bab5 penyiasatan

40
1 BAB 5 5.1. Pengenalan Penyiasatan kemalangan tidak terhad kepada proses penyiasatan sahaja. Ia juga merangkumi langkah-langkah pemberitahuan, melaporkan hasil penyiasatan dan mengambil tindakan susulan terhadap cadangan laporan tersebut. Dengan kata lain penyiasatan adalah satu sistem, iaitu sistem penyiasatan kemalangan. Hasil penyiasatan kemalangan yang dapat mencegah berulangnya kemalangan yang sama dan mencegah berlakunya kemalangan yang lebih besar sebenarnya berfungsi sebagai satu kawalan kehilangan di dalam proses membangunkan budaya kerja yang selamat. Di dalam topik ini kita akan mempelajari berkaitan dengan langkah-langkah untuk membuat siasatan sesuatu kemalangan dan juga bagaimana hendak membentuk laporan sesuatu kemalangan sekiranya berlaku.. 5.2. Takrifan Kemalangan, Pemberitahuan dan Melaporkan Kemalangan Sebelum kita mengetahui berkaitan dengan penyiasatan kemalangan kita hendaklah memahami beberapa perkara yang berkait rapat dengan topik ini iaitu kemalangan, pemberitahuan dan melaporkan sesuatu kemalangan.

Upload: azman-hanafi

Post on 19-Jul-2015

353 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab5 penyiasatan

1

BAB 5

5.1. Pengenalan

Penyiasatan kemalangan tidak terhad kepada proses penyiasatan sahaja. Ia juga

merangkumi langkah-langkah pemberitahuan, melaporkan hasil penyiasatan dan

mengambil tindakan susulan terhadap cadangan laporan tersebut. Dengan kata lain

penyiasatan adalah satu sistem, iaitu sistem penyiasatan kemalangan. Hasil

penyiasatan kemalangan yang dapat mencegah berulangnya kemalangan yang sama

dan mencegah berlakunya kemalangan yang lebih besar sebenarnya berfungsi

sebagai satu kawalan kehilangan di dalam proses membangunkan budaya kerja yang

selamat.

Di dalam topik ini kita akan mempelajari berkaitan dengan langkah-langkah

untuk membuat siasatan sesuatu kemalangan dan juga bagaimana hendak

membentuk laporan sesuatu kemalangan sekiranya berlaku..

5.2. Takrifan Kemalangan, Pemberitahuan dan Melaporkan Kemalangan

Sebelum kita mengetahui berkaitan dengan penyiasatan kemalangan kita hendaklah

memahami beberapa perkara yang berkait rapat dengan topik ini iaitu kemalangan,

pemberitahuan dan melaporkan sesuatu kemalangan.

Page 2: Bab5 penyiasatan

2

5.2.1. Takrifan Kemalangan

Menurut Kamus Webster, kemalangan boleh ditakrifkan sebagai:

i) Peristiwa atau keadaan yang tidak dijangka dan dirancang.

ii) Peristiwa malang yang berpunca daripada kecuaian dan kejahilan.

iii) Peristiwa yang berlaku secara tidak sengaja atau akibat sebab yang

tidak diketahui.

Manakala, dalam konteks pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,

kemalangan ditakrifkan sebagai: “urutan peristiwa yang tidak dijangkakan dan tidak

dirancang, berlaku melalui gabungan beberapa sebab lalu mengakibatkan

kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda, kemalangan nyaris,

kehilangan atau gabungan kesan di atas.”

5.2.2. Pemberitahuan Kemalangan

Pemberitahuan kemalangan adalah pengaduan secara lisan atau bertulis yang dibuat

kepada pihak berkuasa atau organisasi itu sendiri sejurus selepas berlakunya

kemalangan. Maklumat yang diberikan adalah terhad kepada penerangan ringkas

mengenai kemalangan tersebut sahaja. Beberapa Akta dan Peraturan yang berkaitan

dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ada menetapkan prosedur-prosedur

pemberitahuan kemalangan masing-masing. Antaranya:

i. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994, seksyen 32

mewajibkan majikan memberitahu JKKP terdekat mengenai sebarang

kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit

pekerjaan. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian)

1996, peraturan 23 juga memperuntukkan kewajipan ini bagi kemalangan

besar.

ii. Akta Bekalan Elektrik, 447, 1990, seksyen 33 mewajibkan pemberitahuan

kepada Pengarah atau Ketua Pengarah, Jabatan Bekalan Elektrik

kemalangan yang berkaitan dengan pepasangan, loji atau kelengkapan

elektrik.

Page 3: Bab5 penyiasatan

3

iii. Keselamatan Sosial Pekerja (Umum), Peraturan-Peraturan 1971, peraturan

68, dan 68A, mewajibkan pekerja yang diinsuranskan memberi notis

kemalangannya atau penyakit pekerjaan yang dialaminya kepada majikan.

Majikan, seterusnya mesti mengisi dan menghantar borang 21 dan/atau

68A kepada pihak PERKESO. Keperluan daripada majikan ini dinyatakan

dalam peraturan-peraturan 71 dan 71A.

Daripada sudut penyiasatan kemalangan, pemberitahuan kemalangan yang segera

boleh membantu proses penyiasatan dengan mengekalkan bukti yang ada serta

mengurangkan kehilangan maklumat akibat jangka masa yang panjang di antara

kejadian kemalangan dengan siasatan. Oleh itu, pemberitahuan kemalangan boleh

ditakrifkan sebagai: “pengaduan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis yang

dibuat kepada pihak berkuasa sejurus selepas kemalangan berlaku. Maklumat yang

disampaikan terhad kepada penerangan mengenai kemalangan dan kesan primernya

atau yang dinyatakan dalam borang pemberitahuan kemalangan pihak berkuasa.”

5.2.3. Melaporkan Kemalangan

Melaporkan kemalangan atau juga disebut melaporkan siasatan kemalangan boleh

ditakrifkan sebagai satu aktiviti melaporkan hasil lengkap sesuatu siasatan

kemalangan yang telah dilakukan secara sistematik dan terperinci, kerugian

dinyatakan, punca dan sebab berlakunya kemalangan dikenal pasti dan cadangan

pembaikian dibuat.

5.3. Punca Kemalangan

Sebelum suatu kemalangan disiasat, penyiasat haruslah memahami beberapa teori

berkaitan dengan punca dan penyebab berlakunya kemalangan. Pemahaman teori ini

dapat membantu penyiasat menyiasat punca serta sebab yang mengakibatkan sesuatu

kemalangan. Beberapa teori telah dicadangkan dan boleh digunakan untuk

menerangkan serta mengenal pasti penyebab dan punca berlakunya kemalangan.

Page 4: Bab5 penyiasatan

4

5.3.1. Teori Domino

Pada mulanya pengamal keselamatan percaya bahawa kemalangan adalah daripada

keadaan fizikal peralatan atau mesin yang digunakan. Pada awal tahun 1930an, H. W.

Heinrich menyarankan bahawa manusia juga turut menjadi sebab dan punca dalam

sesuatu kemalangan. Kemalangan yang berakhir dengan kecederaan ini sentiasa

disebabkan oleh tindakan tidak selamat seseorang dan/atau hazard mekanikal atau

fizikal. Menurut Heinrich, kecederaan berlaku akibat satu urutan tetap dan logikal

faktor-faktor yang lengkap. Faktor-faktor ini seolah-olah mewakili lima domino:

i. Warisan dan pengaruh dan persekitaran sosial

ii. Kesilapan seseorang

iii. Tindakan dan/atau keadaan tidak selamat

iv. Kemalangan

v. Kecederaan

Kecederaan dapat dicegah jika salah satu domino tersebut dipisahkan dan urutan

proses tumbangnya domino faktor dihentikan. Heinrich juga mencadangkan agar

faktor Tindakan dan/atau Keadaan Tidak Selamat seseorang itu, dikeluarkan

daripada susunan domino jika kemalangan hendak dicegah.

Walau bagaimanapun Teori Domino Heinrich ini ada kelemahannya. Teori

ini memberi gambaran yang mudah terhadap penyebab kemalangan. Misalnya, teori

ini tidak menerangkan mengapa tindakan tidak selamat diambil oleh seseorang. Ia

hanya sekadar menyatakan bahawa kemalangan adalah akibat kesilapan manusia.

5.3.2. Teori Berbagai Sebab

Situasi di mana seseorang tergelincir akibat terpijak lantai berminyak dan licin,

sekali pandang boleh disimpulkan berpunca daripada minyak tersebut. Walau

bagaimanapun, apabila disiasat secara terperinci, kemalangan itu mungkin

disebabkan oleh kelalaian mangsa, keadaan tempat kerja yang tidak bersih, kurang

cahaya di tempat laluan, kebocoran bekas minyak yang tidak dilaporkan, kelemahan

pentadbiran dan pengurusan dan sebagainya. Pendek kata terdapat berbagai-bagai

Page 5: Bab5 penyiasatan

5

sebab mengapa mangsa tergelincir. Kemalangan boleh diterangkan dengan Teori

Berbagai Sebab yang bergabung secara rawak untuk mengakibatkan kemalangan.

Teori ini mencadangkan agar penyiasat kemalangan mengenal pasti sebanyak

mungkin penyebab berlakunya sesuatu kemalangan kerana setiap sebab, walaupun

kecil, telah mengakibatkan kemalangan tersebut.

5.3.3. Gabungan Teori

Bagi kesempurnaan menjelaskan penyebab kemalangan, kedua-dua teori ini perlu

digunakan bersama. Dengan menggabungkan kedua-dua teori ini, kita boleh

mengetahui bahawa kemalangan disebabkan berbagai faktor yang berlaku secara

urutan, dan faktor ini saling bertindak antara satu sama lain. Gabungan teori ini

boleh diterima untuk menerangkan punca kemalangan kerana banyak bukti

menunjukkan bahawa kemalangan bukan hanya diakibatkan oleh urutan peristiwa

yang mempunyai pertalian sebab-kesan tetapi juga saling tindak di antara berbagai

elemen seperti:

i. Majikan dan Iltizam

ii. Majikan-Pekerja

iii. Bahan dan Kelengkapan

iv. Sekitaran

v. Pemasangan dan Penyelenggaraan

vi. Prosedur Kerja

vii. Latihan

Majikan dan Iltizam

Majikan adalah ketua yang mencipta aktiviti kerja serta mereka jugalah yang

membentuk suasana kerja yang diingini. Kemalangan di tempat kerja berlaku apabila

majikan tidak menunjukkan iltizam melalui perbuatan dalam mewujudkan suasana

dan budaya kerja yang selamat dan sihat. Tindakan majikan yang mengabaikan

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja juga dipengaruhi oleh faktor-faktor

desakan luaran, misalnya undang-undang, produktiviti dan sebagainya. Selain itu,

terdapat juga majikan yang didesak oleh jadual pengeluaran. Akibatnya, majikan

Page 6: Bab5 penyiasatan

6

mengambil jalan pintas di mana mengabaikan prosedur atau memaksa proses

berfungsi di luar batas keselamatannya. Kebiasaannya majikan bukanlah punca

kesilapan terdekat atau aktif, iaitu yang mengakibatkan kemalangan secara langsung.

Sebaliknya majikan adalah punca kesilapan pendam, iaitu kesilapan yang tidak jelas

tetapi sangat mempengaruhi keadaan tempat kerja dan cara pekerja bekerja.

Kesilapan pendam ini amat diambil kira di dalam setiap penyiasatan kemalangan.

Majikan-Pekerja

Majikan dan pekerja merupakan penggerak sesebuah organisasi. Tingkah laku, sikap

serta cara bekerja menentukan persekitaran yang selamat. Kemalangan yang

disebabkan oleh elemen manusia ini dipanggil kesilapan manusia. Kesilapan

manusia tidak boleh diambil sebagai punca tunggal untuk menerangkan sesuatu

kemalangan. Kesilapan manusia dianggap bukan punca tetapi simptom kepada

masalah yang lebih mendalam.

Bahan dan Kelengkapan

Bahan dan kelengkapan boleh secara sendirian ataupun bersaling tindak antara satu

dengan yang lain boleh mempengaruhi sekitaran selamat di tempat kerja. Saling

tindak kedua-dua elemen ini dapat memberi pertalian sebab dan kesan di dalam

kemalangan. Bahan diperlukan untuk membuat kelengkapan, peralatan, dan mesin.

Sebagai contoh, plastik bermutu rendah serta reka bentuk yang salah tidak dapat

memberi kekuatan yang diperlukan untuk membuat kerusi plastik bagi menampung

berat pengguna. Pengguna yang tidak mengetahui tentang had penggunaan jenis

kerusi ini boleh terdedah kepada kemalangan. Selain itu, kelengkapan juga boleh

mengakibatkan kemalangan. Kelengkapan yang rosak, disalah guna (secara sengaja

atau tidak sengaja) atau reka bentuk yang membahayakan (tanpa elemen keselamatan

seperti pelindung, perisai atau tidak ergonomik) boleh mengakibatkan kemalangan.

Page 7: Bab5 penyiasatan

7

Sekitaran

Sekitaran juga boleh mempengaruhi pekerja melakukan kerja mereka. Sekitaran

yang terlalu terang atau gelap, sejuk atau panas, bising atau senyap boleh

mempengaruhi pekerja dan kelengkapan. Selain itu, tempat kerja yang terlalu bising

boleh mengganggu kesihatan pekerja melalui kehilangan pendengaran dan

perubahan tingkah laku serta mood pekerja kepada bersifat negatif. Begitu juga

dengan bahan yang tidak bernyawa seperti besi di mana besi mudah berkarat jika

terdedah kepada kelembapan atau sekitaran air laut. Kemalangan yang dipercayai

akibat pengaruh sekitaran, mesti disiasat dengan melihat juga sumbangan majikan-

pekerja terhadap kemalangan tersebut.

Pemasangan dan Penyelenggaraan

Operasi dan tempoh hayat sesuatu pemasangan sangat bergantung pada cara

pemasangan dan penyelenggaraannya. Keutuhan struktur besi dipengaruhi oleh

keadaan cuaca, tapak di mana ia didirikan, penyenggaraan yang dilakukan dan

sebagainya. Kegagalan pemasangan dan penyenggaraan juga mungkin ada kaitannya

dengan elemen majikan-pekerja.

Prosedur Kerja

Prosedur kerja disediakan bagi membantu melakukan kerja dan menjalankan mesin

yang kompleks dengan berkesan dan selamat. Oleh yang demikian, prosedur kerja

haruslah dipatuhi agar kerja dapat dilaksanakan mengikut kaedah yang ditetapkan.

Kelemahan prosedur kerja boleh berpunca daripada prosedur yang salah, tidak

difahami, kurang lengkap atau kerja yang dilakukan tidak mempunyai prosedur.

Oleh sebab prosedur kerja ditentukan oleh pihak pengurusan yang menentukan dasar

dan perkiraan, maka kemalangan yang berpunca daripada prosedur kerja harus juga

dilihat di peringkat-peringkat tersebut.

Page 8: Bab5 penyiasatan

8

Latihan

Semua pekerja perlu diberi latihan bagi memastikan dia mahir dan melakukan kerja

seperti yang diharapkan. Melakukan pekerjaan dengan kemahiran bukan sahaja

memastikan ia dilakukan dengan cekap tetapi juga selamat. Latihan boleh bersifat

formal atau tidak formal. Ia bergantung pada sifat tugas yang dilakukan serta risiko

yang terlibat, majikan haruslah membuat risiko yang tepat sama ada pekerjanya

harus menerima latihan formal atau sebaliknya atau kedua-duanya sekali. Adalah

tidak munasabah jika menyerahkan latihan operasi jentolak atau lori kepada latihan

tidak formal. Latihan tidak formal dihadkan oleh kemampuan pengajar yang

mengajar. Sebaliknya, latihan yang formal dilakukan mengikut program latihan yang

telah dirancang dan dilaksanakan dengan rapi. Latihan formal dimestikan jika

persijilan dan kompetensi diperlukan.

Page 9: Bab5 penyiasatan

9

TINDAKAN TIDAK SELAMAT

1. Tidak mengikut protokol kerja selamat

2. Tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja

3. Tidak mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa

4. Tidak menyelenggara mesin dan peralatan secara sistematik

5. Makan, minum atau merokok semasa bekerja

6. Di bawah pengaruh alkohol atau dadah dalam waktu kerja

7. Tidak menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan

8. ditempat kerja dari masa ke semasa

9. Tidak menggunakan kelengkapan atau pakaian

10. perlindungan peribadi yang sesuai dengan betul

PERSEKITARAN TIDAK SELAMAT

1. Susun atur yang tidak kemas

2. Ruang kerja yang tidak selesa

3. Pencahayaan yang tidak mencukupi bagi kerja yang dilakukan

4. Pengaliran udara yang tidak baik

5. Bunyi bising yang tidak terkawal

6. Peralatan yang tidak berfungsi dengan baik dan sesuai

7. Tiada kelengkapan atau pakaian keselamatan pada mesin yang sesuai

8. Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang tidak selamat

9. Sistem penggera yang tidak berfungsi

10. Sistem pencegah kebakaran yang tidak lengkap dan tidak berfungsi

11. Tanda-tanda amaran bahaya yang tidak jelas dan mencukupi

12. Tanda-tanda arahan keselamatan yang tidak jelas dan mencukupi

JENIS KEMALANGAN

1. Tersepit antara objek

2. Terjatuh

3. Tergelincir

4. Berlanggar

5. Meletup

6. Terbakar

AKIBAT

1. Melambatkan pengeluaran

2. Menjejaskan kualiti

3. Kerosakan

4. Kemusnahan harta benda

5. Kecacatan / Kecederaan

6. Kematian

KEMALANGAN

Page 10: Bab5 penyiasatan

10

TINDAKAN PENGURUSAN KESELAMATAN

1. Arahan tidak lengkap

2. Peraturan tidak dikuatkuasakan

3. Keselamatan bukan merupakan sebahagian dari tatacara

kerja

4. Hazard yang ada tidak dikawal dengan baik

5. Kurang interaksi antara pihak Pengurusan

6. Keselamatan dan Kesihatan dengan pekerja

7. Peranti perlindungan peribadi tidak dibekalkan

KEADAAN MENTAL PEKERJA

1. Kurang kesedaran tentang kepentingan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan

2. Kurang kordinasi

3. Reaksi psiko-motor perlahan

4. Sikap yang kurang baik

5. Kurang daya tumpuan

6. Emosi kurang stabil

7. Cepat panik

8. Cepat baran

KEADAAN FIZIKAL PEKERJA

1. Kelesuan

2. Kurang daya pendengaran

3. Kurang daya penglihatan

4. Kurang kekuatan fizikal untuk melakukan kerja

5. Kecacatan atau kurang upaya

FAKTOR PENYEBAB

KEMALANGAN

Page 11: Bab5 penyiasatan

11

5.4. Penyiasatan Kemalangan Pekerjaan

Di dalam sub-topik ini ianya terbahagi kepada 3 iaitu objektif penyiasatan, siasatan

kemalangan, dan perancangan sebelum dan selepas kemalangan untuk memudahkan

kepada kita memahami tentang penyiasatan kemalangan.

5.4.1. Objektif Penyiasatan

Terdapat tiga objektif utama mengapa setiap kemalangan di tempat kerja mesti

disiasat. Objektif tersebut ialah:

i. Melaksanakan tanggungjawab kebajikan

ii. Mencegah kehilangan dan kerugian seterusnya

iii. Memenuhi kehendak undang-undang yang disyaratkan dalam Akta dan

peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Di dalam mencapai objektif di atas, perkara yang mesti di tekankan didalam setiap

penyiasatan ialah, ia bukan bertujuan untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi untuk

mencari punca dan penyebab berlakunya kemalangan. Namun tidak dapat dinafikan

bahawa apabila penyebab dan punca kemalangan ditentukan, maka kesalahan

manusia berkemungkinan menjadi salah satu penyebabnya. Penyiasatan yang

bertujuan menyalahkan orang tidak akan menggalak kerjasama orang yang terlibat di

dalam siasatan. Lebih malangnya jika maklumat salah dan palsu diberikannya.

