pe 4 - mesin 3 fasa - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/nota asas mesin elektrik...

32
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOLEJ KOMUNITI JEMPOL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA PE 4 - MESIN 3 FASA Kegunaan Peringkat Dalaman Sahaja

Upload: phamdien

Post on 30-Jan-2018

315 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KOLEJ KOMUNITI JEMPOL

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PE 4 - MESIN 3 FASA

• Kegunaan Peringkat Dalaman Sahaja

Page 2: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

1 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

BAB 1 KESELAMATAN AM

1.1 Punca – punca Kemalangan 1

1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3

1.3 Langkah –Langkah Keselamatan 4

1.4 Simbol dan Tanda Amaran Keselamatan 6

1.5 Pertolongan Cemas 7

1.6 Pencegahan Kebakaran 9

BAB 2 KONSEP ASAS KAWALAN MOTOR

2.1 Definisi Kawalan Dalam Konteks Elektrik 11

2.2 Simbol Gambarajah Skema 14

2.3 Gambarajah Skema 15

2.4 Gambarajah Susun Atur 17

2.5 Gambarajah Blok 17

2.6 Gambarajah Pendawaian 18

BAB 3 KOMPONEN – KOMPONEN KAWALAN

3.1 Pemutus Litar Kenit (Miniature Circuit Breaker, MCB) 19

3.2 Geganti Beban Lampau (Overload Relay) 20

3.3 Suis Punat Tekan 21

3.4 Sesentuh (Contactor) 22

3.5 Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contactor) 23

3.6 Pemasa (Timer Delay Relay, TDR) 24

BAB 4 PENGUJIAN KOMPONEN – KOMPONEN DAN LITAR

KAWALAN

4.1 Pengujian Litar Dan Komponen 25

4.2 Cara Pengujian Litar 25

4.3 Cara Pengujian Komponen 26

RUJUKAN 30

Page 3: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

2 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

BAB 1 : KESELAMATAN AM

1.1 Punca – punca Kemalangan

Kegagalan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel boleh meyebabkan

kemalangan. Kemalangan bukan sahaja boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian, malah

akan meyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, peraturan keselamatan bengkel perlu

diamalkan selalu bagi mengelakkan kemalangan terjadi. Terdapat tiga jenis punca kemalangan

iaitu :-

a. Kecuaian manusia

b. Keadaan tempat kerja

c. Keadaan peralatan atau mesin yang digunakan

a. Kecuaian Manusia

Kecuaian adalah salah satu faktor terbesar yang boleh meyebabkan kemalangan di dalam

bengkel. Antara kecuaian dan langkah pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelak

kemalangan ialah :-

Bil Punca Kemalangan Langkah Pencegahan

1. Tidak merancang sebelum membuat

sesuatu kerja.

Merancang dahulu sebelum melaksanakan

kerja.

2. Tidak memberi tumpuan kepada kerja

yang sedang dilaksanakan.

Menumpukan perhatian kepada kerja yang

sedang dilaksanakan.

3. Tidak mematuhi peraturan keselamatan

yang ditetapkan.

Mematuhi peraturan keselamatan yang

ditetapkan.

4.

Menggunakan peralatan atau mesin

yang tidak sesuai mengikut

kegunaannya.

Menggunakan peralatan atau mesin

mengikut kegunaan yang sebenar.

5. Tidak mengendalikan peralatan atau

mesin dengan betul

Mempelajari cara mengendalikan peralatan

atau mesin dengan betul.

6. Tidak mematuhi prosedur penggunaan

peralatan atau mesin

Mengendalikan peralatan atau mesin

mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Jadual 1.1 Punca Kecuaian Manusia dan Langkah Pencegahan

Page 4: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

3 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

b. Keadaan Tempat Kerja

Selain daripada kecuaian manusia, suasana di tempat kerja atau bengkel boleh juga

menyebabkan kemalangan. Antara punca kemalangan dan langkah pencegahannya ialah :-

Bil Punca Kemalangan Langkah Pencegahan

1. Keadaan lantai yang kotor. Lantai perlu dibersihkan sebelum dan

selepas melakukan kerja

2.

Keadaan lantai yang licin kerana

berlakunya tumpahan cecair seperti air

atau minyak.

Lantai hendaklah berada di dalam keaadaan

kering

3.

Peralatan, bahan atau serpihan logam

yang dibiar berselerak di lantai.

Susun peralatan dan bahan yang tidak

digunakan, manakala serpihan logam

dibuang di tempat khas yang disediakan.

4. Kawasan kerja yang terhad, tiada ruang

untuk bergerak dengan selesa.

Kawasan kerja disusun dengan teratur dan

laluan berjalan tidak dihalang

Jadual 1.2 Punca Kemalangan Di Tempat Kerja dan Langkah Pencegahan

c. Keadaan Peralatan Atau Mesin Yang Digunakan

Keadaan peratan atau mesin yang digunakan juga boleh menjadi punca kemalangan. Antara

punca kemalangan dan langkah pencegahannya ialah :-

Bil Punca kemalangan Langkah Pencegahan

1. Mesin tidak diselenggara dengan baik. Mesin perlu diselenggara dengan baik dan

mengikut jadual berkala.

2. Kedudukan mesin yang tidak teratur. Mesin perlu disusun dengan teratur.

3. Menggunakan peralatan atau mesin

yang rosak.

Peralatan atau mesin yang digunakan

sentiasa berkeadaan baik.

4. Kerosakan pada peralatan atau mesin

dan kebocoran litar elektrik.

Pastikan peralatan atau mesin yang rosak

dibaiki segara.

5.

