kurikulum standard sekolah rendah - sksab1.com · holistik, standard kurikulum bersepadu sekolah...
TRANSCRIPT
DRAF
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Modul
Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
Tahun 1
Modul Pengajaran
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
MODUL PENGAJARAN
TERAS TEMA
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
2010
KANDUNGAN Muka surat
1. Kandungan
iii
2. Pendahuluan
1
3. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
1
4. Kurikulum Modular Berasaskan Standard
1
5. Modul Sains
2
6. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
4
7. Pentaksiran
5
8. Sains Hayat 8.1 Hidup atau Bukan Hidup 8.2 Kita Serupa Tapi Tidak Sama 8.3 Siapa Saya? 8.4 Yang Mana Satu? 8.5 Siapakah kita? 8.6 Apa Yang Saya Ada? 8.7 Tidak Semuanya Sama 8.8 Betapa Istimewanya Saya
6 16 35 53 68 73 80 87
9. Sains Fizikal 9.1 Deria Penglihatan Kita 9.2 Dunia Warna 9.3 Bentuk Di Sekeliling Ku 9.4 Bagaimana Saiznya 9.5 Saya Seorang Jurubina 9.6 Eh, Ada Bau! 9.7 Apa Rasanya?
88 95
106 117 132 141 150
1
1. Pendahuluan
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik, Standard Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dibangunkan bagi memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus utama teras kedua Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
2. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketrampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Literasi Sains dan Teknologi 5. Fizikal dan Estetika 6. Ketrampilan Diri
Setiap tunjang terdiri daripada elemen-elemen mata pelajaran tertentu yang mana ada di antara mata pelajaran tersebut diajar sebagai satu mata pelajaran dan ada yang digabungkan beberapa mata pelajaran dan dipersembahkan dalam bentuk tema.
3. Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Komposisi Kurikulum Tahap 1 menekankan kepada penguasaan 3 M iaitu Menulis,
2
Mendengar, dan Mengira serta Menakul. Pada masa yang sama, kemahiran asas ICT, Perkembangan fizikal, kognitif, penguasaan kemahiran generik, Perkembangan sosioemosi, sahsiah, sikap dan nilai diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran.
3.1 Standard Kandungan: Pernyataan tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
3.2 Standard Pembelajaran
Standard pembelajaran merupakan hasil pembelajaran yang boleh diukur dan mesti dikuasai oleh murid. Objektif perlakuan ini mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Kandungan yang dinyatakan. Penulisan Standard Pembelajaran juga menunjukkan kedalaman dan skop bagi hasil pembelajaran yang perlu dicapai.
4. Modul Teras Tema bagi mata pelajaran Sains
Terdapat dua dokumen yang disediakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dalam kurikulum transformasi ini iaitu:
INSAN SEIMBANG
FIZIKAL & ESTETIKA
• Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
• Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
KOMUNIKASI
• Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.
KETRAMPILAN DIRI
• Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
LITERASI SAINS & TEKNOLOGI
• Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan sikap saintifik menerusi inkuiri.
• Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah.
• Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi seperti alat, cara, teknik dan proses untuk memudahkanmelaksanakan sesuatu dalam kehidupan seharian.
KEMANUSIAAN
• Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global
• Penghayatan semangat patriotisme & perpaduan
KEROHANIAN, SIKAP
& NILAI
• Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap & nilai
Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
3
4.1 Modul Pengajaran Teras Tema: Dunia Sains dan
Teknologi
Satu modul pengajaran telah disediakan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu Dunia Sains dan Teknologi. Modul ini mengandungi beberapa unit di mana setiap unit mengandungi gabungan beberapa standard pembelajaran. Setiap unit dalam modul pengajaran mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang terdapat di dalam unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan persekitaran murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini hanya meliputi sebahagian daripada keseluruhan standard sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 1.
Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan masteri di samping menggabungjalinkan pendekatan-pendekatan pedagogi lain yang sesuai. Penerapan elemen ICT, keusahawanan serta kreativiti dan inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam modul ini bagi membimbing guru dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan aktiviti untuk murid yang berpencapaian tinggi melalui aktiviti pengayaan dan murid yang lemah melalui aktiviti pemulihan supaya semua murid dapat mencapai Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian yang disediakan bagi sesuatu unit dalam modul ini adalah bersifat diagnostik bagi membolehkan guru mengesan kefahaman murid. Guru mestilah menggunakan maklum balas daripada diagnostik ini bagi melaksanakan tindakan susulan samada aktiviti pemulihan atau pengayaan. Aktiviti dan lembaran aktiviti yang disediakan untuk pengayaan dan pemulihan disediakan mengikut tahap kebolehan murid bagi mencapai standard pembelajaran yang sama bagi unit tersebut. Sekiranya 80% daripada murid di kelas tersebut telah menguasai standard pembelajaran, guru bolehlah beralih kepada unit yang baru. Diharapkan pendekatan masteri ini akan mengurangkan bilangan murid yang tercicir. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di sampingkan menyediakan suasana learning is fun semasa
4
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti yang terdapat di dalam modul ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan untuk mengubahsuaikan modul yang bersesuaian dengan murid serta peralatan yang terdapat di sekeliling mereka. Guru juga digalakan untuk membina modul p&p yang bersesuaian dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang mengembangkan kreativiti mereka sendiri. Penulisan modul ini mengambil kira aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif, supaya mereka dapat berfikir secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan merupakan aktiviti yang dapat membentuk pemikiran murid.
4.2 Modul Pembelajaran Teras Tema: Dunia Sains dan
Teknologi
Selain daripada Modul Pengajaran, Modul Pembelajaran juga disediakan. Modul Pembelajaran ini mengandungi lembaran kerja untuk kegunaan murid. Di samping itu terdapat penerangan ringkas mengenai topik yang dipelajari bagi membantu murid menjawab soalan-soalan lembaran kerja yang disediakan. Lembaran Kerja yang disediakan mempunyai aras kesukaran yang berbeza. Guru seharusnya dapat memanfaatkan Lembaran Kerja yang disediakan bagi menangani kebolehan murid yang pelbagai di dalam kelas yang sama. Aktiviti murid dan modul pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah saling melengkapi bagi mencapai standard kandungan dan standard pembelajaran yang dihasratkan.
5. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
� Inkuiri � Konstruktivisme � Pembelajaran konstektual � Pembelajaran interaktif � Pembelajaran koperatif � Perbincangan
5
� Simulasi � Projek � Kajian lapangan � Pembelajaran Masteri � Kecerdasan pelbagai � Penyelesaian masalah
Pelaksanaan pendekatan pengajarandan pembelajaran yang dijalankan haruslah dipelbagaikan bagi mengekalkan minat murid. Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah berdasarkan kepada kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada.
6. Pentaksiran
Pentaksiran haruslah dilaksanakan apabila sesuatu unit itu telah selesai dijalankan. Pentaksiran berasaskan sekolah bentuk formatif di mana guru boleh menggunakan hasil murid seperti lembaran kerja, folio murid dan secara lisan untuk membuat pentaksiran. Pentaksiran juga boleh berbentuk lisan di mana murid dapat menunjuk atau memberi penerangan bagaimana mereka menyediakan hasil kerja. Guru seharusnya mengambil kira untuk membuat pentaksiran bukan hanya pada hasil akhir tetapi juga semasa proses pembelajaran itu berlaku. Guru boleh menggunakan hasil pentaksiran ini untuk tindakan seterusnya seperti merancang pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan bahan yang sesuai.
Sidang Editor
Hidup Atau Bukan Hidup?
6
Tajuk: HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?
Ringkasan
Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup.Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
Kandungan Standard:
Sains Hayat 1.1 Memahami cirri benda hidup dan benda bukan hidup.
Standard pembelajaran:
1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup. 1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa:
4 waktu
Sumber: 1. Kad gambar 2. Kad imbasan – benda hidup, benda bukan hidup. 3. Lembaran Kerja1 - Penilaian 4. Lembaran kerja 2 - Penilaian 5. Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6. Lembaran kerja 4 - Pemulihan 7. Lembaran kerja 5 - Pengayaan 8. Lembaran kerja 6 - Pengayaan
Aktiviti:
1. Guru membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (luar bilik darjah)
1.1 Menama dan menyenaraikan benda-benda yang terdapat di kawasan kajian.
1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka.
2. Kembali ke bilik darjah 2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup
dan 2 contoh gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada papan tulis.(Guru belum memperkenalkan/menyebut benda hidup dan benda bukan hidup)
2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing murid sambil menanya i. Kenapa saya kumpulkan gambar – gambar ini? ii. Apakah yang sama dalam gambar ini? iii. Apakah beza pada gambar ini?
2.3 Murid menerangkan kenapa lakaran mereka ditempatkan di dalam ruangan tersebut.
Hidup Atau Bukan Hidup?
