lampiran i - analisis temubual

3
Lampiran F Analisis Temu Bual (Guru yang mengajar subjek Matematik) Peserta Temu bual Refleksi Penyelidik Guru yang mengajar subjek Matematik Soalan 1 : Apakah kaedah yang cikgu gunakan untuk mengajar murid menyelesaikan soalan fakta asas tambah dalam Matematik? Untuk murid-murid ini, saya dah ajar operasi tambah gunakan bahan-bahan konkrit seperti gula-gula, kira pakai jari,tulis garis nombor lepas tu kira lompat-lompat, tulis bulat-bulat ikut nilai nombor tu lepas tu kira semua sekali. Macam-macam dah sebenarnya. Boleh je murid-murid ni, cuma kadang tu keliru sikit laa bila jumpa soalan latihan bertulis. Guru yang mengajar subjek telah menggunakan pelbagai bahan dan kaedah untuk tajuk operasi tambah. Murid keliru dalam aktiviti latihan bertulis. Soalan 2 : Bagaimanakah tindak balas murid terhadap kaedah yang digunakan? Hmm, kalau tengok dari luar tu memang nampak murid boleh buat la. Dapat je ikut cara yang saya ajar. Tapi kena buat latihan banyak sikit lah sebab mereka ni kadang- kadang cepat lupa. Cumanya, itulah, kalau kira pakai jari, bahan-bahan contoh macam gula-gula ke, blok-blok kayu tu ok je. Tapi bila jumpa soalan Matematik tambah yang bertulis, kadang-kadang tu mereka silap juga tulis jawapan. Tengok cara kira tu ok dah, ada la juga mereka buat garis-garis macam tu kat kertas soalan tu, tapi boleh pula silap tulis Murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang agak baik. Murid faham konsep tambah secara asas. Murid bermasalah semasa melakukan latihan bertulis untuk soalan-soalan operasi tambah.

Upload: faroyner-fabian

Post on 11-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Percubaan menganlisis temu bual untuk kajian tindakan.Percubaan, okay. :)

TRANSCRIPT

Page 1: Lampiran I - Analisis Temubual

Lampiran F

Analisis Temu Bual (Guru yang mengajar subjek Matematik)

Peserta Temu bual Refleksi Penyelidik

Guru yang

mengajar

subjek

Matematik

Soalan 1 :

Apakah kaedah yang cikgu gunakan untuk

mengajar murid menyelesaikan soalan fakta

asas tambah dalam Matematik?

“Untuk murid-murid ini, saya dah ajar operasi

tambah gunakan bahan-bahan konkrit seperti

gula-gula, kira pakai jari,tulis garis nombor

lepas tu kira lompat-lompat, tulis bulat-bulat

ikut nilai nombor tu lepas tu kira semua

sekali. Macam-macam dah sebenarnya. Boleh

je murid-murid ni, cuma kadang tu keliru sikit

laa bila jumpa soalan latihan bertulis.”

Guru yang mengajar

subjek telah

menggunakan pelbagai

bahan dan kaedah untuk

tajuk operasi tambah.

Murid keliru dalam

aktiviti latihan bertulis.

Soalan 2 :

Bagaimanakah tindak balas murid terhadap

kaedah yang digunakan?

Hmm, kalau tengok dari luar tu memang

nampak murid boleh buat la. Dapat je ikut

cara yang saya ajar. Tapi kena buat latihan

banyak sikit lah sebab mereka ni kadang-

kadang cepat lupa. Cumanya, itulah, kalau

kira pakai jari, bahan-bahan contoh macam

gula-gula ke, blok-blok kayu tu ok je. Tapi

bila jumpa soalan Matematik tambah yang

bertulis, kadang-kadang tu mereka silap juga

tulis jawapan. Tengok cara kira tu ok dah, ada

la juga mereka buat garis-garis macam tu kat

kertas soalan tu, tapi boleh pula silap tulis

Murid mempunyai

pengetahuan sedia

ada yang agak baik.

Murid faham

konsep tambah

secara asas.

Murid bermasalah

semasa melakukan

latihan bertulis

untuk soalan-soalan

operasi tambah.

Page 2: Lampiran I - Analisis Temubual

Lampiran F

jawapan. Tu yang pelik tu. Bagi banyak

latihan pun, masih juga bagi jawapan tak betul

tapi tengok cara kira tu ok dah. Hmm.

Soalan 3 :

Apakah perubahan yang dapat dikenal pasti

selepas kaedah Ticki-Tacka dilaksanakan

sebagai intervensi untuk meningkatkan

kemahiran mengecam fakta asas operasi

tambah dalam Matematik bagi responden

yang dipilih?

Guru : Tengok kebelakangan ni, murid

semangat je nak buat soalan-soalan

Matematik. Lagi-lagi kalau soalan tambah.

Mereka seronok sangat buat latihan dekat

lembaran kerja. Kalau semak kerja pun

kurang sikit laa bab keliru tu. Dapat idea

mana eh permainan ni? Bagus lah untuk

murid-murid macam mereka ni.

Berdasarkan jawapan guru, penggunaan TT

ini boleh....

Murid lebih

bersemangat dalam

mempelajari subjek

Matematik khususnya

topik operasi tambah.

Murid kurang membuat

kesilapan semasa

melakukan latihan

bertulis.

Murid telah dapat

mengecam pelbagai

fakta asas tambah

dengan lebih baik.

Soalan 4 :

Pada pendapat cikgu, apakah aspek kekuatan

dan kelemahan untuk kaedah intervensi yang

telah dilaksanakan?

Hmm, saya tengok intervensi ni sesuai

dengan tahap pemikiran sedia ada murid-

murid ini. Tengok murid pun boleh buat,

awak pun dapat bagi arahan elok. Murid-

murid pun memang suka permainan-

permainan macamni. Ada raja, askar siap

semua. Macam perang-perang pula kan. Ok

lah intervensi awak ni.

Intervensi sesuai

dengan tahap pemikiran

dan pengetahuan sedia

ada murid.

Tidak terlalu sukar dan

tidak terlalu mudah.

Konsep permainan yang

digunakan dalam

intervensi Ticki-Tacka

sesuai dengan tahap

umur murid.

Terdapat perkara yang

perlu diambil perhatian

Page 3: Lampiran I - Analisis Temubual

Lampiran F

Tapi yang kurang sikit tu, mungkin hmm,

peraturan permainan atau tatacara ini perlu

‘adjust’ sikit kot. Rasanya ada ruang

penambahbaikan lagi lah bab peraturan dan

cara main permainan tu.

dalam peraturan dan

tatacara permainan.

Soalan 5 :

Apakah cadangan penambahbaikan yang

boleh dilakukan kepada kaedah intervensi

yang telah dilaksanakan?

Oh, cadangan eh? Saya cadangkan supaya

bahagian peraturan dan cara main tu lah kena

‘adjust’ sikit. Buah Askar tu pun tengok boleh

bagi ‘real’ sikit lagi.

Dan mungkin awak boleh tambah kaedah

penceritaan dalam masa awak jalankan

intervensi ini. Sebab murid-murid ni memang

suka mendengar cerita-cerita apatah lagi jika

berkaitan dengan cerita dongeng. Saya ingat

nanti ‘next time’ awak boleh cerita dua Raja

dengan askar-askar mereka kemudian nanti

sambung pada aktiviti atau langkah untuk

intervensi awak yang seterusnya. Yang lain tu

semua dah ok. Pandai-pandai la awak ye.

Modifikasi atau buat

penambahbaikan pada

bahagian peraturan dan

tatacara permainan

menggunakan

intervensi Ticki-Tacka.

Terapkan kaedah

penceritaan semasa

pelaksanaan intervensi

bagi menarik perhatian

dan minat murid.