lakukan perkara yang wajar. di mana jua anda … · tidak beretika warga kerja lain. kerjasama anda...

42
1 TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC. LAKUKAN PERKARA YANG WAJAR. DI MANA JUA ANDA BERADA. TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC. © 2012 Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc. Hak cipta terpelihara.

Upload: phamnga

Post on 07-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

LAKUKAN PERKARA YANG WAJAR. DI MANA JUA ANDA BERADA.TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

© 2012 Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc. Hak cipta terpelihara.

2TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

JANJI-JANJI KITA NILAI-NILAI KITA KITA SENTIASA BERTINDAK BERLANDASKAN TIGA JANJI KITA:

LAKUKAN PERKARA YANG WAJAR

ATASI JANGKAAN

BEKERJASAMA SEBAGAI SATU PASUKAN

3TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

Warga kerja Starwood yang dihormati,

Kejayaan yang dinikmati oleh kita hari ini sebagai jenama hospitaliti paling inovatif di dunia membuktikan keselarasan kita dengan Perjalanan Starwood (Starwood Journey). Perjalanan ini (The Journey) bukan semata-mata cara menerangkan strategi dan nilai-nilai syarikat kita. Pada dasarnya, Perjalanan (The Journey) ini adalah mengenai tanggungjawab peribadi dan tingkah laku warga kerja kita, di mana jua mereka berada.Perjalanan ini (The Journey) mencerminkan tiga janji yang menjadi nilai teras kita …Lakukan Yang Betul, Atasi Jangkaan, Bekerjasama Sebagai Satu Pasukan.Kami telah menyatukan budaya kita berlandaskan nilai nilai yang berkekalan di semua hotel dan pejabat kita di seluruh dunia. Tataniaga dan Tataetika Sedunia Starwood dikenali sebagai ““Tataniaga dan Tataetika”, menyediakan anda rangka kerja dan panduan agar sentiasa,” Lakukan PerkaraYang Wajar.Semua warga kerja dan ahli Lembaga Pengarah Starwood di seluruh dunia dikehendaki bertindak selaras dengan Tataniaga dan Tataetika serta dasar dalaman kita yang lain. Tataniaga dan Tataetika ini memberikan kita semua garis panduan untuk Lakukan Perkara Yang Wajar, tetapi ia tidak meliputi segala cabaran dan isu yang kita hadapi. Setiap seorang daripada kita bertanggungjawab untuk menangani isu-isu tersebut dan mencapai penyelesaian yang betul untuk Starwood, para tetamu, pelanggan, pemilik, warga kerja, pelabur dan komuniti kita.Sentiasa bertindak dengan integriti, kekalkan piawai yang tinggi dan bersuara apabila melihat tindakan dan tingkah laku yang bertentangan dengan Tataniaga dan Tataetika tersebut, walau apa sekalipun peringkat gred, jawatan atau lokasi geografi anda. Jika anda mempunyai keraguan tentang tindakan anda atau tindakan orang lain, sila bersuara. Starwood komited terhadap dasar yang melarang tindakan balas terhadap warga kerja yang melaporkan sebarang kekhuatiran.Tataniaga dan Tataetika ini berfungsi sebagai panduan mudah guna dan memberikan contoh situasi–situasi yang mungkin akan anda hadapi. Sila luangkan sedikit masa untuk membacanya dan rujuk kepadanya apabila perlu. Nilai teras kita untuk Lakukan Perkara Yang Wajar tidak harus terjejas oleh apa-apa sekalipun—baik “mencapai sasaran,” tekanan persaingan mahupun arahan langsung daripada seorang penyelia. Dalam semua hal, gunalah pertimbangan yang baik dan bergantunglah kepada kompas moral dan etika yang kami percaya wujud pada anda semua di seluruh dunia.

©2012 Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc. All Rights Reserved.

4TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PENDAHULUAN ........................................................................... 5

PENERAPAN GLOBAL UNDANG-UNDANG DAN TATAKELAKUAN.................................................................. 6 lompatÒ

Patuhi Undang-undang ............................................. 7

Patuhi Tataniaga dan Tataetika serta Dasar ............... 8

Tindakan Disiplin bagi Pelanggaran terhadap Tataniaga dan Tataetika ............................................. 9

Tafsiran Tataniaga dan Tataetika ................................ 9

Bersuara. ................................................................ 10

Meletakkan Tanggungjawab pada Diri Sendiri dan pada Orang Lain. ....................... 10

Tiada Tindakan Balas terhadap Warga Kerja yang Bersuara .............................................11

Bagaimanakah Saya Bertanya Soalan atau Melaporkan Kekhuatiran? .............................12

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT .......... 13 lompatÒ

Melindungi Harta dan Dana .....................................14

Bertindak Secara Beretika dalam Pengendalian, Penyimpanan, Pelaporan dan Penggunaan Data. ... 16

Melindungi Maklumat Sulit dan Maklumat Bukan Awam dan Aset ............................................17

Larangan Mengadakan Perdagangan Orang Dalam .......................................................... 19

Menggunakan Teknologi dan Media Sosial Secara Wajar ..................................... 20

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN, WALAUPUN SECARA GAMBARANNYA ADALAH TIDAK WAJAR ................... 22 lompatÒ

Memberikan Maklumat yang Tepat Tentang Diri Anda ................................................... 23

Mengelakkan Percanggahan Kepentingan ............. 23

Peraturan untuk Memberi, Menerima atau Meminta “Hadiah” .................................................. 26

Menangani Peluang Korporat Secara Beretika ....... 27

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN ..................... 28 lompatÒ

Menghormati Prinsip Anti-Rasuah Kita ................... 29

Mematuhi Undang-Undang Antitrust dan Persaingan ....................................................... 32

Berinteraksi Sewajarnya antara Satu Sama Lain ..... 35

Provide a Safe Work Place ...................................... 36

TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA GLOBAL – PERSEKITARAN, KOMUNITI DAN HAK ASASI MANUSIA......... 37 lompatÒ

Komitmen Kita terhadap Persekitaran .................... 38

Komitmen Kita terhadap Komuniti Kita ................... 39

Komitmen Kita terhadap Melindungi Hak Asasi Manusia ................................................. 40

SUMBER-SUMBER DAN MAKLUMAT HUBUNGAN .................... 41 lompatÒ

TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

5TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

LAKUKAN PERKARA YANG WAJAR. DI MANA JUA ANDA BERADA.

Sebagai jenama hospitaliti gaya hidup global yang terkemuka, Starwood mendukung etika perniagaan dan tatakelakuan yang menjangkaui semua negara, benua dan budaya.Warga kerja Starwood mewakili hampir 200 budaya. Kita menghargai kepelbagaian itu dan memupuk hubungan antara satu sama lain dan dengan komuniti global kita.Tataniaga dan Tataetika Starwood (“Tataniaga dan Tataetika”) dan Dasar Starwood (“Dasar ”) yang berkaitan membentangkan apa yang diharapkan daripada semua warga kerja kita di seluruh dunia, mencabar kita untuk bertindak dengan integriti, mematuhi undang-undang dan memahami tanggungjawab kita terhadap Tataniaga dan Tataetika dan satu sama lain. Dengan mematuhi Tataniaga dan Tataetika ini, kita boleh menjadikan Starwood sebuah syarikat yang lebih baik, yang mendorong kita berprestasi sebaik-baiknya.Tataniaga dan Tataetika ini mengingatkan kita kepada janji kita untuk Perkara Yang Wajar … di mana jua kita berada.

Dapatkan nasihat 8 Penyelia anda 8 Pengurus Terdekat anda atau Pengurus 8 Besar atau Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau Audit Dalaman 8 atau jika mahu, selagi dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh melaporkan tanpa memberikan butiran nama anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di www.HOTEthics.com atau melalui telefon menggunakan nombor bebas tol yang diberikan di laman web ini.

BERSUARA. BERTANYA SOALAN. LAPORKAN KEKHUATIRAN ANDA

INTRODUCTION

6TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PENERAPAN GLOBAL UNDANG-UNDANG DAN TATANIAGA DAN TATAETIKA

Perkara yang penting sekali, kita bertindak dengan integriti, menjaga piawaian yang tinggi dan menggunakan pertimbangan yang baik. Kita mentafsirkan kejayaan dengan mencapai matlamat kita dengan menjalankan perniagaan dengan piawai moral dan etika yang tertinggi.Bahagian ini memperincikan tanggungjawab kita dalam mematuhi Tataniaga dan Tataetika dan Dasar yang berkaitan.

Dapatkan nasihat 8 Penyelia anda 8 Pengurus Terdekat anda atau Pengurus 8 Besar atau Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau Audit Dalaman 8 atau jika mahu, selagi dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh melaporkan tanpa memberikan butiran nama anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di www.HOTEthics.com atau melalui telefon menggunakan nombor bebas tol yang diberikan di laman web ini.

BERSUARA. BERTANYA SOALAN. LAPORKAN KEKHUATIRAN ANDA.

7TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PATUHI UNDANG-UNDANG

PENERAPAN GLOBAL UNDANG-UNDANG DAN TATANIAGA DAN TATAETIKA

Anda dikehendaki, pada setiap masa, mematuhi undang-undang negara tempat kita menjalankan perniagaan.

Starwood menjalankan perniagaan di seluruh dunia. Warga kerja kita merupakan rakyat pelbagai negara. Oleh yang demikian, operasi kita adalah tertakluk kepada undang-undang pelbagai bidang kuasa. Seringkali kita mendapati usaha untuk memahami bagaimana pelbagai undang-undang tersebut berkait dengan perniagaan kita sebagai suatu perkara yang sangat mencabar.

Namun demikian, sama ada anda warga kerja Starwood atau ahli Lembaga Pengarah, anda dikehendaki bertindak selaras dengan undang-undang yang berkenaan.

Apabila Undang-undang BercanggahStarwood ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan mengikut undang-undang Amerika Syarikat dan umumnya adalah tertakluk kepada undang-undang persekutuan AS. Dari semasa ke semasa, undang-undang Amerika Syarikat bercanggah dengan undang-undang kota, bandar, negara atau bidang-bidang kuasa yang lain tempat kita menjalankan perniagaan. Sekiranya berlaku percanggahan antara undang-undang yang berkaitan, sila minta panduan Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang).

Apabila Undang-undang Bercanggah dengan Tataniaga dan Tataetika dan Dasar kitaSekiranya undang-undang tempatan menetapkan piawai yang lebih tinggi daripada Tataniaga dan Tataetika serta Dasar kita, maka piawai yang lebih tinggi itu harus diikuti. Jika sesuatu peruntukan Tataniaga dan Tataetika atau Dasar kita melanggar undang-undang tempatan, maka, secara am, peruntukan Tataniaga dan Tataetika dan Dasar itu akan diubah suai untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan.

Dapatkan NasihatPada bila-bila masa anda memerlukan bantuan untuk menyelesaikan percanggahan, minta nasihat daripada Penyelia anda, Pengurus Langsung atau Pengurus Besar, atau wakil Sumber Manusia anda, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau ahli pasukan Audit Dalaman.

8TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PENERAPAN GLOBAL UNDANG-UNDANG DAN TATANIAGA DAN TATAETIKA

MEMATUHI TATAKELAKUAN DAN DASAR

Anda dikehendaki bertindak secara beretika agar mencerminkan iltizam kita untuk menjalankan perniagaan dengan integriti, kejujuran dan kesaksamaan.

Tataniaga dan Tataetika ini cuba memberikan panduan am tentang cara kami mengharapkan daripada anda—sebagai wakil Starwood—menjalankan perniagaan setiap hari. Walau bagaimanapun, Tataniaga dan Tataetika ini bukanlah katalog peraturan tempat kerja. Ia tidak dapat merangkumi setiap soalan anda mahupun setiap konflik yang mungkin timbul.

Tanggungjawab AndaAnda bertanggungjawab untuk memahami Tataniaga dan Tataetika dan Dasar ini dengan sebaik-baiknya, untuk mengetahui apa yang diharapkan daripada anda semasa bertindak bagi pihak syarikat ini dan mengetahui bila anda perlu meminta bantuan atau nasihat orang lain. Anda juga bertanggungjawab untuk melaporkan mana-mana warga kerja yang melanggar Tataniaga dan Tataetika dan Dasar ini. Sila rujuk Bagaimana Melaporkan Kekhuatiran untuk mendapatkan panduan.

Apabila ada KeraguanSemasa melayani tetamu, rakan sekerja dan orang lain, anda mungkin berhadapan dengan keadaan yang mencabar dan kurang jelas. Sekiranya keadaan tertentu menimbulkan keraguan, tanya diri anda:“Adakah tindakan ini sah di sisi undang-undang?” “Adakah tindakan ini adil?”“Adakah tindakan ini dapat bertahan daripada penelitian orang lain?”“Adakah tindakan ini melanggar Tataniaga dan Tataetika atau Dasar-dasar lain?”Sekiranya jawapan anda kepada mana-mana soalan ini membimbangkan anda, hubungi Penyelia anda, Pengurus Langsung atau Pengurus Besar, atau wakil Sumber Manusia anda, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau ahli pasukan Audit Dalaman.

KEPADA SIAPAKAH TATANIAGA DAN TATAETIKA INI DIKENAKAN?

Tataniaga dan Tataetika ini dikenakan kepada ahli Lembaga Pengarah kita dan semua warga kerja Starwood di setiap lokasi kita menjalankan perniagaan.

APABILA AMALAN YANG BIASA DITERIMA BERTENTANGAN DENGAN TATANIAGA DAN TATAETIKA INI Warga kerja Starwood mewakili bermacam-macam budaya dan tradisi. Amalan perniagaan yang lazimnya diterima dalam sesetengah budaya mungkin melanggar Tataniaga dan Tataetika ini. Sentiasa patuhi Tataniaga dan Tataetika ini, bukan amalan perniagaan atau adat tempatan.

9TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PENERAPAN GLOBAL UNDANG-UNDANG DAN TATANIAGA DAN TATAETIKA

Apa jua peringkat gred, jawatan atau lokasi geografi, kita semua memainkan peranan penting dalam memelihara integriti dan reputasi Starwood, yang telah dibina atas kegigihan usaha ramai.Anda bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri dan salah laku tersebut tidak akan dimaafkan semata-mata kerana tindakan itu diarahkan, atau diminta, oleh orang lain. Anda tidak sepatutnya menutup mata atau memaafkan kelakuan menyalahi undang-undang atau tidak beretika warga kerja lain. Kerjasama anda dalam sebarang penyiasatan dalaman atau kerajaan berkaitan salah laku adalah diharapkan dan diperlukan.Tindakan disiplin terhadap mana-mana pelanggaran Tataniaga dan Tataetika berbeza-beza mengikut fakta dan keadaan, daripada surat teguran hingga kepada penamatan pekerjaan.

TINDAKAN DISIPLIN BAGI PELANGGARAN TATANIAGA DAN TATAETIKA

Tujuan Tataniaga dan Tataetika ini adalah untuk memberi panduan. Tataniaga dan Tataetika ini tidak dapat dan tidak bertujuan untuk menangani setiap keadaan yang mungkin kita hadapi. Lembaga Pengarah kita mempunyai kuasa eksklusif dan kewenangan untuk melaksanakan Tataniaga dan Tataetika ini, termasuk hak dan kuasa untuk mentafsir peruntukan Tataniaga dan Tataetika dan untuk membuat semua penentuan yang difikirkan perlu atau bijak bagi pelaksanaan Tataniaga dan Tataetika ini, termasuk, tanpa had, sebarang penentuan sama ada peruntukan Tataniaga dan Tataetika ini boleh dikenakan kepada keadaan-keadaan tertentu, sama ada pelanggaran Tataniaga dan Tataetika berlaku, dan sama ada pengecualian Tataniaga dan Tataetika ini diperlukan. Lembaga Pengarah boleh mewakilkan kuasa ini dan kewenangan ini kepada mana-mana jawatankuasanya atau anggota pengurusan tertentu, seperti Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang), semasa pemilihannya. Semua tindakan, tafsiran dan penentuan sedemikian yang telah dilakukan atau dibuat, dengan secara jujur, oleh Lembaga Pengarah atau wakilnya, akan dianggap muktamad dan mengikat.

INTERPRETASI TATANIAGA DAN TATAETIKA

CARA MENDAPATKAN DASARBermacam-macam Dasar dirujuk di seluruh Tataniaga dan Tataetika ini. Anda boleh mendapatkan Dasar ini menggunakan pelbagai cara:

> Jika mahu melihat Tataniaga dan Tataetika ini dalam versi elektronik, ikut pautan ke setiap Dasar;

> Lawati laman Bahagian Sumber Manusia anda di StarwoodOne atau hubungi wakil Sumber Manusia tempatan anda untuk mendapat salinan Dasar yang berkenaan; atau

> Hantar e-mel kepada [email protected] dan minta salinan Dasar yang berkenaan.

10TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PENERAPAN GLOBAL UNDANG-UNDANG DAN TATANIAGA DAN TATAETIKA

BERSUARA

Sila bersuara apabila tindakan dan kelakuan didapati tidak selaras dengan Tataniaga dan Tataetika atau Dasar kita.Bahagian ini adalah untuk memberi panduan kepada anda untuk menentukan ketika dan cara untuk melaporkan kekhuatiran tanpa risau tentang tindakan balas.

Meletak Tanggungjawab pada Diri Sendiri dan pada Orang Lain.Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk bertindak dengan integriti dan mematuhi Tataniaga dan Tataetika dan Dasar yang berkaitan. Ini termasuk membuat pertimbangan yang wajar untuk memerhati dan melaporkan tindakan yang disyaki menyalahi undang-undang atau melanggar Tataniaga dan Tataetika atau Dasar-dasar lain.Berwaspada apabila anda mendengar diri sendiri atau orang lain berkata:“Semua orang melakukannya.”“Mungkin hanya sekali ini.” “Tiada siapa yang akan tahu.”“Akhirnya ini tidak akan menjadi hal.”“Tiada siapa yang akan terjejas.”“Saya disuruh melakukannya.”

Ini adalah tanda-tanda untuk berhenti, mengkaji betul-betul keadaan dan meminta panduan. Anda tidak harus menutup mata atau memaafkan kelakuan orang lain yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika. Anda harus melaporkan kekhuatiran:> Apabila anda mengesyaki berlaku pelanggaran

undang-undang.> Apabila anda diminta melakukan sesuatu yang boleh

melanggar undang-undang, Tataniaga dan Tataetika atau Dasar yang berkaitan.

> Jika anda melihat kelakuan yang kelihatannya melanggar undang-undang, Tataniaga dan Tataetika kita atau Dasar yang berkaitan.

> Jika anda mempunyai kemusykilan tentang etika sesuatu keputusan yang akan diambil oleh anda atau seorang lain.

11TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PENERAPAN GLOBAL UNDANG-UNDANG DAN TATANIAGA DAN TATAETIKA

BERSUARA

Tiada Tindakan Balas terhadap Warga Kerja yang BersuaraStarwood komited terhadap dasar tiada tindakan balas terhadap warga kerja yang “bersuara” dan melaporkan kekhuatiran dengan secara jujur. Untuk menjadi sebuah syarikat yang berintegriti setiap orang diperlukan sentiasa berjaga-jaga. Itulah sebabnya Starwood tidak akan bertindak balas terhadap warga kerja yang, dengan secara jujur, melaporkan sebarang pelanggaran yang disyaki terhadap Tataniaga dan Tataetika atau Dasar kita, atau memberikan bukti dan menyertai dalam penyiasatan dengan secara jujur.

APAKAH ERTI “DENGAN SECARA JUJUR”?“Dengan secara jujur” adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan “keikhlasan niat”. Kita mempercayai bahawa warga kerja akan jujur dan bercakap benar apabila melaporkan pelanggaran yang disyaki terhadap undang-undang yang berkaitan, Tataniaga dan Tataetika atau Dasar kita. Anda tidak sepatutnya dengan sengaja membuat laporan palsu atau membuat tuntutan yang anda tidak percaya adalah benar.

Dasar Sokongan:

> Dasar Tiada Tindakan Balas terhadap Warga Kerja yang Melaporkan Pelanggaran

> Dasar Anti-Diskriminasi, Gangguan Menyalahi Undang-undang & Tindakan Balas

> Dasar Komunikasi Terbuka

APAKAH ERTI “TIADA TINDAKAN BALAS”?“Tiada tindakan balas” bermakna jika anda melaporkan dengan secara jujur apa yang anda percayai, atau syaki, adalah kemungkinan pelanggaran terhadap undang-undang, Tataniaga dan Tataetika atau Dasar lain, anda tidak akan menerima teguran atau tertakluk kepada apa-apa tindakan disiplin, walaupun apa yang anda percaya atau syaki ternyata tidak betul. Di samping itu, mana-mana warga kerja yang mengganggu atau mendiskriminasikan anda kerana anda melaporkan kekhuatiran secara jujur akan tertakluk kepada tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan.

12TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

CARA TAMBAHAN PELAPORAN

Jika anda tidak mahu melapor melalui talian penting atau laman web, anda boleh menghantar surat kepada:

PENERAPAN GLOBAL UNDANG-UNDANG DAN TATANIAGA DAN TATAETIKA

BERTANYA ATAU LAPORKAN SENDIRI KEKHUATIRAN ANDA

8 8 Bincangkan kekhuatiran anda dengan Penyelia, Pengurus Langsung atau Pengurus Besar anda.

8 8 Bincangkan kekhuatiran anda dengan wakil Sumber Manusia, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau salah seorang ahli pasukan Audit Dalaman.

BERTANYA ATAU LAPORKAN KEKHUATIRAN ANDA MELALUI INTERNET 8 Laman web, www.HOTEthics.com,

disediakan untuk kegunaan anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kekhuatiran boleh dilaporkan tanpa nama, jika mahu, selagi dibenarkan oleh undang-undang.

BERTANYA ATAU LAPORKAN KEKHUATIRAN ANDA MELALUI TELEFON

8 Jika anda tidak selesa menggunakan alternatif lain, sila buat panggilan ke Talian Bantuan Warga Kerja Starwood. Senarai nombor telefon talian bantuan bebas tol dari seluruh dunia disiarkan di www. HOTEthics.com. Talian bantuan boleh dihubungi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kekhuatiran boleh dilaporkan secara tanpa nama, jika mahu, selagi dibenarkan oleh undang-undang.

ATAUATAU8 8

ATAU8

Semua laporan yang melibatkan hal perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau pengauditan, tidak kira cara dijumpai, akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah untuk kajian dan pertimbangan.

8 NOTA

Chairman of the Audit Committee of the Board of Directors c/o Corporate SecretaryStarwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc.One StarPointStamford, Connecticut 06902, United States

ATAU8Office of the General Counsel (Legal)Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc.One StarPointStamford, Connecticut 06902, United States

BERSUARA

Bagaimanakah Hendak Bertanya Soalan atau Melaporkan Kekhuatiran?

13TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT

Sebagai jenama hospitaliti gaya hidup global, warga kerja kita berada dalam bermacam-macam jenis komuniti di seluruh dunia.Sama ada bertugas dalam persekitaran pejabat atau di salah sebuah hotel kita, setiap warga kerja dikehendaki melindungi harta, aset, data dan maklumat syarikat, pemilik hotel kita dan tetamu Starwood.Di samping itu, maklumat Starwood tidak boleh digunakan untuk keuntungan peribadi.Bahagian ini menyentuh tentang tanggungjawab anda untuk melindungi harta, aset, data dan maklumat Starwood.

Dapatkan nasihat 8 Penyelia anda 8 Pengurus Terdekat anda atau Pengurus 8 Besar atau Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau Audit Dalaman 8 atau jika mahu, selagi dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh melaporkan tanpa memberikan butiran nama anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di www.HOTEthics.com atau melalui telefon menggunakan nombor bebas tol yang diberikan di laman web ini.

BERSUARA. BERTANYA SOALAN. LAPORKAN KEKHUATIRAN ANDA

14TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT

Sentiasa jujur dan bersikap cermat dan teliti dalam semua perkara yang berkaitan dengan harta, maklumat dan aset Starwood serta pemilik hotel, rakan perniagaan dan tetamu kita.Selain melindungi aset kewangan, anda hendaklah melindungi harta-harta lain yang ketara dan tidak ketara milik hotel, termasuk:> Harta intelektual—logo, tanda dagangan, hak cipta, paten dan

penampilan dagang kita;> Idea, rancangan dan strategi;> Program dan inisiatif;> Kertas kerja, persembahan, carta dan graf;> Kontrak, urus janji, syarat dan surat hasrat;> Maklumat kewangan, data dan statistik;> Diskaun makanan dan minuman Hotel;> Kemudahan, bekalan, perabot, lekapan dan peralatan; dan> Maklumat mengenai tetamu, pelanggan, pembekal, pemilik

hotel dan rakan usaha sama.

