anda ada masalah - · pdf filekenali punca-puncanya dan atasi segera. disclaimer ... -...

43

Upload: lylien

Post on 05-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik
Page 2: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

Anda Ada MasalahLow Self-Esteem?

- Tim Infokerjaya -

Kenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera

Page 3: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

Disclaimer

Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis untuk tujuan peningkatan diri pembaca. Kaedah dan cara yang dinyatakan adalah kaedah yang telah terbukti memberi kesan kepada pemikiran dan peningkatan keyakinan diri pembaca. Jadikan ilmu dalam ebook ini sebagai panduan hidup harian bagi membina keyakinan diri terutama sekaliapabila berhadapan dengan pelbagai masalah sama ada dirumah, institusi pendidikan atau di tempat kerja. Isi kandungan ini tidak bermakna jika hanya dibaca dan tidak dipraktik dalam kehidupan harian.

Amaran

• E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources. • Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain.• Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.• Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui Tim Infokerjaya.• Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah daripada mana-mana website Tim Infokerjaya.• Jika Anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh  

Page 4: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

Isi Kandungan

Pengenalan : Memahami Isu Harga Diri 5Definisi Harga Diri 6Nilai Harga Diri 8Meningkatkan Harga Diri 11Mengapa Harga Diri Rendah? 13

- Penampilan Fizikal 14- Obesiti Dan Harga Diri 16- Dinamik Keluarga Dan Sosial 16- Dalam Keluarga 17- Perceraian 18- Tidak Ramai Rakan 19- Polar Dan Ketakutan 20- Kegagalan 20- Kepercayaan 22- Penolakan 23

Kekurangan Harga Diri 25Adakah Anda Ada Masalah Harga Diri? 25

- Ketagihan Dan Gangguan 26- Gangguan Makan Dan Makan Berlebihan 27- Mencederakan Diri 28- Kemurungan 29- Simptom Fizikal 30- Gangguan Tidur 31- Penyakit Pencernaan 32- Penyakit Kulit 32- Gemar Bersendiri 33

Punca Masalah Harga Diri 35- Ia Bermula Dari Dalam 36- Perasaan Anda 37- Suara Dalaman 39- Pengkritik Paling Buruk Anda Sendiri 40

Page 5: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

Pengenalan : Memahami Isu Harga Diri

Adakah anda menganggap diri anda seorang yang bangga? Mungkin tidak, kerana kita menyamakan bangga dengan keangkuhan dan megah diri. Seorangyang bangga sentiasa bercerita tentang apa yang mereka miliki,ke mana mereka telah pergi dan mengapa mereka jauh lebih baik daripada anda.

Adakah anda menganggap diri anda ada harga diri atau keyakinan diri? Bangga sering disamakan dengan keangkuhan. Harga diri dan keyakinan diri adalah hal yang kita kagumi pada orang lain dan inginkan pada diri kita.

Apabila kita lihat rakan sekerja membuat pembentangan dengan mudah di pejabat atau rakan sekelas membuat ucapan, kita terfikir bagaimana mereka melakukannya dengan begitu mudah dan kita mahukan keyakinan seperti mereka.

Apabila kita rasa gementar kerana sedikit penglibatan dalam aktiviti kelas atau pertanyaan diajukan kepada kita oleh bos, kita sedar betapa ruginya jika kita kurang berkayakinan diri.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan keyakinan diri? Mengapa hal ini baik, namun kita menganggap bangga sebagai suatu yang tidak baik?

Page 6: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 6

Mengapa perkara ini penting dalam kehidupan seharian? Bagaimana kekurangan harga diri boleh menyakiti anda dan bagaimana dengan ada harga diri yang cukup boleh menjadi asset anda? Sudah tentulahpersoalan paling utama, bagaimana anda boleh membinanya dalam hidup anda?

Definisi Harga Diri

Apakah sebenarnya harga diri? Bagaimanakah ia berbeza daripada bangga atau keangkuhan?

Untuk mendefinisikan istilah ini, fikirkan perkataan “hargai” secara umum. Apabila anda menghargai sesuatu, anda memberikannya suatu penghormatanyang tinggi. Jadi, harga diri bermakna anda memberi nilai kepada diri anda sendiri dan memberi penghormatan kepada diri anda sendiri.

Keyakinan diri boleh terhasil daripada harga diri dan biasanya mereka datang bersama. Apabila anda menghormati diri anda dan rasa layak dihormati, maka anda ada keyakinan dalam diri anda. Ini tidak bermakna yang anda tidak kenal kelemahan dan kesilapan anda tetapi, anda tahu secara keseluruhannya, anda juga penting dan berguna seperti orang lain.

Namun, bagaimana pula dengan bangga? Bagaimanaia berbeza dan mengapa bangga sering dianggap tidak baik? Perasaan bangga yang berlebihan bukan

Page 7: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

7 |

saja bermakna meletakkan nilai pada diri anda tetapi meletakkan nilai yang lebih tinggi daripada orang lain.

Apabila anda terlebih bangga, anda meletakkan lebih nilai ke atas diri anda lebih daripada yang diperlukan dan sering membiarkan diri yang bersikap menyakitkan perasaan orang lain.

Seorang yang amat bangga mungkin akan mengikut kemahuan diri mereka sendiri tanpa menghiraukan keperluan keluarga mereka. Mereka mungkin akan bercakap besar tentang sesuatu yang mereka milikidi depan orang yang tidak memiliki benda-benda tersebut, tanpa mempedulikan perasaan orang tersebut.

Dalam banyak keadaan, perasaan bangga sudah pasti akan membawa kepada tindak-tanduk yang menyakitkan tetapi mempunyai sedikit perasaan bangga bukanlah buruk. Apabila seseorang banggadengan rumah mereka, mereka akan menjaga dan membersihkannya.

Apabila mereka bangga dengan penampilan mereka, mereka jaga kebersihan diri mereka dan menguruskandiri, rambut dan pakaian mereka dengan baik. Berbangga dengan anak sendiri juga boleh menjadi hal yang baik.

Mungkin boleh dikataka, kata kunci di sini adalah seimbang. Anda boleh menghargai sesuatu tanpa perlu meletakkannya di tempat yang bukan untuknya.

