agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah rm1.4 juta baik ...€¦ · sekolah menengah kebangsaan...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA EDISI 18 - 24 Jun 2020, 26 Syawal - 2 Zulkaedah1441 Hampir 800,000 menganggur, tertinggi sejak lebih 30 tahun Solat Jumaat dibenarkan, jemaah patuhi SOP Unisel tawar biasiswa buat pelajar 10 DUN Hijrah Selangor selamatkan usahawan daripada muflis MUKA 9 MUKA 5 & 21 MUKA 20 MUKA 17 Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik pulih tanah mendap OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mempe- runtukkan RM1.4 juta bagi menjalankan kerja membaik pulih cerun susulan tanah mendap berhampiran pangsapuri Cemer- lang Heights di Gombak dekat sini. Dato’ Menteri Besar yang turut meninjau kawasan tersebut pada 13 Jun lalu men- jelaskan kerja berkenaan akan segera di- jalankan sebaik sahaja kontraktor dilantik. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Ma- jlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) turut diarah membantu menangani ma- salah itu. “Untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri su- dah meluluskan peruntukan RM1 juta me- nerusi Unit Perancang Ekonomi sementara RM400,000 lagi dari MPS,” katanya menerusi siaran televisyen 14 Jun lalu. Pengumuman itu dijangka melegakan lebih 50 pemilik unit yang dihimpit kebim- bangan berikutan tanah bahagian bawah rumah tiga tingkat mendap sejak April ta- hun lalu. Pada awalnya, mereka mengesan lubang sebesar bola di tepi rumah dan keadaannya semakin buruk apabila hujan. Persatuan penduduk juga membeli kan- vas untuk menutup kawasan terjejas bagi mengelakkan runtuhan tanah lebih teruk apabila hujan. Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan cek cura peruntukan menaik taraf infrastruktur Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika program Jelajah Silaturahmi Gombak 2020 pada 12 Jun lalu BERITA MUKA 3 & 4. Foto oleh Radin Wazir SHAH ALAM – Perniagaan ber- konsep pasar dan bazaria di Se- langor dibuka secara berpering- kat di lokasi terpilih mulai 15 Jun lalu dengan beberapa syarat ter- tentu. Pasar pagi, pasar tani dan pasar terbuka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 11 pagi, pa- sar malam (4 petang hingga 10 malam) dan bazaria (5 petang hingga 12 tengah malam). EXCO kerajaan tempatan ber- kata pengurusan dan kawalan perniagaan ditentukan pihak ber- kuasa tempatan mengikut ke- sesuaian lokasi selain mematuhi tatacara operasi piawai (SOP). Ng Sze Han berkata warga asing dilarang bekerja, manaka- la bilangan peniaga termasuk pembantu terhad kepada tiga orang. “Hanya dua individu beru- sia 13 tahun ke atas dalam satu keluarga dibenar masuk ke kawa- san pasar. Tiada had masa namun pengunjung digalakkan beredar selepas membeli,” katanya pada 12 Jun. Beliau juga menggalakkan penggunaan SELangkah (Lang- kah Masuk Dengan Selamat) di setiap lokasi bagi memudahkan penjejakan kontak jika berlaku jangkitan Covid-19. Pada 18 Mac lalu, kerajaan melarang pasar malam dan pasar tani menjalankan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Ka- walan Pergerakan bagi mem- bendung penularan virus. BERITA BERKAITAN MUKA 5 & 18 Perniagaan pasar, bazaria dibuka semula

Upload: others

Post on 16-Sep-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA EDISI 18 - 24 Jun 2020, 26 Syawal - 2 Zulkaedah1441

Hampir 800,000 menganggur, tertinggi sejak lebih 30 tahun

Solat Jumaat dibenarkan, jemaah patuhi SOP

Unisel tawar biasiswa buat pelajar 10 DUN

Hijrah Selangor selamatkan usahawan daripada muflis

MUKA 9MUKA 5 & 21 MUKA 20MUKA 17

Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah

RM1.4 juta baik pulih tanah mendapOLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mempe-runtukkan RM1.4 juta bagi menjalankan kerja membaik pulih cerun susulan tanah mendap berhampiran pangsapuri Cemer- lang Heights di Gombak dekat sini.

Dato’ Menteri Besar yang turut meninjau kawasan tersebut pada 13 Jun lalu men-jelaskan kerja berkenaan akan segera di-jalankan sebaik sahaja kontraktor dilantik.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Ma-jlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) turut diarah membantu menangani ma-salah itu.

“Untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri su-dah meluluskan peruntukan RM1 juta me-nerusi Unit Perancang Ekonomi sementara RM400,000 lagi dari MPS,” katanya menerusi siaran televisyen 14 Jun lalu.

Pengumuman itu dijangka melegakan lebih 50 pemilik unit yang dihimpit kebim-bangan berikutan tanah bahagian bawah rumah tiga tingkat mendap sejak April ta-hun lalu.

Pada awalnya, mereka mengesan lubang sebesar bola di tepi rumah dan keadaannya semakin buruk apabila hujan.

Persatuan penduduk juga membeli kan-vas untuk menutup kawasan terjejas bagi mengelakkan runtuhan tanah lebih teruk apabila hujan.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan cek cura peruntukan menaik taraf infrastruktur Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

program Jelajah Silaturahmi Gombak 2020 pada 12 Jun lalu BERITA MUKA 3 & 4. Foto oleh Radin Wazir

SHAH ALAM – Perniagaan ber- konsep pasar dan bazaria di Se-langor dibuka secara berpering-kat di lokasi terpilih mulai 15 Jun lalu dengan beberapa syarat ter-tentu.

Pasar pagi, pasar tani dan pasar terbuka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 11 pagi, pa-

sar malam (4 petang hingga 10 malam) dan bazaria (5 petang hingga 12 tengah malam).

EXCO kerajaan tempatan ber-kata pengurusan dan kawalan perniagaan ditentukan pihak ber- kuasa tempatan mengikut ke- sesuaian lokasi selain mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Ng Sze Han berkata warga asing dilarang bekerja, manaka-la bilangan peniaga termasuk pembantu terhad kepada tiga orang.

“Hanya dua individu beru-sia 13 tahun ke atas dalam satu keluarga dibenar masuk ke kawa-san pasar. Tiada had masa namun

pengunjung digalakkan beredar selepas membeli,” katanya pada 12 Jun.

Beliau juga menggalakkan penggunaan SELangkah (Lang-kah Masuk Dengan Selamat) di setiap lokasi bagi memudahkan penjejakan kontak jika berlaku jangkitan Covid-19.

Pada 18 Mac lalu, kerajaan melarang pasar malam dan pasar tani menjalankan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Ka-walan Pergerakan bagi mem-bendung penularan virus.

BERITA BERKAITAN MUKA 5 & 18

Perniagaan pasar, bazaria dibuka semula

Page 2: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

2Utama

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

SHAH ALAM – Sebarang aktiviti meliputi sektor ekonomi, sosial dan rekreasi di Se-langor perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Dato’ Menteri Besar turut mengingatkan kepentingan mengimbas kod QR aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Sela-mat) sebelum memasuki premis, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan.

“Kerajaan Negeri bertegas dan tidak teragak-agak menutup mana-mana premis atau kawasan berisiko jika gagal mematuhi arahan ditetapkan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada 11 Jun.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemuli-han berkuat kuasa antara 10 Jun hingga 31 Ogos ini dengan lebih banyak kelong-garan diberikan kepada orang ramai.

Patuh SOP atau premis ditutup

SHAH ALAM – Aktiviti pendakian dalam kumpulan tidak melebihi tiga orang dibe-narkan sepanjang Perintah Kawalan Perge- rakan Pemulihan (PKPP), kata Dato’ Menteri Besar.

“Pendaki dan pengurus taman perlu im-bas kod QR menggunakan SELangkah (Lang-kah Masuk Dengan Selamat), pakai pelitup muka, sentiasa amalkan kebersihan diri dan pastikan penjarakan sosial antara individu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada 12 Jun.

Beliau berkata kebenaran operasi turut diberikan kepada kelas muzik dan seni sepanjang tempoh berkenaan.

Mendaki, kelas seni dibenarkan

SHAH ALAM – Kerja baik pulih ta- nah runtuh di Taman Kelab Ukay, Hulu Kelang dijangka siap 1 Disember depan, kata ketua bahagian komunikasi korpo-rat Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Norhayati Ahmad berkata tempoh enam bulan diperlukan bagi meman-tau pergerakan tanah, pembaikan cerun, pembersihan tapak dan pembi-naan tembok penahan.

“Kerja penyiasatan tanah dan men-gukur kesan kerosakan di rumah ter-jejas sudah siap dan kini disusuli kerja mereka bentuk tembok penahan,” ka-tanya pada 15 Jun.

Pada 4 Jun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumum-kan peruntukan RM433,800 untuk baik pulih dan pengukuhan tebing Sungai Sering oleh Jabatan Pengairan dan Sa- liran negeri.

Kajian turut dilaksanakan di ka-wasan berkenaan yang berdepan ta- nah runtuh sejak beberapa tahun lalu, manakala Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperun-

Enam bulan pantau pergerakan tanah

SHAH ALAM – Persatuan Pen-duduk Taman Kelab Ukay, Hulu Kelang berharap kerja baik pu-lih tanah runtuh di belakang ru-mah mereka siap dalam tempoh enam bulan.

Pengerusinya Syed Zulkif-li Syed Masir berkata pihaknya kini menunggu perkembangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

“Ketika ini penduduk diberi bantuan sewa bulanan sehingga RM3,000. Namun, sudah tentu kami rindukan kediaman sendi-ri dan berharap kerja baik pulih siap dalam tempoh ditetapkan,” katanya pada 15 Jun.

Pada 30 Mei lalu, penghuni tujuh rumah di situ diarah men-gosongkan kediaman susulan tanah runtuh di belakang ru-mah teres dua tingkat.

Penduduk dipindahkan ke Hotel De Palma Ampang selama tujuh hari dengan sebahagian besar kos ditanggung sepenuh-nya Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri turut mem-beri bantuan sewa rumah RM1,000 selama enam bu-lan dan sumbangan RM500 manakala Kementerian Peru-mahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan sehingga RM3,000 bagi bantuan sewa.

tukkan RM2 juta bagi membina tem-bok penahan.

Pada 30 Mei lalu, penghuni tujuh ru-

mah di situ diarah mengosongkan ke-diaman susulan kejadian tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat.

Penduduk rindu rumah, harap siap segera

Pita kuning dipasang di kawasan kediaman terjejas tanah runtuh di Taman Kelab Ukay, Hulu Kelang pada 30 Mei

Pekerja membersihkan kawasan tanah runtuh di Taman Kelab Ukay, Hulu Kelang pada 30 Mei

SHAH ALAM – Pembinaan projek Rumah Selangorku diteruskan mengikut jadual selepas terhenti susulan Perintah Kawalan Pergera-kan bagi menga-wal penularan Co-vid-19.

EXCO peru-mahan berkata sasaran membina 30,000 unit rumah mampu milik kekal untuk tempoh lima tahun bermula 2019.

“Ia diteruskan memandangkan sektor pembinaan mampu merangsang pertum-buhan ekonomi,” kata Haniza Talha pada 16 Jun.

Sejak Januari 2014 hingga September ta-hun lalu, sebanyak 274 projek pembinaan Rumah Selangorku diluluskan meliputi 121,676 unit.

Rumah berkeluasan antara 700 hingga 1,000 kaki persegi dijual dari RM42,000 hing-ga RM250,000.

Rumah Selangorku diteruskan

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan melaksanakan program latihan kema-hiran khusus kepada golongan terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO pembangunan gene- rasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata program dengan kerjasama Pemerba-danan Menteri Besar (MBI) bertujuan

meningkatkan tahap kemahiran, latihan semula atau mempelajari kemahiran ba-haru bagi menyokong keupayaan sedia ada.

“Perincian pelaksanaan program akan diumumkan sedikit masa lagi dan perka-ra terpenting komitmen Kerajaan Negeri membantu golongan berkenaan.

“Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan rakyat untuk terus bersaing bukan sahaja di peringkat

negeri tetapi juga global,” katanya pada 16 Jun.

Pada 15 Jun lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan kadar pengang-guran negara meningkat 48.8 peratus kepada 778,800 orang setakat April lalu.

Angka tersebut menjadikan kadar pengangguran negara berada pada ta-hap lima peratus, tertinggi sejak 1989 kesan penutupan sebahagian besar per-niagaan sepanjang PKP.

Negeri sedia latihan kemahiran

Bantu golongan terjejas susulan PKP

Page 3: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

Utama3SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM – Rakyat Selangor digesa men-derma darah berikutan negara mengalami kekurangan bekalan pada kadar 40 peratus sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bekalan darah penting untuk membantu pesakit ter-utama mereka yang perlu menjalani pembe-dahan kompleks.

“Datanglah menderma di Hospital Teng-ku Ampuan Rahimah yang merupakan pu-sat kutipan darah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi Selangor atau kunjungi program derma darah anju-ran Pusat Darah Negara di negeri ini,” katan-ya pada 15 Jun sempena Hari Derma Darah Sedunia anjuran Pertubuhan Kesihatan Se-dunia (WHO).

Pada 14 Jun lalu, Ketua Pengarah Ke-sihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 2,000 beg darah secara puratan-ya didermakan rakyat dan digunakan bagi membantu 1,000 pesakit setiap hari.

Rakyat digesa derma darah

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM – Selangor berpotensi be-sar meneroka peluang dan pelaburan ba-haru terutama dalam aeroangkasa bagi merancakkan ekonomi negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata 62 peratus syarikat berkaitan bidang itu beroperasi di negeri ini dan berharap lebih banyak pihak mengambil peluang menjadi seba-hagian daripada ekosistem industri.

“Lebih 20 institusi pengajian tinggi

dan akademi di negeri ini turut menawar-kan pembelajaran berkaitan aeroangka-sa, (justeru) Selangor sangat berpotensi meneroka peluang tersebut.

“Kerajaan Negeri berharap lebih ban-yak syarikat di Selangor akan mengambil peluang menjadi sebahagian daripada ekosistem industri aeroangkasa sedun-ia,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Face-book pada 11 Jun.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar men-yasarkan Selangor sebagai pemain uta-

ma industri aeroangkasa peringkat glob-al pada 2030 yang diperkukuh melalui Pelan Tindakan Aeroangkasa kendalian Pejabat Koordinasi Industri Angkasa Se-langor Darul Ehsan.

Sepuluh tahun lagi, aktiviti pem-buatan aeroangkasa di Malaysia di-jangka menjana pendapatan RM21.2 bilion, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (RM20.4 bilion) manakala kejuruteraan dan reka bentuk (RM13.6 bilion).

Teroka pelaburan aeroangkasa

Negeri berpotensi besar rancakkan ekonomi

SHAH ALAM – Penumpang Bas Smart Selangor perlu mengimbas kod QR SE-Langkah (Langkah Masuk Dengan Sela-mat) di pintu masuk sebelum menggu-nakan perkhidmatan itu.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata pengguna diminta patuh tata-cara operasi piawai (SOP) ketika meng-gunakan pengangkutan awam bagi

mencegah penularan Covid-19.“Bas dibenarkan mengambil dalam

lingkungan 20 penumpang sahaja da-lam satu masa sebagai langkah kese-lamatan. Jadi orang awam perlu beratur dan jangan berebut.

“Penumpang diminta kekalkan pen-jarakan sosial, memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan sepanjang

menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor,” katanya pada 11 Jun.

Sze Han berkata pengguna tidak perlu bimbang kerana semburan nyahkuman sentiasa dijalankan mengikut jadual.

Pada 24 Mac lalu, perkhidmatan melibatkan 138 bas di 43 laluan dihenti operasi susulan penularan wabak Cov-id-19.