MELINDUNGI HARTA DAN DANA

Jangan lupa bahawa semua hasil kerja yang dicipta, dihasilkan atau diusahakan dalam bidang tugas anda dimiliki oleh Starwood dan hendaklah dilindungi.Penggunaan harta atau maklumat Starwood atau pihak lain, termasuk sebarang penggunaan peribadi harta sedemikian, harus selaras dengan undang-undang berkenaan, Tataniaga dan Tataetika dan Dasar yang berkaitan. Tiada tolak ansur dalam hal pencurian, penyelewengan dan penipuan. Selanjutnya, anda hendaklah sentiasa memastikan harta dan dana digunakan dengan cekap. Kecuaian dan pembaziran bukan sahaja salah—tetapi sering memberi kesan negatif kepada prestasi keseluruhan pasukan dan syarikat. Kami menghendaki warga kerja bertindak dengan jujur dan integriti. Warga kerja tidak sekali-kali harus cuba mendapatkan dana melalui dakwaan palsu atau kenyataan palsu. Ini termasuklah percubaan untuk mendapatkan pembayaran balik bagi perbelanjaan peribadi atau perbelanjaan perniagaan yang tidak wajar. Sila rujuk Dasar Perjalanan & Keraian Sedunia untuk mendapatkan panduan.

15TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT

S: Bolehkah saya menggunakan kad kredit syarikat saya untuk pembelian peribadi dan tidak meminta pembayaran balik? Bagi perbelanjaan perniagaan yang sah, bolehkah saya meminta pembayaran balik pada bila-bila masa?

J: Kad kredit Syarikat adalah untuk penggunaan perniagaan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk perkara peribadi, walaupun anda tidak meminta pembayaran balik daripada syarikat bagi semua barangan yang dicaj. Bagi perbelanjaan perniagaan yang sah, permintaan pembayaran balik hendaklah dibuat dalam masa dua bulan dari tarikh transaksi perniagaan.

S: Untuk satu tugasan kerja baru-baru ini, saya mencipta algoritma. Oleh kerana saya yang menciptanya, bukankah ia harta saya?

J: Tidak. Semua kerja karyaan dan hasil-hasil kerja yang lain, yang dihasilkan dalam bidang pekerjaan anda dengan Starwood dianggap sebagai bahan proprietari yang kami miliki.

S: Rakan saya akan menyambut hari lahirnya yang ke-40. Bolehkah saya memberikan kadar StarHOT untuknya?

J: Diskaun bilik dan makanan dan minuman StarHOT hanya disediakan untuk ahli keluarga terdekat sahaja, yang termasuk suami isteri, pasangan domestik, anak-anak, adik-beradik, ibu bapa dan ibu bapa mertua. Walau bagaimanapun, anda boleh membantunya untuk mendapat kadar StarFRIEND.

S. Apakah yang harus saya lakukan jika saya mendapat tahu tentang berlaku pelanggaran atau penyalahgunaan tanda dagang, paten, hak cipta atau harta-harta intelektual yang lain milik Starwood?

J: Anda harus melaporkan dengan segera sebarang kejadian demikian kepada Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang). Dengan berbuat demikian, anda akan membantu kami melindungi nilai aset-aset kita yang paling penting.

Dasar Sokongan:

> Dasar Kewangan Korporat Starwood> Dasar Aset Syarikat> Program Bilik Terdiskaun StarHOT dan Rancangan Diskaun

Makanan dan Minuman > Dasar Perjalanan & Keraian Sedunia

MELINDUNGI HARTA DAN DANA

16TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT

Merekodkan dan melaporkan maklumat dengan jujur dan tepat adalah amat penting kepada keupayaan kita untuk mengendali dan melaporkan hasil perniagaan.

Semua rekod perniagaan hendaklah lengkap, tepat dan boleh dipercayai. Rekod perniagaan tersebut harus disediakan dan disimpan selaras dengan undang-undang yang berkenaan dan tatacara perakaunan dan kawalan dalaman Starwood.

Laporan kepada Agensi KerajaanSemua laporan kepada agensi kerajaan hendaklah lengkap dan tepat. Kita bertanggungjawab dengan sepenuhnya dan sewajarnya mendedahkan keadaan kewangan kita untuk mematuhi prinsip perakaunan, undang-undang, aturan dan peraturan yang berkaitan. Ini termasuk membuat pendedahan penuh, tepat, telus dan tepat pada masa dalam pendaftaran kita dengan mana-mana agensi kawal selia, termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. dan mana-mana bursa saham yang menyenaraikan sekuriti Starwood, dan dalam komunikasi-komunikasi lain kepada komuniti kewangan.

Pengekalan Rekod PerniagaanTerdapat tatacara tertentu bagi pengendalian, penyimpanan dan pelupusan maklumat atau data. Sila rujuk Dasar Ketepatan dan Penyimpanan Rekod Kewangan dan Pemfailan Awam dan Dasar Pengurusan Rekod & Maklumat (Simplifi) untuk mendapatkan panduan.

Laporan Kewangan Warga kerja yang mengendalikan perakaunan, rekod dan laporan kewangan syarikat mempunyai tanggungjawab khusus seperti yang disenaraikan dalam Dasar Tataetika Kewangan.> Warga kerja hendaklah sentiasa memberi maklumat yang

tepat, tepat pada masa, lengkap dan mudah difahami untuk tujuan ramalan, belanjawan, laporan, penyata kewangan dan pemfailan awam dan komunikasi);

> Fakta harus sentiasa dinyatakan secara tepat, dan tanpa dipengaruhi oleh orang lain atau oleh keadaan, termasuk prestasi.

> Warga kerja tidak sekali-kali harus merahsiakan maklumat daripada ahli jabatan Kewangan kita atau juruaudit dalaman atau bebas, termasuk ahli-ahli pasukan Audit Dalaman kita.

> Ahli pasukan Kewangan hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang, aturan dan peraturan yang berkenaan.

Dasar-dasar lain, seperti Dasar Anti-Rasuah, juga memerlukan simpan kira dan rekod yang tepat, termasuk laporan kewangan kita.

BERTINDAK SECARA BERETIKA DALAM PENGENDALIAN, PENYIMPANAN, PELAPORAN DAN PENGGUNAAN DATA

Dasar Sokongan:

> Dasar Tataetika Kewangan

> Dasar Anti-Rasuah

> Dasar Ketepatan dan Penyimpanan Rekod Kewangan dan Pemfailan Awam

> Dasar Pengurusan Rekod & Maklumat (Simplifi)

17TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT

Anda mempunyai kewajipan untuk menggunakan pertimbangan baik dan merahsiakan semua maklumat bukan awam dan sulit dan aset yang dimiliki oleh, memiliki, atau yang berkenaan:> Starwood;> Warga kerja kita;> Tetamu dan pelanggan kita;> Pemilik sekarang, pemilik potensi dan bekas pemilik hotel

kita, termasuk penerima francais dan rakan usaha sama; dan> Rakan perniagaan dan vendor kita.Kewajipan-kewajipan ini adalah berterusan walaupun selepas anda meninggalkan syarikat.Aset sulit termasuk idea, konsep, pelan dan strategi yang anda pelajari atau bina semasa menjalankan tugas anda termasuk ramalan pendapatan, tatacara operasi, pangkalan data dan algoritma, dan perjanjian dan terma perjanjian.Privasi adalah Paling Penting: Maklumat mengenai tetamu, pelanggan dan klien kita, termasuk yang menginap di hotel kita, harus dikongsi hanya dengan rakan sekerja yang perlu mengetahui maklumat tersebut untuk menjalankan tugas mereka selaras dengan dasar privasi kita. Sentiasa Berwaspada Apabila Bercakap dengan Rakan dan Saudara Mara dan Semasa di Tempat Awam: Anda dilarang berkongsi sebarang maklumat sulit dengan rakan-rakan, saudara mara atau mereka yang bukan rakan sekerja atau membincangkan hal-hal sulit di tempat awam, seperti lif, kapal terbang atau restoran.

MELINDUNGI MAKLUMAT SULIT DAN BUKAN AWAM DAN ASET

Menjadi suatu kelaziman bagi syarikat-syarikat untuk membuat persetujuan bagi merahsiakan maklumat tertentu yang diperoleh berkaitan dengan urus niaga atau hubungan perniagaan lain. Oleh itu, kemungkiran kerahsiaan mungkin melanggar kewajipan kontrak syarikat selain daripada undang-undang berkaitan, Tataniaga dan Tataetika dan Dasar-dasar lain.

8 NOTA

Dasar Sokongan:

> Dasar Maklumat Sulit dan Privasi

> Dasar Aset Syarikat

> Dasar Merakam dan Mencuri Dengar

> Dasar Privasi Global Starwood: Data Tetamu

> Dasar Privasi Sumber Manusia Global Starwood: Data Pekerjaan

> Permulaan Privasi Sumber Manusia Global Starwood: Data Pekerjaan

18TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT

MELINDUNGI MAKLUMAT SULIT DAN BUKAN AWAM DAN ASET

Cara Menangani Permintaan MaklumatWarga kerja tidak sekali-kali harus memberikan sebarang maklumat bukan awam Starwood, termasuk sebarang maklumat mengenai hasil kewangan syarikat, kepada pihak luar—termasuk menjawab soalan-soalan daripada media, penganalisis, pelabur atau mana-mana orang awam lain.

Sebarang permintaan untuk mendapatkan maklumat korporat atau maklumat pelaburan lain harus dimajukan kepada pasukan Perhubungan Pelabur, yang bertanggungjawab meluluskan semua maklumat yang dikongsi dengan komuniti pelaburan. Sila rujuk Dasar Komunikasi dengan Komuniti Pelaburan untuk mendapatkan panduan. Pertanyaan media harus diajukan kepada Pejabat Komunikasi Global. Sila rujuk Dasar Pertanyaan Media untuk mendapatkan panduan. Sepina atau permintaan maklumat lain yang diterima daripada peguam atau agensi kawal selia atau agensi-agensi lain kerajaan harus dimajukan kepada Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang).

Kita komited terhadap memberikan pendedahan yang lengkap, saksama dan tepat dalam semua komunikasi awam dan mematuhi semua undang-undang, peraturan dan aturan yang berkaitan.

Dasar Sokongan:

> Dasar Komunikasi dengan Komuniti Pelaburan

> Dasar Pertanyaan Media

S: Salah seorang rakan saya sentiasa bertanya saya tentang apa yang berlaku di Starwood. Apa yang harus saya lakukan?

J: Anda boleh membincangkan barisan hotel kita yang hebat dan program-program kita untuk awam, tetapi anda tidak sekali-kali boleh berkongsi maklumat sulit syarikat.

S: Saya akan meninggalkan Starwood untuk menyertai sebuah syarikat hotel lain dan merancang untuk membawa beberapa penyampaian, senarai hubungan jualan dan data tetamu kepada majikan baharu saya agar saya tidak perlu menghasilkannya semula. Adakah salah tindakan yang akan saya lakukan ini?

J: Ya. Anda akan melanggar beberapa dasar, termasuk Dasar-Dasar Aset Syarikat, Maklumat Sulit dan Privasi, dan Privasi Global Starwood: Data Tetamu. Kewajipan anda untuk tidak mendedahkan maklumat syarikat adalah berterusan walaupun setelah anda tidak lagi bekerja dengan syarikat ini.

S: Kerana ingin tahu secara peribadi, seorang daripada rakan sekerja saya mendapatkan rekod akaun seorang selebriti pada komputernya dan berkongsi maklumat itu dengan beberapa orang daripada kami. Adakah itu merupakan suatu kesalahan?

J: Ya. Maklumat tetamu dianggap sulit dan harus diakses hanya untuk tujuan perniagaan yang sah. Mengakses dan berkongsi maklumat tersebut untuk sebarang tujuan lain dianggap melanggar Dasar Maklumat Sulit dan Privasi kita.

S: Bolehkah saya dan rakan sekerja saya membincangkan gaji atau faedah kami?

J: Ya. Anda boleh membincangkan terma dan syarat pekerjaan anda dengan orang lain menurut undang-undang hak asasi buruh anda.

Untuk melindungi anda dan Starwood, jika anda mempunyai keraguan tentang maklumat mana yang dianggap sulit atau bukan awam atau aset, hubungi Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau jabatan Perhubungan Pelabur untuk mendapatkan panduan.

19TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT

LARANGAN MENGADAKAN PERDAGANGAN ORANG DALAM

S: Jika saya mendengar bahawa Starwood akan mengambil alih sebuah syarikat lain, bolehkah saya membeli saham syarikat itu sebelum perjanjian diumumkan?

J: Tidak. Sebagai warga kerja, atau ahli Lembaga Pengarah kita, anda dianggap “orang dalam” dan dilarang membeli atau menjual saham syarikat lain itu sehingga selepas perjanjian itu diumumkan kepada awam.

S: Bolehkah saya sebaliknya menasihati pasangan atau ibu bapa saya untuk membeli saham tersebut?

J: Tidak. Anda akan melanggar undang-undang perdagangan orang dalam dan Dasar Melarang Mengadakan Perdagangan Orang Dalam sama seperti anda sendiri yang membeli saham itu. Selain itu, anda dan orang yang anda nasihatkan boleh dikenakan dakwaan jenayah.

Dasar Sokongan:

> Dasar Melarang Mengadakan Perdagangan Orang Dalam

> Dasar Komunikasi dengan Komuniti Pelaburan

PERDAGANGAN ORANG DALAM: APAKAH YANG HARUS ANDA KETAHUIAdalah sah dari segi undang-undang untuk “orang dalam”–ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja Starwood–membeli atau menjual saham dalam Starwood.

Walau bagaimanapun, perdagangan begini dianggap melanggar undang-undang sekiranya individu tersebut memiliki maklumat bukan awam yang penting berkaitan Starwood atau mana-mana pihak ketiga yang menjalankan perniagaan dengan Starwood. Orang dalam tidak boleh membeli atau menjual saham kedua-dua entiti ini sehingga selepas maklumat tersebut diumumkan (biasanya selama 48 jam selepas maklumat diumumkan kepada awam).

Undang-undang sekuriti Persekutuan A.S. melarang seseorang daripada memberi maklumat atau bertindak berdasarkan maklumat yang melibatkan maklumat bukan awam yang penting mengenai sebuah syarikat. Ini adalah maklumat tentang syarikat yang tidak diketahui awam yang boleh mempengaruhi keputusan pelabur untuk membeli, menjual atau memegang sekuriti syarikat tersebut. Sila rujuk “Perdagangan Orang Dalam: Apa Yang Harus Anda Ketahui” di sebelah kanan untuk mendapatkan panduan.

Selain itu, Dasar Melarang Mengadakan Perdagangan Orang Dalam di Starwood menghendaki semua warga kerja menerima kelulusan daripada Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) sebelum membeli, menjual atau memindahkan sekuriti Starwood. Warga kerja tertentu—biasanya pada peringkat Pengarah ke atas—tidak boleh membeli, menjual atau memindahkan sekuriti Starwood dalam “tempoh blackout”, yang terdapat pada masa berbeza sepanjang tahun, tanpa kelulusan daripada Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang). Sekatan ini termasuk pemindahan saham Starwood yang dipegang walau di mana jua, termasuk di dalam atau di luar rancangan peserta 401 (k) anda. Sila rujuk Dasar Melarang Mengadakan Perdagangan Orang Dalam untuk mendapatkan panduan.

20TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DAN MEDIA SOSIAL SECARA WAJAR

Teknologi semakin memainkan peranan yang kian penting dalam cara kita berinteraksi sesama kita, dengan pelanggan, tetamu dan rakan kongsi perniagaan kita. Anda harus menggunakan akal budi dan pertimbangan baik apabila menggunakan teknologi, terutamanya apabila menggunakannya untuk berkomunikasi dengan orang lain sama ada secara langsung melalui e-mel atau menyiarkan catatan pada alat media sosial.Sumber teknologi yang disediakan untuk anda oleh Starwood termasuk komputer, telefon, e-mel dan peranti wayarles pegangan tangan terutamanya adalah untuk kegunaan perniagaan. Anda harus menggunakan teknologi sedemikian hanya untuk tujuan ia disediakan dan dalam cara yang selaras dengan Dasar Starwood dan undang-undang yang berkaitan. Apabila mengguna teknologi Starwood, anda hendaklah mengikut keperluan kata laluan yang sesuai dan sentiasa mematuhi syarat berkaitan mengawal keselamatan data tetamu dan pelanggan. Anda tidak dibenarkan menggunakan teknologi itu dalam sebarang cara yang melanggar hak Starwood atau pihak ketiga. Ini termasuk muat turun imej, muzik, video, perisian atau harta lain yang menyalahi undang-undang, termasuk harta intelektual, milik pihak ketiga.

Apabila menggunakan teknologi untuk berkomunikasi dengan orang lain, anda mesti menggunakan pertimbangan baik dan mematuhi Dasar Starwood dan undang-undang yang berkaitan. Sebagai contoh, anda hendaklah memastikan bahawa kandungan e-mel adalah tepat, tidak mendedahkan maklumat sulit dan dihantar kepada individu yang betul.Peraturan yang sama dikenakan apabila menyiarkan catatan pada alat media sosial sebagai sebahagian daripada tugas anda atau dalam cara lain yang mendedahkan bahawa anda bekerja dengan Starwood atau hotelnya. Antara alat sosial media ialah:> Laman web rangkaian sosial (cth., Facebook, LinkedIn);> Laman web pemblogan mikro (cth., Twitter);> Perkhidmatan berasaskan lokasi (cth., Foursquare);> Laman berkongsi video dan gambar (cth., Flickr, YouTube); dan> Blog dan alat media sosial yang lain.

21TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERLINDUNGAN HARTA, ASET, DATA DAN MAKLUMAT

MENGGUNA TEKNOLOGI DAN MEDIA SOSIAL SECARA WAJAR

S: Saya menghantar e-mel mengandungi maklumat kad kredit pelanggan kepada rakan sekerja di bahagian tempahan untuk mempercepatkan tempahan pelanggan itu. Adakah salah tindakan yang saya lakukan?

J: Meskipun kita mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan, kita harus sentiasa melindungi maklumat pelanggan yang boleh mengenal pastinya secara peribadi. Di samping itu, kita tidak dibenarkan menghantar maklumat kad kredit atau sebarang maklumat sensitif lain seperti nombor pasport, nombor pengenalan cukai keluaran kerajaan, atau nombor lesen memandu melalui e-mel. Sila rujuk Dasar Keselamatan Maklumat Global untuk mendapatkan panduan.

S: Bolehkah saya berkongsi kata laluan rangkaian saya dengan seorang daripada rakan sekerja saya untuk membantu mempercepatkan kerja saya?

J: Tidak. Kata laluan Rangkaian tidak boleh dikongsi. Anda akan melanggar Dasar Keselamatan Maklumat Global kita.

S: Baru-baru ini saya melawat salah sebuah hotel milik kita pada kadar StarHOT dan kemudian mencatatkan pengalaman saya di TripAdvisor. Adakah itu satu pelanggaran Dasar?

J: Walaupun kami lebih suka jika anda berkomunikasi terus dengan hotel yang berkenaan mengenai pengalaman penginapan anda, anda boleh meninggalkan komen di TripAdvisor jika setakat fakta dan anda memberitahu dalam komen itu bahawa anda bekerja di Starwood atau di hotel Starwood.

S: Seorang rakan sekerja saya baru-baru ini meninggalkan catatan celaan kaum tentang pengurusnya di akaun Facebook peribadinya. Adakah itu suatu pelanggaran Dasar?

J: Ya. Mencatatkan komen di laman Facebook peribadinya tidak mengecualikan tingkah laku beliau daripada tertakluk kepada Dasar Starwood. Beliau melanggar Dasar Anti-Diskriminasi, Gangguan Menyalahi Undang-undang & Tindakan Balas kita dengan membuat komen celaan kaum dan mencatatkannya dalam talian. Kritikan yang wajar mengenai layanan pengurus terhadap warga kerja sebenarnya tidak melanggar Dasar, tetapi perbuatan ini berserta dengan bahasa diskriminasi menjadikannya suatu pelanggaran.

Dasar-dasar Sokongan:

> Dasar Media Sosial

> Dasar Keselamatan Maklumat Global

> Dasar Penggunaan Sumber Teknologi

22TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN, WALAUPUN BAYANGAN SALAH LAKUAnda hendaklah berkata benar dalam semua hal mengenai maklumat peribadi anda.Anda hendaklah mengelakkan percanggahan kepentingan, baik yang sebenar mahupun tanggapan sahaja. Malah bayangan salah laku sahaja sudah boleh menjejaskan reputasi kitaSeboleh-bolehnya elakkan daripada dan dedahkan kemungkinan percanggahan. Letakkan kepentingan Starwood sebelum kepentingan sendiri.Jangan terima atau minta hadiah atau apa-apa yang berharga daripada pembekal, penjual atau orang lain, kecuali jika dianggap boleh diterima oleh Starwood.Bahagian ini menyentuh tentang pelbagai kemungkinan percanggahan antara kepentingan dan hubungan peribadi warga kerja dengan kepentingan Starwood.

Dapatkan nasihat 8 Penyelia anda 8 Pengurus Terdekat anda atau Pengurus 8 Besar atau Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau Audit Dalaman 8 atau jika mahu, selagi dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh melaporkan tanpa memberikan butiran nama anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di www.HOTEthics.com atau melalui telefon menggunakan nombor bebas tol yang diberikan di laman web ini.

BERSUARA. BERTANYA SOALAN. LAPORKAN KEKHUATIRAN ANDA.

23TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

MEMBERIKAN MAKLUMAT TEPAT TENTANG DIRI ANDA

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN, WALAUPUN BAYANGAN SALAH LAKU

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN

Kami mengharapkan warga kerja untuk bersikap jujur dalam segala perkara. Anda hendaklah memberikan maklumat yang tepat tentang diri anda mengenai semua hal pekerjaan, seperti:> Maklumat latar belakang;> Insurans kesihatan;> Insurans nyawa; dan> Insurans pampasan pekerja;Warga kerja yang gagal untuk memberikan maklumat yang tepat dan benar boleh dikenakan tindakan disiplin dan dalam keadaan tertentu, mungkin dikenakan hukuman jenayah.

Percanggahan kepentingan berlaku apabila kepentingan peribadi anda mengganggu atau bercanggah dalam apa jua cara dengan kepentingan syarikat. Ini termasuk aktiviti peribadi, perniagaan atau profesional, yang bercanggah atau kelihatan bercanggah dengan tanggungjawab pekerjaan anda di Starwood. Keputusan perniagaan hendaklah dibuat demi kepentingan Starwood, tidak didorong oleh kepentingan atau keuntungan peribadi anda.Anda hendaklah mengelakkan percanggahan kepentingan, yang sebenar dan tanggapan. Anda hendaklah menyedari bahawa bayangan salah laku sahaja sudah boleh menjejaskan reputasi kita Sila rujuk Dasar Percanggahan Kepentingan atau hubungi Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) untuk mendapatkan panduan.

Contoh Kemungkinan Percanggahan:Sementara fakta dan keadaan setiap kemungkinan percanggahan kepentingan akan dipertimbangkan, ini adalah beberapa contoh kemungkinan percanggahan: > Anda atau ahli keluarga anda mempunyai kaitan peribadi dengan pelanggan,

pembekal atau pesaing;> Penjual yang berurusan dengan anda menawarkan diskaun atau program lain

yang menarik minat anda secara peribadi;> Memiliki atau terlibat dalam perusahaan perniagaan yang bersaing atau yang

saling melengkapi; > Memperoleh kepentingan kewangan peribadi dalam usaha atau peluang

yang anda percaya Starwood mungkin berminat untuk meneruskan atau memulakan; atau

> Sebarang kewajipan lain yang akan menjejaskan pertimbangan anda, mengalihkan perhatian anda, mengambil sebahagian besar masa anda atau umumnya menyekat keupayaan anda untuk bertindak semata-mata demi kebaikan Starwood.

DEDAHKAN KEMUNGKINAN PERCANGGAHAN SECARA BERTULISUntuk melindungi diri anda daripada bayangan salah laku, dedahkan sebarang kemungkinan percanggahan secara bertulis kepada Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang). Ini termasuk kepentingan perdagangan atau kewangan atau aktiviti di mana kepentingan atau aktiviti demikian boleh dianggap sebagai mewujudkan percanggahan yang sebenar atau yang berpotensi dengan tugas anda untuk Starwood.

24TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN, WALAUPUN BAYANGAN SALAH LAKU

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN

S: Bolehkah saya bekerja untuk suatu pembekal pada hujung minggu jika saya kadang-kadang berurusan dengannya dalam kerja saya?

J: Tidak. Orang lain mungkin tertanya-tanya sama ada anda memihak kepada syarikat pembekal itu kerana hubungan itu dan mungkin melihat pekerjaan sambilan anda sebagai sogokan, atau keistimewaan, kepada anda.

S: Anak perempuan saya memiliki sebuah restoran di bandar. Bolehkah saya memilih restorannya untuk acara makan malam syarikat jika hargnyaa adalah setanding dengan restoran lain?

J: Tidak. Meskipun harganya setanding, keputusan anda untuk berurus niaga dengan restoran anak anda jelas melanggar Dasar Percanggahan Kepentingan kita.

S: Adakah Dasar Percanggahan Kepentingan dikenakan kepada hubungan dengan saudara-mara jauh saya, seperti tiga pupu, atau rakan-rakan saya?

J: Dasar ini sentiasa dikenakan kepada ahli keluarga terdekat anda. Bagi saudara-mara jauh dan rakan-rakan, jika hubungan dengan mereka adalah sesuatu yang boleh mempengaruhi atau dianggap boleh mempengaruhi objektiviti anda, keadaan itu harus dielakkan.

S: Bolehkah saya mengguna syarikat pembinaan yang sama yang sedang melakukan pengubahsuaian di hotel saya untuk membentuk semula rumah saya? Mereka hanya mengecaj saya 50% daripada kos biasa.

J: Tidak. Ini adalah satu percanggahan kepentingan yang jelas kerana anda diberikan diskaun yang tidak diberikan kepada warga kerja lain. Anda juga akan menimbulkan bayangan bahawa anda tidak dapat mengurus secara objektif hubungan perniagaan di hotel anda.

Urus Niaga Tidak Wajar Yang Melibatkan Sekuriti Starwood (“Anti-Perlindungan Nilai”)Kita percaya bahawa adalah tidak wajar bagi mana-mana warga kerja melibatkan diri dalam sebarang transaksi kewangan yang merendahkan risiko kewangan berkaitan dengan memiliki sekuriti Starwood. Di samping itu, kita melarang ahli-ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja tertentu daripada melibatkan diri dalam jualan singkat, memasuki mana-mana urus niaga terbitan seperti swap, stradel, (opsyen) put atau call, atau melibatkan diri dalam mana-mana urus niaga perlindungan nilai atau pengewangan seperti kontrak kolar atau jualan hadapan, berkaitan dengan saham Starwood. Sila rujuk Garis Panduan Tadbir Urus Korporat, dan khususnya Dasar Anti-Perlindungan Nilai untuk mendapatkan panduan.

APAKAH ITU GARIS PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KITA?Garis Panduan Tadbir Urus Starwood (“Garis Panduan”) menyentuh tentang perkara-perkara tadbir urus korporat yang penting dan memberikan rangka kerja bagi dasar dan amalan tadbir urus korporat syarikat termasuk: garis panduan pemilikan saham, pengehadan Lembaga Pengarah, Dasar Mendapatkan Balik Pampasan Insentif (iaitu, Dasar “tarik balik”) dan Dasar Anti-Perlindungan Nilai. Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat dan Pencalonan Lembaga Pengarah kita bertanggungjawab memantau dan mengkaji semula Garis Panduan serta melaporkan dan mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah mengenai sebarang perubahan pada Garis Panduan. Garis Panduan ditampal di laman web kita di http://www.starwoodhotels.com/corporate/companyinfo.html.

25TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN, WALAUPUN BAYANGAN SALAH LAKU

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN

S: Saya baru sahaja mula keluar dengan seorang wanita yang bekerja dalam jabatan saya. Kami tidak melapor kepada satu sama lain, tetapi bekerja bersama-sama dalam beberapa projek. Adakah ini suatu pelanggaran terhadap Dasar?

J: Apabila menyentuh tentang hubungan peribadi, setiap keadaannya adalah berbeza sedikit. Anda hendaklah memberitahu Penyelia, Pengurus Terdekat anda atau Pengurus Besar anda tentang sebarang kemungkinan percanggahan kepentingan mengikut Dasar Hubungan Peribadi di Tempat Kerja. Mereka akan dapat membantu mentafsirkan persoalan Dasar ini dan memutuskan penyelesaian yang sesuai.

S: Saya adalah Pengurus Besar sebuah hotel, dan saya ingin mengambil bekerja anak lelaki saya sebagai akauntan hotel. Adakah ini suatu percanggahan?

J: Dengan mengambil bekerja anak sendiri, paling tidak, hubungan kekeluargaan anda akan mewujudkan bayangan percanggahan kepentingan. Anda juga akan menimbulkan keadaan tidak selesa dalam kalangan pasukan pengurusan anda.

Dasar Sokongan:

> Dasar Percanggahan Kepentingan

> Garis Panduan Tadbir Urus Korporat

> Dasar Mendapatkan Balik Pampasan Insentif

> Dasar Anti-Perlindungan Nilai

> Dasar Hubungan Peribadi di Tempat Kerja

Mendapatkan Balik Insentif (“Tarik Balik”)Kami mempunyai dasar mendapatkan balik insentif yang membolehkan syarikat mendapatkan pampasan yang diterima terlebih dahulu oleh para eksekutif Starwood jika keadaan tertentu timbul yang memerlukan Starwood menyatakan semula penyata kewangannya. Sila rujuk Garis Panduan Tadbir Urus Korporat, dan khususnya kepada Dasar Mendapatkan Balik Pampasan Insentif untuk mendapatkanpanduan. Di samping itu, rancangan jangka panjang insentif syarikat, yang memberikan geran saham kepada warga kerja dan ahli Lembaga Pengarah kita, mensyaratkan bahawa Jawatankuasa Pampasan dan Opsyen Lembaga Pengarah boleh membatalkan, menggantung, menahan atau juga menyekat atau mengehadkan sebarang pemberian saham yang diberikan sebelum ini jika ditentukan bahawa peserta tertentu terlibat dalam salah laku.

Hubungan Peribadi Yang Tidak Sesuai di Tempat KerjaPercanggahan juga boleh timbul apabila hubungan peribadi yang tidak sesuai dijalin di tempat kerja. Contohnya, warga kerja hendaklah mengelakkan hubungan pelaporan yang tidak sesuai, seperti menyelia secara langsung dan tidak langsung atau melapor kepada orang yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat atau hubungan peribadi. Dan meskipun kita menggalakkan warga kerja bersikap mesra dengan semua tetamu hotel, anda hendaklah mengelakkan daripada melakukan sebarang tingkah laku yang tidak sesuai, atau yang boleh dianggap sebagai menggunakan kedudukan anda di Starwood untuk memulakan hubungan peribadi dengan tetamu hotel.

26TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

PERATURAN UNTUK MEMBERI, MENERIMA ATAU MEMINTA “HADIAH”

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN, WALAUPUN BAYANGAN SALAH LAKU

Syarikat mempunyai garis panduan tentang memberi, menerima atau meminta hadiah atau benda berharga yang lain.Warga kerja dan ahli Lembaga Pengarah kita tidak harus memberi, menerima atau meminta hadiah atau benda berharga lain yang menyalahi undang-undang, tidak wajar atau di luar batas garis panduan syarikat daripada penjual atau orang lain yang menjalankan perniagaan dengan kita. Sila rujuk Dasar Penerimaan atau Permintaan Hadiah atau Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) untuk mendapatkan panduan.

Sekatan juga terdapat ke atas menawarkan, menjanjikan atau memberikan sebarang benda berharga kepada pegawai kerajaan. Sila rujuk Dasar Anti-Rasuah, atau Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) untuk mendapatkan panduan.

S: Seorang pembekal baru sahaja menawarkan saya diskaun sebanyak 15 peratus untuk pembelian peribadi. Bolehkah saya menggunakannya?

J: Anda hanya boleh menggunakan diskaun ini jika ia ditawarkan kepada semua warga kerja Starwood.

S: Saya baru selesai mencapai persetujuan dengan pembekal dan ingin mengucapkan terima kasih kepada jurujual atas bantuan beliau. Bolehkah saya menghantar sijil hadiah $100 kepadanya?

J: Bincangkan situasi ini dengan Penyelia anda yang akan membantu anda menentukan sama ada tindakan ini dianggap sesuai, dan sama ada Starwood akan membayar anda balik kos hadiah itu.

S: Seorang pembekal memberi saya sijil hadiah restoran bernilai $50 yang hanya boleh ditebus untuk makanan dan minuman. Adakah perkara ini boleh diterima?

J: Ya. Sijil hadiah ini adalah dalam jumlah nominal dan ia bukan tunai atau sama dengan tunai kerana ia hanya boleh ditebus untuk makanan dan minuman sahaja.

S: Seorang pembekal menghantar saya satu set kayu golf untuk menunjukkan penghargaannya semasa rundingan kontrak untuk mengubah suai spa kita baru-baru ini. Bolehkah saya menerima hadiah ini?

J: Tidak. Dasar kita adalah jelas bahawa hadiah begini tidak akan dianggap bernilai nominal. Selain itu, hadiah ini boleh dianggap sebagai percubaan untuk mempengaruhi keputusan kontrak anda.

Dasar Sokongan:

> Dasar Penerimaan atau Permintaan Hadiah

> Dasar Anti-Rasuah

27TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

MENANGANI PELUANG KORPORAT SECARA BERETIKA

ELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN, WALAUPUN BAYANGAN SALAH LAKU

“Peluang korporat” adalah sebarang peluang perniagaan dalam barisan perniagaan atau kepentingan Starwood yang sedia ada, atau perniagaan atau kepentingan yang dijangkakan, yang Starwood kira-kira mampu meneruskan. Ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja kita tidak harus meneruskan peluang korporat begini untuk diri sendiri atau orang lain. Anda dilarang:> Mengambil untuk diri sendiri sebarang peluang milik Starwood

atau ditemui melalui penggunaan harta atau maklumat kami atau jawatan anda;

> Menggunakan harta, maklumat atau kedudukan kami untuk keuntungan peribadi; atau

> Bersaing dengan Starwood.Anda dikehendaki mendahulukan kepentingan perniagaan Starwood yang sah apabila peluang untuk berbuat demikian timbul.

Urus Niaga Orang BerkaitanJawatankuasa Tadbir Urus Korporat dan Pencalonan Lembaga Pengarah mesti meluluskan urus niaga peluang korporat yang melibatkan pengarah, calon-calon pengarah, pegawai eksekutif, pemegang saham yang diketahui memiliki lebih daripada lima peratus sekuriti Starwood dan setiap ahli keluarga masing-masing yang tersebut di atas dan/atau gabungan korporatnya. Secara amnya, Starwood cuba mengelakkan urus niaga orang berkaitan sedemikian kerana ini boleh melibatkan percanggahan kepentingan yang mungkin atau yang sebenar dan menimbulkan risiko bahawa urus niaga tersebut mungkin, atau mungkin dianggap bercanggah, berdasarkan pertimbangan yang bukan demi kepentingan syarikat.

S: Saya telah dihubungi mengenai kemungkinan pelaburan dalam suatu projek hotel. Bolehkah saya meneruskannya secara peribadi?

J: Sebarang peluang yang ditemui melalui penggunaan harta Starwood, atau maklumat, atau jawatan anda di Starwood atau di hotel Starwood, tidak boleh diteruskan oleh ahli Lembaga Pengarah kami, pegawai eksekutif atau individu atau entiti gabungan rapat yang lain melainkan jika dan sehingga Starwood telah memutuskan bahawa ia tidak berminat untuk meneruskan peluang tersebut.

