panduan ujian kenaikan pangkat lkpl krs

54
BUKU PANDUAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL KADET REMAJA SEKOLAH HASIL NUKILAN : MUHAMMAD THANI B. SHA’BAAN PENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH

Upload: noh-hassan

Post on 14-Jul-2016

412 views

Category:

Documents


42 download

DESCRIPTION

GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA.

TRANSCRIPT

BUKU PANDUAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT

LANS KOPERALKADET REMAJA SEKOLAH

HASIL NUKILAN :MUHAMMAD THANI B. SHA’BAANPENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH

PENDAHULUAN

Buku ini merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah

dalam ujian kenaikan pangkat Lans Koperal Kadet Remaja Sekolah. Guru dan murid boleh

menyesuaikan buku ujian ini berdasarkan keadaan persekitaran, budaya kaum dan elemen-

elemen lain berlandaskan teras dan kurikulum Kadet Remaja Sekolah. Namun Buku Panduan

Kadet Remaja Sekolah dan Tunas KRS merupakan rujukan utama dalam menjalankan aktiviti

Kadet Remaja Sekolah.

Ahli- ahli Kadet Remaja Sekolah yang ingin menjalani ujian pangkat akan dapat

membuat persedian awal dan seterusnya mewujudkan daya saing yang sihat di kalangan

ahli -ahli Kadet Remaja Sekolah dalam memperolehi pangkat. Sehubungan itu, ujian-ujian ini

akan melahirkan ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah yang berkualiti, berketrampilan dan

berwibawa yang bakal menjana generasi yang ’ Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ’.

Terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan ilmu

ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah selaras dengan motto Kadet Remaja Sekolah iaitu ’ ILMU,

IMAN dan AMAL ’.

” Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula dalam apa juapun bentuk tanpa terlebih dahulu mendapat izin Jawatankuasa Teknik Kadet Remaja Sekolah Wilayah Persekutan, Kuala Lumpur ”

2

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

Ujian Kelayakan : LANS KOPERALNama :Tingkatan :Syarat-syarat :Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 1 iaitu:Bil. Perkara Tarikh Lulus &

Pengesahan

A ITEM UJIAN KHAS

1 Ujian Bertulis Mengandungi 60 soalan meliputi semua

tajuk dalam silibus KRS. ( soalan objektif )Tarikh:

2 Ujian Kawad Tarikh:

Melakukan kawat asas dengan baik

3a Ujian Kerohanian Tarikh:

Menghafaz Asmaul Husna,

Menghafaz 5 surah Juz Amma.

3b Ujian Moral Tarikh:

Pengucapan awam:Tajuk : Buat baik dibuat baik Kesetiaan kepada Negara Waspada sebelum kena Sahabat setia Teguran membina

A4 Ujian Kecergasan Tarikh:

Larian 2.4 km Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)Tekan tubi(20kiraan/minit)Lentik Belakang(20 kiraan/minitAngkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak kurang 50 kg

3

B ITEM UJIAN TERAS

1 DISIPLIN DAN KEROHANIAN

1.1

Ketatanegaraan

Mengenal Maksud Lambang Negara Malaysia

Tarikh:

Melukis Bendera Malaysia dan maksud. Tarikh: Menyanyikan Lagu kebangsaan dan Lagu

Negeri.Tarikh:

Melukis Bendera Negeri tempat tinggal. Tarikh:

2 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN2.1 Perkhemahan

Kraf Perkhemahan Asas Tarikh:

Keselamatan asas semasa berkhemah Tarikh:

Mengikuti perkhemahan selama 3 hari 2 malam

Tarikh:

2.2 Ikatan Buku Sila Tarikh:

Bunga keti Tarikh:

Ikatan Manok Tarikh:

Tindih Kasih Tarikh:

Simpul belit Tarikh:

Simpulan Pengail Tarikh:

2.3 Kompas

Mengenal bahagian-bahagian Kompas Tarikh:

Mengenal arah mata angin Tarikh:

2.4 Ikhtiar Hidup Mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup. Tarikh:

Mengenali jejak atau tanda-tanda Tarikh:

4

2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula Membuat Anduh Tiga Segi, Anduh Besar,

Anduh Leher dan Andoh Lengan.Tarikh:

Prinsip asas pertolongan cemas. Tarikh:

Tindakan semasa kecemasan. Tarikh:

2.6 Asas kebombaan Pengenalan mengenai kebakaran

Punca kebakaran Cara-cara mengelak kebakaran.

Tarikh:

2.7 Kebudayaan Menyertai atau mempersembahkan 2 kali

persembahan kebudayaan seperti nasyid, berzanji, bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat atau persembahan lain yang sesuai.

Tarikh:

3 KHIDMAT MASYARAKAT

Menyertai 2 khidmat masyarakat dengan masa tidak kurang daripada 6 jam.

Tarikh:

4 ALAM SEKITAR

Menyertai atau melaksanakan 2 projek yang berkaitan dengan Alam Sekitar seperti membuat taman, menanam pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti yang sesuai.