Melaksanakan Tanggungjawab kebajikan

Menyiasat kemalangan ialah satu iltizam majikan kepada pekerja. Dengan menyiasat

segala kemalangan pekerjaan, majikan membuktikan bahawa mereka mengambil

berat terhadap kemalangan yang berlaku dan ingin mengetahui sebab sebenar

kemalangan itu berlaku agar langkah pencegahan dapat dilaksanakan dan

memastikan pekerja sentiasa bekerja di dalam keadaan sihat dan selamat. Hasil

siasatan sesuatu kemalangan diperlukan oleh pekerja juga. Maklumat daripada

penyiasatan kemalangan:-

Page 12: Bab5 penyiasatan

12

i. Boleh memberkan maklumat tambahan dan kesedaran kepada pekerja

terhadap hazard yang terdapat di tempat kerjanya.

ii. Boleh menghapuskan khabar angin dan memberikan gambaran sebenar

bagaimana kemalangan berlaku.

iii. Membantu meningkatkan moral pekerja kerana mereka tahu penyebab

berlakunya kemalangan dan saranan pembaikan telah dicadangkan untuk

mencegah kemalangan yang sama berulang kembali.

iv. Membolehkan mereka menyelesaikan masalah tuntutan dan kompensasi.

Mencegah Kehilangan Dan Kerugian Seterusnya.

Kemalangan yang tidak dipelajari akan berulang kembali. Jika ini berlaku organisasi

itu akan mengalami kehilangan yang berterusan. Majikan memerlukan hasil siasatan

untuk mencegah kemalangan yang sama daripada berulang. Sekaligus usaha ini

diharap dapat mencegah kehilangan seterusnya. Usaha mencegah kehilangan

seterusnya ini, secara tidak langsung adalah usaha untuk meningkatkan sistem kerja

selamat dan ini sangat berkaitan dengan menjaga kepentingan organisasi dan pekerja.

Walaupun, pada akhirnya kos kehilangan akibat kemalangan kelihatan kecil tetapi

apabila semua kos berkaitan dan yang tersembunyi (seperti kehilangan pendapatan,

masa kerja, perubatan, denda, moral dan nyawa) diambil kira, maka kos sebenar

yang hilang adalah jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Kehilangan akibat

kemalangan hanya dapat dicegah apabila:

i. Sebab sebenar bagaimana sesuatu kemalangan itu berlaku ditentukan.

ii. Maklumat yang mengenal pasti kelemahan prosedur dan keadaan operasi,

termasuklah kegagalan menyediakan tempat kerja yang selamat, latihan

dan peralatan perlindungan peribadi, dikumpul dan dianalisis.

iii. Langkah kawalan untuk mencegah kemalangan yang serupa berulang

dibangunkan juga.

iv. Fakta yang ditemui dalam penyiasatan direkod supaya boleh dirujuk dan

dianalisis di masa hadapan. Maklumat daripada siasatan juga boleh

Page 13: Bab5 penyiasatan

13

digunakan oleh pihak lain sebagai rujukan untuk menangani masalah yang

serupa.

v. Kemalangan dapat dikurangkan dan operasi menjadi lebih cekap dan

selamat.

Keperluan Akta dan Peraturan

Banyak peruntukan di bawah Akta dan peraturan yang jelas mewajibkan kemalangan

di tempat kerja diberitahu, disiasat dan dilaporkan. Antara peruntukan tersebut

termasuk:

i. Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan, 514, 1994, bahagian VIII

pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan

pekerjaan dan penyakit pekerjaan dan siasatan, seksyen 32(1).

ii. Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan, 1994, peraturan –peraturan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pegawai keselamatan dan kesihatan)

1997. Bahagian IV, kewajipan Majikan, peraturan 17. Penyiasatan apa-apa

kemalangan.

Inilah antara contoh akta dan peraturan yang mewajibkan kemalangan ditempat kerja

diberitahu, disiasat dan dilaporkan, Kecuali PERKESO yang menguatkuasakan Akta

yang lain memerlukan laporan kemalangan bagi tujuan berikut:

i. Untuk mengetahui sebab munasabah berlakunya kemalangan.

ii. Untuk mendapatkan maklumat untuk membantu di dalam penyediaan

garis panduan dan peraturan baru bagi tujuan penguatkuasaan pencegahan.

iii. Mendapatkan data untuk statistik dan perancangan.

iv. Untuk pendakwaan jika terdapat unsur kecuaian dan tidak mematuhi

peraturan tersedia.

PERKESO, di bawah akta keselamatan social pekerja, 1969, memerlukan laporan

kemalangan bukan untuk pendakwaan tetapi bagi tujuan memberikan perkhidmatan

perubatan percuma, pampasan dan juga statistik. Walaupun, terdapat perbezaan

Page 14: Bab5 penyiasatan

14

tujuan utama mengapa laporan kemalangan diperlukan oleh pihak berkuasa yang

berlainan, kesemuanya mengenakan denda jika laporan tidak dikemukakan selepas

berlakunya setiap kemalangan di tempat kerja. Walaupun tuntutan undang-undang

mengenai pemberitahuan, penyiasatan dan melaporkan kemalangan adalah jelas dan

mesti dipatuhi, menjadikan keperluan undang-undang sebagai alasan utama untuk

memberitahu, menyiasat dan melaporkan kemalangan di tempat kerja adalah tidak

menepati semangat membudayakan sistem kerja selamat. Hasil penyiasatan

kemalangan yang didorong oleh kehendak undang-undang akan menjadi cetek dan

tidak dapat mencari punca asas berlakunya kemalangan. Jika punca asas kemalangan

tidak diketahui dan diatasi, kesilapan yang serupa akan diulangi dan kemalangan

yang sama akan berulang kembali.

5.4.2. Siasatan kemalangan

Siasatan kemalangan, kemalangan nyaris dan insiden merbahaya membolehkan kita

memahami bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Ia adalah salah satu cara terbaik

untuk mengelakkan kemalangan berulang.

Matlamat Penyiasatan Kemalangan:

i. Menepati kehendak undang–undang.

ii. Mengenal pasti mekanisma dan penyebab berlakunya kemalangan.

iii. Mengenal pasti hazard.

iv. Memperkenalkan kaedah yang khusus bagi mencegah berulangnya

kemalangan yang sama.

v. Mengenal pasti keperluan latihan/pendidikan di kalangan pekerja.

Panduan Menjalankan Penyiasatan Kemalangan

i. Jalankan penyiasatan secepat mungkin.

ii. Pastikan tempat kejadian adalah selamat.

iii. Pergi ke tempat kejadian secepat mungkin.

iv. Pastikan individu yang tercedera telah mendapat rawatan kecemasan yang

diperlukan.

v. Dapatkan maklumat daripada saksi kemalangan.

Page 15: Bab5 penyiasatan

15

vi. Rekodkan kejadian dengan foto, lengkap dengan tarikh serta masa atau

lakarkan kejadian.

vii. Lindungi bukti- bukti yang diperolehi.

viii. Buat kesimpulan hasil siasatan.