Menggunakan mesin yang tidak

memenuhi piawaian keselamatan yang

ditetapkan.

Pastikan mesin yang digunakan memenuhi

piawaian yang ditetapkan.

Page 5: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

4 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel

a. Renjatan elektrik

Renjatan elektrik terjadi apabila badan seseorang menjadi laluan pengaliran arus elektrik. Ini

berlaku kerana badan seseorang itu bersentuhan dengan pengalir yang membawa arus. Arus

sebanyak 15mA sudah cukup untuk memberi kesan renjatan elektrik.

Renjatan elektrik boleh berlaku disebabkan oleh perkakas elektrik, kecuaian manusia dalam

mengambil langkah keselamatan, mengubahsuai peralatan tanpa berpengetahuan jelas mengenai

peralatan tersebut dan menggunakan peralatan yang rosak. Antara langkah keselamatan yang

perlu diambil bagi mengatasi renjatan elektrik ialah :-

1. Lantai dan meja kerja elektrik dilitupi dengan penebat getah.

2. Sambungan pengalir yang dibuat mestilah ketat dan baik.

3. Memastikan semua pendawaian dibumikan, suis keselamatan dan suis kecemasan

berfungsi dengan baik serta diperiksa secara berkala.

4. Memastikan wayar atau kabel yang bocor diganti atau dibalut dengan penebat.

5. Memastikan kawasan kerja sentiasa kering.

6. Jika berlaku renjatan elektrik, putuskan bekalan ke litar itu atau yang palin baik

mematikan suis utam.

7. Peralatan elektrik yang rosak hendaklah diasingkan daripada yang baik.

8. Alat – alat pemadam kebakaran yang hendak digunakan mestilah dalam keadaan baik dan

alat ini mestilah diuji dari semasa ke semasa.

b. Kebakaran

Definisi umum kebakaran adalah suatu tindak balas kimia yang berlaku apabila bahan boleh

terbakar dan oksigen menyentuh punca haba atau cucuhan. Antara punca – punca kebakaran

ialah :-

1. Menukar kadaran arus fius dengan yang lebih besar.

2. Perangkap kilat yang rosak.

3. Sambungan tersesah atau rosak.

4. Percikan bunga api di sambungan yang terdedah.

Page 6: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

5 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Antara langkah keselamatan yang perlu diambil mengelakan berlakunya kebakaran ialah :-

1. Bahan – bahan mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat lain yang selamat dan

selepas digunakan hendaklah dikembalikan di tempat asalnya.

2. Alat- alat pemadam api diletakkan di tempat terbuka, ia hendaklah diuji dari semasa ke

semasa dan mengikut jenis kebakaran yang mungkin terjadi.

3. Jika terdapat kabel, peralatan atau pendawaian yang rosak hendaklah dibaiki dengan

segera sebelum digunakan.

4. Gunakan pakaian dan peralatan yang mempunyai ketahanan haba/kebakaran jika bekerja

di kawasan yang mudah terbakar.

5. Adakan latih tubi kebakaran supaya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri apabila

berlaku sesuatu kebakaran.

1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

a. Langkah keselamatan diri

Antara langkah – langkah keselamatan diri yang perlu diikuti ialah :-

1. Pakaian untuk bekerja mestilajh bersesuaian dengan tugas yang dilakukan, contohnya

memakai jaket semasa melakukan kerja.

2. Cincin, gelang tangan, jam tangan dan rantai tidak boleh dipakai semasa bekerja.

3. Kasut bertapak nipis, bertumit tinggi atau berpaku tidak dibenarkan, sebaliknya kasut

yang bertapak tebal atau safety boot adalah lebih digalakkan. Bagi kerja - kerja

mengangkat barang – barang, kasut tahan hentakan hendaklah digunakan.

4. Rambut hendaklah sentiasa pendek, memakai topi keledar khas untuk sesuatu kerja jika

perlu.

5. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh papan – papan tanda, pensyarah atau

penyelaras bengkel.

6. Jangan makan, minum, bergurau senda atau berkejar – kejaran semasa bekerja.

7. Sentiasa tenang dalam menjalankan sesuatu tugas.

8. Bersihkan tempat kerja dan peralatan selepas selesai menjalankan sesuatu kerja.

9. Jika terdapat sesuatu yang dirasakan merbahaya, laporkan kepada pensyarah atau

penyelaras bengkel.

Page 7: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

6 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

b. Langkah Keselamatan Semasa Mengunakan Peralatan Atau Mesin

Bagi menjamin keselamatan semasa menggunakan peralatan atau mesin, langkah – langkah

berikut hendaklah dipatuhi :-

1. Jangan menggunakan peralatan atau mesin tanpa mengetahui cara yang betul

penggunaannya.

2. Peralatan atau mesin yang rosak atau mengalami sedikit kerosakan perlu dibaiki sebelum

digunakan.

3. Peralatan atau mesin mestilah disimpan di tempat yantg betul supaya mudah dicari

apabila diperlukan, terutamanya semasa kecemasan.

4. Setelah meggunakan perlatan itu, ianya hendaklah dibersihkan dan dikembalikan ke

tempat asal.

5. Jangan biarkan mesin dihidupkan tanpa diawasi walaupun untuk seketika.

6. Gunakan penutup muka atau hidung di tempat kerja yang memerlukannya.

7. Patuhi peraturan penggunaan sesuatu peralatan dan mesin walaupun anda telah biasa

dengannya.

8. Gunakan peralatan yang betul semasa menjalankan kerja.

9. Jangan dibuang atau ditutup tanda – tanda arahan dan amaran yang terdapat pada

peralatan atau mesin kerana kemungkinan pengguna lain tidak mengetahuinya.

