faktor-faktor yang mempengaruhi kurangnya … · pekerja oku 4.3 analisis item kajian bahagian b...

30
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA PENGAMBILAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BEKERJA DI SEKTOR SWASTA. SUSAN BINTI EDWIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trankhue

Post on 11-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA

PENGAMBILAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

BEKERJA DI SEKTOR SWASTA.

SUSAN BINTI EDWIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

cArArAN: ; i,ff?:,t,,fff"tifif,fi:"#ii3, s'a rampirkan surat daripada pihakberkuasa./organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

I tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsaf'ah dan Sarianasecara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.

JUDUL FAKTOR.FAKTORYANG MEMPENGARUHI KURANGNYA PENGAMBILAN

GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BEKERJA DI SEKTOR

SWASTA

SESI PENGAJIAN : 2011 12012

Saya SUSAN BINTI EDWIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana,{Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan KolejUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

t. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2.

-)-

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuanpengajian sahaja.Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antarainstitusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( rl )n[]

E

St]LIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972 )

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasi/badan di manapenyelidikan dijalankan )

TERHAD

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap:Kampunq Kekan"96300 Dalat.Sarawak

Tarikh: l3 Jan 2012

CIK RAFEIZAH BT MOHD ZULKIFLI(Nama Penyelia)

Tarikh: 13Ian2012

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi konsep dan kualiti untuk tujuan penganugerahan har*tSarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)"

Tandatangan

Nama Penyelia :

Tariktr 13 JANUARI2OI2

EIZAHBT MOHD ZULKIFLI

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA PENGAMBILAN

GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BEKERJA DI SEKTOR

SWASTA.

SUSAN BINTI EDWIN

Laporan Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan :

Nama Penulis : SUSAN BINTI EDWIN

Tarikh ; 13 JANUAzu2012

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

iii

Teristimewa Buat…

Ibu tersayang:

Rose binti Sute,

Yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan,

Serta menjadi sumber inspirasi untuk meneruskan perjuangan…

Pensyarah yang disanjungi:

Cik Rafeizah bt Muhd Zulkifli,

Yang sentisa memberi galakan, nasihat dan bimbingan,

Semoga perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa sentiasa dirahmati.

Insan tercinta:,

Roy Jaivin A/L Santhana Das,

Yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan semangat.

Moga semangat yang diberikan berkekalan abadi buat selamanya.

Kehadiran kalian memberi memori yang terindah dan berharga dalam hidup ini.

TERIMA KASIH….

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, kajian

dan penulisan tesis ini dapat disempurnakan. Juga ucapan terima kasih yang tidak

terhingga saya ucapkan kepada ibu dan tunang yang sentiasa memberikan sokongan dan

dorongan tidak kira dari aspek nasihat mahupun kewangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada penyelia

Projek Sarjana Muda ini Cik Rafeizah bt Muhd Zulkifli dari Jabatan Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas

bimbingan dan tujuk ajar sehingga kajian ini dapat disempurnakan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat

Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana telah

memberikan kerjasama dalam proses mendapatkan maklumat bagi kajian ini.

Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan yang banyak memberi tunjuk ajar

dan sudi berkongsi ilmu. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama

ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini. Tanpa

sumbangan kalian projek ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

v

ABSTRAK

Pekerjaan merupakan salah satu keperluan penting dalam kehidupan setiap

manusia. Di mana ianya merupakan aset utama bagi manusia untuk mencari sumber

pendapatan bagi membantu dalam menyara hidup seharian setiap manusia. Oleh itu,

kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kurangnya

pengambilan golongan orang kelainan upaya (OKU) bekerja disektor swasta. Terdapat

lima faktor telah dikenalpasti pengaruhnya dalam masalah kurangnya pengambilan

golongan OKU bekerja di sektor swasta iaitu faktor intelektual, sikap dan sahsiah,

kemahiran generik, fasiliti dan produktiviti. Kajian ini melibatkan beberapa buah

syarikat swasta yang terdapat disekitar Johor Bahru, Item-item soal selidik yang dibina

telah disemak oleh dua orang pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Data mentah daripada dapatan kajian ini akan di analisis dengan

menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science) untuk

memperolehi nilai skor min serta peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan empat

faktor iaitu pengetahuan, sikap dan sahsiah, kemahiran generik dan produktiviti kurang

mempengaruhi dalam pengambilan golongan OKU bekerja. Kesimpulannya, dapatan

kajian menunjukkan faktor fasiliti merupakan faktor utama yang mempengaruhi

kurangnya pengambilan golongan orang kelainan upaya (OKU) bekerja di sektor swasta.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

vi

ABSTRACT

Employment is one of the important requirements in the life of every human

being. Where it is the main asset for people to find sources of income to assist in daily

living to everyone. Therefore, this study was conducted to identify the factors causing

the lack of recruitment of persons with disabilities to work in private sector. There are

five factors have been identified its influences in issues of lack recruitment of disabled

people working in the private sectors which are intellectual, attitude and personality,

generic skills, facilities and productivity. This study involves certain private companies

that are around Johor Bahru. The questionnaire item that was built has been reviewed

by two lecturers from Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The raw

data from the findings of this study will be analyzed using SPSS software (Statistic

Package for the Social Science) to obtain the mean score and percentage. The finding

results showed four factors which are knowledge, attitudes and personality, generic

skills and productivity less influencing the hiring of disabled people. In conclusion, the

results of the study revealed that the facility is the main factor that affecting the lack of

recruitment of persons with disabilities to work in private sectors.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACK vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.6.1 Kepentingan Kepada Golongan Kurang Upaya 11

1.6.2 Kepentingan Kepada Majikan 12

1.6.3 Kepentingan Kepada Institut 13

1.7 Skop dan Batasan Kajian 13

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

viii

1.8 Definisi 14

1.8.1 Kurang Upaya 14

1.8.2 Orang Kelainan Upaya 15

1.8.3 Majikan 15

1.8.4 Kemahiran 16

1.8.5 Sikap dan Sahsiah

1.8.6 Produktiviti

17

18

1.9 Penutup 19

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Pekerjaan

20

20

2.3 Ciri-Ciri Golongan Orang Kelainan Upaya 26

2.3.1 Kategori Orang Kelainan Upaya 27

2.4 Kajian-Kajian Lepas 32

2.4.1 Intelektual 34

2.4.2 Sikap dan Sahsiah 36

2.4.3 Kemahiran Generik 38

2.4.4 Fasiliti 40

2.4.5 Produktiviti 42

2.5 Penutup 44

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 46

3.2 Rekabentuk Kajian 46

3.3 Lokasi Kajian 48

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 49

3.5 Instrumen Kajian 50

3.5.1 Bahagian A 50

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

ix

3.5.2 Bahagian B 51

3.6 Kesahan Instrumen Kajian 52

3.7 Kajian Rintis 52

3.8 Proses Menjalankan Kajian 53

3.9 Analisis Data 55

3.10 Penutup 56

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Latar Belakang Responden

4.2.1 Taburan Responden mengikut Jantina

4.2.2 Taburan Responden mengikut Bangsa

4.2.3 Taburan Responden mengikut Umur

4.2.4 Taburan Responden mengikut Tahap

Pendidikan

4.2.5 Taburan Responden mengikut Pengalaman

Pengurusan

4.2.6 Taburan Responden mengikut Pengambilan

Pekerja OKU

4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual

mempengaruhi kurang pengambilan golongan

orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Adakah faktor sikap dan

sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan

golongan orang kelainan upaya bekerja di

sektor swasta?

4.3.3 Persoalan Kajian 3: Adakah faktor kemahiran

generik mempengaruhi kurang pengambilan

golongan orang kelainan upaya bekerja di

58

59

60

60

61

61

62

63

64

64

68

71

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

x

sektor swasta?

4.3.4 Persoalan Kajian 4 Adakah faktor fasiliti

mempengaruhi kurang pengambilan golongan

orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

4.3.5 Persoalan Kajian 5: Adakah faktor produktiviti

mempengaruhi kurang pengambilan golongan

orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian

4.5 Penutup

74

77

80

81

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Latar Belakang Responden

5.2.2 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual

mempengaruhi kurang pengambilan golongan

orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

5.2.3 Persoalan Kajian 2: Adakah faktor sikap dan

sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan

golongan orang kelainan upaya bekerja di

sektor swasta?

