kunjungan mesra hasil berfokus bil. 2/2016...

9
Page 1 of 9 Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016 KENYATAAN MEDIA KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKAN 1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini melancarkan Program Kunjungan Mesra Hasil Berfokus (KMH) Bilangan 2 bagi tahun 2016. 2 . Program KMH ini merupakan aktiviti wajib LHDNM, di mana ia dijalankan beberapa siri pada setiap tahun. KMH ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha LHDNM untuk mengutip amaun cukai yang masih belum dibayar oleh pembayar cukai pada tahun ini iaitu berjumlah RM2.125 bilion. 3 . Pelancarannya yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sabin Samitah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM di Menara Zurich Kuala Lumpur pada hari ini melibatkan premis-premis pembayar cukai yang telah dikenalpasti di kawasan sekitar Kuala Lumpur serta Putrajaya. Bagi kawasan- kawasan lain akan dilaksanakan oleh cawangan-cawangan LHDNM di seluruh negara. 4 . Secara terperinci, KMH ini mempunyai sasaran dan objektif seperti yang berikut: i. Meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan pembayar cukai; ii. Meningkatkan kutipan hasil; iii. Mengurangkan bilangan dan amaun tunggakan hasil; dan iv. Mempromosikan Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai Untuk siaran segera

Upload: others

Post on 21-Jan-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKANlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM... · 14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak

Page 1 of 9

Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016

KENYATAAN MEDIA

KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL.

2/2016 DILANCARKAN

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini melancarkan Program

Kunjungan Mesra Hasil Berfokus (KMH) Bilangan 2 bagi tahun 2016.

2 . Program KMH ini merupakan aktiviti wajib LHDNM, di mana ia dijalankan beberapa siri

pada setiap tahun. KMH ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha LHDNM untuk

mengutip amaun cukai yang masih belum dibayar oleh pembayar cukai pada tahun ini

iaitu berjumlah RM2.125 bilion.

3 . Pelancarannya yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sabin Samitah, Timbalan

Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM di Menara Zurich Kuala

Lumpur pada hari ini melibatkan premis-premis pembayar cukai yang telah

dikenalpasti di kawasan sekitar Kuala Lumpur serta Putrajaya. Bagi kawasan-

kawasan lain akan dilaksanakan oleh cawangan-cawangan LHDNM di seluruh negara.

4 . Secara terperinci, KMH ini mempunyai sasaran dan objektif seperti yang berikut:

i. Meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan cukai secara

sukarela dalam kalangan pembayar cukai;

ii. Meningkatkan kutipan hasil;

iii. Mengurangkan bilangan dan amaun tunggakan hasil; dan

iv. Mempromosikan Program Tawaran Pengurangan Penalti dan

Penghapusan Kenaikan Cukai

Untuk siaran segera

Page 2: KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKANlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM... · 14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak

Page 2 of 9

Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016

5. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang KMH ini berlangsung adalah:

i. Serahan Notis Tuntutan Tunggakan Hasil (Notis CP506);

ii. Serahan Surat Pemberitahuan Tindakan Mahkamah (Notis CP91)

iii. Serahan Notis Sekatan Perjalanan di bawah Seksyen 104, Akta Cukai

Pendapatan 1967.

iv. Penyata Kedudukan Cukai;

v. Surat Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai; &

vi. Pendidikan Cukai melalui penyebaran Risalah Percukaian di premis-premis

perniagaan yang dilawati.

6. Perangkaan KMH yang difokuskan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada hari ini

adalah seperti berikut:

i. Bilangan Petugas

- Bilangan pegawai yang terlibat dengan KMH pada kali ini adalah

seramai 64 orang yang terdiri daripada Pegawai, Pemandu dan

Urusetia.

ii. Bilangan Pembayar Cukai yang terlibat ialah 188 dengan nilai

tuntutan hasil sekitar RM44.748 juta. Pecahan kes adalah seperti jadual

berikut:

Butiran Bil. Kes Amaun Tuntutan (RM Juta)

Kes Syarikat 86 24.884

Kes Bukan Syarikat 102 19.864

Jumlah 188 44.748

Jadual 1: Bilangan Kes dan Amaun Tuntutan KMH Bil. 2/016

Page 3: KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKANlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM... · 14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak

Page 3 of 9

Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016

7. Selain daripada aktiviti Kunjungan Mesra Hasil ini, bagi tempoh 1 Januari 2016 sehingga

30 September 2016 LHDNM juga giat mengambil tindakan penguatkuasaan selepas

penghakiman mahkamah bagi memungut tunggakan cukai yang ada.

