kursus pa 15 (wei qi)

48
960827-01-5584 TAJUK : PERSEPSI TERHADAP AMALAN PERKAHWINAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA DI TAMAN DELIMA,KLUANG,JOHOR. ABSTRAK Tajuk kerja kursus Pengajian Am ini adala !Perse"si Terada" Ama Tradisi$nal %as&araka' (ina di Taman )elima* Kluang* +$$r, Kajian ini mengemukakan dua $.jek'i/ kajian, .jek'i/n&a adala un'uk mengen ada' "erka#inan 'radisi$nal dalam mas&araka' (ina dan un'uk meng amalan ada' "erka#inan 'radisi$nal semakin kurang diamalkan dala Kajian ini diadakan di Taman )elima* Kluang* +$$r, Kajian &ang d 'injauan, ns'rumen kajian &ang digunakan iala s$al selidik dan kajian iala 0 res"$nden dan 2 in/$rman &ang meru"akan "enduduk T Puan 3g Kim %$i dan (ik +emie im .agi men a"ai $.jek'i/ "engkaj juga menunjukkan .aa#a "enduduk 'erse.u' .er"enda"a' .aa#a amal 'radisi$nal &ang semakin kurang diamalkan akan "u"us ada'n&a "ada ini merumuskan .aa#a langka un'uk meneruskan amalan "erk adala dengan mengu'amakan ada' "erka#inan 'radisi$nal ini semasa majlis "erka#inan dijalankan, le i'u* ki'a arusla mengamalkan amalan "erka#inan 'radisi$nal ini agar amalanini 'idak "u"us "ada masa akan da'ang, i

Upload: becky-lim

Post on 05-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jkadiusa

TRANSCRIPT

960827-01-5584960827-01-5584TAJUK : PERSEPSI TERHADAP AMALAN PERKAHWINANTRADISIONAL MASYARAKAT CINA DI TAMAN DELIMA,KLUANG,JOHOR.

ABSTRAK

Tajuk kerja kursus Pengajian Am ini adalah Persepsi Terhadap Amalan Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektifnya adalah untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan tradisional dalam masyarakat Cina dan untuk mengkaji faktor-faktor amalan adat perkahwinan tradisional semakin kurang diamalkan dalam masyarakat Cina. Kajian ini diadakan di Taman Delima, Kluang, Johor. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Sampel kajian ialah 30 responden dan 2 informan yang merupakan penduduk Taman Delima iaitu Puan Ng Kim Moi dan Cik Jemie Lim bagi mencapai objektif pengkaji. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penduduk tersebut berpendapat bahawa amalan perkahwinan tradisional yang semakin kurang diamalkan akan pupus adatnya pada suatu hari. Kajian ini merumuskan bahawa langkah untuk meneruskan amalan perkahwinan tradisional adalah dengan mengutamakan adat perkahwinan tradisional ini semasa majlis perkahwinan dijalankan. Oleh itu, kita haruslah mengamalkan amalan perkahwinan tradisional ini agar amalan ini tidak pupus pada masa akan datang.

iISI KANDUNGAN

TajukHalamanABSTRAKiISI KANDUNGANiiSENARAI PETAiiiSENARAI RAJAHiiiSENARAI JADUALiiiSENARAI FOTOiiiPENGHARGAANvi1.0PENGENALAN1-21.1DEFINISI TAJUK2-31.2RASIONAL KAJIAN3-41.3RUMUSAN 42.0OBJEKTIF KAJIAN 53.0LOKASI KAJIAN 63.1DAERAH KLUANG 63.2SEJARAH KLUANG 73.3TAMAN DELIMA7-94.0METODOLOGI KAJIAN 104.1PERSAMPELAN 104.2PENGUMPULAN DATA10-124.3TEKNIK PENGANALISAAN DATA12-135.0DAPATAN DAN PERBINCANGAN 145.1DEMOGRAFI RESPONDEN14-165.2ANALISIS MATRIK KAJIAN17-276.0RUMUSAN28-30RUJUKAN31-32

iiPENGHARGAAN

Saya Lim Wei Qi dariTingkatan 6 PU2K1 inginmengucapkanjutaanterimakasihkepadapengetuaSekolahTinggiKluang, Tuan Haji Rozali bin Jemaliataskebenaranmenjalankankerjakursus ini. Pada masa yang samaucapanterimakasihdiberikankepada GPK Pra-U, Tuan Haji Baharudinatasbantuanbeliaukepadasemuapelajar Pra-U.

Saya jugamengambilkesempatanmengucapkanjutaanterimakasihkepadaPuanSalbiahbintiMohdNor, guru Pengajian Am saya atas tunjuk ajar beliau dalam membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini

Selain itu, saya juga ingin mengucapkanribuanterimakasihkepadabapasaya Lim Wah Chai danibusaya Chong Mee Yong keranabanyakmembantusaya dalam kerja kursus ini.Saya juga ingin bersyukur atas bantuan daripada rakan-rakan saya yangturut memberi info kepada saya dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Seterusnya, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang memberi kerjasama kepada saya dan juga pihak yang sudi meluangkan masa untuk disoal selidik dan ditemu bual.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.(LIM WEI QI)viSENARAI PETAHalaman1. Peta Daerah Kluang62. Peta Taman Delima, Kluang8

SENARAI RAJAHRajah 1: Jantina Responden14Rajah 2: Umur Responden15Rajah 3: Jenis Pekerjaan Responden16Rajah 4: Peratusan Responden dari Aspek Tatacara18Rajah 5: Peratusan Responden dari Aspek Pakaian21Rajah 6: Peratusan Responden dari Aspek Jangka Masa24Rajah 7: Peratusan Responden dari Aspek Persekitaran26

SENARAI JADUALJadual 1: Jantina Responden14Jadual 2: Umur Responden15Jadual 3: Jenis Pekerjaan Responden16Jadual 4: Peratusan Responden dari Aspek Tatacata18Jadual 5: Peratusan Responden dari Aspek Pakaian21Jadual 6: Peratusan Responden dari Aspek Jangka Masa23 - 24Jadual 7: Peratusan Responden dari Aspek Persekitaran25 - 26

SENARAI FOTOFoto 1: Rumah Teres Taman Delima8Foto 2: Papan Tanda Taman Delima9Foto 3: Pasangan pengantin bersama dengan pengkaji dan ibunya17Foto 4: Adat minum teh dijalankan oleh pasangan pengantin20Foto 5: Pakaian perkahwinan pengantin wanita berwarna cerah23Foto 6: Pengantin perempuan berpakaian perkahwinan Barat27

iii

1.0PENGENALAN

Menurut laman web rasmi Jabatan Warisan Negara, adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu.Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Adat merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat; dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.

Menurut Abdul Rahman Al-Ahmadi (2004), sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan beraneka kebudayaan serta mengamalkan bermacam-macam adat resam. Namun dalam perbezaan itu ada bersirat nilai dan norma yang sama teristimewa dalam nilai yang bersifat sejagat. Kebudayaan dan adat resam masyarakat Malaysia dapat dikaji dari pelbagai amalan yang diamalkan dalam hidup sehari-hari, dalam perlakuan masyarakat, dalam pergaulan pelbagai kaum dan dalam kehidupan sendiri.

Oleh itu, salah satu adat yang boleh dikaji dengan lebih terperinci ialah adat masyarakat Cina.Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan kelangsungan sesebuah masyarakat. Orang Cina melihat proses perkahwinan sebagai satu saluran untuk mendapatkan zuriat dan meneruskan keturunan mereka bagi memastikan warisan nenek moyang dapat diteruskan dari satu generasi ke generasi.Segala upacara perkahwinan akan diatur dan diuruskan oleh ibu bapa atau mereka yang lebih tua supaya segala pantang larang tidak terlanggar.Majlis perkahwinan orang Cina adalah acara yang menggambarkan status dan kedudukan sesuatu keluarga dari segi kekayaan. Oleh itu, tidak hairanlah perkahwinan orang Cina akan menelan belanja dan kos yang mahal. Upacara perkahwinan akan dibuat secara besar-besaran bagi memberi muka kepada bagi kedua-dua belah pihak. (Amalina Amalin (2008) )

Perkahwinan orang Cina yang masih diamalkan lazim melibatkan enam peringkat. Adat Cina memulakannya dengan persediaan sebelum perkahwinan, iaitu melibatkan proses merisik, meminang, bertunang, menghantar tanda dan memberikan mas kahwin, memulangkan tanda daripada pihak pengantin perempuan, menyediakan bilik tidur pengantin diikuti hantaran kahwin oleh ibu pengantin perempuan, menyikat rambut serta mengadakan jamuan di sebelah pengantin perempuan.

Oleh itu, masyarakat harus mengenali adat mereka sendiri agar tidak pupus pada kelak hari nanti. Justeru, kajian ini dijalankan oleh pengkaji untuk membuat kajian tentang persepsi terhadap perkahwinan tradisional masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor.

1.1DEFINISI TAJUK

1.1.1DEFINISI PERSEPSI Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1025), persepsi ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu.

1.1.2DEFINISI TERHADAP Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:496), terhadap bermaksud berkenaan, mengenai, atau tentang.

1.1.3 DEFINISI PERKAHWINAN Menurut Kamus Dewan Edisi Pertama (1970:645), perkahwinan ialah pergabungan atau penyatuan dua unsur atau manusia dan lain-lain yang berlainan.

1.1.4DEFINISI TRADISIONAL Menurut Kamus Dewan Edisi Pertama (1970:1737), tradisional bermaksud bercorak atau mengikut tradisi yang kekal turun-temurun.

1.1.5DEFINISI MASYARAKATMenurut Kamus Dewan Edisi Pertama (1970:999), masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

1.1.6DEFINISI CINAMenurut Kamus Dewan Edisi Pertama (1970:281), Cina ialah satu bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari Negara China.

1.1.7 SEJARAH TAMAN DELIMA

Menurut Puan Choi Siew Eng , salah satu penduduk yang lama tinggal di Taman Delima, taman ini asalanya adalah ladang getah yang telah dijual kepada pemaju Majupadu Sdn. Bhd. pada tahun 1988. Taman ini terbahagi kepada dua fasa.Fasa pertama dibangunkan pada tahun 2008 dan penduduknya berjumlah hampir 3800 orang. Pada tahun 2012 pula fasa kedua pula dimajukan dan penduduknya mencecah jumlah melebihi 350 orang.1.2RASIONAL KAJIAN

Rasional untuk membuat kajian ini adalah kerana pengkaji mendapati bahawa amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina semakin kurang diamalkan.Pada zaman sekarang.Pengkaji juga mendapati bahawa generasi muda tidak mengenali amalan masyarakat sendiri.

Masyarakat harus mempertahankan warisan adat perkahwinan tradisional masyarakat mereka.Oleh yang demikian, pengkaji ingin memberikan kesedaran kepada masyarakat Cina tentang adat-adat mereka sendiri. Dengan ini,amalan perkahwinan tradisional masyrakat Cina tidak akan pupus pada kelak nanti.

1.3RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian persepsi terhadap perkahwinan tradisional masyarakat Cina di Taman Delima,Kluang,Johor ialah gambaran dalam fikiran orang atau masyarakat berkenaan cara untuk meneruskan amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina. Tindakan dan cara yang baik wajar diambil oleh semua pihak agar adat resam ini tidak akan pupus dalam kalangan generasi akan datang.

2.0OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun :i) Mengenal pasti amalan adat perkahwinan tradisional dalam masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor.ii) Mengkaji faktor-faktor amalan adat perkahwinan tradisional semakin kurang diamalkan dalam masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor.

3.0 LOKASI KAJIANDalam menjalankan kajian ini, lokasi kajian adalah sangat penting. Kawasan kajian ini terletak di Taman Delima, Kluang, Johor.3.1Daerah KluangMenurut laman web rasmi Majlis Perbandaran Kluang (2014), kedudukan Kluang berada di tengah-tengah negeri Johor Darul Tazim,dikelilingi oleh semua daerah kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 28518.8 kilometer persegi. Jalan raya dan kereta apimerupakan cara Kluang menghubungi bandar-bandar lain.Tahun bersejarah bagi Kluang ialah 1915.Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor.Perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama lain telah dibina pada tahun yang sama juga. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama. Pada 1920 Lembaga bandaran kluanh dibuka seterusnya dinaik tafar kepada Majlis Bandaran Kluang pada tahun 1957.Pada 1977 bertukar kepada Majlis Daerah kluang Utara dan seterusnya diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran kluang pada 8 Mei 2001 hingga hari ini.

..Peta 1 : Peta Daerah KluangSumber : Google Maps 2015

3.2SEJARAH KLUANGMenurut Shaharom Hussain (1995) nama Kluang berasal daripada nama binatang, iaitu kluang ataupunMalayan Flying Fox(Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejeniskelawaryang terbesar didunia.Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kampung Kluang telah wujud sebelum tahun1910berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebanganhutandi tengah-tengah Johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.Pada tahun 1915, ramai orang Cina ke Kluang pada masa Jabatan Kerja Raya membuka depoh di sana. Tidak lama kemudian, satu rancangan membina jalan raya dari Kluang ke Renggam, Mersing, Air Hitam dan Batu Pahat dimulakan oleh Jabatan Kerja Raya.Selepas itu, pejabat tanah dibuka dengan sebab tanah yang masih banyak kosong itu hendak dibuka kepada orang ramai.Kebanyakan estet getah di persekitaran Kluang dibuka oleh orang Cina dan estet-estet itu bercampur dengan tanaman ubi kayu.

Kemudian firma-firma Eropah membeli estet-estet tersebut.Wang penjualan estet-estet itu ditanam modalkan buat harta di Kluang dan persekitarannya seperti membuat rumah-rumah kedai menjual barang-barang dapur untuk catuan estet-estet itu.Selepas itu, Kluang semakin dibuka dan dimajukan oleh Majlis Perbandaran Kluang.Kini, penduduk Kluang mencecah lebih daripada 350 000 orang.

3.3TAMAN DELIMAMenurut Puan Choi Siew Eng, salah satu penduduk yang lama tinggaldi Taman Delima, taman ini asalnya adalah ladang getah yang telah dijual kepada pemaju Majupadu Sdn. Bhd. pada tahun 1988. Taman ini terbahagi kepada dua fasa.Fasa pertama dibangunkan pada tahun 2008 dan penduduknya berjumlah lebih kurang 3800 orang.Pada tahun 2012 pula fasa kedua dimajukan dan penduduknya mencecah jumlah melebihi 350 orang.Taman Delima berada di antara Taman Intan dan Taman Sunrise.Taman Delima juga berdekatan dengan Taman Muhibbah.

Peta 2 : Taman Delima, KluangSumber : Google Maps 2015

Foto 1 : Rumah teres Taman DelimaSumber : Kerja Lapangan 2015

Foto 2 : Papan Tanda Taman DelimaSumber : Kerja Lapangan 2015

4.0METODOLOGI KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.Reka bentuk kajian dalam penyelidik ini adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrumen borang soal selidik yang mana ia mudah mendapatkan kerjasama daripada responden.

4.1PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probabiliti iaitu teknik persampelan bertujuan iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada penduduk Taman Delima yang mempunyai peringkat umur antara 16 hingga 20 tahun, 21 hingga 30 tahun, 31 hingga 40 tahun, 41 hingga 50 tahun dan 50 tahun ke atas. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka seharusnya penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian iaitu seluruh Taman Delima. Selain itu, mereka haruslah berbangsa Cina. Hal ini kerana, kajian ini mengkaji tentang adat resam masyarakat Cina di mana orang Cina akan lebih mengenalinya. Seterusnya, responden haruslah berumur 16 tahun dan ke atas, kerana pada usia tersebut mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

4.2PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik, temu bual dan pemerhatian.Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi terhadap amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor.

4.2.1DATA SEKUNDERData sekunder diperoleh dari perpustakaan sekolah dan awam . Data-data penting termasuklah buku-buku, majalah, keratan akhbar, kamus dewan dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah melalui internet, iaitu laman web Google dan laman web rasmi Majlis Perbandaran Kluang.

4.2.2DATA PRIMERKaedah soal selidik dan temu bual bersemuka dilakukan dengan penduduk Taman Delima.Temu bual dilakukan dengan salah satu penduduk yamg lama tinggal di Taman Delima.Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan perkahwinan tradisional yang berlaku di Taman Delima.

4.2.2.1BORANG SOAL SELIDIKSoal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana berhubung terus dengan kumpulan sasaran.Penggunaan borang selidik perlu melalui strategi mereka bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias.Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan oleh para pengkaji untuk mendapatkan sumber primer.Borang soal selidik ini bersesuaian mengikut objektif kajian yang telah ditetapkan supaya soalan tidak akan menyimpang jauh dari sasaran. Bahasa yang digunakan dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan responden dan responden dapat memberi jawapan yang tepat. Borang ini diberi secara rawak kepada responden.Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka.Penggunaan soal selidik tertutup adalah untuk memperoleh jawapan yang berbeza-beza agar dapat membandingkan dan menganalisis dengan lebih mudah. Bagi soal selidik terbuka pula,tujuannya adalah untuk memudahkan responden bebas memberikan pelbagai bentuk jawapan atau pendapat yang mereka rasa bersesuaian dengan tema.4.2.2.2TEMU BUALKaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai pangkat dalam sesebuah kelompok masyarakat.Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus.Contohnya, perjalanan temu bual antara calon dengan penduduk Taman Delima Puan Ng Kim Moi dan Cik Jemie Lim untuk mengkaji persepsi terhadap amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina pada 3 Februari 2015 jam 4 petang iaitu hari Selasa. Manakala temua bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan prang persendirian, iaitu dengan penduduk Taman Delima, Puan Choi Siew Eng mengenai sejarah taman. Kandungan temu bual ini boleh direkod dalam bentuk skrip sebagai rujukan.

