draft seni bina islam di malaysia
TRANSCRIPT
Seni Bina Islam, Permasalahan
Reka Bentuk Masjid di Malaysia
SUEHAILY MOHD JIWAA124413
Rekabentuk Masjid di Malaysia
Masjid Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur Masjid Kristal,Terengganu
Masjid Putra,Putrajaya Masjid Besi,Putrajaya
Seni Bina Islam
•Bermula sepanjang sejarah Islam.•Merangkumi gaya seni bina keagamaan iaitu bangunan-bangunan sekular,bersejarah dan penyataan moden, pada pembinaan struktur telah datang dalam pelbagai taraf pengaruh oleh kebudayaan Islam
Prinsip gaya seni bina Islam
•Masjid, Kubur, Istana dan Kota. •Dikembangkan dan digunakan untuk bangunan-bangunan yang kurang penting seperti tempat mandi awam, air pancut dan gaya seni bina tempatan.
Seni Bina Masjid
•Pusat ibadat bercorak sederhana •Tempat para jemaah berinteraksi dan menjalankan segala tanggungjawab yang telah diwajibkan serta untuk berbakti kearah perkembangan Islam •Kegunaan aktiviti lain dan berbeza dengan konsep rumah ibadat pada kepercayaan agama lain.
Seni Bina Masjid Malaysia
•Kemasukan Islam ke Malaysia lebih kurang 7 abad yang lampau, •Pelbagai bahasa senibina yang diterapkan dalam institusi masjid.•Tipologi awal rekabentuk masjid ini di percayai mula dibina daripada kayu •Ciri-ciri bumbung piramid yang berlapis –lapis dalam dua atau tiga tingkat •Mengunakan bumbung tebar layar.•Penjajahan pihak British di Tanah Melayu dua abad yang lalu membawa masuk pengaruh bahasa seni bina dari Moghul dan Moorish•Pihak British juga memperkenalkan sintak senibina Klasik Barat•Penggunaan struktur dan mesin secara drastik kepada rekabentuk masjid.
Tipologi Seni Bina Islam & Masjid Malaysia
•Seni Bina Vernakular dari Masjid Tradisional
•Masjid Sino-Eklektik
•Masjid Klasik-Eropah
•Masjid India Utara
•Masjid Moden Vernakular
•Masjid Modenistik
•Masjid Revivalisme Pascamoden
Masjid Wilayah Persekutuan
Muzium Kesenian Islam
Senibina Vernakular dari Masjid Tradisional
-masjid yang dibina sebelum kedatangan penjajah asing ke Malaysia sementara senibina vernakular berhubungan dengan kesediaan bahan, tukang dan teknologi yang ada sebelum masa kolonial.
Ciri-ciri Seni Bina
-Bumbung berbentuk limas dan bertingkat tingkat (bumbung berlapis tiga,bumbung berlapis dua dan bumbung memanjang)
-Perletakkan dan asas tapaknya
-Dibina atau diarahkan oleh ulama pembangunannya
Masjid kampung laut
Masjid Papan,Negeri Sembilan
Masjid Langgar
Masjid Sino-Eklektik
Masjid Kampung Keling,Melaka
Masjid Tengkera,Melaka
Masjid Dato’ Undang Kamat ,Johol
-Masjid yang banyak mendapat pengaruh dari Senibina Cina yang terlihat pada elemen-elemen bangunan dan bentuk senibinanya
Ciri-ciri Seni Bina
-Asas papaknya yang melekat pada tapak
-Bumbung berlapis dua dan berlapis tiga
-Bertingkat tiga
-Memiliki gerbang seperti rekabentuk kuil Cina
-dibina oleh para pedagang Cina Muslim
Masjid Klasik-Eropah Masjid Sultan Abu Bakar
Masjid Bandar Maharani
-Merupakan Seni Bina Renaisance akhir yang diturunkan dari warisan Seni Bina Rome
Ciri-ciri Seni Bina
-Pembahagian tiga elemen utama dari bangunan iaitu dasar, tengah dan atas dengan tiang ganda yang menyokong gerbang dan dinding yang melengkung dan dilengkapi dengan pilaster
-Komposisi simetri yang kuat pada penyusunan massing dan ruang
-Gaya klasik Eropah dikenali dari cornice yang dibentuk menghiasi dinding bangunan
-Masjid Klasik-eropah ini kebanyakannya di Johor, kemungkinan idea tentang Islam ala kebaratan sebagaimana pemahaman Inggeris tentang agama Kristian.
Masjid India Utara
-peniruan terhadap gaya India Moghul yang berkembang pada zaman kolonial di Malaya
Ciri-ciri Seni Bina
-penggunaan yang banyak dari kubah bawang dengan ukuran besar dan kecil
-menara dengan pelbagai ketinggian
-kanopi berbentuk kubah kecil
-lebih dari satu menara
-gerbang berbentuk sarung kaki kuda dengan tiang yang penuh dekorasi.
