kurikulum standard sekolah rendah pendidikan...

16
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 DRAF

Upload: duongtuyen

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN PENGUKUHAN

2010

DRAF

Page 2: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2010

Page 3: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

Cetakan Pertama 2010

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 4: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

iii

KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan iii

Rukun Negara iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan v

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi

Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix

Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris 1

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Pengukuhan

Page 5: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara

Page 7: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

vi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Pendahuluan

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK

Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani

cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran

dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.

KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid

menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat

Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi

aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan

pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

Page 8: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

vii

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang

dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

1. Komunikasi

2. Kerohanian, Sikap dan Nilai

3. Kemanusiaan

4. Sains dan Teknologi

5. Perkembangan Fizikal dan Estetika

6. Keterampilan Diri

Page 9: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

viii

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Reka Bentuk Kurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

Page 10: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

ix

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran

yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri

daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Page 11: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

1

KSSRPK PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDAHULUAN

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.

MATLAMAT

Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti

OBJEKTIF

Murid boleh : 1. mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan

kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; 2. mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan

penyakit; 3. menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani

masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

FOKUS MATA PELAJARAN

Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga bidang pembelajaran utama iaitu:

1. Kesihatan Fizikal Bidang pembelajaran ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan.

2. Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Bidang pembelajaran ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan emosi, kekeluargaan dan perhubungan.

3. Kesihatan Persekitaran Bidang pembelajaran ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas.

Bidang Pembelajaran tidak perlu diajar mengikut urutan.

Pengajaran Dan Pembelajaran

Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas, Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan hendaklah memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai.

Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran: 1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang

penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran belajar harus diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada mata-mata pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta isu-isu global perlulah dihubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan.

Page 12: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

2

2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkatkan untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif hendaklah dikendalikan oleh guru.

3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid peroleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuklah aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca dan belajar seumur hidup.

4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan hendaklah dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama

5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi dan tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat.

6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalaman pembelajaran harus disusun atur dengan mengambil kira pelbagai kecerdasan murid agar murid itu dapat belajar dengan cara tersendiri dan dalam keadaan yang paling sesuai. Maka kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan dan kecacatan.

7. Penguasaan kemahiran Kajian Masa Depan hendaklah dilakukan untuk membolehkan murid sedar tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat asas hendaklah digalakkan.

Pentaksiran 1. Kaedah Pentaksiran yang digunakan adalah:

Pemerhatian berterusan Penilaian hasil kerja Penilaian berterusan Senarai semak Lisan Pemeriksaan fizikal secara berkala

2. Kekerapan menjalankan pentaksiran - Pentaksiran dijalankan sepanjang masa.

3. Ciri-ciri Pentaksiran adalah: Penilaian secara menyeluruh Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan

pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan kemahiran, status kesihatan dan amalan harian

Criterian-based evaluation dan bukan perbandingan antara murid

Laporan pentaksiran perlu disediakan dalam bentuk profil/folio murid

Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.

Page 13: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

3

4. Penggunaan hasil pentaksiran

Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, kualiti bermaksud semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran kurikulum berasaskan standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid. Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkah laku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Tajuk-tajuk setiap bidang pembelajaran adalah: Bidang Pembelajaran 1 – Kesihatan Fizikal

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Pemakanan

Penyalahgunaan Bahan Bidang Pembelajaran 2 – Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial

Pengurusan Emosi

Kekeluargaan

Perhubungan Bidang Pembelajaran 3 – Kesihatan Persekitaran

Penyakit

Keselamatan

Pertolongan Cemas

OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN

Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan:

1. menjaga kebersihan tubuh badan 2. mengambil makanan dan minuman yang cukup,

bersih serta selamat 3. mengenali ubat 4. mengurus emosi 5. menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang

lain 6. menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan 7. mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit 8. menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, tempat

awam dan tempat permainan

Page 14: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

4

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN BIDANG PEMBELAJARAN 1: KESIHATAN FIZIKAL