Bas Smart Selangor guna SELangkah

SHAH ALAM – Dato’ Menteri Besar mem-perkukuh silaturahim dengan berkun-jung ke rumah penduduk di sekitar De-wan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan parlimen Gombak sempena Aidilfitri pada 12 Jun lalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata zia-

rah rumah ke rumah diadakan mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

“Ziarah Aidilfitri rumah ke rumah men-jadi kebiasaan saya setiap tahun namun akibat Covid-19 ia ditunda selepas PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan dilaksanakan mengikut SOP.

“(Saya) mendengar keluhan menge-nai wabak dan berbincang jalan penye-lesaian boleh dibantu Kerajaan Negeri,” katanya.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Neg-eri Sungai Tua turut menyampaikan sum-bangan Aidilfitri.

MB santuni penduduk Sungai Tua, rai Aidilfitri

KUALA LANGAT – Arahan Perintah Ka-walan Pergerakan (PKP) Pentadbiran di Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni, Bukit Changgang di sini, ditamatkan pada 16 Jun.

Pegawai Tanah dan Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim berkata Kementerian Kesihatan Malaysia selesai melakukan uji-an saringan Covid-19 terhadap 4,697 pen-duduk di kedua-dua kawasan berkenaan.

Mohd Jusni berkata jumlah individu positif virus kekal sembilan orang dengan tujuh adalah warga tempatan manakala dua lagi pendatang asing yang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Pelaksanaan PKP secara pentadbiran dikenakan sejak 2 Jun lepas di kedua-dua taman perumahan itu berikutan wujudnya kes positif Covid-19 membabitkan 20 pek-erja pembersihan warga asing yang mengi-nap di kawasan berkenaan. – BERNAMA

PKP pentadbiran di Kuala Langat tamat

BANTUAN... Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau lokasi tanah mendap di pangsapuri Cemerlang Heights di Gombak pada 13 Jun lalu. Lebih 50 pemilik bimbang apabila lubang sebesar bola di tepi struktur kediaman mereka yang dikesan sejak April tahun lalu semakin merebak akibat hujan. Beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi menangani masalah itu.

SHAH ALAM – PKNS Uptown Shah Alam kembali beroperasi sepenuhnya bermula 15 Jun mengikut tatacara operasi piawai (SOP) bagi mencegah penularan pande-mik Covid-19.

PKNS melakukan sanitasi sebelum peni-aga dan pengunjung dibenarkan masuk di samping menempatkan anggota Rela bagi mempertingkat kecekapan pengawalan kawasan premis.

Pembukaan semula kawasan ini lang-kah tepat membantu lebih 400 peniaga kembali menjalankan aktiviti perniagaan di sini.

Uptown Shah Alam kembali operasi

Page 4: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

4Utama

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila MustaphaAzwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha

Aliff Fikri [email protected]

Sidang dewan ketatkan SOP

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM – Pengerusi Parti KEAD-ILAN Rakyat (KEADILAN) Selangor menganggap tindakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa keluar parti se-bagai pengkhianatan kepada rakyat.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang mengecam keputusan berkenaan juga menggesa Dr Daroyah Alwi me-letak jawatan sebagai ADN sekiranya masih bermaruah.

“Tindakan ini jelas satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat yang

memberi mandat jelas kepada Paka-tan Harapan (PAKATAN) untuk men-tadbir Selangor melalui pilihan raya umum ke-14 yang lepas,” kata Dato’ Menteri Besar dalam kenyataan pada 13 Jun.

Beliau menegaskan keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini membantu rakyat yang terkesan Covid-19.

Beliau turut memaklumkan urusan peletakan jawatan Dr Daroyah se-bagai timbalan speaker Dewan Neg-eri Selangor (DNS) diuruskan pejabat DNS melalui Speaker, Ng Suee Lim.

Dr Daroyah didesak kosongkan kerusi

Amirudin kecam tindakan keluar parti

SHAH ALAM – Wanita KEADILAN Selan-gor akan meneruskan agenda reformasi dan mempertahankan Kerajaan Negeri.

Kenyataan itu dibuat bersama Timbal-an Ketua Wanita Selangor Sangetha Jay-akumar, Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli, ADN Batu Tiga Rodziah Ismail dan ADN Permatang Ro-zana Zainal Abidin serta 18 ketua wanita cabang negeri.

Katanya, kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada peringkat pusat dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari pada peringkat negeri teguh untuk ter-

us memacu KEAD-ILAN.

“Wanita KEAD-ILAN Selangor akan terus teguh serta mengangkat martabat kaum hawa selaras se-mangat sama sejak era reformasi.

“ K a m i A D N Wanita KEADILAN Selangor dan Maj-lis Pimpinan Wani-ta Negeri Selangor termasuk 18 ketua

wanita cabang berikrar terus kekal set-ia bersama parti ini,” kata kenyataan itu pada 13 Jun.

Akar umbi KEADILAN Cabang Kapar turut menzahirkan taat setia dan sokon-gan penuh terhadap Anwar selaku pres-iden dan Amirudin sebagai pemimpin utama parti di Selangor.

Ahli-ahli parti dalam kenyataan berka-ta mereka akan terus mempertahankan mandat rakyat pada pilihan raya umum

lalu dan tidak berkompromi dengan pi-hak cuba merosakkan parti.

“Atas semangat KEADILAN dan taat se-tia kami kepada parti dan presiden, kami akan terus mendukung prinsip keadilan dan reformasi dengan tuntas.

“Parti KEADILAN Cabang Kapar masih kekal utuh dan komited meneruskan agenda membela nasib rakyat selari ide-alisme perjuangan KEADILAN,” kata ken-yataan tersebut.

Wanita KEADILAN ikrar pertahan Kerajaan Selangor

Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN bersama ADN Selangor berikrar terus kekal setia bersama parti itu

SHAH ALAM – Dato’ Menteri Besar menyalurkan RM50,000 kepada Sekolah Menengah Ke-bangsaan (SMK) Sungai Kertas, Gombak pada 12 Jun lalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari ber-kata ia bagi membina infrastruk-tur sekolah demi keselesaan pela-

jar dan kakitangan.“Bersama warga Sungai Tua di

Jelajah Silaturrahmi Daerah Gom-bak. Menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlu-kan di Sungai Tua.

“Saya turut menyerahkan sum-bangan RM50,000 kepada SMK

Sungai Kertas bagi tujuan pembi-naan infrastruktur sekolah,” tulis beliau di Twitter pada 12 Jun.

Amirudin merangkap Ahli De-wan Negeri (ADN) Sungai Tua turut menyerahkan bantuan ke-pada penduduk bagi meringan-kan beban mereka.

RM50,000 bina infrastruktur sekolah

Tindakan ini jelas satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat yang memberi mandat jelas kepada Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk mentadbir Selangor melalui pilihan raya umum ke-14 yang lepasAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

SHAH ALAM – Tatacara operasi piawai (SOP) bagi persidangan penggal ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) 2020 yang dijadu-alkan pada 13 hingga 24 Julai mewajibkan semua individu terlibat menjalani saringan Covid-19.

Speaker DNS Ng Suee Lim berkata ujian melalui kaedah pandu lalu dilakukan lima hari sebelum persidangan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

“SOP (persidangan) dikawal rapi iaitu semua Ahli Dewan Negeri (ADN), EXCO, kakitangan kerajaan dan wartawan terlibat termasuk Dato’ Menteri Besar akan dibuat saringan.

“Pemeriksaan suhu badan dilakukan di pintu utama untuk semua petugas sebelum dibenarkan masuk selain perlu mengimbas QR SELangkah (Langkah Masuk Dengan Se-lamat),” katanya pada 12 Jun.

Beliau berkata tiada keperluan men-gosongkan dan mengubah kedudukan kerusi setiap wakil rakyat di dalam dewan memandangkan jarak sosial tempat duduk menepati piawaian JKNS.

Rakyat boleh mengikuti perkembangan sidang yang disiarkan secara langsung me-nerusi saluran YouTube TV Selangor dan por-tal berita SelangorKini sepanjang tempoh dua minggu berkenaan.

Page 5: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

Utama5SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM – Masjid dan surau di Selan-gor kekal dibuka berperingkat walaupun kebenaran operasi diberi kepada semua rumah ibadat itu bagi zon hijau Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selan-gor berkata pembukaan semula rumah ibadat bergantung situasi semasa Cov-id-19 dan perlu mendapat perkenan Sul-

tan Selangor.“Setakat ini masih dibuka berpering-

kat, sebarang perubahan akan diumum-kan kelak,” kata Mohd Shahzihan Ahmad pada 15 Jun.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kese-lamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibuka semula kecuali zon merah selepas melihat kadar pematuhan tinggi jemaah dan pengu-

rusan terhadap tatacara operasi piawai (SOP).

Pada 14 Mei lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membenar-kan solat Jumaat di 39 masjid terpilih di Selangor dengan jemaah tidak mel-ebihi 12 orang terdiri pegawai dan ahli jawatankuasa masjid sahaja.

Bagaimanapun, bilangan ditambah kepada 40 orang berkuat kuasa 12 Jun lalu.

Masjid, surau kekal dibuka berperingkat

Perlu dapat perkenan istana

RAWANG – Pindaan undang-undang kec-il pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu untuk mem-bolehkan tindakan tegas diambil bagi mengekang penular-an kes denggi.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata keperluan itu dib-incang Kerajaan Negeri untuk mengelak timbulnya isu berkaitan pen-guatkuasaan.

“Undang-undang kecil kita kadang-ka-dang sangat susah dikuatkuasakan. Ini ker-ana kita kena cari pemilik untuk serah kom-paun dan (notis) tidak boleh tampal sesuka hati. Jadi tindakan undang-undang sukar,” katanya pada 9 Jun.

Beliau berkata lambakan rumah terbiar di pangsapuri menyukarkan badan pengu-rusan bersama (JMB) melakukan kerja pem-bersihan.

“Sikap penduduk enggan bekerjasama serta pembinaan struktur tambahan tanpa kebenaran di bawah rumah dikesan menjadi tempat pembiakan Aedes.

“Kalau tidak diselenggara dan tidak bebas denggi ia (kes) akan datang semula. Keban-yakan kawasan keluar (bebas) wabak sekejap sahaja dan kemudian masuk balik,” katanya.

Aedes: Pinda undang-undang PBT

SHAH ALAM – Sebanyak 61 daripada 99 lo-kasi panas wabak denggi di seluruh negara dikesan di negeri ini dengan kes tertinggi di Hulu Selangor.

Menurut Public Health Malaysia, Pang-sapuri Teratai di Hulu Selangor merekod-kan 131 kes diikuti Bandar Bukit Mahkota, Hulu Langat dengan 56 kes, Cyberia Smart Home, Sepang (54) dan Mentari Court, Pet-aling (39).

Lokasi baharu wabak turut dikesan di Taman Impian Ehsan di Hulu Langat den-gan sembilan kes, Taman Perindustrian Seri Kembangan, Petaling (tujuh) dan Pangsapu-ri Mawar, Hulu Selangor (10).

“Tatkala kita melihat kes Covid-19 turun kepada satu digit kes semalam (9 Jun), na-mun kes denggi menunjukkan peningkatan mendadak.

“Orang awam dinasihat sentiasa meman-tau keadaan sekeliling rumah dan tempat kerja, musnahkan kawasan pembiakan denggi serta laporkan kepada pihak berkua-sa dan ketua komuniti untuk pencegahan,” saran portal kendalian Kementerian Kesi-hatan Malaysia (KKM).

Pada 8 Jun, KKM menjangka gelombang kedua kes denggi mulai Jun hingga Septem-ber ini susulan peningkatan berterusan den-gan purata lapan peratus setiap minggu. Se-banyak 48,584 kes denggi dan 84 kematian dilaporkan sejak Januari hingga 6 Jun.

Lebih separuh lokasi panas kes denggi

SUBANG – Kerajaan Selangor melak-sanakan kempen BELI untuk mendidik pengunjung pasar pagi, pasar malam atau bazaria mengenai tatacara amalan baik ketika berurus niaga.

EXCO kerajaan tempatan Ng Sze Han berkata kempen itu diuar-uarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menge-lak wujud kluster baharu Covid-19 su-sulan pembukaan sektor itu.

“B ialah beratur dan amalkan pen-jarakan sosial, E ialah penggunaan e-dompet, L lajukan proses pembelian dan I imbas kod QR SELangkah (Lang-kah Masuk Dengan Selamat),” katanya selepas meninjau pasar pagi Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) pada 16 Jun.

Sze Han berkata pengunjung pasar harus akur dengan tatacara operasi pi-awai (SOP) dan tidak ambil mudah demi keselamatan.

Bermula 15 Jun, sebanyak 417 pasar dibuka seluruh Selangor secara berper-ingkat mengikut ketetapan PBT mas-ing-masing dan garis panduan Majlis

Keselamatan Negara.Pasar sekitar Shah Alam, Klang, Kuala

Langat dan Kuala Selangor dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun manakala sekitar Subang Jaya pada 16 Jun.

Kawasan Selayang bermula 17 Jun dan Ampang Jaya (18 Jun). Pasar sekitar Kajang, Hulu Selangor dan Sabak Ber-nam (19 Jun) manakala Petaling Jaya dan Sepang (20 Jun).

Kempen BELI elak kluster pasar

SHAH ALAM – Bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu berjemaah di 39 masjid di Selangor ditambah daripada 12 kepada 40 orang berkuat kuasa mulai 12 Jun.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selan-gor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah jumlah itu tidak termasuk peg-awai dan ahli jawatankuasa masjid serta jemaah diberikan kad.

“Bagi yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat hendaklah digantikan den-gan solat Zuhur di tempat masing-mas-ing. Solat berjemaah pula hanya dibe-narkan pada Subuh, Maghrib dan Isyak di 39 masjid yang sama,” titah baginda

pada 11 Jun.Baginda turut bertitah jumlah jemaah

yang boleh menunaikan solat di surau kekal tiga orang.

Pada 1 Jun lalu, Sultan Selangor men-itahkan jumlah jemaah mengerjakan so-lat berkenaan tidak melebihi 12 orang terdiri dalam kalangan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid sahaja.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan jemaah mematuhi garis panduan Majlis Keselamatan Nega-ra dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Titah baginda Jabatan Agama Islam Selangor akan memantau secara berter-usan memastikan arahan dipatuhi.

Sultan Selangor berkenan benarkan solat Jumaat

Sze Han melakukan imbasan kod QR menggunakan SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) sebelum masuk ke tapak pasar pagi MPSJ pada 16 Jun

Bagi yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat Zuhur di tempat masing-masing. Solat berjemaah pula hanya dibenarkan pada Subuh, Maghrib dan Isyak di 39 masjid yang samaSULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJDYMM Sultan Selangor

Page 6: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

6Utama

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

SHAH ALAM – Usahawan perlu mengubah pendekatan perniagaan dengan beralih ke-pada jualan dalam talian terutama ketika berhadapan penularan Covid-19, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata ia boleh dipelajari berperingkat melalui bimbingan kumpulan berpengalaman sekali gus mewujudkan pe-luang kerja baharu dalam bidang logistik.

“Jualan dalam talian bukan sahaja men-genai urus niaga barangan tetapi memberi manfaat dengan mewujudkan peluang pe- kerjaan baharu,” katanya pada 13 Jun.

Beliau berkata Kerajaan Negeri menekan-kan sistem perniagaan lebih sesuai dengan norma baharu kerana internet sebahagian keperluan asas.

Rodziah berkata Rantaian E-Bekalan Di- gital Selangor (Seldec) dapat membantu peniaga terutama luar bandar memasarkan produk selain melantik tiga perunding un-tuk membimbing 1,500 usahawan baharu.

Usahawan perlu ubah pendekatan

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan me- lantik lebih ramai wanita sebagai ketua kam-pung pada pemilihan baharu.

EXCO Pembangunan Luar Bandar Rodziah Ismail berkata ketika ini lima ketua kampung daripada 371 kampung tradisi di Selangor disandang wanita, antara tertinggi di nega-ra ini.