8. Antara tindakan penguatkuasaan selepas penghakiman mahkamah yang telah

diambil adalah:

i. Saman

ii. Sita dan Jual

iii. Kaveat dan Lelong

iv. Kebangkrapan

v. Penggulungan Syarikat

vi. Garnsimen

9. Perangkaan tindakan penguatkuasaan selepas penghakiman mahkamah bagi

memungut cukai yang telah dijalankan oleh LHDNM adalah seperti yang berikut:

Bil. Tindakan Penguatkuasaan Bil. Kes Amaun

(RM Juta)

1 Saman 3,463 43.188

2 Sita dan Jual 1,942 19.165

3 Kaveat dan Lelong 5 1.800

4 Kebangkrapan 551 170.346

5 Penggulungan Syarikat 332 166.009

6 Garnsimen 2 4.137

Jumlah 6,295 404.645

Jadual 2: Tindakan Selepas Penghakiman Mahkamah, 1 Jan. – 30 Sept. 2016

10. Sebagai rekod, sepanjang tahun 2015, sebanyak 414 syarikat telah digulungkan melalui

perintah mahkamah. Sepanjang tahun 2015 juga seramai 440 orang Pengarah Syarikat

Page 4: KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKANlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM... · 14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak

Page 4 of 9

Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016

telah dikenakan tindakan saman atas kegagalan syarikat mereka membayar tunggakan

cukai pendapatan.

11. Bagi tahun 2016 pula, sehingga 30 September sebanyak 332 orang Pengarah syarikat

telah dikenakan tindakan saman atas kegagalan syarikat mereka membayar tunggakan

cukai pendapatan.

12. Tindakan penguatkuasaan lain yang telah diambil oleh LHDNM kepada pembayar cukai

yang gagal menjelaskan amaun cukai mereka ialah sekatan perjalanan ke luar

negara. Di mana sehingga 30 September 2016, seramai 132,501 pembayar cukai telah

dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Pecahannya adalah seperti berikut:

Butiran Bilangan Kes Berkuatkuasa

(sehingga 30 September 2016)

Seksyen 104 Akta Cukai

Pendapatan 1967

122,563

Seksyen 22 Akta Cukai

Keuntungan Harta Tanah 1976

9,938

Jumlah 132,501

Jadual 3: Bilangan Pembayar Cukai Dikenakan Sekatan Perjalanan Ke Luar

Negara sehingga 30 September 2016

13. Bagi pembayar cukai yang telah dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara,

mereka hendaklah menghubungi LHDNM dan membuat bayaran amaun cukai

tertunggak mereka terlebih dahulu dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh (7) hari

sebelum mereka ke luar negara. Tempoh ini adalah munasabah untuk membantu

LHDNM mengambil tindakan memproses pelepasan sekatan yang dikenakan

terhadap mereka.

Peringatan:

Page 5: KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKANlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM... · 14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak

Page 5 of 9

Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016

14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak agar

mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan tunggakan cukai mereka.

15. LHDNM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mereka

yang gagal mematuhi Akta Cukai Pendapatan 1967 dan semua Akta yang ditadbir oleh

LHDNM.

16. Bagi meringankan beban cukai pembayar cukai, LHDNM telah memperkenalkan

Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai mulai

1 Mac lalu dan akan berakhir pada 15 Disember 2016.

17. Tempoh tawaran ini tidak akan dilanjutkan, justeru Pembayar cukai dinasihatkan

untuk memanfaatkan peluang melalui tawaran ini kerana LHDNM boleh

mempertimbangkan untuk mengurangkan penalti serta menghapuskan kenaikan

cukai mereka berdasarkan merit sesuatu kes.

18. LHDNM juga boleh mempertimbangkan bayaran secara ansuran jika layak.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh:

Masrun Bin Maslim |Customer Care Officer (Media) Bahagian Komunikasi Korporat & Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat |

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21326 / 21371 | : 03-8313 7836 Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

Tarikh : 2 November 2016

Page 6: KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKANlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM... · 14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak

Page 6 of 9

Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016

Gambar 1: Datuk Sabin Samitah (tengah) sedang menyempurnakan gimik pelancaran

program Kunjungan Mesra Hasil Berfokus.bil 2.2016 sambil disaksikan oleh Tuan Haji

Mohd Idris Mamat (kiri) dan En. Hajam Lajah Alam (kanan).

Page 7: KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKANlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM... · 14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak

Page 7 of 9

Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016

Gambar 2: Datuk Sabin Samitah sedang bergambar bersama-sama dengan petugas program Kunjungan Mesra Hasil Berfokus.

Page 8: KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKANlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM... · 14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak

Page 8 of 9

Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016

Gambar 3: Datuk Sabin Samitah (empat dari kanan), Tuan Haji Mohd Idris Mamat (tengah)

dan Tuan Haji Romli A.Hamid (dua dari kiri) sedang memeriksa Drone yang akan

digunakan semasa program Kunjungan Mesra Hasil Berfokus.

Page 9: KUNJUNGAN MESRA HASIL BERFOKUS BIL. 2/2016 DILANCARKANlampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM... · 14. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai yang mempunyai cukai tertunggak

Page 9 of 9

Kenyataan Media LHDNM, 2 November 2016

Gambar 4: Demonstrasi Drone sedang berlangsung di perkarangan Menara Zurich, Kuala

Lumpur.