4.2.2.3PEMERHATIANKaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual.Kaedah ini telah digunakan semasa menghadiri majlis perkahwinan penduduk Taman Delima pada 7 dan 8 Februari iaitu Sabtu dan Ahad.Kaedah ini bertujuan untuk memerhatikan amalan perkahwinana masyarakat Cina bagi lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak dipaparkan oleh responden.Dalam kajian pemerhatian saya, pengantin lelaki dan perempuan telah mengikut adat-adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina seperti berpakaian cerah dan adat minum teh.Mereka telah mengamalkan amalan perkahwinan tradisional yang sepatutnya.

4.3TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Data dianalisis dengan menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan juga kekerapan.Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden.Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka.Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisi dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam menilai pandangan penduduk terhadap amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert, di mana angka 5 mewakili sangat setuju, 4 mewakili setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak setuju dan 1 mewakili sangat tidak setuju.

5.0DAPATAN DAN PERBINCANGANBahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh 30 responden penduduk Taman Delima secara rawak.Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan purata.

5.1DEMOGRAFI RESPONDEN5.1.1 JANTINAJantinaBilangan OrangPeratusan %

Lelaki1240

Perempuan1860

Jumlah30100

Jadual 1 : Jantina RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 1 : Jantina RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 1 di atas menunjukkan jantina 30 orang responden di Taman Delima. 12 orang atau 40% adalah lelaki manakala 18 orang atau60% adalah perempuan.

5.1.2UMURUmurBilangan OrangPeratusan %

16 hingga 20 tahun723.3

21 hingga 30 tahun723.3

31 hingga 40 tahun516.7

41 hingga 50 tahun620.0

Lebih 51 tahun516.7

Jumlah30100

Jadual 2 : Umur RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 2 : Umur RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 2 di atas menunjukkan umur 30 orang responden di Taman Delima.Jumlah bagi 16 hingga 20 tahun dan 21 hingga 30 tahun adalah sama iaitu 7 orang iaitu 23.3%. Jumlah orang 31 tahun hingga 40 tahun ialah 5 orang iaitu 16.7%. Manakala, 6 orang atau 20% adalah 41 tahun hingga 50 tahun dan 5 orang iaitu 16.7% bagi lebih 51 tahun.

5.1.3PEKERJAANPekerjaanBilangan OrangPeratusan %

Pelajar Sekolah723.3

Pekerja Swasta1033.3

Pekerja Kerajaan620

Lain-lain723.3

Jumlah30100

Jadual 3 : Jenis Pekerjaan RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 3 :Jenis Pekerjaan RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 3 menunjukkan jenis pekerjaan 30 responden di Taman Delima. Jumlah bagi pelajar sekolah dan lain-lain adalah sama iaitu 7 orang atau 23.3%. 10 orang atau 33.3% merupakan pekerja swasta manakala 6 orang atau 20% merupakan pekerja kerajaan.

5.2ANALISIS MATRIK KAJIAN

Untuk mengetahui sama ada kajian ini bertepatan dengan objektif pertama, iaitu mengenal pasti amalan adat perkahwinan tradisional dalam masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor, penulis telah melakukan soal selidik 5 skala likert iaitu, sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju kepada 30 responden secara rawak.

Foto 3 : Pasangan pengantin bersama dengan pengkaji dan ibunya.Sumber : Kerja Lapangan 2015

5.2.1MENGENAL PASTI AMALAN ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL 5.2.1.1PANDANGAN DARI ASPEK TATACARADimensiSangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%

Upacara minum teh wajib dijalankan sebagai lambang penerimaan pasangan pengantin0026.7413.31653.38

26.7

Pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan pemilihan Kalendar Cina wajar dijalankan00516.7826.79308

26.7

Pengantin lelaki harus membuat hantaran mas kahwin yang cukup kepada pengantin perempuan0026.711

36.71136.76

20

Perkahwinan perlu ditangguhkan selama 100 hari sekiranya berlaku kematian dalam keluarga00310723.31343.37

23.3

Jadual 4 :Peratusan Responden Dari Aspek TatacaraSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 4 : Peratusan Responden Dari Aspek TatacaraSumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.1.1.1 KAEDAH SOAL SELIDIKRajah 4 di atas menunjukkan peratusan pandangan penduduk Taman Delima terhadap amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina dari aspek tatacara.8 orang atau 26.7% sangat setuju bahawa upacara minum teh wajib dijalankan sebagai lambang penerimaan pasangan pengantin. 16 orang atau 53.3% setuju dengan pernyataan tersebut manakala 4 orang atau 13.3% tidak pasti. Hanya 2 orang atau 6.7 orang tidak setuju dengan pernyataan ini.Terdapat 5 orang atau 16.7% yang tidak setuju bahawa pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan Kalendar Cina wajar dijalankan manakala 8 orang atau 26.7% orang tidak pasti pernyataan ini. 9 orang atau 30% setuju dengan pernyataan tersebut dan 8 orang atau 26.7 sangat setuju dengan pernyataan itu.Bagi pengantin lelaki harus membuat hantaran mas kahwin yang cukup kepada pengantin perempuan,hanya 2 orang atau 6.7% yang tidak setuju dan 11 orang atau 36.7%tidak pasti. 11 orang atau 36.7% setuju dan 6 orang atau 20% sangat setuju dengan pernyataan itu.7 orang atau 23.3% sangat setuju dengan perkahwinan perlu ditangguhkan selama 100 hari sekiranya berlaku kematian dalam keluarga. Terdapat 13 orang atau 43.3% setuju dengan pernyataan ini manakala 7 orang atau 23.3 % tidak pasti. Hanya 3 orang atau 10% tidak setuju dengan pernyataan tersebut.

5.2.1.1.2 KAEDAH TEMU BUALBerdasarkan temu bual dengan Puan Ng Kim Moi, proses adat perkahwinan tradisional Masyarakat Cina sangat panjang dan banyak adat yang perlu dipatuhi. Adat minum teh diberikan sebagai tanda penerimaan pengantin baru.Menurut Cik Jemie Lim pula, adat minum teh biasa dilakukan oleh pasangan pengantin sebagai tanda menghormati orang yang lebih tua.

