan tanaman ini dengan sasaran satu kampung membabitkan penyertaan 50 buah rumah yang mana satu rumah akan me-nanam sekurang-kurangnya lima batang pokok. Maka satu kampung akan menghasilkan jumlah 250 pokok durian belanda.

"Dengan cara ini jika 10 kampung terbabit dalam projek ini maka kita akan dapat hasil se-banyak 2,500 pokok dan dalam tempoh kira-kira dua ke dua setengah tahun pokok-pokok ini akan menghasilkan buah-buahan untuk tu-

juan pasaran," katanya."Selain itu kita juga akan menggerakkan bebe-

rapa usaha lain seperti industri produk kopi kam-pung di kenali Kopi 3K yang mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat di kawasan in.

Katanya, projek cetusan anak muda tempatan itu adalah salah satu usaha bagi membantu golong-an berpendapatan rendah dan miskin. Menurut Haslin, pemasaran produk itu juga akan dibantu menerusi agensi serta pihak berkaitan.

"Saya dapati terdapat pengusaha yang perlu dibantu untuk memajukan perniagaan mereka dan kita akan melihat apa keperluannya supaya ia da-pat dijayakan termasuk membantu bagi menda-patkan sijil halal untuk tujuan memasarkannya di pasaran luar," katanya.

Haslin berkata, projek tanaman nanas akan tu-rut dijalankan di DUN itu pada masa depan seba-gai salah satu sumber tambahan pendapatan pen-duduk.

"Kita akan jalankan projek itu selepas ini, tetapi biarlah projek tanaman durian belanda diusaha-kan dulu dan membuahkan hasil," katanya.

haslin meninjau perusahaan serbuk kopi milik kamaruzzaman Denan di kampung kundang

Menyampaikan sumbangan kepada asnaf sewaktu majlis berbuka puasa di Masjid Bukit Bangkong

Melihat petugas mengagihkan baucar Jom Shopping kepada peserta program

Page 8: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

Nelayan berhimpun di ParlimenOLEH NAEEM RAFFI & LIZAWATI MADFA

PARLIMEN - Kira-kira 50 orang nelayan mengadakan perhimpunan secara aman di luar bangunan Parlimen pada 6 November lepas mendesak Kerajaan Pusat mengkaji se-mula penggunaan saiz pusat 38 milimeter yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

Menyifatkan nasib mereka seperti jatuh ditimpa tangga, nelayan-nelayan itu juga mem-bantah Kerajaan Pusat memo-tong subsidi minyak bot-bot nelayan.

Wakil nelayan, Cheah Swee Teck, berkata bot laut dalam

Zon C2 iaitu perairan sehingga 30 batu nautika dari tanah be-sar kini dicaj RM2.00, manakala Zon A, B dan C pula meningkat dari RM1.25 kepada RM 1.45.

“Tindakan kurangkan subsidi membebankan golongan ne-layan seluruh negara.

“Penggunaan pukat 38 mm pula menjejaskan hasil tangka-pan nelayan, contohnya nelayan di Hilir Perak yang banyak ter-jejas kerana pukat 38mm tidak sesuai dengan tangkapan udang di sana,” ujar Swee Teck.

Perhimpunan aman itu turut disertai kumpulan nelayan dari Selangor, Johor, Perak dan Pa-hang dan berlangsung selama kira-kira 30 minit.

Turut menyertai demonstra-si tersebut ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.

Menurut Swee Teck, cubaan mengadakan rundingan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri sehingga kini tidak diendah-kan.

“Jadi kami mengambil kepu-tusan menghantar memoran-dum bantahan pada hari ini un-tuk diserahkan kepada Ismail Sabri,” kata beliau.

Kerajaan Negeri baru-baru ini meyatakan kesediaan untuk menjadi 'orang tengah' bagi me-nyelesaikan kemelut ini.

Kerajaan Pusat rabunmasalah nelayanSEKINcHAN - Tindakan Ke-menterian Pertanian dan In-dustri Asas Tani (MOA) me-nguatkuasa undang-undang penggunaan saiz pukat mele-bi-hi 38 milimeter dan penghara-man mengajikan pekerja asing bagi nelayan Zon B dipertikai kebanyakan nelayan.

Penasihat Persatuan Ne-layan Sekinchan, Chia Tian Hee berkata nelayan di Sekinchan kesal dengan pe-nguatkuasaan baru itu kerana mendakwa ia akan menjejaskan pendapatan mereka.

"Nelayan takut turun ke laut kerana bimbang mata pencarian hilang sekiranya penguatkuasa membatalkan lesen mereka atas kesalahan tidak mengikut spesifikasi pukat dan menggu-nakan pekerja asing," ujarnya.

Bagi Chai Swe Wa, 48 yang lebih 20 tahun menjadi sebagai nelayan berpendapat, tindakan kementerian itu tidak memer-hatikan situasi sebenar yang ditempuh nelayan selama ini.

"Nelayan bukan tidak mahu menyambut baik undang-un-dang baru ini, tetapi dengan penggunaan saiz mata pukat 38 mm, hasil laut akan merosot lebih 40 peratus.

"Ditambah pula dengan larangan menggajikan peker-ja asing, jika pendapatan merosot bagaimana nelayan di sini mampu bayar gaji pekerja tempatan yang jauh lebih mahal," ujarnya.

Sementara, Tee Kin Meng, 40 mendakwa usaha mencari tenaga kerja dari kalangan warga tempatan bukan semu-dah yang dijangka.

"Persatuan nelayan pernah mengiklankan kerja kosong

“Bekalan kurang, harga ikan naik”SEKINcHAN - Rata-rata orang awam yang ditemui menzahirkan rasa khuatir sekiranya bekalan ikan dan hasil laut merosot kesan dari tindakan Kerajaan Pusat ter-hadap golongan ne-layan.

Tambrin Ismail, 50 (gambar), ber-kata sekiranya pe-nyelesaian tidak dicapai dalam masa terdekat, beliau bimbang harga ikan naik akibat bekalan yang kurang.

"Baru beberapa hari nelayan

tidak ke laut, sudah susah nak dapatkan bekalan ikan segar.

"Kalau berpan-jangan, bukan sa-haja bekalan tidak cukup, malah harga ikan juga akan ma-hal," jelasnya.

Sementara itu, seorang pembo-rong hasil laut me-manggil krew kami kepadanya dan

menunjukkan tong hasil laut yang kosong.

"Sebagai perniagaan, bukan saya sengaja ambil kesempa-tan naikan harga.

"Kalau bekalan tidak cukup, sudah tentu saya dapat dengan harga mahal dan tidak mungkin jual pada harga yang murah," kata Hong King Mooi, 42.

Manakala bagi warga emas, Tee Tong Meng, 60, beliau berharap Kerajaan Pusat dan nelayan dapat duduk bersama mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan melarat.

"Sebaiknya, kedua-dua pi-hak duduk berbincang dan selesaikan perkara ini dalam kadar segera.

"Jika tidak pengguna juga akan terkena tempiasnya," jelasnya.

sebagai 'awok-awok' untuk diisi warga tempatan den-gan gaji permulaan sebanyak RM1,200 sebulan.

"Namun, usaha itu tidak membuahkan hasil walaupun lebih 3 bulan mengiklankan- nya,"jelasnya.

Ditanya bila protes terse-but akan berakhir, rata-rata nelayan di Sekinchan ber-kata, mereka hanya akan ke laut setelah keputusan ter-baik diperolehi daripada ke-menterian.

Pemborong menunjukkan tong kosong

Chia Tian hee

Chai Swe Wa

Tee kin Meng

Selangorkini 15 - 22 November 2013 8Album Isu

9Selangorkini 15 - 22 November 2013

aDUn Chempaka, iskandar Samad, bersama kanak-kanak Tadika kemas sewaktu program turun padang

PenDUDUk Program Perumahan rakyat (PPr) Pantai ria dan PPr Sri anggerik, menerima sumbangan daripada ahli Parlimen Lembah Pantai, nurul izzah anwar sempena hari Deepavali

SeBanyak 1,000 wisel diedar kepada orang awam oleh wanita DaP Selangor bagi membendung jenayah ragut dan rompak sekitar pasar borong Seri kembangan

eXCO kebajikan dan hal ehwal Wanita, rodziah ismail berkunjung ke kediaman irwan kamaruddin, suami kepada allahyarhamah, norazita abu Talib, mangsa yang ditembak pengawal keselamatan, di ambank USJ, pada 23 Oktober lalu dan menyampaikan sumbangan kerajaan negeri bernilai rM5000

nelayan Sekinchan turut membantah syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan Pusat

MeSra… isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri SalbiahTunut, bersama isteri bekas adun Bukit Melawati, Muthiah a/l Maria Pillay, kamala Devi arumasalam hadir memeriah Majlis Menamakan Bayi dan Makan Malam Deepavali, di rumah pasangan athi Saravanan dan Deebamalar di Taman kota Pendamar, Pelabuhan klang. kelihatan yarshana (bayi) dalam dukungan Parimala

Page 9: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

10 Selangorkini 15 - 22 November 2013

Ke arah membangunkan Bandaraya Petaling Jaya sebagai City With Soul, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menganjurkan Festival Antarabangsa Petaling Jaya (PJ International Fair) Gaya Hidup Lestari, Kehidupan Hijau (Sustainable Lifestyle, Green Living) pada 21 dan 22 Disember 2013 di

sekitar kawasan Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya. Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah bidang gaya hidup mampan (sustainable lifestyle) yang memberi keutamaan kepada kehijauan bandar dan gaya hidup lestari yang dicadangkan oleh penduduk Petaling Jaya semasa penyediaan Pelan Strategik, Sustainable PJ 2030.

Festival Antarabangsa Petaling Jaya (PJ International Fair) yang berkonsepkan street carnival akan dianjurkan dengan tema Green Living Festival, bertujuan untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat umum mengenai inisiatif yang diambil oleh Majlis ke arah menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah Bandar raya Hijau, Berdaya huni dan Lestari. Majlis juga dapat berkongsi amalan terbaik (best practice) dan inovasi hijau bersama komuniti dari luar negara untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan mesra alam. Program dan aktiviti dibahagikan kepada 5 segmen iaitu:-

i. Eko-Mobiliti (Eco-Mobility)ii. Komuniti Mampan (Sustainable Community)iii. Taman Pintar (Smart Garden)iv. Gaya hidup sihat (Healthy Lifestyle )v. Seni & budaya hijau (Green Arts & Culture )

Sebagai lanjutan, penganjuran aktiviti secara mingguan seperti penutupan sebahagian Jalan Yong Shook Lin untuk aktiviti berbasikal dan senamrobik, bazar barangan organik, open cinema, artist corner, muzik jalanan (busking) dan speakers corner akan dilaksanakan.

Selain daripada itu, semua aktiviti yang dibuat secara ad-hoc dan sempena sambutan bandaraya sebelum ini akan disusun semula bersama dengan aktiviti Festival Antarabangsa Petaling Jaya (PJ International Fair) dan PJ Walk bagi menyediakan Pelan Tindakan bersepadu supaya ianya lebih tersusun dan merangkumi kesemua kawasan di Petaling Jaya serta meliputi kesemua aspek seperti interaksi sosial, beriadah, bersukan dan berekreasi dalam usaha Majlis menjadikan bandar Petaling Jaya bandaraya berjiwa.

FESTIVAL ANTARABANGSA PETALING JAYA

(PJ INTERNATIONAL FAIR)

Page 10: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

11Selangorkini 15 - 22 November 2013

Page 11: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

Selangorkini 15 - 22 November 2013 12

Tidak bayar caj selenggara ke mahkamahSUBANg JAYA - Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya mengheret enam pemi-lik pangsapuri yang enggan membayar caj penyelengga-raan ke mahkamah, pada ta-hun ini.

Ketua Unit Pesuruhjaya Ba- ngunan (COB) MPSJ, Noorhafez Nordin, berkata tindakan itu dilakukan dibawah Akta 663, Pengurusan dan Penyelengga-raan Bangunan Berstrata yang boleh menyebabkan tindakan

sita dan lelong dilakukan.Katanya, MPSJ tidak akan

menerima sebarang rayuan daripada pemilik terbabit un-tuk menarik kes daripada tinda-kan pendakwaan ke mahkamah sehingga mencapai penyelesai-an dengan pihak Badan Pengu-rusan Bersama (JMB).

“Setakat ini, MPSJ akan mengeluarkan notis kepada pemilik dalam tempoh sebu-lan dan akan dakwa mereka ke mahkamah jika gagal memba-

Oleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Satu perjanjian persefahaman (MOU) ditanda-tangani antara Majlis Bandara-ya Shah Alam (MBSA) bersama Syarikat Kris Biofuels Sdn Bhd untuk menjalankan Program Rintis Kitar Semula Minyak Masak di kawasan pentadbiran MBSA.

Program ini diselaraskan MBSA melalui peruntukan se-banyak RM200,000 daripada Kementerian Tenaga, Teknolo-gi Hijau dan Air (KETTHA).

Majlis tandatangan MOU ini disempurnakan Timbalan Datuk Bandar MBSA, Mohtar

yar caj penyelenggaran.“Jika gagal membayar, kita

akan keluarkan waran tahanan dan sita atau lelong, namun ke-biasaan kes diselesaikan di luar mahkamah,” katanya selepas taklimat Seminar Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangu-nan Berstrata, di kondominium USJ One Avenue, di sini.

Sebelum ini, Exco Peruma-han, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad memaklumkan,

Kitar semula minyak masak

Hani bersama Pengarah Ekse-kutif Syarikat Kris Biofuels Sdn Bhd, Tan U-Jiun.

Majlis turut disaksikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaa-far Atan dan Ketua Penolong Setiausaha Sektor Teknologi Hijau Kettha, Mathumathi Am-bigabadi.

Jaafar dalam sidang media ringkas menyatakan, program ini memberikan kesedaran ke-pada penduduk Shah Alam tentang bahaya penggunaan se-mula minyak masak yang tidak diproses secara sistematik.

Katanya, kesan penggunaan minyak masak tidak diproses secara sistematik boleh mem-

berikan kesan kesihatan.Ujar beliau lagi, program ku-

tipan minyak masak terpakai ini yang melibatkan penduduk Shah Alam akan turut disertai para pe-niaga yang mempunyai pernia-gaan di premis di bawah MBSA.

Kira-kira 1,000 orang hadir ke Program Zon Bersih Bulan November peringkat MBSA yang terdiri daripada komuniti Seksyen 2, 3 dan 4,

Program Zon Bersih diperke-nalkan kerajaan Selangor yang mana setiap pihak berkuasa tem-patan (PBT) dikehendaki menge-nal pasti sesebuah kawasan yang akan dipertingkatkan tahap ke-bersihan dan keceriaan.

sebanyak 127 kes sudah dibawa ke mahkamah melalui pihak berkuasa tempatan (PBT), sejak Ogos 2012 sehingga Mei lalu.

Katanya, 46 kes daripada-nya Majlis Perbandaran Am-pang Jaya (MPAJ), 35 daripa-da Sepang (MPSp) dan Hulu Selangor (MDHS), 16 Subang Jaya (MPSJ), 10 Kuala Sela-ngor (MDKS), dan 3 dari Ka-jang (MPKj).

Dalam program itu, MPSJ mengambil inisiatif mengada-

kan Seminar Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Berstrata membabitkan 105 JMB dan Perbadanan Pengu-rusan (MC) bagi kawasan zon Subang Jaya.

Program itu bertujuan mem-beri pendedahan dan kefaham-an berkenaan fungsi serta per-anan Pesuruhjaya Bangunan, JMB dan MC berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang akan dikuatkuasa-kan tahun depan.

SHAH ALAM - Unit Rondaan Berbasikal (Unit Renjer) ditubuh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi mempertingkat-kan aktiviti pencegahan masalah jenayah dan memperkasakan aspek keselamatan di sekitar bandar raya Shah Alam.

Unit Rondaan Berbasikal itu akan melakukan rondaan se-cara berbasikal di taman-taman awam sekitar bandar raya Shah Alam untuk membantu mence-gah kes jenayah khususnya kes samun dan ragut di samping menguatkuasa peraturan dan undang-undang yang dikuat-kuasakan oleh MBSA.

Untuk permulaan, 12 unit basikal akan disediakan un-tuk menggerakkan unit ini dan jumlah basikal akan ditambah untuk memperkasakan unit supaya kawasan rondaan dapat diperluaskan ke kawasan lain.

Unit ini terdiri daripada anggota penguatkuasa MBSA dan akan dibekalkan keper-

Unit basikal pertingkat keselamatan bandar

luan tambahan seperti helmet basikal, sarung tangan, lampu keselamatan di hadapan dan di-belakang basikal dan lain-lain.

Majlis pelancaran disem-purnakan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan sam-bil diringi Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani yang di-adakan di Dewan MBSA Sek-syen 4, Shah Alam.

Selain itu, MBSA juga akan memulakan aktiviti rondaan bermotosikal bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Usaha ini akan dilakukan secara berterusan untuk me-mastikan keselamatan dan ke-tenteraman awam sentiasa ter-pelihara.

“Rondaan secara bersama ini juga selaras dengan penubuhan Unit Polis Bantuan MBSA yang ditubuhkan untuk mengawal lalu lintas dan kawalan trafik, menjaga aset-aset MBSA serta membuat rondaan bersama PDRM,” jelas Datuk Bandar.

Unit basikal yang membantu mengurangkan kes jenayah

Mohtar bertukar memorandum dengan Pengarah eksekutif Syarikat kris Biofuels Sdn Bhd, Tan U-Jiun, sambil disaksikan Datuk Bandar Shah alam

Page 12: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

COMBI didik masyarakat perangi nyamuk aedes

Selangorkini 15 - 22 November 2013 13

Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor?Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera di bawah.

majliS Perbandaran amPang jaya (mPaj)Tel : 03-4296 8000;Hotline : 1 -800-22-8100Laman Web: www.mpaj.gov.my

majliS daeraH Hulu SelangOr (mdHS)Tel : 03-6064 1331SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888Laman Web: www.mdhs.gov.my

majliS Perbandaran Klang (mPK)Kutipan SampahKlang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif )Pembersihan awam (Jalan dan Longkang)Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan)Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free)Laman web: www.mpklang.gov.my

majliS daeraH Kuala langaT (mdKl)Tel: 03-3187 2825SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888.Laman web: www.mdkl.gov.my

majliS daeraH Kuala SelangOr (mdKS)Tel: 03-3289 1439Laman web: www.mdks.gov.my

majliS daeraH SabaK bernam (mdSb)Tel: 03-3224 1655 / 1000Laman web: www.mdsb.gov.my

majliS Perbandaran Selayang (mPS)Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06Laman web: www.mps.gov.my

majliS Perbandaran SePang (mPSP)Tel: 03-8319 0200 / 0300Laman web: www.mpsepang.gov.my

majliS bandaraya SHaH alam (mbSa)Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878Website: www.mbsa.gov.my

majliS Perbandaran Subang jaya (mPSj)Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545Laman web: www.mpsj.gov.my

majliS bandaraya PeTaling jaya (mbPj)Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am)SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213Laman web: www.mbpj.gov.my

majliS Perbandaran Kajang (mPKj)Tel: 87377899

Hotline: 1-800-88-6755Emel: [email protected] Web: www.mpkj.gov.

my

Talian Hotline Kutipan Sampah

Oleh NAZLI IBRAHIM

PETALINg JAYA - Serentak dengan Program Gempur Aedes 2013 yang diadakan di seluruh Selangor, Maj-lis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan program Strategi Mo-bilisasi Sosial dan Komunikasi (Com-bi) bagi memupuk kesedaran kepen-tingan persekitaran bebas nyamuk aedes di kalangan masyarakat Peta-ling Jaya.

Program yang diperkenalkan Per-tubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu, MBPJ akan menggerakkan pelba-gai sektor komuniti bagi menangani isu kesihatan dalam komuniti, mewu-judkan rasa tanggungjawab bersama dan mempengaruhi orang ramai un-tuk mengukuhkan tinggah laku sihat dalam komuniti.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Da-tin Paduka Alinah Ahmad, berkata menjaga kebersihan bukanlah terle-tak di bawah tanggungjawab MBPJ sahaja, tetapi masyarakat turut me-mikul peranan sama.

“Orang ramai juga harus menjaga premis kediaman atau kedai masing-

masing, memastikan tiada tempat air bertakung untuk mengelakkan pem-biakan nyamuk aedes.

“Kerjasama orang ramai sebenarnya bukan sahaja membantu diri sendiri, keluarga dan jiran mereka, malah turut menyelamatkan nyawa, juga membantu PBT menjimatkan kos,” katanya dalam

program Gotong-Royong Selangorku; Program Gempur Aedes 2013 di sini.

Program Gotong-royong Sela-ngorku diadakan serentak di seluruh Selangor hari ini dan merupakan se-bahagian agenda Program Gempur Aedes Selangor yang diadakan sebu-lan bermula 1 November lalu.

KUALA SELANgOR - Penduduk di Daerah Kuala Selangor diminta untuk memastikan rekod kadar kes wabak denggi yang rendah agar kesihatan masyarakat terus terpelihara daripada wabak yang boleh menyebabkan maut itu.

Exco Kesihatan, Pembangunan

Usahawan, Sains, Teknologi dan Ino-vasi, Dr Daroyah Alwi, berkata kadar statistik denggi, negeri Selangor mem-punyai kes jangkitan denggi yang pa-ling tinggi di negara ini dan memer-lukan perhatian semua pihak untuk melaksanakan program bersepadu pembasmian dan pencegahan.

Gempur aedes di semua kawasan PBT“Namun Daerah Kuala Selangor

tidak mencatatkan kes wabak denggi yang tinggi dan tidak melibatkan se-barang kes kematian. Justeru dengan ini penduduk dan MDKS seharusnya mengekalkan prestasi ini,” kata Dr Daroyah.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Gotong Royong Perdana Gem-pur Aedes di semua PBT di DUN Bukit Melawati yang mana program itu turut diadakan serentak di 12 PBT seluruh Selangor.

Majlis itu juga turut disertai oleh Pegawai Penyelaras DUN Bukit Ma-lawati, S. Manikavasagam dan Setia-usaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Azahari Sairin.

Dalam program itu, Dr Daroyah juga turut serta dalam gotong-royong berkenaan serta memantau keadaan longkang-longkang seliaan MDKS serta lawatan kawasan kebun komu-niti sejurus selepas itu.

Program gotong- royong itu juga melibatkan kakitangan MDKS bagi mewujudkan kesedaran penjagaan kebersihan bersama.Dr Daroyah, turun padang bersama penduduk di Bukit Melawati

Menteri Besar melancarkan Program Gempur aedes 2013 peringkat Petaling Jaya

Page 13: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

Isu14 Selangorkini 15 - 22 November 2013

Lokasi tidak strategik jejas pendapatan pemandu teksi

OLEH NAEEM RAFFI

BANTINg - Lokasi hentian teksi yang tidak strategik menyebab-kan pendapatan golongan pe-mandu teksi yang mematuhi undang-undang terjejas.

Bukan sahaja pengguna bas di Perhentian Bas Banting tidak nampak teksi yang menanti, bahkan pengguna akan 'disapu' oleh kereta sapu dan teksi tidak berdaftar yang bergelandangan antara hentian teksi dan termi-nal bas.

Pengerusi Persatuan Pe-mandu Teksi dan Kereta Sewa Daerah Kuala Langat, John Mariappan, 37, mengeluh ma-salah ini berlarutan sejak 2008 lagi.

"Kedudukan lokasi baru ini tidak strategik kerana jauh dari terminal bas ditambah pula lokasinya agak terselin-dung menyebabkan ramai penumpang tidak mengetahui kewujudan hentian teksi di sini,"ujarnya.

Hentian teksi itu disewa di atas tapak Bazar Banting, yang turut memuatkan pelba-gai jenis gerai dan kedai kecil. Tapak itu dicadangkan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) susulan pemusatan perkhid-matan pengangkutan awam di

kawasan itu pada tahun 2004.Menurut pemandu yang

ditemui, pemaju yang mem-ba-ngunkan tanah seluas tiga ekar itu bagaimanapun tidak memuatkan rancangan hen-tian teksi yang cekap. Hentian yang disewa dari bazar itu tidak menghadap terminal bas.

John berkata ramai pe-numpang menggunakan per-khidmatan kereta sapu kera-na tidak mahu berjalan sejauh lebih 200 meter untuk ke hen-tian teksi.

"Kita tidak salahkan pe-numpang untuk memilih per-khidmatan kereta sapu. Kita fa-ham mereka mungkin dengan barangan dan beg berat atau mungkin juga warga emas su-kar untuk berjalan jauh ke hen-tian teksi, jadi mereka memilih kereta sapu.

"Perkara ini kami tanggung lebih dari lima tahun, penda-patan ahli berdaftar semakin hari semakin merosot kerana

kewujudan kelompok kereta sapu ini tidak ubah seperti mencuri penumpang kami," jelasnya.

Menurut John, pihaknya te-lah beberapa kali mengadakan sesi dialog dan perjumpaan

bersama Suruhanjaya Perkhid- matan Awam Darat (SPAD), Ja-batan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta agensi lain namun tiada tindakan sehingga kini.

“Kalau dahulu, ahli persatuan berdaftar sekitar 80 orang, tetapi

kini hanya tinggal 50 orang ke-rana ramai yang tak dapat cari makan. Ada juga yang bertindak menyertai kelompok kereta sapu untuk mendapatkan penum-pang dengan cara yang mudah,” jelasnya.

Palaniandy A/L Marippan, 55

"Memang susah mahu dapatkan pe-numpang, saya terpaksa tunggu hampir empat ke lima jam untuk dapat seorang penumpang.

"Pendapatan semakin hari semakin merosot, sehari saya bekerja lebih 12 jam dan pernah satu hari saya hanya dapat seorang penumpang dengan pendapatan untuk hari itu hanya RM20,"

Othman Ishak, 61

"Lokasi terselindung, pelanggan yang tidak biasa dengan kawasan ini memang tidak akan tahu dan mereka semua akan mengambil perkhidmatan kereta sapu yang berada di depan hentian bas.

"Sudah lima tahun, berapa lama lagi kami terpaksa hadap semua masalah ini,"

M. Kannan A/L Muniandy, 50

"Pendapatan memang terjejas, saya masih ada empat orang anak dalam tan-gungan dan isteri tidak bekerja.

"Kalau perkara ini terus belarutan, saya fikir ini bukan pekerjaan yang baik dan ra-mai rakan-rakan pemandu teksi telah berhenti dan bekerja dalam sektor yang lain,"

Reaksi Pemandu Teksi Cadangkan Kerajaan Negeri bina hentian teksi baruBANTINg - Masalah hen-tian dan pemandu teksi daerah Kuala Langat akan dipanjangkan ke Sidang De-wan Undangan Negeri Se-langor (DNS) yang akan bersidang 18 November ini supaya satu tindakan khusus dapat diambil pada

hentian teksi yang tidak strategik menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas

Perkara ini bukan janji kosong, saya telah meneliti belanjawan Kerajaan Negeri 2014 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi

HAsNUL BAHARUddINAdun Morib

kadar segera.Adun Morib, Hasnul Ba-

haruddin berkata beliau akan mencadangkan kepada Kera-jaan Negeri untuk mengam-bil semula tanah berkenaan daripada pemaju swasta, Eh-san Istimewa Sdn Bhd bagi pemba- ngunan hentian teksi yang le-bih cekap.

"Perkara ini bukan janji kosong, saya te-lah meneliti belanjawan Kera-jaan Negeri 2014 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi, di mana Kerajaan Negeri ber-sedia ambil alih mana-mana tanah milik swasta atau awam untuk kepentingan rakyat," jelasnya.

Hasnul berkata demikian ke-tika berucap dalam sesi dialog bersama pemandu Teksi dan Kereta Sewa di Bazar Banting

dekat sini, baru-baru ini.Hadir sama Adun Telok

Datok, Loh Chee Heng dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Hasnul berkata, de-ngan adanya hentian baru itu nanti, suasana perkhidmatan awam akan lebih lancar selain memudahkan orang awam menda-patkan perkhidmatan.

"Kalau dulu seba-gai penyelaras DUN Morib, agak terhad buat saya untuk ketengahkan isu ini.

"Namun dengan keme- nangan pada PRU-13 lalu, saya akan usahakan perkara ini.

“Saya dengan sokongan Adun-adun dan Ahli Parlimen Kuala Langat akan berusaha sebaik mungkin merungkai masalah ini," ujarnya.

Page 14: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTU SOLATSelangor

15- 22 November 201311 - 18 Muharam 1435H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

15 Jumaat 5:30 5:40 7:00 1:01 4:22 6:58 8:1116 Sabtu 5:30 5:40 7:00 1:01 4:23 6:58 8:1117 Ahad 5:30 5:40 7:01 1:01 4:23 6:58 8:1118 Isnin 5:31 5:41 7:01 1:01 4:23 6:58 8:1119 Selasa 5:31 5:41 7:01 1:01 4:23 6:59 8:1120 Rabu 5:31 5:41 7:01 1:02 4:24 6:59 8:1221 Khamis 5:31 5:41 7:02 1:02 4:24 6:59 8:1222 Jumaat 5:31 5:41 7:02 1:02 4:24 6:59 8:12

15 Jumaat 5:32 5:42 7:02 1:03 4:24 7:00 8:1216 Sabtu 5:32 5:42 7:02 1:03 4:25 7:00 8:1317 Ahad 5:32 5:42 7:03 1:03 4:25 7:00 8:1318 Isnin 5:33 5:43 7:03 1:03 4:25 7:00 8:1319 Selasa 5:33 5:43 7:03 1:03 4:25 7:01 8:1320 Rabu 5:33 5:43 7:03 1:04 4:26 7:01 8:1421 Khamis 5:33 5:43 7:04 1:04 4:26 7:01 8:1422 Jumaat 5:33 5:43 7:04 1:04 4:26 7:01 8:14

Selangorkini 15 - 22 November 2013 15Tempatan

Oleh SIRAJ MOHD ZAINI

PELABUHAN KLANg - Saiz mata keroncong pukat tunda 38 milimeter (mm) akan tetap dikuatkuasakan, tegas Penga-rah Perikanan Negeri Selangor, Mohd Suffian Sulaiman.

Tegasnya langkah itu perlu bagi memastikan industri peri-kanan dapat bertahan untuk ta-hun mendatang. Menurutnya lagi, penggunaan pukat tunda sebenarnya mengancam sumber perikanan, menjejaskan sumber pendapatan nelayan tradisi dan memusnahkan habitat marin.

“Pelaksanaan penggunaan mata keroncong 38mm untuk pukat tunda ini juga mengam-bil kira teguran alam sekitar oleh Jabatan Audit Negara yang menekankan perkara ini kerana peraturannya diluluskan untuk dikuat kuasa, sejak 1982.

“Peraturan ini juga dicetak dalam buku lesen setiap pemilik bot pukat tunda di bawah perka-ra lapan (saiz mata pukat), jadi tidak timbul mengapa nelayan pukat tunda tidak faham berke-naan perkara ini dan mahu ker-ajaan membatalkan syarat yang ditetapkan,” katanya.