10. Pastikan peralatan atau mesin benar – benar dalam keadaan baik sebelum digunakan, uji

terlebih dahulu jika terdapat keraguan pada keselamatannya.

11. Jangan cubu menghidupkan bekalan kuasa elektrik tanpa pengawasan pensyarah.

Page 8: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

7 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

1.4 Simbol dan Tanda Amaran Keselamatan

Simbol dan tanda amaran keselamatan perlu ada di setiap bengkel bagi membantu pengguna

atau pelajar melaksanakan langkah keselamatan yang betul. Berikut adalah contoh- contoh

simbol dan tanda keselamatan yang diklasifikasikan mengikut kemestian, amaran dan larangan.

Page 9: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

8 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Rajah 1.1 Simbol dan Tanda Amaran Keselamatan

1.5 Pertolongan Cemas

a. Kotak pertolongan cemas

Kotak pertolongan cemas adalah satu alat yang penting sekiranya berlaku kecemasan yang

melibatkan kecederaan. Kotak pertolongan cemas ini dapat membantu merawat kecederaan

ringan seperti terseliuh, luka kecil dan sebagainya. Kotak ini kebiasaanya berwarna putih, di

hadapannya terpapar simbol bulan sabit. Pengguna kotak ini hendaklah mengetahui bagaimana

menggunakan ubat – ubatan dan cara merawat yang hendak diberikan. Jadual 1.3 adalah senarai

rawatan dan ubatan yang sesuai untuk sesuatu kecederaan atau kemalangan.

Page 10: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

9 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Bil Ubatan dan alatan Kegunaan dan rawatan

1. Selvon Untuk merawat kudis atau luka

2. Gentian Biru (Blue Lotion) Untuk merawat kudis atau luka

3. Iodin Untuk merawat luka

4. Garam Penghidu Untuk menyedarkan mangsa yang pengsan

5. Kapas Untuk menyapu ubatan dan luka, penutup luka

6. Plaster Untuk menampal luka

7. Kain Pembalut Untuk membalut luka atau anggota yang terseliuh

8. Krim Antiseptik Untuk merawat kudis yang besar dan bernanah

9. Radian massage Untuk mengurut dan memanaskan badan serta merawat

sakit otot

10. Krim Burnol Untuk merawat kulit yang terbakar dan melecur atau

melepuh

11. Pil Paracetamol / panadol Untuk merawat pening kepala dan meredakan sakit

12. Minyak Urut Disapu pada anggota yang terseliuh atau patah

Jadual 1.3 Senarai Ubatan dan Rawatan

b. Merawat kecederaan ringan

Sekiranya terdapat pelajar yang mengalami kecederaan terutama kecederan ringan, pastikan

mangsa diberi rawatan segera di samping memaklumkan pensyarah atau penyelaras bengkel.

Pelajar seharusnya mengetahui cara merawat kecederaan ringan seperti luka dan melecur. Luka –

luka kecil boleh dirawat dengan cara membasuh luka tersebut, menyapu ubat luka seperti selvon

atau iodin pada luka dan kemudian membalutnya. Sekiranya terdapat kecederaan yang serius,

hendaklah merujuk pada pensyarah dan seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

c. Merawat mangsa renjatan elekrik

Renjatan elektrik boleh menyebabkan mangsa pengsan dan sekaligus boleh menyebabkan

kematian jika tidak dirawat dengan segera. Oleh itu, bantuan segera hendaklah diberikan :-

1. Mematikan bekalan kuasa sama ada dengan mematikan suis litar yang terlibat, suis

utama, suis pemutus litar atau menanggalkan palam dan sebagainya.

2. Jika suis tidak dimatikan, pindahkan mangsa ke tempat yang tidak bersentuhan dengan

Page 11: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

10 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

punca bekalan kuasa. Gunakan bahan penebat seperti sarung tangan atau kain tebal

semasa menarik mangsa.

3. Jauhkan bahan basah, lembab atau bahan pengalir seperti besi, zink dan sebagainya

daripada kawasan yang terlibat.

4. Lakukan proses pemulihan pernafasan dengan segera sekiranya pernafassan mangsa

berhenti. Terdapat beberapa cara pemulihan pernafasan yang boleh dilakukan iaitu :-

i. Kaedah Holger Nelson

ii. Cara Mulut ke Mulut

iii. Cara Mulut ke Hidung

iv. Cara Schafer

v. Cara Pemulihan Jantung dari Luar (CPR)

5. Laporkan kepada petugas pertolongan cemas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Rawatan pemulihan pernafasan hanyalah rawatan sementara sahaja.

6. Jika mangsa mengalami kecederaan, rawat mangsa.

7. Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni mangsa dan selimutkan mangsa bagi

memanaskan badannya.

8. Hantar mangsa ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan susulan.

1.6 Pencegahan Kebakaran

Kebakaran boleh mendatangkan kecederaan dan kerugian harta benda. Oleh itu, pelajar perlu

mengetahui jenis – jenis alat pemadam api yang dapat mencegah kebakaran daripada merebak.

