lampiran7 v3 kenaikan pangkat

11
93 Versi 3

Upload: amri-hairul

Post on 14-Jul-2015

374 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

93 Versi 3

Page 2: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 94

NOTA PENJELASAN LANJUT KEPADA CALON

KATEGORI I SENARAI SEMAK 1: Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Inovasi/ Penambaikan/ Pengurusan P&P dari sudut P&P dalam Gred semasa ?

Inovasi adalah pengenalan pembaharuan / pemberian nilai tambah yang berkesan kepada penyediaan, penyampaian dan penilaian pengajaran dan pembelajaran, penambahbaikan kurikulum serta kandungan, metodologi, instrumen pengukuran/ penilaian, bahan bantu mengajar dan lain-lain bentuk inovasi yang setara. Selain itu, inovasi ialah usaha yang berjaya membawa pembaharuan kepada P&P , seperti satu teknik pengajaran yang dapat meningkat motivasi pelajar. Inovasi ini menjadi bahan utama yang hendak diketengahkan oleh calon. Apabila seseorang pensyarah telah menemui kaedah ini, beliau haruslah mendokumentasikan penemuannya untuk dinilai dan dikongsi bersama. Dengan itu budaya mencintai ilmu seperti mengambil inisiatif pembaharuan, mengkaji, mengamati dan menyelidik lebih cenderung di kalangan para pensyarah. Justeru, dokumen inovasi bukanlah satu koleksi tugas-tugas P&P yang telah calon laksanakan sepanjang gred semasanya. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 2: Apa yang dimaksudkan dengan bahan karya asli penulisan ilmiah/ kreatif ? Calon dikehendaki melibatkan diri dalam penghasilan penulisan ilmiah atau kreatif atau penyelidikan berkaitan bidang tugas/ bidang tugas/ bidang pengkhususan/ P&P/ organisasi/ fungsi kerja. Calon tidak semestinya membuat pembentangan tetapi memadai dengan menyumbang kepada bahan penulisan tersebut.

Sila rujuk kepada iklan kenaikan pangkat khususnya “Senarai Semak Folio Dokumen Kriteria Kecemerlangan” dan buku Garis Panduan Kenaikan

Pangkat – Edisi Calon, Versi 3 semasa membaca nota ini.

Page 3: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 95

Penulisan secara kumpulan (tidak lebih daripada 3 orang) adalah dibenarkan. Penulisan tidak terhad kepada bidang pengkhususan masing-masing sahaja. Walaubagaimanapun, keutamaan diberi terhadap penulisan ilmiah dalam pengajaran dan pembelajaran dan bidang pengkhususan yang terdapat di politeknik dan kolej komuniti.Manakala penulisan dalam bidang umum, kepimpinan dan pengurusan juga dibenarkan. Sebagai bukti, calon dikehendaki menghantar ringkasan eksekutif bahan penerbitan/ enulisan dan dimasukkan dalam folio. Calon boleh merujuk di Lampiran 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3 untuk penentuan skop dan aspek penilaian dalam penulisan dan penerbitan. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 3 : Apa yang dimaksudkan dengan bahan pembentangan/ kertas kerja di peringkat institusi/ zon/ kebangsaan/ antarabangsa ? Calon dikehendaki membentangkan kertas kerja, penulisan ilmiah/ laporan/ inovasi kepada sekumpulan audiens. Peringkat pembentangan adalah seperti di Lampiran 1, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3. Sebagai bukti pembentangan tersebut telah berlangsung, calon dikehendaki menghantar sijil penghargaan/ penyertaan, buku program, slaid pembentangan dan sebarang bentuk pengiktirafan tersebut. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 4 : Apa yang dimaksudkan dengan Borang SPD? Borang SPD ialah catatan sumbangandalaman dan luaran, kursus wajib dan kursus elektif yang telah calon lalui sepanjang berada pada gred tersebut. Adalah memadai dengan menghantar salinan sijil/ surat penghargaan sebagai bahan bukti. Calon TIDAK PERLU menghantar dokumen lengkap/ tesis. Sila hantar bilangan salinan yang diperlukan sahaja. Panel Penilaian Kesepakaran tidak akan menilai yang selebihnya.

Page 4: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 96

KATEGORI II SENARAI SEMAK 1: Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Rangkaian/ jaringan dan kolaborasi dengan pihak industri atau agensi luar?

