lampiran 2 - perkara berbangkit markah pajsk - 8 okt.doc

12
LAMPIRAN 2 PERKARA BERBANGKIT PEMARKAHAN PAJSK Tafsiran Aktiviti Peringkat Antarabangsa: 1. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kebenaran dan kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM 2. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)/kumpulan/individu dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 3 Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar negara yang diurus sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM melalui tapisan Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 4. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM dan telah melalui tapisan serta kebenaran Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 5. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja. 6. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain KPM selain BKK dianggap sebagai kelulusan untuk menjalankan program sahaja. (Aktiviti SBP, Kluster dan Kecemerlangan, MARA, SM 1

Upload: osman-hj-ibrahim

Post on 04-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lampiran 2 - Perkara Berbangkit Markah PAJSK - 8 OKT.doc

LAMPIRAN 2PERKARA BERBANGKIT PEMARKAHAN PAJSK

Tafsiran Aktiviti Peringkat Antarabangsa:

1. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kebenaran dan kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM

2. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)/kumpulan/individu dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM.

3 Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar negara yang diurus sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM melalui tapisan Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM.

4. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM dan telah melalui tapisan serta kebenaran Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM.

5. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

6. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain KPM selain BKK dianggap sebagai kelulusan untuk menjalankan program sahaja. (Aktiviti SBP, Kluster dan Kecemerlangan, MARA, SM Teknik/Vokasional, Bhg Sekolah Harian, Bhg. Pendidikan Islam dan Sekolah Persendirian)

Tafsiran Aktiviti Peringkat Kebangsaan:

1

Page 2: Lampiran 2 - Perkara Berbangkit Markah PAJSK - 8 OKT.doc

1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM

2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri (3 buah sekolah dari setiap negeri). Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa.

3. Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK KPM adalah dikira markah penyertaan peringkat sekolah sahaja.

4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

5. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain KPM selain BKK dianggap sebagai kelulusan untuk menjalankan program sahaja. (Aktiviti SBP, Kluster dan Kecemerlangan, MARA, SM Teknik/Vokasional, Bhg Sekolah Harian, Bhg. Pendidikan Islam)

Tafsiran Aktiviti Peringkat Negeri:

1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3 buah sekolah bagi setiap daerah). Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang dikelolakan oleh JPN bagi tahun semasa.

3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan syarat melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada Pengarah Pelajaran Negeri. Kos program ditanggung oleh sekolah berkenaan.

4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

Tafsiran Aktiviti Peringkat Daerah:

1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

2

Page 3: Lampiran 2 - Perkara Berbangkit Markah PAJSK - 8 OKT.doc

2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 sekolah

3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan Pejabat Pelajaran Daerah adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.

4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan

1. Program-program Khas Kebangsaan, contoh:

i. Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

ii. Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri. Peringkat Pelaksanaan Markah Penyertaan

3

Page 4: Lampiran 2 - Perkara Berbangkit Markah PAJSK - 8 OKT.doc

iii. Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S):

iv. Gotong Royong Kebangsaan.

v. Bulan Kecergasan Malaysia.

vi. Sambutan Hari Habitat Sedunia

vii. Perhimpunan Sejuta Belia .

viii. Minggu Alam Sekitar

ix. Hari Sukan Negara

x. Bulan Kecergasan Negara

a. Sekolah Sekolah

b. Daerah Daerah

c. Bahagian Bahagian

d. Negeri Negeri

e. Kebangsaan Kebangsaan

2. Program-program Khas Negeri, contoh:

i. Perkhemahan Pengakap Daerah Jengka 30 tahun Peringkat Antarabangsa.

ii. Jambori Pengakap ”JOTA/JOTI”

iii. ”One Contemporary Art Competition” anjuran Kementerian Pelancongan.

iv. ”HHH Run” / Sunset Run

v. Pesta Tanglong Perdana (Perak)

vi. Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang

vii. Kuala Lumpur International Marathon

viii. Klang 10K Run

Peringkat Kelulusan/ Pengurusan (Rujuk takrif antarabangsa/kebangsaan)

Markah Penyertaan

a. Sekolah Sekolah

b. Daerah Daerah

c. Bahagian Bahagian

d. Negeri Negeri

e. Kebangsaan Kebangsaan

f. Antarabangsa Antarabangsa

Pengiktirafan penglibatan murid dalam larian-larian peringkat antarabangsa adalah seperti berikut:

i. Penyertaan individu/sekolah dikira penyertaan peringkat sekolah sahaja.

ii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) dikira penyertaan peringkat Daerah

4

Page 5: Lampiran 2 - Perkara Berbangkit Markah PAJSK - 8 OKT.doc

iii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia – (MSSM) negeri berkenaan perlu disokong dengan surat dan dikira penyertaan peringkat negeri.

Kejayaan/Pencapaian murid diberikan markah mengikut tahap penyertaan.