5.2.1.1.3 KAEDAH PEMERHATIANPengkaji telah memerhatikan bahawa adat minum teh telah dijalankan.Pengantin telah memberikan teh kepada golongan lebih tua sebagai tanda penerimaan pengantin baru.Teh juga diberikan oleh saudara muda kepada pengantin baru.

Foto 4 : Adat minum teh dijalankan oleh pasangan pengantinSumber : Kerja Lapangan 2015

5.2.1.2PANDANGAN DARI ASPEK PAKAIANDimensiSangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%

Pakaian perkahwinan tradisional harus dipakai oleh pengantin sebagai lambang masyarakat Cina13.31446.7826.7413.33

10

Pakaian pasangan pengantin harus berwarna cerah iaitu merah dan kuning13.3413.313.318606

20

Pakaian menghadiri majlis perkahwinan tidak patut berwarna gelap13.3723.331015504

13.3

Pakaian berwarna gelap melambangkan kematian dan kesedihan dalam masyarakat Cina00826.726.715505

16.7

Jadual 5 : Peratusan Responden Dari Aspek PakaianSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 5 : Peratusan Responden Dari Aspek PakaianSumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.1.2.1 KAEDAH SOAL SELIDIKRajah 5 di atas menunjukkan peratusan pandangan penduduk Taman Delima terhadap amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina dari aspek pakaian.Terdapat seorang atau 3.3% sangat tidak setuju bahawa pakaian perkahwinan tradisional harus dipakai oleh pengantin sebagai lambang masyarakat Cina. 14 orang atau 16.7% setuju dengan pernyataan itu manakala 8 orang atau 16.7% tidak pasti mengenai pernyataan itu. Hanya 3 orang atau 10% yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut dan 4 orang atau 13.3% setuju sahaja.Terdapat 6 orang atau 20% yang sangat setuju bahawa pakaian pasangan pengantin harus berwarna cerah iaitu merah atau kuning.18 orang atau 60% yang setuju manakala hanya seorang atau 3.3% yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut.4 orang atau 13.3% yang tidak setuju dengan pernyataan dan seorang atau 3.3% yang sangat tidak setuju.Hanya seorang atau 3.3% yang sangat tidak setuju yang pakaian menghadiri majlis perkahwinan tidak patut berwarna gelap dan 7 orang atau 23.3% yang tidak setuju. Terdapat 3 orang atau 10% tidak pasti manakalan 15 orang atau 50% setuju dengan pernyataan itu. Terdapat 4 orang atau 1.3% yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Bagi pernyataan pakaian berwarna gelap melambangkan kematian dan kesedihan dalam masyarakat Cina, terdapat 8 orang atau 26.7% yang tidak setuju dan hanya 2 orang atau 6.7% yang tidak pasti. Terdapat 15 orang atau 50% yang setuju manakala 5 orang atau 16.7% yang sangat setuju dengan pernyataan itu. Tiada yang sangat tidak setuju.

5.2.1.2.2 KAEDAH TEMU BUALMenurut temu bual bersama Puan Ng Kim Moi, pakaian perkahwinan pasangan pengantin sewajarnya berpakaian tradisional dan berwarna merah manakala Cik Jemie Lim hanya berpendapat bahawa pakaian perkahwinan pasangan pengantin harus berwarna cerah sahaja.

5.2.1.2.3 KAEDAH PEMERHATIANMelalui pemerhatian, pengkaji memerhati pakaian perkahwinan tradisional pengantin perempuan adalah berwarna cerah iaitu merah jambu.

Foto 5 : Pakaian perkahwinan pengantin wanita berwarna cerahSumber : Kerja Lapangan 2015

5.2.2 MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR AMALAN ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA SEMAKIN KURANG DIAMALKAN5.2.2.1 PANDANGAN DARI ASPEK JANGKA MASADimensiSangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%

Tempoh masa perkahwinan tradisional masyarakat Cina sangat panjang dan memenatkan413.3310413.31033.39

30

Pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan Kalendar Cina melecehkan413.3516.7

516.79307

23.3

Terlalu banyak tatacara yang harus diikuti oleh pasangan pengantin dalam tempoh perkahwinan413.3620826.79303

10

Jadual 6 : Peratusan Responden Dari Aspek Jangka MasaSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 6 : Peratusan Responden Dari Aspek Jangka MasaSumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.2.1.1 KAEDAH SOAL SELIDIKRajah 6 di atas menunjukkan peratusan pandangan penduduk Taman Delima terhadap faktor-faktor adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina semakin kurang diamalkan.Terdapat 4 orang atau 13.3% yang sangat tidak setuju bahawa tempoh perkahwinan tradisional masyarakat Cina sangat panjang dan memenatkan. Terdapat 3 orang atau 10% yang tidak setuju dan 4 orang atau 13.3% yang tidak pasti. 10 orang atau 33.3% yang setuju manakala 9 orang atau 30% yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Bagi pernyataan pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan calendar Cina melecehkan terdapat 7 orang atau 23.3% yang sangat setuju manakala 9 orang atau 30% yang setuju. Jumlah adalah sama bagi tidak pasti dan tidak setuju iaitu 5 orang atau 16.7%. Hanya 4 orang atau 13.3% yang sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut.Hanya 3 orang atau 10% yang sangat setuju bahawa terlalu banyak tatacara yang harus diikuti oleh pasangan pengantin dalam tempoh perkahwinan. Seramai 9 orang atau 30% yang setuju dengan pernyataan itu dan 8 orang atau 16.7% yang tidak pasti. Terdapat 6 orang atau 20% yang tidak setuju manakala 4 orang atau 13.3% yang sangat tidak setuju.

5.2.2.1.2 KAEDAH TEMU BUALBerdasarkan temu bual dengan Puan Ng Kim Moi didapati bahawa faktor perkahwinan tradisional semakin kurang diamalkan disebabkan generasi muda berpendapat adat-adat tersebut terlalu panjang dan melecehkan.Begitu juga dengan pendapat dari Cik Jemie Lim iaitu dari faktor tempoh masa yang panjang dan memenatkan.

5.2.2.1.3 KAEDAH PEMERHATIANMelalui pemerhatian, pengkaji mendapati adat perkahwinan tradisional memang banyak dan memerlukan masa yang panjang iaitu 2 minggu hingga 1 bulan.

5.2.2.2 PANDANGAN DARI ASPEK PERSEKITARANDimensiSangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%

Masyarakat Cina berpendapat pakaian perkahwinan tradisional telah ketinggalan zaman00516.79301136.75

16.7

Masyarakat Cina telah dipengaruhi oleh adat perkahwinan Barat00826.713.321700

0

Tidak ramai peniaga yang menjual pakaian perkahwinan tradisional masyarakat Cina26.713.31446.712401

3.3

Jadual 7 : Peratusan Responden Dari Aspek PersekitaranSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 7 : Peratusan Responden Dari Aspek PersekitaranSumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.2.2.1 KAEDAH SOAL SELIDIKRajah 6 di atas menunjukkan peratusan pandangan penduduk Taman Delima terhadap faktor-faktor adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina semakin kurang diamalkan.Terdapat 5 orang atau 16.7% yang sangat setuju bahawa masyarakat Cina berpendapat pakaian perkahwinan tradisional telah ketinggalan zaman. 11 orang atau 36.7% setuju manakala 9 orang atau 30% yang tidak pasti.Hanya 5 orang atau 16.7% yang tidak setuju dengan pernyataan itu dan tiada yang sangat tidak setuju. Bagi pernyataan masyarakat Cina telah dipengaruhi oleh adat perkahwinan Barat,terdapat 8 orang atau 26.7% yang tidak setuju manakala seorang atau 3.3% tidak pasti. Seramai 21 orang atau 70% yang setuju dengan pernyataan itu.Tiada yang sangat setuju dan sangat tidak setuju. Jumlah yang sama bagi pernyataan tidak ramai peniaga yang menjual pakaian perkahwinan tradisional masyarakat Cina iaitu hanya seorang atau 3.3%. Seramai 14 orang atau 46.7% tidak pasti dan 12 orang atau 40% setuju dengan pernyataan ini. Hanya 2 orang atau 6.7% sangat tidak setuju.

5.2.2.2.2 KAEDAH TEMU BUALMenurut Cik Jemie Lim dan Puan Ng Kim Moi, pengaruh Barat merupakan faktor yang paling ketara menyebabkan perkahwinan tradisional Masyarakat Cina semakin kurang diamalkan.

5.2.2.2.3 KAEDAH PEMERHATIANMelalui pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa generasi muda zaman sekarang lebih gemar memakai pakaian perkahwinan Barat berbanding pakaian tradisional.

Foto 6 : Pengantin perempuan berpakaian perkahwinan BaratSumber : Kerja Lapangan 20156.0RUMUSAN6.1PENGENALANSecara kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi terhadap amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan tradisional dalam masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor.Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat kajian telah dipilih sebagai responden kajian ini.6.2KAEDAH KAJIAN DAN DEMOGRAFI RESPONDEN

Terdapat 3 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah rujukan. Dalam menjalankan kaedah soal selidik, sebnayak 30 orang responden telah dipilih secara rawak daripada populasi tempat kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 12 orang lelaki dan 18 orang perempuan telah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik tersebut dan kebanyakan daripada kalangan 16 hingga 30 tahun. Manakala pengkaji juga telah menemu bual 2 orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat kajian untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan objektif kajian yang ingin dikaji.Setelah mengumpulkan data daripada responden dan temu bual, dalam aspek penganalisaan data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis.

6.3FAKTOR YANG AMALAN ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL SEMAKIN KURANG DIAMALKAN DI TAMAN DELIMA, KLUANG, JOHOR.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat 2aspek yang ketara yang menyebabkan amalan adat perkahwinan tradisional semakin kurang diamalkan di Taman Delima, Kluang, Johor. Antaranya ialah pengaruh persekitaran.Generasi muda berpendapat bahawa adat-adat perkahwinan terlalu panjang dan mereka telah dipengaruhi oleh pengaruh Barat.Selain itu, pengaruh pakaian. Generasi muda berpendapat bahawa pakaian perkahwinan tradisional telah ketinggalan zaman. Hal ini kerana, mereka lebih gemar akan pakaian perkahwinan Barat yang lebih moden.

6.4KESAN-KESAN AMALAN ADAT PERKAHWINAN SEMAKIN KURANG DIAMALKAN DI TAMAN DELIMA, KLUANG, JOHOR.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji mengetahui bahawa sekiranya amalan adat perkahwinan tradisional semakin kurang diamalkan akan menyebabkan adat turun-temurun ini pupus pada masa akan datang dan generasi muda akan lupa terhadap warisan nenek moyang mereka. Selain itu, adat amalan perkahwinan tradisional yang semakin kurang diamalkan akan menyebabkan generasi muda lupa terhadap asal usul mereka.

6.5CADANGAN

Untuk mengekalkan adat resam yang diwarisi ini, pengkaji bercadang agar masyarakat kerap kali mengadakan pesta perkahwinan tradsional bagimendedahkan lebih banyak pengetahuan mengenai amalan adat perkahwinan tradisional.Selain itu, ibu bapa harus menitikberatkan amalan adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina dalam kalangan generasi muda agar mereka tidak mudah dipengaruhi oleh Barat. Seterusnya, generasi muda harus sentiada didedahkan amalan adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina agar mereka sentiasa berasa bangga dan tidak jemu terhadap amalan mereka sendiri.

6.6KESIMPULAN Kesimpulannya, pelbagai pihak termasuk badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak masyarakat dan juga lapisan rakyat yang arif dalam aspek adat dan warisan kaum di Malaysia seharusnya memainkan peranan dan bersinergi bagai aur dengan tebing dalam usaha mengekalkan adat resam yang telah lama diwarisi oleh kaum masing-masing.