Tarikh:

5 KEUSAHAWANAN

Menyediakan satu projek yang berkaitan samada rekacipta ataupun jahitan

Tarikh:

A : 1. Ujian Bertulis

5

Ujian bertulis ( 60 soalan objektif ) meliputi semua silibus Kadet Remaja Sekolah Tahap 1.

A : 2. KAWAD

MATLAMAT

Mendedahkan kepada anggota Kadet Remaja Sekolah yang berpangkat lans koperal tentang bahasa hukuman dan perbuatan kawad yang mengikut kawad kaki KRS.

OBJEKTIF

# Anggota yang berpangkat lans koperal dapat melaksanakan perbuatan kawad yang betul mengikut arahan ketua.

# Dapat memupuk semangat kerjasama dan mematuhi arahan ketua.

# Dapat melahirkan anggota KRS yang berdisiplin dan yakin pada diri.

PENGISIAN

Bab 1 - Latihan Kawad StatikBab 2 - Latihan Kawad DinamikBab 3 - Ujian Kawad

BAB 1

KAWAD STATIK

2.1 SEDIA (Rujuk m/s 72)

2.2 SENANG DIRI (Rujuk m/s 73)

2.3 REHATKAN DIRI (Rujuk m/s 74)

2.4 MASUK BARIS (Rujuk m/s 75)

2.5 MEMBETULKAN BARISAN (Rujuk m/s 75 - 77)

2.6 NOMBOR (Rujuk m/s 77)

6

2.7 BUKA / TUTUP BARISAN (Rujuk m/s 78)

2.8 BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG (Rujuk m/s 79)

2.9 BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI (Rujuk m/s 80)

2.10 BERSURAI DAN KELUAR BARIS (Rujuk m/s 81)

2.11 PARAS (Rujuk m/s 82)

BAB 2

KAWAD DINAMIK

2.12 CEPAT JALAN (Rujuk m/s 85)

2.13 BERHENTI (Rujuk m/s 86)

2.14 PERLAHAN JALAN (Rujuk m/s 87)

Berhenti Semasa Perlahan Jalan (Rujuk m/s 88)

2.15 LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG (Rujuk m/s 88)

2.16 LANGKAH MERUSUK (Rujuk m/s 89)

2.17 BELOK (Rujuk m/s 90)

2.18 BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN (Rujuk m/s 90)

2.19 BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN (Rujuk m/s 92)

KE KANAN PUSING

KE KIRI PUSING

KE BELAKANG PUSING

7

2.20 HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN (Rujuk m/s 93)

SEMASA CEPAT JALAN

SEMASA PERLAHAN JALAN

HENTAK KAKI CEPAT SEMASA BERHENTI

2.21 TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN (Rujuk m/s 95)

SEMASA PERLAHAN JALAN

SEMASA CEPAT JALAN.

2.22 BERJALAN, HENTAK KAKI BERHENTI DALAM MASA BERLARI (Rujuk m/s 96)

Hentak kaki semasa berlari

2.23 TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI (Rujuk m/s 97)

DARI CEPAT JALAN KE PERLAHAN JALAN

DARI PERLAHAN JALAN KE CEPAT JALAN

DARI CEPAT JALAN KE LANGKAH BERLARI

2.24 BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN (Rujuk m/s 98)

2.25 TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN PERLAHAN (Rujuk m/s 99)

TUKAR HALUAN MASA BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN

2.26 HORMAT DALAM MASA BERHENTI (Rujuk m/s 102)

2.27 MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN (Rujuk m/s 103)

HORMAT KE HADAPAN

HORMAT KE KANAN/KIRI

2.28 HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL (Rujuk m/s 104)

8

A : 3a. KEROHANIAN

SKEMA PEMARKAHAN

UJIAN KEROHANIAN

1. Pelajar dikehendaki menghafaz :

a. Asmaul Husnab. 5 surah dari Juz Amma

2. Pemarkahan : LULUS @ GAGAL

3. Pemarkahan lulus - Pelajar dapat menghafaz keseluruhan dengan lancar.

ARAHAN SEMASA UJIAN

1. Pelajar dikehendaki berada dalam keadaan berwuduk.2. Pelajar diuji seorang demi seorang untuk keseluruhan hafazan.

9

Menghafaz Asma Ul-Husna

10

AYAT-AYAT HAFAZAN

11

12

A: 3b . PENDIDIKAN MORAL

MASA ( UJIAN DIJALANKAN )

• Semasa pelajar Islam sembahyang maghrib/Isyak/ Subuh.• Aktiviti Stesen• Kesesuaian Masa Penguji ( Guru)•

PANDUAN MELAKUKAN UJIAN• Guru terlebih dahulu edarkan bahan ujian (bersama buku panduan ujian)• Menerangkan prosedur ujian.• Beri masa pelajar membaca• Tetapkan gred ujian. (gagal ulang semula)- 5% ujian 1 + 5 % ujian 2

TAJUK UJIAN PENGUCAPAN AWAM

TAJUK1. Buat baik dibalas baik2. Kesetiaan kepada Negara3. Waspada sebelum kena.4. Sahabat Setia5. Teguran Membina

CONTOH SATU: KESETIAAN KEPADA NEGARA

1. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab masing-masing tanpa mengira status atau darjat.