Alat pemadam api atau alat pencegah kebakaran adalah terdiri daripada

1. Jenis Katrij air

2. Jenis Busa (Buih)

3. Jenis Karbon dioksida (CO2)

4. Jenis Serbuk kering atau pasir

Cara penggunaan setiap alat pemadam api adalah berbeza mengikut jenis alat tersebut dan

juga jenis kebakaran seperti Jadual 1.4 :-

Page 12: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

11 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Jenis kebakaran Jenis alat pemadam api Cara menggunakan

Kayu, tilam kain, kertas, alat

– alat perabot dan

sebagainya

Kelas A (Jenis Katrij Air)

1. Cabutkan pin

2. Halakan muncung ke

pangkal api

3. Hampiri tempat

kebakaran

4. Tekan tuil

5. Layangkan nozel ke kiri

dan kanan

Cecair, petrol, minyak, cat,

varnish dan sebagainya

Kelas B (Jenis Buih)

1. Cabutkan pin

2. Halakan muncung ke

pangkal api

3. Hampiri tempat

kebakaran

4. Tekan tuil

5. Layangkan nozel ke kiri

dan kanan

Elektrik, jentera, papan suis,

pengubah, jentera pendingin

udara dan sebagainya.

Kelas C (Jenis Karbon

Dioksida)

1. Cabutkan pin

2. Halakan muncung ke

pangkal api

3. Hampiri tempat

kebakaran

4. Tekan tuil

5. Layangkan nozel ke kiri

dan kanan

Bahan kimia seperti natrium,

kalium dan kalsium.

Kelas D (Jenis Serbuk

Kering)

1. Cabutkan pin

2. Halakan muncung ke

pangkal api

3. Hampiri tempat

kebakaran

4. Tekan tuil

5. Layangkan nozel ke kiri

dan kanan

Jadual 1.4 Jenis Alat Pemadam Api dan cara Penggunaan

Page 13: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

12 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

BAB 2 : KONSEP ASAS KAWALAN MOTOR

2.1 Definisi Kawalan Dalam Konteks Elektrik

Kawalan adalah merupakan alat atau satu set alat yang mengurus, mengarah atau mengawal

atur tingkah laku sesuatu alat yang lain. Oleh itu, kawalan motor boleh dirumuskan sebagai satu

sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal

pergerakan motor sama ada motor satu fasa ataupun tiga fasa. Kawalan motor ataupun mesin

elektrik ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagaian iaitu :-

a. Kawalan manual

b. Kawalan separuh automatik

c. Kawalan automatik

a. Kawalan manual

Sistem kawalan manual adalah satu sistem kawalan yang dikendalikan atau dikawal oleh

operator pengendali, di mana operator atau pengguna tersebut menggunakan anggota tangan dan

kaki sebagai hubungan permulaan dalam mengendalikan sistem tersebut. Sistem kawalan manual

ini, tidak ada penggunaan geganti beban lampau (overload relay) di mana, sistem ini digunakan

hanya untuk menghidupkan atau memberhentikan kawalan motor yang bersaiz kecil. Antara

contoh sistem ini adalah mesin gerudi tangan, mesin pencanai dan sebagainya. Rajah 2.1

merupakan rajah blok sistem kawalan manual :-

Rajah 2.1 Kawalan Manual

Talian Penghantaran 1 / 3 Fasa (240 V / 415 V)

Panel Kuasa

Penghidup Manual (Operator/pengguna)

Motor

Page 14: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

13 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Kendalian sistem kawalan ini ialah apabila suis dihidupkan, bekalan kuasa akan sentiasa

bersedia dan lengkap, seterusnya menghidupkan motor dan berputar. Bagi menghentikan

sistem ini, operator atau pengguna perlu menekan suis punat tekan henti untuk

memutuskan bekalan daripada litar. Kawalan ini kurang sesuai digunakan di

bengkel atau makmal kerana tiada alat keselamatan tambahan. Ini berlaku disebabkan

semasa motor mula beroperasi , terjadinya peningkatan arus yang tinggi secara mendadak di

antara 6 hingga 10 kali ganda arus larian motor.

b. Kawalan separuh automatik

Sistem kawalan separuh automatik ini juga dikenali sebagai sistem kawalan semi auto di

mana pada permulaan sistem ini ianya masih memerlukan bantuan operator untuk menghidupkan

motor. Pada peringkat seterusnya alat – alat penghidup elektromagnet akan menyambung fungsi

untuk membekalkan bekalan bagi menghidupkan motor. Dengan erti kata lain, sistem ini

dinamakan kawalan separuh automatik kerana alat pandu seperti suis punat tekan atau suis togol

dikendalikan secara manual manakala penghidup motor menggunakan jenis elektromagnet.

Sistem ini lebih popular daripada sistem manual. Rajah 2.2 merupakan rajah blok sistem kawalan

separuh automatik :-

Rajah 2.2 Kawalan Separuh Automatik

Panel Kuasa

Penghidup Elektromagnet

Motor

Talian Penghantaran 1 / 3 Fasa (240 V / 415 V)

Sistem Punat Tekan

Page 15: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

14 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Terdapat dua jenis litar di dalam sistem kawalan ini iaitu litar utama dan litar kawalan.

Apabila operator atau pengguna menekan suis punat tekan, sesentuh elektromagnet akan

melengkapkan litar dengan meyambung bekalan kuasa dari bahagian utama ke bahagian motor.

Seterusnya motor akan dapat dihidupkan dan mula beroperasi. Bagi memberhentikan kendalian

sistem ini, operator atau pengguna perlu menekan suis punat tekan henti dan seterusnya motor

akan berhenti. Motor boleh berhenti beroperasi dengan sendiri sekiranya berlaku beban lampau.

c. Kawalan automatik

Kawalan automatik merupakan satu sistem yang mengawal atau mengendalikan operasi

secara automatik sepenuhnya tanpa pengawasan operator atau pengguna. Kawalan automatik

banyak digunakan pada masa sekarang kerana ianya banyak kelebihan seperti membantu dalam

pengurusan masa dan tidak perlu diawasi selalu. Selain itu, kerja menjadi lebih sistematik dan

teratur. Rajah 2.3 merupakan rajah blok sistem kawalan automatik :-

Rajah 2.3 Kawalan Automatik

Kawalan automatik ini dikendalikan apabila operator atau pengguna menekan punat tekan

sebagai permulaan menghidupkan litar dan motor akan beroperasi, Seterusnya litar kawalan akan

mengawal kendalian motor sepenuhnya secara automatik. Tugas memberhentikan motor diambil

alih oleh fungsi peranti seperti sensor, suis had, timer dan sebagainya yang disambung pada suis

punat tekan henti.