7
2.4 Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan.(Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)
3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan. 3.1 Murid menampal kad imbasan ke ruangan
pengelasan yang telah dibuat. 4. Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1 Guru membekalkan kotak/sampul yang mengandungi gambar/model kepada kumpulan murid.
4.2 Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.
4.3 Pembentangan hasil kerja kumpulan.
Penilaian: Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
Aktiviti Pemulihan:
Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian. Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.
Aktiviti Pengayaan:
Murid menyiapkan lembaran kerja 5 dan 6.
Hidup Atau Bukan Hidup?
8
burung kucing
ikan ular
haiwan benda hidup tumbuhan
pokok
kelapa
pokok
pisang
Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan
makanan dan minuman.Tanpa makanan dan minuman benda hidup
akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda
hidup juga melalui proses tumbesaran.
Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami
proses hidup.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan
minuman. Benda bukan hidup tidak bernafas,tidak bergerak dan
tidak membiak. Benda bukan hidup juga tidak melalui proses
tumbesaran.
TARIKH: Nota
bukan benda hidup
bola beg cerek
Hidup Atau Bukan Hidup?
9
Bulatkan ( O ) pada benda hidup
Gariskan ( / ) pada benda bukan hidup.
Lembaran Kerja 1
Markah: / 14
TARIKH:
Hidup Atau Bukan Hidup?
10
Contoh
Tandakan ( ) pada jawapan yang betul.
Lembaran Kerja 2
Markah: / 6
benda bukan hidup
benda hidup
√
benda bukan hidup
benda hidup
benda bukan hidup
benda hidup
benda bukan hidup
benda hidup
benda bukan hidup
benda hidup
benda bukan hidup
benda hidup
benda bukan hidup
benda hidup
TARIKH:
Hidup Atau Bukan Hidup?
11
Potong gambar benda hidup dan benda bukan hidup.
Tampal gambar pada lembaran kerja yang disediakan.
Lembaran Kerja 3A TARIKH:
Hidup Atau Bukan Hidup?
12
benda hidup
benda bukan hidup
Lembaran Kerja 3B
Tampal gambar pada ruangan yang betul.
Markah : / 10
TARIKH
:
Hidup Atau Bukan Hidup?
13
Markah: / 5
benda hidup
benda bukan hidup
Padankan gambar pada kumpulan benda hidup dan benda
bukan hidup
Lembaran Kerja 4 TARIKH
:
Hidup Atau Bukan Hidup?
14
Air mineral
1. Tandakan ( ) pada benda hidup dan
( X ) pada benda bukan hidup.
Markah: / 10
Lembaran Kerja 5 TARIKH
:
Hidup Atau Bukan Hidup?
15
baldi monyet lampu suluh
bayi jam siput
kapal pokok pisang basikal
benda hidup benda bukan hidup
baldi
Lembaran Kerja 6
Kumpulkan benda hidup dan benda bukan hidup.
Tulis perkataan pada ruangan yang disediakan di bawah.
Markah: / 8
TARIKH
:
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
16
Tajuk: Kita Serupa Tidapi Tak Sama
Ringkasan: Dalam tajuk ini, murid akan mempelajari bahagian tubuh dan fungsi
bahagian tubuh manusia termasuk persamaan dan perbezaan bahagian
tubuh mereka dengan rakan-rakan.Ada yang berambut kerinting dan ada
yang berambut lurus.Ada yang boleh menggulung lidah.
Standard Kandungan:
Sains Hayat
2.1 Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia.
2.2 Menghargai bahagian tubuh kita.
Standard Pembelajaran
2.1.1 Mengenalpasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan, kaki.
2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian.
tubuh manusia. 2.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. 2.2.1 Menghormati dan menerima keadaan diri seseorang.
Tempoh Masa: 2 waktu
Sumber: 1. Gambar jenis rambut yang berbeza
2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian
3. Lembaran Kerja 2 - Penilaian.
4. Lembaran Kerja 3 - Pemulihan
5. Lembaran Kerja 4 - Pengayaan.
6. Lembaran Kerja 5 - Pengayaan.
Aktiviti: Aktiviti 1 1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Kalau rasa Gembira”
(lampiran 1)
2. Guru mengedarkan sampul yang mengandungi gambar bahagian muka kepada kumpulan. ( Lampiran 2)
3. Murid menampal bahagian-bahagian muka pada lakaran muka.
4. Guru membimbing murid mengenali bahagian-bahagian tubuh yang
lain. ( Lampiran 3 ) Aktiviti 2
1. Guru meminta dua orang murid ke hadapan.(Nota Guru: pastikan murid itu mempunyai perbezaan sifat fizikal yang ketara)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
17
2. Guru meminta murid untuk memerhati persamaan dan perbezaan di antara keduanya. (Cth:Apakah persamaan yang mereka ada? Apakah pula perbezaan yang antara mereka?)
3. Guru menunjukkan gambar jenis rambut.(iaitu: kerinting dan lurus). (Lampiran 1)
4. Guru meminta murid mengenal pasti jenis rambut masing-masing berdasarkan gambar yang diberi.
5. Guru meminta murid yang mempunyai jenis rambut yang sama berkumpul mengikut gambar yang disediakan.
6. Ulangi aktiviti di atas dengan melihat perbezaan pada kebolehan menggulung lidah.
7. Guru membimbing murid mensyukuri dan membuat rumusan
tentang kepentingan persamaan dan perbezaan antara manusia.
( Cth:Mengapa manusia berbeza-beza? Apa yang akan berlaku jika
semua manusia sama?)
Penilaian: 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2
Aktiviti Pemulihan:
1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3.
Aktiviti Pengayaan:
1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 4 dan 5. http://www.nps.k12.nj.us/vailsburg/VMS%20Human%20Genetics/traits.htm).
Nota : Sumber dari Internet
1. http://www.nps.k12.nj.us/vailsburg/VMS%20Human%Genetics/traits.htm
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
32
Bina perkataan berdasarkan gambar
aatm
Jawapan:
ijra
Jawapan:
gnaetli
Jawapan:
Lembaran Kerja 4Nama:
Tarikh:
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
33
1. _________________________
2. _________________________
3. _________________________
Markah: / 3
B A
Lembaran Kerja
Nama:
Tarikh: 5
Cari 3 perbezaan di antara gambar A dan B. Tuliskan
perbezaan-perbezaan itu.
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
34
Layari internet melalui laman web : http://www.nps.k12.nj.us/vailsburg/VMS%20Human%20Genetics/traits.htm).
Kenalpasti ciri – ciri manusia yang lain.
1. Ciri-ciri pada manusia adalah :
a)____________________
b)____________________
c)____________________
d)____________________
e)____________________
f)____________________
g)____________________
h)____________________
i)_____________________
j)_____________________
k)_____________________
l)______________________
Lembaran Kerja 6 Tarikh:
Markah: / 12
Siapa saya?
35 Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Topik: Siapa saya?
Ringkasan:
Murid akan didedahkan dengan pelbagai jenis haiwan di persekitaran mereka seperti ikan, kucing, burung, kura-kura, arnab, ular, katak, rama-rama, belalang, semut, lembu, ayam, lalat, siput babi
Standard Kandungan:
Sains Hayat 3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.
Standard Pembelajaran:
3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti kucing, ikan, burung, ular, katak, lipas, siput dan rama-rama.
3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa:
2 waktu
Sumber: 1. Sampul surat berisi gambar-gambar haiwan. 2. Model dan kotak hitam 3. Lembaran kerja 1 (Penilaian) 4. Lembaran kerja 2 (Penilaian). 5. Lembaran kerja 3 (Pemulihan) 6. Lembaran kerja 4 (Pengayaan)
Aktiviti:
Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan sebuah kotak hitam yang diisi dengan model atau gambar haiwan.
2. Guru meminta murid menyoal beberapa soalan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan haiwan yang ada di dalam kotak tersebut.
3. Guru membantu murid dengan memberikan jawapan 'ya'
atau 'tidak' untuk setiap soalan yang dikemukakan oleh murid.
4. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut.
5. Guru menunjukkan haiwan yang ada di dalam kotak hitam
tersebut.
6. Guru mengesahkan jawapan murid dengan menunjukkan gambar atau model haiwan tersebut
Siapa saya?
36 Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Aktiviti 2
1. Guru mengedarkan beberapa sampul surat berisi sekurang-kurangnya 2 keping gambar haiwan kepada setiap kumpulan.( Lampiran 1)
2. Guru meminta murid menamakan dan mengeja nama haiwan
tersebut secara berkumpulan.
3. Guru meminta kumpulan memperkenalkan haiwan-haiwan tersebut kepada rakan-rakan sekelas yang lain.
4. Guru mengadakan perbincangan dengan murid-murid
berkaitan haiwan-haiwan tersebut. Aktiviti 3
1. Guru meminta murid-murid menyatakan kepentingan haiwan-haiwan tersebut. Cth: Apakah yang akan berlaku jika tiada haiwan ini? Cth: Ayam
Pentaksiran: Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran
Kerja 1 dan 2
Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai. Murid menyiapkan lembaran kerja 3.