Page 8: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 8

Anda boleh memiliki keyakinan diri dan sedikit rasa bangga tanpa menyakiti orang lain. Jika sikap anda seimbang, maka anda pasti boleh memiliki keyakinan diri dan harga diri tanpa perlu ada perasaan terlalu bangga.

Nilai Harga Diri

Mengapa perlu peduli tentang harga diri? Mengapa perlu bimbang tentang berapa banyak anda memilikinyadalam hidup anda dan bagaimana untuk tingkatkannya? Bukankah rendah diri baik?

Bukankah sepatutnya orang meletakkan diri sendiri di belakang dan mendahulukan orang lain? Sudah pasti pada masa tertentu, ini adalah benar. Kehendak seorang anak perlu didahulukan sebelum kehendak ibu bapa.

Menjaga kebajikan ibu bapa yang sudah lanjut usia adalah hal yang baik dilakukan sentiasa, apa jua jenis jagaan yang diperlukan. Budi bahasa sering mahukankita mendahulukan orang lain daripada diri sendiri seperti, apabila kita membenarkan kenderaan lain masuk dalam barisan trafik di hadapan kita atau apabila kita membuka pintu untuk orang lain.

Melakukan semua ini secara proaktif adalah berlawanan dengan bangga, di mana kita menjangka yang orang lain akan bukakan pintu untuk kita!

Page 9: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

9 |

Memiliki harga diri yang cukup adalah penting. Ini bermakna yang kita rasa bagus tentang diri kita sendiri, ada keyakinan untuk melakukan sesuatu bila diperlukandan akan memelihara diri kita sendiri daripada disakiti atau didera oleh orang lain atau oleh pemikiran kita sendiri.

Apabila seseorang mempunyai harga diri yang cukup,bermakna mereka tidak ragu-ragu untuk melibat sama dalam aktiviti, tidak menganggap orang lain memandang rendah pada mereka.

Mereka menjaga diri mereka sendiri, mempunyai keyakinan untuk mencuba perkara baru dan tidak terlalu kecewa atau putus asa jika mereka melakukan kesilapan atau buat kesalahan.

Lazimnya, seorang yang ada harga diri yang cukup lebihgembira. Mereka tidak mudah putus asa atau rasa ketinggalan kerana mereka tidak ragu-ragu untuk bersama dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Tetapi, apabila harga diri rendah, seseorang boleh jadi murung, ragu-ragu, risau dan mudah tawar hati. Mereka mungkin akan hilang perhubungan, rakan, peluang pekerjaan dan banyak lagi. Selalunya, mereka beranggapan yang hal-hal baik bukanlah untuk mereka dan mereka tidak berhak apapun dalam hidup.

Page 10: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 10

Bagi sesetengah orang, ini boleh memberi kesan kepada orang disekeliling mereka. Apabila seseorang mempunyai harga diri yang rendah, mereka mungkin akan ‘menurunkan’ pemikiran ini kepada anak-anak mereka.

Jika mereka sering membandingkan diri mereka dengan orang lain dan di dapati diri mereka ada kekurangan, anak-anak mereka juga akan melakukan hal yang sama. Jika mereka sentiasa mengatakan yang mereka tidak bagus dan tidak berhak mendapat apa-apa, anak-anak mereka juga akan belajar berfikir sebegini tentang diri mereka.

Mereka yang ada harga diri yang rendah mungkin membiarkan diri mereka dilayan dengan buruk oleh orang lain. Apabila anda tidak menghargai atau nilai sesuatu, anda tidak akan ambil peduli jika ia dilayan dengan teruk.

Hal ini benar bagi objek atau orang. Jika anda tidak menghargai atau rasakan anda bernilai, maka anda mungkin akan membenarkan orang lain untuk melayan anda dengan teruk. Ini akan membawa kepada perasaan tidak berguna dan anak-anak juga akan mengalami keadaan yang sama.

Ada banyak sebab mengapa anda perlu memikirkan cara untuk meningkatkan harga diri anda dan mengapaia amat bernilai untuk hidup anda. Dan tidak ada sebab untuk hidup tanpanya!

Page 11: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

11 |

Harga diri boleh diajar dan dipelajari. Ia juga boleh dipertingkatkan.

Meningkatkan Harga Diri

Adakah anda percaya yang anda boleh tingkatkan harga diri? Ia mungkin seolah sesuatu yang dimiliki atau tidak. Dan bagi sesetengah orang, mempunyai imej diri yang baik dan berkeyakinan tinggi seolah datang secara semula jadi.

Mereka boleh buat pembentangan kerja dengan mudah atau melalui situasi social tanpa banyak fikir.Kemungkinan besar mereka ini sudah melakukan perkara yang akan kita bincangkan dalam buku ini, sama ada mereka sedar atau tidak apa yang mereka buat.

Mereka mungkin telah memberitahu diri mereka sendiri yang mereka mempunyai nilai yang sama seperti orang lain dan mereka berhak mendapat setiap kebahagian yang mereka nikmati.

Mereka juga mungkin beranggapan yang mereka akan lakukan yang terbaik dalam pembentangan kerja, orang yang baru mereka jumpa akan menyukai mereka dan hal-hal lain seumpama ini. Mereka mungkin tidak sedar akan apa yang mereka lakukan tetapi beginilah cara mereka berfikir.

Page 12: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 12

Anda juga boleh belajar perkara yang sama. Anda boleh belajar pemikiran yang mengurangkan harga diri dan keyakinan diri anda.

Kemudian anda boleh belajar bagaimana untuk menggantikan pemikiran tersebut dengan yang lebih positif. Mengajar diri anda keyakinan dan belajar nilai diri anda sendiri mungkin susah sedikit, tetapi, ia boleh dilakukan.

Dalam buku ini kami akan tunjukkan kepada anda:

Sebab-sebab mengapa ramai orang mempunyaiharga diri yang rendah, termasuklah penampilan mereka, dinamik keluarga mereka, sikap dan pendapat mereka sendiri tentang sesuatu.

Bagaimana hendak tahu jika anda mempunyai harga diri yang rendah sehingga sesuatu perlu dilakukan.

Mengapa anda perlu faham bahawa harga diri dan keyakinan diri yang sebenar datang daripada dalaman dan bukan berdasarkan pandangan orang atau bagaimana orang lain melayan anda.