“Wanita juga diberi kepercayaan menyan-dang pelbagai jawatan di peringkat kam-pung antaranya sebagai setiausaha atau ahli jawatankuasa (AJK) biro Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Kita mahu meningkatkan pengliba- tan wanita dan sasaran 30 peratus wanita memegang jawatan ketua kampung akan dapat dicapai sedikit masa lagi,” katanya ba-ru-baru ini.

Lantik wanita jadi ketua kampung

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM – Seramai 1,000 peniaga menerima manfaat kursus perniagaan dalam talian secara percuma anjuran Ke- rajaan Negeri.

EXCO Pembangunan Luar Bandar Rodziah Ismail berkata ia melatih penia-ga menyesuaikan kebiasaan baharu bagi

membantu meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Rata-rata peniaga tidak lagi buntu da-lam berdepan situasi perintah kawalan dan berdasarkan maklum balas ramai pe-niaga makanan boleh meraih pendapa-tan mencecah RM3,000 sebulan.

“Ini membuktikan perniagaan dalam talian mampu menjana pendapatan

cuma mungkin sebelum ini kita tidak bi-asa dengan kebiasaan baharu,” katanya ditemu bual SelangorKini dan Selangor Journal.

Rodziah berkata Kerajaan Negeri be-razam mewujudkan pelbagai program keusahawanan di kawasan luar bandar selaras hasrat melahirkan lebih ramai pe-niaga atau usahawan berdaya saing.

1,000 peniaga terima manfaat

Kursus perniagaan dalam talian percuma

SHAH ALAM – Kanak-kanak di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) dan kos rendah di negeri ini bakal menerima ban-tuan makanan berimbang.

Inisiatif Nutrisi dan Diet Anak Harapan Selangor berada di peringat akhir me-nentukan jenis bekalan makanan sesuai kepada kumpulan sasar.

“Selama ini kita lebih tumpu kepada

masalah infrastruktur seperti bumbung bocor, lif rosak, air dan bil tertunggak sehingga lupa perkara utama iaitu nasib kanak-kanak yang juga generasi masa depan.

“Jumlah bantuan diberi mengikut bilangan anak di dalam rumah kerana kita tidak mahu ada yang tercicir," kata EXCO Kehidupan Bandar Haniza Talha

pada 10 Jun.Inisiatif tersebut bakal menggantikan

Program Bank Makanan Selangor yang dilaksanakan untuk membantu 2,000 ke- luarga miskin bandar.

Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertu-buhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018 mendapati pemakanan kanak-kanak di PPR kurang berimbang dan zat.

Makanan percuma untuk kanak-kanak

SHAH ALAM – Kerja pembersihan long-kang, jalan dan saliran di kawasan tempat letak kereta awam berhampiran Stadium Shah Alam, Seksyen 13 dilakukan segera bagi mengelak banjir kilat, kata EXCO in-frastruktur dan kemudahan awam.

Ir Izham Hashim berkata pihak berkua-sa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenal pasti longkang dan saliran ter-sumbat yang tidak dapat diselenggara mengikut jadual susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum ini kerja tergendala berikutan PKP, tetapi memandangkan sudah masuk fasa pemulihan kerja baik pulih dijalankan segera,” katanya selepas lawatan ke kawa-san tersebut pada 10 Jun.

Segera selenggara saliran, elak banjir

SHAH ALAM – Sejumlah RM150,000 di-sumbangkan Kerajaan Negeri kepada 30 rumah perlindungan dan pemulihan ri-qab seliaan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

EXCO pembangunan modal insan berkata sumbangan bagi meringankan beban pihak pengurusan melaksanakan program harian kepada golongan yang dibelenggu masalah sosial.

"Inisiatif Mais dan pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO-i) mewujudkan rumah ini usaha yang baik. Kita harap pihak pengurusan melakukan aktiviti berfaedah supaya golongan bermasa-lah kembali kepada fitrah sebenar," kata Mohd Khairuddin Othman pada 16 Jun.

Beliau berkata berdasarkan data Mais, bilangan remaja menjalani proses pemu-lihan di rumah tersebut meningkat 10

hingga 20 peratus antara 2017 hingga 2019.

Jelasnya, penambahan itu menunjuk-kan usaha Mais bersama NGO-i menyan-tuni golongan terbabit untuk kembali ke jalan benar membuahkan hasil.

Pada 2017, seramai 1,273 pelatih men-jalani pemulihan di rumah perlindungan Mais, 2,039 orang (2018), 2,260 (2019) dan 1,622 setakat Jun lalu.

RM150,000 laksana aktiviti rumah pemulihan Mais

Mohd Khairuddin menyerahkan cek cura kepada penerima pada program Santuni Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab Negeri Selangor pada 16 Jun

Page 7: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

Nasional7SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatud-din Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kesejahteraan buat rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Israel.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda menzahirkan rasa san-gat prihatin dan sokongan kepada rakyat Palestin yang terus dijajah dan ditindas rejim Israel.

Dalam kenyataan pada 14 Jun, Ahmad Fadil berkata baginda juga menyokong

usaha Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat an-tarabangsa yang jelas menentang pelan Israel untuk mengilhakkan sebahagian wilayah Palestin.

“Seri Paduka Baginda menyokong pendirian berprinsip dan tidak berbelah Kerajaan Malaysia dalam mengecam dan menolak pelan rejim Israel untuk mengil-hakkan (annex) sebahagian tanah-tanah Palestin yang ditakluki Israel sejak 1967 di Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan, seperti yang diumumkan oleh Israel sebe-

lum ini,” katanya dalam kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Ab-

dullah menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama Seri Paduka berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing agar rakyat Palestin dilindungi dan tanah air mereka dibebaskan daripada penjaja-han dan penindasan rejim Israel.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka turut menitahkan masjid dan surau di negara ini untuk mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT. – BERNAMA

Agong titah rakyat doa sejahtera untuk Palestin

SHAH ALAM – Tiada lagi pemeriksaan polis di setiap rumah bagi memantau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tugas menjaga keselamatan keluarga daripada dijangkiti Covid-19 menjadi tanggungjawab individu.

"Walaupun tidak ada polis mengawal, demi keselamatan diri kitalah yang perlu menjaga diri sendiri dan keluarga. Tidak ada petugas hadapan, maka kitalah yang sepatutnya men-jadi petugas hadapan," katanya pada 14 Jun.

Pada sambutan Aidilfitri, Majlis Kese-lamatan Negara (MKN) hanya membenarkan aktiviti ziarah rentas daerah pada hari pertama sahaja dan terhad 20 orang pada satu masa.

PKPP: Polis tidak lagi periksa rumah

KUALA LUMPUR – Malaysia diiktiraf se-bagai antara lima negara tebaik di du- nia dalam mengawal pandemik Covid-19, kata Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata Malaysia merupa-kan salah satu negara contoh, iaitu pener-imaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan, yang mendapat pengiktirafan dunia da-lam satu tinjauan global.

"Penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjauan global. Malaysia be-rada dalam kedudukan antara lima nega-ra terbaik dunia dengan 'public approval' atau penerimaan rakyat yang tertinggi,"

katanya pada 14 Jun.Beliau berkata Perdana Menteri Tan

Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputu-san besar dan mencabar dalam memper- kenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, selain turut me- laksanakan kawalan ketat menerusi Per-intah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan bertujuan mengekang penularan wabak dalam ko-muniti.

Jelasnya, hasil kerjasama baik seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan membantu ke- rajaan dalam melandaikan lekuk Covid-19 di negara ini.

"Kerjasama yang diberikan seluruh rak-

Kawal penularan Covid-19

Malaysia diiktiraf lima negara terbaik

SHAH ALAM – Kerajaan membenarkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan beroperasi semula dengan jumlah jemaah satu pertiga daripada kapasiti sebenar ke-cuali di kawasan zon merah, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembukaan rumah ibadat di negeri lain

tertakluk kepada keputusan pihak berkua-sa agama masing-masing.

"Memandangkan kadar pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) yang tinggi, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Menge-nai Pelaksanaan PKP memberi kebenaran beroperasi kepada semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan ke-

cuali yang berada di zon me-rah," katanya pada 15 Jun.

Pembukaan semula turut diberikan kepada 5,230 rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara, tertakluk kepada Ke- rajaan Negeri.

Keputusan dengan keha- diran satu pertiga daripada ke- luasan premis dibuat selepas perbincangan Kementerian Perpaduan Negara bersama 16 badan dan persatuan agama.

Masjid, surau di Wilayah Persekutuan dibuka

yat serta pengorbanan besar daripada (petugas) barisan hadapan, (hasilnya) kita telah berjaya mengawal jangkitan dengan meratakan lengkung pande-mik itu," katanya. – BERNAMA

Page 8: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

8Nasional

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

SHAH ALAM – Kerajaan kekal tidak mem-benarkan rakyat ke luar negara kecuali atas alasan tertentu, malah perlu memohon kebe-naran Jabatan Imigresen.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan sama turut terpakai untuk warga asing yang mahu ke Malaysia kerana pintu sempadan belum dibuka.

“Pintu sempadan kita masih ditutup kepada semua termasuk rakyat atau warga asing ke- cuali untuk kes tertentu seperti pelajar mahu pulang untuk menduduki peperiksaan,” kata- nya pada 14 Jun.

Sempadan negara masih ditutup

BAGAN SERAI – Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap la-rangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pandangan orang ramai yang menyatakan larangan itu tidak lagi dilak-sanakan adalah tidak tepat, sebaliknya pen-guatkuasaan berkurangan kerana memberi tumpuan terhadap usaha menangani penu-laran Covid-19.

“Kempen tersebut masih diteruskan dan ia tidak dihentikan.

“Penguatkuasaan kurang kerana ketika ini, negara memberi fokus terhadap Covid-19 malahan kedai makan tidak dibuka (dan tidak boleh makan dalam premis) sejak tiga bulan lepas disebabkan Perintah Kawalan Pergera-kan,” katanya pada 13 Jun.

Dr Noor Azmi berkata kerajaan akan mem-bentangkan rang undang-undang kawalan tembakau yang sebelum ini diletakkan di bawah Akta Makanan 1983 di Parlimen tidak lama lagi dan draf mengenainya sedang diteliti Pejabat Peguam Negara. – BERNAMA

Larangan merokok kedai makan kekal

KUALA LUMPUR – Majikan diminta mengu-tamakan warga tempatan dalam pemberian pekerjaan di negara ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata ada antara majikan dilihat lebih gemar menggaji warga asing berban- ding pekerja tempatan.

“Saya bersetuju bahawa ada sektor yang memerlukan pekerja asing kerana kita masih belum bersedia. Contohnya, di sektor perla-dangan kita perlukan pekerja asing. Tetapi bagi kerani di pejabat sektor perladangan tidak perlu (menggaji) pekerja asing.

“Sama seperti stesen minyak, pekerja asing diluluskan bekerja sebagai jurupam, tetapi kita dah mula lihat di kaunter stesen minyak dah ada pekerja asing. Ini amalan yang buruk,” katanya pada 10 Jun. – BERNAMA

Menteri saran ambil pekerja tempatan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan pros-es pengajaran dan pembelajaran (PdP) norma baharu yang akan ditempuhi pelajar sejurus sekolah dibuka pada 24 Jun ini berlangsung dalam keadaan se-lamat.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Jidin berkata ibu bapa tidak per-lu bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah, sebaliknya perlu memainkan peranan dengan memasti-

kan keadaan kesihatan pelajar tersebut sebelum dihantar ke sekolah.

“Pergerakan pelajar juga akan sentia-sa dipantau oleh guru. Kita cukup teli-ti dalam menghasilkan garis panduan tersebut bersama KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Majlis Kese-lamatan Negara (MKN), bermula dari pagar sekolah sejurus pelajar tiba di sekolah sehingga mereka pulang.

“Peranan ibu bapa amat kita hargai, pastikan anak-anak yang tidak sihat jan-

gan dihantar ke sekolah, ini cukup pent-ing,” katanya.

Pada 10 Jun, Radzi mengumumkan sekolah di seluruh negara dibuka sem-ula mulai 24 Jun ini namun hanya mel-ibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dan antarabangsa yang setara membabitkan 500,444 pe-lajar di 2,440 sekolah menengah ke-bangsaan dan sejumlah sekolah antara-bangsa. – BERNAMA

Sesi persekolahan norma baharu selamat

Pastikan anak-anak sihat

SHAH ALAM – Prasekolah dan tabika dibuka semula mulai 1 Julai setelah Kemen-terian Pelajaran Malaysia (KPM) memperincikan tataca-ra operasi piawai (SOP) dalam masa terdekat.

Menteri kanan (kese-lamatan) berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada 15 Jun.

“Mesyuarat Khas bersetuju pembukaan prasekolah dan tabika bermula 1 Julai 2020. SOP yang terperinci akan diu-mumkan oleh KPM,” kata Da-tuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan itu membabit-

kan 6,216 prasekolah di bawah KPM, 7,887 swasta, 1,781 tabika di bawah Ke-menterian Perpaduan Nega-ra serta 8,530 tabika Kemas kelolaan Kementerian Pem-bangunan Luar Bandar.

Operasi tabika dihenti-kan sejak 18 Mac lalu susu-lan penularan Covid-19 ke-tika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KPM sebelum ini mengu-mumkan pembukaan sem-ula sesi persekolahan pada 24 Jun membabitkan pela-jar tingkatan 5 dan 6 yang menghadapi peperiksaan utama.

Prasekolah, tabika dibuka mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR – Orang ramai diin-gatkan untuk berhati-hati dan tidak sesekali berurusan dengan pihak yang menawarkan visa diurus sendiri untuk menunaikan haji berikutan kerajaan menangguhkan penghantaran jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah itu

pada tahun ini.Lembaga Tabung Haji (TH) dalam ken-

yataan pada 14 Jun menyatakan penang-guhan itu turut melibatkan semua bakal haji termasuk yang bercadang menggu-nakan visa yang diuruskan sendiri iaitu visa furada.

“Kerajaan telah menangguhkan (penghantaran jemaah haji Malaysia untuk menunaikan) ibadat haji tahun ini kerana mementingkan keselamatan dan kesihatan bakal jemaah khususnya dan rakyat Malaysia amnya,” menurut kenyataan itu.

Menurut TH, tiada sebarang kuota khas diperuntukkan kepada mana-ma-na PJH atau agensi pelancongan swasta.

“Berikutan nasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 6 Mac un-tuk menangguhkan sebarang komitmen kewangan bagi musim haji tahun ini, TH turut memaklumkan perkara yang sama kepada semua 24 syarikat PJH untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Maklum balas yang diterima dari-pada PJH, mereka telah membuat per-ancangan sewajarnya berkaitan sewaan hotel penginapan manakala urusan penerbangan belum dimuktamadkan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Waspada pihak tawar visa urus sendiri tunai haji

Page 9: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

Nasional9SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM – Ahli parlimen Pakatan Hara-pan (PAKATAN) diminta terus mara sebagai satu kumpulan bagi mengembalikan man-dat rakyat, kata presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PAKA-TAN ketika ini mempunyai 107 Ahli Parlimen dan beliau mahu mereka perlu berganding bahu.

“Kecelaruan, kebobrokan, rasuah perlu di-hentikan. Semalam (9 Jun) kita capai keputusan bersama Parti Amanah Negara (AMANAH), DAP, kelompok BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Ma-laysia) bersama Tun ( Tun Dr Mahathir Moham-ad) dan WARISAN (Parti Warisan Sabah) dipimp-in Shafie (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal).

“Apa pun strategi kita harus bersama, membangkang harus teguh,” katanya pada 10 Jun.

Pada 9 Jun lalu, mesyuarat PAKATAN ber-langsung kira-kira tiga jam di ibu pejabat KEADILAN bagi memutuskan hala tuju poli-tik gabungan tersebut.

Kembalikan mandat rakyat, henti rasuah

SHAH ALAM – Indeks jenayah sepanjang 84 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP) dan PKP Bersyarat turun sebanyak 46.7 peratus, kata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Datuk Huzir Mohamed berkata sebanyak 10,134 kes pelbagai kesalahan jenayah di-laporkan mulai 18 Mac berbanding 19,014 kes dalam tempoh 84 hari sebelum PKP.