2.2 Simbol Gambarajah Skema

Talian Penghantaran 1 / 3 Fasa (240 V / 415 V)

Panel Kuasa

Penghidup Elektromagnet

Motor

Sistem Punat Tekan

Sistem Automatik, Suis

Had, Sensor, Timer

Page 16: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

15 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Kebiasaanya sistem kawalan motor diwakili oleh beberapa simbol alat - alat elektrik

mahupun elektronik yang digabungkan menjadi satu litar. Litar ini dikenali sebagai gambarajah

skema. Pelajar perlu mengenali beberapa simbol alat – alat ini sebelum dapat melakukan

pemasangan litar. Terdapat beberapa simbol yang digunakan untuk emnerangkan makna dan

tujuan sesuatu litar kawalan ataupun litar utama. Bentuk dan kedudukan sesuatu simbol itu tidak

sama bagi litar – litar kawalan. Walaubagaimanapun, simbol – simbol ini boleh diubahsuai

kedudukannya mengikut keperluan pengguna. Antara simbol yang biasa digunakan di Malaysia

adalah :-

Page 17: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

16 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Rajah 2.4 Simbol Gambarajah Skema

2.3 Gambarajah Skema

Gambarajah skema memberikan gambaran sesuatu litar yang mudah untuk difahami dengan

cepat. Komponen – komponennya tidak ditunjukkan kedudukan yang tepat. Tujuan gambarajah

skema ini dibina adalah untuk memudahkan pendawaian dan penyambungan litar, memudahkan

pengguna memahami kendalian litar tersebut dan memudahkan pengguna melakukan proses

baikpulih ataupun troubleshoot.

Gambarajah skema ini terbahagi kepada dua jenis litar iaitu litar kawalan dan litar utama

ataupun disebut litar motor. Litar kawalan menunjukkan komponen – komponen yang

memerlukan bekalan arus yang kecil sahaja. Jika komponen – komponennya memerlukan

bekalan voltan yang besar contohnya 415V, maka ia hendaklah disambungkan kedua –dua punca

dari litar kawalan ke mana - mana dua punca dari bekalan voltan 415V iaitu voltan tiga fasa.

Seperti yang ditunjukkan Rajah 2.5, ia (L dan N) boleh disambungkan kepada punca R dan Y, R

dan B, ataupun Y dan B. Jika komponenya memerlukan voltan yang rendah iaitu 240V, maka

punca - punca dari litar kawalan boleh disambung salah satu dari R, Y atau B dan neutral. Litar

Page 18: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

17 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Litar Kawalan

kawalan mengandungi sesentuh, sesentuh tambahan, sesentuh geganti beban lampau, suis punat

tekan dan lampu.

Litar utama menyambungkan bekalan kuasa terus ke motor. Kebiasaanya, litar utama

mengandungi sesentuh utama, geganti beban lampau dan motor. Alat – alat seperti alat pengubah

(transformer), perintang juga dipasang di litar utama mengikut keperluan tertentu. Selain itu,

litar utama juga dibekalkan dengan fius yang bertindak sebagai alat pemutus litar. Kedua – dua

litar ini menolong memahami bagaimana sesuatu litar itu bekerja. Ia juga dapat menolong untuk

mencari kerosakan yang mungkin berlaku.

Rajah 2.5 Gambarajah Skema

Litar Utama

Page 19: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

18 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

2.4 Gambarajah Susun Atur

Gambarajah susun atur ialah satu gambarajah yang menunjukkan kedudukan sebenar bagi

komponen –komponen kawalan. Ianya menerangkan keadaan pendawaian itu dilakukan. Rajah

2.6 menunjukkan gambarajah tersebut :-

Rajah 2.6 Gambarajah Susun Atur

2.5 Gambarajah Blok

Satu gambarajah yang mudah di mana komponen – komponen kawalan ditunjukkan dengan

bentuk blok. Rajah 2.7 merupakan gambarajah blok :-

Rajah 2.7 Gambarajah blok

Talian Penghantaran 1 / 3 Fasa (240 V / 415 V)

Panel Kuasa

Penghidup Manual (Operator/pengguna)

Motor

Page 20: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

19 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

2.6 Gambarajah Pendawaian

Gambarajah pendawaian termasuklah semua peranti di dalam sistem dan menunjukkan

hubungannya secara fizikal. Gambarajah ini sangat berguna dalam sistem pendawaian kerana

sambungan boleh dibuat seperti yang dikehendaki di atas gambarajah tersebut. Dari gambarajah

skema seperti di Rajah 2.5 di mana satu penyambungan pendawaian boleh dilakukan dengan

mengikut nombor – nombor yang terdapat pada litar skema tersebut. Rajah 2.8 menunjukkan

gambarajah pendawaian :-

in out 97 96 in out in out A1 A2

98 43 44

in out

Rajah 2.8 Gambarajah Pendawaian

Page 21: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

20 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

BAB 3 : KOMPONEN – KOMPONEN KAWALAN

3.1 Pemutus Litar Kenit (Miniature Circuit Breaker, MCB)

Pemutus litar kenit atau miniature circuit breaker, MCB adalah sejenis alat atau fius yang

digunakan dalam litar kawalan motor. Ianya berfungsi untuk menyambung atau memutuskan

bekalan secara automatik apabila berlaku lebihan arus. MCB selalunya adalah untuk kegunaan

satu fasa dan tiga fasa dan ianya mempunyai kadar arus yang berbeza-beza contohnya 6A, 16A,

20A, 32A dan sebagainya. Fius menggunakan prinsip haba manakala MCB menggunakan prinsip

medan magnet, di mana terdapat gelong bersiri dengan litar utama yang menarik bahagian

pelantik untuk memutuskan litar apabila arus melebihi tahap tertentu yang telah dihadkan untuk

sesebuah MCB. Rajah 3.1 menunjukkan binaan dalaman bagi MCB.