Aktiviti pengayaan
Murid-murid menyiapkan lembaran kerja 4 dan 5
Siapa saya?
47 Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Haiwan
• Haiwan boleh dijumpai di sekeliling kita.
• Contoh: kucing, burung, katak, ayam, lembu, ular,
ikan, kura-kura, arnab, rama-rama, belalang,
semut, lalat, anjing, nyamuk, kambing, tikus, lipas,
cicak dan siput babi.
• Ada haiwan mempunyai bahagian tubuh yang
sama.
•
• Ada haiwan mempunyai bahagian tubuh yang
berbeza.
• Contoh bahagian tersebut ialah: mata, mulut,
telinga, hidung, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip,
tanduk, sesungut, bulu, sisik dan cengkerang.
Nota Tarikh:
Siapa saya?
48 Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Namakan haiwan-haiwan berikut.
Marks: / 14
1 8
2 9
3 10
4 11
5 12
6 13
7 14
Lembaran Kerja 1 Tarikh:
Siapa saya?
49 Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Padankan haiwan dengan namanya.
Tarikh: Lembaran Kerja 2
Markah: / 14
lembu
belalang
rama-rama
lipas
lalat
belalang
katak
ikan
kucing
ular
kura-kura
arnab
siput babi
ayam
Siapa saya?
50 Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
l l t b r n g r m - r m
k t k b l l n g k c n g
y m l p s k n r n b
l m b s p b i
k r - u r u a
Lengkapkan perkataan berikut.
Tarikh: Lembaran Kerja 3
Markah: / 14
Siapa saya?
51 Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
a k n b k n l l r a - a r - b s g a k s t b t l l
Tarikh: Lembaran Kerja 4a
Lengkapkan teka silang kata berikut.
Siapa saya?
52 Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Tarikh: Lembaran Kerja 4b
Lengkapkan teka silang kata berikut.
Yang mana satu?
53 Model Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
Tajuk: YANG MANA SATU?
Ringkasan:
Murid akan mengenalpasti, membanding dan membezakan bahagian-bahagian badan haiwan.
Standard Kandungan:
Sains Hayat 3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.
Standard Pembelajaran:
3.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu mata,
mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cengkerang
3.1.3 Membanding dan membezakan bahagian tubuh satu haiwan
dengan bahagian tubuh haiwan-haiwan yang lain. 3.1.4 Mengitlakkan bahawa ada haiwan yang mempunyai ciri yang
sama dan berbeza. 3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa:
8 waktu
Sumber: 1. Sampul surat berisi gambar haiwan. 2. Lembaran kerja 1 (Penilaian) 3. Lembaran kerja 2 (Penilaian). 4. Lembaran kerja 3 (Penilaian) 5. Lembaran kerja 4 (Pemulihan) 6. Lembaran kerja 5 (Pemulihan) 7. Lembaran kerja 6 (Pengayaan)
Aktiviti:
Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan sekeping gambar haiwan yang tidak lengkap ataupun haiwan yang mempunyai sifat-sifat tambahan yang lain.
2. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut. (Lampiran 1 -
gambar arnab tanpa ekor dan telinga).
3. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut (Lampiran 2 - gambar ikan tanpa ekor, mata dan sirip)
4. Guru membimbing murid untuk merumuskan kepentingan
haiwan mempunyai bahagian-bahagian tubuh yang lengkap.
Yang mana satu?
54 Model Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
Aktiviti 2.
1. Guru mengedarkan sampul surat berisi gambar 2 jenis haiwan yang ditandakan dengan anak panah pada bahagian-bahagian tertentu pada haiwan tersebut. ( Lampiran 3)
2. Guru meminta murid melabelkan bahagian-bahagian yang
ditandakan.
3. Guru meminta murid-murid membuat perbandingan di antara 2 jenis haiwan tersebut.
4. Guru mejalankan perbincangan dengan murid-murid
mengenai bahagian-bahagian badan haiwan yang telah dilabelkan.
Aktiviti 3
1. Guru meminta pendapat murid-murid mengenai kepentingan bahagian-bahagian badan haiwan tersebut.
Cth: Apakah yang akan berlaku jika siput babi tiada cengkerang?
Pentaksiran: Guru meminta murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1,2 dan 3
Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai. Murid menyiapkan lembaran kerja 4 dan 5.
Aktiviti pengayaan
Murid-murid menyiapkan lembaran kerja 6
Yang mana satu?
62 Model Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
Namakan bahagian-bahagian ikan ini.
Tarikh:
Markah: / 5
Lembaran Kerja 1
ekor sirip sisik
mulut mata
Yang mana satu?
63 Model Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
paruh
Namakan bahagian-bahagian burung ini.
Tarikh:
Markah: / 5
Lembaran Kerja 2
mata
kaki sayap
ekor
Yang mana satu?
64 Model Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
Namakan bahagian-bahagian tubuh lembu ini.
Markah: / 5
telinga
mata
kaki tanduk
ekor
Lembaran Kerja 3 Tarikh:
Yang mana satu?
65 Model Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
m _ _ u _
k i
e _ _ r m t _
t n _ _k
Lengkapkan huruf yang hilang.
Tarikh:
Markah: / 5
Lembaran kerja 4
Yang mana satu?
66 Model Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
m t _
Lengkapkan huruf yang hilang.
Tarikh:
Markah: / 4
Lembaran kerja 5
e _ r
m _ l _ t
s _r _ _
Yang mana satu?
67 Model Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
Lembaran kerja 6
Padankan haiwan dengan bahagian-bahagiannya.
Tarikh:
Markah: / 10
sayap ●
sesungut ●
tanduk ●
• ekor
• sirip
• hidung
cengkerang ●
paruh ●
mulut ●
• cengkerang
• kaki
• telinga
tanduk ●
sirip ●
mata ●
Serupakah kita?
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
68
Tajuk: SERUPAKAH KITA?
Ringkasan:
Murid boleh mengenal pasti persamaan dan perbezaan bahagian-bahagian tubuh pada satu haiwan berbanding bahagian tubuh haiwan yang lain serta dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat haiwan yang mempunyai ciri yang sama dan berbeza.
Standard Kandungan:
Sains Hayat 3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.
Standard Pembelajaran:
3.1.3 Membanding dan membezakan bahagian tubuh satu haiwan dengan bahagian tubuh haiwan-haiwan yang lain. 3.1.4 Mengitlak bahawa ada haiwan yang mempunyai mempunyai
ciri yang sama dan berbeza. .
Tempoh masa:
3 waktu
Sumber: 1. Slaid gambar haiwan 2. Kad gambar haiwan 3. Lembaran Kerja
Aktiviti:
1. Guru menayangkan slaid power point atau kad gambar satu haiwan dan bersoaljawab dengan murid tentang bahagian-bahagian tubuh pada haiwan tersebut.
2. Guru menayangkan dua jenis haiwan satu persatu dan bersoaljawab dengan murid. Hasil maklum balas daripada murid dicatatkan pada borang pengurusan grafik yang telah disediakan pada kertas majong. Contoh soalan: 1. Apakah nama haiwan ini?
Kucing 2. Namakan bahagian-bahagian tubuh yang terdapat pada
seekor kucing. Ekor, kaki, mata, mulut. misai, ekor
Nota:
1. Sambil bersoaljawab dengan murid guru menandakan respon murid pada borang pengurusan grafik yang dipamerkan di hadapan kelas.
2. Soalan diulang untuk jenis haiwan yang lain.
Serupakah kita?
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
69
Contoh borang pengurusan grafik pada kertas majong. 3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil . 4. Guru mengedarkan dua jenis gambar jenis haiwan kepada
setiap kumpulan. 5. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti
persamaan dan perbezaan bahagian-bahagian tubuh yang terdapat gambar haiwan yang diberikan.
6. Murid merekodkan dapatan dalam borang pengurusan grafik (Lembaran Kerja 1) yang diedarkan kepada setiap kumpulan.
7. Guru memantau maklumat yang direkodkan oleh setiap kumpulan dan meminta murid dalam setiap kumpulan menceritakan dapatan mereka.
8. Guru membimbing murid dalam setiap kumpulan untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat haiwan yang mempunyai ciri yang sama dan ada yang berbeza. Guru menerapkan nilai mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan dan cara memelihara dan memulihara haiwan.
Bahagian- bahagian
Tubuh haiwan
Kaki / /
Ekor / /
Mata / /
Hidung /
Sayap /
Paruh /
Bulu / /
Mulut /
Misai /
Serupakah kita?
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
70
Pentaksiran: 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1(Penilaian secara kumpulan)
Aktiviti pemulihan:
1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dengan bimbingan guru
Aktiviti pengayaan
1. Murid menjawab Lembaran Kerja 2
Serupakah kita?
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
71
Kenal pasti bahagian-bahagian tubuh yang terdapat pada haiwan
berikut.