Mohd Suffian, berkata de-mikian pada satu sidang media yang turut dihadiri kira-kira 40 Ketua Komuniti Nelayan di Selangor serta wakil persatuan nelayan di Pejabat Perikanan Daerah Klang, dekat sini.

Mohd Suffian berkata, per-jumpaan bersama pemilik bot dan nelayan di Sekinchan mendapat reaksi positif ber-banding sebelum ini kerana ke-

Pukat keroncong 38mm pelihara sumber perikanan

banyakan mereka sudah mula menukar pukat kepada saiz yang ditetapkan.

Katanya lagi, nilai ikan komer-sil tidak akan menjejaskan penda-patan nelayan bot pukat tunda. Beliau memetik kajian Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) di Batu Maung, Pulau Pinang pada 1997 dan panel bebas pada 2007 yang menunjukkan penggunaan saiz mata keroncong 38mm itu tidak mengurangkan berat tang-kapan ikan komersial.

“Peratusan komposisi ikan baja juga adalah lebih rendah iaitu kira-kira 25 peratus dan nilai tangkapan ikan komersial juga tidak berubah. Terdapat be-berapa negara luar yang sudah mengharamkan penggunaan pukat tunda di perairan negara mereka iaitu Indonesia, Jepun dan Hongkong,” katanya.

komuniti nelayan hadir dalam sidang media menyatakan sokongan terhadap penguatkuasaan saiz mata keroncong pukat tunda kepada 38mm

Pelaksanaan penggunaan mata keroncong 38mm untuk pukat tunda ini juga mengambil kira teguran alam sekitar oleh Jabatan Audit Negara yang menekankan perkara ini kerana peraturannya diluluskan untuk dikuat kuasa, sejak 1982

Mohd SuffiAN SulAiMANPengarah Perikanan Negeri Selangor

Page 15: RM37 juta, lima projek utama atasi banjir di Klang

Selangor Kini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

Rizab negeri hanya untuk projek penting dan kritikalOLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Rizab negeri tidak akan dibelanjakan sewenang-wenangnya tetapi hanya digunakan bagi melaksa-nakan projek-projek penting dan kritikal yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata rizab ini nanti akan ba-nyak membantu Kerajaan Negeri untuk mengharungi ekonomi gawat.

“Simpanan tidak bererti kita kena gu-nakan. Andai kata ekonomi Selangor te-ruk tahun depan, maka dengan adanya rizab ini kita boleh bertahan,” katanya.

Antara projek-projek kritikal yang di-maksudkan, antaranya pembinaan jam-batan ketiga Klang yang dianggarkan menelan kos kira-kira RM300 juta. Pro-jek ini dilihat perlu bagi mengurangkan kesesak-an trafik di bandar Klang.

Antara lain adalah pembinaan 5,000 unit Rumah Mampu Milik untuk golong-an berpendapatan rendah-sederhana di Selangor (RM100 juta), pemulihan pro-jek-projek terbengkalai (RM187 juta), meningkatkan bekalan air (RM100 ju-

RM100 juta 5,000 Rumah Mampu Milik

RM50 jutamitigasi banjir

RM100 juta

Meningkatkan Bekalan Air

Rizab Selangor

RM300 juta Jambatan ke-3 Klang

*llustrasi gambaran artis grafik

RM187 juta

Pemulihan Projek-Projek Terbengkalai

Simpanan

ta), dan mitigasi banjir (RM50 juta).Chang Khim berkata, menjadi amalan

biasa bagi kerajaan di seluruh dunia me-nyimpan rizab yang tinggi supaya da- pat menampung perbelanjaan jika ber-laku kegawatan ekonomi.

“Melihat kepada belanjawan negeri pada kadar RM1.6 bilion untuk tahun 2013, jelas menunjukkan rizab kita bukan besar sangat. Berkemungkinan belanjawan untuk tahun hadapan le-bih tinggi memandangkan kos pentad-biran dan pembangunan perlu diper-tingkatkan.

Chang Khim berkata demikian keti-ka diminta mengulas tindakan sesete- ngah pihak yang mempersoalkan keeng-ganan Kerajaan Negeri menggunakan rizab walaupun nilainya kini mencecah berbilion ringgit.

Melihat kepada belanjawan negeri pada kadar RM1.6 bilion untuk tahun 2013, jelas menunjukkan rizab kita bukan besar sangat. Berkemungkinan belanjawan untuk tahun hadapan lebih tinggi memandangkan kos pentadbiran dan pembangunan perlu dipertingkatkan

TeNg CHANg KHIMExco Kerajaan Tempatan