Rajah 3.1 Binaan Dalaman Miniature Circuit Breaker, MCB

Rajah 3.2 Miniature Circuit Breaker, MCB 1 Fasa dan 3 Fasa

Page 22: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

21 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Rajah 3.3 Simbol Miniature Circuit Breaker, MCB 1 Fasa dan 3 Fasa

3.2 Geganti Beban Lampau (Overload Relay)

Komponen ini merupakan komponen keselamatan yang berfungsi secara automatik untuk

melindungi beban (motor) daripada rosak apabila arus berlebihan mengalir melaluinya.

Biasanya, geganti beban lampau akan disambungkan secara siri dengan motor dan arus beban

akan mengalir melalui geganti beban lampau dan terus ke motor. Di dalam komponen ini,

terdapat dua logam yang mempunyai pengembangan panas yang berbeza. Apabila arus yang

berlebihan melaluinya, ia akan menyebabkan logam mengembang dan menolak bar dan

seterusnya menolak angker. Dengan itu, sesentuh lazim tutup akan terbuka dan motor akan

berhenti beroperasi. Rajah 3.4 merupakan gambar sebenar dan simbol geganti beban lampau.

Rajah 3.4 Gambar Dan Simbol Geganti Beban Lampau

Page 23: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

22 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

3.3 Suis Punat Tekan

Suis punat tekan ialah suis yang biasa digunakan di litar kawalan motor. Suis punat tekan

adalah komponen yang digunakan untuk menghidupkan dan mematikan operasi sesuatu litar

kawalan. Terdapat 2 jenis suis punat tekan iaitu :-

a. Suis Punat Tekan Mula (Push Button ON/Start)

- Mengandungi sepasang sesentuh sedia buka (normally open, NO) yang akan

tertutup apabila punatnya ditekan. Apabila sesentuh sedia buka tertutup, arus akan

mengalir dalam litar.

b. Suis Punat Tekan Henti (Push Button OFF/Stop)

- Mengandungi sepasang sesentuh sedia tutup (normally close, NC) yang akan terbuka

apabila punatnya ditekan. Apabila sesentuh sedia tutup terbuka, ia akan memutuskan

aliran arus elektrik.

Kebiasaannya suis punat tekan yang berwarna hijau mewakili suis punat tekan mula (push

button on/start), manakala suis punat tekan yang berwarna merah mewakili suis punat tekan

henti (push button off/stop) seperti Rajah 3.5. Rajah 3.6 pula adalah merupakan simbol bagi suis

punat tekan mula dan suis punat tekan henti.

Rajah 3.5 Suis Punat Tekan

Suis Punat Tekan Mula (Push Button ON/Start) Suis Punat Tekan Henti (Push Button OFF/Stop)

Rajah 3.6 Simbol Suis Punat Tekan

Page 24: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

23 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

3.4 Sesentuh (Contactor)

Sesentuh (contactor) adalah merupakan bahagian pembawa arus yang terdekat kepada

kelengkapan litar kawalan motor apabila penyentuh tertutup. Ia merupakan sejenis suis yang

dikendalikan secara automatik dengan bantuan kuasa elektromagnet. Sesentuh ini berfungsi

sebagai pengasing / perantaraan di antara litar kawalan dengan beban (motor) di mana ia

membenarkan atau menghentikan bekalan kuasa ke motor. Sesentuh membenarkan arus mengalir

apabila bekalan kuasa dibekalkan ke gegelung (coil) sesentuh dan menyebabkan elektromagnetik

terhasil dan menghentikan pengaliran arus apabila bekalan kuasa ke gegelung, coil terputus.

Sesentuh terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

a. Sesentuh Sedia Buka (Normally Open, NO)

- Sesentuh ini akan terbuka semasa penyentuh belum bertenaga. Pada kedudukan ini,

arus tidak akan mengalir di dalam litar.

b. Sesentuh Sedia Tutup (Normally Close, NC)

- Sesentuh ini akan tertutup semasa penyentuh belum bertenaga. Arus akan mengalir

dan akan berhenti apabila penyentuh sudah bertenaga.

Rajah 3.7 merupakan gambar sebenar sesentuh manakala Rajah 3.8 merupakan simbol bagi

sesentuh sedia buka (normally open, NO) dan sesentuh sedia tutup (normally close, NC).

Rajah 3.7 Sesentuh

Page 25: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

24 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Gegelung (coil)

Sesentuh Sedia Buka (Normally Open, NO)

Sesentuh Sedia Tutup (Normally Close, NC)

Rajah 3.8 Simbol bagi Sesentuh

3.5 Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contactor)

Ianya merupakan sesentuh tambahan kepada sesentuh utama di mana ianya tidak dibentuk

untuk membawa arus motor tetapi hanya sebagai arus kawalan. Ia boleh dijadikan sebagai

sesentuh sedia buka (normally open, NO) atau sesentuh sedia tutup (normally close, NC) dan

biasanya digunakan untuk mengawal penyentuh yang lain apabila kawalan turutan diperlukan,

contohnya untuk mengawal dua penyentuh daripada menutup dalam satu masa yang sama. Selain

itu, ia juga boleh digunakan sebagai suis untuk lampu pandu dan isyarat. Rajah 3.9 merupakan

gambar sesentuh tambahan yang mempunyai sesentuh sedia buka (normally open, NO) dan

sesentuh sedia tutup (normally close, NC).