Tandakan ( _/ ) pada petak yang sesuai.
Bahagian-
bahagian
tubuh haiwan
Kaki
Ekor
Mata
Hidung
Sisik
Bulu
Tanduk
Mulut
Beberapa haiwan yang mempunyai bahagian-bahagian tubuh yang
________________ dan ada yang _____________________.
Tarikh: Lembaran Kerja 1
Markah: / 20
Serupakah kita?
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
72
Kenal pasti bahagian-bahagian tubuh yang terdapat pada haiwan
berikut.
Tandakan ( _/ ) pada petak yang sesuai.
Bahagian-
bahagian
tubuh
haiwan
Kaki
Ekor
Mata
Hidung
Sesungut
Bulu
Sayap
Mulut
Beberapa haiwan yang mempunyai bahagian-bahagian tubuh yang
________________ dan ada yang _____________________.
Tarikh: Lembaran Kerja 2
Markah: / 20
Apa yang saya ada?
Modul Tema Teras: Dunia Sains dan Teknologi
73
Tajuk: APA YANG SAYA ADA?
Ringkasan:
Murid diperkenalkan kepada jenis-jenis tumbuhan dan bahagian-bahagian tumbuhan.
Standard Kandungan:
SAINS HAYAT 4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan.
Standard Pembelajaran:
4.1.1 Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di sekeliling seperti rumput, paku-pakis, pokok mangga, pokok kelapa, pokok bunga raya, pokok nanas, pokok keembong, pokok bunga ros, pokok orkid dan pokok pisang. 4.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tumbuhan iaitu pucuk,
daun, bunga, buah, dahan, batang dan akar dengan memerhati tumbuhan sebenar. .
4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian satu tumbuhan
dengan tumbuhan-tumbuhan yang lain melalui penyiasatan. 4.1.4 Mengitlakkan bahawa ada tumbuhan yang mempunyai ciri
yang sama dan ada ciri yang berbeza. 4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan
atau lisan.
Tempoh masa:
4 waktu
Sumber: 1. Kertas A4 kosong 2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian 3. Lembaran Kerja 2 - Penilaian 4. Lembaran kerja 3 - Pengayaan 5. Nota 6. Kad perkataan
Aktiviti:
Aktiviti 1 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang
mengandungi tidak lebih dari 4 orang. 2. Murid diminta melukis dan menamakan satu tumbuhan yang
mereka kenali yang terdapat di kawasan persekitaran sekolah. 3. Murid membuat pembentangan mengenai lakaran mereka di
hadapan kelas. Aktiviti 2 1. Guru meminta murid melabelkan bahagian-bahagian pokok
dengan mengikat kad perkataan pada bahagian-bahagian yang betul.
2. Guru membimbing murid membaca nama dan bahagian-bahagian tumbuhan yang dipilih. (nota)
Apa yang saya ada?
Modul Tema Teras: Dunia Sains dan Teknologi
74
Aktiviti 3 3. Guru meminta murid membanding dan membezakan ciri-ciri
fizikal tumbuhan yang telah dilakar oleh murid. a) Guru memilih 2 lakaran murid dan tampal di papan tulis. b) Guru menyoal murid tentang dua lakaran yang
dipamerkan. c) Guru menyoal apa yang sama dan berbeza.
Penilaian:
1. Meminta murid mengeja nama tumbuh-tumbuhan yang ditulis di papan tulis.
2. Murid-murid diminta menyiapkan lembaran kerja 1 dan 2.
Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza.
Aktiviti pengayaan
Lembaran Kerja 3
Apa yang saya ada?
Modul Tema Teras: Dunia Sains dan Teknologi
75
pokok bunga mawar
pokok keembung
paku -pakis pokok bunga raya
rumput
pokok mangga
pokok nenas
pokok kelapa
Tarikh: Lembaran Kerja 1
Namakan tumbuh-tumbuhan.
Apa yang saya ada?
Modul Tema Teras: Dunia Sains dan Teknologi
77
Pokok kelapa
mempunyai :
Pokok bunga
mawar
mempunyai :
Paku pakis
mempunyai :
Tarikh: Lembaran Kerja 2
Tuliskan bahagian-bahagian yang terdapat pada tumbuhan di bawah.
Apa yang saya ada?
Modul Tema Teras: Dunia Sains dan Teknologi
78
Tarikh:
Labelkan bahagian-bahagian tumbuhan ini.
Lembaran Kerja 3
Apa yang saya ada?
Modul Tema Teras: Dunia Sains dan Teknologi
79
Tarikh:
Bahagian-bahagian tumbuhan
• Tumbuhan ada banyak bahagian.
• Contohnya batang, daun, dahan, bunga, buah
dan akar.
• Ada tumbuhan yang berbunga dan ada yang
tidak berbunga
• Batang tumbuhan menyokong dahan dan daun.
• Akar tumbuhan tumbuh ke dalam tanah untuk
menyerap air.
Nota:
daun
batang
bunga
buah
akar
Tidak Semuanya Sama
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
80
Tajuk: TIDAK SEMUANYA SAMA
Ringkasan:
Murid boleh mengenal pasti persamaan dan perbezaan bahagian-bahagian yang terdapat pada satu tumbuhan berbanding tumbuhan yang lain serta dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan berbeza.
Standard Kandungan:
Sains Hayat 4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan 4.3 Menghargai pelbagai tumbuhan di sekeliling kita
Standard Pembelajaran:
4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian satu tumbuhan dengan tumbuhan-tumbuhan yang lain melalui penyiasatan. 4.1.4 Mengitlak bahawa ada tumbuhan yang mempunyai ciri yang
sama dan ada ciri yang berbeza. 4.3.1 Meramalkan secara lisan keadaan di muka bumi jika hanya
terdapat satu jenis tumbuhan sahaja.
Tempoh masa:
3 waktu
Sumber: 1. Slaid gambar tumbuhan 2. Kad gambar tumbuhan 3. Lembaran kerja 4. Tumbuhan sebenar
Aktiviti:
1. Guru menayangkan slaid power point atau kad gambar tumbuhan dan bersoaljawab dengan murid tentang bahagian-bahagian pada tumbuhan tersebut.
2. Guru menayangkan tiga jenis tumbuhan satu persatu dan bersoaljawab dengan murid. Hasil maklum balas daripada murid dicatatkan pada borang pengurusan grafik yang telah disediakan pada kertas majong. Contoh soalan: 1. Apakah nama tumbuhan ini?
Pokok bunga raya 2. Namakan bahagian-bahagian yang terdapat pada tumbuhan
ini. Batang, daun, bunga, pucuk
3. Bagaimanakah keadaan batang pokok bunga raya? Batang berkayu
4. Apakah warna bunga raya? Merah 5. Apakah warna daun bunga raya?
Hijau
Tidak Semuanya Sama
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
81
Nota: Soalan diulang untuk jenis tumbuhan yang lain. Contoh borang pengurusan grafik pada kertas majong. 3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil . 4. Guru mengedarkan tiga jenis tumbuhan kepada setiap
kumpulan. 5. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti
persamaan dan perbezaan bahagian-bahagian tumbuihan yang terdapat pada tumbuhan yang diberikan.
6. Murid merekodkan dapatan dalam borang pengurusan grafik (Lembaran Kerja 1) yang diedarkan kepada setiap kumpulan.
7. Guru memantau maklumat yang direkodkan oleh setiap kumpulan dan meminta murid dalam setiap kumpulan menceritakan dapatan mereka.
8. Guru membimbing murid dalam setiap kumpulan untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan ada yang berbeza.
9. Guru menerapkan nilai mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan dan cara memelihara dan memulihara tumbuh-tumbuhan.
10. Akhir sekali guru mengemukakan soalan untuk mendapatkan pandangan murid. Soalan: Bagaimanakah keadaan di muka Bumi jika terdapat hanya satu jenis tumbuhan sahaja?
Bahagian- bahagian tumbuhan
Batang berkayu
/
Batang tidak berkayu
/ /
Berbunga
/ /
Tidak berbunga
/
Berbuah
/
Tidak berbuah
/ /
Mempunyai / /
Tidak Semuanya Sama
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
82
Pentaksiran: 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1(Penilaian secara kumpulan)
Aktiviti pemulihan:
1. Murid menjawab Lembaran Kerja 2 dengan bimbingan guru
Aktiviti pengayaan
1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3 2. Murid menjawab Lembaran Kerja 4
Tidak Semuanya Sama
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
83
Kenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat pada tumbuhan.
Tandakan ( _/ ) pada petak yang sesuai.
Bahagian-
bahagian
tumbuhan
Batang berkayu
Batang tidak
berkayu
Berbunga
Tidak berbunga
Berbuah
Tidak berbuah
Berdaun
Tarikh: Lembaran Kerja 1
Tidak Semuanya Sama
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
84
Kenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat pada tumbuhan.
Tandakan ( _/ ) pada petak yang sesuai.