-struktur batu dan sistem tertutup
-Bumbungnya ditutupi dengan kubah batu sementara bahagian yang lain ditutupi dengan kepingan asbestos
Masjid Zahir,Kedah
Masjid Jamek,Kuala Lumpur
Masjid Ubudiah,Perak
Masjid Moden Vernakular
-Bangunan yang dibangun dengan struktur konkrit tetulang yang diisi dengan batubata.-Gaya-rupa ini dikategorikan vernakular kerana penggunaan dan tersedianya bahan baru
Ciri-ciri Seni Bina
-Menggunakan bumbung tebar layar atau piramid -Sebuah kubah kecil atau pada masjid yang lebih mahal-Kubah yang lebih besar yang menutupi ruang solat utamanya-Menggunakan konkrit tetulang sistem tiang -Alang dengan batu bata dan plaster sebagai pengisi-Lantai berjubin dan tingkap merupakan rangka aluminium
Masjid Amru Ibni Al-as,Kuala Lumpur
Masjid Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur
Masjid Alam Shah
-Pelan lantai masjid biasanya terdiri dari satu tempat solat utama dengan ruang untuk wanita yang ditutupi dengan kain atau pembahagi ruang yang dapat dipindahkan-memiliki satu atau dua menara -gerbang masuk yang besar-perancangan yang normal perletakkan pagar di sekeliling masjid, dimana bahagian yang signifikan dari taman digunakan sebagai tempat parkir
Masjid Rusila, Terengganu
Masjid Aman Jl,Kuala Kedah
Masjid Kampung Jawa,Kuala Lumpur
Masjid Modenistik
-Idea dan prinsip utama yang mengarahkan revolusi seni bina di Eropah di awal kurun ke-20.-Idea-ideanya menolak revivalisme sejarah dan ornamentasi dalam pelbagai bentuk, dan menghormati abstraks bentuk serta ekspresi struktur dalam seni bina
Jenis Masjid Modenistik
-Modenistik Ekspresionisme -Modenistik Strukturalisme.
Ciri-ciri Seni Bina
-Pesanan metafora melalui bentuk ekspresi struktur-Terdapat rekabentuk masjid menggunakan keluli sebagai struktur utamanya dengan metal deck dan bumbung tegasan teflon sebagai penutup bumbungnya.
Masjid Negara,Kuala Lumpur
Masjid Negeri Sembilan
Masjid Negara-Gabungan antara interpretasi moden dari seni bina tradisi Malaysia dengan kubah folded plate -Metafora dari payung kesultanan-Memiliki serambi yang luas dengan dinding terbuka yang memungkinkan pencahayaan dan pengudaraan yang baik -kualiti teknologi dan spiritual yang menggambarkan identiti seni bina Malaysia yang sebenar
Masjid Negeri Sembilan
-Gabungan dari cengkerang konkrit tetulang untuk mendapatkan bentuk tanduk kerbau dari rumah minangkabau-Bumbung lonjong secara unik diekspresikan oleh permainan struktur cengkerangnya.-Alternatif revivalisme dari bumbung tradisional namun menginterpretasikannya kembali secara abstrak dengan cara yang lebih kreatif.
Masjid Besi,Putrajaya
Masjid Revivalisme Pascamoden
Jenis masjid revivalisme pascamoden
-revivalisme dari gaya rupa asing-revivalisme gaya rupa tempatan (vernakular)
Ciri-ciri Seni Bina
•REVIVALISME DARI GAYA RUPA ASING
-Masjid dengan skala besar -Merupakan bahasa yang biasa digunakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat mengekspresikan ‘keperihatinan’ pentingnya simbol-simbol keislaman-Penggunaan kubah Iran dan Turki-Menggunakan menara Mesir atau Turki-Menggunakan Gerbang iwan Iran-Courtyard besar yang dikelilingi dengan sahn-Perancangan hypostyle Arab dengan pelbagai jenis dekorasi klasik Islam
Masjid Putrajaya
Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah
•REVIVALISME GAYA RUPA TEMPATAN
Masjid Negeri Melaka
-Masjid yang cukup ekstrem besarnya-Menggabungkan antara penggunaan gerbang dan pintu masuk dengan imej vernakular melayu
Masjid ASPA,Pahang
-Masjid yang lebih sederhana-Menggunakan skala pembinaan kayu moden tanpa penggunaan mana-mana bahasa Timur Tengah atau Asia Tengah-Menggunakan kayu kasau dan dinding berkekisi dengan railing yang mengelilingi daerah serambinya-Tidak memiliki pagar
Masjid Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur
Masjid Negeri Melaka
Masjid ASPA,Pahang
Ciri-Ciri Rekabentuk Seni Bina Islam & Masjid yang terdapat di Malaysia
•Penggunaan kubah (dome) sebagai simbol utama masjid dan seni bina Islam•Penggunaan menara (minaret) sebagai laungan azan •Penggunaan arch sebagai gerbang masuk masjid dan pintu masuk•Penggunaan hiasan (ornament) bersama kerja tile.
Gerbang Masjid Zahir Kubah Muzium Keseniaan Islam Menara Majid Zahir
Permasalahan Seni Bina Islam & Masjid di Malaysia
Peniruan rekabentuk kubah (dome)
-Kubah(dome) merupakan satu tipologi yang datang daripada Turki dan Central Asia
-Ia merupakan identiti bagi Turki pada suatu ketika dahulu (sekitar awal abad ke-17) kubah digunakan untuk rekabentuk gereja.
-Rekabentuk masjid yang berkubah telah mengubah identiti sebenar seni bina Islam Malaysia
Hagia Sophea Mosque,Turki
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Peniruan Rekabentuk menara (minaret)
-Menara yang direkabentuk di Malaysia kebanyakannya digunakan adalah datangnya pengaruh daripada Turkish and Sentral Asia Tipologi
-Ia telah tidak sesuai identiti seni bina di Malaysia dan telah merosakkan identiti sebenar seni bina Malaysia
-Penggunaan menara yang tidak mempunyai fungsinya boleh menyebabkan pembaziran ruang rekabentuk dan kos perbelanjaan.
Sultan Ahmet (Blue) Mosque
Masjid Ubudiah,Perak
Peniruan Rekabentuk Arch
-Rekabentuk arch yang berasal daripada tipologi Iranian kebanyakannya diambil tipologinya dan dijadikan sebagai rekabentuk masjid di Malaysia.
-Penggunaan rekabentuk arch kebanyakannya telah dipaka dalam rekabentuk masjid mahupun seni bina Islam.
-Ia seperti telah menjadi satu lambang seni bina yang perlu ada dalam setiap rekabentuk masjid dan seni bina Islam
-Seharusnya,penggunaan arch ini perlu dikurangkan dan rekabentuk seni bina beridentitikan budaya Islam Malaysia harus diaplikasikan dalam setiap seni bina Islam Malaysia
Taj Mahal,India
Masjid Zahir,Kedah
Pemisahan Ruang Solat Perempuan dan Lelaki
-Kebanyakan ruang solat masjid di Malaysia direkabentuk pada aras yang berbeza
-Perancangan ruang solat perempuan dan lelaki yang berbeza aras menyebabkan berlaku kesukaran kepada keluarga yang mempunyai anak kecil mahupun, wanita yang tua.
-Masalah pengasingan ruang solat menyebabkan keadaan kanak-kanak sukar dikawal ketika ibu/bapa sedang mengerjakan solat.
-Kebanyakan rekabentuk ruang solat masjid pada awalnya tidak memisahkan antara aras yang berbeza,ia mudah untuk penggunaan keluarga yang membawa anak kecil.
Kos Penyelenggaraan Yang Tinggi
-Akibat rekabentuk yang menggunakan kerja tile yang begitu maksimum menyebabkan kos penyelenggaraan masjid meningkat
-Tiles masjid kelihatan kurang berkilat akibat proses penyelenggaraan tidak dilakukan
- Semakin besar skala sesebuah masjid juga menyebabkan semakin bertambah kos penyelenggaraannya untuk keseluruhan kawasan masjid.
Masjid Putrajaya
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Kos Pembinaan Yang Mahal
-Kos pembinaan masjid yang mempunyai rekabentuk kubah (dome),menara (minaret) dan arch adalah sangat tinggi.
-Pembaziran kos perbelanjaan telah berlaku yang mana masjid sebenarnya perlulah dibina dalam bentuk keserdehanaan bersamaan dengan fungsinya sebangai pusat ibadah yang dalam sederhana
Rekabentuk Yang Tidak Sesuai Dengan Konteks Setempat Dan Iklim Malaysia
-Pemilihan bahan binaan sesebuan masjid haruslah bertepatan dengan konteks setempat Iklim Malaysia yang panas lembab
-Rekabentuk Masjid Besi,Putrajaya yang menggunakan maksimum bahan binaan besi (keluli) yang menyebabkan keadaan dalam ruang masjid menjadi panas
Kesimpulan
•Pembentukan identiti seni bina Islam Malaysia perlulah diperhalusi agar ia tidak hanya yang bersifat peniruan atau penampilan fizikal.
•Rekabentuk perlulah menitikberatkan konteks setempat Malaysia yang bersesuaian agar ia tidak memberi kesan yang buruk kepada pengguna
•Rekabentuk yang sederhana perlulah diambil kira dalam menghasilkan sesebuah masjid yang bertepatan dengan konsep sebuah pusat ibadat yang bercorakkan kesederhanaan.
•Mengambil kira kos perbelanjaan pembinaan rekabentuk yang tidak terlalu tinggi yang membawa kepada pembaziran yang tidak menguntungkan
•Faktor seperti semangat seni bina sezaman, peningkatan kualiti hidup, kebudayaan serta ekonomi masyarakat Malaysia semasa perlu diambil kira dalam pembentukan identiti seni bina nasional.