Cara lain untuk berfikir tentang diri sendiri dan bagaimana untuk menonjolkan keyakinan kepada dunia supaya tindakan orang lain akan mengikuti tindakan diri anda.

Page 13: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

13 |

Bagaimana untuk membina harga diri dan keyakinan diri di tempat kerja, di rumah, dalam perhubungan, di mana jua dan dalam apa jua yang anda buat.

Harga diri adalah komoditi yang bernilai dan sesuatu yang anda boleh pupuk dan bina, tidak kira berapa banyak kekurangan anda sekarang! Ia boleh membawa kepada lebih banyak keyakinan dan hasilnya, mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik, perhubungan yang lebih erat dan secara keseluruhannya lebih positif.

Jadi, jika anda sudah bersedia untuk membina harga diri untuk mendapatkan semula kehidupan anda, mari kita mulakan!

Mengapa Harga Diri Rendah?

Jika harga diri amat penting dan begitu bermanfaat, mengapa pada hari ini ia sangat kurang? Manusia mempunyai perasaan pemulihaaran diri, iaitu, mereka akan cuba menyelamatkan diri mereka sendiri apabiladalam bahaya, jadi mengapa tingkah-laku jenis ini tidak diterjemahkan ke dalam kesihatan emosi dan kehidupan?

Mengapa kita tidak secara natural meletakkan nilai kepada diri sendiri supaya kita boleh miliki benda-benda yang berhak dimiliki oleh semua orang dalam hidup, agar hidup kita menjadi lebih baik dan lebih memuaskan?

Page 14: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 14

Sudah tentulah jawapannya rumit dan berbeza bagi setiap orang. Apa yang menyebabkan harga diri anda rendah tidak sama dengan sebab orang lain seperti jiran atau anak anda.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor lazimyang biasa menyumbang kepada harga diri yang rendah. Mari kita lihat faktor-faktor ini dengan lebih mendalam lagi.

Penampilan Fizikal

Sebagai manusia, kita memang meletakkan nilai tertentu pada penampilan fizikal seseorang. Lazimnya,kita akan tertarik kepada mereka yang kita dapatipenampilan fizikalnya kelihatan menarik atau yang menarik perhatian kita.

Mereka yang secara fizikal kurang menarik didapati sukar untuk mendapat pasangan, mahupun pekerjaan. Sering kali kita menilai mereka yang kurang menarik secara fizikal sebagai yang kurang diingini atau mungkinberanggapan yang mereka malas, bodoh atau tidakkompeten, walaupun jika kita tidak sedar yang kita menilai mereka sebegini.

Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik. Penampilan seseorang mungkin tiada kaitan dengan sikap mereka. Membawa beberapa kilo berat badan yang berlebihan tidak bermakna anda malas, dan tidak

Page 15: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

15 |

memiliki penampilan diri yang cantik tidak bermakna anda bodoh atau tidak kompeten. Namun, orang masih menilai orang lain berdasarkan penampilan mereka.

Ini boleh menyukarkan mereka yang mempunyai penampilan yang kurang menarik untuk memiliki sedikit harga diri. Jika anda tahu yang orang menilai orang lain dengan penampilan mereka, dan tahu bahawa penampi-lan anda kurang menarik, adalah mudah untuk pandang rendah pada diri sendiri.

Oleh kerana anda mempunyai nilai yang rendah daripada apa yang dinilaikan orang, secara keseluruhannya anda rasa sebagai manusia yang serba kekurangan.Sudah tentu menjadi lebih sukar apabila orang secara terang-terangan melayan anda dengan cara yang berbeza kerana penampilan anda.

Apabila anda ditolak dalam perhubungan romantik atau ada orang yang memberikan komentar kesat dan kasar tentang penampilan anda, harga diri anda boleh jatuh merudum.

Memang sukar untuk berdepan dengan penolakan dan penilaian secara senyap terhadap penampilan anda, tetapi apabila hal itu terus-terang, maka ia menjadi lebih sukar!

Page 16: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 16

Obesiti Dan Harga Diri

Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes seolah mempunyai masalah khusus dengan harga diri kerana ia berkait rapat dengan penampilan mereka.

Dalam masyarakat hari ini, obesiti dilihat seolah menghidapi wabak penyakit! Apabila berat badan anda berlebihan, orang sering menganggap anda seorang pemalas, bodoh dan tidak berguna langsung.

Tidak mustahil bagi orang untuk mendiskriminasi orang gemuk dan obes, dalam perkara berkaitan dengan pekerjaan dan tempat tinggal.

Sudah pasti perkara-perkara tersebut tidak berkaitan dengan kegemukan. Tidak ada sebab untuk menilai seseorang kerana berat badan yang berlebihan. Tetapi realitinya, ia berlaku. Ini bermakna suatu bebanan yang berat terhadap harga diri yang rendah bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan.

Dinamik Keluarga Dan Sosial

Tidak dapat dinafikan bahawa keluarga seseorang dan perhubungan peribadi mempunyai kaitan yang banyak dengan harga diri seseorang.

Page 17: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

17 |

Mesej yang diterima semasa zaman kanak-kanak boleh menjadi agak sukar untuk dipadamkan daripadaminda dan cara seseorang dilayan oleh rakan serta perhubungan yang intim juga memainkan peranan yang besar.

Dalam Keluarga

Cara anak dididik mempunyai kesan jangka panjang pada kehidupannya. Jika anak itu diajar yang dia tidak berguna, bodoh, pemalas atau satu kesilapan, mesej ini sukar untuk diubah.

Ramai yang didera atau diabaikan semasa zaman kanak-kanak menderita masalah harga diri dan imej diri sepanjang hidup mereka.

Adalah mustahak untuk ambil perhatian bahawa, ini juga boleh bermakna penderaan mental dan emosi. Seorang anak tidak perlu didera secara fizikal untuk menderita jangka panjang. Kata-kata boleh menyakiti,dan seorang anak boleh terus mendengar kata-kata tersebut lama selepas ibu bapa berhenti mengucapkannya.

Ada cara lain yang dinamik keluarga boleh mainkan peranan apabila bercakap tentang harga diri yang rendah pada seseorang.