“Kes jenayah terbahagi kepada dua iaitu jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol dan samun serta jenayah harta benda melibatkan curi kenderaan dan pecah rumah.

“Maknanya dalam tempoh PKP dikuat kua-sa keadaan negara amat selamat dengan in-deks kes kurang sebanyak 8,880 kes,” katanya seperti dilapor Astro Awani pada 11 Jun.

Indeks jenayah turun 46.7 peratus

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibra-him mengkritik sikap sesetengah pihak yang membiarkan ‘perompak’ men-gaut kekayaan negara dilepaskan be-gitu sahaja.

Ketua pembangkang juga kesal beri-kutan Kerajaan Persekutuan cuba melem-butkan hati rakyat supaya menghalalkan perbuatan tersebut melalui pemberian bantuan.

“Orang ambil ringan, jika dapat RM400 tak apalah, rompak-rompaklah, sedang-kan lupa jika kita tidak betulkan hutang negara, yang akan bayar adalah rakyat,” katanya tanpa menjelaskan butiran ban-tuan tersebut.

“Negara akan bayar hutang dengan cara meningkatkan cukai, cukai yang dibayar oleh rakyat.”

Pada 14 Mei lalu, Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib Razak, dile-pas tanpa dibebaskan dar-ipada pertuduhan pengu-bahan wang haram RM1.25 bilion berkait kes penye-lewengan dana 1Malaysia Development Berhad.

Pada 9 Jun lalu, bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pula dilepas dan dibebaskan daripada semua 46 tudu-

han rasuah serta pengubahan wang ha-ram berhubung kontrak konse-si balak di Sabah.

Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) turut men-gulangi kecaman terhadap sikap pemimpin yang meng-umpul kekayaan dengan mem-bolot pelbagai jawatan penting kerajaan.

“Hentikanlah nafsu serakah mengumpul kekayaan, ini

orang yang sama jadi ahli parlimen dan dialah orang sama menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” te-gasnya.

Jangan biar ‘perompak’ dilepaskan

SHAH ALAM – Kadar pengangguran negara meningkat kepada 48.8 peratus kepada 778,800 orang setakat April.

Ketua Perangkawan Malaysia berkata angka tersebut menjadikannya berada pada tahap lima peratus, tertinggi sejak 1989 berikutan penutupan sebahagian besar perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) jumlah penduduk bekerja pada April menurun 299,000 daripada keseluruhan 15.23 juta direkodkan pada Mac lalu.

“Pekerja paling terjejas adalah sek-tor pembuatan dan perkhidmatan iaitu penginapan, makanan dan minuman; kesenian, hiburan, rekreasi serta perkh-idmatan lain seperti pusat kecantikan dan salun,” kata Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada 15 Jun.

Mohd Uzir berkata laporan mendapa-ti 2.59 juta rakyat bekerja sendiri seba-hagian besar peniaga atau pengusaha kecil di pasar tani, pasar malam, kater-ing, gerai, pekerja bebas, pekebun kecil dan pelancongan, terdedah risiko kehi-

langan pekerjaan dan pendapatan beri-kutan PKP.

Katanya, PKP turut memberi kesan kepada 4.87 juta penduduk yang tidak bekerja pada April lalu namun kumpu-lan tersebut tidak dikategorikan pen-ganggur kerana mereka akan bertugas semula.

Kali terakhir Malaysia merekodkan ka-dar pengangguran tahunan lima pera-tus pada 1989 dan kadar tertinggi pada 1986 (7.4 peratus) manakala tahun lalu (3.4 peratus).

778,800 menganggur, tertinggi sejak 1989

KUALA LUMPUR – Malaysia menerima pela-buran langsung asing berjumlah RM31.7 bilion pada tahun lepas, naik sebanyak 3.1 peratus daripada RM30.7 bilion dicatatkan pada 2018, kata Jabatan Perangkaan Malay-sia (DoSM).

Pada masa sama, pelaburan langsung di luar negara pada 2019 juga merekodkan per-tumbuhan sihat sebanyak 26.5 peratus pada RM26.1 bilion.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia menunjukkan keadaan ekonomi memberangsangkan dalam negara sehingga berupaya menar-ik pelabur asing dan mendorong syarikat tempatan mengembangkan serta mempel-bagaikan aktiviti ke luar negara. – BERNAMA

Pelaburan langsung asing RM31.7 bilion

PUTRAJAYA – Tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun perlu mematuhi penjagaan kesi-hatan sewaktu negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada peruntukan atau hukuman dikenakan ke atas ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke kawasan awam berkenaan ker-ana ia tidak diwartakan.

“Cuma sering kali saya nasihatkan, kalau boleh jangan bawa kanak-kanak kerana mereka golongan berisiko ting-gi, dan ibu-bapa kena jaga kepentingan anak mereka walaupun dipakaikan pelit-up separuh muka.

“Tidak ada hukuman kerana tidak di-wartakan yang kanak-kanak tidak boleh dibawa ke restoran dan pusat beli-belah. Tapi kerana anak-anak berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19, kita galak-kan tidak bawa anak bersama-sama,” ka-tanya pada 17 Jun.

Ismail berkata kerajaan juga tidak menetapkan halangan untuk kanak-kanak beriadah di taman permainan dan pusat beriadah, namun perlu me-matuhi penjarakan sosial selain tidak berhimpit-himpit.

Ditanya sama ada panggung wayang sudah dibenarkan beroperasi, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Ment-eri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – BERNAMA

Patuhi penjagaan kesihatan, elak tempat berisiko

Boleh bawa anak ke tempat awam

Pengunjung Taman Tasik Shah Alam mematuhi tatacara operasi piawai sewaktu beriadah bagi mencegah penularan Covid-19 ketika tinjauan pada 26 Mei

Page 10: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

10Global

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

SHAH ALAM - Giliran jemaah yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun ini dibawa ke tahun hadapan, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata jemaah yang sepatutnya menunai-kan ibadaat pada tahun depan pula akan melaksanakannya pada tahun berikutnya.

“Kita akan cuba melakukan sebaik mungkin bagi memastikan giliran haji

berjalan lancar. Namun individu yang rayuan haji pada tahun ini telah dilulus-kan Lembaga Tabung Haji perlu melaku-kan proses rayuan baharu pada tahun de-pan,” katanya pada 11 Jun.

Malaysia memutuskan tidak menghan-tar jemaah menunaikan haji tahun ini.

Setiap tahun kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul menunaikan rukun Islam kelima yang di-jadualkan bermula akhir Julai ini.

Giliran haji dibawa tahun depan

GENEVA - Krisis Covid-19 global dilapor-kan memaksa 40 juta penduduk Ame- rika Tengah, Amerika Selatan dan Carib-bean berdepan masalah keselamatan makanan.

Sehubungan itu, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan tinda-kan segera perlu diambil sebelum ber-lakunya kebuluran.

Mengikut Program Makanan PBB,

jumlah penduduk kelaparan mening-kat daripada 3.4 juta pada awal tahun kepada 14 juta di kesemua 11 negara terbabit.

Pengarah Serantau Program Makanan Sedunia (WFP) di Amerika Latin dan Ca-ribbean, Miguel Barreto berkata jumlah itu berisiko meningkat kepada 40 juta jika turut mengambil kira penduduk di negara menghadapi masalah kesela-

matan makanan tahap sederhana.“Kami amat bimbang dengan ke-

adaan ini, malangnya ia bukan satu be- rita baik apabila bercakap mengenai ke-selamatan makanan.

“Ramalan kami menunjukkan senario yang membimbangkan, kita perlu ambil langkah segera bagi mengelakkan krisis ini bertukar menjadi pandemik kebulu-ran,” katanya pada 17 Jun.- AFP

Covid-19 ancam ‘pandemik kelaparan’

40 juta penduduk perlu bantuan

Seorang wanita membawa beg selepas membeli- belah setelah dewan bandar raya melonggarkan sekatan danmembenarkan perdagangan dibuka di tengah penularan wabak Covid-19 di Sao Paulo, Brazil, 11 Jun. - Foto REUTERS

PUTRAJAYA - Semua diplomat asing tidak lagi perlu menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan namun mereka dikehendaki menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) Covid-19 di negara asal mereka.

Wisma Putra dalam kenyataan pada 15 Jun berkata semua dokumen ber-kaitan perlu diserahkan di pintu masuk negara, sebaik sahaja mereka tiba di Ma-laysia.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai re-

spons kepada satu laporan berita men-genai masalah perwakilan asing untuk kembali ke Malaysia disebabkan masa-lah kelulusan, kerana menurut laporan itu tiada pengecualian diberikan kepada ketua perwakilan asing, termasuk kepa-da duta besar Amerika Syarikat ke Malay-sia, Shirin Lakhdhir.

Laporan itu turut memaklumkan bahawa permohonan Jabatan Negara Amerika Syarikat kepada Wisma Putra supaya Lakhdhir dibenarkan menjalani

tempoh kuarantin di kediamannya di Jalan Langgak Golf, tidak diluluskan.

Wisma Putra berkata kerajaan Malay-sia mewajibkan semua individu yang tiba ke negara ini untuk memuat tu-run dan menggunakan aplikasi “My-Sejahtera” yang akan membolehkan Kementerian Kesihatan memantau ke- adaan kesihatan penggunanya dan me- ngambil tindakan segera dalam mem-berikan rawatan yang diperlukan. - BER- NAMA

Diplomat asing tidak perlu kuarantin

Thailand rancang buka pintu masukBANGKOK - Thailand merancang membu-ka pintu masuknya kepada 1,000 pelawat perubatan dan perniagaan dalam sehari de- ngan mewujudkan koridor perjalanan de-ngan negara yang berjaya membendung pandemik Covid-19.

Dengan Thailand merekodkan hari ke-20 tanpa jangkitan tempatan sehingga 15 Jun, Kementerian Luar, Kementerian Dalam Ne-geri, Kementerian Kesihatan Awam dan Ke-menterian Belia dan Sukan merangka pelan koridor perjalanan dan mengemukakannya kepada Pusat Pentadbiran bagi Situasi Co-vid-19 (CCSA).

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Trisuree Traisoranakul berkata koridor perjalanan menyasarkan untuk melonjakkan industri pelancongan dan mengurangkan kesan kelembapan ekonomi ekoran pandemik itu.

“Jika pelan ini (koridor perjalanan) ber-jalan lancar, Thailand akan membuka semu-la pintu masuknya kepada lebih banyak pelancong dari negara lain,” katanya pada 15 Jun.-BERNAMA

Kes Indonesia, Singapura meningkatSHAH ALAM - Negara jiran, Singapura dan Indonesia mencatatkan 80,112 kes positif Covid-19 sehingga 15 Jun.

Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan memaklumkan 214 kes baharu di-rekodkan dalam tempoh 14 hingga 15 Jun yang menjadikan jumlah keseluruhan men-jangkau 40,818 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan di sini memak-lumkan hanya tiga kes dalam komuniti dan sebahagian besarnya membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Berdasarkan data lengkap dikeluarkan lewat 15 Jun, Singapura mengklasifikasikan 1,796 sebagai kes jangkitan dalam komuniti, 581 kes import dan 38,227 kes lagi pekerja asing tinggal di asrama.

Sementara itu, jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata kes positif virus di repub-lik itu meningkat kepada 39,294 susulan penambahan 1,017 di antara 14 hingga 15 Jun.

“Sebanyak 13,649 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam si-dang media disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia pada 15 Jun.

Indonesia turut mencatatkan 2,198 ke-matian dengan Jawa Timur mencatatkan jumlah tertinggi keseluruhan iaitu 616 kes, diikuti Jakarta (557 kes), Jawa Barat (162), Kalimantan Selatan (131) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.– BER-NAMA

Page 11: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

ara penganalisis menjangka sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang paling terjejas akibat

Covid-19. Walaupun kesannya masih terlalu awal untuk ditelah, hampir semua ahli ekonomi menyatakan sektor ini yang paling terawal menerima kesan akibat wabak ini dan juga yang paling terakhir akan pulih daripadanya.

Data daripada agensi khas pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB), UNWTO (United Nations World Tourism Organization) menunjukkan penurunan mendadak ketibaan antarabangsa daripada 22 peratus untuk tidak bulan pertama tahun ini hingga 57 peratus menjelang Mac dengan anggaran kerugian kira-kira AS$ 80 bilion. Ia merupakan “krisis terburuk yang pernah dihadapi pelancongan antarabangsa semenjak 1950”. Tidak hairanlah mengapa ramai yang kehilangan punca pendapatan di seluruh dunia, kerana sektor ini mewakili 10 peratus daripada KDNK global menurut World Economic Forum.

Malaysia sendiri tidak terkecuali. Dianggarkan negara kehilangan sebanyak RM2.4 bilion setiap hari sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dampak wabak ini kepada industri pelancongan Malaysia memberi kesan kepada kira-kira 3.5 juta pekerjaan. Jiran tetangga kita Singapura dan Indonesia yang merupakan antara pelancong tertinggi selepas China, juga sangat terkesan dan belum lagi pulih daripada tragedi ini.

Sektor pelancongan sememangnya berkait rapat dengan banyak sub-sektor lain dan melibatkan ramai pihak dalam rantaian pembekalan serta perkhidmatan. Dalam bidang perhotelan misalnya, kita dapat lihat betapa sensitifnya mereka terhadap kos lebih-lebih lagi dengan tambahan tatacara operasi piawai (SOP) dengan penyediaan termometer, cucian tangan serta proses nyahkuman berkala. Daripada staf penjaga kaunter, bankuet, kepada penyediaan makanan serta pendobian, sebarang pengecilan saiz ataupun pengurangan kapasiti guna tenaga akan membawa kepada kehilangan elaun, pemotongan gaji malahan pembuangan kerja.

Ternyata, nasib pekerja serta keutuhan sektor pelancongan untuk berdiri sendiri menjadi keutamaan saat ini.

Selangor mampu bertahan

Namun, dunia belum berakhir. Krisis-krisis sebelum ini telah menunjukkan kemampuan sektor pelancongan untuk melonjak kembali dengan cepat dan lebih kuat setelah menerima gegaran luar. Dan jangan dilupa bahawa selain sasaran pelancongan asing yang membawa kitaran wang yang lebih besar, pasaran pelancongan domestik sendiri menjanjikan pulangan yang lumayan. 55 peratus daripada pelancong di Selangor merupakan warganegara Malaysia. Dengan ini, Selangor akan mampu bertahan sekiranya mampu menggamit potensi pelancongan domestik.

Bagi mencapai maksud ini, jenis-jenis tarikan yang ada di Selangor harus dikenal pasti semula bagi menangani cabaran

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MBSelangorKini 18 - 24 Jun 2020

InformasiTerkinidi jari anda

P

Covid-19. Tidak dinafikan bahawa selama ini keberadaan Selangor dalam peta pelancongan adalah berasaskan aktiviti sampingan dan bukan berdasarkan tarikan yang utama. Kebiasaannya, pelabur luar akan menginap dua atau tiga malam di Malaysia dan hanya akan ‘singgah’ sebentar di Selangor bagi menikmati keajaiban Kelip-kelip Kampung Kuantan ataupun Sky Mirror di Kuala Selangor. Selain dua tarikan dunia ini, paling lama mereka menginap di sini adalah bagi menikmati keunikan eksotik yang dapat ditemui di Sekinchan.

Namun, negeri ini mempunyai kelebihannya yang tidak tertanding. Kekuatan Selangor berbanding negeri-negeri lain masih terletak kepada kemudahan infrastrukturnya: lapangan terbang, lebuh raya juga ‘connectivity’ serba lengkap, sekadar menyebut beberapa contoh. Dengan kedudukan strategik Lembah Klang yang menempatkan banyak titik-titik pelancongan dalam radius dua jam perjalanan, ia boleh menjadi tarikan mudah kepada pelancong tempatan.

