langkah-langkah mewujudkan perpaduan kaum

1
Sebagai langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa sambutan hari perayaan.. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah mengalakkan dan memberi peluang kepada naka-anak mempelajari pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan. Rukun Tetangga di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional boleh bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh memupuk perpaduan. Contohnya Hari Keluarga, Sukaneka, Ceramah dan pelbagai kempen. Ni dapat mengeratkan hubungan di antara kaum.Kita harus menghapuskan sikap mementingkan diri dan mula bertoleransi antara satu sama lain.

Upload: hema-malini

Post on 30-Sep-2015

119 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

Sebagai langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysiarakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa sambutan hari perayaan.. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik.

Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah mengalakkan dan memberi peluang kepada naka-anak mempelajari pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan. Rukun Tetangga di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional boleh bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh memupuk perpaduan. Contohnya Hari Keluarga, Sukaneka, Ceramah dan pelbagai kempen. Ni dapat mengeratkan hubungan di antara kaum.Kita harus menghapuskan sikap mementingkan diri dan mula bertoleransi antara satu sama lain.