5.2.4 Persoalan Kajian 3: Adakah faktor kemahiran

generik mempengaruhi kurang pengambilan

golongan orang kelainan upaya bekerja di

sektor swasta?

5.2.5 Persoalan Kajian 4: Adakah faktor fasiliti

mempengaruhi kurang pengambilan golongan

orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

5.2.6 Persoalan Kajian 5: Adakah faktor produktiviti

mempengaruhi kurang pengambilan golongan

82

83

83

84

86

88

90

91

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

xi

orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

5.2.7 Rumusan Keseluruhan

5.3 Cadangan

5.3.1 Cadangan Kajian

5.3.1 Cadangan Lanjutan

5.4 Penutup

93

94

95

99

100

RUJUKAN 101

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E

LAMPIRAN F

111

121

123

127

128

136

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1

1.2

Pendaftaran Orang Kelainan Upaya Mengikut Negeri,

2006 - 2008

Jumlah OKU berjaya ditempatkan di Sektor Swasta,

1990 sehingga 2008

3

5

2.1

2.2

2.3

Statistik Kumpulan OKU Bekerja Dalam Sektor

Perkhidmatan Awam Mengikut Negeri (2011)

Statistik Kumpulan OKU Bekerja Dalam Sektor

Perkhidmatan Awam Mengikut Tahap Pendidikan

(1996 – 2009)

Kakitangan OKU di JKM

22

23

23

2.4 Skim Perkhidmatan Kakitangan OKU di JKM 24

2.5 Peluang pekerjaan mengikut jenis kecacatan 25

2.6 Tahap OKU pendengaran 27

2.7 Tahap OKU penglihatan 27

2.8 Pendaftaran OKU Mengikut Negeri, 2006 - 2008 31

2.9 Pendaftaran OKU Mengikut Kumpulan Etnik, 2006 –

2008

31

2.10 OKU Mengikut Jenis Kecacatan, 2006 – 2008 32

3.1 Bancian OKU Johor Bahru 2008 49

3.2 Pembahagian Item Soal Selidik 51

3.3 Lima Pemeringkatan Skala Likert 51

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

xiii

3.4

3.5

4.1

Nilai Alpha Kajian Rintis

Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

Taburan Responden Mengikut Jantina

53

55

60

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

Taburan Responden Mengikut Bangsa

Taburan Responden Mengikut Umur

Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Pengurusan

Taburan Responden Mengikut Pengambilan OKU

Bekerja

Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan

Kajian 1 (N = 59)

Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan

Kajian 2 (N = 59)

Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan

Kajian 3 (N = 59)

Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan

Kajian 4 (N = 59)

Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan

Kajian 5 (N = 59)

Analisis Purata Peratus Keseluruhan Persoalan Kajian

Analisis Purata Min Keseluruhan Persoalan Kajian

60

61

61

62

63

64

68

71

74

77

80

81

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Kajian 57

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

xv

SENARAI SINGKATAN

JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat

JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

JTKSM - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

OKU - Orang Kurang Upaya

SPOKU - Sistem Penempatan OKU

SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

SPSS - Statistic Package for the Social Science

WHO - World Health Organisation

% - Peratus

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A

B

C

D

E

F

Borang Soal Selidik

Borang Pengesahan

Surat Permohonan

Surat Permohonan

Jadual Kedudukan Daftar OKU

Jadual Populasi dan Sampel

111

121

123

127

128

136

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Orang Kelainan Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai

kekurangan jangka panjang fizikal mental, intelektual atau deria yang apabila

berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan

mereka dalam masyarakat (Akta Orang Kurang Upaya 2008). Manakala menurut

Training for Vocational Rehabilition Services (TRAVORS) (2009), Orang Kelainan

Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai seseorang yang kehilangan atau luar biasa dalam

bentuk tubuh badan, yang mana berinteraksi dengan pelbagai sikap dan halangan

persekitaran yang boleh menghalang OKU ini untuk melibatkan diri dalam persatuan

sama seperti golongan normal yang lain.