Dasar Sokongan:

> Dasar Peluang Korporat dan Urus Niaga Orang Berkaitan

> Dasar Penggunaan Sumber Teknologi

> Dasar Aset Syarikat

> Dasar Maklumat Sulit dan Privasi

28TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN Jadilah syarikat yang orang lain mahu berurus niaga.Berurusan secara adil dan patuhi undang-undang, termasuk undang-undang anti-rasuah, antitrust, anti-diskriminasi, anti-gangguan dan undang-undang lain.Sentiasa bertindak dengan integriti dalam semua hubungan—dengan warga kerja, pemegang saham, pelanggan, tetamu, pembekal dan pesaing.Sentiasa bersikap merangkumi dalam hubungan di tempat kerja.Wujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat yang memberi peluang kepada semua orang untuk berkembang maju dan berjaya.Bahagian ini memberi panduan mengenai hubungan kita dengan pihak berkepentingan luaran dan dalaman. Ia menyentuh tentang berurusan secara saksama dan anti-rasuah, dan menggariskan tingkah laku yang dikehendaki di tempat kerja.

PHOTO(S)

Dapatkan nasihat 8 Penyelia anda 8 Pengurus Terdekat anda atau Pengurus 8 Besar atau Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau Audit Dalaman 8 atau jika mahu, selagi dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh melaporkan tanpa memberikan butiran nama anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di www.HOTEthics.com atau melalui telefon menggunakan nombor bebas tol yang diberikan di laman web ini.

BERSUARA. BERTANYA SOALAN. LAPORKAN KEKHUATIRAN ANDA.

29TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN

MENGHORMATI PRINSIP ANTI-RASUAH KITA

Setiap hari, dalam perjalanan biasa perniagaan, kita berinteraksi dengan banyak pihak luar, termasuk pelanggan, pembekal, para tetamu, perunding, pesaing dan pegawai-pegawai kerajaan. Dalam semua interaksi ini kita mematuhi dengan ketat undang-undang anti-rasuah yang dikenakan kepada operasi perniagaan kita di seluruh dunia. Selaras dengan undang-undang tersebut, kita tidak membiarkan mahupun membenarkan rasuah, ajakan rasuah atau pembayaran sogokan dalam apa-apa keadaan sekalipun. Pelanggaran undang-undang ini boleh menyebabkan akibat yang serius kepada syarikat dan kakitangan kita, malah bayangan pelanggaran sahaja boleh merosakkan reputasi syarikat kita. Sila rujuk Dasar Anti-Rasuah, atau dapatkan nasihat Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) dan/atau Ketua Pegawai Pematuhan sekiranya anda mempunyai soalan tentang pematuhan undang-undang anti-rasuah.

Kelakuan Yang Dilarang Di Bawah Dasar Anti-Rasuah

> Jangan tawarkan atau beri bayaran, hadiah atau apa-apa yang berharga kepada pegawai kerajaan untuk mempengaruhi tindakan rasmi, atau kepada sesiapa sahaja untuk mendorong mereka menjalankan tugas kerja mereka secara tidak wajar.

> Jangan buat “bayaran pemudahan”—yang juga dipanggil bayaran “mempercepatkan” atau “gris,”—kepada sesiapa pun, tidak kira berapa jumlahnya.

> Jangan benarkan atau ambil bahagian dalam apa-apa skim untuk memberi manfaat yang tidak wajar, sogokan atau komisen rahsia kepada sesiapa.

> Jangan benarkan rakan kongsi perniagaan atau pihak luar yang lain membuat bayaran kepada seorang pegawai, atau mengambil apa-apa tindakan lain yang dilarang kepada kita sendiri.

> Jangan sembunyikan atau salah untukkan dana, atau sembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan sumber dana atau tujuan sebenar sebarang bayaran.

> Jangan bayar sendiri hadiah, layanan atau apa-apa yang berharga untuk mengelakkan daripada mematuhi Dasar Anti-Rasuah kita.

30TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN

MENGHORMATI PRINSIP ANTI-RASUAH KITA

Kelakuan Yang Dikehendaki Mengikut Dasar Anti-Rasuah Kita> Dapatkan kelulusan terlebih dahulu, jika dikehendaki oleh

Dasar, sebelum menawarkan, menjanjikan, atau memberikan sebarang hadiah, kenaikan taraf, penginapan, makanan dan minuman, atau apa-apa sahaja yang berharga kepada pegawai kerajaan.

> Jalankan usaha wajar sebelum melibatkan diri dengan mana-mana rakan kongsi perniagaan yang boleh berinteraksi dengan pegawai kerajaan, seperti pemilik, peguam, perunding, pencari, broker kastam, atau pengantara lain.

> Memberitahu syarat-syarat anti-rasuah kita kepada rakan kongsi perniagaan dan memastikan mereka dipantau dengan sewajarnya sepanjang hayat kontrak mereka.

> Memastikan semua perbelanjaan direkodkan secara tepat dan dengan terperinci dalam buku kira-kira dan rekod syarikat.

> Melaporkan dengan segera sebarang kekhuatiran rasuah kepada Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) dan/atau Ketua Pegawai Pematuhan supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

SIAPA ATAU APAKAH YANG LAYAK DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI “PEGAWAI KERAJAAN”?Istilah ini harus diberikan tafsiran yang luas. Ia termasuk mana-mana pekerja, jabatan, agensi atau perantaraan kerajaan; mana-mana organisasi antarabangsa awam; mana-mana perusahaan yang dimiliki atau dikawal oleh kerajaan; atau mana-mana parti politik atau calon untuk jawatan awam. Contoh pegawai kerajaan termasuk penggubal undang-undang atau ahli parlimen, hakim atau pegawai mahkamah, kaum-kerabat diraja atau dana kekayaan berdaulat dan pekerja perusahaan milik negara seperti utiliti, bank atau hospital awam.

APAKAH YANG MERUPAKAN “SESUATU YANG BERHARGA”?Istilah ini juga perlu ditafsirkan secara meluas dan boleh termasuk, misalnya, wang tunai atau yang setaraf dengannya; hadiah; penginapan hotel atau makanan dan minuman percuma atau terdiskaun; mata Starwood Preferred Guest; hiburan seperti tiket untuk acara sukan; derma politik atau amal; pinjaman dengan syarat yang menguntungkan; perkhidmatan pihak ketiga; peralatan, bekalan atau kemudahan; biasiswa pendidikan; perbelanjaan pemasaran atau perjalanan; dan tawaran pekerjaan. Benda berharga tidak perlu ketara atau berharga secara komersial, memadai jika ia mempunyai atau menjanjikan nilai.

31TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN

MENGHORMATI PRINSIP ANTI-RASUAH KITA

Dasar Sokongan:

> Dasar Anti-Rasuah> Dasar Penerimaan atau Permintaan Hadiah> Dasar Kewangan Korporat terhadap Jawatankuasa Tindakan Politik Starwood

S: Saya perlu mempercepatkan visa perniagaan dengan kedutaan. Adakah ini boleh dibenarkan? Bolehkah saya menggunakan perunding pihak ketiga untuk mempercepatkan visa?

J: Anda tidak boleh membuat bayaran kepada pegawai kerajaan, sebanyak mana pun, untuk mempercepatkan atau memudahkan tindakan rasmi. Atau menggunakan pengantara untuk berbuat demikian. Tetapi, jika perkhidmatan keutamaan merupakan perkhidmatan rutin yang diiklankan secara bertulis dengan jelas oleh kedutaan dan disediakan untuk awam, anda boleh teruskan. Jika demikian, pembayaran mesti dibuat secara langsung kepada kedutaan, dan anda perlu mendapatkan resit rasmi.

S: Saya telah dijemput ke acara tempatan yang ditaja oleh Kementerian Pelancongan. Membawa hadiah untuk tuan rumah merupakan adat tempatan. Bolehkan saya melakukannya? Bagaimana jika saya membayar sendiri hadiah itu?

J: Hadiah demikian, tidak kira dibayar oleh sesiapapun, tidak boleh diberikan kecuali jika kelulusan yang diperlukan telah terlebih dahulu diperoleh mengikut Dasar Anti-Rasuah. Sebarang hadiah yang dicadangkan hendaklah sederhana, bernilai dan bersifat berpatutan berdasarkan adat tempatan, dan diberikan tanpa mengharapkan sesuatu balasan yang menguntungkan atau berharga.

S: Bolehkah saya memberi bilik hotel percuma kepada pegawai tempatan yang melawat; dan bagaimana jika beliau ditemani oleh isteri dan anak-anaknya?

J: Penginapan hotel percuma atau berdiskaun adalah sesuatu yang berharga. Selaras dengan Dasar, anda mesti mendapatkan kelulusan sebelum menawarkan atau memberi penginapan kepada pegawai tersebut atau keluarganya.

S: Sebuah hotel SVO sedang dalam pembinaan dan perunding pembangunan kami telah meminta “dana lumpur” diwujudkan untuk bayaran pelbagai permit dan perbelanjaan lain. Adakah dana ini perlu diwujudkan?

J: Tidak. Sorokan aset tanpa peruntukan adalah dilarang sama sekali.

S: Apakah usaha wajar yang diperlukan sebelum kita mengikat kontrak atau membuat perkiraan lain dengan pihak luar?

J: Umumnya, usaha wajar adalah diperlukan untuk menentukan sama ada terdapat risiko pihak luar tersebut boleh melanggar Dasar Anti-Rasuah kita. Usaha ini hendaklah merangkumi penyelidikan untuk mengenal pasti sebarang kemungkinan “tanda amaran,” serta memeriksa kelayakan pihak luar tersebut dan hubungannya dengan pegawai-pegawai kerajaan. Langkah-langkah tambahan dikehendaki untuk penglibatan yang bernilai lebih tinggi atau yang berisiko tinggi. Anda juga perlu memastikan bahawa anda telah memberitahu Dasar kita kepada pihak luar itu dan mendapatkan peruntukan kontrak yang memastikan pematuhan pihak luar kepada undang-undang anti-rasuah. Dapatkan nasihat Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) untuk panduan seterusnya.

32TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN

PATUHI UNDANG-UNDANG ANTITRUST DAN PERSAINGAN

Undang-undang dan peraturan antitrust mengawal cara kita berurusan dengan para pesaing, pelanggan, pembekal dan penerima francais. Ini termasuk undang-undang antitrust persekutuan dan negeri AS dan undang-undang antitrust semua negara lain tempat kita menjalankan perniagaan.Starwood komited untuk mematuhi dengan ketat semua undang-undang persaingan dan undang-undang perdagangan, serta mematuhi Tatakelakuan dan Tatatetikan serta Dasar Pematuhan Undang-undang Antitrust dan Persaingan (“Dasar Antitrust”) yang mungkin lebih ketat daripada undang-undang negara tempat kita beroperasi.Setiap orang, termasuk warga kerja dan ahli Lembaga Pengarah kita, dikehendaki memahami sebaik-baiknya, dan mematuhi, Dasar Antitrust dan undang-undang yang berkaitan di negara-negara tempat kita menjalankan perniagaan.

Bahagian-bahagian Penting Yang Disentuh oleh Undang-undang Antitrust dan Persaingan Kami menggambarkan di sini beberapa amalan yang boleh melanggar Tataniaga dan Tataetika dan undang-undang antitrust dan persaingan yang berkaitan. Untuk mendapatkan panduan selanjutnya, sila rujuk Dasar Pematuhan Undang-undang Antitrust dan Persaingan.

Hubungan dengan PesaingPenetapan Harga dan Perjanjian-perjanjian Anti-Persaingan yang lain: Kita tidak harus membuat perjanjian atau berkomunikasi dengan pesaing tentang penentuan harga, kegiatan mencari pembekal atau pelanggan atau kawasan geografi yang diberi khidmat. Ini termasuk:> Membincangkan kadar, komisen, harga, rebat, diskaun atau syarat kredit;> Menyelaraskan pembidaan atau penetapan;> Membahagikan atau memperuntukkan wilayah, pembekal, pelanggan atau ejen

pelancongan; atau,> Bersetuju untuk tidak berurusan dengan pembekal, pelanggan atau ejen tertentu, atau

untuk berurusan dengan mereka hanya atas syarat tertentu.Warga kerja dikehendaki mengelakkan semua kelakuan yang boleh menimbulkan bayangan bersubahat dengan pesaing.

BERURUSAN SAKSAMAIstilah undang-undang AS yang diketahui sebagai “berurusan saksama” bererti kita dikehendaki bertindak dengan niat baik dan berurusan secara adil dengan pelanggan, pembekal, pesaing, pemegang saham dan warga kerja kita. (Lihat panduan khusus mengenai hubungan warga kerja pada muka surat 35 dalam “Berinteraksi Sewajarnya antara Satu Sama Lain”.) Anda tidak boleh mempergunakan sesiapapun secara tidak wajar melalui manipulasi, penyembunyian, penyalahgunaan maklumat sulit, penyalahnyataan fakta penting atau mana-mana amalan tidak saksama yang lain. Ini termasuk bertindak selaras dengan undang-undang antitrust, anti-rasuah dan undang-undang lain yang berkaitan.

33TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN

PATUHI UNDANG-UNDANG ANTITRUST DAN PERSAINGAN

Hubungan dengan Pesaing (sambungan)Pertukaran Maklumat: Berhati-hati tentang berkongsi maklumat dengan pesaing atau pihak-pihak luar yang lain, terutama sekali jika maklumat adalah bukan awam, berkaitan dengan harga atau berkaitan penginapan seperti data tempahan akan datang. Ini boleh memberi sangkaan berlaku “perjanjian” antara pesaing untuk menetapkan atau menstabilkan harga.Persatuan Perdagangan: ASebarang mesyuarat yang melibatkan pesaing boleh menimbulkan risiko antitrust. Apabila pesaing hadir, anda tidak harus membincangkan kadar, penentuan harga, komisen atau kos; pelanggan, ejen atau pembekal tertentu; syarat biasa kontrak atau bidaan; atau rancangan pemasaran dan jualan. Segala maklumat atau statistik kita tidak harus diberikan kepada pesaing atau persatuan perdagangan tanpa memperoleh kelulusan daripada Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) terlebih dahulu. Monopoli dan Penentuan Harga Predatori: Warga kerja Starwood tidak harus terlibat dengan sebarang perlakuan yang bertujuan untuk memonopoli pasaran. Contoh perlakuan yang boleh membawa kepada pelanggaran antitrust boleh termasuk:> Penentuan harga di bawah kos (amnya, kos berubah purata); dan> Perlakuan lain yang bertujuan untuk menghalang pesaing

dari pasaran.Boikot: Apabila menjalankan perniagaan, kita harus sentiasa bertindak secara bebas, jangan sekali-kali bersetuju dengan pesaing untuk enggan membeli barang daripada pembekal sedia ada atau bakal pembekal, atau membeli barang hanya mengikut terma dan syarat tertentu.

Sebarang cadangan perjanjian dengan pesaing untuk membuat perjanjian bersama dengan pembekal, pelanggan atau ejen pelancongan perlu mendapat kelulusan Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) terlebih dahulu.

8 NOTA

Hubungan dengan Pemilik Hotel, Pelanggan & PembekalKebanyakan persoalan etika atau undang-undang berkaitan dengan pemilik hotel, pelanggan dan pembekal adalah mengenai harga. Sila rujuk Dasar Pematuhan Undang-undang Antitrust dan Persaingan untuk mendapatkan panduan selanjutnya.

Berurusan dengan Penerima FrancaisDi samping memiliki atau mengurus hotel, Starwood melesenkan jenamanya kepada penerima francais yang melaksanakan fungsi tersebut di hotel-hotel lain. Ini bermakna hotel-hotel yang dimiliki dan/atau diurus oleh Starwood mungkin bersaing dengan beberapa hotel penerima francais. Warga kerja harus sentiasa berhati-hati dan mengelakkan daripada memberitahu penerima francais perkara-perkara berkaitan dengan penentuan harga atau kadar, komisen atau perjanjian pembekal, tanpa nasihat Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang). Kita perlu berhati-hati agar tidak membuat sebarang tindakan yang boleh dilihat sebagai lebih memihak kepada hotel-hotel yang dimiliki dan/atau yang diuruskan berbanding hotel-hotel francais.

34TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN

PATUHI UNDANG-UNDANG ANTITRUST DAN PERSAINGAN

Persoalan lain Berkaitan dengan Pemilik Hotel, Pelanggan & PembekalPengekalan Harga Jualan Semula: Apabila penjual bersetuju dengan pembeli tentang harga yang pembeli akan jual semula sesuatu barang atau perkhidmatan.Cadangan Penentuan Harga Jualan Semula: Starwood kadangkala boleh “mencadangkan” penentuan harga jualan semula untuk penerima francaisnya; tetapi, Starwood tidak boleh mensyaratkan atau menguatkuasakan cadangan harga ini.Program “Akaun Terurus”: Di bawah “Program Akaun Terurus,” Starwood boleh membuat rundingan harga dengan pelanggan besar bagi pihak penerima francais bebasnya; tetapi, penerima francais tidak disyaratkan menyertai program ini.Perjanjian Mengikat & Memberkas: Ini melibatkan produk atau perkhidmatan yang dijual atas syarat pembeli atau pemegang lesen membeli sama produk atau perkhidmatan yang lain. Ini mungkin menyalahi undang-undang dalam keadaan tertentu.Berurusan Timbal Balik: Kita boleh menggalakkan pembekal kita menggunakan hotel kita untuk keperluan perjalanan korporat mereka, tetapi kita tidak boleh mensyaratkan pembekal itu menggunakan tempat penginapan kita sebelum kita bersetuju untuk membeli daripadanya.Diskriminasi Harga: Undang-undang diskriminasi harga persekutuan tidak dikenakan kepada perkhidmatan, dan oleh itu hanya mengawal pembelian dan jualan barangan ketara kita.

Jangan teragak-agak untuk meminta nasihat daripada Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) jika anda mempunyai soalan tentang undang-undang anti-rasuah atau persaingan.

8 MINTA NASIHAT

KOMUNIKASI PERNIAGAAN Dalam semua komunikasi perniagaan, terutamanya yang berkaitan dengan persaingan dan harga, harap ingat: “Sentiasa berfikir sebelum anda menulis atau bercakap.” Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda mengelakkan walaupun daripada bayangan kelakuan anti-persaingan. > JANGAN tulis jika anda boleh bercakap. Kenyataan sambil lewa

yang tidak berbunyi kasar apabila ditulis mungkin boleh disalah tafsir kemudian.

> JANGAN gunakan bahasa yang boleh tersilap menunjukkan atau boleh dianggap sebagai menunjukkan yang kita mempunyai perjanjian atau persefahaman dengan mana-mana pesaing tentang harga, program penentuan harga, dasar jualan, kos, strategi pemasaran, dsb.

> JANGAN gunakan bahasa yang membayangkan secara palsu bahawa sebarang tindakan bersaing yang kita telah buat tidak berdasarkan pertimbangan perniagaan kita yang bebas.

> JANGAN berikan sebarang senarai harga, program promosi atau dokumen pemasaran yang serupa kepada mana-mana pesaing.

Dasar Sokongan:

> Dasar Pematuhan Undang-undang Antitrust dan Persaingan

35TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN

BERINTERAKSI SEWAJARNYA ANTARA SATU SAMA LAIN

Janji kita untuk “Bekerjasama sebagai Pasukan” adalah berasaskan melayan sesama sendiri dengan adil dan secara bermaruah dan hormat. Kejayaan Starwood didorong oleh gabungan semangat dan kekuatan individu warga kerja Starwood, dan kita semua diharap dapat menyumbang kepada persekitaran kerja yang positif yang boleh menghasilkan prestasi sebaik-baiknya daripada kita.Cara kita melayan sesama sendiri harus mencerminkan rasa hormat kita terhadap kepelbagaian warga kerja Starwood.Tindakan anda tidak harus mengganggu prestasi kerja warga kerja lain atau menimbulkan persekitaran kerja yang mengancam, bermusuhan atau menyinggung.Layanan Saksama untuk Semua Warga KerjaAnda harus menghormati hak warga sekerja anda untuk menerima layanan saksama dan peluang yang sama, bebas daripada diskriminasi, gangguan seksual, gangguan atau tindakan balas lain yang menyalahi undang-undang.> Jangan memberi layanan yang berbeza antara seorang

warga kerja atau pemohon dengan seorang yang lain atau menunjukkan berat sebelah berdasarkan jantina, warna kulit, bangsa, umur, negara asal, keturunan, ketakupayaan, kecacatan, status perkahwinan, status veteran, kehamilan, taraf kewarganegaraan, agama, kepercayaan, orientasi seksual, maklumat genetik, identiti jantina atau ekspresi jantina atau mana-mana ciri lain yang dilindungi oleh undang-undang yang berkaitan.

> Elakkan daripada memberikan sebarang komen atau menunjukkan kelakuan terhadap orang lain yang boleh dianggap sebagai gangguan, sama ada gangguan seksual atau sebarang gangguan lisan, fizikal atau visual yang menyalahi undang-undang.

CONTOH GANGGUAN Berikut adalah contoh kelakuan yang boleh dianggap sebagai gangguan menyalahi undang-undang kerana menimbulkan persekitaran kerja yang bermusuhan atau menyinggung perasaan:

> Julukan, penghinaan, pandangan negatif, kata-kata mencaci atau tindakan yang mengancam;

> Memberitahu atau menghantar jenaka yang ditujukan kepada status dilindungi seseorang, seperti jenaka berkenaan kaum atau etnik, tidak kira sama ada “jenaka tersebut dibuat oleh semua orang”;

> Mencatat, menghantar, menunjukkan atau memaparkan kartun yang mengusik mana-mana kumpulan, kepercayaan agama, jantina atau individu; atau

> Menghantar, mencetak atau memaparkan e-mel yang menjelikkan.

S: Pengurus saya hanya menaikkan pangkat warga kerja yang sama bangsa dengannya. Beliau juga memberikan keutamaan penjadualan tugas kepada penduduk tempatan berbanding warganegara asing. Adakah Starwood menyokong kelakuan ini?J: Tidak. Kelakuan ini berbentuk diskriminasi, dan ini dianggap tidak melayan warga sekerja dengan saksama dan rasa hormat.

S: Saya mempunyai hubungan peribadi dengan rakan kongsi yang sama jantina. Penyelia saya kadang-kadang membuat jenaka mengenai hubungan kami dan bertanya soalan yang memalukan di hadapan rakan warga sekerja saya. Adakah saya harus terima layanan ini?J: Tidak. Ini adalah pelanggaran Dasar Anti-Diskriminasi, Gangguan Yang Menyalahi Undang-undang & Tindakan Balas kita.

Dasar Sokongan:

> Dasar Anti-Diskriminasi, Gangguan Yang Menyalahi Undang-undang & Tindakan Balas

> Dasar Peluang Sama Rata > Dasar Komunikasi Terbuka > Dasar Tiada Tindakan Balas terhadap Warga Kerja yang Melaporkan Pelanggaran

36TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

BERURUSAN SECARA ADIL DI PASARAN, BERTINDAK DENGAN INTEGRITI DALAM SEMUA HUBUNGAN

MENYEDIAKAN TEMPAT KERJA YANG SELAMAT

Kita semua berhak bekerja dalam persekitaran yang selamat, tempat kerja bebas daripada bahaya, keganasan, ancaman keganasan, ugutan dan daripada kakitangan di bawah pengaruh alkohol atau dadah haram.

Kesihatan & Keselamatan Tempat KerjaStarwood adalah komited terhadap mengendalikan kemudahannya, selaras dengan semua undang-undang keselamatan dan kesihatan yang berkenaan di tempat kerja. Kita mengharapkan semua warga kerja Starwood untuk memainkan peranan mereka dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat.

Keganasan di Tempat KerjaKami mempunyai toleransi sifar terhadap keganasan dan menggalakkan tempat kerja selamat yang bebas daripada tindakan yang agresif, mengancam atau ganas. Penderaan lisan, tingkah laku mengancam atau tingkah laku yang boleh membahayakan orang atau harta adalah dilarang sama sekali. Ini termasuk memiliki senjata api tanpa kebenaran atau senjata lain di hotel kami atau hotel pemilik kita.

Dadah & AlkoholWarga kerja tidak harus sekali-kali menjual, menggunakan, memiliki atau berada di bawah pengaruh dadah haram, atau menggunakan alkohol secara tidak wajar atau berada di bawah pengaruhnya semasa di premis kami atau semasa menjalankan perniagaan kami.

Pematuhan kepada Undang-Undang BerkaitanKita juga komited untuk beroperasi dengan mematuhi semua undang-undang demi mengekalkan reputasi kita sebagai sebuah syarikat yang selamat dan menghormati undang-undang yang komited terhadap kesihatan dan keselamatan warga kerja dan tetamu kita.

S: Saya terdengar rakan sekerja saya mengatakan bahawa dia begitu marah terhadap tindakan disiplin yang dikenakan kepadanya hingga dia rasa “akan membunuh seseorang” dan “mengajar mereka”. Saya tidak fikir dia serius. Apa yang harus saya lakukan?