2. Pemimpin bertanggungjawab memimpin dan memajukan negara di samping memastikan keamanan dan keharmonian hidup rakyat di negaranya.

3. Warganegara pula bertanggungjawab untuk memajukan diri, bangsa dan menjaga nama baik dan imej bangsa.

4. Tanggungjawab memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara turut terletak di bahu setiap warganegara.

5. Sikap bertolak ansur, bekerjasama dan bermuafakat sangat penting bagi sesebuah negara demokrasi dan mempunyai masyarakat berbilang bangsa.

Isi :

RUKUN NEGARA

• Bahawasanya kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

Kepercayaan Kepada TuhanKesetiaan Kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan

13

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA

1. Menjaga keamanan2. Menyokong rancangan kerajaan.3. Taat setia kepada raja dan pemimpin4. Menjaga imej dan nama baik negara.5. Mengundi

AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA NEGARA

• Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.• Menghargai kemudahan yang disediakan.• Mengharumkan nama negara.• Menjaga kelestarian negara.• Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.• Mengekalkan perpaduan

CONTOH SATU: TEGURAN MEMBINA

• Kita mesti bertolak ansur dan mengawal diri agar mengekalkan hubungan yang mesra dengan semua orang.

• Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

• Kita mesti menerima pandangan dan teguran positif daripada orang lain.

CONTOH TEGURAN MEMBINA

1. Guru menasihati kamu untuk mengimbangi kegiatan kokurikulum dengan akademik- Kamu bersetuju kerana beliau mahir dalam perkara itu dan tahu kemampuan kamu

dalam pelajaran.

2. Guru menegur kamu agar lebih rajin mengulang kaji kerana keputusan kamu merosot- Kamu menerima kerana niat guru menegur untuk tujuan baik, agar kamu berjaya

dalam akademik.3. Pengerusi Kelab menegur kamu supaya menghadiri latihan mengikut jadual agar

kamu tidak didenda.- Kamu datang latihan kerana aktiviti itu penting untuk kesihatan dan kejayaan kamu

akan menyumbang kepada kejayaan kelab.

CARA PENILAIAN10 markah bagi setiap tajuk.Isi- 4 markahGaya Penyampaian- 2 MBahasa- 4 M

14

A: 4. Ujian Kecergasan :

Murid melakukan ujian mengikut kemampuan masing-masing. ( seperti dalam kad uijan ) .

B. 1. DISIPLIN DAN KEROHANIAN

B: 1.1.1 KETATANEGARAAN

1. JATA NEGARA

TAJUK : Mengenal maksud lambang Negara Malaysia (Jata Negara)KAEDAH : Soal jawab / perbincangan MASA : 1 jamTEMPAT : Kawasan yang bersesuaianMATLAMAT : Menanamkan perasaan taat setia kepada negaraOBJEKTIF : i. melahirkan murid yang mempunyai sikap jati diri yang

tinggi terhadap negaraii. Menjadikan murid seorang individu yang berdisiplin dan

bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negaraiii. Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.

PERALATAN : Bahan edaranSEBELUM AKTIVITI

: - Mengenal pasti lokasi yang sesuai- Memastikan semua peralatan berada di lokasi- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal

jawab dan perbincangan

SEMASA AKTIVITI

: - Taklimat- Memastikan aktiviti berjalan lancar - Membuat pemantauan dan penilaian

SELEPAS AKTIVITI

: - Membuat rumusan dan penilaian

15

Isi kandungan :

SOALAN LISAN :1. Jata Negara di kenali sebagai apa ?2. Huraikan lambang-lambang yang terdapat pada Jata Negara. (sekurang-kurangnya lima)

JAWAPAN :

1 Lambang Malaysia2

abcdefghijk

lm

Harimau-keberanian Bulan dan bintang – Agama Islam Bintang 14 bucu – 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam

Malaysia. Lima bilah keris – lima buah negeri Melayu tidak bersekutu (Johor,

Kelantan, Terengganu,Kedah dan Perlis) Jata Negeri Sabah – Negeri Sabah Jata Negeri Sarawak – Negeri Sarawak Bunga Raya – Kerajaan Persekutuan Pokok Pinang – Negeri Pulau Pinang Pokok – Negeri Melaka Empat Jalur berwarna melambangkan Negeri-negeri Melayu

Bersekutu(Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan) Warna Kuning – Warna Diraja Bersekutu bertambah Mutu –Cogan Kata

16

2. MELUKIS BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUD

TAJUK : MELUKIS BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUD

KAEDAH : Melukis Bendera Malaysia dan MaksudMASA : 1 JamTEMPAT : Kawasan yang bersesuaianMATLAMAT : Melahirkan murid yang berasa bangga terhadap

Negara.OBJEKTIF : i. Mendidik peserta atau murid mengenal

bendera Malaysiaii. Menyatakan warna dan simbol serta

menghayati maksud yang terkandung dalam bendera Malaysia.