Pegawai dalam kategori II dikehendaki membina dan mengurus jaringan dan kolaborasi dengan pihak industri dalam bentuk ”perkongsian pintar” di mana usahasama yang dilakukan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua organisasi. Rangkaian/ jaringan kolaborasi ialah aktiviti untuk membina dan mengurus jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dengan sektor awam/ swasta/ masyarakat serta melaksanakan tanggungjawab sosial dan khidmat masyarakat (CSR). Segala bentuk dokumentasi seperti salinan MOU/MOA yang perlu dihantar oleh calon adalah seperti yang disenaraikan pada Lampiran 1B-1, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 2: Apa yang dimaksudkan dengan bahan karya asli penulisan ilmiah/ kreatif ? Calon dikehendaki melibatkan diri dalam penghasilan penulisan ilmiah atau kreatif atau penyelidikan berkaitan bidang tugas/ bidang pengkhususan/ P&P/ organisasi/ fungsi kerja. Calon tidak semestinya membuat pembentangan tetapi memadai dengan menyumbang kepada bahan penulisan tersebut. Penulisan secara kumpulan (tidak lebih daripada 3 orang) adalah dibenarkan. Penulisan tidak terhad kepada bidang pengkhususan masing-masing sahaja. Walaubagaimanapun, keutamaan diberi terhadap penulisan ilmiah dalam pengajaran dan pembelajaran dan bidang pengkhususan yang terdapat di politeknik dan kolej komuniti. Manakala penulisan dalam bidang umum, kepimpinan dan pengurusan juga dibenarkan. Sebagai bukti, calon dikehendaki mengemukakanbahan penerbitan/ penulisan tersebut. Calon boleh merujuk kepada Lampiran 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3 untuk penentuan skop dan aspek penilaian dalam penulisan.

Page 5: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 97

Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 3: Apa yang dimaksudkan dengan dokumen pemudahcara aktiviti penyelidikan atau penulisan berkaitan pelaksanaan tugas? Pegawai kategori II dikehendaki mendapatkan peruntukan/ dana bagi menjalankan aktiviti penyelidikan di organisasinya yang dipimpinnya. Calon perlu menghantar dokumen pembuktian yang menunjukkan perancangan pelaksanaan/ slaid pembentangan/ taklimat/ kertas kerja/ sijil berkaitan/ surat perlantikan/ kertas cadangan/ bahan bercetak berbentuk digital atau hardcopy/ laporan pelaksanaan dan pemantauan perbelanjaan aktiviti perolehan dan penyelidikan. Calon boleh merujuk di Lampiran 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3 untuk penentuan skop dan aspek penilaian di dalam penulisan. Usaha ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 4 : Apa yang dimaksudkan dengan Borang SPD? Borang SPD ialah catatan sumbangandalaman dan luaran, kursus wajib dan kursus elektif yang telah calon lakukan sepanjang berada pada gred tersebut. Adalah memadai dengan menghantar salinan sijil/ surat penghargaan sebagai bahan bukti. Calon TIDAK PERLU menghantar dokumen lengkap/ tesis. Sila hantar bilangan salinan yang diperlukan sahaja. Panel Penilaian Kesepakaran tidak akan menilai yang selebihnya.

Page 6: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 98

KATEGORI III SENARAI SEMAK 1: Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Rangkaian/ jaringan dan kolaborasi dengan pihak industri atau agensi luar?

Pegawai dalam kategori III dikehendaki membina dan mengurus jaringan dan kolaborasi dengan pihak industri dalam bentuk ”smart partnership” di mana usahasama yang dilakukan mendatangkan manafaat kepada kedua-dua organisasi. Rangkaian/ jaringan kolaborasi ialah aktiviti untuk membina dan mengurus jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dengan sektor awam/ swasta/ masyarakat serta melaksanakan tanggungjawab sosial dan khidmat masyarakat (CSR). Segala bentuk dokumentasi seperti salinan surat sokongan/ surat jemputan, dokumen projek/ kolaborasi, nota kesefahaman, laporan penambahbaikan berterusan/ program, minit mesyuarat, salinan MOU/MOA yang perlu dihantar oleh calon adalah seperti yang disenaraikan pada Lampiran 1C-1, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 2: Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Inovasi aspek pengurusan dalam Gred semasa ?

Inovasi adalah pengenalan pembaharuan/ pemberian nilai tambah yang berkesan kepada produk atau perkhidmatan untuk menambah baik sistem penyampaian sedia ada selari dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA). Kejayaan usaha inovasi ini hendaklah didokumenkan untuk dinilai oleh panel Kesepakaran. Justeru, dokumen inovasi bukannya satu koleksi tugas-tugas biasa yang telah calon laksanakan sepanjang gred semasanya. Peringatan: 1. Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. 2. Bagi calon Kategori III yang telah diarah untuk turut mengajar, salinan surat arahan dari Pengarah hendaklah dilampirkan bersama.

Page 7: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 99

3. Calon yang berkenaan boleh memilih untuk menghantar dokumen inovasi dari sudut P&P sebagai salah satu daripada item penilaian dalam aspek ini. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 3: Apa yang dimaksudkan dengan bahan karya asli penulisan ilmiah/ kreatif ? Calon dikehendaki melibatkan diri dalam penghasilan penulisan ilmiah atau kreatif atau penyelidikan berkaitan bidang tugas/ bidang pengkhususan/ P&P/ organisasi/ fungsi kerja. Calon tidak semestinya membuat pembentangan tetapi memadai dengan menyumbang kepada bahan penulisan tersebut. Penulisan secara kumpulan (tidak lebih daripada 3 orang) adalah dibenarkan. Penulisan tidak terhad kepada bidang pengkhususan masing-masing sahaja. Walaubagaimanapun, keutamaan diberi terhadap penulisan ilmiah dalam pengajaran dan pembelajaran dan bidang pengkhususan yang terdapat di politeknik dan kolej komuniti. Manakala penulisan dalam bidang umum, kepimpinan dan pengurusan juga dibenarkan. Sebagai bukti, calon dikehendaki mengemukakanbahan penerbitan/ penulisan tersebut. Calon boleh merujuk kepada Lampiran 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3 untuk penentuan skop dan aspek penilaian dalam penulisan. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.

Page 8: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 100

SENARAI SEMAK 4: Apa yang dimaksudkan dengan dokumen pemudahcara aktiviti penyelidikan atau penulisan berkaitan pelaksanaan tugas? Pegawai kategori III dikehendaki membantu Pegawai dalam Kategori II untuk mendapatkan peruntukan/ dana bagi menjalankan aktiviti penyelidikan di organisasinya yang dipimpinnya. Calon perlu menghantar dokumen pembuktian yang menunjukkan perancangan pelaksanaan/ slaid pembentangan/ taklimat/ kertas kerja/ kertas cadangan/ laporan pelaksanaan dan pemantauan perbelanjaan aktiviti perolehan dan penyelidikan. Calon boleh merujuk di Lampiran 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3 untuk penentuan skop dan aspek penilaian di dalam penulisan. Usaha ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 5 : Apa yang dimaksudkan dengan Borang SPD? Borang SPD ialah catatan sumbangan dalaman dan luaran, kursus wajib dan kursus elektif yang telah calon lakukan sepanjang berada pada gred tersebut. Adalah memadai dengan menghantar salinan sijil/ surat penghargaan sebagai bahan bukti. Calon TIDAK PERLU menghantar dokumen lengkap/ tesis. Sila hantar bilangan salinan yang diperlukan sahaja. Panel Kesepakaran tidak akan menilai yang selebihnya.

