lampiran

18
6.0 LAMPIRAN Malam Pelancaran Pesta Tanglung UKM ke-35 Majlis Pelancaran Pesta Tanglung UKM ke-35 telah menjemput Dr.Roslee bin Rajikan untuk memberi ucapan bagi merasmikan majlis tersebut.

Upload: weiki1130

Post on 16-Aug-2015

71 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

6.0 LAMPIRAN

Malam Pelancaran Pesta Tanglung UKM ke-35

Majlis Pelancaran Pesta Tanglung UKM ke-35 telah menjemput Dr.Roslee bin Rajikan untuk memberi ucapan bagi merasmikan majlis tersebut.

Perjumpaan kali pertama diadakan di Dewan Gemilang pada 23 September 2014 semasa majlis pelancaran PTUKM ke-35. Kami bersedia untuk menuliskan hasrat yang ingin dicapai di atas lantera yang akan dimainkan pada malam tersebut.

Ahli-ahli sedang bermain permainan yang disediakan oleh pihak exco supaya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Dengan ini, keadaan harmoni telah diwujudkan dan seterusnya dapat memupuk sikap perpaduan di antara kita.

Semua ahli-ahli dan exco-exco PTUKM ke-35 telah berkumpul untuk mengambil gambar bersama-sama. Gambar ini telah menunjukkan kemesraan dan kegembiraan kami untuk bersama-sama menjalankan aktiviti yang dilancarkan seterusnya.

Selepas mengambil gambar, kami telah berkumpul di luar Dewan Gemilang untuk melepaskan lantera-lantera yang dipenuhi oleh hasrat-hasrat ke udara. Gambar ini menunjukkan lantera-lantera yang telah berjaya menaikan ke udara.

Mesyuarat bahagian mingguan

Mesyuarat bahagian alatan dan hiasan pentas diadakan pada setiap hari Jumaat di FSSK. Kami berkerjasama untuk memikirkan bentuk pose yang kreatif untuk disembahkan semasa sesi fotografi.

Sesi fotografi bahagian alatan dan hiasan pentas untuk dipaparkan dalam majalah.

Karnival Lantera Hias

Saya telah melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan karnival lantera hias yang diadakan di SJK (C) Sin Ming Semenyih. Terdapat pelbagai lantera hias yang istimewa dan cantik telah dipamerkan. Tugas saya adalah untuk menyusun lantera-lantera tersebut di tempat yang sesuai dengan menggunakan kreativiti saya untuk dipamerkan dalam karnival tersebut.

Malam Persembahan Pentas

Saya telah melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan Malam Persembahan Pentas di DECTAR selama 3 hari. Saya telah berkerjasama dengan ahli-ahli untuk memasang semua alatan dan hiasan pentas yang diperlukan dalam persembahan tersebut. Untuk melancarkan tugasan tersebut, saya telah memberi pertolongan kepada ahli-ahli supaya dapat meningkatkan kelancaran dalam aktiviti penyediaan tersebut. Antara tugas yang telah saya laksanakan ialah memasang papan dan mengecatnya untuk menghasilkan alatan yang cantik dan menarik. Saya juga memberi penolongan dalam reka bentuk yang kreativiti dalam alatan yang dihasilkan supaya dapat kelihatan lebih menarik.

Saya juga menggunakan kreativiti untuk menghasilkan hiasan yang sesuai digunakan sebagai hiasan alatan supaya alatan dapat menarik perhatian penonton di samping tidak membazirkan sisa-sisa polistirena yang akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Saya dan kawan-kawan sedang bersedia di belakang untuk menukarkan scene pada Malam Persembahan Pentas.

Kami telah mengambil gambar bersama-sama untuk meraikan kejayaan dan kelancaran Malam Persembahan Pentas.

Gambar ini diambil selepas kita membuat aktiviti penyediaan untuk Malam Persembahan Pentas di Pusanika.

Aktiviti Promosi

Majalah PTUKM ke-35

Bahan promosi untuk Malam Persembahan Pentas .

Tiket Malam Persembahan Pentas

Bahan promosi untuk Karnival Lantera Hias

Dengan tugas-tugas yang telah saya laksanakan, saya telah menerima sijil penghargaan darpada pihak PTUKM ke-35.