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Kesihatan Diri dan Reproduktif

Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan

Mengetahui penjagaan kebersihan diri

Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri

1.1.1 Mengenali bahagian anggota badan manusia –

Contoh:- kepala, badan, tangan, kaki dan genital. 1.1.2 Berkata TIDAK/JANGAN kepada sentuhan tidak selamat

1.1.3 Menamakan peralatan penjagaan kebersihan diri. 1.1.4 Menjaga kebersihan diri - kepala, muka, gigi, tubuh,

tangan,kaki dan genital. 1.1.5 Menjaga kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri 1.1.6 Mengelakkan daripada berkongsi alatan keperluan diri – sikat, berus gigi, tuala, pakaian dalam, peralatan makan dan minum.

1.2 Pemakanan

Mengetahui jenis makanan harian

Mengetahui makanan serta minuman yang bersih dan selamat .

1.2.1 Menamakan makanan harian. 1.2.2 Menamakan makanan mengikut waktu makan.

(sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) 1.2.3 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman yang cukup, bersih dan selamat

1.3 Penyalahgunaan bahan

Mengetahui pelbagai jenis ubat

1.3.1 Mengenal pelbagai jenis dan bentuk ubat. 1.3.2 Mengambil ubat di bawah pengawasan ibu bapa.

Page 15: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

5

BIDANG PEMBELAJARAN 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Pengurusan Emosi

Memahami perasaan

Mengetahui cara mengurus perasaan mengikut situasi

2.1.1 Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu. 2.1.2 Menunjuk cara meluahkan perasaan yang sesuai mengikut situasi. 2.1.3 Menyedari bahawa kasih sayang, penerimaan, rasa kepunyaan dan keselamatan adalah asas keperluan emosi.

2.2 Kekeluargaan

Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga.

2.2.1 Mengenal diri sendiri. 2.2.2 Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga 2.2.3 Menghormati diri, ibu bapa dan ahli dalam

keluarga/penjaga 2.2.4 Mengambil maklum ibu bapa, penjaga dan orang dewasa yang boleh dipercayai sebagai sumber rujukan untuk mendapat maklumat.

2.3 Perhubungan

Mengetahui perhubungan dengan - ibu bapa/penjaga - ahli keluarga - rakan sebaya - individu

2.3.1 Menamakan hubungan kekeluargaan. 2.3.2 Mewujudkan hubungan baik dan mesra dengan ibubapa, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain 2.3.3 Mengenal pasti sentuhan yang selamat dan tidak selamat. 2.3.4 Berkata TIDAK/ JANGAN kepada sentuhan tidak selamat 2.3.5 Memberitahu orang yang boleh dipercayai apabila berlaku sentuhan tidak selamat 2.3.6 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan ahli Keluarga

Page 16: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN …skpkbp.edu.my/.../DokumenStandardKurikulumPENDKESIHATANThn… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan

6

BIDANG PEMBELAJARAN 3: KESIHATAN PERSEKITARAN

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Penyakit

Mengetahui vektor

Mengetahui penyakit berjangkit - penyakit kulit - penyakit tangan, kaki dan mulut - demam selesema - jangkitan cacing

3.1.1 Menamakan haiwan pembawa penyakit. 3.1.2 Menamakan jenis-jenis penyakit yang dibawa. 3.1.3 Cara-cara mengatasi dan mencegah penyakit. 3.1.4 Mengenali penyakit berjangkit 3.1.5 Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit pada diri kepada orang lain dan sebaliknya 3.1.6 Mengamalkan kebersihan diri

3.2 Keselamatan

Mengetahui keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam

3.2.1 Menulis sendiri nama dan nombor telefon. 3.2.2 Menyimpan sendiri nama, nombor telefon, alamat sendiri serta nama, nombor telefon dan tempat kerja ibu bapa atau penjaga 3.2.3 Memohon bantuan daripada orang yang boleh membantu ketika mengalami kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan 3.2.4 Menunjukkan cara meminta bantuan semasa berlaku kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan.