langkah langkah mengekalkan perpaduan di negara

8
Langkah langkah mengekalkan perpaduan di negara Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegaraMalaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harusmembenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi didunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku,menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita jugaharus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarahnegara kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehikemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya . Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatanyang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruahdan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta caramengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, olehitu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan disesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami

Upload: wan-noryatini-mahmood

Post on 21-Jul-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah Langkah Mengekalkan Perpaduan Di Negara

Langkah langkah mengekalkan perpaduan di negara

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegaraMalaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harusmembenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi didunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku,menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita jugaharus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarahnegara kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehikemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatanyang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruahdan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta caramengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, olehitu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Semangat kekitaanjuga amat penting dalam mengekalkan perpaduan disesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antaramasyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmoniandan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengirakedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakatantara kaum.Sifat berdisiplinjuga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturandan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kitaharuslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadapatau kurang ajar. Seseorang rakyat juga

Page 2: Langkah Langkah Mengekalkan Perpaduan Di Negara

haruslah mempertahankan sertamemjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara.Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan inikan membawa perpaduan antara rakyat.

Rakyat juga harus berusaha denagn gigih danbersifat produktifuntuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasiekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalammengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiapmasa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuandalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demimenghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukanekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa juacabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan dikalangan rakyat.Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negarauntuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.

Page 3: Langkah Langkah Mengekalkan Perpaduan Di Negara

Usaha-usaha Mengekalkan Perpaduan Kaum Di Malaysia     Perpaduan sangat penting kerana perpaduan akan menjadikan negara kita kukuh dan utuh, Lantaran itu, sebagai negara yang berbilang kaum, kita perlu bersatu padu untuk mempertahankan negara. Pepatah bersatu teguh, bercerai roboh dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing hendaklah menjadi pegangan setiap generasi. Fenomena negara di dunia yang telah dijajah atau dikalahkan oleh negara-negara lain akibat daripada tidak bersatu padu hendaklah dijadikan iktibar. Pelbagai usaha yang drastik haruslah dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.               Salah satu prakarsa yang drastik untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia adalah untuk merealisasikan hasrat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia dengan pengenalan sekolah wawasan. Hal ini demikian kerana, melalui sekolah wawasan, pelajar yang terdiri daripada variasi kaum akan belajar dan berinteraksi dengan bersama-sama. Dengan ini, proses ini akan mengukuhkan perpaduan kaum dan dapat hidup dengan aman dan harmoni bak kata pepatah bulat air   kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat . Akhirnya, Malaysia akan terus gah di mata dunia sebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni.       Selain itu, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu diberi perhatian. Bagi memastikan perpaduan terus berkekalan, Jawatankuasa Komuniti taman-taman perumahan boleh merancang dan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan taman. Sebagai contohnya, aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan ahli masyarakat menyingsing lengan membersihkan longkang, mengutip sampah dan menanam pokok bunga malah memberi peluang kepada mereka untuk bersemuka, bertegur sapa dan saling memahami hati budi antara satu sama lain. Dengan ini, perpaduan kaum merupakan wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat global dan glokal akan dapat dimantapkan.       Seterusnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan sambutan secara meriah untuk meraikan perayaan kaum dan agama di negara. Sambutan tersebut telah diadakan di peringkat kebangsaan dan melibatkan segenap lapisan masyarakat. Sambutan ini yang dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan di beberapa lokasi utama di negara ini. Oleh hal yang demikian, perhimpunan perpaduan seumpana ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah dikagumi oleh pelancong asing seantareo pelosok dunia. Justifikasinya, Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan setiap tahun dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran rakyat untuk meneruskan kehidupan di negara ini.      Akhirulkalam, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin, hujan, makan, dan minum sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke mana-mana sahaja, bebas bekerja dan bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu, untuk mengecapi kebebasan ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan dan terus dimantapkan. Dengan itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk terus mengekalkan perpaduan negara kerana membina perpaduan memakan masa puluhan tahun tetapi meranapkannya akan mengambil masa sehari.

Page 4: Langkah Langkah Mengekalkan Perpaduan Di Negara

Langkah-Langkah untuk Mengukuhkan Perpaduan dalam Kalangan Rakyat

Malaysia.Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan

tema sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu “Perpaduan Teras Kejayaan”. Jika slogan tersebut dibaca dengan teliti, slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Sebagai pembuka bicara, kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh

Page 5: Langkah Langkah Mengekalkan Perpaduan Di Negara

mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.

Selain itu, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada

Page 6: Langkah Langkah Mengekalkan Perpaduan Di Negara

menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, “serampang dua mata”. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.

Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga

Page 7: Langkah Langkah Mengekalkan Perpaduan Di Negara

yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah bangsa demi negara!