PERALATAN : Alatulis dan bahan edaranSEBELUM AKTIVITI : i. Memastikan semua peralatan berada di

lokasiii. Memastikan semua peserta telah bersedia

dari semasa ke semasa

SEMASA AKTIVITI : Taklimat/peneranganMemastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

SELEPAS AKTIVITI : Membuat rumusan dan penilaian keseluruhan

Isi kandungan :

17

Maksud :

Bil Pernyataan Maksud1. 14 Jalur merah – putih 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan2. Warna biru tua Perpaduan rakyat3. Bintang 14 bucu Perpaduan gabungan 13 buah negeri dan

Wilayah Persekutuan4. Bulan Sabit Agama Islam sebagai agama rasmi5. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang Kedaulatan Raja-Raja Melayu6. Warna putih Kesucian7. Warna merah Keberanian

3. LAGU KEBANGSAAN DAN LAGU NEGERI

TAJUK : Mengetahui Lagu Kebangsaan Negara Malaysia dan Lagu Negeri

KAEDAH : Secara lisan (menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri)MASA : 30 minitTEMPAT : Kawasan yang bersesuaianMATLAMAT : Menanamkan perasaan taat setia kepada negara dan negeriOBJEKTIF : i. Melahirkan murid yang cintakan negara

ii. Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.PERALATAN : Bahan edaranSEBELUM AKTIVITI

: - Mengenal pasti lokasi yang sesuai- Memastikan semua peralatan berada di lokasi- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal

jawab dan perbincanganSEMASA AKTIVITI

: - Taklimat- Memastikan aktiviti berjalan lancar - Membuat pemantauan dan penilaian

SELEPAS AKTIVITI

: - Membuat rumusan dan penilaian

Isi kandungan

18

TAJUK : LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA

NegarakuTanah tumpahnya darahkuRakyat hidup bersatu dan majuRahmat bahagia Tuhan kurniakanRaja kita selamat bertakhtaRahmat bahagia Tuhan kurniakanRaja kita selamat bertakhta

4. MELUKIS BENDERA NEGERI

TAJUK : Mengetahui Bendera NegeriKAEDAH : Melukis Bendera Negeri tempat tinggalMASA : 30 minitTEMPAT : Kawasan yang bersesuaianMATLAMAT : Menanamkan perasaan taat setia kepada negeri tempat tinggalOBJEKTIF : i. Melahirkan murid yang cintakan negeri tempat tinggal

ii. Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.PERALATAN : Alat tulis dan bahan edaranSEBELUM AKTIVITI

: - Mengenal pasti lokasi yang sesuai- Memastikan semua peralatan semua peralatan berada di

lokasi- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal

jawab/ perbincangan dan melukisSEMASA AKTIVITI

: - Taklimat- Memastikan aktiviti berjalan lancar - Membuat pemantauan dan penilaian- Ujian melukis

SELEPAS AKTIVITI

: - Membuat rumusan dan penilaian

19

Isi kandungan:

BENDERA W.P KUALA LUMPUR

20

B : 2. KETAHANAN DAN KEBUDAYAAN

B: 2.2.1 KRAF PERKEMAHAN

Pengenalan.

Dalam menjalankan aktiviti berkhemah, khemah merupakan antara alatan yang penting. Mengenali jenis-jenis khemah, bahagian-bahagian khemah dan mengenalpasti lokasi mendirikan khemah yang sesuai dan selamat adalah penting. Selain itu seni berkhemah seperti membina beberapa gajet ringkas seperti tempat meletak kasut, tempat meletakkan peralatan dapur dan makanan, membina lubang untuk sampah dan sisa makanan ( lubang kering dan luang basah ) , membina tandas perlu juga dikuasasi.

Jenis-jenis khemah.

1. Khemah jenis ‘A’2. Khemah dome3. khemah igloo4. khemah ringkas5. khemah 180 pound

Bahagian-bahagian khemah.

2

1

3

45

21

Gambarajah khemah jenis ‘A’

1. badan khemah2. “flysheet”3. “groundsheet”4. pancang5. tali6. tiang

Pemilihan tapak untuk mendirikan khemah.

1. Berhampiran kawasan air2. Bukan dibawah pokok berdahan kering/ pokok kering3. Bukan laluan binatang atau manusia4. Di kawasan yang agak lapang/ tidak semak5. Di kawasan rata dan tidak berbatu/ kayu tajam6. Bukan laluan air7. Bukan laluan angin

Cara-cara mendirikan khemah.

1. dirikan tiang 2. pasangkan badan khemah dan ikat tiang dengan simpul manuk.3. pasangkan tali pada pancang4. regangkan tali dengan kemas.5. pasangkan “flysheet” dan ikat pada pancang

Cara-cara melipat khemah.

1. lipat bahagian badan khemah secara memanjang selebar sarung khemah.2. lipat “flysheet” dan letakkan sekali dengan badan khemah.3. letakkan tiang khemah, pancang dan tali pada pangkal badan khemah, gulungkan

sambil membersihkan pasir dan lain kotoran.4. masukkan dalam sarung khemah.

GEJET DAN KEGUNAANNYA

Gejet

Gejet merupakan peralatan yang dibina semasa aktiviti perkemahan bagi menggantikan perabot yang digunakan di rumah.

Bahan binaan gejet

Antara bahan yang boleh digunakan untuk membina gejet ialah,

Buluh (samada dibelah atau tidak) Kayu atau ranting kayu (yang terdapat di kawasan perkemahan) Daun atau tumbuh-tumbuhan Tin kosong (yang telah digunakan seperti tin susu, sardin atau tin minuman) Batu-batan (dari sungai atau di sekitarnya yang sesuai dengan kegunaannya) Tali (rami atau raffia), rotan dawai dan akar untuk ikatan

22

Tujuan

1. Rasa lebih selesa seperti di rumah2. Segala peralatan kemas dan tersusun.3. Kesihatan terjamin dan menjadi lebih segar. (contoh lubang sampah, tandas dan

sebagainya)4. Memupuk semangat kerjasama dan menjalin hubungan yang lebih erat5. Mencetuskan idea kreatif, membuka minda dan realiti.6. Dapat menggunakan masa lapang dengan kerja berfaedah.7. Dapat mempraktikkan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari

Kriteria semasa membina gejet

1. Gejet biarlah ringkas dan praktikal2. Senang dibina dalam masa yang singkat3. Kukuh dan dapat digunakan sepenuhnya4. Menggunakan bahan semulajadi dan bahan terbuang untuk mengurangkan kos5. Mesti menggunakan ikatan atau simpulan yang telah dipelajari6. Keselamatan gejet dan pengguna hendaklah diutamakan7. Gejet diletak atau disusun di tempat yang sesuai

Jenis-jenis gejet

1. Gejet dapur - dapur masak- rak pinggan mangkuk- tempat menyangkut cawan- rak periuk dan alatan memasak- meja makan- lubang basah lubang kering

2. Tempat tinggal - penyangkut baju- penyidai pakaian- rak kasut- tandas

3. Lain-lain - lampu, pelita atau tempat meletak lilin- papan kenyataan- pintu gerbang- menara- pagar

23

Contoh-contoh gejet

24

B: 2.2.2. Jenis-jenis tali.

Terdapat beberapa jenis tali. Antaranya :-

1. Tali Nylon.Merupakan tali yang ringan dan tidak tenggelam air tetapi tidak mempunyai keanjalan. Antara cirinya ialah “ Low Melting Point” iaitu tali ini mudah panas dan putus jika berlaku geseran.

2. Hawser laid ( tali belati/ tali manila )Ia mempunyai kelebihan kerana diameternya yang besar. Tali ini amat sesuai untuk aktiviti memanjat dan aktiviti gayut tarzan.

3. Tali kermantle.Terdiri daripada 2 jenis iaitu tali statik dan tali dynamik. Tali statik sesuai untuk aktiviti rappelling, caving, menyelamat, “fix rope and safety line”. Tali dinamik adalah dikhususkan untuk aktiviti mendaki. Ini adalah kerana tali ini lebih anjal berbanding tali statik justeru mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku “jatuhan”. (untuk beban sebanyak 80 kg keanjalan adalah sehingga 8% ke 10%)

Anatomi tali.

Terdiri daripada teras yang diperbuat daripada fiber sintetik nylon yang dipanggil “Kern” dan anyaman luar ( sheath ) polyester yang dipanggil “mantle”. Bahagian teras fiber nylon dibentuk secara “S dan Z twist” agar dapat menyerap tenaga jatuhan pendaki. Saiz yang sesuai untuk aktiviti adalah yang berdimeter antara 9mm hinnga 11 mm. Antara kelebihan fibre sintetik :-

kekuatan tali adalah sama disepanjang tali tidak mudah reput kurang menyerap air berbanding fiber asli mempunyai kekuatan sehingga 9000 lbs.

Kegunaan tali

1. Mengikat untuk mengukuhkan sesuatu2. Menyambung antara dua atau lebih benda3. Memanjat / menuruni bukit, pokok dan sebagainya4. Bergayut menyeberani sungai atau lurah5. Menyelamat mangsa di tempat yang sukar6. Membuat aktiviti abseiling dan ‘flying fox’

25

SIMPULAN DAN IKATAN

PENGENALANSimpulan ialah aktiviti antara tali dengan taliIkatan ialah aktiviti yang menggunakan tali dengan objek.

OBJEKTIFKemahiran tali temali didedahkan kepada murid supaya mereka akan dapat mempraktikkannya semasa menyertai perkhemahan. Ianya meliputi mendirikan khemah, membuat gajet dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan tali.

JENIS-JENIS SIMPULAN DAN IKATAN

SIMPULAN BUKU SILAKegunaan – menyimpul anduh, tali kasut, dan menyelamatkan nyawa. Tidak boleh digunakan untuk menyambung tali.

SIMPULAN BUNGA KETIKegunaan – membuat gelungan dan penyambungan sementara

IKATAN MANUKKegunaan – mengikat objek kepada tali yang lain

26

SIMPULAN TINDIH KASIHKegunaan – menyambung benda yang berlubang, menyambung tali yang berlainan saiz

SIMPULAN BELITKegunaan – mengikat tali pada tiang dan mematikan ikatan pada objek

SIMPULAN PENGAILKegunaan – menyimpul atau menyambung tali yang licin atau tali kail

27

B: 2.2.3 PENGGUNAAN KOMPAS

Pengenalan

Masyarakat Cina telah mengenali prinsip kompas sejak 5000 tahun dahulu. Kompas merupakan peralatan yang sangat penting dalam setiap pengembaraan. Ia juga merupakan bantuan yang tidak ternilai pentingnya bagi navigasi dalam keadaan-keadaan terburuk. Kompas boleh didapati dalam berbagai bentuk. Walau bagaimanapun fungsinya adalah sama iaitu sebagai pandu arah.