Ia juga menempatkan stadium, auditorium dan dewan yang cukup besar dan bertaraf dunia malahan taman tema yang berprestij untuk menganjurkan konsert, pameran serta persidangan antarabangsa. Selain daripada menjadi pilihan utama untuk industri MICE (Mesyuarat, Persidangan, Pameran), tidak

Lestarikan sektor pelancongan

Selain dari strategi di atas, terdapat beberapa lagi perkara yang boleh diambil kira bagi mendepani cabaran Covid-19 di masa hadapan sekali gus menjadikan sektor ini lestari.

Kuala Lumpur sebagai ibu kota ekonomi akan menjadi tempat terawal yang dijangka pulih. Di samping Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam, kita juga harus memanfaatkan pemulihan lebih awal yang akan dinikmati bandaraya-bandaraya dalam Greater Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran, ekonomi dan sosial. Kemampuan logistik dan kapasiti demografi di lembah ini sahaja sudah menjadi daya tarikan tersendiri buat pelancong domestik--bayangkan pasaran yang sedia ada dengan jumlah guna tenaga Selangor yang tinggi berjumlah 3.45 juta!

Yang perlu difikirkan dalam dua tahun yang mendatang adalah, kewajipan para penggerak pelancongan untuk beradaptasi dan menjadi lebih kreatif. Wabak ini membawa seribu-satu ‘disruption’ dan kebijaksanaan kita menanganinya akan menjadi taruhan untuk lebih berdaya saing. Dua lokasi yang selama ini menjadi ikon Selangor iaitu Batu Caves dan Masjid Shah Alam, yang merupakan rumah ibadat akan dilupakan pelancong sekiranya kita tidak

membuat sebarang langkah akomodatif

Penyesuaian norma baharu

Antara kesan segera Covid-19 adalah terhentinya kegiatan ‘mega event’ seperti konsert dan festival makanan. Ia juga menghalang kegiatan pelancongan gaya biasa seperti rombongan besar dengan bas berbondong-bondong. Dengan itu, pelancongan masa hadapan barangkali akan bersifat runcitan.

Malahan mod sebegini mungkin akan bertambah relevan selepas ini memandangkan terdapat banyak faktor lain yang perlu diambil kira apabila melancong contohnya insuran perjalanan, syarat dan peraturan negara yang berbeza, tahap kawalan umum, polisi penggantian atau pembatalan lawatan yang biasanya akan dilepas pandang oleh orang ramai yang bukan ahli dalam sektor pelancongan. Diharapkan para penggerak pelancongan akan segera membuat penyesuaian dengan norma baharu ini.

Benar, Selangor tidak mempunyai A’Famosa atau deretan kedai lama di Georgetown. Tetapi kita mempunyai produk yang sama standard dengan negeri-negeri tersebut contohnya makanan.

Hampir semua jenis makanan utama dari pelbagai tradisi boleh ditemui di Selangor. Ini belum lagi kita ambil kira dusun durian dan buah-buahan lain yang menjadi sebahagian daripada apa yang dipanggil sebagai ‘food tourism’.

Selain itu, mungkin ‘eco-tourism’ juga salah satu jalannya. Peluang latihan baharu perlu dikenal pasti, terutamanya perkembangan produk dan akses kepada pasaran dan industri budaya dan kreatif (berkecimpung dalam kraftangan, festival, muzik, teater) selain sukan, perubatan dan pelancongan kesihatan.

Juga yang lebih mendasar untuk tidak ketinggalan dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) ialah dengan latihan celik digital (digital literacy) agar semua pemain industri sedia ada dapat memanfaatkan teknologi baharu seperti tempahan atas talian ala Agoda dan AirBnb sebagai contoh. Hab Data Pelancongan sebagai sebuah sistem kepintaran juga dapat membantu dalam memantau perilaku dan membuat ramalan tren terbaharu.

Dengan lambakan hospital dan klinik serta kadar penyembuhan Covid-19 hampir 90 peratus, pelancongan kesihatan di Selangor juga sangat menjanjikan potensi yang besar.

Ingatan akhir sebelum mengakhiri tulisan ini: siapa antara kita yang dapat berbelanja untuk bercuti saat ini sedangkan ramai yang menghadapi kesempitan hidup? Hanya pemulihan ekonomi skala besar yang sebetulnya mampu memulihkan sektor pelancongan bila mana orang ramai mampu untuk berbelanja lebih untuk perkara bukan mustahak (non-essential items).

Hanya dengan itu, kepentingan pelancongan sebagai pemudahcara perubahan budaya, persefahaman bersama serta keamanan antara negara dapat dikekalkan. Ia juga faktor sosial yang dapat menghancurkan diskriminasi dan prejudis antara individu dan masyarakat.

Sektor paling lambat pulih akibat Covid-19

Kreativiti gamit pelancong domestik

Yang perlu difikirkan dalam dua tahun yang mendatang adalah, kewajipan para penggerak pelancongan untuk beradaptasi dan menjadi lebih kreatif.

Wabak ini membawa seribu-satu ‘disruption’ dan kebijaksanaan kita menanganinya akan menjadi taruhan untuk lebih berdaya saing

hairanlah berbondong-bondong pelancong dari segenap pelusuk datang ke Selangor untuk menonton artis seperti Black Pink, Dewa 19 dan Ella.

Justeru, beberapa elemen kelebihan Selangor seperti yang telah disebut perlu diperkukuhkan lagi. Sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK negara, orang ramai akan tetap ke Selangor.

Antara yang mungkin boleh dicuba untuk menjadikan sektor ini lebih mapan ialah menukar kepada jenis-jenis tarikan yang telah dikaji semula seperti yang disebutkan tadi. Yang pasti, ia akan mengambil masa yang panjang kerana Selangor tidak mempunyai aset seperti Melaka dan Pulau Pinang dengan sejarah kolonialnya yang panjang.

Mungkin model ‘experiential tourism’ ala Sekinchan boleh dijadikan contoh, terima kasih kepada usaha bersungguh-sungguh dan promosi berterusan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim.

sebagai satu bentuk penyesuaian.Kita beruntung kerana Selangor

mempunyai lebih 486 ejen pelancongan berdaftar serta 51 hos komuniti yang telah dilatih untuk ‘unlock’ potensi lokaliti-lokaliti di negeri ini. Salah satu inisiatif segera yang boleh dilaksanakan Kerajaan Negeri adalah dengan menyokong aspek keusahawanan dengan sektor pelancongan.

Di sinilah peranan hos komuniti boleh diangkat untuk menjadi tiang seri kepada pelancongan tempatan, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang meruncing dengan banyak syarikat terbeban dengan kos ‘overhead’ yang banyak. Kerajaan Negeri boleh melangkah lebih jauh dengan memainkan peranan bukan hanya sebagai penyedia dana, tetapi melalui agensi Kerajaan Negeri seperti Tourism Selangor boleh bertindak sebagai badan pengawalselia yang mengaktifkan serta memantau hos komuniti ini.

Page 12: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

Klik! Klik!13SelangorKini 18 - 24 Jun 202012 SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

1

3

5

8

6

2 10

11

13

12

14

4

7

9

Ruang untuk kegiatan sosial dan ekonomi makin luas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan diumumkan. Kelonggaran kian nyata

mulai 15 Jun lalu apabila sektor bukan keperluan utama dibenarkan, termasuk kegiatan mendaki dan pusat snuker.

Malah, latihan melibatkan sukan yang bersentuhan badan juga dibenarkan walau pertandingan acara berkenaan masih dilarang. Sektor perniagaan pula hampir dibuka sepenuhnya.

Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pusat beli-belah atau beriadah, malah penganjuran seminar dan temu duga bersemuka juga dibenarkan.

Namun, semua kegiatan ini perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) supaya wabak Covid-19 dapat dibendung.

Jurufoto SelangorKini Asri Sapfie, Remy Arifin, Fikri Yusof dan Hafiz Othman merakam peralihan tempoh PKP Pemulihan yang bermula 10 Jun lalu.

1 Kanak-kanak di taman asuhan Tadika Anak-Anak Bestari Seksyen 7, Shah Alam berada di dalam petak berjarak satu meter ketika aktiviti bersama pengasuh pada 17 Jun

2 The Chor's Busker melakukan persembahan di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur pada 15 Jun

3 Pengunjung mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka di perpustakaan awam Raja Tun Uda, Shah Alam pada 15 Jun

4 Don Farid, 29, dan Shahil Nizam, 27, menggunakan peralatan gimnasium sambil mengamalkan jarak selamat semeter di Anytime Fitness, Ampang Point pada 16 Jun

5 Orang awam mendaki Bukit Gasing, Petaling Jaya pada 16 Jun

6 Petugas pusat boling di kompleks beli-belah Ole Ole, Shah Alam melakukan proses nyahkuman sebelum ia dibuka kepada orang awam pada 15 Jun

7 Penggemar sukan lasak melakukan riadah memanjat tembok di Camp5 KL Eco City, Kuala Lumpur pada 15 Jun

8 Peminat sukan badminton menikmati ruang kebebasan dalam tempoh PKP Pemulihan di Frenzy Sports Arena, Shah Alam pada 16 Jun

9 Atlet SUKMA Selangor Haritz Iklil, 20, (kanan) dan Rashbinder Singh, 21, menjalani latihan di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang pada 16 Jun

10 Ahli kariah menunaikan solat subuh di Surau Nurul Ihsan, Shah Alam pada 17 Jun setelah kebenaran diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor

11 Pasar Pagi MPSJ Bandar Puchong Jaya, Puchong kembali beroperasi mulai 16 Jun

12 Jemaah menunjukkan kad keizinan khas hadir solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Jun

13 Anggota RELA memeriksa suhu badan sebelum pengunjung memasuki kawasan pasar malam di Seksyen 6, Shah Alam pada 16 Jun

14 Pengunjung membeli makanan daripada pengusaha kendera saji di medan selera TAPAK Seksyen 9, Shah Alam pada 15 Jun

Batas Batas kelonggaran kelonggaran

Page 13: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

14ADN

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Pasar Peduli Rakyat 2020 Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer akan diadakan dua kali sebulan bagi membantu meringankan beban rakyat.

Ahli Dewan Negerinya Sany Hamzan berkata setiap pek barangan asas membabitkan minyak, tepung, gula dan teh dijual serendah RM5.

Katanya, pasar di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana menyasarkan warga emas, asnaf, orang kelainan upaya dan individu hilang pekerjaan.

“Program bertujuan meringankan beban golongan terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ada terputus beka-lan makanan terutama yang bekerja sendiri dan bergaji harian,” katanya pada 14 Jun.

Pada 13 Jun lalu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer berjaya menjual 200 pek barangan keperluan asas itu di Pangsapuri Julia.

Bantu ringan beban

Pasar Peduli Rakyat dua kali sebulan

SHAH ALAM - Penduduk De-wan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal yang belum me-nerima baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Mac, April dan Mei, kini boleh menuntut kupon terbabit.

Ahli Dewan Negerinya Maz-wan Johar berkata mereka boleh ke pusat khidmat masyarakat DUN pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat bagi tuntu- tan baucar RM100 yang tertang-guh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kaunter pengambilan baucar dibuka pada minggu pertama Jun mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat. Peserta hanya perlu mengambil di luar peja-

bat kerana ruang dalaman kecil tidak sesuai menampung bila- ngan pengunjung ramai,” kata- nya menjelaskan ia sebagai usaha mengekang penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum ini mengumumkan penjajaran se- mula skim terbabit yang mem-peruntukkan RM100 setiap bu-lan kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya.

Pendaftaran SMUE boleh di- buat di mana-mana pejabat Pu-sat Khidmat DUN terdekat de-ngan kawasan tempat tinggal dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Careline Yayasan Wari-san Anak Selangor di talian 03-5481 8800.

Penduduk boleh tuntut baucar Jom Shopping

Mazwan menyerahkan baucar Jom Shopping SMUE kepada penduduk di DUN Sungai Ramal

ADN seru hapus tempat biak AedesSHAH ALAM - Masyarakat digesa menjaga kebersihan rumah bagi mencegah pem-biakan Aedes, kata ahli dewan negeri Kuala Kubu Baharu.

“Jangan tunggu sehingga sesuatu musi-bah menimpa ahli keluarga baru tindakan dibuat. Ini adalah kediaman kita, maka ja-galah kebersihan dan keselamatannya,” kata Lee Kee Hiong pada 14 Jun.

Beliau menerusi Pusat Khidmat Mas-yarakat Kuala Kubu Baharu turut menye- rahkan sumbangan set peralatan semburan nyamuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor.

14,000 pelitup muka diagihSHAH ALAM - Sebanyak 14,000 pelitup muka sumbangan beberapa pihak diedar-kan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara.

Ahli Dewan Negerinya Ng Sze Han ber-kata syarikat kesihatan, MoH Pharmaceuti-cal menyumbangkan 10,000 pelitup muka manakala 4,000 lagi masing-masing da- ripada E-Vicky dan Tokong Xiao Ling Gong Puchong.

“Ia akan diedarkan ke kawasan peruma-han yang belum terima (pelitup muka) da- ripada Agensi Pengurusan Bencana Nega-ra,” katanya pada 10 Jun.

Tarik petani tanam padi wangi MRQ 88SHAH ALAM - Musim pertama tanaman padi wangi MRQ 88 dijangka menghasil-kan pengeluaran yang memuaskan, kata ahli dewan negeri Sekinchan.

Ng Suee Lim berkata, berikutan itu lebih ramai petani akan menanamnya pada masa akan datang berbanding kurang sepuluh ketika ini.

“Setakat pemantauan di lapangan me-mang dijangka berjaya menghasilkan pengeluaran yang memuaskan. Kita tung-gu dan lihat,” katanya ketika mengulas mengenai tanaman padi wangi MRQ 88 di Dunnya.

Beliau menyatakan, benih padi wangi yang diperoleh daripada Institut Penyeli-dikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mengambil tempoh tuaian hasil lebih lama sekitar 125 hari berbanding 110 hari untuk padi biasa.

YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N40N40 KOTA ANGGERIKKOTA ANGGERIKnNama: Mohd Najwan Halimi

nUmur: 35 tahun nNegeri kelahiran: Selangor

nAktiviti masa lapang: Membaca

nFalsafah Hidup: Sentiasa sabar dan ikhlas dalam setiap pekerjaan

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Timbalan pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor

n Alamat pejabat ADN: G-08 Blok 2, TTDI Adina, No.11, Jalan Judo 13/45 , Seksyen 13, 40100, Shah Alam

nNombor telefon ADN: 03-55239888

nE-mel: [email protected]

nFacebook: najwanhalimi

N40 KOTA ANGGERIK

RALATGambar bawah penjuru kiri halaman 12 Edisi 11-17 Jun sepatutnya dibaca ADN Morib, Hasnul Baharuddin

Page 14: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

15SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

AlbumInformasiTerkinidi jari anda

Memberi sumbangan kepada penduduk setempat di Taman Bangi Ria, Kajang

ADN SUNGAI RAMALMazwan Johar

ADN KOTA KEMUNINGV Ganabatirau

Meraikan peserta pertandingan melukis poster di pusat khidmat Kota Kemuning

Hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi mendapatkan maklumat isu semasa di kawasan beliau

ADN KAMPUNG TUNKULim Yi Wei

Turun padang meninjau kerja naik taraf Jalan Sungai Buaya di Kampung Baru Sungai Jarom, Kuala Langat

ADN BANTINGLau Weng San

Menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan di Ladang Tumbuk, Kuala Langat

Borhan Aman ShahADN TANJUNG SEPAT

Menyampaikan sumbangan kepada persatuan pencinta haiwan di pusat khidmat DUN beliau

Shatiri MansorADN KOTA DAMANSARA

Page 15: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

kepada seseorang untuk menyukat kembali isi padu pegangannya sebelum menambah, me- ngurang atau membuang langsung kesemuanya.