Menurut buku Social competence and employability Skills Curriculum (1989),

Orang Kelainan Upaya (OKU) dinyatakan sebagai seorang yang terencat akal dari segi

mentalnya, sukar untuk mendengar, pekak, sukar untuk bercakap, kurang upaya secara

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

2

visual, mengalami gangguan emosi, mengalami kecacatan otot, atau mempunyai

pembelajaran spesifik tentang ketidakupayaan diri.

Secara umumnya golongan OKU ini boleh dikategorikan kepada dua kumpulan

umum iaitu kelainan upaya secara kekal dan kelainan upaya secara sementara. Antara

mereka yang dikategorikan dalam kurang upaya kekal ini ialah golongan yang cacat

anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua. Manakala individu yang

cedera, sakit dan mengandung dikategorikan sebagai kelainan upaya secara sementara.

Pada khususnya, golongan OKU boleh dikategorikan kepada tujuh kategori iaitu kurang

upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, kurang upaya

pertuturan, masalah pembelajaran, kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

dalam karya Sam Wong (2010), Malaysia mempunyai penduduk seramai lebih kurang

28 juta orang. Berdasarkan statistik tersebut, jumlah OKU di Malaysia dianggarkan

seramai 2.8 juta orang. Namun begitu, OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) seramai 280 ribu sahaja. Manakala statistik yang telah dikeluarkan

oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (2010), terdapat seramai 248,858 orang telah

mendaftar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Pada masa kini, ramai lagi yang tidak tahu nasib golongan OKU di negara ini

masih belum terbela sepenuhnya. Hakikatnya, golongan ini sering kali menjadi mangsa

stigma masyarakat dan juga faktor keadaan sekeliling di mana faktor kekurangan fizikal

menjadi alasan kepada majikan untuk tidak menerima golongan ini bekerja walaupun

mereka mempunyai kelayakan.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

3

Jadual 1.1: Pendaftaran Orang Kelainan Upaya Mengikut Negeri, 2006 - 2008

NEGERI TAHUN

2006 2007 2008

Johor 24,228 27,554 30,840

Kedah 13.963 15,224 17,720

Kelantan 17,239 19,561 22,229

Melaka 8,335 9.687 11,322

Negeri Sembilan 8,964 10,149 12,058

Pahang 7,784 10,149 12,058

Perak 20,285 23,006 26,310

Perlis 3,690 4,024 4,374

Pulau Pinang 12,507 13,824 15,855

Sabah 12,481 13,823 14,087

Sarawak 11,920 13,289 13,719

Selangor 25,624 28,969 34,311

Terengganu 12,302 13,083 14,828

W.P. Kuala Lumpur 17,729 19,060 20,570

W.P. Labuan 468 501 573

Jumlah 197,519 220,250 248,858

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Jun 2010)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, OKU tidak lagi boleh

dianggap sebagai golongan yang hanya mengharap simpati dan perlu dibantu tetapi

sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada aset negara. Ia adalah

sebahagian daripada konsep modal insan yang diketengahkan oleh Mantan Perdana

Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dimana kerajaan berpandangan jauh dan

menganggap OKU perlu berubah agar menjadi aset yang boleh menyumbangkan kepada

keperluan modal insan negara. Mereka (OKU) mungkin ada kekurangan tetapi

sekiranya diberi kasih sayang dan didikan, mereka bukan sahaja dapat menyumbangkan

kepada kesejahteraan mereka sendiri malah turut menyumbangkan kepada negara. Kata

beliau lagi ketika berucap pada majlis Malam Amal Semai Bakti, ini ialah matlamat

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

4

terakhir kerajaan untuk mengubah nasib OKU agar menjadi penyumbang kepada negara

(Utusan Malaysia 19 September 2006).

Secara amnya golongan ini bukanlah orang yang terlalu lemah sehingga keadaan

diri mereka dijadikan aset untuk mendapatkan belas atau simpati dari orang lain.

Walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan yang tertentu, tidak semestinya mereka

tidak mampu untuk melakukan aktiviti lain sepertimana insan biasa. Golongan OKU

tidak bermakna mereka tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja, tetapi mereka

masih mampu untuk menggunakan kecerdasan mental dan minda mereka untuk memberi

sumbangan yang boleh memberikan kemajuan kepada negara ini, tidak kira dari segi

ekonomi mahupun masyarakat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pekerjaan merupakan salah satu aset penting dalam kehidupan tidak kira bagi

golongan normal mahupun golongan OKU. Pekerjaan merupakan sumber utama bagi

mendapatkan sumber pendapatan dan ianya juga berperanan membekalkan dan

menyampaikan pelbagai jenis sumber bekalan maklumat. Selain daripada itu, pekerjaan

berkeupayaan untuk membentuk ruangan kerja yang dapat mewujudkan hubungan sosial

antara pekerja itu sendiri dan juga orang lain. Mereka yang tidak memiliki pekerjaan

akan merasakan sesuatu yang berkurangan terutamanya dari segi kewangan, sosial dan

juga dari segi psikologi. Dengan erti kata lain, pekerjaan merupakan keperluan asas

untuk kebanyak orang pada zaman sekarang, dimana mereka beranggapan pekerjaan

merupakan penentu utama kualiti hidup.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

5

Bagi golongan OKU pekerjaan merupakan perkara yang amat penting dalam

kehidupan mereka, tetapi masih ramai yang mengabaikan perkara ini dalam kehidupan

golongan OKU. Masyarakat luar beranggapan bahawa golongan OKU tidak

memerlukan pekerjaan untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik seperti individu

normal yang lain. Mereka juga berpendapat, wang bantuan yang diberikan sudah

memadai untuk menampung kehidupan golongan OKU ini.

Sejak dari dahulu lagi, kita sering mendengar pelbagai jenis isu yang berkaitan

dengan golongan OKU. Isu yang sering disebut ialah mengenai isu pekerjaan, di mana

golongan ini sering disisihkan kerana sifat mereka yang tidak sempurna. Tetapi Ketua

Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Ismail Abdul Rahim berkata

semua golongan OKU mampu untuk menjalankan kerja seperti orang lain. Faktor usia,

jenis kecacatan dan tiada pengalaman merupakan sebahagian daripada alasan yang

menyebabkan golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan

pekerjaan (Utusan Malaysia, 2007).

Menurut sumber daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bilangan golongan

OKU yang telah bekerja masih lagi rendah, walaupun Kod Amalan Penggajian OKU di

Sektor Swasta telah dilaksanakan. Tetapi merujuk kepada jadual 1.2, bilangan golongan

OKU yang telah diterima bekerja masih lagi kurang daripada tahun 1990 sehingga 2008.

Jadual 1.2: Jumlah OKU berjaya ditempatkan di Sektor Swasta, 1990 sehingga 2008

Tahun Berdaftar Berjaya

1990 sehingga 2007 10,332 7,565

2008 722 552

Jumlah 8,117

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

6

Menurut The Washington Times (2005), masalah kurang pengambilan bekerja

bagi golongan OKU adalah tinggi di seluruh dunia contohnya negara-negara yang

membangun, masih terdapat 80% sehingga 90% golongan OKU yang layak untuk

bekerja masih lagi tidak mendapat pekerjaan. Tetapi sebaliknya bagi negara

perindustrian, angka golongan OKU yang tidak mempunyai pekerjaan ialah antara 50%

sehingga 70%. Menurut South China Morning Post (2006) pula, negara Asia yang lain,

golongan OKU di negara mereka juga menghadapi masalah yang sama seperti negara

China di mana permohonan kerja golongan OKU ini sering ditolak oleh majikan atau

pekerja sejawat yang tidak faham dengan keperluan golongan ini. Menurut Thirumalai

Chandroo, Pengerusi education and training organization Modern Montessori

International Group daripada Singapore melalui Business Times Singapore (2006), satu

sebab utama golongan OKU sukar diterima bekerja ialah kecenderungan majikan untuk

salah sangka bahawa golongan ini berkebarangkalian kurang melaksanakan kebanyakan

daripada tugas. Ini adalah jauh lebih benar walaupun mereka lebih celik daripada orang

lain dan mempunyai bakat-bakat yang tertentu. Selain daripada itu, kebanyakan syarikat

tidak menerima golongan orang OKU adalah disebabkan syarikat tidak menyediakan

kemudahan yang mempunyai spesifikasi khas untuk golongan ini.

Justeru itu, golongan ini haruslah diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran

yang telah mereka pelajari atau ketahui kerana ia akan dapat membantu dalam

meningkatkan keyakinan diri mereka, memberi pendedahan tentang dunia pekerjaan dan

mereka sekaligus boleh belajar untuk mencari punca pendapatan sendiri dan tidak hanya

bergantung kepada belas kasihan orang lain. Menurut Pengarah Kumpulan Komunikasi

Perhubungan Awam Sunway Management, Sharzede Salleh Askor (2006), memberi

didikan kepada golongan OKU tidak terlalu sukar kerana mereka mampu untuk

mendengar dan tidak pernah mencuri tulang walaupun mereka ini lambat untuk

memahami sesuatu yang dipelajari. Beliau juga menyatakan, nilai yang paling tingi

dalam hidup mereka bukanlah wang ringgit, tetapi pengalaman bekerja lebih penting

daripada segalanya (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2006).

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

7

Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),

Shafie BP. Mamal (2007) pula mendakwa golongan OKU masih didiskriminasikan oleh

segelintir majikan sektor swasta di negara ini. Malah, terdapat ratusan OKU di negara

ini yang gagal mendapatkan pekerjaan menyebabkan golongan tersebut hidup susah.

Beliau juga menyatakan, sektor swasta tidak seharusnya memandang rendah terhadap

kecacatan yang dialami oleh golongan tersebut. Ini kerana, golongan istimewa itu juga

mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dan sumbangan

mereka perlu diiktiraf. Jika majikan mendiskriminasikan OKU di manakah

tanggungjawab sosial mereka? Apakah mereka yang buta atau bisu tidak boleh

menghasilkan produktiviti yang baik? Majikan seharusnya berasa bahawa mereka tidak

lupa untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya (Utusan Malaysia, 10 Jun 2007)

Pekerjaan merupakan keperluan asas dan hak asasi manusia, tetapi OKU

menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang produktif dan memberikan

sumber pendapatan bagi menyara hidup mereka. Bilangan OKU yang berjaya mendapat

pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta kurang memberansangkan. Bagi sektor

awam satu pekeliling telah dilaksanakan iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3

Tahun 2008 yang memperuntukan dasar pengambilan 1% OKU menetapkan setiap

agensi dan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah membuat OKU sekurang-

kurangnya 1% daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut tertakluk kepada

permohonan oleh OKU dan kesesuaian bidang tugas serta kemudahan.

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena

sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan Ke-16 (5 Disember 2009), terdapat pelbagai

cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU untuk memasuki alam pekerjaan,

antara cabaran utama yang dihadapi oleh golongan OKU adalah persepsi negatif, takut

dan kurang keyakinan oleh pihak majikan untuk mengambil golongan OKU berkerja.

Selain itu, terdapat juga isu lain yang mempengaruhi peluang bagi golongan OKU untuk

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

8

memasuki pasaran kerja, iaitu isu aksesibiliti dalam dan luar bangunan (built

environment), tempat awam, tempat kerja serta pengangkutan awam.

Sikap kurang percaya majikan kepada kebolehan OKU dalam menyempurnakan

tugas yang telah diberikan menyukarkan golongan OKU mendapat tempat dalam

pekerjaan khususnya di sektor swasta. Kesedaran majikan khususnya di pihak swasta

tidak jauh bezanya dari dulu sehingga kini. Walaupun ada pihak swasta yang

mengambil pekerja OKU, ia hanya untuk jawatan rendah seperti pembantu jualan di

pusat membeli belah tukang cuci dan sebagainya.

“Kita berharap majikan lebih bersedia untuk mengambil golongan ini

sebagai pekerja dengan menyediakan infrastruktur serta menawarkan

bentuk pekerjaan yang sesuai untuk mereka supaya mereka dapat

menyesuaikan diri dengan bekerja bersama orang lain yang sempurna”

(Fong Khei Por, 2010).

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memperuntukkan modal bantuan

kepada usahawan OKU di seluruh negara yang dilancarakan pada 2007 dengan Bahagian

Standard Perburuhan JTKSM sebagai urus setia bagi menilai permohonan usahawan dan

diproses oleh JTKSM Selangor. Ia juga bertujuan sebagai satu strategi untuk membantu

OKU mendapatkan pekerjaan menerusi usahawan berkenaan kerana kita sedar ramai

OKU adalah usahawan berjaya dan mereka boleh menjadi majikan baik untuk OKU lain

(Berita Harian, 6 April 2010).

Hasil kajian rambang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)

(2010) turut mendedahkan sikap kebanyakan majikan yang enggan menyediakan

pekerjaan termasuk infrastruktur sesuai untuk OKU juga menjadi penyebab golongan

berkenaan lebih suka bekerja sendiri. Pengarah Tenaga Kerja Kementerian Sumber

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

9

Manusia, Fong Khei Por (2010), berkata hasil kajian itu juga merumuskan hanya OKU

memahami keperluan OKU lain menyebabkan golongan ini lebih sesuai bekerja dengan

majikan OKU yang menjalankan perniagaan termasuk secara kecil-kecilan (Berita

Harian, 6 April 2010).

Merujuk kepada statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dari tahun

1996 sehingga 2008 bilangan OKU yang mendapat pekerjaan di sektor awam adalah

seramai 766 orang di semua peringkat. Manakala statistik daripada Jabatan Tenaga

Kerja hanya 7,467 orang OKU yang mendapat pekerjaan daripada 10,635 yang telah

mendaftar melalui Sistem Penempatan OKU (SPOKU) atau Jobs Malaysia.

1.3 Pernyataan Masalah

Pekerjaan merupakan aset penting pada masa kini kerana ia adalah sebahagian

daripada kehidupan seharian manusia. Di negara kita terdapat pelbagai jenis pekerjaan

yang telah ditawarkan dan ramai yang telah berpeluang untuk mengisi kekosongan

tersebut. Berlainan pula nasib golongan OKU, mereka menghadapi masalah untuk

mendapat pekerjaan produktif dan pendapatan bagi menyara hidup. Peluang pekerjaan

yang banyak tidak memberikan peluang keemasan kepada golongan OKU untuk

melayakkan diri dari tersenarai dalam senarai mereka yang diterima bekerja. Peratusan

untuk melayakkan mereka mendapat pekerjaan amat rendah atas faktor majikan.

Kebanyakan majikan lebih senang menerima insan biasa bekerja daripada golongan

OKU. Berdasarkan kepada pelbagai masalah yang timbul, kajian ini dijalankan adalah

untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi kurang pengambilan golongan OKU

bekerja di sektor swasta.

Page 29: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

10

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kurang

pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta. Di antara objektif

yang dicadangkan ialah:

i. Mengenalpasti sama ada faktor intelektual mempengaruhi kurang

pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.

ii. Mengenalpasti sama ada faktor sikap dan sahsiah mempengaruhi kurang

pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.

iii. Mengenalpasti sama ada faktor kemahiran generik mempengaruhi kurang

pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.

iv. Mengenalpasti sama ada faktor fasiliti mempengaruhi kurang pengambilan

golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.

v. Mengenalpasti sama ada faktor produktiviti mempengaruhi kurang

pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.

1.5 Persoalan Kajian

Isu kurang pengambilan bekerja bagi golongan OKU kini makin hangat

diperkatakan walaupun pasaran kerja kini masih tinggi permintaannya. Berdasarkan

kepada penyataan masalah, persoalan-persoalan yang dijawab melalui kajian ini ialah:

i. Adakah faktor intelektual mempengaruhi kurang pengambilan golongan

orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

Page 30: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA … · Pekerja OKU 4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual ... RUJUKAN 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN

11

ii. Adakah faktor sikap dan sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan

golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

iii. Adakah faktor kemahiran generik mempengaruhi kurang pengambilan

golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

iv. Adakah faktor fasiliti mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang

kelainan upaya bekerja di sektor swasta?

v. Adakah faktor produktiviti mempengaruhi kurang pengambilan golongan

orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?