1. Kegunaan kompasSebuah kompas perlu kejap (compact), lasak ringan dan mudah di kendali. Secara amnya kompas bertujuan menunjuk arah. Di dalam orienteering kompas orienteering digunakan dalam perkara-perkara berikut:

Melaras peta Membantu dalam navigasi Menentukan kedudukan Membuat peta Mengukur jarak di atas peta

2. Bahagian-bahagian di setiap kompas.

Gambar kompas

1, Rumah kompas (home)2. Jarum kompas3. Skala4. Kanta Pembesar5. Panduan grid6. Arah Pergerakan7. Tapak8. Bacaan Bering9. Garis panduan (selari dengan rumah kompas)10. Rumah dail ( “Compas housing” boleh diputar)11. Tali Keselamatan

28

3. Mata Pedoman Kompas

Gambar arah mata angin4. Bearing

Bearing memberi tanda arah yang tepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Bearing adalah sudut yang diukur mengikut perjalanan jam, dari satu garisan dengan garisan yang ditetapkan. Garisan yang ditetapkan selalunya adalah utara

SKEMA PEMARKAHAN(Markah penuh 50 markah)

1. Memahami kaedah menggunakan kompas serta boleh mencari bearing dengan betul. (10 markah)

2. Menyatakan Etika Perkhemahan serta boleh memasang dan melipat khemah dengan betul (Etika Perkhemahan 5 markah, memasang 5 markah dan melipat 5 markah)

3. Telah mengikuti aktiviti perkhemahan selama 3 hari 2 malam dengan menunjukkan buku laporan yang telah ditandatangani oleh Penyelaras Perkhemahan. (15 markah)

29

B: 2. 2.4 Ikhtiar Hidup

Objektif1. Membolehkan pelajar mengetahui pengetahuan asas kemahiran ikhtiar hidup, bagi membolehkan mereka meneruskan keupayaan untuk terus hidup dengan menggunakan sumber alam semula jadi dan dengan peralatan asas yang ada pada mereka.2. Membolehkan pelajar mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup dan jejak atau tanda-tanda.

Perlaksanaan AktivitiSemasa aktiviti1. Teori dan prinsip Ikhtiar Hidup diterangkan oleh Jurulatih.2. Peserta kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan.3. Setiap jurulatih kemahiran membimbing pelajaran ikhtiar hidup mengikut kumpulan kemahiran.4. Demonstrasi dan penerangan ikhtiar hidup oleh jurulatih.5. Tanya soalan dan nilai yang berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari.

Selepas aktiviti1. Bacaan doa2. Membersihkan alat3. Berkumpul semula4. Rumusan dari jurulatih5. Bersurai

Sumber-sumber Ikhtiar Hidup1. Rotan2. Buluh3. Akar4. Kayu/ranting kayu5. Tanah liat6. Daun pisang7. Daun bertam8. Daun nipah9. Batu batan

Hutan-hutan di Malaysia merupakan hutan hujan Tropika. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan bahan yang boleh digunakan untuk ikhtiar hidup.

1. Rotan - merupakan pokok yang menjalar dan mempunyai duri di permukaannya. Apabila dikikis kulitnya, kita akan mendapati rotan yang boleh digunakan untuk mengikat dan lain-lain.

2. Buluh - Buluh merupakan bahan yang paling banyak didapati di hutan-hutan Malaysia. Buluh boleh digunakan untuk membuat gajet-gajet serta perlindungan atau khemah sementara. Rebung boleh juga dijadikan bahan makanan.

3. Akar - Di dalam hutan Malaysia terdapat pelbagai jenis akar. Akar juga terdapat di dalam tanah. Pokok juga menjalar dan melilit pokok-pokok besar. Sebahagian akar tersebut boleh digunakan untuk manfaat manusia contoh akar yang boleh diminum airnya dan untuk membuat ikatan/ perubatan dan lain-lain.

30

4. Kayu dan ranting - Benda ini boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak dan lain-lain. Kayu juga boleh digunakan untuk membuat gajet dan juga senjata.

5. Tanah liat - Tanah liat banyak digunakan dalam aktiviti ikhtiar hidup. Tanah liat boleh dibentuk dengan mudah apabila dicampur dengan sedikit air. Tanah liat juga boleh digunakan untuk memasak seperti membuat telur masin, membakar ikan dan juga membuat bekas-bekas air atau makan seperti tembikar sayap dan sebagainya. Benda ini juga boleh dibuat ubat untuk menyejukkan anggota badan yang terbakar atau melecur.

6. Daun pisang - Daun pisang boleh digunakan untuk membalut atau membungkus makanan (tradisional). Daun pisang juga boleh digunakan untuk mem- bungkus ikan yang hendak dibakar.

7. Daun Nipah - Sejenis pokok palma yang banyak terdapat di hutan Benda ini boleh dibuat atap. Jika dianyam boleh dibuat dinding atau lantai. Air Nira juga boleh dibuat daripada pokok Nipah.

8. Batu-batan - batu-batan adalah bahan yang boleh didapati di tepi sungai dan kaki bukit. Batu-batan boleh digunakan dalam aktiviti ikhtiar hidup contoh untuk membuat tungku memasak . Di samping itu batu juga boleh digunakan sebagai tungku untuk mengecutkan bengkak-bengkak pada badan dan juga rahim ibu selepas bersalin.

Di dalam rajah di bawah bahan-bahan yang digunakan ialah :1. ranting kayu2. kayu kering3. buluh4. daun pisang

Mengenali jejak atau tanda-tanda.Semua binatang yang ada dalam dunia ini mempunyai jejak. Kita dapat mengesan binatang tertentu melalui tapak kaki (jejak). Tujuan kita mengenali ini adalah untuk mengetahui sama ada ia musuh ( binatang buas) . Contohnya hariman. Selain itu kita dapat mengenali hidupan liar yang terdapat dalam hutan. Selain daripada tapak kita juga dapat mengenali binatang ini melalui sisa buangan contohnya gajah dan musang.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.1. Mengenal tapak binatang.2. Perbincangan secara lisan. 3. Mengenali najis binatang, tempat tinggal dan habitat

31

B : 2.2.5. PERTOLONGAN CEMAS

MATLAMAT:Mendedahkan pelajar KRS kepada asas pertolongan cemas bagi menghadapi situasi kecemasan yang dihadapi serta mengenal anggota tubuh badan dan fungsinya.

OBJEKTIF :1. Pelajar dapat mengetahui maksud pertolongan cemas2. Pelajar dapat mengenal anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan

anduh lengan.3. Pelajar dapat melipat anduh tiga segi dengan betul4. Pelajar dapat membuat anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan

anduh lengan.5. Menamakan struktur anggota badan serta fungsinya secara ringkas

KANDUNGAN SUKATAN1. ASAS PERTOLONGAN CEMAS

a) Apa itu pertolongan cemas?Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan yang diberi kepada orang tercedera atau pesakit sebelum ambulans tiba atau mereka yang berkelayakan.

b) Objektif Pertolongan Cemas Melindungi nyawa Mengelakkan kecederaan atau keadaan bertambah teruk Membantu pemulihanc) Sifat-sifat sebagai Pembantu Dalam Pertolongan Cemas Tajam perhatian-nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan Pantas Ikhtiar- dapat menggunakan apa yang sesuai di persekitaran

kemalangan Tidak Kasar- Tidak menyakiti mangsa Bertimbang rasa- bersimpati dengan masa Berakal budi- Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar Sentiasa senyum-muka sentiasa senyum akan memberikan keyakinan kepada

mangsa Memberi Pertolongan- lakukan setakat mampu sahaja.d). Tugas sebagai pembantu dalam pertolongan cemas. Mengetahui apa yang terjadi tanpa membahayakan diri sendiri Menyakinkan pesakit dan melindungi daripada sebarang kemungkinan bahaya Menguruskan untuk membawa pulang atau hospital berhampiran jika perlu Membuat keputusan dengan bijak dan pantas

e) Alatan Dan Bahan dalam Peti Pertolongan Cemas Pembalut merekat kalis air Pembalut steril kasa

bersegi Gulungan kapas Pembalut segitiga Pembalut bergulung Gulungan pita Sapuan antiseptic

Pen dan pensel Penyepit Kecil Gunting Pin Bekas plastik Pembalut elestik Sabun Buku catatan

32

f. Pembalut Segitiga

33

g. Simpulan buka sila

34

h. Pembalut kepala

35

i. Sling

36

j. Sling yang di ubah suai .

37

k. Sling Pengangkat

38

SOALAN PENILAIAN Jawab soalan dan buat amali berikut untuk mendapat pengiktirafan dalam Pangkat Lans Koperal .

1. Buat satu amali cara melipat anduh segitiga dengan betul.2. Buat satu simpulan buku sila dengan menggunakan anduh segitiga .3. Buat satu amali anduh leher, anduh lengan dan anduh besar dengan betul.

SKEMA PEMARKAHAN

1. Pelajar diuji oleh guru untuk membuat kerja amali melipat anduh segitiga dengan betul. ( 2 markah )

2. Pelajar boleh membuat simpulan buku sila dengan mengunakan anduh segitiga atau tali. ( 3 markah )

3. Pelajar dapat membuat amali anduh leher,anduh lengan dan anduh besar dengan betul setelah diajar oleh guru.( 15 markah )

SUMBER RUJUKAN :

1. Abdul Rahman Isa, (1989)Pertolongan cemas, Prinsip dan Amalan Crescent news (K.L) Sdn.Bhd. Kuala Lumpur

2. Palang Merah British. (1996) Buku Kecil Pertolongan Cemas. Golden Books Centre Sdn. Bhd Kuala Lumpur

3. St. John Ambulans (1994). Manual Pertolongan Cemas. Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

39

B: 2.2.6. Asas Kebombaan

Pengenalan Api terdiri daripada tindakbalas pengoksidaan atau tindakbalas kimia yang pantas hasil

daripada unsur penting seperti oksigen, haba dan bahan .

Kebakaran biasanya akan melibatkan kerugian dan kehilangan harta benda. Selain itu,

kebakaran juga boleh mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan tubuh badan dan

juga kerosakan harta benda.

Kebakaran sering terjadi disebabkan oleh kecuaian manusia yang tidak

mengendahkan tentang bahaya api, seperti peribahasa “API YANG KECIL MENJADI KAWAN DAN API YANG BESAR MENJADI LAWAN“ sering tidak menjadi iktibar dan

pengajaran kepada pengguna.

Api boleh dikelaskan kepada 4 kumpulan di antaranya ialah :

Api kelas A daripada bahan pepejal

Api kelas B daripada bahan cecair

Api kelas C daripada bahan gas.

Api kelas D daripada bahan logam .

Punca Kebakaran Kecuaian manusia - sikap yang mengabaikan keselamatan , dilakukan dengan

sengaja dan tidak sengaja serta penggunaan peralatan yang tidak betul .

Kerosakan pendawaian dan peralatan elektrik – berlaku akibat litar pintas.

Kejadian semula jadi – kejadian petir , kilat, dan kebakaran hutan .

Bahan Kimia - ammonia, belerang dan gas terpeluwap

Haba - api, matahari dll.

Arus elektrik - voltan tinggi

Sinaran radiasi - nuklear dan sinar X-ray

40

Cara-cara Mengelak/Mencegah Kebakaran.

Padamkan punca api dengan betul.

Matikan punca bekalan kuasa elektrik selepas digunakan.

Jangan mendedahkan bahan kimia berbahaya.

Hindarkan diri dan harta daripada punca sinar radiasi.

Sediakan alat pemadam api yang sesuai di persekitaran tempat kerja, rumah dan

kawasan permainan.

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang bahayanya api yang boleh

mengakibatkan kebakaran.

Jauhkan puntung rokok, lilin dan ubat nyamuk daripada bahan-bahan yang mudah

terbakar.

Melakukan pendawaian semula bagi peralatan elektrik dan pendawaian yang

rosak.

Menyediakan jadual pemeriksaan alat kebakaran .

Memasang alat pengesan kebakaran.

Mengenal pasti tempat-tempat untuk menyimpan alat keselamatan.

41

B: 2.2.7. KEBUDAYAAN

UJIAN KEBUDAYAAN

- Pelajar menyertai atau mempersembahkan 2 persembahan kebudayaan seperti nasyid, berzanji, bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat atau persembahan lain yang sesuai mengikut kebudayaan kaum-kaum yang lain.

ARAHAN UJIAN KEBUDAYAAN

1. Persembahan pelajar lelaki sahaja atau perempuan sahaja dalam bentuk kumpulan.

2. Kedudukan penonton pelajar lelaki dan perempuan diasingkan.3. Persembahan pelajar harus berlandaskan teras kurikulum bersepadu KRS.

PEMARKAHAN UJIAN

1. Gaya dan penampilan- 15 markah2. Kreativiti - 15 markah3. Mesej - 15 markah4. Peralatan - 5 markah

B : 3. KHIDMAT MASYARAKAT ( KHIDMAS )

SUKATAN menyertai 2 khidmat masyarakat dengan masa tidak kurang daripada 6 jam

OBJEKTIF menggembleng tenaga menjadi satu pasukan gotong royong menyedari kepentingan bekerja dalam satu pasukan (contoh : kerja yang berat

menjadi ringan, kerja yang lama menjadi singkat). Konsep berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

PELAKSANAAN pelajar dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu dan diketuai oleh ketua platun. Urusetia akan menyelia tugasan yang diberikan kepada murid serta

mengesahkannya.

42

B : 4. ALAM SEKITAR

SUKATAN Menyertai atau melaksanakan 2 projek yang berkaitan dengan alam sekitar seperti

membuat taman, menanam pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai, tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti yang sesuai.

OBJEKTIF Memberi kesedaran tentang alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengan alam

sekitar menghasilkan sajak atau syair atau pantun yang berkaitan dengan alam sekitar mendekatkan pelajar dengan alam ciptaan tuhan

PELAKSANAAN mencipta sajak dengan menggunakan perkataan yang disediakan seperti langit, awan,

sungai, air, batu, pokok, tanah, pencemaran, merosakkan, cantik, harmoni, dll. Tema utama ialah alam, manusia, tuhan, masyarakat dan kesatuan ketiga-tiga unsur. (pada sehelai bersaiz kertas A4)

mendeklamasikan sajak, syair atau pantun.

B: 5. KEUSAHAWANAN

SUKATAN menyediakan salah satu projek yang berikut:

o Sains Pertanian (cara menjaga pokok komersial)o Kemahiran Teknikal ( merekacipta, mengira, bertukang, menjahit, membaiki

peralatan elektrik dll)o ERT (menyiang ikan/ayam, memasak 3 jenis makanan)

OBJEKTIF

menyenaraikan sifat-sifat usahawan yang baik menanam minat kepada keusahawanan memberi pengetahuan tentang kemahiran hidup

PELAKSANAAN menghasilkan projek secara individu menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dengan anggaran kos membuat projek tersebut secara individu

43