Rajah 3.9 Sesentuh Tambahan

C

C

Page 26: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

25 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

3.6 Pemasa (Timer Delay Relay, TDR)

Pemasa merupakan satu komponen elektronik di dalam litar kawalan di mana ia

membenarkan dan menghentikan pengaliran arus elektrik pada satu masa tertentu. Masa tersebut

boleh ditentukan dengan melaraskan pelarasnya. Apabila gegelung (coil) menerima tenaga

elektrik, sesentuh tidak akan beroperasi sehinggalah satu tempoh yang telah ditetapkan pada

pelaras pemasa. Selepas masa yang telah ditetapkan, sesentuh akan beroperasi dan arus akan

mengalir melaluilitar kawalan. Apabila bekalan kuasa pada gegelung terputus, maka sesentuh

akan terlepas dan arus tidak akan dapat melaluinya lagi. Pemasa ini terdiri daripada pemasa saat,

minit dan jam. Ia boleh dijadikan sebagai pemasa sesentuh sedia buka (normally open, NO) atau

sesentuh sedia tutup (normally close, NC).

Rajah 3.10 Pemasa

Gegelung (coil)

Pemasa Sesentuh Sedia Buka (Normally Open, NO)

Pemasa Sesentuh Sedia Tutup (Normally Close, NC)

Rajah 3.11 Simbol Pemasa

Page 27: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

26 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

BAB 4 : PENGUJIAN KOMPONEN – KOMPONEN

DAN LITAR KAWALAN

4.1 Pengujian Litar Dan Komponen.

Selepas pelajar membuat pendawaian sesuatu litar ataupun menjalankan troubleshooting, litar

tersebut perlu diuji dahulu sebelum litar tersebut disambungkan kepada punca bekalan kuasa. Ini

adalah bertujuan bagi mengelakkan litar pintas daripada berlaku dan juga memastikan

komponen-komponen yang digunakan berada dalam keadaan yang baik.Selain daripada itu, kita

juga perlu menguji komponen-komponen yang digunakan di dalam litar. Untuk menguji litar dan

komponen yang digunakan, alat yang biasa digunakan adalah multimeter. Rajah 4.1 menunjukkan

multimeter yang biasa digunakan.

Rajah 4.1 Multimeter

4.2 Cara Pengujian Litar

Sebelum menjalankan pengujian litar, pastikan litar tidak bersambung kepada punca bekalan

kuasa. Selepas itu, laraskan multimeter pada julat ohm. Letakkan probe multimeter pada punca L

dan punca N. Jika jarum menunjukkan bacaan 0 Ω, ini bermakna terdapat litar pintas pada litar

tersebut. Jika jarum menunjukkan bacaan 2 Ω - 5 Ω, ini bermakna litar tersebut dalam keadaan

baik.

Seterusnya ialah menguji grounding litar. Laraskan multimeter pada julat yang paling

tinggi. Letakkan probe multimeter pada punca L punca bumi. Jika jarum menunjukkan bacaan

Page 28: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

27 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

infinity,∞, bermakna litar tersebut berada dalam keadaan baik. Kemudian, letakkan satu probe

multimeter pada punca N dan satu lagi pada punca bumi. Jika jarum menunjukkan bacaan

infinity,∞, ini bermakna litar berada dalam keadaan baik.

4.3 Cara Pengujian Komponen

Selain dari menguji litar untuk memastikan tidak berlaku litar pintas, pelajar juga perlu

menguji setiap komponen yang digunakan di dalam sesuatu litar. Bagi menguji komponen -

komponen, alat yang perlu digunakan adalah alat yang sama untuk menguji litar iaitu multimeter.

a. Pemutus Litar Kenit (Miniature Circuit Breaker, MCB)

Bagi menguji pemutus litar kenit, MCB ini, laraskan multimeter pada julat ohm. Letakkan

satu probe pada punca kemasukan MCB dan satu lagi pada punca keluaran MCB. Jika jarum

tidak bergerak dan menunjukkan kadar infinity, ∞, ini bermaksud MCB tersebut telah rosak. Jika

jarum pada multimeter bergerak dan menunjukkan bacaan 0Ω bermaksud MCB itu berada dalam

keadaan baik.

b. Geganti Beban Lampau (Overload Relay)

Laraskan multimeter pada julat ohm. Pada keadaan asal, apabila probe multimeter

diletakkan pada punca 7 dan 8 geganti beban lampau, jarum multimeter akan bergerak dan

menunjukkan bacaan 0Ω, manakala punca 8 dan 9 pula, jarum multimeter tidak bergerak dan

sekaligus menunjukkan bacaan infinity, ∞. Kemudian, apabila suis geganti beban lampau dalam

keadaan bertenaga, probe multimeter diletakkan pada punca 8 dan 7, jarum tidak bergerak dan

menunjukkan bacaan infinity, ∞, manakala pada punca 8 dan 9, jarum akan menunjukkan

bacaan 0Ω. Apabila ini terjadi bermaksud, komponen geganti beban lampau berada dalam

keadaan baik. Jika keputusan yang diperolehi adalah sebaliknya, ini bermakna geganti beban

lampau rsebut kemungkinan rosak dan tidak boleh digunakan. Rajah 4.2 menunjukkan keadaan

geganti beban lampau pada keadaan asal dan bertenaga.