Sungguhpun Qurratul ‘Ain menyatakan pui-si sebagai ruang intim buat dirinya, hal ini bu-kanlah bermaksud puisinya tempat curahan perasaan semata-mata. Kerana kata Rahman Shaari, jika pengucapan puisi peribadi terlalu biasa bagi pembaca, maka eloklah puisi itu disimpan di dalam fail peribadi sahaja. Puisi peribadi sewajarnya bukan sahaja jujur dengan diri sendiri tetapi memberikan rasa jujur itu kepada pembacanya. Puisi seperti Percaka-pan Kecil, Menganuti Rindu, Dua Latte Dingin, Kuingin, Labirin, Kembali dan Sedikit Muslihat, memperlihatkan bahawa walaupun ia ketara bersifat peribadi tetapi dapat mempertautkan perasaan pembaca dengannya. Dua Latte Dingin misalnya, bukan cuma satu doa polos kepada Tuhan tetapi juga pengakuan diri yang kerdil. Atau puisi Labirin yang memerikan ada takdir yang memang tidak boleh diubah.

Saya boleh merenung ke dalam diri selepas merenung puisi-puisi ini dan yakin ramai pem- baca dapat sama menarik keluar intisari darinya.

Saya sangat tertarik dengan puisi Motel ii. Sedikit samar, tetapi puisi ini memberikan kepuasan metaforikal. Walaupun saya tidak pasti mengapa digunakan istilah motel ber-banding hotel bajet yang lebih Malaysiana tapi difahami, motel adalah ruang bersifat peribadi yang sementara. Sama ada untuk bermalam atau sengaja mengurung diri, ruang kecil terse-but semacam jelmaan bilik tidur di rumah kita. Di situ kita memiliki autoriti walau ada sem-padannya - untuk merokok, membaca buku, ber-telanjang atau menonton tv.

Namun bagi Qurratul ‘Ain ‘bilik ini sengaja ku-masuki/untuk melanggan pertanyaan’. Apakah pertanyaan-pertanyaan itu? Adakah tentang kesepian? Dosa? Atau mungkin pertanyaan lan-jutan dari puisi Momen, ‘esoknya seorang pe-nyair/datang menghuni/tanpa bekal puisi/tan-

pa harga diri’. Puisi ini bagai gambaran proses introspektif penyair sendiri.

Dengan latar belakang persuratan Melayu, Qurratul ‘Ain menyerlahkan kearifan berbaha-sanya dalam menjalin kata-kata indah. Inilah antara kepuasan membaca Momen. Saya me-nemui personafikasi, metafora dan pilihan ka-limat yang segar. Seperti ‘peluh lilin’, ‘gospel peribadi’, ‘seulas kucupan’, ‘bertepung salju’, ‘sabun yang mencuci usia’, ‘kuliah peribadi’, ‘melanggan pertanyaan’, ‘resah bersalju’. Saya boleh katakan semuanya imaginatif, lembut dan romantis.

Demikian, identiti kepenyairan Qurratul ‘Ain yang tersendiri tanpa dipengaruhi penyair terda-hulu. Keupayaan menonjolkan bahasa yang baik sangat penting untuk menuntun pembaca men-

Mat

Ada kiamat terbias di cermin matanya

Buah catur teragak-agakmenghitung petakAda pertandingantapi bukan dengannyaKerana di bibirnyaada wisel sangkakala

Dia diberhala bidak-bidakyang mahu jadi permaisuriTapi di papan caturnyaPermaisuri tak selalu memilih warna petak.

Mat!Sebiji raja terkejurSalib di kepalanya patah

Fakhrull HalimBandar Tasik Selatan

Puisi bukan sekadar menemani perjua- ngan rakyat, berdiri di sisi pertabalan seorang presiden Amerika atau me-rakam sejarah tamadun tetapi seperti

kata Nicanor Parra, apa saja boleh berada da-lam puisi.

Mengapa puisi? Sebab puisi ialah introspek-si, tulis Qurratul ‘Ain dalam kata aluan buku kumpulan puisi sulungnya, Momen.

Dalam kamus, introspeksi adalah pro- ses penilaian diri merangkumi fikiran, idea dan perasaan secara mendalam. Qurratul ‘Ain menghidangkan ruang intim abadinya sebagai jalan solitari yang mengakrabkan dirinya dengan seribu yang lain. Malah beliau membuka kumpu-lan puisinya dengan Percakapan Kecil, ‘seribu diriku perlahan-lahan/keluar meninggalkan se-orang aku/selamat tinggal, kita sangat ramai’. Puisi ini sangat monumental kerana ia bukan sahaja gambaran kasar keseluruhan puisi di dalamnya tetapi juga kerana ia mengarahkan mata pembaca kepada proses awal intropeksi itu sendiri. Siapa atau apakah yang ramai itu? Apa yang pasti keramaian itu menimbulkan ke-sesakan dan merampas ruang peribadi lalu dia keluar meninggalkan dirinya sendiri lewat jalan penilaian diri.

Tasha Eurich dalam artikelnya menyatakan introspeksi adalah jalan paling universal menu-ju kesedaran diri. Dalam proses ini, kita akan merenung dalam-dalam perasaan kita untuk memahaminya. Kita akan mempersoalkan ke-percayaan yang dipegang selama ini. “Apakah aku percaya terhadap apa yang aku fikir aku percaya?” adalah soalan yang tidak dapat kita lari daripadanya. Dalam puisi Semi Eterniti, per-soalan ini seakan dijawab Qurratul ‘Ain; ‘Beta-pa polos kepastianmu tentang hakikat diri/Kau lupakah, dunia masih degil: enggan akur kepa-da mimpi-mimpi remaja kita, Kasih’. Di sini Qur-ratul ‘Ain menyedari; ada dongeng atau fantasi yang tidak mungkin akan tergapai. Sememang-nya waktu dan usia memberikan kematangan

dalami setiap puisi dan beroleh kepuasan. Saya yakin pada masa hadapan beliau akan mengun-tumkan lebih banyak puisi indah dengan bahasa yang lebih memikat.

Bukanlah sesuatu yang mustahil jika pada masa hadapan Qurratul ‘Ain menulis puisi kriti-kan politik atau perjuangan masyarakat. Cuma saya agak ragu hal itu akan terjadi kerana Momen adalah semacam bentuk kepenyairan yang akan diteruskannya. Ia terlalu kuat dan meyakinkan untuk ditinggalkan begitu saja.

Mungkin perkembangan lain di sekelilingnya akan memberi kesan terhadap sudut pandang-nya nanti tetapi semoga ia masih di jalan yang sama. Ada penyair yang kekal dengan isi dan gaya yang ia percayai untuk membimbit puisi- nya sepanjang hidup. Kassim Ahmad misalnya terkenal dengan puisi tentang masyarakat dan kritikan politik. Latiff Mohidin menulis tentang alam dan membesarkan hal yang dipandang kecil. Kita nantikan saja bagaimana usia dan waktu memasinkan lagi pengalaman hidup si penyair.

Momen berakhir dengan puisi pendek berta-juk Tiga Pagi:

tigapagi dalam sajakmu tentu jalannya lengang hanya terlintas dua kereta dan sebuah gerai masih menyalaBagi adik saya yang bukan penggemar puisi,

tiada apa yang istimewa pada puisi ini. Mung-kin ini gambaran berulang yang penyair nampak sewaktu perjalanan pulang setelah habis kerja syif tengah malam, katanya lagi. Suatu puisi itu sentiasa mempunyai lapisan lain. Seperti kata Rahman Shaari, ada makna tambahan. Bagi saya, puisi ini lambang introspektif pe-nyair yang akan terus berlangsung di sepan-jang laluan kepenyairannya. Walaupun Qurra- tul ‘Ain menutup kumpulan puisinya pada Tiga Pagi tetapi sebenarnya Momen terus terbuka dan berlangsung hingga empat pagi, lima pagi dan seterusnya.

Oleh Abdullah Hussaini

Sungguhpun Qurratul ‘Ain menyatakan puisi sebagai ruang

intim buat dirinya, hal ini bukanlah bermaksud

puisinya tempat curahan perasaan

semata-mata. Kerana kata Rahman

Shaari, jika pengucapan puisi peribadi terlalu

biasa bagi pembaca, maka eloklah puisi itu disimpan di dalam fail peribadi sahaja. Puisi peribadi sewajarnya

bukan sahaja jujur dengan diri sendiri

tetapi memberikan rasa jujur itu kepada

pembacanya

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

Page 16: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

17SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Hijrah Selangor beri modal selamatkan perniagaan

Hampir muflis, kini miliki bas

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAKGAMBAR OLEH FIKRI YUSOF

SSelepas perkahwinannya gagal, per-niagaan kenderaan terpakai yang menjadi punca rezeki Sheilla Tuki- min buat menanggung dua anakn-

ya pula hampir ‘lingkup’.Nama pula disenarai hitam. Semuanya

gara-gara modal pusingannya ‘sangkut’ akibat ketidakcekapan sebuah agensi ke- rajaan. Akhirnya, satu persatu aset pernia- gaan terlepas dari tangan. Kenderaan jual-an pun terpaksa dijual pada harga beli. Tia-da untung.

Dunia terasa gelap. Shiella bingung. Bagaimana mahu menyambung hayat perniagaan? Pasti tiada bank atau institu-si kewangan sanggup memberi bantuan. Anak? Pernah beliau menjamu dua anaknya dengan nasi diadun tepung yang digoreng dengan minyak terpakai kerana putus duit.

Mujurlah, pada saat-saat genting, Sheilla nampak cahaya di hujung terowong apa-bila beliau bertemu wakil Hijrah Selangor yang memperkenalkan skim pembiayaan pinjaman.

“Saya mendapat pembiayaan RM3,000 daripada Hijrah Selangor sebagai modal pusingan untuk membeli kenderaan terpa-kai untuk dijual semula, selepas beberapa tahun ia mula membuahkan hasil dan dari situ saya beli pula bas terpakai,” katanya.

Dari situ, Sheilla bangkit. Dengan pin-jamannya hampir mencecah RM100,000, beliau rancak mengembangkan pernia- gaan sewa bas. Kini, beliau tersenyum puas apabila memiliki dua bas yang dibeli secara tunai. Bahkan perniagaan menjual kende-raan terpakai yang diusahakannya se-jak 2005 dapat diselamatkan. Kedua-dua anaknya pula kini sudahpun menamatkan pengajian di menara gading.

“Saya sememangnya terhutang budi dengan Hijrah Selangor yang membantu pada saat-saat sukar dan hampir muflis sehingga kembali bangkit, sekarang saya mahu bantu orang lain pula,” katanya ke-pada SelangorKini.

Lari tidak cukup tanah

Sebenarnya, Sheilla, kini berusia 48 tahun, memulakan perniagaan sejak 1997 dengan menjual buah potong dan origami di tepi jalan. Ketika mula berni-aga, pelbagai pengalaman pahit dilalui- nya, apatah lagi beliau tiada lesen pernia- gaan. Berdepan operasi penguatkuasaan majlis perbandaran menjadi asam garam kehidupannya ketika itu.

“Lari tidak cukup tanah sambil memba-wa barangan jualan. Sebab itu kalau boleh kerajaan bantu dengan mempermudah-kan permohonan lesen PBT. Maksudnya kalau masuk sahaja program Hijrah Se-langor, boleh dibantu.

“Bila ada lesen ini hendak berniaga pun semangat dan yakin kerana tidak lagi dibayangi pihak berkuasa. Dapat cari rezeki serta bayar pembiayaan kerana berkemampuan,” katanya.

Sheilla bersyukur pinjaman Hijrah Selangor sangat mudah. Hanya ber-bekalkan MyKad, seseorang berpelu-ang mendapat pinjaman perniagaan.

Prosedurnya mudah, bukan seperti insti-tusi kewangan lain yang memerlukan pel-bagai dokumen.

“Di Hijrah Selangor mudah sahaja asal-kan kita mahu berusaha untuk mengubah hidup. Perlu juga disiplin dan membuat perancangan rapi supaya pembiayaan selesai dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Balas budi

Sheilla juga menasihati peminjam membayar semula pembiayaan supaya lebih banyak peniaga yang baru-baru berjinak atau usahawan ingin mengem-bangkan perniagaan mendapat bantuan sewajarnya.

“Apabila orang sudah memberi kita kena balas budinya. Dalam hal ini, pemin-jam harus membayar kembali pembiayaan diberikan Hijrah Selangor yang memban-tu untuk memajukan perniagaan.

“Pembiayaan itu sepatutnya digunakan sebagai modal pusingan supaya kita sen-tiasa ada tunai sekiranya berhasrat mem-besarkan perniagaan bukannya bagi tu-juan peribadi,” jelasnya.

Berkat kejayaannya, Sheilla turut me- nubuhkan Persatuan Wanita & Ibu Tung-gal Nur Iman Kuala Lumpur dan Selangor dengan mengadakan kursus perniagaan selain menghulur sumbangan apabila berlaku bencana.

Saya sememangnya terhutang budi dengan

Hijrah Selangor yang membantu pada saat-saat sukar dan hampir

muflis sehingga kembali bangkit, sekarang saya

mahu bantu orang lain pula

SHEILLATUKIMIN

Sheilla membantu golongan kurang

berkemampuan

Sheilla berbangga memiliki bas hasil pembiayaan modal pusingan Hijrah Selangor

Page 17: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

18PBT

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SUBANG - Sebanyak 417 pasar pagi, pasar malam dan bazaria dibuka ber-peringkat di lokasi terpilih di Selangor bermula 15 Jun, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata operasi mengi-kut ketetapan pihak berkuasa tempatan (PBT) dijalankan bergilir bagi memasti-kan peniaga dan pengunjung mematu-hi tatacara operasi piawai (SOP).

“Kita sedia maklum kesusahan di-tanggung peniaga yang tiada penda- patan selama tiga bulan tetapi kita ter-paksa buka (pasar) berperingkat.

“PBT perlukan masa untuk berbin-

cang dengan persatuan peniaga. Setiap lokasi perlu ada lawatan tapak jadi per-lukan sedikit masa,” kata- nya selepas meninjau pasar pagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pada 16 Jun.

Pada 12 Jun lalu, Kera-jaan Negeri memutuskan operasi pasar pagi dan malam serta bazaria di Se- langor dibuka berperingkat selaras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan se-hingga 31 Ogos depan.

Sepuluh daripada 12 pihak berkuasa

tempatan (PBT) membe-narkan peniaga beropera-si mulai 15 Jun. Manakala pasar di kawasan pentad-biran Majlis Daerah Sa-bak Bernam (MDSB) pada 19 Jun dan Majlis Per-bandaran Sepang (MPSe-pang) mulai 22 Jun.

Selain larangan meng-gajikan pekerja asing be- kerja di semua pasar ter-babit, segelintir PBT turut menetapkan piawaian tambahan yang sesuai ser-

ta strategik berdasarkan keadaan kawa-san masing-masing.

Operasi 417 pasar pagi, malam dan bazaria mulai 15 Jun

Peniaga, pengunjung perlu patuhi SOPSHAH ALAM - Majlis Perbandaran Kuala La-

ngat (MPKL) menerima empat unit alat ino-vasi untuk mengurangkan aktiviti sentuhan ketika berurusan di MPKL.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Ha-mid berkata alat yang disumbangkan Per-satuan Industri LED Malaysia juga mudah dikendalikan.

“Alat berbentuk botol dan lampu pem-basmi kuman itu merupakan inovasi terbaik sebab penggunaan bahan asas yang paling mudah. Ia juga senang digunakan, amat kreatif,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata lampu itu diletakkan di dalam bilik dalam tempoh satu jam bagi membasmi kuman menggunakan cahaya ultraviolet.

Lampu LED basmi kuman

SHAH ALAM - Pemilik haiwan yang mem-biarkan ternakan berkeliaran di jalan raya sehingga membahayakan pengguna boleh didakwa di mahkamah.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Sela- ngor (MDKS) Rahilah Rahmat berkata Sek-syen 13 Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 memberi kuasa kepada pihaknya men-jalankan pendakwaan.