Bahagian-
bahagian
Tumbuhan
Tarikh: Lembaran Kerja 2
Tidak Semuanya Sama
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
85
Kenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat pada tumbuhan.
Tandakan ( _/ ) pada petak yang sesuai
Bahagian-
bahagian
Tumbuhan
Batang berkayu
Batang tidak
berkayu
Berbunga
Tidak berbunga
Berbuah
Tidak berbuah
Berdaun
Beberapa tumbuhan yang mempunyai bahagian-bahagian yang
________________ dan ada yang _____________________.
Tarikh: Lembaran Kerja 3
Tidak Semuanya Sama
Modul teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
86
Lihat gambar ini. Mengapa tumbuhan ini penting? Apakah
yang akan berlaku pada kamu jika tiada tumbuhan?
Tarikh: Lembaran Kerja 4
Tumbuhan adalah penting kerana ia memberi _________,
___________ dan ___________ kepada hidupan lain.
1. Apakah yang kamu dapat lihat ?
2. Di manakah haiwan itu tinggal?
3. Apakah yang akan berlaku jika tiada
tumbuhan?
Betapa istimewanya saya!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
87
Tajuk: Betapa istimewanya saya!
Ringkasan:
Murid membuat produk daripada bahagian-bahagian tumbuhan.
Standard Kandungan:
SAINS HAYAT 4.2 Mencipta produk daripada bahagian – bahagian tumbuhan.
Standard Pembelajaran:
4.2.1. Mereka bentuk produk seperti penanda buku,potpori, kolaj dan kraftangan seperti tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat dengan menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan.
4.2.2. Menceritakan tentang hasil ciptaan secara lisan.
Tempoh masa:
3 waktu
Sumber: 1. Bunga dan daun 2. Surat khabar 3. Buku tebal 4. Kad manila
Aktiviti:
Aktiviti 1 1. Murid mengumpul bunga dan daun dari kawasan persekitaran
sekolah. 2. Murid menyusun bunga dan daun di antara kepingan surat
khabar dan memastikan bunga dan daun itu tidak bersentuhan antara satu sama lain.
3. Murid menutup bunga dan daun itu dengan surat khabar dan meletakkan sebuah buku yang tebal di atasnya.
4. Biarkan selama seminggu. Aktiviti 2 1. Murid menampal bunga dan daun kering di atas kepingan keras 2. Murid mempamerkan hasil projek di hadapan kelas. 3. Hasil projek boleh dijadikan penanda buku. 4. Murid menjual hasil kerja untuk mengutip dana kelas. 5. Guru meminta murid memberi cadangan penambahbaikan hasil
kerja mereka.
Pentaksiran: 1. Mempamerkan hasil kerja/projek.
Aktiviti pemulihan:
Aktiviti pengayaan
Deria Penglihatan Kita.
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 88
Tajuk: DERIA PENGLIHATAN KITA
Ringkasan:
Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti bahagian anggota badan yang berhubungkait dengan deria penglihatan, kepentingan deria penglihatan dan mensyukuri anugerah Tuhan tersebut.
Standard Kandungan :
Sains Fizikal 5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.
Standard Pembelajaran:
5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan.
5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan.
Tempoh masa:
2 waktu
Sumber: 1. Lampiran 1 (Kad Ujian Mata) 2. Lampiran 2 (10 gambar objek) 3. Kain penutup mata 4. Lembaran Kerja 1 (Menghargai mata) 5. Lembaran Kerja 2 (Cantuman gambar mata) 6. Lembaran Kerja 3 (Padankan mata mengikut haiwan) 7. MS PowerPoint (Slaid 10 gambar objek)
Aktiviti:
1. Guru menunjukkan kad pengujian mata di hadapan kelas (Lampiran 1). Murid-murid dikehendaki menutup sebelah mata menggunakan tapak tangan dan menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan oleh guru.
2. Guru menyoal sama ada abjad yang ditunjukkan adalah jelas atau tidak.
3. Murid diminta menyatakan apakah deria yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut.
4. Guru menerangkan mata merupakan salah satu daripada deria yang dimiliki oleh manusia.
5. Guru memaparkan 10 gambar di skrin dengan menggunakan LCD (Lampiran 2 / Slaid powerpoint ). Murid diberi 1 minit untuk mengingati gambar yang dipaparkan .
6. Setelah paparan tersebut dipadamkan, murid dikehendaki menyebut seberapa banyak objek yang telah dilihat. 7. Guru mengaitkan objek yang dilihat dengan deria penglihatan (contoh
objek-objek yang dilihat adalah dengan menggunakan deria penglihatan dan bukannya organ deria yang lain)
8. Guru memanggil dua orang murid kehadapan dan menutup mata salah seorang daripada mereka dengan menggunakan sehelai kain.
9. Guru memberi arahan dan meminta murid yang berkenaan mengikuti arahan tersebut. (contoh: bergerak ke arah meja guru, mengambil sebuah buku yang terdapat pada meja yang berhampiran)
Deria Penglihatan Kita.
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 89
10. Murid yang lain dikehendaki membuat penilaian dan perbandingan berdasarkan tingkah laku aktiviti yang dijalankan.
11. Dua orang murid yang berkenaan dikehendaki untuk menceritakan pengalaman yang dilalui hasil daripada aktiviti yang dijalankan.
12. Guru menjelaskan tentang kepentingan deria penglihatan dalam kehidupan seharian. Murid dikehendaki mensyukuri dan menghargai anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.
13. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lembaran Kerja 1). Murid dikehendaki melengkapkan helaian yang diberikan berdasarkan jawapan yang disediakan
Penilaian: Lembaran Kerja 1
Aktiviti Pemulihan:
Murid diberikan gambar cantuman dan ejaan mata (Lembaran Kerja 2) . Murid dikehendaki menggunting dan mencantumkan cantuman tersebut supaya menjadi gambar dan ejaan mata yang lengkap .
Aktiviti Pengayaan:
Murid diberikan helaian (Lembaran Kerja 3). Murid dikehendaki memadankan gambar mata yang sesuai dengan haiwan yang betul.
Deria Penglihatan Kita.
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 90
Contoh paparan kad ujian mata
• Murid dikehendaki menutup sebelah mata dengan menggunakan tapak tangan.
• Murid diminta memerhati dan menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan oleh guru
Lampiran 1
Deria Penglihatan Kita.
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 91
Mari Bermain Mata
• Guru memaparkan 10 objek di hadapan kelas.
• Murid diberikan masa selama 1 minit untuk memerhatikan dan mengingat objek tersebut.
• Murid dikehendaki menyebut objek-objek tersebut setelah paparan dipadamkan.
Lampiran 2
Deria Penglihatan Kita.
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 92
• Lukiskan gambar mata pada tempat yang betul.
• Lengkapkan penyataan di bawah
Nota:
Tuhan menciptakan m _ _ _ untuk melihat
Markah: / 10
Lembaran Kerja 1 Tarikh:
Deria Penglihatan Kita.
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 94
• Suaikan gambar mata dengan haiwan yang betul.
Lembaran Kerja 3 Tarikh:
Markah: / 5
Dunia Warna
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 95
Tajuk: DUNIA WARNA
Ringkasan:
Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti pelbagai warna iaitu biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu, perang dan jingga.
Standard Kandungan:
Sains Fizikal 5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.
Standard Pembelajaran:
5.1.2 Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau, kuning, ungu dan jingga
5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan
5.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa:
2 waktu
Sumber: 1. Jalur Gemilang 2. Kad warna (biru, merah, kuning, putih) 3. Lampiran 1 4. Lembaran Kerja 1 (Penilaian) 5. Lembaran Kerja 2 (Penilaian) 6. Lembaran Kerja 3 (Pemulihan) 7. Lembaran Kerja 4 (Pengayaan) 8. Lembaran Kerja 5 (Pengayaan) 9. LCD 10. MS PowerPoint/Lampiran 3 (Warna-warna berbeza)
Aktiviti:
1. Guru menunjukkan Jalur Gemilang dan murid menyatakan warna-warna yang terdapat pada jalur gemilang.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan satu kad berwarna berdasarkan warna-warna yang terdapat pada jalur gemilang (biru, merah, kuning, putih).
3. Guru membawa murid keluar dari kelas. (contoh: ke tempat letak kereta atau tapak perhimpunan).
4. Murid memerhatikan objek di sekeliling yang mempunyai warna yang sama mengikut kumpulan masing-masing (contoh kenderaan, tiang, pasu, bangunan sekolah dan sebagainya).