Page 9: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 101

KATEGORI IV SENARAI SEMAK 1: Apa yang dimaksudkan dengan Dokumen Rangkaian/ jaringan dan kolaborasi dengan pihak institusi (IPT), industri atau agensi luar? Pegawai dalam kategori IV dikehendaki membina dan mengurus jaringan dan kolaborasi dengan pihak industri dalam bentuk ”smart partnership” di mana usahasama yang dilakukan mendatangkan manafaat kepada kedua-dua organisasi. Rangkaian/ jaringan kolaborasi ialah aktiviti untuk membina dan mengurus jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dengan sektor awam/ swasta/ masyarakat serta melaksanakan tanggungjawab sosial dan khidmat masyarakat (CSR). Segala bentuk dokumentasi seperti salinan surat sokongan/ surat jemputan, dokumen projek/ kolaborasi, nota kesefahaman, laporan penambahbaikan berterusan/ program, minit mesyuarat, salinan MOU/MOA yang perlu dihantar oleh calon adalah seperti yang disenaraikan pada Lampiran 1C-1, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3. Nota: Calon terlibat adalah pada gred DH 47/48 dan DH51/52 sahaja. SENARAI SEMAK 2: Apa yang dimaksudkan dengan dokumen inovasi/ hasil pembaharuan/ penambahbaikan bagi pengurusan tugas ? Inovasi aspek pengurusan ialah usaha yang berjaya membawa pembaharuan kepada sistem pengurusan, proses atau prosedur yang dapat meningkatkan output atau outcome sesuatu tugas yang biasa dilakukan. Ianya juga adalah pengenalan pembaharuan/ pemberian nilai tambah yang berkesan kepada produk atau perkhidmatan untuk menambahbaik sistem penyampaian sedia ada selari dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA). Kejayaan usaha inovasi ini hendaklah didokumenkan untuk dinilai oleh panel Kesepakaran. Justeru, dokumen inovasi bukannya satu koleksi tugas-tugas biasa yang calon telah laksanakan sepanjang gred semasanya. Nota: Calon terlibat adalah daripada gredDH 31/32 hingga DH43/44sahaja. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang.

Page 10: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 102

SENARAI SEMAK 3: Apa yang dimaksudkan dengan bahan karya asli penulisan ilmiah/ kreatif ? Calon dikehendaki menghasilkan hasil penulisan berbentuk ilmiah/ pendidikan/ kepakaran di pelbagai peringkat mengikut gred semasa. Calon tidak semestinya membuat pembentangan tetapi memadai dengan menyumbang kepada bahan penulisan tersebut. Penulisan secara kumpulan (tidak lebih daripada 3 orang) adalah dibenarkan. Tajuk penulisan hendaklah berbentuk ilmiah tetapi tidak terhad kepada bidang pengkhususan masing-masing sahaja. Penulisan dalam bidang umum, kepimpinan dan pengurusan juga dibenarkan. Pihak berwajib menjalankan penerbitan setidak-tidaknya adalah institusi itu sendiri. Ini bermakna Bahagian/ Jabatan digalakkan menjadi badan yang bertanggungjawab ke atas bahan penerbitan. Sebagai bukti, calon dikehendaki menghantar bahan penerbitan/ penulisan tersebut. Calon boleh merujuk di Lampiran 1 dan 3, Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat – Edisi Calon, Versi 3 untuk penentuan skop dan aspek penilaian di dalam penulisan. Peringatan: Calon mestilah menghantar bilangan yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang. SENARAI SEMAK 4 : Apa yang dimaksudkan dengan Borang SPD? Borang SPD ialah catatan sumbangan dalaman dan luaran, kursus wajib dan kursus elektif yang telah calon lakukan sepanjang berada pada gred tersebut. Adalah memadai dengan menghantar salinan sijil/ surat penghargaan sebagai bahan bukti. Calon TIDAK PERLU menghantar dokumen lengkap/ tesis. Sila hantar bilangan salinan yang diperlukan sahaja. Panel Kesepakaran tidak akan menilai yang selebihnya.

Page 11: Lampiran7 v3 Kenaikan Pangkat

Lampiran 7, Versi 3

Versi 3 103

D. Syarat-syarat Pemilihan Kriteria Kategori

Pegawai kategori I yang memilih Kriteria Kategori IV Ahli mesyuarat panel Kesepakaran telah memberi kelonggaran kepada pegawai yang baru berpindah dari ibu pejabat (Kategori IV) untuk memohon menggunakan set Kriteria Kategori IV. Tempoh perpindahan hendaklah kurang daripada dua (2) tahun.

Pegawai kategori IV yang memilih Kriteria lain Ahli mesyuarat panel Kesepakaran telah memberi kelonggaran kepada pegawai yang baru berpindah dari institusi ke ibu pejabat (Kategori IV) ; iaitu bagi mereka yang tempoh perpindahannya kurang daripada dua (2) tahun untuk memilih set Kriteria Kecemerlangan samada kategori yang terkini atau kategori terdahulu mereka.

Walau bagaimanapun, mencampur aduk item penilaian antara kategori tidak dibenarkan. Sekretariat Penilai Kesepakaran Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Jun 2012