langkah-langkah mmbuat kertas kerja dan tugasan bertulis

4
Langkah-langkah Membuat Kertas Kerja dan Tugasan Bertulis Langkah-langkah Membuat Kertas Kerja dan Tugasan Bertulis Perkara asas yang paling mudah dilaksanakan apabila menyiapkan tugasan adalah antara seperti berikut; 1. Faham dan dalami tajuk. Berbincanglah dengan ahli kumpulan yang lain berkaitan tajuk dan kehendak tajuk berkenaan. Pada masa ini anda perlu tahu sekurang-kurangnya; i. Tujuan kajian: apakah tujuan kajian dilakukan? Apa yang nak dikaji dalam kertas kerja itu, bukannya sebab apa kertas kerja itu ditulis. Jika tajuk: Pelajar Wanita Lebih Cemerlang Berbanding Pelajar Lelaki di IPT Contoh Tujuan kajian: 1. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana kebenaran bahawa pelajar wanita lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki. 2. Kajian ini dilakukan untuk mencari sebab mengapa bilangan pelajar wanita lebih cemerlang dan ramai jumlahnya berbanding pelajar lelaki di IPT. ii. Skop @ batasan kajian: apa yang difokuskan dalam kajian. Fokus ini akan menentukan arah atau batasan dalam tulisan. Contoh: Kajian ini hanya akan menumpukan tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar wanita menjadi lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki di IPT, khususnya UKM. • Bermakna, kajian hanya menumpukan kes tersebut di UKM sahaja. Jadinya, apa- apa keputusan, dapatan dan kesimpulan dari kajian ini hanya relevan di UKM sahaja. Fokus lain yang boleh dilihat umpamanya; mengkaji hanya kaum Melayu di UKM sahaja kaum Melayu di semua IPTA pelajar Melayu tahun satu di UKM sahaja. iii. Kaedah kajian: nyatakan kaedah digunakan. contohnya; 1. Resensi kepustakaan: melakukan penyelidikan, mencari bahan dan data sama ada primer atau sekunder di perpustakaan, pusat sumber. Bahan-bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal, mikrofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya.

Upload: virgo-vapor

Post on 15-Sep-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sas

TRANSCRIPT

Langkah-langkah Membuat Kertas Kerja dan Tugasan Bertulis

Langkah-langkah Membuat Kertas Kerja dan Tugasan BertulisPerkara asas yang paling mudah dilaksanakan apabila menyiapkan tugasan adalah antara seperti berikut;1. Faham dan dalami tajuk.Berbincanglah dengan ahli kumpulan yang lain berkaitan tajuk dan kehendak tajuk berkenaan. Pada masa ini anda perlu tahu sekurang-kurangnya;i.Tujuan kajian:apakah tujuan kajian dilakukan? Apa yang nak dikaji dalam kertas kerja itu, bukannya sebab apa kertas kerja itu ditulis.Jika tajuk: Pelajar Wanita Lebih Cemerlang Berbanding Pelajar Lelaki di IPTContoh Tujuan kajian:1. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana kebenaran bahawa pelajar wanita lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki.2. Kajian ini dilakukan untuk mencari sebab mengapa bilangan pelajar wanita lebih cemerlang dan ramai jumlahnya berbanding pelajar lelaki di IPT.

ii. Skop @ batasan kajian:apa yang difokuskan dalam kajian. Fokus ini akan menentukan arah atau batasan dalam tulisan. Contoh:Kajian ini hanya akan menumpukan tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar wanita menjadi lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki di IPT, khususnya UKM. Bermakna, kajian hanya menumpukan kes tersebut di UKM sahaja. Jadinya, apa-apa keputusan, dapatan dan kesimpulan dari kajian ini hanya relevan di UKM sahaja. Fokus lain yang boleh dilihat umpamanya; mengkaji hanya kaum Melayu di UKM sahaja kaum Melayu di semua IPTA pelajar Melayu tahun satu di UKM sahaja.

iii. Kaedah kajian:nyatakan kaedah digunakan. contohnya;1. Resensi kepustakaan: melakukan penyelidikan, mencari bahan dan data sama ada primer atau sekunder di perpustakaan, pusat sumber. Bahan-bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal, mikrofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya.2. Mengedar soalan kaji selidik: menghantar set soalan kaji selidik, mengutipnya semula setelah diisi respondan dan melakukan analisis dengan menggunakan pogram tertentu.3. Kajian makmal: melakukan uji kaji di makmal.4. Temubual dan wawancara: menemui tokoh tertentu yang berkaitan dan menemubualnya, dan sebagainya.

kaedah kajian boleh digabungkan semuanya atau sebahagian sahaja yang berkaitan.

2. Buat kerangkaPastikan anda tidak pernah tertinggal untuk merancang dan merangka bagaimana bentuk tugasan berkenaan. Pada masa ini, anda perlu tahu bahagian-bahagian kertas kerja anda. Secara asas, setiap kertas kerja perlu mengandungi;1. Pengenalan2. Isi3. Kesimpulan4. Rujukan

Berdasarkan rangka asas ini, anda akan bentuk kerangka untuk kertas kerja anda. Saya nyatakan satu kerangka Ulasan Novel sebagai contoh seperti di bawah:Tajuk: Tanggungjawab Seorang Muslim dalam Novel Ayat-ayat Cinta

i. PengenalanSila tulis pengenalan yang bersesuaian

Tujuan kajian: Kajian ini dilakukan untuk menganalisis novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy

Skop @ batasan kajian: Kajian ini hanya akan menumpukan tentang tanggungjawab seorang Islam yang terdapat dalam novel Ayat-ayat Cinta.Kaedah Kajian: kajian ini menggunakan teks novel Ayat-ayat Cinta sebagai sumber utama. Resensi kepustakaan dilakukan bagi mendapatkan maklumat tambahan melalui rujukan yang terdiri daripada buku, artikel, jurnal, filem dan sumber internet.

ii. Pemikiran Islam dalam Novel Ayat-ayat Cinta

Senaraikan isi utama yang akan menjadi kajian utama dalam tulisan ini.1. Tanggungjawab muslim untuk menuntut ilmu2. Tanggungjawab muslim kepada ibu dan keluarga3. Tanggungjawab muslim kepada diri sendiri4. Tanggungjawab muslim kepada jiran tetangga5. Tanggungjawab muslim kepada saudara seagama

iii. Kesimpulaniv. Rujukan/Bibliografi: gunakan sekurang-kurangnya Gaya UKM.v. Lampiran

3. Cari bahan rujukanSetelah ada tahu apa yang ingin ditulis, skop dan tujuan kajian, tajuk-tajuk kecil serta pelbagai keperluan yang ada dalam tugasan berkenaan, anda boleh mula mencari bahan rujukan.Sekiranya anda tidak mengetahui langsung tentang isu yang akan ditulis dalam kertas kerja berkenaan, anda perlu mencari bahan rujukan terlebih dahulu untuk mengetahui secara kasar gambaran awal topik berkenaan. Setelah itu, buatkan kerangka dan teruskan mencari maklumat semula.

4. Menulis kertas kerjaApabila semua bahan rujukan sudah ada, anda sudah boleh menulis berdasarkan kerangka yang telah disiapkan. Anda juga berkemungkinan perlu ubahsuai kerangka pada tahap ini mengikut kesesuaian topik atau bahan rujukan yang ada.

5. Melakukan editingSetelah kertas kerja anda siap, pastikan anda tidak pernah lupa untuk melakukan proses editing. Sila semak nota kuliah untuk mendalami apa yang perlu dilakukan dalam proses ini.

6. Binding dengan kemasSila binding dengan kemas (supaya tidak tercerai) sebelum hantar tugasan. Sekiranya perlu, anda juga boleh hantar bersama salinan kertas kerja dalam bentuk elektronik dalam CD atau disket sebagai back up jika diperlukan. Simpan juga salinan kertas kerja anda hingga satu semester sebagai rujukan sekiranya berlaku apa-apa perkara yang berbangkit dalam tempoh tersebut.Posted bymaharamdetik5:14 PM