laman pejabat pertanian daerah manjung

5
6/1/15 Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_tanamcili.htm 1/5 PANDUAN MENANAM CILI CILI MERAH Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga. Varieti MC 11 Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga musim berakhir. Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik setiap dua hari. Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan. Varieti ini sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan jarak tanaman 60 cm x 100 cm. Varieti MC 12 Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap. sifatnya yang cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari. Ini membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit. Dalam tempoh 2 bulan penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya yang rendah dapat mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan. Buahnya yang panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan. MC 4 Varieti ini dibiakkan oleh MARDI. Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas. Jangkamasa pengeluaran adalah pendek. Pungutan hasil adalah selama 8-18 minggu selepas menanam. Sederhana tahan pada penyakit antraknos, rentan pada virus. Hasilnya ialah 12-20 tan/hektar. Sesuai untuk ditanam secara besar-besaran. MC 5 Varieti ini dibiakkan oleh MARDI, saiz buah 10-15 sm, 10-15 g/biji, variasi dari segi bentuk buah kurang, tinggi pokok 100-200 sm, sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga. Jangkamasa pungutan adalah panjang (5 bulan). Pungutan hasil selama 12-32 minggu selepas menanam. Rentan pada virus antraknos dan virus. Hasil adalah sebanyak 15-25 tan/hektar. Kulai Saiz buahnya 12-15 sm, tirus, mesocap tebal, tinggi pokok adalah 60-180 sm, rasanya sangat pedas. Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar. KERINTANGAN TERHADAP PENYAKIT 1. Antraknos (MC 11 & 12 : rentan) Rawat biji benih dengan Thiram. Sembur racun kulat Mancozeb. 2. Kerekot Daun dan Mozek Daun (Leaf curl and mosaic virus) MC 11 rentan ; MC 12 escape. Penyakit-penyakit disebarkan oleh Kutu Daun. Musnahkan pokok yang berpenyakit. 3. Hawa Reput/PucukChoanephora (MC 11: sedikit tahan; MC 12: rentan) Sembur racun kulat Benomyl (Benlate). Perhatian: Benih-benih tanaman boleh diperolehi dari mana-mana Pusat Pembangunan Komoditi Semenanjung Malaysia. PENANAMAN Penyediaan Tanah: 1. Di Ladang Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki)

Upload: syahmi1337

Post on 08-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

z

TRANSCRIPT

  • 6/1/15 Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_tanamcili.htm 1/5

    PANDUAN MENANAM CILI

    CILI MERAH

    Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yangbaik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadappenyakit dan serangan-serangan serangga.

    Varieti MC 11

    Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga musimberakhir. Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik setiap dua hari. Sehinggamusim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan. Varieti ini sesuai ditanam dan berupayamengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan jarak tanaman 60 cm x 100 cm.

    Varieti MC 12

    Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya mengeluarkan hasilsehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap. sifatnya yang cepat matang (7 minggu selepasditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari. Ini membolehkan buahnya dipetik sebelumdiserang oleh penyakit. Dalam tempoh 2 bulan penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya yang rendah dapat mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan. Buahnya yang panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.

    MC 4Varieti ini dibiakkan oleh MARDI. Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas. Jangkamasa pengeluaranadalah pendek. Pungutan hasil adalah selama 8-18 minggu selepas menanam. Sederhana tahan padapenyakit antraknos, rentan pada virus. Hasilnya ialah 12-20 tan/hektar. Sesuai untuk ditanam secarabesar-besaran.

    MC 5Varieti ini dibiakkan oleh MARDI, saiz buah 10-15 sm, 10-15 g/biji, variasi dari segi bentuk buah kurang,tinggi pokok 100-200 sm, sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga. Jangkamasa pungutan adalahpanjang (5 bulan). Pungutan hasil selama 12-32 minggu selepas menanam. Rentan pada virus antraknosdan virus. Hasil adalah sebanyak 15-25 tan/hektar.

    Kulai

    Saiz buahnya 12-15 sm, tirus, mesocap tebal, tinggi pokok adalah 60-180 sm, rasanya sangat pedas. Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar.