Page 18: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 18

Sebagai contoh, sesetengah keluarga mungkin pulaukan mereka yang tidak sependapat dalam isu politik. Mereka juga mungkin pandang rendah pada mereka yang tidak mendapat pendidikan di menara gading atau mengkritik pekerjaan atau keadaan kewangan seseorang atau pemilihan pasangan hidupmereka, cara mereka membesarkan anak-anak dan pelbagai sebab lain.

Perceraian

Perceraian dapat memberi kesan yang amat besar terhadap harga diri seseorang, terutamanya jika pasangan itu main kayu tiga atau melakukan sesuatu yang menyakitkan.

Amat mudah untuk terkesan dengan tingkah-laku mereka secara peribadi. Anda mungkin menganggap bahawa jika anda seorang yang lebih baik, mereka tidak akan memperlakukan kepada anda begitu. Malah, bekas pasangan anda mungkin berkata begitu kepada anda.

Kedudukan seseorang selepas perceraian, juga boleh memberi kesan kepada harga diri mereka. Rakan-rakan mereka mungkin pulaukan mereka atau abaikan mereka kerana rasa janggal. Keluarga mereka sendiri mungkinakan bertindak secara negatif, begitu juga dengan anak-anak. Semua ini boleh memakan harga diri seseorang setiap hari.

Page 19: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

19 |

Tidak Ramai Rakan

Cara rakan-rakan melayan mereka, juga memberi kesan kepada harga diri mereka. Sesetengah rakan mengejek dan mentertawakan yang lain, tanpa menyedari betapa sensitif rakan itu.

Mereka mungkin akan tinggalkan seseorang daripadaperancangan mereka dan bercakap tentang perancangan lain apabila di hadapannya.

Walaupun ini mungkin tidak disengajakan, ia masihboleh membuatkan seseorang rasa yang mereka kurang berharga atau ada sesuatu yang tidak kena den-gan diri mereka.

Apabila seseorang tidak mempunyai ramai rakan disebabkan oleh apa jua alasan, juga boleh merosakkankeyakinan diri mereka. Seseorang mungkin, pada peringkat umur tertentu, mungkin tidak gemar berjalan-jalan atau, cuma tidak mempunyai rakan kerana situasi tertentu dalam hidup mereka.

Apa pun alasannya, ini boleh merosakkan harga diri mereka kerana mereka akan tertanya-tanya adakah mereka masalahnya dan adakah mereka sebenarnya layak mendapat kawan?

Page 20: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 20

Polar Dan Ketakutan

Bayangkan sebentar bahawa setiap kali anda mahu membuka pintu peti sejuk anda, anda mendapat sedikit kejutan elektrik. Apa yang anda akan jangkakan pada kali berikutnya anda ke peti sejuk? Sedikit kejutan elektrik bukan?

Pola dalam suatu keadaan boleh memberi reaksi fizikal, mental dan emosi pada seseorang. Jika setiap kali anda melihat pakcik Jo mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar sehingga anda tidak rasa selesa, secara natural anda akan menjadi cemas setiap kali anda perlu berjumpa dengan pakcik Jo anda.

Jika bos anda kasar dan suka merendah-rendahkan anda, maka sudah pasti anda gentar dengan bunyi tapak kakinya.Terdapat banyak cara di mana pola keadaan ini boleh mencipta reaksi dan jangkaan dalam diri kita. Akibatnya, kurang harga diri, bergantung pada keadaan tersebut. Cuba pertimbangkan hal berikut:

Kegagalan

Katakanlah anda cuba sesuatu dan anda gagal atau kurang berjaya dalamnya. Ini mungkin sewaktu anda di sekolah dahulu, seperti anda tidak dapat sertai pasukan bola sekolah atau tidak terpilih untuk menjadi pengawas sekolah atau mendapat “D” dalam subjek kimia.

Page 21: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

21 |

Sudah pasti anda terasa sakit serta harga diri dan keyakinan diri anda tergugat. Katakanlah anda telah cuba beberapa perkara dan ia tidak menjadi seperti yang anda rancangkan.

Anda tidak mendapat kerja yang anda pohon, permohonan anda bagi mendapatkan pinjaman ditolak, bisnes yang baru anda mulakan perlu ditutup. Agaknya, bagaimana hal-hal ini memberi kesan pada harga diri anda?

Sudah tentulah jika anda cuba sesuatu dan gagal, anda mungkin boleh terus mencuba dan tidak pedulikannya. Anda mungkin tidak mendapat jawatan kerja yang anda pohon tetapi anda mendapat jatawan lain. Peminjam lain mungkin memberi anda pinjaman atau beberapa tahun kemudian anda memohon semula dan akhirnya dapat membeli rumah.

Semua orang pernah gagal dalam sesuatu dalam hidupmereka atau mereka tidak melakukan yang terbaik seperti yang mereka harapkan dalam percubaan pertama kali. Namun, kegagalan ini sering diperbesarkan berbanding dengan kejayaan yang jauh lebih banyak dicapai secara keseluruhan.

Tetapi apabila anda kelihatan gagal berkali-kali atau anda hanya tertumpu pada usaha-usaha yang gagal,perhubungan yang gagal dan keadaan yang seumpamanya, maka, amat mudah untuk terfikir yang anda tidak akan berjaya.

Page 22: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 22

Mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada anda, jika tidak, anda tidak akan selalu gagal, bukan? Pola ini boleh membawa anda kepada pemikiran sebegini dan akibatnya, merendahkan harga diri anda.

Tahap keyakinan anda juga terkesan dengan pola ini. Jika anda yakin yang anda akan gagal, mana mungkin anda boleh ada keyakinan untuk mencuba sesuatu? Kebolehan yang anda ada akan dibayangi dengan ke-gagalan berterusan yang anda lihat dalam kehidupan anda.

Kepercayaan

Pernahkah seseorang mengkhianati kerpercayaan anda? Mungkin pernah, kebanyakan orang pernah mengalaminya. Ia mungkin sesuatu yang lama dan kecil seperti rakan baik anda semasa darjah tiga memberitahu semua orang yang anda meminati seseorang, atau ia mungkin suatu yang lebih besar dan bermakna seperti pasangan yang bermain kayu tiga.