Peralatan Yang Diperlukan Dalam Penyiasatan

i. Pen dan buku nota.

ii. Alat pengukur (measuring tape).

iii. Bekas spesimen.

iv. Kamera, filem.

v. Alat perakam suara dan kaset.

vi. Borang laporan kemalangan.

vii. Senarai semak.

viii. Kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi.

Persoalan Yang Perlu Dijawab Dalam Penyiasatan:

i. Siapa yang terlibat?

ii. Apa yang berlaku?

iii. Bila ia berlaku?

iv. Di mana ia berlaku?

v. Mengapa ia boleh berlaku?

vi. Bagaimana ia boleh berlaku?

Tatacara Penyiasatan Kemalangan

i. Hendaklah dipastikan tiada gangguan kepada penyiasatan di tempat

kemalangan atau di tempat kejadian berbahaya.

ii. Tiada sesiapa boleh mengalih, mengganggu atau mengusik mana-mana

barang yang berkaitan dengan kejadian itu kecuali setakat yang perlu

untuk :

a. Menyelamatkan nyawa, mengurangkan kecederaan atau penderitaan.

b. Menyelenggarakan laluan orang awam

c. Mencegah kerosakan/kehilangan kepada harta atau alam sekeliling.

Page 16: Bab5 penyiasatan

16

iii. Tempat kejadian kemalangan mestilah disita supaya tiada siapa dapat

memasuki kawasan tersebut dan mungkin boleh mengganggu perjalanan

siasatan yang dilakukan. Siasatan hendaklah dibuat oleh pegawai yang

diberikan kuasa sahaja.

iv. Soal siasat kesemua yang terbabit dalam kemalangan atau insiden tersebut

untuk mengenal pasti semua penyebab.

v. Rujuk kaedah kerja serta piawai yang sedia ada, arahan pihak atasan, latihan,

stesyen kerja, mesin, ciri-ciri keselamatan sedia ada, persekitaran, cuaca dan

lain-lain yang dirasakan berkaitan.

vi. Dokumenkan semua maklumat yang diperolehi menggunakan borang

laporan yang sedia ada. Laporan penyiasatan adalah sulit.

vii. Semua laporan kemalangan, kemalangan nyaris dan insiden merbahaya

perlu dianalisa dan disemak secara berkala serta dibincangkan dalam

mesyuarat

5.4.3. Perancangan Penyiasatan kemalangan

Perancangan sistem penyiasatan kemalangan adalah mewujudkan dasar atau kaedah

memberitahu, menyiasat dan melaporkan sesuatu kemalangan. Selain itu, di dalam

perancangan penyiasatan ini adalah untuk membangunkan sistem komunikasi

memberitahu, menyiasat dan melaporkan sesuatu kemalangan. Justeru itu, ia juga

akan menjelaskan tugas penyiasat, mengadakan latihan penyiasat, menyediakan

peralatan untuk mengumpul fakta serta membangunkan borang peberitahuan

kemalangan. Dalam perancangan kemalangan ini ianya terbahagi kepada dua iaitu

perancangan sebelum kemalangan dan perancangan selepas kemalangan.

Perancangan Sebelum Kemalangan

Organisasi hendaklah sentiasa meramal kebarangkalian berlakunya kemalangan

supaya ia bersedia menghadapinya. Persediaan sebelum kemalangan merangkumi:

i. Mengenalpasti tugas, tanggungjawab serta kuasa untuk menyiasat dan

menjalankan tindakan pembetulan.

Page 17: Bab5 penyiasatan

17

ii. Mempunyai sistem untuk melapor & merekod semua kemalangan &

kecederaan.

iii. Melantik orang yang sesuai untuk dilatih menjadi kompeten dan

bertanggungjawab dalam penyiasatan.

Senarai semak maklumat yang boleh di muatkan dalam borang untuk siasatan

kemalangan: *contoh maklumat yang perlu ada didalam borang utk siasatan

kemalangan:

Bil BUTIRAN/MAKLUMAT

1. Nama organisasi/syarikat.

2. Nama boring

3. Alamat & nombor telefon/fak.

4. Maklumat kemalangan: tarikh, masa, tempat kejadian/pekerjaan yg dilakukan

semasa kemalangan/kerosakan harta benda.

5. Maklumat mangsa: nama/kp/sek/umur/no perkeso/jawatan/pekerjaan yg

dilakukan semasa kemalangan/kompetensi pekerja/alamat/no tel/jenis

kecederaan/rawatan/yg diterima/tempuh masa tidak bekerja/hospital @klinik

yg merawat.

6. Maklumat hartabenda yg rosak/musnah: alat kelengkapan/jumlah kerugian/

alat/jumlah kerugian kepada syarikat.

7. Langkah kawalan sebelum kemalangan:ppe/permit kerja/latihan/ bilangan

pekerja terlibat /kewujudan & ketepatan prosedur kerja selamat.

8. Punca/faktor kemalangan: sebab –musabab kemalangan/cadangan pembaikan

bagi setiap punca (cadangan jangka pendek & panjang)

9. Penerangan deskritif mengenai kemalangan.

10. Langkah kawalan (jangka pendek & panjang) yg telah dan akan diambil &

pemantauannya.

11. Bilangan/nama/jawatan/tempuh perkhidmatan/butir pengalaman & latihan

kerja setiap saksi yg disiasat.

12. Pasukan penyiasat & kelayakan mereka.

13. Pelapor/pengesah/tarikh/tandattangan/jawatan

Page 18: Bab5 penyiasatan

18

Perancangan Selepas Kemalangan

Perancangan selepas berlaku kemalangan (sebelum memulakan penyiasatan)

i. Dapatkan gambaran keseluruhan kemalangan dahulu (secure the accident

scene).

ii. Guna senarai semak soalan asas penyiasatan.

iii. Bawa peralatan penyiasatan.

iv. Mengumpul maklumat iaitu mendapatkan fakta melalui saksi, dimana

saksi boleh dikategorikan kepada 3 jenis saksi seperti berikut:

(a) Mangsa kemalangan.

(b) Saksi primer yg menyaksikan kemalangan tetapi tidak terlibat secara

langsung dg kemalangan.

(c) Saksi sekunder yg tidak terlibat secara langsung tetapi mengetahui

latar belakang kemalangan.

5.5. Menganalisis Insiden

Peringkat ini adalah peringkat yang sangat rumit di dalam sesuatu siasatan

kemalangan. Di peringkat ini semua maklumat yang terkumpul di analisis dan

disintesis untuk mendapatkan sebarang pertalian diantaranya. Seterusnya pertalian

ini diharap dapat mengenal pasti faKtor-faktor penyebab asas dan penyumbang

kepada kemalangan dan juga menjelaskan urutan bagaimana kemalangan itu berlaku.

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa factor penyumbang adalah simptom kemalangan

dan mengatasi simptom sahaja tidak mencegah kemalangan daripada berulang.