“MDKS boleh menyita lembu, kambing dan kerbau ditangkap serta disimpan di sua-tu tempat kurungan khas haiwan atas risiko pemiliknya sehingga kos tangkapan, kuru- ngan dan memberi makan ternakan dibayar.

“Penjaga boleh menuntut kembali lembu, kambing dan kerbau selepas bayaran jenis kos sitaan serta jagaan dibuat,” katanya da-lam kenyataan.

Abai ternakan boleh didakwa

Sze Han melawat pasar pagi MPSJ di Bandar Puchong Jaya yang kembali beroperasi pada 16 Jun

PUCHONG - Peniaga menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri membuka semula pasar pagi, pasar malam dan ba-zaria walaupun secara ber-gilir.

Sebanyak 417 gerai di- buka berperingkat mulai 15 Jun mengikut ketetapan pi-hak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Keselamatan Ne-gara.

“Kebenaran itu dapat membantu kami mencari rezeki selepas lebih tiga bu-

lan tidak berniaga.“Sebelum ini saya sewa dua petak

tetapi kali ini hanya satu petak dibenar-kan. Saya hargai peluang diberikan ini walaupun tidak boleh berniaga setiap hari.

Norli AhmadPeniaga pasar pagi

“Saya berharap sewa ta-pak pasar dikurangkan kera-na tidak dibenarkan bernia-ga sebelum ini.

“ Walaupun sudah boleh berniaga, na-mun pembeli masih kurang. Berniaga pun tidak boleh se-tiap hari walau-pun ada lesen. Harap pembeli akan bertam-bah selepas ini.

Chua Onn Siong Peniaga makanan tradisi

Gembira kerajaan benar pasar dibuka

Kita sedia mak-lum kesusahan ditanggung pe-niaga yang tia-da pendapatan selama tiga bu-lan tetapi kita terpaksa buka (pasar) berper-ingkat

NG SZE HANExco kerajaan tempatan

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) melancarkan kod QR bagi membolehkan pelanggan menilai pasar malam dan pasar pagi yang gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang tempoh Perintah Ka-walan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Yang dipertuanya, Dr Ahmad Fadzli Ah-mad Tajuddin berkata menerusi aplikasi itu pemantauan lebih rapi dapat dilakukan di setiap pasar yang sudah dibenarkan ber-operasi mulai 15 Jun.

“Pengunjung perlu menjawab soalan se- perti pematuhan pemakaian pelitup muka, sama ada orang awam membawa kanak-kanak di bawah 13 tahun, kebersihan dan penjarakan sosial.

“Penilaian disemak dua minggu sekali, sekiranya ada pasar yang gagal mematuhi peraturan, kita akan memberi teguran,” ka-tanya pada 16 Jun.

Setakat ini, sebanyak 29 pasar membabit-kan dua pasar pagi dan 27 pasar malam su-dah dibuka.

MPK lancar kod QR nilai operasi pasar

Page 18: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

19SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

PBTInformasiTerkinidi jari anda

Khidmat trem mula operasiOLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Perkhidmatan trem di Bukit Melawati, Kua-la Selangor beroperasi semu- la mulai 13 Jun dengan me- ngutamakan aspek mence-gah penularan Covid-19.

Majlis Daerah Kuala Sela- ngor (MDKS) memaklum-kan perkhidmatan di loka-si bersejarah itu dibuka se- tiap Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 4.30 petang manakala, Sabtu dan Ahad 9 pagi hingga 6 petang.

“Melanconglah dengan se-lamat dan sila amalkan nor-ma baharu seperti penjara-kan sosial satu meter, kerap mencuci tangan serta sentia-sa memakai pelitup muka,” menurut kenyataan MDKS pada 12 Jun.

Pada 7 Jun lalu, kerajaan mem-benarkan aktiviti pelancongan

Melanconglah dengan selamat

SHAH ALAM - Kompleks Pasar Meru, Klang serta 15 premis lain sekitarnya yang diarah tutup dibenarkan ber-operasi semula pada 11 Jun selepas mematuhi arahan, kata pengarah kesihatan Se-langor.

Datuk Dr Sha’ari Nga-diman berkata empat premis lagi ditutup kerana gagal mengikut arahan.

“Premis dibuka akan dipantau setiap masa bagi memastikan tatacara operasi piawaian (SOP) dipatuhi,” katanya.

Pada 5 Jun lalu, kom- pleks pasar berkenaan diarah tutup serta-merta selepas pemilik premis melanggar SOP dengan tidak melaku-kan pemeriksaan suhu badan, pendaftaran peniaga, penja-rakan sosial dan kemasukan pelanggan tanpa had.

Dr Sha’ari turut berkata sejak pelaksanaan Perintah

Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ber-mula 4 Mei, sebanyak 1,466 premis seluruh Selangor dipantau dan 55 darinya diarah-kan tutup.

Kompleks Pasar Meru dibuka semula, terus dipantau

SHAH ALAM - Beberapa premis per-niagaan di Pasar Country Homes dan Pasar Moden Rawang dikenakan kom-paun kerana membuang sisa ke long-kang dan menghalang laluan di kaki lima.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan tindakan mengikut Sek-syen 29(d) Undang-Undang Kecil (UUK)

Pasar.“MPS mengeluarkan sembilan kom-

paun ke atas peniaga di pasar tersebut di mana tiga atas kesalahan buangan iaitu mengalirkan air sisa ke longkang.

“Enam lagi kompaun bagi kesala-han halangan dengan meletakkan ba-rang-barang perniagaan di kaki lima,” kata agensi itu pada 12 Jun.

Peniaga buang sisa air, halang laluan dikompaun

domestik menerusi pelaksanaan Perintah Ka-walan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ia selaras fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tia-da lagi sekatan rentas negeri dikenakan.

KENYATAAN TENDER

Page 19: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

20Pendidikan

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

SHAH ALAM - Universiti Selangor (Unisel) menyasarkan 3,000 pelajar baharu untuk ke-masukan sesi Julai-Ogos 2020 bagi tahun asas, diploma dan ijazah sarjana muda.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata ia berikutan sambutan baik pelajar dan ibu bapa walaupun terdapat kekangan daripada beberapa aspek susulan Covid-19.

“Alhamdulillah walaupun kita berada dalam situasi pandemik, sambutan kelas dalam talian sangat baik walau pada mulanya agak sukar.

“Namun, pensyarah dan pelajar memberi komitmen tinggi memastikan semua kelas berjalan lancar. Malah, pelajar baharu bagi ke-masukan sebelum ini juga menerima kaedah pembelajaran dengan baik,” katanya pada 12 Jun.

Pelajar berminat mengikuti pengajian di Unisel boleh mendaftar di laman sesawang rasmi www.unisel.edu.my atau hubungi 03-5522 3400 / 018-571 4084 / 018-571 4087.

Sasar daftar 3,000 pelajar baharu

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Universiti Selangor (Unisel) mena-warkan Biasiswa Bestari kepada pelajar di 10 ka-wasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi melanjutkan pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di Kampus Bestari Jaya.

Pengarah komunikasi korporatnya berkata DUN terbabit adalah Sungai Tua, Rawang, Kota Anggerik, Taman Medan, Sungai Kandis, Perma-tang, Bukit Melawati, Meru, Ijok dan Kuang.

“Biasiswa berupa yuran pengajian percuma bagi semester pertama ini ditawarkan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Ting-gi Agama Malaysia di DUN tersebut,” kata Hasril Abu Hassan.

Beliau berkata insentif lain adalah pendaf- taran pelajar baharu termasuk pengajian asas bagi kemasukan Julai dan Ogos dibuka dengan yuran pendaftaran hanya RM100.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang di www.unisel.edu.my.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin berkata pemberian biasiswa itu dapat mengalakkan pelajar terutama keluarga ber-pendapatan rendah (B40) melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan taraf pendidikan dan kehidupan.

“Saya menyokong usaha murni ini memandangkan Unisel terletak dalam DUN Permatang dan ia menjadi universiti pertama di Malaysia milik Kerajaan Negeri,” katanya.

Tingkat taraf pendidikan keluarga B40

SHAH ALAM - Perbadanan Per-pustakaan Awam Selangor (PPAS) membuka semula semua perkhid-matan bermula 16 Jun.

Pengarahnya Mastura Muhamad berkata pengoperasian semula se-laras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan kerajaan.

“Kita menghadkan jumlah peng-guna mengikut kesesuaian ruang perpustakaan dan mereka perlu mendaftarkan di kaunter perkhid-matan.

“Bagaimanapun, kanak-kanak serta golongan berisiko dinasihat-kan tidak berada di premis PPAS,” katanya pada 13 Jun.

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam; PPAS Gombak, PPAS@PJKita Kampung Lindungan, PPAS Kajang dan PPAS Sungai Udang akan beroperasi setiap Isnin hingga Ahad bermula 9 pagi hingga 7 malam.

Waktu operasi bagi perpustakaan daerah, cawa- ngan, pekan dan desa adalah Isnin hingga Jumaat mulai 9 pagi hingga 6 petang, manakala Sabtu pada minggu kedua dan keempat setiap bulan dari 9 pagi hingga 5.30 petang.

PPAS kembali operasi mulai 16 Jun

l Pemeriksa suhu badanl Imbas kod QR SELangkah l Penjarakan sosial satu meterl Pakai pelitup muka l Guna cecair pembasmi kuman

Tatacara operasi piawai (SOP) di PPAS

Biasiswa berupa yuran pengajian percuma bagi semester pertama ini ditawarkan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia di DUN tersebut

HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat UNISEL

Biasiswa Unisel buat pelajar 10 DUN

Page 20: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

21SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berpuas hati dengan pe-matuhan tatacara operasi piawai (SOP) jemaah solat Jumaat di semua 39 mas-jid pada 12 Jun lalu.

Pengarahnya Mohd Shahzihan Ah-mad berkata disiplin dan kesabaran semua termasuk petugas memperce-patkan proses pembukaan masjid dan surau secara berperingkat seperti di-hasratkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Ada beberapa kes jemaah hadir hanya berdasarkan kenyataan umum menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang perkara ini (kehadiran solat Jumaat) yang (hanya) berkuat kuasa di

Wilayah Persekutuan (sahaja) dan tidak tahu ia tidak dibenarkan di Selangor.

“Bagaimanapun, selepas diterang-kan mereka faham dan akur,” katanya pada 13 Jun.

Beliau berkata jemaah perlu mengemukakan kad jemputan sebe-lum dibenarkan masuk ke kawasan masjid dan mengimbas kod QR.

Mohd Shahzihan berkata teks khut-bah Jumaat bertajuk ’Hukum Syarak Menjaga Maslahat Manusia’ karangan Timbalan Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir turut memberi makna mendalam kepada jemaah.

“Khutbah menjelaskan dengan baik dan tersusun bagaimana pemerintah (ulil amri) berperanan membuat kepu-tusan menghadapi pertembungan tertentu yang kritikal, kaitannya de-

ngan maqasid syariah dan kaedah fiqah diguna dalam membuat keputusan,” katanya.

Sementara itui, Jais akan beroperasi sepenuhnya termasuk perkhidmatan sembilan kaunter di Pejabat Agama Is-lam Daerah bermula 16 Jun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.

Mohd Shahzihan berkata pelang-gan yang membuat janji temu semasa PKP Bersyarat diberi keutamaan bagi urusan hal ehwal nikah, cerai dan rujuk bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari bekerja.

Bagi perkhidmatan runding cara kekeluargaan, pelanggan perlu mendapatkan janji temu terlebih da-hulu di laman sesawang eprihatin.jais.gov.my sebelum berurusan.

Solat Jumaat hanya di 39 masjid

Jais puas hati jemaah patuh SOP

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan kempen Zakat On Grab mulai 1 Jun hingga 30 September ini untuk pemandu syarikat e-panggilan yang belum mencarum melalui agensi itu.

Ketua divisyen komunikasi korporatnya ber-kata seramai 549 pemandu mencarum penda- patan mereka secara bulanan dengan LZS se- hingga Februari.

“Justeru, kami mengalu-alukan lebih ramai pemandu e-panggilan menyertai kempen ini sekali gus berpeluang memenangi pelbagai ha- diah menarik,” kata Datin Norajun Ainun Mohd Hashim pada 10 Jun.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi grab.com/my/blog/driver/car/menjadikan-sumba- ngan-zakat-lebih-mudah/ atau https://zakatselangor.com.my/promosi dan imbas kod QR.

Pemandu bertuah akan menerima hadiah utama tele-fon pintar, jam pintar (hadiah kedua) dan kad hadiah pet-rol bernilai RM100 (sagu hati).

Galak pemandu carum zakat

SHAH ALAM - Ahli kariah tidak diwajibkan mendi-rikan solat Jumaat jika tidak mendapat jem-putan atau terpilih menunaikan ibadat itu, kata mufti Selan-gor.

Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid ber-kata ahli kariah juga tidak berdosa tetapi perlu menggan-tikan dengan solat Zuhur.

“Sebagai umat Islam, kita perlu akur biarpun ke-tetapan ini amat berat untuk diterima. Namun ulil amri (kerajaan) bertanggungjawab melaksanakan langkah pencegahan terbaik demi menjaga kemasla-hatan umum bertepatan dengan kaedah fikah.

“Mengambil kira perkembangan terkini wabak Covid-19 yang masih belum ada penawarnya, lang-kah pencegahan untuk menjaga keselamatan dan nyawa tetap diteruskan berdasarkan prinsip maqasid syariah,” katanya pada 12 Jun.

Beliau turut menyeru orang ramai berdoa supaya wabak tersebut segera diangkat bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat melalui pem-bukaan masjid yang lebih banyak.

Tidak wajib solat Jumaat tanpa jemputan

Jemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kuala Lumpur mematuhi tatacara operasi piawai SOP ketika menunaikan solat Jumaat pada 12 Jun

18 - 24 Jun 202026 Syawal - 2 Zulkaedah 1441

18 Khamis 5:42 5:52 7:04 1:17 4:43 7:26 8:4219 Jumaat 5:42 5:52 7:05 1:17 4:43 7:26 8:4220 Sabtu 5:42 5:52 7:05 1:18 4:44 7:27 8:4221 Ahad 5:42 5:52 7:05 1:18 4:44 7:27 8:4322 Isnin 5:42 5:52 7:05 1:18 4:44 7:27 8:4323 Selasa 5:43 5:53 7:05 1:18 4:44 7:27 8:4324 Rabu 5:43 5:53 7:06 1:19 4:44 7:28 8:43

18 Khamis 5:43 5:53 7:06 1:20 4:46 7:29 8:4519 Jumaat 5:43 5:53 7:06 1:20 4:46 7:30 8:4520 Sabtu 5:43 5:53 7:06 1:20 4:46 7:30 8:4621 Ahad 5:43 5:53 7:06 1:21 4:47 7:30 8:46 22 Isnin 5:44 5:54 7:06 1:21 4:47 7:30 8:4623 Selasa 5:44 5:54 7:07 1:21 4:47 7:30 8:4624 Rabu 5:44 5:54 7:07 1:21 4:47 7:31 8:46

18 Khamis 5:42 5:52 7:06 1:18 4:43 7:26 8:4219 Jumaat 5:42 5:52 7:06 1:18 4:44 7:26 8:4220 Sabtu 5:43 5:53 7:06 1:18 4:44 7:27 8:4221 Ahad 5:43 5:53 7:06 1:18 4:44 7:27 8:4322 Isnin 5:43 5:53 7:06 1:19 4:44 7:27 8:4323 Selasa 5:43 5:53 7:07 1:19 4:45 7:27 8:4324 Rabu 5:44 5:54 7:07 1:19 4:45 7:28 8:43

Page 21: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

22Kebajikan

SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Sela- ngor (Mais) menawarkan sewaan kedia-man pada kadar RM500 sebulan kepada penjawat awam.