Dalam banyak cara, pengkhianatan kepercayaan memang menyakitkan. Sering kali orang yang mengkhianati kepercayaan dilihat seolah mereka mentertawakan kita, seperti rakan yang mempermain-mainkan perasaan minat anda pada seseorang di sekolah.

Page 23: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

23 |

Atau mereka boleh mengambil kesempatan ke atas kita – anda mempercayai pasangan anda, jadi, anda tidak selalu menyiasat pasangan anda, lalu mereka mengambil kesempatan ini untuk curang.

Namun, bagaimana pengkhianatan kepercayaan, lebih-lebih lagi apabila ia terjadi berkali-kali, sesuatu yang memberi kesan kepada harga diri anda? Apakah kaitan kedua-duanya?

Lazimnya kita terfikir, meskipun secara sedar, bahawa jika kita layak dipertimbangkan dan dihormati, maka orang tidak akan mengkhianati kepercayaan kita. Mereka tidak akan mengkhianati kepercayaan yang mereka hormati, jadi kita mendapat mesej itu dengan jelas – tetapi entah bagaimana, kita tidak setanding dengan mereka yang mendapat penghormatan dengan cara ini.

Penolakan

Semua orang berdepan dengan penolakan dalam hidup mereka. Tidak mendapat pekerjaan yang anda mohonadalah satu bentuk penolakan. Anda mungkin ditolakuntuk berpacaran atau perhubungan diputuskan. Bantuan anda ditolak, kenalan anda tidak menghubungi anda kembali.

Apabila pasangan meninggalkan anda atau apabila anak-anak membuat keputusan untuk tinggal dengan

Page 24: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 24

orang lain, semua ini adalah bentuk penolakan.

Dalam banyak kes, penolakan juga boleh dipandang ringan jika kita mempunyai cukup kekuatan untuk berbuat demikian. Apabila satu peluang untuk berpacaran gagal tetapi yang satu lagi mula membinaperhubungan dengan anda, maka, penolakan yang pertama tidak kelihatan teruk sangat.

Perceraian yang menyakitkan boleh menjadi ringan apabila kita mula perhubungan yang baru. Satu permohonan kerja ditolak tetapi syarikat lain mengambil anda, dan begitulah seterusnya.

Walaubagaimanapun, apabila penolakan menjadi satu pola, ini juga boleh menghakis harga diri seseorang. Jika anda layak, bernilai dan dihormati, maka orang akan mahukan anda, bukan menolak anda.

Malangnya penolakan boleh berlaku, bukan denganorang asing tetapi dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Seorang anak mungkin dilihat sebagai anak kesayangan.

Adik-beradik lain mungkin akan menolak anak tersebut dan menjadikannya bahan ejekan atau dibuli. Dalam sesetengah keluarga, seorang ahli keluarga mungkin ditolak jika pandangan mereka tidak sama dengan ahli keluarga majoriti, seperti tidak sama pandangan politik dan sebagainya. Ini semua boleh menyumbang kepada pola penolakan dan rasa teruk terhadap diri sendiri.

Page 25: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

25 |

Kekurangan Harga Diri

Bagaimana dengan anda? Mengapa kurang harga diri? Apakah isu-isu anda?

Jika anda seperti kebanyakan orang, anda mungkin berdepan dengan bukan satu tetapi pelbagai masalah berkaitan dengan harga diri anda. Anda mungkin sering ditolak semasa zaman kanak-kanak dan mungkin telah gagal banyak kali dalam pelbagai arena. Atau mungkin, anda telah menjadi gemuk dan pada masa yang sama diberikan surat perceraian.

Apa pun alasannya, masih ada harapan. Harga diri boleh didapatkan semula dan anda boleh belajar cara pemikiran yang sihat yang akan mendapatkannya semula. Tetapi, mula-mula, mari kita lihat sama ada anda benar-benar ada harga diri yang rendah dan jika benar, sampai tahap mana.

Adakah Anda Ada Masalah Harga Diri?

Jika anda ada harga diri yang rendah, anda mungkin sudah menyedarinya, tetapi bagi sesetengah orang, ia sukar dikenal pasti antara masalah harga diri rendah dan masalah mental dan emosi yang lain.

Mengalami hari yang kurang baik boleh menjadikananda rasa teruk tentang diri anda atau menerima kritikan boleh menyakitkan anda untuk beberapa hari,

Page 26: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 26

tetapi ini tidak bermakna anda menderita harga diri yang kronik.

Sudah pasti, isu ini boleh berkait dengan isu lain, seperti kemurungan, kerisauan, masalah stres pasca trauma, dan pemberi tekanan yang mimik simptom rendah harga diri dan kurang keyakinan diri.

Tetapi, ada beberapa cara untuk anda tahu jika anda menderita masalah harga diri. Pertimbangkan beberapa simptom berikut dan lihat jika ia ada pada anda.

Ketagihan Dan Gangguan

Oleh kerana kekurangan harga diri boleh membawakepada kemurungan dan kerisauan, ini bermakna seseorang boleh ‘lemas’ dalam ketagihan emosi dan tingkah-laku seperti gangguan makan (eating disorder).

Apabila anda menggunakan dadah atau minum benda yang memabukkan, anda mengeluarkan endorfin, suatu kimia dalam otak yang menenangkan anda.

Adalah biasa bagi seseorang yang kurang harga diri untuk terjerumus ke dalam banyak ketagihan. Anda mungkin tidak menyangka yang anda sebenarnya ada ketagihan dan mungkin menganggap bahawa anda menggunakan dadah atau bahan memabukkan hanya untuk berekreasi. Tetapi, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam hal ini.

Page 27: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

27 |

Pertama, dadah adalah salah di sisi undang-undang! Jika anda menggunakannya, mengapa anda mengambilrisiko untuk meringkuk dalam penjara dan membayar saman yang banyak hanya untuk rasa khayal?

Bercakap tentang minuman yang memabukkan, adakah anda sering mabuk? Adakah anda sering minum minuman memabukkan apabila anda mahu bergembira? Adakah anda, selepas mabuk, memandu kenderaan untuk pulang rumah?

Semua benda ini mungkin petanda, jika bukan ketagihan, pasti ia adalah masalah minum minuman yang memabukkan.

