kurikulum

34
KURIKULUM

Upload: mohd-norrazli-md-rasdi

Post on 30-Nov-2014

17.286 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kurikulum

KURIKULUM

Page 2: Kurikulum

PENGENALAN Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang

sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Page 3: Kurikulum

Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara

( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )

Page 4: Kurikulum

KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA DALAM SEBUAH KURIKULUM

Page 5: Kurikulum

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN, PERKEMBANGAN DAN

PERUBAHAN KURIKULUM

FALSAFAH PENDIDIKAN. FAKTOR POLITIK. FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA DAN

PERKEMBANGAN DUNIA. FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL.

Page 6: Kurikulum

FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA KURIKULUM.

FAKTOR MURID , KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT.

FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA.

PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN.

Page 7: Kurikulum

FAKTOR PERTAMA :FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua kurilkulum tersebut ialah :

Page 8: Kurikulum

1. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan.

2. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni.

3. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

4. Pendidikan umum diperkenalkan.5. Pendidikan teknik dan vokasional.

Page 9: Kurikulum

6.Bahasa merentasi kurikulum.7.Pemupukan budaya sains dan

teknologi.8.Pemupukan budaya keusahawanan

dan budaya niaga ditegaskan. 9.Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu

sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.

10. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

11. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

Page 10: Kurikulum

FAKTOR KEDUA :FAKTOR POLITIK

 Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education“

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum.

Page 11: Kurikulum

FAKTOR KETIGA :FAKTOR PERKEMBANGAN NEGARA DAN

PERKEMBANGAN. Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh

faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) :

"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself "

Page 12: Kurikulum

perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

Page 13: Kurikulum

FAKTOR KEEMPAT :FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan luar negara diserapkan.

Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

Page 14: Kurikulum

FAKTOR KELIMA :FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA KURIKULUM

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.

Page 15: Kurikulum

Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid

(Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

Page 16: Kurikulum

FAKTOR KEENAM :FAKTOR MURID,KEHENDAK DAN KEPERLUAN

MASYARAKAT Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan

keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).

Page 17: Kurikulum

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.

Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

Page 18: Kurikulum

FAKTOR KETUJUH :FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN

KEPENTINGANNYA. Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat

yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman

Page 19: Kurikulum

FAKTOR KELAPAN :PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ menganggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilkan tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilkan strategi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi

( Nik Aziz Nik Pa, 1992).

Page 20: Kurikulum

Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.

Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan kepada fahamanND binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

(Nik Aziz Nik Pa )

Page 21: Kurikulum

JENIS-JENIS

KURIKULUM

Kurikulum tersembunyi

Kurikulum yang

dialami/dipelajari

Kurikulum yang diuji

Kurikulum yang diajarkan

Cadangan kurikulum

Kurikulum bertulis/yang dihasratkan

Kurikulum sokongan

Kurikulum masa depan

Page 22: Kurikulum

JENIS-JENIS KURIKULUM

Kurikulum tersembunyi- Terletak di luar konteks pengajaran rasmi, belajar

secara implisit- Mengandungi peraturan tidak bertulis, konvensi,

adat resam, nilai budaya yang dikenali sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur

- Dibentuk berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid

Cadangan kurikulum- Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar

pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar

Page 23: Kurikulum

JENIS-JENIS KURIKULUM

Kurikulum bertulis/yang dihasratkan- Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum

negeri dan daerah seperti kurikulum kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah

Kurikulum sokongan - Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh

sumber yang disediakan untuk menyokong atau menyampaikannya

Page 24: Kurikulum

JENIS-JENIS KURIKULUM

Kurikulum yang diajarkan- Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati

pengajaran guru

Kurikulum yang diuji- Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang

digubal oleh guru, ujian dibina di peringkat daerah dan ujian piawaian

Kurikulum yang dialami/dipelajari

- Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil daripada pengalaman persekolahan

Page 25: Kurikulum

JENIS-JENIS KURIKULUM Kurikulum masa depan- Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan

mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat

- Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis

- Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan.

- 3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini:1. kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian

dengan menggunkana pelbagai strategi.2. kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui

rangkaian jaringan.3. bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada

pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum.

Page 26: Kurikulum

MODEL-MODEL KURIKULUM

Page 27: Kurikulum

Model Kurikulum Tyler 1949 Menurut Tyler- kurikulum ialah segala pembelajaran yg diarah, dirancang,

dikelola & dilaksanakan oleh pihak sekolah utk mencapai matlamat pendidikan yg ditentukan.

Kurikulum merangkumi objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar

Menegaskan penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum dan pendidikan di anggap alat untuk mencapai suatu tujuan

Mengikut Tyler(1949), tujuan sebenar pendidikan ialah utk membawa perubahan dlm tingkah laku murid-murid.

4 soalan asas kurikulum Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai? Bagaimanakah pengalaman pembelajaran untuk mencapai objektif? Bagamanai pengalaman pembelajaran disusun untuk pengajaran

berkesan? Bagaimana keberkesanan pengalaman pembelajaran dapat dinilai?

Page 28: Kurikulum

Langkah-langkah dlm Model Kurikulum Taba:

Page 29: Kurikulum
Page 30: Kurikulum

Model Kurikulum Stenhouse (1975) Merupakan model proses kurikulum Membentuk spesifikasi kurikulum dan proses pendidikan bukan bermula

dengan hasil berbentuk objektif Menekankan kemungkinan pembentukkan prinsip prosedur untuk

pemilihan kandungan kurikulum dan justifikasinya (dari kriterianya bukan objektif)

Bermula dari titiktolak – pendidikan membawa implikasi ia proses penyebaran apa yang bernilai untuk dipelajari

Pendidikan melibatkan aktiviti dan aktiviti mempunyai nilai standard dan nilai tara kecemerlangan tersendiri Contoh berenang … mengetahui bgm drp mengetahui mengenai

Mengikut Stenhouse, kurikulum=satu perantaraan utk murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yg menyeluruh.

Penekanan proses perkembangan – pendidikan sebgai pengalaman berkembang dan hasil dilihat dari segi perkembangan intelek/kognitif

Mementingkan bijaksanaan dan intervensi guru untuk kemajuan pelajar Stenhouse telah membahagikan pembentukan kurikulum kpd 3 bahagian.

Page 31: Kurikulum
Page 32: Kurikulum

Kurikulum Trend Terkini (Emergent Curiculum) Kurikulum ‘emergent’yg terpaksa diwujudkan

mengikut kehendak ,kuasa & trend semasa dlm sistem pendidikan sebuah negara.

Contoh Zaman ICT … Sekolah Bestari BI … Sains dan Matematik Menerokai apa yg diperlukan secara sosial & ia amat

bermakna kpd kanak-kanak. Ia adalah pembelajaran yg terdiri drpd interaksi

kanak-kanak dgn orang dewasa. Kanak-kanak diberikan peluang & intiatif utk

membuat keputusan dlm kurikulum ‘emergent’. 4 komponen penting – Objektif kurikulum,

pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan penilaian kurikulum

Page 33: Kurikulum

Kurikulum ini dipanggil “emergent” kerana ia sentiasa berubah & sentiasa terbuka utk kemungkinan-kemungkinan baru.

Idea-idea dlm kurikulum “emergent” berasal drpd minat, persoalan-persoalan & isu-isu semasa dlm satu persekitaran & drpd satu kumpulan manusia.

Dlm kurikulum ini, peranan guru sama sebagai seorang pemerhati.

Guru mesti menilai kebolehan murid & merancang aktiviti-aktiviti utk meningkatkan pemikiran kritis mereka.

Page 34: Kurikulum