Hanya kawalan terhadap penyebab asas kemalangan dapat mengurangkan secara

drastik kemungkinan berulangnya kemalangan yang sama. Misalnya, didalam

kemalangan yang melibatkan objek terjatuh dan bangunan tinggi yang sedang dibina

dan menimpa pekerja, factor penyumbang kemalangan ini adalah sikap kecuaian /

tidak sengaja pekerja yang sedang bekerja di bangunan tinggi. Jika pekerja ini

diperingatkan supaya berhati-hati di masa hadapan, masalah kejatuhan objek boleh

dikawal buat seketika. Ini adalah kerana hanya factor penyebab (simptom)

kemalangan telah cuba di atasi. Sebaliknya jika langkah memasang “beboard” atau

jaring penghalang terjatuhnya sebarang objek ke bawah dipasang, mengira siapa

Page 19: Bab5 penyiasatan

19

yang bekerja diatas bangunan tersebut. Ini adalah kerana faktor penyebab asas

kemalangan telah diatasi.

Sebagai permulaan, maklumat mengenai kemalangan boleh dianalisis dengan

membahagikan maklumat tersebut kepada yang menerangkan peristiwa dan keadaan

sebelum kemalangan dan fakta kemalangan itu sendiri. Maklumat peristiwa dan

keadaan sebelum kemalangan akan memberikan status proses, bahan, tindakan dan

keadaan kerja tidak selamat sebelum kemalangan berlaku. Fakta mengenai

kemalangan akan memberikan maklumat impak kemalangan dan kecekapan

organisasi didalam menangani kemalangan itu. Maklumat yang dapat ditentukan

daripada peristiwa dan keadaan sebelum kemalangan termasuk :

i. Kerja yang dilakukan, misalnya, apa dan bagaimana kerja dilakukan

ii. Samada arahan kerja sudah diberikan

iii. Samada kerja yang dilakukan itu mengikut prosedur.

iv. Keadaan tempat kerja, (misalnya, kebersihan, pencahayaan, pengudaraan,

kelengkapan perlindungan peribadi, penandaan, kelengkapan kecemasan,

cuaca dan sebagainya.

v. Pelan susunatur dengan kedudukan kemalangan yang tepat.

Fakta kemalangan itu sendiri memberikan maklumat:

i. Penerangan tentang kemalangan

ii. Masa dan tempat kemalangan berlaku

iii. Jenis hazard yang terlibat

iv. Kecederaan

v. Kerosakan mesin, kelengkapan dan kemudahan

vi. Pekerja yang terlibat

Analisis seterusnya boleh dibuat dengan menggunakan teknik Analisis Pokok Gagal

(Fault Tree Analysis), MORT atau “Management Oversight and Risk Tree” dan

sebagainya. Teknik analisis pokok gagal dianggap kaedah yang paling berguna

terutama bagi proses atau sistem yang rumit. Analisis pokok gagal menggunakan

konsep alasan diduktif atau “deductive reasoning“untuk memberi jawapan yang

khusus kepada yang umum. Apa yang terjadi didalam analisis pokok gagal ini ialah,

Page 20: Bab5 penyiasatan

20

daripada satu peristiwa umum (kemalangan), penyiasat akan memperolehi cabang-

cabang penyebab yang menerangkan bagaimana kemalangan itu berlaku.untuk itu

penyiasat harus bertanyakan soalan, “apakah yang menyebabkan keadaan ini

berlaku?” di setiap cabang penyebab. Rajah 1 menunjukkan satu contoh penggunaan

analisis pokok gagal di dalam menentukan penyebab berlakunya kemalangan yang

melibatkan rambut tersangkut di celah “Roller”. Di dalam analisis pokok gagal

(yang tidak lengkap ini), kemalangan di kenalpasti telah disebabkan oleh kegagalan

sistem kawalan kejuruteraan, prosedur kerja, sekitaran kerja, kemasan diri pekerja,

latihan dan pengurusan.

Rajah 1: Analisis Pokok Gagal

RAMBUT TERDEDAH MESIN TIDAK

BERHENTI

Mesin

Tidak Ada

Guard

Tidak Pakai Tudung

Kepala Bekerja

sendirian

Tiada

pemberhenti

kecemasan

Bahaya

Tidak selesa Tiada

Peraturan

n

Prosedur Kerja

Lemah

Tidak cukup

orang terlatih

Rambut

panjang Tudung

ketat

Bilik Panas

Dan sebagainya

Dan sebagainya

RAMBUT TERSANGKUT DALAM “ROLLER”

Page 21: Bab5 penyiasatan

21

5.6. Laporan Kemalangan

Apabila data/ maklumat telah dikumpul, dianalisis dan disentesis serta cadangan dan

kesimpulan telah dibuat, maka langkah seterusnya ialah mendokumentasikan hasil

siasatan tersebut didalam bentuk laporan siasatan kemalangan (atau laporan siasatan

kemalangan) adalah tidak sama dengan aduan atau pemberitahuan kemalangan

kerana ia dihasilkan selepas penyiasatan kemalangan yang terperinci dan

komprehensif. Laporan kemalangan juga mempunyai cara penulisan dan kandungan

yang berbeza daripada pemberitahuan.

Jenis laporan kemalangan bergantung kepada penerimanya. Rata-rata pihak

berkuasa seperti JKKP, PERKESO, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bekalan

Elektrik dan LPTA, hanya menetapkan majikan menyediakan laporan terperinci

kemalangan di tempat kerja sahaja. Mereka tidak menekankan format penulisan

tetapi sekadar menetapkan bentuk kandungan laporan siasatan sahaja. Selain

daripada pihak berkuasa, majikan juga memerlukan laporan kemalangan untuk

kegunaan organisasinya. Menjadi tugas majikan atau pengurus yang diberi kuasa

untuk mengetahui pihak berkuasa mana yang mesti menerima laporan kemalangan di

tempat kerjanya. Tugas ini agak rumit kerana Negara kita mempunyai banyak Akta

dan peraturan serta pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan

Akta-akta masing-masing, yang juga berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di

tempat kerja tetapi bagi hazard yang khas.

Tidak ada pihak berkuasa yang menolak laporan kemalangan yang terperinci

dan melebihi apa yang diperlukan, malahan itulah yang dialu-alukan. Ini bermakna

satu laporan kemalangan yang terperinci yang diperlukan oleh majikan (dan

mengandungi maklumat yang diperlukan oleh pihak berkuasa), sudah cukup untuk

dilaporkan kepada semua pihak. Soalannya hanyalah sejauh manakah pihak majikan

sanggup mendedahkan maklumat yang dikenalpasti serta cadangan pembaikan

organisasinya, kepada pihak berkuasa. Ada diantara perkara yang dikenalpasti

didalam penyiasatan mungkin sulit buat organisasi tersebut.