Gangguan Makan Dan Makan Berlebihan

Gangguan makan dan makan berlebihan adalah sama seperti ketagihan yang lain. Makan mengeluarkan endorfin yang sama dan menjadikan seseorang rasa seronok. Jika anda cenderung untuk sering makan berlebihan, makan sorok-sorok, atau pelahap, anda mungkin ada ketagihan makan seperti seseorang yang ada ketagihan dadah atau alkohol.

Kebanyakan gangguan makan adalah mengenai kawalan. Biasanya, seorang anoreksik mengawal secara keterlaluan berkenaan dengan pemakanan mereka, ini boleh menyebabkan gangguan.

Page 28: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 28

Hanya doktor sahaja yang boleh mendiagnos apa jua jenis ketagihan atau gangguan, tetapi maklumat ini sepatutnya dapat memberi anda suatu yang perlu difikirkan mengenai simptom harga diri yang rendah.

Jika anda sentiasa mencari dadah atau alkohol atau makan untuk rasa seronok, anda mungkin cuba menutup beberapa perasaan anda yang berkaitan dengan harga diri yang rendah.

Mencederakan Diri

Berkait rapat dengan ketagihan, dan gangguan adalah tingkah-laku yang mencederakan diri anda sendiri. Ini boleh bermakna, memotong, memukul dan tabiat yang seumpamanya.

Mereka yang rendah harga diri merasakan keperluan untuk menghukum diri mereka sendiri, mungkin rasa lebih terkawal apabila mereka mencederakan diri mereka sendiri atau perlu merasa sakit untuk rasa apa saja.

Mencederakan diri sendiri adalah hal yang serius dan orang itu perlu mendapatkan bantuan. Terdapat kumpulan sokongan dan doktor yang pakar dalam jenistingkah laku ini dan cara merawatnya. Membiarkan tingkah-laku ini boleh mengakibatkan masalah fizikal yang teruk, termasuklah jangkitan penyakit, parut dan seumpamanya.

Page 29: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

29 |

Kemurungan

Terdapat banyak sebab mengapa seseorang akan menderita daripada kemurungan klinikal. Sebagai contoh, ia boleh jadi disebabkan genetik, ia boleh jadi disebabkan situasi yang mereka alami (kehilangan kerja, perceraian terlalu lama, kematian seseorang yang rapat, berpindah tempat, penuaan, sindrom “sarang kosong”), atau ia boleh jadi hasil daripada pola pemikiran yang dipelajari.

Tetapi kemurungan juga boleh terhasil daripada harga diri yang rendah. Apabila anda meletakkan nilai yang sedikit terhadap diri anda sendiri, ini boleh membawakepada pemikiran negatif dan pemikiran “apa gunanya?”, yang lazim diungkapkan oleh mereka yang ada masalah kemurungan.

Apabila seseorang ada kemurungan, mereka sudah tidak lagi minat kepada benda-benda yang dahulunyamenggembirakan mereka. Ini termasuklah hobi, rakan-rakan, keluarga, kerjaya dan rekreasi.

Mereka sering tidak mahu pergi ke mana-mana atau lakukan sesuatu atau berada bersama sesiapa. Bolehkah anda nampak bagaimana kekurangan harga diri boleh menyebabkan masalah-masalah ini?

Apabila anda kurang harga diri, anda mungkin rasa seolah anda tidak layak untuk berada bersama dengan orang lain. Anda mungkin rasa gementar tentang semua

Page 30: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 30

perkara yang anda lakukan dan cara anda lakukan. Anda mungkin juga menganggap yang anda melakukan sesuatu dengan salah atau orang mentertawakan anda di belakang anda.

Jadi, tidak hairanlah seseorang yang kurang harga diri dan keyakinan diri, akan menderita kemurungan. Mana mungkin anda mempunyai minat dalam suatu hal atau menikmati persahabatan orang lain apabila anda menganggap bahawa semua yang anda buat adalah salah?

Bagaimana anda boleh menikmati semua ini apabilaanda beranggapan bahawa orang lain memandang rendah pada anda?

Sering kali masalah kurang harga diri membawa kepa-da kemurungan dan ini akan menjadikan seseorang rasa lebih teruk tentang diri mereka sendiri. Kitaran berbaha-ya ini boleh berterusan tanpa henti jika orang itu tidak berdepan dengannya dan mengatasinya.

Simptom Fizikal

Terdapat banyak simptom fizikal berkaitan dengan hargadiri yang rendah dan kemurungan, serta lain-lain penyakit emosi yang berkaitan dengan kedua-dua masalah ini. Minda dan badan saling berkait antara satu sama lain; sebarang situasi tekanan akan menyebabkan seseorang bertindak secara fizikal.

Page 31: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

31 |

Gangguan Tidur

Apabila anda menghadapi masalah harga diri, mungkin tidur anda akan terganggu. Sama ada anda sukar tidur atau tidur berlebihan.

Insomnia atau sukar tidur boleh berlaku kerana anda rasa kekurangan pada diri anda; anda berkalih-kalih atas katil kerana memikirkan semua kesilapan yang pernah anda lakukan dan betapa teruknya anda. Anda mungkin tidur berlebihan, tak mahu bangun daripada tidur kerana anda takut untuk hadapi hari baru.

Gangguan tidur juga boleh membawa kepada masalahfizikal yang lain. Apabila anda tidur terlalu banyak, metabolisme anda akan turun dan ini menyebabkan rasa seperti terhuyung-hayang dan kurang bertenaga sepanjang hari. Ia juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Tidak dapat tidur yang cukup bermakna badan anda tidak mendapat rehat yang cukup. Peredaran darah boleh terkompromi, bermakna kerosakan tisu boleh berlaku di keseluruhan badan.

Tidak mendapat tidur yang cukup bermakna, gangguanmood kerana otak juga menghadapi masalah yang serupa. Seseorang boleh menjadi cepat marah, kecewa, mudah terganggu dan terkejut.

Page 32: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 32

Sudah semestinya semua masalah ini boleh menyumbang kepada masalah harga diri! Anda tidak akan rasa gembira dengan diri anda sendiri jika anda sering melenting pada orang lain, sentiasa marah dan terganggu sepanjang masa.