Eksekutif Hartanahnya Arzlan Mokhtar berkata tawaran sewaan di Wisma Mais, Seksyen 3 Shah Alam terhad kepada 15 unit tidak termasuk bil utiliti dan penye-

lenggaraan.“Sebelum ini unit berkenaan disewa

pelajar universiti. Selepas mereka keluar kita buka tawaran untuk penjawat awam negeri. Mereka boleh menyewa selama dua tahun dengan pilihan menyambung sewaan,” katanya pada 15 Jun.

Beliau berkata unit kediaman itu ber- keluasan 545 kaki persegi dengan kemu-dahan tiga bilik dan dua bilik air.

MAJLIS PERBANDARAN SEPANGPersiaran Semarak Api, Cyber 1

63200 CYBERJAYA Selangor Darul Ehsan

KENYATAAN TENDER1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi kerja-kerja berikut :

BILNO.

TENDERTAJUK KERJA

BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG

HARGADOKUMEN

1. MPSepang (PH) 400-10/12/06

CADANGAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN MEDAN SELERA KAMPUNG DATO’ ABU BAKAR BAGINDA (LOT 10), KEDAI PLB KAMPUNG DATO’ ABU BAKAR BAGINDA (KDAAB), MEDAN NIAGA KAMPUNG DATO’ ABU BAKAR BAGINDA (KDABB), KOMPLEKS NIAGA SUNGAI MERAB, SELERA D’ PINGGIRAN (DESA PINGGIRAN PUTRA) PUSAT PENJAJA BUKIT UNGGUL (SUNGAI BUAH), TANDAS AWAM TAMAN TASIK CYBERJAYA (SEBELAH PARKING) DAN TANDAS AWAM TAMAN TASIK CYBERJAYA (SEBELAH TAPAK SEMAIAN JABATAN LANDSKAP) TAHUN 2020

Kementerian Kewangan Malaysia

221001 (Pembersihan Bangunan Dan Pejabat)

DAN

221003 (Mengangkat Sampah)

DAN

Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)

RM200.00

2. Dokumen Tender boleh dibeli secara online melalui laman web http://tender.selangor.gov.my. dengan harga RM200.00.

3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 6hb Julai 2020.

4. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Yide selesai agih bantuan raya, PKPSHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengagihkan RM827,000 ban-tuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada anak yatim, petugas barisan ha-dapan dan keluarga mangsa Covid-19, kata pengu-rus operasinya.

Md Arifin Jaafar berkata daripada jum-lah itu sebanyak RM742,000 sumbangan Hari Raya Aidilfitri diagihkan kepada 7,420 anak yatim seliaan yayasan itu.

“Manakala, selebihnya adalah bantu-an PKP iaitu bekalan set kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada hospital dan klinik kesihatan di Selangor serta bekalan barangan keperluan asas kepada keluarga pesakit Covid-19 dan petugas barisan hadapan,” katanya pada 9 Jun.

Md Arifin berkata pihaknya berterima kasih kepada penyumbang dan berharap sumbangan ini diteruskan pada masa akan datang.

“Yide harap individu atau mana-ma-na agensi teruskan menyumbang kerana setiap sumbangan anda akan mendapat pengecualian cukai. Sumbangan secara dalam talian boleh dibuat menerusi la-man sesawang Yide di www.yide.com.my,” kata beliau.

Khas untuk penjawat awam

Mais tawar rumah sewa RM500 sebulan

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menafikan pihaknya memberi wang tunai RM3,000 kepada ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Yawas dalam kenya- taan pada 11 Jun me-maklumkan ahli skim itu hanya menerima baucar beli-belah RM100 di pasar raya terpilih mengikut bu-lan kelahiran.

“Berita yang sedang tular di media so-sial adalah tidak benar. Ahli SMUE diminta mendapatkan maklumat daripada sum-

ber sahih supaya tidak terpedaya dengan berita palsu,” kata yayasan itu.

Yawas turut mengingatkan semua ahli sentiasa mengemas kini nombor telefon

supaya tidak terlepas daripada menerima sebarang manfaat.

Yayasan seliaan Pe-merbadanan Menteri Besar bertanggung-jawab menyediakan pangkalan data dan

membangunkan sistem antaranya Jom Shopping dan Program Kembali ke Se-kolah.

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua akan melancarkan pre-mis Food Bank N23 di Taman Pinggiran Delima dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Negerinya Edry Faizal Eddy Yusof berkata ia bagi meringankan beban rakyat ketika Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP).

“Stor Food Bank N23 sudah siap ter-

masuk kelengkapan barangan asas juga telah diletakkan.

“Namun, kita masih tunggu masa se-suai untuk beroperasi dan ia akan diumum tidak lama lagi,” katanya pada 14 Jun.

Edry Faizal berkata pihaknya akan membuat tapisan golongan layak me- nerima bantuan bagi memastikan tidak ada yang mengambil kesempatan.

Yawas nafi beri RM3,000

Food Bank N23 ringan beban rakyat

SYARAT KELAYAKAN n Isi rumah berpendapatan bawah RM5,000

n Kakitangan awam berkhidmat di Selangor

n Berkeluarga

HUBUNGI

Arzlan 019-264 0631

Bahagian Sewaan Hartanah 03-5514 32187

Page 22: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

23SelangorKini 18 - 24 Jun 2020

SukanInformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Seorang lagi anak Malay-sia, Omar Raiyan Kama Azlan sedang me- nempa nama di arena antarabangsa apabi-la berjaya menarik minat kelab terkemuka, Red Star Belgrade.

Bapa pemain berusia 15 tahun itu, Kama Azlan Muhammad mengesahkan anak bongsunya berjaya menarik minat kelab ter-kemuka dari Serbia dan kini sedang menga-sah bakat bersama skuad Bawah 17 tahun (B-17) pasukan berkenaan.

Beliau berkata kemasukan anaknya ke dalam pasukan itu sememangnya ber-dasarkan merit apabila barisan kejurulati-

han pasukan tersebut mengakui kemam-puan anaknya sudah mencapai tahap pemain Eropah.

“Selepas dua minggu menjalani per-cubaan bersama Red Star Belgrade, Omar mendapat keputusan cemerlang dan be-berapa jurulatih yang membuat penilaian mengakui anak saya ada kebolehan teknikal yang baik.

“Lebih penting mereka suka dengan Omar yang rajin, berdisiplin, rendah diri dan pandai berkawan. Dia mudah diterima pasukannya dan dia juga pantas menguasai bahasa Ser-bia,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Anak Malaysia ‘bintang’ di Red Star Belgrade

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) percaya pemain profesional tempatan bersedia menerima norma baharu dalam saingan bola sepak termasuk mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

PFAM dalam kenyataan memaklumkan keputusan kerajaan memberi lampu hijau

untuk menjalani latihan di padang terbu-ka memberi tonik besar buat keseluruhan komuniti sukan bola sepak tanah air teru-tama pemain profesional.

“Sudah semestinya, sebagai rakyat Ma-laysia, kita masih berada dalam ‘kerisauan’ dan ‘ketakutan’ memandangkan kita ma-sih belum memenangi ‘perang pandemik’

ini secara mutlak.“Namun begitu, PFAM percaya usa-

ha keras yang digerakdayakan oleh FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dalam me- rangka SOP akan senantiasa memastikan kesemua pemegang taruh bola sepak, terutamanya para pemain dan pegawai pasukan, dalam keadaan yang selamat dan terhindar daripada segala ancaman jangkitan,” jelas PFAM.

Dalam pada itu, PFAM percaya kepu-tusan kerajaan membenarkan saingan Liga Malaysia diteruskan pada Septem-ber ini bakal mengurangkan kerugian komersial yang ditanggung pasukan terlibat sejak saingan liga ditangguh-kan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. – BERNAMA

Pemain sedia harungi norma baharu

Patuh garis panduan ‘Return to Football’KUALA LUMPUR - Berdasar-kan garis panduan ‘Return to Football’ yang dike- luarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hanya pemain, pega-wai pasukan dan aka-demi boleh mengikuti latihan di padang bagi aka- demi bola sepak negara.

Jika perlu, seorang ibu bapa atau pen-jaga dibenarkan berada di perkarangan tempat latihan namun perlu berada tiga meter dari padang dan mengamalkan pen-jarakan sosial antara satu sama lain.

Menurut FAM, garis panduan ‘Return to Football’ itu selaras dengan tatacara ope- rasi piawai (SOP) yang dinasihatkan kera-jaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

FAM juga menasihatkan pemain dan ju-rulatih yang bergejala selepas latihan un-tuk melaporkan kepada pengurus akademi dengan segera serta mengelakkan hubu- ngan dengan rakan sepasukan.

FAM berkata akademi perlu melakukan proses nyahkuman di tempat yang ter-dedah kepada individu positif Covid-19 dan tidak menggunakan tempat dibasmi kuman sehingga 24 jam. – BERNAMA

Terbuka Switzerland, Eropah dibatalkanKUALA LUMPUR - Persekutuan Badmin-ton Dunia (BWF) mengumumkan pem-batalan dua kejohanan badminton iai-tu Terbuka Switzerland dan Kejuaraan Eropah 2020.

Kedua-dua kejohanan itu sebelum ini diletakkan sebagai ‘ditangguhkan’ sehing-ga tarikh yang bersesuaian, bagaimana-pun BWF pada 10 Jun mengumumkan pembatalannya.

Terbuka Switzerland, acara Super 300 dalam Jelajah Dunia BWF, dijadualkan berlangsung pada 17-22 Mac, sementara Kejuaraan Eropah di Kyiv, Ukraine, dija- dualkan pada 21-26 April, sebelum BWF menangguhkan semua kejohanan akibat pandemik Covid- 19.

“BWF dalam rundingan dan mendapat kata sepakat dengan Swiss Badminton ser-ta penganjur kejohanan itu, memutuskan adalah tidak wajar untuk menganjurkan kejohanan berkenaan pada tarikh lain da-lam 2020.

“Badminton Europe dan Persekutuan Badminton Ukraine (UBF) juga bersetu-ju bahawa langkah terbaik adalah mem-batalkan Kejuaraan Eropah 2020. UBF bersetuju untuk menjadi tuan rumah edi- si 2021 dan akan diadakan di ibu kota Ukraine itu dari 27 April hingga 2 Mei 2021,” kata badan induk badminton dun-ia itu. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Pemegang taruh uta-ma Kejohanan Cub Prix Malaysia memu-tuskan merombak sistem pembayaran semasa kepada pelumba acara itu den-gan menggantikannya melalui elaun perlumbaan yang me-nyaksikan pelaksanaan gaji min-imum secara bulanan.

Menurut promoter perlum-baan Cub Prix, Two Wheels Mo-tor Racing Sdn Bhd, keputusan itu bagi membantu pelumba Cub Prix terutama dalam kelas CP150 yang paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Buat masa ini, pembaharuan akan ditumpukan hanya kepada kelas CP150

kerana ini adalah kelas profesional yang menyaksikan tugas pelumba sepenuh masa adalah berlumba.

“Idea gaji minimum adalah bagi me-mastikan pelumba te-rus menerima bayaran sekiranya perlumbaan dibatalkan. Kami perlu saling membantu an-tara satu sama lain pada waktu-waktu yang su-kar ini,” kata jurucakap kumpulan itu, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini pada

15 Jun.Shahrol Yuzy, bekas pelumba ke-

bangsaan MotoGP, bagaimanapun me-

negaskan gaji minimum itu tidak akan menggantikan bonus prestasi yang juga pendapatan utama pelumba.

Kejohanan Cub Prix Malaysia 2020 dihentikan sejak pusingan pembukaan di Litar Tangkak, Johor pada bulan Mac selepas kerajaan memutuskan untuk melarang sebarang perhimpunan massa bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19. – BERNA-MA

Pelumba Cub Prix kelas CP150 dibantu

Bakal terima gaji bulanan

Skuad bola sepak

kebangsaan menjalani

latihan sebelum

pelaksanaan perintah kawalan

Page 23: Agensi kerajaan diarah bantu atasi masalah RM1.4 juta baik ...€¦ · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas berjumlah RM50,000 kepada Yang Dipertua PIBG, Mohd Ali Reduan ketika

Diterbitkan oleh Communication Corporation Sdn Bhd, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No.1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, SelangorDicetak oleh Print Towers Sdn Bhd, Balai Berita Shah Alam, No.16, Jalan Astaka U8/88, Seksyen U8, Taman Industri Bukit Jelutong, 40150, Shah Alam, Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Pasukan Bolasepak Selangor kembali menjalani latihan bermula 16 Jun lalu selepas selesai menjalani saringan Covid-19.

Ketua Jurulatihnya B Sathianathan berkata pemain akan dibahagikan kepada kumpulan kecil bermula dengan sesi latihan kecergasan dan teknik individu selama dua minggu.

“Saringan Covid-19 dilakukan pada 15 Jun. Pemain akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan jumlah maksimum lapan orang bersama empat jurulatih,” katanya pada 13 Jun.

Beliau berkata pihaknya sedang mengu-ruskan kepulangan dua pemain Red Giants iaitu Ifedayo Olusegun yang berada di Nige-ria dan Safuwan Baharudin di Singapura un-tuk kembali bersama pasukan.

Sathianathan yang juga Presiden Persa- tuan Jurulatih Bolasepak Malaysia berharap aksi musim ini dapat disambung semula se- perti dirancang Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas semua pasukan dilarang mengadakan latihan, perlawanan persahabatan dan me- ngurangkan pergerakan sejak 17 Mac lalu.

Jalani saringan Covid-19

Red Giants kembali berlatih

Sumber gambar: FB FA Selangor

SHAH ALAM - Persatuan Bolasepak Se- langor (FAS) tidak menghalang penye-rang muda Luqman Hakim Shamsudin melebarkan kerjaya ke kelab Eropah, KV Kortrijk.

Namun, timbalan presiden FAS ber-kata beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum membenarkan pemain asal Ke-lantan berangkat ke Belgium.

“Benar KV Kortrijk ada hubungi FAS tapi kita mungkin perlu berbincang be-berapa perkara. Ini demi kebaikan kari-ernya kerana kita mahu berikan yang terbaik buat Luqman,” kata Datuk Seri Shahril Mokhtar seperti dilapor Harian Metro pada 12 Jun.

“Saya tak boleh maklumkan lagi apa isi perbincangan itu kerana masih di pe- ringkat rundingan. Tapi yang ingin saya tegaskan FAS tak pernah halang Luqman meraih pengalaman di luar negara.”

Luqman, 18, sudah menandatangani kontrak dengan Selangor II pada Mac lalu, namun kini tersepit berikutan syarat baharu yang diletakkan FAS kepada KV Kortrijk.

FAS tidak halang Luqman lebar sayapSHAH ALAM - Selangor II dan

Negeri Sembilan dibenarkan memulakan semula latihan bagi menghadapi saingan Liga Ma-laysia (Liga M) selepas ditang-guh susulan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata kepu-tusan dibuat selepas pasukan terbabit mengemukakan doku-men lengkap pematuhan tata-cara operasi piawai (SOP) pada 16 Jun.

“Selangor II dan Negeri Sem-bilan sudah hantar dokumen yang kemudian apabila kita se-mak tiada masalah lagi untuk MFL membenarkannya memu-lakan latihan.

“Kita mengingatkan pemain dan pegawai pasukan dibe-narkan memulakan kembali latihan supaya berdisiplin me-matuhi SOP,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pada 13 Mac, Persatuan Bo-lasepak Malaysia (FAM) dan MFL

Selangor II dapat lampu hijau

Perlawanan pertama skuad Selangor II dalam kejohanan Liga Premier 2020 pada 2 Mac

mengumumkan semua perlawa-nan Liga M ditangguhkan susu-lan penularan Covid-19.

Pasukan bertanding dibenar- kan memulakan semula latihan

mulai 15 Jun lalu selaras Perin-tah Kawalan Pergerakan Pemu-lihan (PKPP) yang melonggar-kan beberapa aktiviti untuk dijalankan.

Benar KV Kortrijk ada hubungi FAS tapi kita mungkin perlu berbincang beberapa perkaraFAS

Luqman Hakim