kursus geografi_isi.pdf

26
Page1 PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Geografi ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selain itu, ucapan terima kasih juga akan ditunjukkan kepada kedua-dua ibu bapa yang saya hormati selama-lamanya. Mereka dengan sabar dan penuh semangat menolong saya dalam tugasan ini. Sebagai contoh, mereka memberi dorongan, galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan kerja kursus ini sehinggalah selesai. Di samping itu, penghargaan juga diberikan kepada guru Geografi saya iaitu Cik Syuhada. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa saya melakukan kerja ini. Saya berasa amat bersyukur kerana beliau sudi meluangkan masa dengan saya. Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Haikal, Julie, Aina dan Ben sudi membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam kerja kursus. Mereka sangat baik hati dan saya amat menghargai akan pertolongan mereka.

Upload: lacy-wright

Post on 16-Sep-2015

33 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • Pag

    e1

    PENGHARGAAN

    Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala

    petunjuk dan hidayah-Nya.

    Alhamdulillah, Kerja Kursus Geografi ini telah berjaya disiapkan dengan

    ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

    Selain itu, ucapan terima kasih juga akan ditunjukkan kepada kedua-dua ibu

    bapa yang saya hormati selama-lamanya. Mereka dengan sabar dan penuh

    semangat menolong saya dalam tugasan ini. Sebagai contoh, mereka

    memberi dorongan, galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan

    kerja kursus ini sehinggalah selesai.

    Di samping itu, penghargaan juga diberikan kepada guru Geografi saya iaitu

    Cik Syuhada. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa

    saya melakukan kerja ini. Saya berasa amat bersyukur kerana beliau sudi

    meluangkan masa dengan saya.

    Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

    rakan-rakan saya iaitu Haikal, Julie, Aina dan Ben sudi membantu saya

    semasa saya mengalami masalah dalam kerja kursus. Mereka sangat baik

    hati dan saya amat menghargai akan pertolongan mereka.

  • Pag

    e2

    PENDAHULUAN

    Kawasan kajian yang telah dipilih adalah Brinchang, Cameron Highland.

    Brinchang merupakan sebuah pekan yang terletak di kawasan tanah tinggi

    Cameron Highland, di mana pertanian merupakan sektor utama penduduk

    setempat.Keadaan cuaca yang sejuk di sekitar 12 darjah celcius dan bentuk

    muka bumi yang berbukit-bukau membolehkan pelbagai jenis tanaman

    hidup dengan subur di kawasan tanah tinggi tersebut. Keadaan ini juga

    menjadi tarikan utama kepada sektor pelancongan di kawasan tersebut.

    Antaranya, sayuran seperti kobis, sawi, tomato dan lobak merah. Terdapat

    pelbagai jenis teh juga turut ditanam di kawasan Cameron Valley iaitu teh

    jenis green tea, peppermint, earl grey dan banyak lagi. Kebanyakan

    tanaman di sini telah dibawa dan dijual di pasar malam yang terkenal di

    pekan Brinchang iaitu Pasar Kea Farm. Pasar ini menjual pelbagai tanaman

    yang segar dengan harga yang amat murah.

    Di samping itu, pelbagai jenis kaktus,bunga segar dan cenderamata turut

    dijual. Barangan yang paling menarik perhatian pelanggan untuk membeli

    adalah bantal berbentuk strawberi kerana ia merupakan cenderamata yang

    unik selain payung, beg dan selipar. Harga yang ditawarkan amat

    berpatutan bagi pelanggan yang ingin mencari barang untuk dijadikan

    kenangan.

    Tempat yang patut dilawati selain Pasar Kea Farm ialah Taman Rama-rama.

    Pelbagai spesies rama-rama yang cantik boleh dilihat di sini dengan harga

    bayaran RM5.00 sahaja.