3. Program-program berkembar sekolah Premier, sekolah kluster, Sekolah Prestasi Tinggi dan SBP

i. Program berkembar antara sekolah dengan universiti/kolej/sekolah luar negara

i. Lawatan keluar ke sekolah berkembar di luar negara diikhtiraf sebagai peringkat antarabangsa.

ii. Lawatan masuk diikhtiraf sebagai aktiviti peringkat sekolah

4. Pengujian secara terus (On-Line Assessment) bagi program Ko-Akademik

Penglibatan murid-murid dalam Kuiz Matematik dan seumpamanya, secara individu berbayar (Peringkat Antarabangsa)

Contoh:

i. International Competititions and Assessments for School), Penganjur: Educational Assessment Australia, The University of New South Wales, Sydney, Australia

ii. “Essay writing”/Penulisan sajak/pertandingan melukis /cipta laman blog

iii. Skor A

Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum, kerana:

i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian Kokurikulum dan Kesenian/KPM.

ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan mempunyai kemudahan IT.

iii. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan diragui.

iv. Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit.

v. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM.

5. Pemarkahan Aktiviti Olimpiad / Kuiz seperti:

i. International Mathematics Olympiad (IMO)

ii. International Physics Olympiad (IPHO)

iii. International Junior Science Olympiad (IJSO)

iv. National Science Challenge

v. Kuiz Kimia Kebangsaan

i. Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah dikira sebagai khidmat sumbangan peringkat sekolah (10 markah).

ii. Peringkat kedua, peserta dipanggil oleh BKK KPM untuk menghadiri kem latihan peringkat kebangsaan layak mendapat markah penyertaan peringkat kebangsaan (17 markah) dan markah pencapaian sekiranya berjaya.

iii. Peserta yang terpilih untuk mewakili Negara ke peringkat antarabangsa layak untuk mendapat markah penyertaan peringkat antarabangsa (20 markah)

5

Page 6: Lampiran 2 - Perkara Berbangkit Markah PAJSK - 8 OKT.doc

dan markah pencapaian sekiranya berjaya.

6. Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan

i. Kebangsaan

ii. Antarabangsa

i. Sebarang kelulusan aktiviti dan pengiktirafan perlu mendapat kelulusan BKK, KPM

ii. Pengiktirafan hanya akan diberi selepas sesuatu program itu selesai dijalankan dan laporan dihantar ke BKK, KPM

7. Penglibatan murid-murid dalam Program Kerajaan Negeri seperti:

i. Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia

ii. Pulau Pinang – Medan, Indonesiaiii. Ipoh – Fukuoka, Jepun

Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan ”antarabangsa”, pemilihan sesorang peserta melalui saringan dan pemilihan oleh jawatankuasa khas yang dilantik.

8. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO), contoh aktiviti:

i. Khidmat Masyarakat – Highway Duty

ii. Perkhemahan

iii. Pertandingan Kawad Kaki

iv. Pertandingan Seni Bela Diri

Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.

Peringkat penglibatan :

a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah

b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri

c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan

Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN/PPD – markah penglibatan dan pencapaian tidak dikira.

9. Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan yang tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah

Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat sekolah.

10. Penglibatan murid dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Kerajaan (GO), contoh:

Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada

6

Page 7: Lampiran 2 - Perkara Berbangkit Markah PAJSK - 8 OKT.doc

i. Sambutan Hari Kor Kadet Polis

ii. Festival Kebudayaan

iii. Hari Kebangsaan

iv. Hari Pahlawan

v. Hari Koperasi

vi. Larian Bomba

vii. Hari Belia Kebangsaan

peringkat kelulusan yang dipohon.

Peringkat penglibatan :

a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah

b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri

c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan

11. Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana dan Kerajaan Negeri

Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan dikira sebagai penglibatan peringkat negeri.

12. Aktiviti Khidmat Masyarakat (Ekstra Kurikulum)

i. Aktiviti Kejiranan/Komuniti

ii. Aktiviti Alam Sekitar

iii. Aktiviti Bencana Alam

iv. Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi

v. Aktiviti Kebudayaan/ Kesenian/Integrasi

vi. Aktiviti Kerohanian

vii. Aktiviti Insaniah

# Pengenalan Khidmat Masyarakat Sebagai Syarat Graduat Pendidkan Menengah

Sebagai kawalan pihak sekolah diminta mmbuat varifikasi dengan maklumat seperti berikut:

a. Nama aktiviti

b. Rekod kehadiran / penglibatan

c. Ulasan pencapaian / hasil

d. Pengesahan dan perakuan

# Aktiviti Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan dalam aktiviti sedia ada seperti Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform tidak dikira sebagai markah ekstra kurikulum.

7

Page 8: Lampiran 2 - Perkara Berbangkit Markah PAJSK - 8 OKT.doc

8