5. Murid menyenaraikan dan menamakan objek yang dilihat dengan warna kumpulan.
6. Guru menjelaskan bahawa objek-objek di sekeliling mempunyai warna-warna tertentu.
Dunia Warna
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 96
7. Guru kemudian membawa murid mengelilingi kawasan sekolah untuk mengenalpasti warna-warna lain (iaitu hijau, hitam, ungu, perang dan jingga). Guru membimbing murid mengenal pasti warna yang terdapat pada objek yang dijumpai dan murid mengulangi sebutan tersebut. (contoh: daun-hijau, tong sampah – hitam, mural pada dinding sekolah – ungu, baju – putih, jingga – limau)
8. Guru membawa murid balik ke kelas. 9. Guru menunjukkan kad berwarna (biru, merah, hijau, kuning,
putih, hitam, ungu dan jingga) dan murid menyebut warna yang ditunjukkan. Guru menekankan aspek ejaan dan sebutan. (Lampiran 2)
10. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 kepada murid 11. Guru memaparkan gambar pada skrin dan menyoal murid
apa akan terjadi sekiranya semua objek sekeliling kita mempunyai warna yang sama. (Slaid powerpoint) ( Lampiran 1)
12. Guru mengaitkan warna dengan alam sekeliling dengan kejadian ciptaan Nya.
Penilaian: Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan
Lembaran Kerja 2
Aktiviti Pemulihan:
Murid menjawab Lembaran Kerja 3
Aktiviti Pengayaan:
Lembaran Kerja 4 dan Lembaran Kerja 5
Dunia Warna
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 101
Arahan : Padankan warna
TARIKH:
biru
hijau
kuning
putih
hitam
ungu
jingga
MARKAH: / 10
merah
Lembaran Kerja 1
Dunia Warna
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 102
MARKAH: /10
Arahan : Warnakan kotak •
TARIKH:
hitam
merah ungu
kuning
jingga
biru putih
hijau
Lembaran Kerja 2
Dunia Warna
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 103
Lembaran Kerja 3 TARIKH:
MARKAH / 10
Arahan : Warnakan bahagian bernombor dengan warna yang telah ditetapkan.
No.1 : Hitam No.7 hingga No.11 : Ungu
No.2 : Hijau No.12 - No.17: Merah
No.3 : Perang No.18 hingga No.23 : Jingga
No.4 dan 5 : Kuning No. 24 : Putih
No.6 : Biru
24
24
24
24
Dunia Warna
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 104
hitam
merah
ungu
kuning
oren
biru
putih
hijau
TARIKH:
Arahan: Padankan objek dengan warna.
MARKAH: / 9
Lembaran Kerja 4
Dunia Warna
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 105
Arahan : Padankan warna mengikut nama warna
TARIKH:
MARKAH: / 6
Lembaran Kerja 5
ku
bi
me
hi
pu
hi
tam
ning
ru
rah
tih
jau
Bentuk Di Sekelilingku
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 106
Tajuk: BENTUK DI SEKELILINGKU
Ringkasan:
Murid akan didedahkan dengan pelbagai bentuk iaitu, segiempat tepat, segi empat sama, segi tiga,bulatan, sfera, piramid,kubus,kuboid,kon dan silinder.
Standard Kandungan:
Sains Fizikal 5.2 Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk.
Standard Pembelajaran:
5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, Segi empat sama, segi tiga dan bulatan yang terdapat pada objek di persekitaranmurid..
5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa:
4 waktu
Sumber: 1. Sampul berisi pelbagai bentuk. 2. Model bentuk dan bongkah. 3. Lembaran kerja 1 (Penilaian) 4. Lembaran kerja 2 (Pemulihan). 5. Lembaran kerja 3 (pengayaan) 6. Lampiran 1 7. Lampiran 2 8. Lampiran 3 (basikal beroda segiempat)
Aktiviti:
Aktiviti 1
1. Guru mengedarkan sampul berisi bentuk segiempat tepat, segiempat sama, segi tiga dan bulatan kepada setiap kumpulan.
2. Murid menamakan bentuk-bentuk yang ada mengikut pengetahuan sedia ada.
3. Guru membimbing murid menamakan bentuk. Aktiviti 2
1. Guru mengedarkan pelbagai bentuk iaitu silinder, kon, piramid, kubus dan kuboid.
2. Murid menamakan bentuk-bentuk yang ada mengikut pengetahuan sedia ada.
3. Guru membimbing murid menamakan bentuk.
Aktiviti 3 1. Guru menayangkan slaid lampiran 5. 2. Guru membincangkan kepentingan bentuk dalam kehidupan.
Penilaian: Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran
Kerja 1 dan 2.
Bentuk Di Sekelilingku
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 107
Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai. Murid menyiapkan lembaran kerja 3.
Aktiviti pengayaan
Murid-murid menyiapkan lembaran kerja 4 dan 5
Bentuk Di Sekelilingku
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 108
Lampiran 1
BENTUK BENTUK ASAS
segiempat sama segiempat tepat
Bentuk Di Sekelilingku
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 113
Kepelbagaian Bentuk
• Pelbagai bentuk boleh dijumpai di sekeliling kita.
• Contoh: segiempat tepat, segiempat sama,
segitiga, bulatan, sfera, piramid, kubus, kuboid,
kon dan silinder.
• Bangunan di Malasia mempunyai pelbagai
bentuk.
• Contoh:
KLCC berbentuk silinder
Kubah masjid berbentuk sfera
Bangunan sekolah berbentuk kuboid
Nota Tarikh:
Bentuk Di Sekelilingku
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 114
Lembaran Kerja 1 Tarikh:
Isikan tempat kosong mengenai bentuk asas.
1
4
3
2
Markah: / 8
Bentuk Di Sekelilingku
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 115
Tarikh: Lembaran Kerja 2
Markah: / 12
segitiga
Silinder
Segi empat tepat
Bulat
Piramid
Kiub
Padankan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Bentuk Di Sekelilingku
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 116
Lakar dan warnakan bentuk-bentuk berikut:
Segi empat sama Segi empat tepat
Segi tiga
Bulat
Tarikh: Lembaran Kerja 3
Markah: / 12
Terdapat pelbagai bentuk asas dalam kehidupan seperti
segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulat.
Bagaimana saiznya?
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
117
Topik: BAGAIMANA SAIZNYA?
Ringkasan:
Dalam topik ini murid akan diperkenalkan dengan konsep pelbagai saiz iaitu kecil, besar, panjang, pendek, tinggi dan rendah.
Standard Kandungan:
Sains Fizikal 5.3 Menganalisis pengetahuan tentang pelbagai saiz.
Standard pembelajaran
5.3.1 Mengenal pasti pelbagai saiz iaitu kecil, besar, panjang, pendek, tinggi,rendah. 5.3.2 Menyusun objek mengikut urutan saiz. 5.3.3 Menaakul secara lisan kepentingan saiz dalam kehidupan. 5.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa:
2 waktu
Sumber:
1. Bahan maujud – pensel dan lain – lain lagi. 2. Lembaran Kerja1 3. Lembaran kerja 2 4. Lembaran kerja 3 5. Lembaran kerja 4 6. Lembaran kerja 5 7. Lembaran kerja 6 8. Perisian Microsoft Power Point & Modul bergembira bersama
Powerpoint. Aktiviti
Aktivti 1: 1. Guru memaparkan objek-objek yang berlainan saiz
menggunakan power point contoh gajah dan lalat, kotak besar dan kotak kecil, KLCC dan rumah banglo, keretapi dan kereta. Guru membimbing murid sehingga murid dapat menyebut perkataan besar dan kecil, tinggi dan rendah, panjang dan pendek (Lampiran 1).
2. Murid memberi contoh-contoh objek besar dan kecil di sekeliling
mereka. Murid melengkapkan lembaran kerja 1 dengan membezakan gambar mengikut saiz.
Aktiviti 2: 1. Guru menunjukkan objek-objek yang berlainan saiz
menggunakan bahan maujud contoh pensil pendek dan pensil panjang. Guru membimbing murid sehingga murid dapat memahami konsep panjang dan pendek.
2. Murid memberi contoh-contoh objek panjang dan pendek di
sekeliling mereka.
3. Murid melengkapkan lembaran kerja 2 dengan membezakan gambar panjang dan pendek.
Bagaimana saiznya?
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
118
Aktiviti 3:
1. Guru memanggil seorang murid tinggi dan seorang murid rendah
ke hadapan kelas.Guru membimbing murid memahami konsep tinggi dan rendah.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja 3 . Aktiviti 4:
Guru meminta murid melihat sekeliling kelas dan menyoal murid “Adakah semua objek dalam kelas ini sama besar?” . Guru menunjukkan gambar menggunakan persembahan Power point (Lampiran 2) dan membimbing murid membincangkan kepentingan pelbagai saiz.
Penilaian : Aktiviti Pemulihan:
Murid melengkapkan lembaran kerja 4 – 6. 1.Murid menggunakan perisian MS Power point, ‘clip art’ dan picture
file untuk menyusun objek mengikut urutan saiz contoh dari kecil ke besar; panjang ke pendek; tinggi ke rendah mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti Pengayaan:
2. Murid mencetakkan hasil kerja dan membuat persembahan.
Bagaimana saiznya?