  • Pag

    e3

    Tempoh masa yang diambil untuk menjalankan kajian ini adalah dua

    minggu. Tempoh kajian ini mengambil masa yang lama kerana saya ingin

    mengambil kitaran penuh yang terjadi di sini. Saya ingin melihat

    bagaimana proses penanaman di sini dijalankan. Kemajuan pelancongan,

    keadaan cuaca dan cara hidup penduduk setempat turut saya kaji.

  • Pag

    e4

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis bentuk muka

    bumi di Brinchang sama ada tanah pamah, tanah tinggi, pinggir laut atau

    saliran.

    Tanah pamah merupakan tanah yang rata dan beralun. Sebagai contoh,

    Dataran Kedah-Perlis. Tanah tinggi pula terbentuk daripada gunung lipat

    tua. Contohnya, Banjaran Crocker di Sabah. Fakta bagi pinggir laut adalah

    ia mempunyai pelbagai ciri bentuk muka bumi pinggir pantai. Sebagai

    contoh, Port Dickson merupakan pantai berpasir. Sistem saliran mempunyai

    pola saliran yang menghubungkan cara cawangan sungai dan sungai

    utama. Contoh pola saliran adalah pola reranting.

    Jenis bentuk muka bumi ini mempengaruhi beberapa faktor iaitu jenis tanih,

    saliran dan suhu.

    Selain itu, tujuannya adalah untuk mengenalpasti jenis kegiatan ekonomi

    utama yang dilakukan oleh penduduk di Brinchang. Kegiatan ekonomi yang

    biasa terdapat di Malaysia adalah pembalakan, pertanian, perlombongan,

    perikanan dan perindustrian.

    Pembalakan amat penting bagi rakyat Malaysia untuk bekerja atas dasar

    permintaan yang tinggi daripada ramai pihak yang menghasilkan perabot.

    Perindustrian merupakan aktiviti pembuatan, penghasilan barangan untuk

    perdagangan.

    Pertanian mengeluarkan barangan makanan. Perikanan merupakan

    pekerjaan bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan pantai. Hasil

    perlombongan yang terdapat di Malaysia adalah bijih timah, emas, arang

    batu dan bijih besi.

    Di samping itu, objektif lain adalah untuk mengkaji potensi pelbagai bentuk

    muka bumi terhadap kegiatan penduduk di Brinchang. Bentuk muka bumi

    bagi Brinchang adalah tanah tinggi.

  • Pag

    e5

    Antara potensi bagi tanah tinggi adalah pusat perlancongan kerana suhu

    yang sederhana. Selain itu, potensi yang lain adalah kawasan tadahan air

    seperti Banjaran Titiwangsa. Di samping itu, tanah tinggi merupakan sumber

    kayu balak kerana diliputi hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-

    kayu beharga seperti meranti dan keruing. Seterusnya, pusat jana kuasa

    hidroelektrik juga potensi bagi kawasan tanah tinggi kerana ia mempunyai

    banyak sungai yang megalir deras. Akhir sekali, ia sesuai dijadikan kawasan

    pertanian kerana iklim yang sederhana.

  • Pag

    e6

    KAWASAN KAJIAN

    (a) Peta Negeri

    Brinchang terletak di Cameron Highland, Pahang. Peta negeri di bawah

    menunjukkan kedudukan Brinchang di dalam negeri Pahang.

  • Pag

    e7

    Peta Lakar Kawasan Kajian(I)

  • Pag

    e8

    Peta Lakar Kawasan Kajian(II)

    Peta Topografi

  • Pag

    e9

    (b) Huraian Kawasan Kajian

    Kawasan kajian saya adalah Brinchang, Cameron Highlands di Pahang.

    Kawasan ini terkenal dengan tanaman teh, sayur-sayuran, buah-buahan dan

    banyak lagi. Kawasan ini juga terletak di tengah-tengah kawasan yang

    begitu pesat dengan pembangunan.

    i) Jaringan Lebuhraya

    Terdapat dua laluan ke Brinchang di mana kedua-dua laluan tersebut adalah

    dari Lebuhraya Utara-Selatan iaitu kira-kira 65km dari laluan keluar Tapah

    atau 70km dari laluan keluar Simpang Pulai. Hanya pengangkutan darat

    sahaja yang menghubungkan Brinchang ke kawasan jalan tanah rendah. Ini

    adalah disebabkan oleh bentuk muka buminya yang berbukit bukau.

