kuliah 3 - kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor

14
Kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor Oleh Othman Bin Che Man Jab. PJK

Upload: othman-bin-che-man

Post on 18-Jun-2015

2.962 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor

Oleh Othman Bin Che Man

Jab. PJK

Page 2: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Pengenalan Mempunyai enam komponen yang terdapat

dalam kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan ini, lebih merupakan keupayaan seorang atlit dan ini memberikan kelebihan dalam peningkatan potensi diri.

Pencapaian tahap tertinggi dalam komponen-komponen ini, akan memberikan keuntungan kepada atlit.

Page 3: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Ketangkasan Keupayaan menukarkan arah semerta semasa

dalam pergerakan. Komponen ini memerlukankan seorang atlit menukarkan arah secara pantas. Mekanisma pertukaran arah yang pantas ini akan memberikan atlit peluang mengawal situasi perlawanan. Sebagai contoh pemain bola yang cuba mengelecek lawan dengan membawa bola ke kanan, tiba-tiba menarik bola dan bergerak ke arah kiri dengan pantas dan berjaya melepasi lawan.

 Ketangkasan boleh dibentuk melalui latihan seperti larian ulang alik, larian zig zag, larian dengan arahan dan lain-lain lagi.

Page 4: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Latihan Ketangkasan

Page 5: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Imbangan Kebolehan mengawal dan mengimbangi

badan semasa beraksi, semestinya dapat memberi kelebihan kepada atlit untuk menguasai situasi perlawanan. Komponen ini sangat penting bagi setiap atlit.

 Antara latihan yang dapat membentuk imbangan atlit ialah dirian bangau, dirian tangan imbangan skala dan lain-lain latihan yang bersesuaian.

Page 6: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Latihan Imbangan

Page 7: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Kelajuan Pergerakan anggota yang terpantas seperti

kaki untuk larian atau tangan untuk lontaran. Kelajuan dipengaruhi oleh jarak pergerakan, kuasa, teknik pergerakan dan daya tahan otot.

 Komponen ini boleh dibina dengan latihan-latihan seperti pecut kejar masa (masa terpantas) seperti jeda 60 meter pecut 85 peratuslari pecut berpiramid 20 – 50 meter, lari pecut dengan rintangan seperti pecut berperacut, pecut dengan beban, pecut naik bukit, dan pecut di pantai.

Page 8: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Latihan Kelajuan

Page 9: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Masa tindak balasTindakan perlakuan pantas dan semerta selepas

menerima ransangan. Kebolehan melakukan dalam masa yang lebih singkat dan tindakan yang betul adalah lebih baik.

Cth: tindak balas terhadap bunyi tembakan pistol pelepas adalah saat yang terpenting bagi seorang pelari pecut.

Terdapat beberapa latihan yang dapat membentuk komponen ini dalam diri seorang atlit. Tindak balas deria pendengaran terhadap bunyi.Tindak balas penglihatan terhadap sebarang

cue/aksi.

Page 10: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Latihan untuk masa tindak balas

Page 11: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

KuasaKeupayaan otot untuk melakukan konstraksi

dengan maksimum dan penuh tenaga dalam menghasilkan sesuatu pergerakan dalam masa yang singkat.

Terdapat dua komponen yang menghasilkan kuasa iaitu kekuatan dan kepantasan.

Terdapat latihan yang dapat menghasilkan kuasa kontraksi adalah seperti pliometrik, latihan rintangan dan bebanan.

Page 12: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

Latihan untuk Kuasa

Page 13: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

KoordinasiKebolehan kesemua anggota dan komponen

berkerjasama atau berintergrasi antara satu sama lain yang menghasilkan pergerakan yang sempurna.

Banyak latihan yang sesuai boleh digunakan untuk membina koordinasi.

Page 14: Kuliah 3 - Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor

PenutupKesemua komponen di atas merupakan

keperluan bagi seorang atlit.Latihan-latihan berkaitan perlu disusun

dalam program latihan seorang atlit supaya mempunyai keupayaan lakuan motor yang optimum.