RUJUKANAbdul Rahman Al-Ahmadi, 2004. Tamadun Rumpun Budaya Melayu, Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd.Amalina Amalin, 2008. Keindahan Hidup Berbudaya, Selangor : Cetakan UG Press Sdn. BhdFrancis K. Tradisi : Isyarat Perkahwinan dlm. Membentuk Generasi Berbudaya, hlm 22-23, Disember 2010.Hafizah Iszahanid. Kaki Kecil Lambang Kesopanan Wanita China dlm. Berita Mingguan, 14 Mac 2004Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaKamus Dewan Edisi Pertama, 1990. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Laman Web Google. 2015http://www.maps.google.com[27 Januari 2015]Laman Web Rasmi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negarahttp://www.jkkn.gov.my[25 Januari 2015]Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantanhttp://www.jksn.kelantan.gov.my[26 Januari 2015]Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara,2014http://www.heritage.gov.my[26 Januari 2015]Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2004. Tamadun Rumpun Budaya Melayu, Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd.Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi dan Cheah Ding Ding, 2011. Kepincangan Perumahan Malaysia : Adat dan Ritual Kaum Cina. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.Nita. Budaya Melayu,Cina Rai Pengantin dlm. Berita Harian, 9 Ogos 2002.Nur Hafizah Zakaria, 2012. Adat dan Pantang Larang Orang Cina , Selangor : Noris Edu EnterpriseWawancara secara bebas antara penulis dengan Cik Jemie Lim selaku penduduk Taman Delima di rumahnya No 15, Jalan 5, Taman Delima, Kluang, pada jam 5 petang, 3 Februari 2015

Wawancara secara bebas antara penulis dengan Puan Choi Siew Eng selaku penduduk Taman Delima di rumahnya No 4, Jalan 5 ,Taman Delima, Kluang, pada jam 5 petang, 2 Februari 2015.Wawancara secara bebas antara penulis dengan Puan Ng Kim Moi selaku penduduk Taman Delima di rumahnya No 20, Jalan 5/1, Taman Delima, Kluang, pada jam 4 petang, 3 Februari 2015.

BORANG SOAL SELIDIKKERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2015KOD MATA PELAJARAN 900/4TAJUK : PERSEPSI TERHADAP AMALAN PERKAHWINAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA DI TAMAN DELIMA, KLUANG, JOHOR.Maklumat kepada Responden :Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina dan mengkaji faktor-faktor adat perkahwinan tradisional semakin kurang diamalkan di Taman Delima,Kluang. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A : DATADEMOGRAFI RESPONDENArahan :Tandakan () padaruang yang disediakan.1)JANTINALelakiPerempuan

2)UMUR16 hingga 20 tahun21 hingga 30 tahun31 hingga 40 tahun41 hingga 50 tahunLebih 51 tahun3)PEKERJAAN Pelajar Sekolah Pekerja Swasta

Pekerja Kerajaan Lain-lain

BAHAGIAN B : SOALAN PANDANGAN PENDUDUK1 : SANGAT TIDAK SETUJU2 : TIDAK SETUJU3 : TIDAK PASTI4 : SETUJU5 : SANGAT SETUJU

BAHAGIAN C :MENGENAL PASTI AMALAN ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINAC1 Amalan dari aspek tatacara.Arahan :Tandakan () pada ruang jawapan yang dipilih.BILPERKARA12345

1Upacara minum teh wajib dijalankan sebagai lambang penerimaan pasangan pengantin

2Pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan Kalendar Cina wajar dijalankan

3Pengantin lelaki harus membuat hantaran mas kahwin yang cukup kepada pengantin perempuan

4Perkahwinan perlu ditangguhkan selama 100 hari sekiranya berlaku kematian dalam keluarga

C2 Amalan dari aspek pakaian.Arahan :Tandakan () pada ruang jawapan yang dipilih.BILPERKARA12345

1Pakaian perkahwinan tradisional harus dipakai oleh pengantin sebagai lambang masyarakat Cina

2Pakaian pasangan pengantin harus berwarna cerah iaitu merah atau kuning

3Pakaian menghadiri majlis perkahwinan tidak patut berwarna gelap

BILPERKARA12345

4Pakaian berwarna gelap melambangkan kematian dan kesedihan dalam masyarakat Cina

BAHAGIAN D :MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR ADAT PERKAHWINAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA SEMAKIN KURANG DIAMALKAND1 Faktor-faktor dari aspek jangka masaArahan :Tandakan () pada ruang jawapan yang dipilih.BILPERKARA12345

1Tempoh masa perkahwinan tradisional masyarakat Cina sangat panjang dan memenatkan

2Pemilihan tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan Kalendar Cina melecehkan

3Terlalu banyak tatacara yang harus diikuti oleh pasangan pengantin dalam tempoh perkahwinan

D2 Faktor-faktor dari aspek persekitaranArahan :Tandakan () pada ruang jawapan yang dipilih.BILPERKARA12345

1Masyarakat Cina berpendapat pakaian perkahwinan tradisional telah ketinggalan zaman

2Masyarakat Cina telah dipengaruhi oleh adat perkahwinan Barat

3Tidak ramai peniaga yang menjual pakaian perkahwinan tradisional masyarakat Cina

BAHAGIAN E : PANDANGAN UMUMTuliskan jawapan anda di ruang yang disediakan.1) Pada pandangan anda, sebagai masyarakat Taman Delima apakah kepentingan perkahwinan tradisional masyarakat Cina?________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2)Apakah cadangan anda untuk mengekalkan amalan perkahwinan tradisional masyarakat Cina?________________________________________________________________________________________________________________________________________________Lain-Lain :________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SOAL SELIDIK TAMAT*TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA*

PENYELIDIK :NAMA : LIM WEI QINO I/C : 960827-01-5584NO TEL : 0177921776

BORANG CATATAN PEMERHATIANNamaPenyelidik:LIM WEI QI

Tarikh:7-8/2/2015

Hari:Sabtu dan Ahad

Masa:6 petang (Sabtu) dan 8.30 pagi hingga 1 petang (Ahad)

Lokasi:Taman Delima, Kluang dan Hotel New York, Johor Bahru

Item PemerhatianCatatan

Upacara minum tehTeh telah diberikan oleh pasangan pengantin kepada saudara yang lebih tua.