Page 22: Bab5 penyiasatan

22

Secara amnya sesebuah laporan kemalangan, sekurang-kurangnya mengandungi

tajuk-tajuk berikut:

i. Ringkasan / Ringkasan Eksekutif

ii. Penerangan terperinci serta plan lakaran mengenai kemalangan.

iii. Analisis bukti.

iv. Saranan tindakan.

v. Kesimpulan.

Kedalaman dan keluasan setiap tajuk yang dilaporkan berbeza dan bergantung

kepada kemampuan penyiasat dan keperluan organisasi. Penyiasat professional

sudah tentu diharap akan membuat laporan penyiasatan yang lebih terperinci

berbanding dengan bukan professional. Jika laporan yang lebih terperinci dan

komprehensif diperlukan, maka laporan penyiasatan boleh mengambil kira dan

melaporkan perkara berikut:

a) Pengenalan.

- Tujuan dan skop penyiasatan

b) Ringkasan eksekutif

- Ringkasan apa, bagaimana, hasil dan saranan penyiasatan.

Ringkasan ini biasanya tidak melebihi 1/10 ketebalan jumlah

laporan

c) Kaedah penyiasatan

- Kaedah penyiasatan yang digunakan, pakar yang terlibat dan

teknik analisis yang digunakan.

d) Ahli penyiasatan

- Senarai penyiasat dan kelayakan mereka.

e) Perincian peristiwa kemalangan

- Perincian dan penerangan semua fakta yang diketahui mengenai

kemalangan

f) Cadangan

- Cadangan tindakan pembaikan serta langkah-langkah bagaimana ia

akan dilaksanakan

Page 23: Bab5 penyiasatan

23

g) Kesimpulan

- Kesimpulan terhadap setiap punca dan penyebab yang dikenalpasti

dan perlu ditekankan semula.

h) Apendiks.

- Senarai dokumen, urutan proses penyiasatan, pelan, gambar,

lakaran dan sebagainya.

5.6.1. Penilaian Kesimpulan laporan dan cadangan pembaikan

Kesimpulan dan cadangan yang dibuat oleh penyiasat atau jawatankuasa penyiasat di

dalam laporan penyiasatan, mesti dibincangkan di peringkat Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Keperluan ini telah ditetapkan di dalam

peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Peraturan 13. Seterusnya, jawatankuasa ini

dikehendaki membuat cadangan kepada majikan atau pengurusnya yang diberikuasa,

mengenai langkah yang hendak diambil untuk mencegah peristiwa itu daripada

berulang. Majikan atau pengurus yang diberikuasa ini mestilah dengan seberapa

segera yang praktik, selepas menerima laporan penyiasatan ini. Membincangkannya

dengan pengerusi jawatankuasa atau pegawai Keselamatan dan Kesihatan. Mengikut

peraturan 14 peraturan yang sama, keputusan perbincangan ini hendaklah direkod di

dalam laporan dan satu salinan laporan ini disimpan selama tempoh tujuh tahun.

5.6.2. Tindakan Susulan terhadap saranan

Tindakan susulan terhadap cadangan laporan siasatan adalah peringkat terpenting

yang elengkapkan objektif penyiasatan kemalangan. Pengerusi Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan atau pegawai Keselamatan dan Kesihatan mesti

mengarah tindakan susulan di ambil terhadap saranan yang telah diputuskan hasil

perbincangan dengan majikan atau pengurus yang diberikuasa. Prosedur ini telah

ditetapkan didalam Peraturan- Peraturan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Jawatankuasa Keselaatan dan Kesihatan) 1996, Peraturan 14.

Page 24: Bab5 penyiasatan

24

5.6.3. Penyiasat Kemalangan

Peraturan –peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan) 1996, peraturan 13, dan peraturan –peraturan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( Pegawai Keselamatan dan Kesihatan ) 1997,

peraturan 18(c), masing-masing menetapkan ahli jawatankuasa Keselamatan dan

Kesihatan dan pegawai Keselamatan dan Kesihatan, mempunyai kewajipan untuk

menyiasat sebarang kemalangan di tempat kerja. Walaubagaimanapun, ini tidak

bermakna orang lain tidak boleh dilantik untuk menyiasat kemalangan. Pada

dasarnya, orang yang terbaik untuk melakukan penyiasatan kemalangan adalah orang

yang sudah dikenalpasti dan dilatih untuk tujuan tersebut. Selain daripada

kompentasi di dalam disiplin lain yang berkaitan dengan aktiviti organisasi

(misalnya, kejuruteraan, kawalan proses, pengurusan, keselamatan, kesihatan dan

sebagainya).

Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pegawai

keselamatan dan kesihatan) 1997, Bahagian IV, peraturan 17 ada menetapkan agar

“majikan mengarahkan seorang atau lebih penyelia yang mempunyai kawalan

langsung keatas orang atau aktiviti tempat kerja untuk membantu pegawai

keselamatan dan kesihatan dalam mana-mana penyiasatan mengenai kemalangan,

kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit

pekerjaan”. Pihak majikan juga boleh melantik orang yang lebih pakar dari dalam

dan luar organisasi untuk menjalankan tugas ini jika perlu.

5.6.4. Membuat pemberitahuan kepada pihak berkuasa

Tugas pemberitahuan kepada pihak berkuasa sudah dijelaskan dalam beberapa

peruntukan undang-undang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Faktor penentu pihak berkuasa mana yang mesti dimaklumkan sudah diterangkan

sebelum ini. Antara mereka yang diwajibkan membuat pemberitahuan ini

termasuklah :

Page 25: Bab5 penyiasatan

25

Majikan / penduduk Kilang / pengilang :

Pihak ini hendaklah memberitahu pejabat keselamatan dan kesihatan terdekat,

mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau

penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja

“ [Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994, Bahagian VIII, Seksyen 32 (1)]

Pengamal perubatan berdaftar / pegawai perubatan

Pihak yang merawat, atau dipanggil untuk melawat, seorang pesakit yang dia

percaya menghidap mana-mana penyakit yang disenaraikan dalam jadual Ketiga

Akta Kilang dan Jentera 1967, atau mana-mana penyakit yang dinamakan peraturan

atau perintah yang dibuat Menteri di bawah Akta ini, atau keracunan pekerjaan

hendaklah melaporkan perkara itu kepada Ketua Pengarah, JKKP”. [Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994, Bahagian VIII, Seksyen 32(2)]

Pemegang lesen (OYBTL)

Pihak ini diwajibkan oleh peraturan 31 (1&2) untuk membuat pemberitahuan kepada

AELB jika berlaku dedahan sinaran tak sengaja dan dedahan kecemasan. [ Akta

Perlesenan Tenaga Atom, 1984, Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Standard

Keselamatan Asas) 1988]