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
126
Markah : / 6
Objek di sekeliling kita mempunyai pelbagai saiz.
Tuliskan perkataan ‘besar’, ‘kecil’.
Tarikh : Lembaran Kerja 1
Bagaimana saiznya?
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
127
Tarikh :
Objek di sekeliling kita mempunyai pelbagai saiz.
Tuliskan perkataan ‘panjang’ atau ’pendek’.
Markah : / 6
Lembaran Kerja 2
Bagaimana saiznya?
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
128
Objek di sekeliling kita mempunyai pelbagai saiz. Tuliskan
perkataan ’tinggi’ atau ’rendah’.
Markah : / 6
Tarikh : Lembaran Kerja 3
Bagaimana saiznya?
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
129
Padankan buah besar dengan bakul yang besar.
Padankan buah yang kecil dengan bakul yang kecil.
Markah : / 4
Tarikh : Lembaran Kerja 4
Bagaimana saiznya?
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
130
1.
Warna biru untuk objek yang besar, panjang dan tinggi. Warna
kuning untuk objek yang kecil, pendek dan rendah
Markah : / 6
Tarikh : Lembaran Kerja 5
Bagaimana saiznya?
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
131
2.
televisyen X televisyen Y
a) Televisyen yang manakah besar?
___________________
b) Televisyen yang manakah kecil?
____________________
3.
Senduk A Senduk B
a) Senduk yang manakah panjang?
_____________________
b) Senduk yang manakah pendek?
____________________
Isikan tempat kosong.
MARKAH: / 4
Saya Seorang Jurubina !
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
132
Tajuk: SAYA SEORANG JURUBINA!
Ringkasan:
Dalam topik ini murid akan mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara objek dan membuat pengkelasan mengikut kriteria tertentu.
Standard Kandungan:
Sains Fizikal 5.4 Memahami cirri objek berdasarkan warna, saiz dan bentuk.
Standard pembelajaran
5.4.1 Mengelaskan objek mengikut ciri yang dipilih sama ada warna, saiz atau bentuk 5.4.2 Menggabungkan objek yang mempunyai ciri yang sama. 5.4.3 menggabungkan objek yang mempunyai ciri yang berbeza. 5.4.4 Menceritakan tentang ciptaan secara lisan.
Tempoh masa:
4 waktu
Sumber:
1. Kad imbasan 2. Modul bergembira bersama Power point. 3. Bongkah pelbagai bentuk yang diperbuat daripada kad manila 4. Gam, gunting.
Aktiviti:
Aktiviti 1: 1. Guru menayangkan gambar kedai dan bertanya,bagaimana barang-
barang disusun dan mengapa perlu dibuat begitu (Lampiran 1) .
2. Guru memanggil sekumpulan murid ke hadapan kelas dan bertanyakan bagaimana mahu asingkan barang- barang tersebut. Jawapan yang dijangka besar,kecil, panjang, pendek, tinggi, rendah dan sebagainya.
Aktiviti 2: 1. Murid dalam kumpulan diberi kad imbasan untuk mengkelaskan
gambar-gambar mengikut warna, bentuk dan saiz.
2. Setiap kumpulan akan membentang dan menerangkan apa kriteria
yang digunakan untuk pengkelasan.
Aktiviti 3: 1. Murid dalam kumpulan diberi pelbagai bentuk bongkah yang
diperbuat daripada kad manila. 2. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk membina struktur yang
digemari. 3. Setiap kumpulan membina struktur mengikut hasil perbincangan
dalam kumpulan. Setiap kumpulan diminta bercerita tentang struktur yang dibina di hadapan kelas.
Penilaian:
Murid menjawab lembaran kerja 1.( Lembaran kerja dicetak warna )
Saya Seorang Jurubina !
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
133
Aktiviti pemulihan:
Murid melengkapkan lembaran kerja 2( cetak warna) , 3 dan 4.
Aktiviti pengayaan:
Murid membuat latihan menggunakan perisian power point untuk membuat pengkelasan radas di dalam makmal sains.
Saya Seorang Jurubina !
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
135
1. Namakan bentuk-bentuk yang kamu lihat.
a) ____________________________
b) ____________________________
Objek boleh dikelaskan mengikut warna, bentuk dan
saiz.
Tarikh :
Lembaran Kerja 1
Saya Seorang Jurubina !
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
136
2.
Saya kumpulkan objek ini mengikut____________
3.
Saya kumpulkan objek-objek ini mengikut ___________
4.
Saya juga boleh kumpulkan mengikut ________________ Markah : / 5
Saya Seorang Jurubina !
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
137
Warna
Bentuk
Saiz Besar Kecil
Gunting gambar- gambar di bawah dan tampal dalam ruang yang
disediakan.
Markah : / 13
Tarikh : Lembaran Kerja 2
Saya Seorang Jurubina !
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
138
1. Kumpulan saiz
2. Kumpulan warna
3. Kumpulan bentuk
Warnakan objek yang ganjil dalam kumpulan di bawah.
Markah : / 3
Tarikh :
Lembaran Kerja 3
Saya Seorang Jurubina !
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
140
Objek Bentuk asas
1
2
3
4
5
Tuliskan bentuk asas bagi objek-objek di bawah..
Tarikh : Lembaran Kerja 4
Markah : / 5
Eh, Ada Bau!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
141
Tajuk EH, ADA BAU!
Ringkasan Dalam topik ini, murid-murid mengenalpasti benda yang mempunyai bau. Murid-murid juga mengkelaskan benda-benda kepada yang berbau dan tidak berbau. Murid-murid juga didedahkan dengan aplikasi TMK melalui perisian MS word.
Standard Kandungan
Sains fizikal 6.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai bau.
Standard Pembelajaran
6.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria bau. 6.1.2 Mengelas benda-benda yang berbau dan tidak berbau berdasarkan penyiasatan. 6.1.3 Menaakul tentang kepentingan bau secara lisan. 6.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh 2 waktu ( 1 jam )
Sumber: 1.Benda-Benda berbau dan tidak berbau. 2. Lembaran kerja 1 ( Penilaian ) 3. Lembaran kerja 2 ( Pemulihan ) 4. Lembaran kerja 3 ( Pengkayaan ) 5. Lembaran Kerja 4 ( Pengkayaan )
Aktiviti: 1. Guru membawa contoh bahan yang mempunyai bau.( contoh :
minyak wangi dan nasi basi.)
2. Guru meminta murid meneka bau tersebut.
3. Guru mengiringi murid-murid untuk aktiviti lawatan ke taman sains dan kantin sekolah.
4. Murid-murid diminta mengenalpasti benda-benda yang berbau
dan tidak berbau.
5. Murid-murid diminta mencatatkan pemerhatian di dalam Lembaran kerja 1.
6. Murid-murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil
dapatan lawatan tersebut.
7. Guru meminta murid mengaitkan organ deria yang digunakan untuk mengesan bau yang dinyatakan.
8. Guru menunjukkan model hidung dan meminta murid
Eh, Ada Bau!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
142
melekatkannya pada kedudukan yang betul pada gambar muka. (rujuk Lampiran 1)
9. Guru membawa contoh 2 jenis cecair (contoh: air pandan asli dan air berwarna hijau ) dan menyuruh murid menghidu baunya dengan menutup hidung.
10. Guru mengemukakan soalan kepada murid. (Contoh: Apakah yang akan berlaku sekiranya kamu tidak boleh menghidu?
11. Guru mengaitkan aktiviti di atas dengan kepentingan
kebolehan menghidu. Guru membimbing murid menghargai organ deria bau kurniaan Tuhan.
12. Murid membuat rumusan tentang peranan hidung sebagai organ deria bau dengan bimbingan guru.
13. Guru menunjukkan contoh ‘beg aroma’ kepada murid-murid.
Guru menggalakkan membuat ‘beg aroma’ sebagai kerja rumah.
Penilaian: Murid mengenal pasti benda-benda yang berbau dan tidak berbau dalam Lembaran Kerja 1 ketika melakukan lawatan ke kawasan sekolah .
Aktiviti Pemulihan:
Murid mengelas benda yang berbau dan tidak berbau dalam
Lembaran Kerja 2.
Aktiviti Pengayaan:
Murid menyenaraikan benda yang bau dan tidak berbau dalam Lembaran Kerja 3. ( contoh: yang terdapat di dalam kelas ). Murid mewarna dan menulis benda yang mempunyai bau dalam Lembaran Kerja 4.
Nota : Rujukan ‘Beg Aroma’
1. Gwen et. al. (2003). Nature smart. Awesome projects to make with mother nature’s
help. Main Street Publisher, New York. 398 pp.
Eh, Ada Bau!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
143
Bau di sekeliling kita
1. Ada bermacam-macam bau di sekeliling kita.
Ada benda berbau. Ada benda tidak berbau.
2. Contoh benda-benda berbau ialah daun pandan,
sabun mandi dan bunga mawar.