Penyakit Pencernaan

Gangguan mental dan emosi sering menyebabkan sakit perut dan penghadaman. Biasanya, apabila badan menghadapi tekanan, perut akan merembeskan lebihbanyak asid untuk menghadam makanan dan mengosongkan perut supaya seseorang dapat bersedia secara fizikal untuk berdepan dengan konflik.

Tetapi, apabila anda tidak mencerna makanan dan anda mempunyai lebihan asid dalam perut, ini membawa kepada banyak penyakit percernaan seperti asid refluks, ketakcernaan (indigestion), kejang perut dan lain-lain penyakit.

Penyakit Kulit

Seorang yang mempunyai harga diri yang rendah boleh menunjukkan stresnya pada kulit. Ia mungkin bergerutu dan gatal-gatal, jerawat, kulit kering, kulit berminyak atau betompok-tompok.

Page 33: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

33 |

Hubungan antara masalah kulit dan gangguan emosimasih belum jelas tetapi ia boleh ada kaitan dengan harga diri yang rendah. Sudah tentu, mempunyai ku-lit yang kurang menarik bermakna, masalah tambahan kepada harga diri yang rendah!

Gemar Bersendiri

Apabila anda tidak gembira dengan diri anda sendiri, lazimnya anda tidak gembira bersama dengan orang lain. Anda mungkin menganggap bahawa orang lain pandang rendah pada anda, mentertawakan anda di belakang anda atau mengkritik anda kepada orang lain.

Anda juga mungkin menganggap bahawa anda melakukan sesuatu dengan salah dan anda rasa yang anda tidak sesuai atau tidak berhak untuk bersama dengan orang lain.

Ini boleh menyebabkan anda terus mengelakkan diri daripada situasi sosial. Anda mungkin mengelakkan diri anda sebanyak mungkin di tempat kerja yang boleh menyebabkan anda berjumpa dengan ramai orang, dan hal seperti masjid/tempat ibadat, makan malam keluarga atau keluar dengan rakan-rakan. Ramai yang mempunyai masalah harga diri, juga elak daripada perhubungan yang rapat.

Menghindarkan diri boleh menyebabkan lebih banyak masalah harga diri seperti, perasaan keseorangan dan

Page 34: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 34

kemurungan. Semakin seseorang itu terasing, merekaakan bertambah yakin bahawa mereka tidak berhak mendapat kawan dan bersosial. Maka, kitaran masalah harga diri akan beterusan.

Ini tidak bermakna yang seseorang perlu menjadi mesra sosial atau perlu terima setiap jemputan untuk bersosial, jika tidak, mereka ada masalah harga diri. Sesetengah orang memang secara semula jadinya gemar duduk di rumah.

Orang lain lebih selesa dalam kumpulan kecil dan mungkin tidak kenal orang lain yang mempunyai minatyang sama. Sesetengah keluarga tidak rapat dan tidakbersosial. Seseorang boleh melalui beberapa situasi yang menyebabkan mereka tidak selesa berada bersama dengan orang lain.

Tetapi, apabila mengelakkan diri menjadi tabiat, maka ia mungkin berkaitan dengan masalah harga diri. Apabila anda sentiasa lebih gemar berada di rumah seorang diri daripada keluar dengan orang lain, ini mungkin petanda suatu masalah yang serius.

Page 35: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

35 |

Punca Masalah Harga Diri

Sudah tentu salah satu cara paling mudah untuk tahu jika anda ada masalah harga diri adalah dengan tanyadiri anda sendiri. Adakah anda fikir yang anda ada masalah harga diri?

Adakah anda melihat diri anda sebagai seorang yang gagal, sebagai seorang yang tidak berhak untuk mempunyai kawan atau yang tidak berhak untuk gembira dan memiliki benda-benda yang baik? Adakah anda menganggap bahawa anda ditakdirkan gagal atau rosak atau tidak layak?

Jawapannya ialah, jika anda ada masalah harga diri, anda akan tahu. Anda tahu yang anda pandang rendah terhadap diri anda sendiri dan anda tahu yang anda tidak meletakkan nilai yang tinggi terhadap kebahagiaan anda sendiri.

Pertimbangkan beberapa simptom masalah harga diri ini dan secara serius memikirkan berapa banyak yang ada pada anda. Anda mungkin ada satu atau beberapa, dan sudah pastilah ia akan berada pada tahap yang berbeza dalam hidup seseorang.

Perhatikan idea anda dalam hal ini dan jika anda tahu yang anda ada masalah harga diri, bermakna, memang anda ada! Jadi, mari kita mula mengenalinya dan belajar untuk mengubahnya.

Page 36: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 36

Ia Bermula Dari Dalam

Orang sering menganggap yang mereka akan mempunyai lebih banyak harga diri jika orang lain melayan mereka dengan lebih baik. Memanglah cara orang lain melayan kita ada sumbangan dalam bagaimana kita melihat diri kita sendiri dan bagaimana pandangan kita terhadap diri kita sendiri.

Jika ibu bapa kita menolak kita atau adik-beradik membenci kita, itu boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang. Ditolak oleh pasangan melalui perceraian atau anak-anak yang telah meninggalkan kita, sudah tentu membuatkan seseorang rasa teruk.

Tetapi cuba fikirkan mereka yang kelihatan mempunyai keyakinan dan harga diri. Ingat kepada rakan sekerjayang membuat pembentangan dengan mudah dan tenang tanpa masalah. Dia mungkin pernah menderita kegagalan dan kekecewaan sebelum ini.

Anda mungkin kenal seorang kawan atau saudara yang sudah bercerai dan mereka tidak ambil peduli pun seberat anda. Semua orang ditolak atau gagal dalam sesuatu atau menderita kerana kadang-kadang mendapat layanan buruk daripada seseorang.

Jadi, apakah perbezaan keadaan-keadan ini dan kesan-kesan layanan ini pada anda? Jawapannya, mereka yang berkeyakinan dan mempunyai harga diri memberi perhatian yang lebih kepada suara dalaman

Page 37: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

37 |

mereka daripada bunyi suara-suara lain atau layanan buruk yang mereka dapat daripada orang lain.