Pakaian pasangan pengantinPakaian pasangan pengantin berwarna cerah dan tidak gelap.

Jamuan bersama saudaraJamuan diadakan di rumah pengantin bagi menjamu saudara-mara yang mengunjung

Pakaian perkahwinan modenPasangan pengantin tidak berpakaian tradisional manakala berpakaian perkahwinan Barat.

Pemerhatian terhadap ketiga-tiga item disertai dengan foto pegun.

Tandatangan...Tarikh : .

Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am 2015Tajuk :Persepsi Terhadap Amalan Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor.Arahan :Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini dikemukakan kepada responden secara lisan dan bertulis.

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik:LIM WEI QI

Nama Responden:PUAN NG KIM MOI

Umur:76 tahun

Tarikh Temu Bual:3/2/2015

Tempat Temu Bual:20, Jalan 5/1, Taman Delima, 86000, Kluang, Johor.

SOALAN TEMUBUAL

1.Pada pandangan anda , adakah penting untuk mengekalkan adat perkahwinan tradisional ini? Mengapa?NKM :Pada pandangan saya, memang penting untuk mengekalkan perkahwinan tradisional ini kerana adat-adat ini diwarisi oleh nenek moyang kita dan mempunyai makna-makna mereka yang tersendiri.

2. Bolehkah anda cerita serba-sedikit mengenai adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina? NKM :Boleh,tiada masalah. Perkahwinan tradisional ini dibahagikan kepada beberapa adat. Adat pertama ialah adat merisik. Motif adat ini untuk mengetahui latar belakang keluarga pengantin dan asal keturunan keluarga. Selepas itu adat meminang. Adat ini membincangkan perkara-perkara perkahwinan seperti jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan kahwin dan tarikh sesuai perkahwinan. Adat pertunangan diadakan pula berdasarkan kalendar Cina dan pada hari pertunangan, pengantin lelaki akan membuat hantaran kepada pengantin perempuan. Sewajarnya pakaian pasangan pengantin haruslah tradisional dan berwarna cerah. Selepas itu, tibalah adat majlis perkahwinan. Dari awal pagi sudah majlis ini dimulakan. Adat minum teh diberikan kepada saudara-mara dan pengantin. Pada malam tersebut pengantin akan mengadakan jamuan makan di restoran bagi menjamu saudara-mara dan rakan-rakan. Sebenarnya panjang adat perkahwinan tradisional Orang Cina ini. Saya cuma ringkaskan sahaja.

3. Pada umumnya, berapa lamakah proses adat-adat perkahwinan tradisional ini?NKM :Agak lama juga. Umumnya, dalam 2 minggu hingga 1 bulan.

4. Apakah perasaan anda apabila generasi muda sekarang tidak mengikut adat-adat perkahwinan tradisional? Apakah faktor tersebut?NKM :Saya memang berasa sedih dan kasihan meliha tmereka yang ibarat kacang lupakan kulit. Ramai generasi muda ini dipengaruhi oleh adat Barat dan sering berkata bahawa adat tradisional ini leceh dan memenatkan.

5. Apakah yang boleh sumbangkan dalam mengekalkan amalan perkahwinan tradisional ini?NKM :Saya akan cuba sedaya upaya untuk menasihati mereka dan memang menjadi satu mesti kepada cucu saya untuk melalui proses adat tradisional ini.

Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am 2015Tajuk :Persepsi Terhadap Amalan Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina di Taman Delima, Kluang, Johor.Arahan :Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini dikemukakan kepada responden secara lisan dan bertulis.________________________________________________________________________MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik:LIM WEI QI

Nama Responden:CIK JEMIE LIM

Umur:22 tahun

Tarikh Temu Bual:3/2/2015

Tempat Temu Bual:15, Jalan 5, Taman Delima, 86000, Kluang, Johor

________________________________________________________________________SOALAN TEMU BUAL1. Pada pandangan anda, adakah penting untuk mengekalkan adat perkahwinan tradisional ini? Mengapa?JL:Pada pandangan saya, penting la juga kerana adat ini lambang tradisi kekeluargaan.

2. Adakah anda mengetahui semua adat perkahwinan tradisional masyarakat Cina? Apakah adat tersebut?JL:Saya tidak tahu amalannya dengan mendalam. Tapi kebanyakannya saya tahu kerana nenek dan ibu saya ada menceritakannya kepada saya. Saya juga mengetahui serba sedikit mengenai adat tersebut melalui perkahwinan rakan dan saudara-mara. Setahu saya, adat perkahwinan tradisional ada adat merisik, adat pertunangan dan adat majlis perkahwinan. Dalam adat majlis perkahwinan itu ada adat minum teh yang patut diamalkan sebagai tanda penerimaan pengantin dan lambang menghormati orang yang lebih tua. Pakaian pengantin juga dititikberatkan iaitu haruslah berwarna cerah.

3. Generasi muda sekarang semakin kurang mengamalkan adat-adat perkahwinan tradisional. Apakah faktor tersebut?JL:Benar cakap awak. Faktornya disebabkan pengaruh Barat yang kuat dan mereka berpendapat bahawa amalan tradisional telah ketinggalan zaman. Proses perkahwinan tradisional juga panjang dan melecehkan serta memenatkan.

4. Apakah pandangan anda terhadap amalan perkahwinan tradisional ini?JL:Pandangan saya adalah perkahwinan tradisional mempunyai makna-makna mereka yang tersendiri. Amalan ini adalah warisan masyarakat dan tidak harus dilupakan.

5. Sekiranya anda berkahwin adakah anda akan menjalankan amalan perkahwinan tradisional?JL:Ya, saya akan menjalankan amalan perkahwinan tradisional agar ia tidak pupus kelak nanti.

LAMPIRAN