J: Anda mempunyai kewajipan untuk melaporkan kekhuatiran anda. Starwood mempunyai dasar yang ketat terhadap keganasan atau ancaman keganasan di tempat kerja. Semua ancaman lisan atau keganasan-keganasan yang lain hendaklah dianggap serius. Dengan melaporkan kesangsian anda, anda akan membantu mengekalkan persekitaran kerja yang selamat untuk diri sendiri dan orang lain.

Dasar Sokongan:

> Dasar Mencegah Keganasan di Tempat Kerja> Dasar Dadah Haram, Penyalahgunaan Alkohol & Sihat

Untuk Bertugas

37TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA GLOBAL – PERSEKITARAN, KOMUNITI DAN HAK ASASI MANUSIA

Kita menimbang kesan perniagaan kita terhadap dunia luar.Kita menyokong kelestarian persekitaran.Kita memberi balik kepada komuniti kita dan menghormati dan menegakkan hak asasi manusia untuk semua.Kita komited terhadap menyediakan dunia yang lebih baik untuk orang alami.Bahagian Tataniaga dan Tataetika ini menyentuh tentang komitmen kita yang lebih luas sebagai warga global.

Dapatkan nasihat 8 Penyelia anda 8 Pengurus Terdekat anda atau Pengurus 8 Besar atau Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau Audit Dalaman 8 atau jika mahu, selagi dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh melaporkan tanpa memberikan butiran nama anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di www.HOTEthics.com atau melalui telefon menggunakan nombor bebas tol yang diberikan di laman web ini.

BERSUARA. BERTANYA SOALAN. LAPORKAN KEKHUATIRAN ANDA.

38TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA GLOBAL - PERSEKITARAN, KOMUNITI DAN HAK ASASI MANUSIA

KOMITMEN KITA KEPADA PERSEKITARAN

Starwood komited terhadap penyepaduan amalan persekitaran terkemuka dan prinsip kemapanan ke dalam strategi perniagaan teras kita.Kita bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan utama kita—warga kerja, pelabur, pemilik hotel, penerima francais, pembekal, rakan kongsi perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO)/rakan kongsi bukan untung dan komuniti kita—untuk berusaha secara aktif untuk mengurangkan kesan persekitaran perniagaan kita. Seperti yang disentuh dalam Dasar Kelestarian Persekitaran, tumpuan kita adalah pada peningkatan berterusan dalam: > Penjimatan tenaga;> Penjimatan air;> Meminimumkan bahan buangan;> Mengurangkan bahan cemar;> Meningkatkan kualiti persekitaran dalaman; dan> Meneliti rantaian bekalan kita.Usaha sedang diteruskan untuk menangani semua komponen-komponen dasar kita pada peringkat global.Tanggungjawab Warga Kerja KitaPencapaian matlamat tinggi kita memerlukan perubahan dari segi operasi dan kelakuan serta teknologi dan amalan baharu. Kita mengharapkan warga kerja untuk menyokong matlamat persekitaran dan kelestarian dan menyumbang idea. Di samping itu, semua warga kerja digalakkan untuk melaporkan sebarang kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan persekitaran.

Tumpuan awal matlamat persekitaran Starwood adalah pada penjimatan tenaga dan air. Diketahui sebagai 30/20 menjelang 20, matlamat syarikat adalah untuk mencapai penjimatan tiga puluh peratus penggunaan tenaga kita dan dua puluh peratus penggunaan air kita menjelang tahun 2020.

WARGA GLOBAL YANG BERTANGGUNGJAWABStarwood mempunyai warisan menitikberatkan komuniti-komuniti tempat kita beroperasi. Komitmen kita kepada persekitaran dan komuniti kita memberi keumpilan kepada pekerja kita, jenama kita, hubungan kita dan capaian global kita untuk membantu orang yang memerlukan dan meninggalkan kesan yang lestari di dunia.

39TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA GLOBAL - PERSEKITARAN, KOMUNITI DAN HAK ASASI MANUSIA

Starwood mengakui bahawa kesejahteraan perniagaan kita adalah berkait secara langsung dengan kesejahteraan komuniti tempat kita beroperasi.Kerja-kerja kemasyarakatan Starwood berusaha untuk memberikan kesan positif yang maksimum kepada pekerja dan komuniti kita. Kita komited terhadap mencungkil potensi warga kerja kita dan jiran-jiran kita di seluruh dunia.Usaha penglibatan komuniti Starwood adalah tertumpu di tiga kawasan: Membuka Pintu Peluang, Berbangga Dengan Lokasi Kita dan Membantu Jiran Yang Memerlukan.> Membuka Pintu Peluang— Kehadiran kita dalam pasaran

mewujudkan peluang pekerjaan dan faedah ekonomi jangka panjang, dan kita menambah pengaruh positif ini melalui fokus “Membuka Pintu Peluang” kita. Dengan mencungkil dan memupuk potensi dalam masyarakat kita melalui pementoran, pendidikan umum dan latihan khusus dalam kemahiran kerja, kemahiran hidup dan literasi, individu-individu berkembang. Apabila individu berkembang, masyarakat menjadi lebih kuat, menjadikan destinasi yang mahu dilawat oleh tetamu kita lebih menarik. Dengan membantu orang lain, kita membantu perniagaan kita mewujudkan kitaran kejayaan positif yang mapan.

> Berbangga Dengan Lokasi Kita—Kita amat menghargai persekitaran semula jadi kita, dan penglibatan kita dalam projek pemulihan, pemeliharaan dan pengindahan kawasan tempatan memastikan pengalaman-pengalaman pelancongan yang unik ini dikekalkan untuk tetamu, warga kerja, keluarga dan komuniti kita. Semua komuniti kita yang mencapai potensi mereka sepenuhnya turut dianggap penting.

KOMITMEN KITA KEPADA KOMUNITI KITA

> Membantu Jiran Yang Memerlukan — Membantu jiran yang memerlukan adalah tentang memberi penjagaan semasa orang paling memerlukan—membantu dengan keperluan asas semasa berlaku bencana alam agar orang boleh terus menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh membantu mereka mencapai potensi mereka. Kita membantu warga kerja kita melalui Tabung Bantuan Warga Kerja Starwood (SARF), dan kita membantu komuniti global kita melalui menyokong usaha-usaha bantuan kecemasan global.

Sumbangan Kebajikan & PolitikStarwood mempunyai komitmen yang berterusan terhadap memberi balik kepada komuniti, termasuk melalui pertubuhan kebajikan Starwood sendiri seperti The Starwood Associate Relief Fund, Inc. (Tabung Bantuan Warga Kerja Starwood), dan The Starwood Hotels & Resorts Worldwide Foundation, Inc. (Yayasan Starwood Hotels & Resorts Worldwide). Namun, dalam keadaan tertentu, sumbangan amal dan politik mungkin menyalahi undang-undang atau mungkin melanggar kewajipan kontraktual atau Dasar Starwood. Warga kerja dan ahli Lembaga Pengarah kita harus menghubungi jabatan Kewarganegaraan Global dan Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) sebelum membuat sebarang derma bagi pihak Starwood.

Dasar Sokongan:

> Dasar Kewangan Korporat terhadap Jawatankuasa Tindakan Politik Starwood

> Dasar Anti-Rasuah> Dasar Penerimaan atau Permintaan Hadiah

40TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA GLOBAL - PERSEKITARAN, KOMUNITI DAN HAK ASASI MANUSIA

Starwood komited terhadap amalan-amalan yang bertanggungjawab di tempat kerja. Ini termasuk berurus niaga dengan cara yang bebas daripada sebarang penglibatan dalam pencabulan hak asasi manusia. Dasar Hak Asasi Manusia Starwood menyokong prinsip-prinsip Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Warga kerja Starwood mempunyai tanggungjawab untuk membantu menegakkan komitmen kita terhadap hak asasi manusia, menjauhkan diri daripada tindakan yang tidak wajar dan bersuara jika melihat tindakan yang anda mengesyaki adalah menyalahi undang-undang atau melanggar Tataniaga dan Tataetika atau Dasar yang berkaitan. Perlindungan Hak Kanak-kanakStarwood mengutuk segala bentuk eksploitasi kanak-kanak, termasuk buruh kanak-kanak dan eksploitasi seksual kanak-kanak.Starwood berusaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap eksploitasi jenis ini, dan bekerjasama dengan lembaga-lembaga penguatkuasaan undang-undang bila-bila diperlukan.Perlindungan Hak Warga KerjaStarwood menyokong penghapusan amalan guna tenaga berdiskriminasi dan menggalakkan dan mendukung kepelbagaian dalam operasi perniagaannya. Starwood juga menyokong kebebasan berpersatuan dan penghapusan segala bentuk buruh paksa, terikat atau wajib.

KOMITMEN KITA UNTUK MELINDUNGI HAK ASASI MANUSIA

Panduan Sokongan dan Dasar:

> Dasar Hak Asasi Manusia> Kenyataan “Dalam jenama”> Dasar Kelestarian Persekitaram

41TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

SUMBER-SUMBER DAN MAKLUMAT BERHUBUNG

Maklumat Berhubung Am:

Pejabat Ketua Peguam (Jabatan Undang-undang)

Jabatan Audit Dalaman Jabatan Sumber Manusia Global

Lembaga Pengarah

General Counsel

Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc. One StarPoint Stamford, Connecticut 06902 United States (+1) 203-964-6000

[email protected]

Di Alamat:

Alamat Surat- Menyurat Am: Hubungan Telefon Utama:

Alamat E-mel Bantuan Am:

Chief Audit Executive

Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc. 15147 N. Scottsdale Road Suite H-210 Scottsdale, Arizona 85254 United States (+1) 480-905-4500

[email protected]

Chief Human Resources Officer

Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc. One StarPoint Stamford, Connecticut 06902 United States (+1) 203-964-6000

[email protected]

Chairman of the Audit Committee of the Board of Directors c/o Corporate Secretary

Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc. One StarPoint Stamford, Connecticut 06902 United States Tidak berkenaan

[email protected]

Sumber Teknologi> Intranet—Anda boleh layari laman utama StarwoodONE

dan Cari pautan “Lakukan Yang Wajar” untuk mencari sumber tambahan di Halaman HOTEthics. Jika anda tidak dapat mencari maklumat ini, sila berjumpa dengan wakil Sumber Manusia tempatan anda.

> Internet—Anda boleh mengakses www.HOTEthics.com untuk bertanya soalan atau melaporkan aduan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Anda juga akan mendapati Tataniaga dan Tataetika dalam pelbagai bahasa di sini. Nombor telefon talian bebas mengikut negara untuk digunakan untuk melapor aduan juga terdapat di laman web ini.

42TATANIAGA DAN TATAETIKA STARWOOD HOTELS & RESORTS WORLDWIDE, INC.

Dapatkan nasihat 8 Penyelia anda 8 Pengurus Terdekat anda atau Pengurus 8 Besar atau Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Peguam (Undang-undang) atau Audit Dalaman 8 atau jika mahu, selagi dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh melaporkan tanpa memberikan butiran nama anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di www.HOTEthics.com atau melalui telefon menggunakan nombor bebas tol yang diberikan di laman web ini.

BERSUARA. BERTANYA SOALAN. LAPORKAN KEKHUATIRAN ANDA.

Tataniaga dan Tataetika ini dan juga Dasar kita tidak bertujuan, dan tidak dalam apa cara sekalipun, merupakan kontrak pekerjaan atau jaminan penyambungan pekerjaan. Kami tidak mewujudkan sebarang hak kontrak dengan mengeluarkan Tataniaga dan Tataetika atau Dasar lain dan tidak menjamin pekerjaan bagi sebarang tempoh yang khusus. Selanjutnya, Tataniaga dan Tataetika dan Dasar kita tidak bermaksud untuk memberikan kepada warga kerja sebarang hak yang mereka tidak layak menerima mengikut undang-undang tempatan yang berkaitan.

Kami berhak meminda, mengubah suai atau mengetepikan mana-mana peruntukan Tataniaga dan Tataetika atau Dasar kita mengikut budi bicara kami semata-mata. Sehingga setakat yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan yang telah diguna pakai, hanya Lembaga Pengarah atau salah satu jawatankuasanya boleh mengecualikan pegawai eksekutif atau pengarah daripada mematuhi Tataniaga dan Tataetika ini, dan kami akan segera melaporkan sebarang pengecualian daripada mematuhi sedemikian kepada umum.