Page 26: Bab5 penyiasatan

26

5.7. Contoh - Contoh Borang

CONTOH 1: BORANG SIASATAN INSIDEN

Page 27: Bab5 penyiasatan

27

Page 28: Bab5 penyiasatan

28

CONTOH 2 : BORANG LAPORAN KEMALANGAN

Page 29: Bab5 penyiasatan

29

CONTOH 3 : BORANG LAPORAN KERACUNAN PEKERJAAN

Page 30: Bab5 penyiasatan

30

CONTOH 4 : BORANG LAPORAN SIASATAN KEMALANGAN

LAPORAN SIASATAN

KEMALANGAN (BORANG OSH LKK02)

No. Rujukan : Tarikh :

Butiran ringkas kejadian

Tarikh : Masa :

Lokasi : Kod

Kejadian :

Ringkasan Eksekutif

Jawatankuasa Penyiasat

Nama Jawatan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Page 31: Bab5 penyiasatan

31

1. Maklumat Pemberitahuan & Jabatan, Fakulti, Pusat

Nama :

Alamat/ Lokasi:

Poskod : No. Telefon :

No. R.O.C. : Saiz industri :

Tarikh hantar JKKP 6 :

Tarikh hantar LKK/01

Orang bertangggungjawab (Tapak bina sahaja) :

Nama pemberitahu

Jawatan :

No. telefon :

2. Kategori kemalanagan :

Sila tanda

( )

KATEGORI KETERANGAN

Kategori 1

Kematian atau kecederaan badan yang serius. (Fatal or Serious Bodily Injury)

Kategori 2

Lebih dari empat (4) hari kehilangan masa akibat kecederaan atau penyakit.

Kategori 3

Kejadian Berbahaya. (Dangerous Occurrence)

Kategori 4

Empat (4) hari atau kurang kehilangan masa akibat kecederaan atau penyakit.

Kategori 5

Kecederaan Ringan atau Pertolongan Cemas (First Aid)

Kategori 6

Kemalangan Nyaris. (Near Miss Accident)

Jika kategori 3, nyatakan butiran kemalangan.

Kejadian:

Kod :

Page 32: Bab5 penyiasatan

32

3. Butiran Mangsa :

Nama :

No. K/P/No. Paspot :

Jantina :

Alamat mangsa :

Warganegara : Bangsa : Umur :

Status Pekerjaan :

Kod :

Jenis Pekerjaan :

Kod :

Nama & Alamat Majikan :

Tarikh Mula Bekerja :

Jika bekerja sendiri, adakah mangsa ahli keluarga : YA / TIDAK

Bilangan Kursus Keselamatan & kesihatan dihadiri (senaraikan ) : 1. 2. 3.

4. Butiran Kemalangan & Kecederaan

Jenis kemalangan :

Kod :

Jenis kecederaan :

Kod :

Agen kemalangan :

Kod :

Lokasi kecederaan :

Kod :

Bilangan hari mangsa melakukan tugas yang sama sebelum kemalangan :

Akibat kemalangan:

MAUT / HILANG UPAYA KEKAL / TANPA HILANG UPAYA KEKAL

Bilangan hari tak bekerja :

Anggaran kerugian akibat dari kemalangan : - Kos termasuk kerosakkan harta benda, kehilangan waktu kerja, kos penyiasatan, kos perubatan, kos mengendalikan mangsa dsb.

Nota :

Sila guna borang tambahan muka surat ini jika mangsa lebih dari seorang.

Salinan Kad Pengenalan / Paspot mangsa perlu dilampirkan.

Page 33: Bab5 penyiasatan

33

5. Turutan kejadian – sebelum, semasa dan selepas kejadian. (sila lampirkan lakaran atau gambar-gambar yang berkaitan,) - Beri butiran lengkap seperti nama dan jenis peralatan / mesin / bahan digunakan,

turutan kejadian sehingga mengakibatkan kemalangan, tindakan awal untuk mencegah keterukan dan lain-lain maklumat yang berkaitan sertakan lakaran jika berkenaan. (Gunakan kertas berasingan jika perlu)

Masa Aktiviti / situasi

Page 34: Bab5 penyiasatan

34

6. Kaedah Siasatan - Sila tanda ( ) (Sila lampirakan dokumen-dokumen berkaitan – keterangan saksi, borang semakan, minit mesyuarat, butiran rekabentuk, spesifikasi dsb.)

Semakan dokumen Soal siasat saksi

Pemeriksaan dan pemerhatian Perbincangan

Analisa-analisa kejadian / proses ( Fault tree analysis, Failure Mode Effect Analysis, Hazard Analysis, Job Safety Analysis ,etc. )

Lain-lain, nyatakan :

7. Hasil Siasatan

Jenis hazard :

Kod :

7.1 Faktor langsung kemalangan (Immediate cause of accident)

Tindakan Tak Selamat ( Substandard

Practices) Keadaan Tak Selamat ( Substandard

Conditions)

Perkara Kod Perkara Kod

Page 35: Bab5 penyiasatan

35

7.2 Faktor Asas Kemalangan

Perkara Kod

7.3 Faktor Peribadi

Perkara Kod

8. Tindakan pembaikan dan pengawalan

8.1 Tindakan jangka pendek

Tindakan Tanggungjawab Tarikh siap

Page 36: Bab5 penyiasatan

36

8.2 Tindakan Jangka panjang Tindakan Tanggungjawab Tarikh siap

Laporan siasatan ini disediakan oleh : (Dekan / Ketua Jabatan / Pegawai KKP)

Nama :

Jawatan : No. Tel : Pejabat / Bimbit :

Tandatangan : Tarikh :

Laporan siasatan ini disahkan oleh : ( Naib Canselor / Pengarah PPKKP)

Nama :

Jawatan :

Tandatangan : Tarikh :

Kegunaan Sumber Manusia Kumpulan Laporan diterima pada : Tandatangan :

Page 37: Bab5 penyiasatan

37

5.8. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, topik ini dapat memberikan kita pengetahuan tentang

bagaimana untuk mencari punca penyebab dan jalan penyelesaian sesuatu

kemalangan, dimana tujuan utama bagi penyiasatan ini adalah untuk mengelak

kemalangan daripada berlaku berulang kali. Selain itu, kita juga akan mengetahui

tentang prosedur dan alat yang perlu digunakan sekiranya berlaku kemalangan.

Akhir sekali, melalui borang-borang siasatan dan borang laporan insiden ia dapat

membantu kita dalam membuat beberapa tindakan lanjut untuk pembetulan ataupun

pencegahan sesuatu kemalangan di masa akan datang.

Page 38: Bab5 penyiasatan

38

RUJUKAN

Unit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan

Malaysia, (2011), Garis Panduan (Penyiasatan kes-kes kemalangan/ penyakit

pekerjaan/keracunan di tempat kerja, Terbitan pertama 2011.

Unit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan

Malaysia, (2011), Garis Panduan (Pencegahan Kemalangan di tempat kerja),

Cetakan ketiga 2008

Page 39: Bab5 penyiasatan

39

LAMPIRAN

Page 40: Bab5 penyiasatan

40