    Selain jaringan lebuhraya tersebut, kedudukan Brinchang yang terletak

    dalam Cameron Highlands membolehkan Brinchang menjadi terkenal.

    Cameron Highlands merupakan salah satu tempat perlancongan yang

    terkenal di Malaysia.

    ii) Bentuk muka bumi

    Ketinggian Brinchang dari aras laut adalah 1600 meter dengan purata suhu

    tahunan 18 darjah celcius. Bentuk muka bumi yang berbukit bukau di

    samping cuaca yang sederhana membolehkan penduduk menjalankan

    aktiviti pertanian, perhutanan dan pelancongan. seperti sayur-sayuran,

    buah-buahan, pelbagai jenis teh, kaktus, bunga-bunga yang segar dan

    sebagainya

    iii) Budaya

    Kawasan Brinchang telah dihuni oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

    Majoritinya adalah kaum Melayu diikuti Cina dan India dan lain-lain bangsa.

    Kepelbagaian bangsa dan budaya menjadikan pekan Brinchang meriah

    dengan aktiviti penduduk setempat yang berbeza.

  • Pag

    e10

    iv) Pendidikan

    Terdapat tadika, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan

    di Brinchang.

    v) Kemudahan

    Terdapat pembangunan, perkhidmatan kesihatan, stesen minyak, bank dan

    bekalan elektrik di Brinchang. Ini memudahkan pelancong untuk

    mendapatkan keperluan asas apabila melancong di sana.

    vi) Jarak Dari Bandar Terdekat

    Bandar terdekat dengan Brinchang ialah Tanah Rata. Pekan Tanah Rata

    lebih besar berbanding Brinchang. Tanah Rata menyediakan pusat rekreasi

    untuk para pelancong yang berminat untuk meneroka alam semula jadi

    seperti Alam Rimba di Jalan Besar, Tanah Rata. Terdapat juga lot-lot kedai

    yang menjual cenderamata, buah-buahan dan sebagainya untuk dibawa

    pulang. Tanah Rata juga menyediakan pelbagai kemudahan bagi para

    pelancong.

  • Pag

    e11

    KAEDAH KAJIAN

    (a) Kaedah pemerhatian

    Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti

    jenis bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi utama yang dilakukan oleh

    penduduk, potensi pelbagai bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan

    dengan kajian. Semua yang dilihat dicatatkan dalam buku catatan.

    Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan

    kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis bentuk muka bumi yang

    terdapat di Brinchang.

    (b) Kaedah temubual

    Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan,

    meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan

    secara langsung mahupun tidak langsung apabila bertemu dengan

    seseorang. Temu bual sering dilakukan di tempat yang menarik perhatian

    seperti kedai cenderamata. Biasanya temu bual dilakukan terhadap orang

    ramai.

    (c) Kaedah soalselidik

    Soal selidik dibuat dengan bertanyakan soalan dan meminta pandangan

    daripada orang ramai. Selain itu, soalselidik juga dibuat dengan menyelidik

    kawasan kajian.

    (d) Rujukan perpustakaan/ peta

    Kaedah Rujukan ialah cara untuk mendapatkan maklumat yang terdapat

    dalam peta dan perpustakaaan. Kaedah ini dilakukan di perpustakaan yang

    berhampiran. Antara bahan rujukan adalah peta topografi, buku rujukan ,

    buku teks dan akhbar.

    (e) Internet

    Internet adalah cara untuk mendapatkan maklumat selain rujukan

    perpustakaan. Pencarian untuk mencari maklumat boleh dicari di Google,

    Yahoo dan Bing. Ia merupakan kaedah yang paling sesuai dan praktikal.

  • Pag

    e12

    DAPATAN KAJIAN

    1) Jadual data

    1.1 Jantina

    1.2 Umur

    1.3 Bangsa

  • Pag

    e13

    1.4 Pekerjaan

    1.5 Tujuan Utama

    1.6 Sumber Rujukan

  • Pag

    e14

    1.7 Tempat Menarik

    1.8 Kekerapan Datang

  • Pag

    e15

    2) Grafik Data

    2.1 Jantina

    2.2 Umur

  • Pag

    e16

    2.3 Bangsa

    2.4 Pekerjaan

  • Pag

    e17

    2.5 Tujuan Utama

    2.6 Sumber Rujukan

  • Pag

    e18

    2.7 Tempat-Tempat Menarik

    2.8 Kekerapan Datang

  • Pag

    e19

    3.0 Huraian Mengenai Kegiatan Ekonomi Penduduk di kawasan kajian.

    Di kawasan tanah tinggi, terdapat beberapa kegiatan ekonomi yang berlaku

    di tanah tinggi iaitu Brinchang, Cameron Highland. Kegiatan yang utama di

    Brinchang ialah pertanian. Kebanyakan hasil pertanian di sini ialah tanaman

    hawa sederhana. Sebagai contoh, tanaman teh. Kegiatan di sini banyak

    terdapat di Brinchang kerana suhu yang rendah memudahkan tanaman

    hidup dengan subur. Penduduk di Cameron Highland amat bergantung

    kepada pertanian. Selain daripada mengutip tanaman teh, terdapat juga

    ladang strawberi di Brinchang. Tanah Tinggi Cameron menghasilkan kira-

    kira 75% daripada jumlah pengeluaran teh di Malaysia.

    Selain daripada kegiatan pertanian, terdapat juga kegiatan

    perlancongan.Kebanyakan pelancong amat menyukai tanah tinggi Cameron

    Highland kerana suhu yang rendah iaitu kira-kira 17 darjah celcius. Di

    tempat-tempat tersebut, terdapat hotel, kemudahan rekreasi dan padang

    golf.Terdapat beberapa pusat perlancongan yang terdapat di sini seperti

    taman rama- rama, ladang strawberi dan ladang teh. Selain daripada itu,

    mereka boleh pergi melihat pokok kaktus dan bunga bunga yang segar.

    Pada waktu malam, mereka boleh pergi ke Pasar Malam Brinchang. Di

    sana, terdapat banyak barangan cenderahati yang boleh dibawa pulang.

    Antaranya ialah rantai kunci, dompet dan bantal. Terdapat juga makanan

    yang dijual di sana seperti marshmallow, madu dan banyak lagi.

    Di samping itu, kegiatan ekonomi yang terdapat di Cameron Highland ialah

    kegiatan perniagaan.contoh tempat berniaga ialah Pasar Malam Brinchang.

    Ramai penduduk suka berniaga barang seperti makanan, pakaian,

    permainan dan barang-barang lain. Mereka menjualnya dengan harga yang

    berpatutan dan ia menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Sikap

    mereka yang mesra dan ramah juga adalah faktor ramai pelanggan datang

    ke kedai mereka. Barangan di sana juga berkualiti dan tahan lama.

  • Pag

    e20

    Seterusnya ialah kegiatan perkhidmatan. Penduduk di sini juga berkhidmat

    untuk pelancong seperti pemandu pelancong. Mereka membawa pelancong

    sekitar tanah tinggi Cameron Highland dan memberitahu tentang

    keistimewaan tentang tanah tinggi tersebut. Selain pemandu pelancong,

    terdapat juga beberapa kegiatan perkhidmatan seperti doktor, cikgu dan

    banyak lagi perkhidmatan yang di Cameron Highland. Kegiatan

    perkhidmatan ini banyak meningkatkan ekonomi penduduk di sini.

    Kemajuan ekonomi yang pesat di kawasan tanah tinggi telah menarik

    perhatian ramai penduduk bertumpu di sini. Ini telah membawa kepada

    perkembangan hidup penduduk. Semakin ramai penduduk memerlukan

    banyak pengangkutan. Di sini pengangkutan yang ada ialah pengangkutan

    darat. Contoh pengangkutan ialah kereta, lori, motorsikal dan banyak lagi. Di

    Cameron Highland terdapat juga jaringan pengankutan yang

    menghubungkan Cameron Highland dengan lebuh raya.

    Faktor bentuk muka bumi yang berbukit-bukau mempengaruhi kegiatan

    ekonomi penduduk di sini. Bentuk muka bumi yang tinggi menggalakkan

    peduduk di sini menanam tanaman hawa sederhana seperti strawberi dan

    anggur kerana suhunya yang serendah 17 darjah celcius. Buah-buahan,

    sayur-sayuran dan bunga-bungaan turut ditanam di sini. Kebanyakan hasil

    tanaman di sini dieksport ke negeri-negeri lain untuk dijual. Hanya tanah

    tinggi seperti Cameron Highland yang boleh menghasilkan tanaman hawa

    sederhana yang segar dan murah. Hasil eksport hasil tanaman ini

    menambahkan lagi pendapatan negara.

  • Pag

    e21

    RUMUSAN

    Di kawasan kajian ini, saya menyedari betapa bertuahnya penduduk di

    Brinchang kerana mereka mempunyai kawasan yang amat sesuai seperti

    pelancongan dan pertanian. Mereka sepatutnya bersyukur akan nikmat yang

    diberi oleh Tuhan kerana tempat adalah salah satu kegiatan ekonomi

    terpenting di Malaysia.

    Jadi, kita tidak harus merosakkan tempat ini dengan sesuka hati seperti

    pembalakan haram dan penerokaan tanah yang tidak terkawal. Kejadian ini

    akan membawa banyak bencana alam dan merugikan negara.

    Oleh itu,masyarakat kita haruslah prihatin akan kebersihan dan keselamatan

    tempat ini supaya generasi yang akan datang dapat menggunakan tempat

    ini lagi.

  • Pag

    e22

    LAMPIRAN (borang temubual)

    SURVEY AKTIVITI : AKTIVITI PELANCONGAN DI CAMERON HIGHLAND

    IDENTITI RESPONDEN

    NAMA:

    1 Jantina Lelaki Perempuan

    2 Umur (Tahun) 20-29 40-50

    30-39 Lebih 50

    3 Bangsa Melayu Cina

    India Lain-lain

    4 Pekerjaan Awam Swasta

    Pelajar Sendiri

    5 Tujuan Utama Melancong Membeli-belah

    Mengikut keluarga

    Lain-lain

    Sila bulatkan jawapan yang paling sesuai.

    1. Dari mana anda mengetahui mengenai Cameron Highland?

    a. Akhbar

    b. Internet

    c. Media masa

    d. Keluarga / Rakan

    2. Apakah tempat paling menarik di Cameron Highland bagi anda?

    a. Ladang Teh Cameron Valley

    b. Pasar Malam Brinchang

    c. Ladang Strawberi Brinchang

    d. Taman Rama-Rama

  • Pag

    e23

    3. Berapa kali kekerapan anda pergi ke Cameron Highland?

    a. 1-3 kali

    b. 4-6 kali

    c. Lebih 6 kali

    d. Tidak pernah

    4. Apakah cadangan anda untuk menambah perhatian pelancong di

    Cameron Highland?

  • Pag

    e24

    Gambar-Gambar

  • Pag

    e25

    Keratan Akhbar

    Di Gunung Brinchang

  • Pag

    e26

    RUJUKAN

    Buku

    Chong Yong Choi, 2012. Geografi Tingkatan 1. P.Jaya: Media Network Sdn

    Bhd

    Edison Chen 2012. Peta Dunia KBSM. K. Lumpur: Fajar Bakti

    Internet

    Google Search: en.wikipedia.org/wiki/ Cameron_Highlands

    Climate Data . org. Retrieved 2013-11-02

    Orang Sumber

    Cik Dalilah Najwa, Setiausaha Brinchang