Page 29: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

28 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Geganti beban lampau pada keadaan asal Geganti beban lampau selepas diberi

tenaga

Rajah 4.2 Binaan Geganti Beban Lampau Pada Keadaan Asal dan Selepas Diberi

Tenaga

c. Suis Punat Tekan

Suis punat tekan terbahagi kepada dua jenis iaitu suis punat tekan mula dan suis punat tekan

henti. Bagi punat tekan mula, apabila probe multimeter diletakkan pada kaki punat tekan seperti

di Rajah 4.3, jarum tidak akan menunjukkan sebarang bacaan dan apabila suis ditekan, jarum

akan menunjukkan bacaan 0Ω. Bagi punat tekan henti pula, apabila suisnya ditekan maka jarum

akan menunjukkan bacaan infiniti. Bila suisnya dilepaskan, jarum akan menunjukkan bacaan 0

Ω.

Rajah 4.3 Suis Punat Tekan

d. Sesentuh (Contactor)

Di dalam sesebuah sesentuh itu, terdapat dua bahagian utama iaitu gegelung (coil) dan

penyentuh itu sendiri. Bagi menguji gegelung (coil) dengan menggunakan multimeter, laraskan

multimeter pada julat ohm. Jika jarum bergerak dan menunjukkan bacaan 2Ω hingga 5Ω,

sesentuh berada dalam keadaan baik. Manakala jika jarum tidak bergerak dan menunjukkan

bacaan infinity, ∞, bermaksud sesentuh tersebut telah rosak. Bagi bahagian sesentuh pula,

sesentuh berada dalam sedia buka, apabila sesendal ditekan ke dalam, jarum multimeter akan

Kaki suis punat

Page 30: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

29 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Sedia Buka (Normally Open)

Sedia Tutup (Normally Close)

bergerak dan menunjukkan bacaan 0Ω. Jika bacaan adalah infinity,∞, bermaksud sesentuh itu

telah rosak. Rajah 4.4 menunjukkan binaan bagi sesebuah sesentuh.

Rajah 4.4 Binaan Sesentuh

e. Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contactor)

Fungsi dan cara untuk menguji sesentuh tambahan adalah lebih kurang sama dengan

sesentuh dan pemasa. Perbezaan antara sesentuh tambahan dengan sesentuh dan pemasa adalah

ianya tidak menggunakan gegelun (coil). Kebiasaanya sesentuh tanbahan ini dipasang bersama-

dengan sesentuh. Sesentuh tambahan ini dilekatkan pada sesendal sesentuh. Apabila gegelung

(coil) sesentuh bertenaga, sesendal sesentuh akan tertarik ke dalam dan pada masa yang sama,

sesendal sesentuh tambahan juga akan tertarik ke dalam.

Bagi menguji sesentuh tambahan, laraskan multimeter pada julat ohm. Biasanya, sesentuh

tambahan mempunyai dua penyentuh untuk sedia buka dan dua penyentuh lagi untuk sedia tutup

seperti di Rajah 4.5. Apabila sesendal sesentuh tambahan ditarik ke dalam, penyentuh sedia

buka akan menjadi sedia tutup. Manakala bagi penyentuh sedia tutup pula, apabila sesendal

sesentuh tambahan ditarik ke dalam, ia akan menjadi sedia buka. Bagi memastikan sesentuh

tambahan berfungsi dengan baik, pastikan klip yang berada pada bahagian tepi serta sesendalnya

tidak patah. Jika ianya patah, ianya tidak boleh digunakan lagi.

Rajah 4.5 Binaan Sesentuh Tambahan

Sedia Buka (Normally Open)

Page 31: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

30 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

f. Pemasa (Timer Delay Relay, TDR)

Cara untuk menguji komponen pemasa, TDR ini adalah lebih kurang sama dengan cara untuk

menguji sesentuh. Gegelung (coil) pemasa boleh diuji dengan meletakkan probe multimeter pada

pin 2 dan pin 7. Jika jarum multimeter tidak menunjukkan bacaan iaitu infiniti,∞, bermaksud

gegelung (coil) tersebut putus dan komponen tersebut adalah rosak. Bagi sesentuhnya pula, pin 8

dan pin 6 iaitu dalam keadaan sedia buka tidak akan menunjukkan bacaan ataupun infiniti,∞.

Manakala pin 8 dan pin 5 dalam keadaan sedia tutup, jarum akan menunjukkan bacaan 0Ω

seperti di Rajah 4.6.

Rajah 4.6 Binaan Pemasa

Page 32: PE 4 - MESIN 3 FASA - kkjns.edu.mykkjns.edu.my/v5/attachments/article/131/Nota Asas Mesin Elektrik 3... · 1.2 Jenis – Jenis Kemalangan Di Bengkel 3 1.3 Langkah –Langkah Keselamatan

31 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya

PE 4 : Mesin Tiga Fasa

Kolej Komuniti Jempol

Rujukan

1. Abd Samad Bin Hj Hanif, Mohd Nazi Bin Hj Mustafa,” Teknologi Elektrik Tingkatan 4”

Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd, 1995.

2. Abd Samad Bin Hj Hanif, Mohd Nazi Bin Hj Mustafa, “Teknologi Elektrik Tingkatan 5”

Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd,1995.

3. Hj Yahya Bin Emat, “Kawalan Motor Elektrik” IBS Buku Sdn Bhd, 2007.

4. Suhailae, “Jenis Kawalan Motor”, http://www.scribd.com/doc/59019483/Jenis-Kawalan-

Motor, 30 Jun 2011.