Perasaan Anda

Mari fikir sejenak tentang kepentingan suara dalaman anda dan pendapat anda terhadap diri anda sendiri. Sebagai ilustrasi, mari ambil contoh sesuatu yang anda sangat-sangat suka.

Fikirkan kumpulan kugiran atau tempat pelancongan kegemaran anda. Anda amat suka perkara atau tempatini dan benar-benar menikmati setiap saat apabila berpeluang melakukannya.

Katakanlah ada orang mengatakan yang kumpulan kugiran ini bodoh atau mee itu tak sedap atau Pulau Kapas bosan. Orang mengkritik perkara yang anda amat suka; apa yang anda akan buat?

Apabila ini berlaku, adakah anda akan ubah pendapat anda terhadap perkara atau tempat yang anda suka? Adakah anda akan mula terfikir yang sebenarnya anda tidak suka kumpulan kugiran tersebut dan sebenarnya mereka teruk? Atau mee atau coklat atau kek keju itu tak sedap? Adakah anda akan mula rasa malas untuk ke Pulau Kapas atau New Zealand atau Disneyland untuk percutian tahunan anda? Mungkin tidak!

Page 38: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 38

Anda tahu bahawa hal-hal kegemaran yang anda nikmati ini tidak akan berubah walaupun mendapat kritikan hebat daripada orang lain. Anda juga tahu yang setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan.

Orang lain tidak perlu suka pizza untuk anda menyukainya dan orang lain tidak perlu nikmati pertunjukan di Disneyland untuki anda mengatakan ia paling seronok di dunia.

Tanpa disedari, anda mungkin juga menyedari bahawa kata-kata orang lain dalam hal ini mungkin mengurangkan sedikit keseronokan anda terhadap hal-hal tersebut.

Mungkin jumlah orang yang menyukai perkara yang sama adalah sama banyaknya dengan orang yang tidak menyukainya. Dengan kata lain, bagi setiap orang yang tidak suka sejenis makanan, mungkin akan ada orang lain yang menyukainya seperti anda.

Mungkin ramai orang yang suka muzik seperti anda atau nikmati percutian yang sama seperti anda. Jadi, biarkan saja pengkritik kerana mereka tidak penting untuk anda.Bagaimana pula dengan diri anda?

Mungkin ada ramai orang yang tidak suka anda atau yang telah memperlakukan anda dengan tidak baik sebelum ini. Tetapi mengapa perlu anda ubah pandangan anda terhadap diri anda sendiri?

Page 39: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

39 |

Jika anda menyayangi dan hargai diri anda sendiri,pendapat mereka sepatutnya tidak menggugat pandangan anda terhadap diri anda sendiri dan sudah semestinya kata-kata mereka juga bukanlah kata putus yang terakhir.

Orang yang berkeyakinan mengetahui hal ini, walaupun secara tidak disedari. Mereka menyukai diri mereka sendiri dan mereka tahu bahawa ada ramai orang di luar sana yang menyukai mereka juga.

Jadi, beberapa pengkritik yang ada dalam kehidupan mereka tidak memberi kesan kepada mereka. Pendapat pengkritik tidak mengubah pandangan yang mereka ada terhadap diri mereka sendiri.

Suara Dalaman

Sudah pasti anda telah dengar tentang suara dalaman dan mungkin anda sekarang faham mengapadan bagaimana percakapan anda di dalam, boleh menjadi lebih penting daripada apa yang anda dengar daripada orang lain di luar.

Suara dalaman anda boleh bekerja untuk kebaikan anda atau kemusnahan anda, bergantung pada apa yang anda cakap kepada diri anda sendiri. Anda boleh bina harga diri dan keyakinan anda sendiri dengan pemikiran anda atau dengannya, memusnahkan diri anda sendiri.

Page 40: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

| 40

Mari kita lihat bagaimana hal ini berlaku dari dua sudut isu ini.

Pengkritik Paling Buruk Anda Sendiri

Bagaimana suara dalaman anda bekerja untuk memusnahkan harga diri anda? Bagaimana pemikiran anda sendiri boleh digunakan untuk membuatkan anda rasa rendah diri terhadap diri anda sendiri dan mengurangkan keyakinan anda? Terdapat beberapa isu dalam hal ini.

Pertama, anda mungkin sering buat andaian tentangpandangan orang terhadap anda atau membuat andaian perkara buruk yang akan berlaku. Apabila anda dipanggil untuk membuat pembentangan di tempat kerja, anda mengandaikan bahawa semua orang fikir yang anda telah melakukan kerja yang tidak baik, anda membuat andaian yang anda akan kehilangan kerja, anda berandaian yang terburuk terhadap semua yang telah anda lakukan.

Lazimnya, suara dalaman itu boleh menguraikan apa saja dan semua perkara tentang diri anda sendiri. Anda mengkritik pakaian anda sendiri, pilihan kerjaya anda, hal yang anda beritahu kepada kawan anda semalam dan seterusnya.

Apabila suara dalaman anda kritikal sebegini atau mengandaikan yang terburuk terhadap diri anda, maka

Page 41: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

41 |

tidak hairanlah mengapa anda tidak mempunyai harga diri atau keyakinan diri.

Page 42: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik

RAHSIA RESUME KERJA

• Membantu anda membina resume kerja langkah demi langkah.• Menerangkan proses sesebuah resume dipilih untuk ke temuduga.• Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga daripada resume kerja anda.• Terus ke www.ResumeKerja.com

RAHSIA BIJAK TEMUDUGA

• Membantu persediaan temuduga anda.• Bagaimana menyediakan mental yang kuat sebelum hadir ke temuduga?• Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting persiapan untuk temuduga.• Dan Banyak lagi yang menarik di www.RahsiaBijakTemuduga.com

PANDUAN KERJAYA JURURAWAT

• Anda berminat menjadi Jururawat? • Menerangkan langkah demi langkah memohon jururawat kerajaan dan swasta.• Diterangkan dalam 7 Modul utama.• Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang murni dan lumayan.• Terus ke www.KerjayaJururawat.com

Forum Blog Facebook

www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com TimInfokerjaya

Page 43: Anda Ada Masalah -  · PDF fileKenali Punca-puncanya Dan Atasi Segera. Disclaimer ... - Kemurungan 29 ... Ini tidak bermakna ini adalah cara pemikiran yang baik