    KERINTANGAN TERHADAP PENYAKIT

    1. Antraknos (MC 11 & 12 : rentan) Rawat biji benih dengan Thiram. Sembur racun kulat Mancozeb.

    2. Kerekot Daun dan Mozek Daun (Leaf curl and mosaic virus)MC 11 rentan ; MC 12 escape. Penyakit-penyakit disebarkan oleh Kutu Daun. Musnahkan pokok yangberpenyakit.

    3. Hawa Reput/PucukChoanephora (MC 11: sedikit tahan; MC 12: rentan)Sembur racun kulat Benomyl (Benlate).

    Perhatian: Benih-benih tanaman boleh diperolehi dari mana-mana Pusat Pembangunan Komoditi SemenanjungMalaysia.

    PENANAMAN

    Penyediaan Tanah:

    1. Di LadangBajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki)

  • 6/1/15 Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_tanamcili.htm 2/5

    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki)lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antarabatas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kakipersegi) kawasan.

    2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainGunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

    Menyediakan Anak Benih:

    Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahiayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benihdengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siramdengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripadacahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untukmengeraskannya.

    Menanam:

    1. Di LadangAnak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotaksemaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanamterus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris

    2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainSemai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Tinggalkan hanya sepokok.

    MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN(sumber: Suara KPW Oktober 1993)

    Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian. Menanam anakbenih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok ciliyang banyak ranting. Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambahberbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknyajuga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

    PENJAGAAN:

    MenyiramSiram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

    Membaja

    1. Di LadangTabur baja NPK Blue Special (12:12: 17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gmsepokok setiap dua minggu.

    2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainTabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiapminggu.

    Sungkupan

    1. Di Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.

    Merumput

    Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasucabut rumpai untuk mengawalnya.

    KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

    Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga perosak danpenyakit. Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang tanaman cili pada semuaperingkat pertumbuhan.

    1. Penyakit:Klik di sini untuk penerangan mengenai penyakit tanaman cili!

    2. Serangga:

    - Kutu Daun: Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid

  • 6/1/15 Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_tanamcili.htm 3/5

    - Hamama Merah: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah. Sembur racun seperti dicofol atau malathion

    - Afid: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga cili. Serangan menyebabkan daun

    berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut. Selain itu, afid ialah pembawa penyakit virus.

    - Kutu Trip: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga. Akibatnya daun menjadi kecildan bentuk daun melengkung ke atas. Kutu trip juga boleh menyebar virus.

    - Hama: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.

    - Pengorek Buah: Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang.

    - Ulat Ratus: Makan daun dan buah.

    - Lalat Buah: Bertelur di kulit buah. Larva merosakkan bahagian dalam buah mengakibatkan buah menjadi busuk dan berair.

    Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih cili hendaklah disemai di dalam rumah jaringkalis serangga. Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga perosak seperti afid daripada menyebarpenyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang boleh merosakkan tanaman cili. Ini penting kerana anak-anak benih cili yang hendak diubah ke ladang mestilah sihat. Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak bolehdipulihkan semula. Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat semaian sukardikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.

    Di ladang, batas-batas mestilah disungkup dengan plastik bersinar. Pantulan cahaya daripada plastik bersinar inimampu menghindarkan dan mengurangkan afid bersayap dan juga kutu trip hinggap pada tanaman cili. Ini amatpenting terutama pokok sekurang-kurangnya sehingga minggu ke -5 selepas diubah ke ladang. Peringkat inidianggap kritikal kerana jika jangkitan virus berlaku hasil akan berkurangan sebanyak 30% hingga 60%.

    Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus, penggunaan sungkupan plastik bersinarjuga memberi beberapa kebaikan seperti:-

    Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput;Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah;Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan.Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti stomata dan fotosintesis.

    Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh rimbunan pokok cili. Oleh itu, pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang hinggapan afid bersayap dan kutu trip. Selepas tempoh ini, dicadangkan supaya racun serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabilaperlu sahaja. Seelok-eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi.

    Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah cili boleh dirosakkan oleh perosak buahdan lalat buah. Racun perosak terpilih yang berkesan boleh digunakan mengikut peraturan yang disyorkan bagimengurangkan kerosakan oleh perosak-perosak tersebut. Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburansemasa peringkat berbuah ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan.

    Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili seperti kumbang, kura-kura, lalat sirfid dankutu sibur-sibur juga boleh diamalkan. Serangga-serangga ini gemar makan afid manakala bakteria Bacillusthuringiensis digunakan untuk mengawal serangga-serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.

    Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara kecil-kecilan, sistem tanaman berbilang sepertiselingan antara cili dengan jagung boleh diamalkan. Sistem ini berupaya mengurangkan kira-kira 60% afidbersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit virus sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga. Sistem ini menggalakkan kehadiran kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung. Secara tidak langsung,kumbang kura-kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili. Bagi petani yang inginmengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung dengan cili, perlu diingat bahawa tanamanjagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih awal sebelum anak benih cili diubah ke ladang, tetapi sistem inikurang sesuai untuk penanaman secara komersial kerana terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.

    Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam cili harus sedar bahawa spek pengurusantanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi menentukan pengeluaran hasil yang tinggi danbermutu.

    MEMUNGUT HASIL

    (1) Di Ladang

    Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasildari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.

    Cili HIjauHarga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.

  • 6/1/15 Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_tanamcili.htm 4/5

    Cili MerahHarga ialah antara RM5.00 ke RM8.00. Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00

    (2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

    Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.

    PENGENDALIAN LEPAS TUAI

    Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.

    SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED CILI MERAH

    Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan. Cili yang dipasarkansebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini.

    Indeks 1:Tidak matang - Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau. Kulit cili berkenaan berwarna hijau muda.

    Indeks 2:Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai cili merha.

    Indeks 3:Cukup matang - Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna merah dan hijau (hijau merah).

    Indeks 4:Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman (hampir masak) tetapi msih diterima olehpasaran di peringkat runcit.

    Indeks 5:Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya.

    Indeks 6:Terlalu matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman.

    Pengelasan Gred dan Saiz

    Gred KetentuanKelonggaran

    (% maksimum)

    1

    Jenis yang samaTahap kemalangan yang seragamKesegaranKecacatan (cacat bentuk, kotor) rosakSaiz yang seragam (panjang x > 10 cm)

    55105

    2

    Jenis yang samaWarna seragamTidak segarCacat, kotor, rosakSaiz yang seragam (panjang 7-10 cm)

    55155

    Luar Gred Cili yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

    SEMERAH - CILI PADI UNTUK KOMERSIL

    Pungutan hasil dibuat 3 bulan selepas ditanam. Tempoh penanaman selama setahun. Pengeluaran hasilserentak dan cepat matang. Penghasilan setinggi 1.5 - 2.0 kg/pokok semusim (peningkatan hasil >200%berbanding cili padi biasa). Penghasilan tertinggi pada 4-5 bulan penanaman (hit). Cili ini menunjukkan tindakbalas kepada jangkitan virus. Adaptasi meluas kepada keadaan kawasan (tanah dan persekitaran). Cili ini bolehdipasarkan sebagai cili hijau (indeks kematangan 1-2), merah (indeks 3-4) dan untuk proses (indeks 5-6).

    Panduan Menanam Cili Api

    PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

    PembugkusanCili merah dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapatmemberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.

    PerlabelanTiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kodpenanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat,komoditi, berat bersih dan gred.

  • 6/1/15 Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_tanamcili.htm 5/5

    Print helaian ini

    komoditi, berat bersih dan gred.

    PERSAMPELAN

    Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990Method of Sampling for Fresh Vegetables, atau kaedah statistik yang dipersetujui.

    RANTAIAN LAMAN MENGENAI CILI

    Istilah Pokok Cili dari Wikipedia

    Cili Jarum atau Cili Padi

    Info hibrid cili merah

    Agribazaar Catalog: Penjualan Cili Besar Taiwan di Perak

    Blog Teknologi Pertanian: Tanaman Cili Fertigasi

    Blog Teknologi Pertanian: Tanaman Cili Benggala

    [ke Laman Utama] [ ke belakang ]

    Khas Untuk Pengunjung

    PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNGKOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG

    PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIATEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329

    Tarikh Kemaskini Terakhir:

    25 January 2010 05:41:46 PMdan Ruangan Webmaster

    Penafian: Hakcipta Disember 2007-2010 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara. Pejabat ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau

    kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian lamantidak rasmi yang terdapat dalam laman ini. Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:

    [email protected] / [email protected] / [email protected] dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.