3. Contoh benda-benda tidak berbau ialah ais, gula dan
bunga raya.
• berbau
• tidak berbau
Nota Tarikh:
Eh, Ada Bau!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
144
Aktiviti Stesen :
Stesen A ( Taman Sains )
Benda
Berbau
Tidak berbau
Arnab
Pandan
Serai
Semut
Pokok betik
Bunga raya
Tarikh:
Hidu benda-benda yang terdapat di stesen A, B dan C.
Tandakan ( √ ) pada ruangan yang sesuai.
Markah: / 6
Lembaran Kerja 1A
Eh, Ada Bau!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
145
Stesen B ( dalam bilik darjah )
benda
berbau
tidak berbau
Markah: / 6
Tarikh: Lembaran Kerja 1B
Nama:
Eh, Ada Bau!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
146
Stesen C ( Sekitar kantin )
benda
berbau
tidak berbau
tong sampah
Markah: / 5
Tarikh: Lembaran Kerja 1C
Nama:
nasi lemak
air sirap
sinki
longkang
Eh, Ada Bau!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
147
kunci
daun pisang
bunga mawar
ikan
cermin mata
kasut kulit
buah mangga
bunga lawang
bateri
10. 11. 12.
berbau tidak berbau
Kelaskan benda-benda berbau atau tidak berbau.
Lembaran Kerja 2 Nama:
Markah: / 9
Eh, Ada Bau!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
148
A. 5 benda berbau.
1. _______________________
2._______________________
3._______________________
4._______________________
5._______________________
1._______________________
2._______________________
3._______________________
4._______________________
5._______________________
Markah: / 10
A. Tuliskan benda-benda yang berbau
Tarikh: Lembaran Kerja 3
Nama:
B. Tuliskan benda-benda yang tidak berbau.
Eh, Ada Bau!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
149
Lembaran Kerja Tarikh: 4
Warnakan kawasan berbintik ( • ) dengan warna MERAH.
Warnakan kawasan bertanda ( * ) dengan warna HIJAU.
Warnakan kawasan bertanda ( ) dengan warna BIRU.
Benda yang saya dapati berbau ialah
_____________________________
Markah: / 10
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
150
Tajuk: APA RASANYA?
Ringkasan:
Dalam topik ini, murid akan menyiasat dan mengenal pasti pelbagai rasa makanan. Mereka akan memahami dan menghargai kepentingan lidah untuk merasa. Murid juga akan mengetahui bahagian-bahagian rasa pada lidah.
Standard Kandungan:
Sains Fizikal 7.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai rasa. 7.2 Menghargai deria rasa
Standard Pembelajaran:
7.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria rasa. 7.1.2. Mengelas pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa manis,
masin, pahit dan masam dengan menjalankan penyiasatan 7.1.3. Menaakul tentang kepentingan rasa secara lisan. 7.1.4. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan
atau lisan 7.2.1 Menaakul kepentingan deria rasa dengan tidak mengambil
makanan yang terlalu masin, manis, pahit atau masam yang memudaratkan kesihatan.
Tempoh Masa:
4 waktu
Sumber: 1. Air gula, air garam dan air limau nipis dalam gelas P, Q dan R-
Rujuk Lampiran 1 2. Makanan seperti kek, ikan masin, limau nipis dan peria 3. Kad gambar imbasan – limau, gula-gula, air mineral, telur
rebus, roti 4. Kad imbasan perkataan – lidah, rasa, manis, masin, masam
dan pahit 5. Lembaran Kerja 1,(Penilaian) 6. Lembaran Kerja 2, 7. Lembaran Kerja 3 8. Lembaran Kerja 4, (Pemulihan) 9. Lembaran Kerja 5,
Aktiviti:
Aktiviti 1 1. Guru menyediakan 3 gelas air mineral yang dicampurkan
gula, garam dan jus limau nipis – ditandakan sebagai P, Q dan R.(Sila rujuk Lampiran 1).
2. Guru minta murid melihat dan meneka / mengenal pasti bahan dalam gelas P,Q dan R.
(Murid tidak dapat kenal pasti dengan hanya melihat) 3. Guru minta murid menghidu dan kenal pasti bahan
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
151
P, Q dan R. (Murid mungkin hanya mengenalpasti R sebagai air limau tetapi masih tidak dapat mengenal pasti P dan Q). 4. Guru bimbing murid buat rumusan bahawa tidak semua bahan boleh dikenal pasti dengan hanya melihat dan menghidu sahaja. 5. Guru minta murid merasa dan kenal pasti bahan P, Q dan R. 6. Guru membimbing murid untuk merumus kepentingan rasa kerana ia membolehkan kita menyiasat bahan yang tidak diketahui dengan lebih baik dan bersyukur dengan kebolehan merasa. 7. Guru minta murid kenal pasti bahagian badan yang digunakan semasa merasa. 8. Guru perkenalkan perkataan LIDAH dan RASA. Aktiviti 2 1. Guru tunjukkan gambar-gambar seperti berikut: limau, gula-gula, air mineral, telur rebus dan roti. 2. Guru minta murid kenal pasti makanan yang mempunyai rasa dan tidak mempunyai rasa. 3. Guru bimbing murid buat rumusan bahawa ada makanan yang mempunyai rasa. 4. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1. Aktiviti 3 1. Guru menyediakan contoh makanan yang berikut: kek, ikan masin, limau nipis dan peria. 2. Guru minta murid merasa dan kenal pasti rasa makanan tersebut. 3. Guru membimbing murid membuat rumusan bahawa terdapat pelbagai rasa. 4. Guru perkenal perkataan MANIS, MASIN, MASAM dan PAHIT. 5. Guru minta murid beri pelbagai contoh makanan
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
152
dengan rasa tertentu. 6. Guru bersoal-jawab tentang kepentingan pelbagai rasa:
a. Bagaimana jika semua rasa sama sahaja? b. Bagaimana jika hanya ada rasa manis sahaja? Masam sahaja? Masin? Pahit? Murid melengkapkan Lembaran Kerja 2.
Penilaian: Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1, 2 dan 3.
Aktiviti Pemulihan:
Guru melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan berbeza. Murid lengkapkan Lembaran Kerja 4
Aktiviti Pengayaan:
Murid laksanakan Lembaran kerja 5
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
153
LIDAH
Kita gunakan lidah untuk merasa.
Ada empat jenis rasa iaitu manis, masin, masam dan
pahit.
Nota
masam
masin
lidah
Tarikh:
pahit
manis
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
154
P – Air gula
Q – Air garam
R – Air limau nipis
Lampiran 1
Sediakan tiga gelas berlabel P, Q dan R yang mengandungi
bahan seperti berikut:
P = campuran air mineral dan gula
Q= campuran air mineral dan garam
R = campuran air mineral dan jus limau nipis
Q R P
Minta murid mengenal pasti kandungan P, Q dan R dengan
cara:
a. Melihat sahaja
b. Melihat dan menghidu
c. Melihat, menghidu dan merasa
Bimbing murid membuat rumusan bahawa:
a. Tidak semua bahan boleh dikenal pasti dengan melihat
dan menghidu sahaja.
b. Rasa membolehkan kita menyiasat bahan yang tidak
diketahui dengan lebih baik.
Tarikh:
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
156
Lampiran 3
Aktiviti 5:
Bahan sumber yang diperlukan:
a. Roti
b. Air Mineral
1. Minta murid kenal pasti rasa roti/air mineral.
2. Beri kebebasan kepada murid untuk merancangkan
cara atau menghasilkan roti/air yang lebih sedap.
Contohnya:
a. Roti + Jem + Mentega
b. Air + Sirap + Susu
3. Minta murid kenal pasti rasa makanan yang
dihasilkan.
4. Pilih seorang pemenang berdasarkan rasa dan
persembahan makanan.
Tarikh:
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
157
V
Warnakan makanan yang mempunyai rasa.
gula-gula
air mineral
roti putih ikan masin
ais krim
kek
Markah: / 6
Lembaran Kerja 1 Tarikh:
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
158
masin manis manis pahit
manis masam masin pahit
manis pahit pahit masam
masin masam masin pahit
1. 2.
3. 4.
5. 6.
7. 8.
Lihat gambar. Bulatkan rasanya.
Markah: / 8
Lembaran Kerja 2 Tarikh:
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
159
Warnakan gambar mengikut rasanya.
masam
masin
pahit
masam manis
manis
pahit
masin
Markah: / 8
Lembaran Kerja 3 Tarikh:
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
160
Tuliskan rasa yang sesuai pada gambar.
manis masin masam pahit
Tembikai rasanya
Lemon rasanya
Pisang rasanya Peria rasanya
Tebu rasanya
Garam rasanya
Lembaran Kerja 4
Markah: / 6
Garam
Tarikh:
Apa Rasanya?
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
161
Cari dan tampal gambar mengikut rasa.
Manis Masin
Masam Pahit
Lembaran Kerja 5 Tarikh:
Markah: / 8